The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by joharimardhiah, 2023-08-28 09:26:50

S. Othman Kelantan

S. OTHMAN KELANTAN

BMMB3193 KUMPULAN 9


Biodata Merupakan Sasterawan Negara ke-9 Penerima Anugerah SEA Write Award di Bangkok pada tahun 1990 Nama : Syed Othman Bin Syed Omar Tarikh Lahir: 13 November 1939 Asal : Kelantan Darul Naim Jawatan terakhir yang disandang: Profesor Madya Kejayaan:


Angin Timur Laut (1969) Juara (1976) Wajah Seorang Wanita (1990) Nagogho Astana (1997) Orang Kota Bharu (2003) Antara novel beliau yang terkenal ialah ; Cerpen dan novel beliau pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Jepun, Inggeris, Rusia, Sinhalis, Thai, Vietnam dan Cina. Hasil Karya


Pendidikan Syed Othman Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sabak hingga lulus darjah 5 pada tahun 1950. Selepas itu bersekolah pula, di Sekolah Melayu Rambutan Rendang hingga lulus darjah 6 dan kemudiannya menjadi guru terlatih dengan kelulusan Sijil Perguruan TUOS pada tahun 1957. Dengan belajar sendiri, S. Othman lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dalam tahun 1964 dan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan pada tahun 1971. Pada tahun 1979, S. Othman berjaya memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera sebagai mahasiswa luar kampus Universiti Sains Malaysia dan mendapat ijazah Sarjana Sastera dalam tahun 1982 dari universiti yang sama dan Ph. D. Dari Universiti Kebangsaan Malaysia (1995). Sebagai guru, S. Othman telah mengajar di beberapa buah sekolah (semuanya di Kelantan), bermula di Sekolah Rendah Gaal dan sekolah terakhirnya Sekolah Menengah Sultan Ismail, Kota Baharu.


Pendidikan Syed Othman Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Sastera daripada Universiti Sains Malaysia pada tahun 1983 dan Ijazah Doktor Falsafah daripada Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1995. Dr. Syed Othman mula menulis pada tahun 1954. Dalam dunia penulisan kreatif, beliau lebih dikenali dengan nama S. Othman Kelantan. Dr. Syed Othman pernah menjadi guru (1952-1979), tutor di Universiti Sains Malaysia (1980-1983), pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (1983-1996) dengan jawatan akhirnya sebagai profesor madya, dan karyawan/pensyarah tamu di Universiti Malaya (1997-1999).


Kerjaya Syed Othman pernah menjadi guru (1952-1979), tutor di Universiti Sains Malaysia (1980-1983), pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (1983-1996) dengan jawatan akhirnya sebagai profesor madya, dan karyawan/pensyarah tamu di Universiti Malaya (1997-1999). Sebagai sarjana sastera, beliau banyak menghasilkan buku ilmiah tentang kesusasteraan. Beliau pernah menjadi Ketua Satu Persatuan Penulis Kelantan (PPK) (1973-1976), Persatuan Penulis Nasional, Penasihat PPK, dan Penasihat Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (Puspa)


S. Othman Kelantan adalah seorang penulis yang luas pembacaannya. Sejauh ini tidak kurang daripada sepuluh buah novel dan lima buah antologi cerpen telah dihasilkannya. Beliau mula menulis dan menghantar karya tersebut kepada akhbar Utusan Kanak-kanak dan Tunas, kemudian Hiboran dan Mutiara, S. Othman Kelantan mula menapak sebagai penulis. Kronologi Beliau sebagai Sasterawan Beliau menulis puisi dan cerpen untuk majalah Hiboran dan Mutiara. Dengan majalah yang bercorak hiburan itulah, beliau dapat menguji bakat dan meyakinkan dirinya untuk terus berkarya dan bercita-cita menjadi penulis yang terkenal. Berkat ketabahan dan kegigihan serta minatnya yang besar terhadap dunia penulisan kreatif, S. Othman Kelantan hari ini terkenal sebagai seorang novelis dan cerpenis penting tanah air


Anugerah Syed Othman Sebagai sarjana sastera, beliau banyak menghasilkan buku ilmiah tentang kesusasteraan. Hasil daripada penglibatan dan sumbangan beliau yang berterusan dalam bidang penulisan kreatif, Dr. Syed Othman telah dianugerahi S.E.A. Write Award daripada Kerajaan Thailand pada tahun 1990 dan Anugerah Sastera Negara kesembilan daripada Kerajaan Malaysia pada tahun 2003. Cerpen dan novel beliau pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Jepun, Inggeris, Rusia, Thai, Vietnam dan Cina. Beliau juga giat dalam kerja-kerja berpersatuan iaitu Ketua Satu Persatuan Penulis Kelantan (PPK) bagi sesi 1973-1976, Persatuan Penulis Nasional, Penasihat PPK, dan Penasihat Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan.


Teks kesusasteraannya sering menerima penghargaan seperti Hadiah Peraduan Mengarang Novel DBP 1962, Pelangi (sagu hati), Hadiah Sastera Malaysia 1972, 1973, 1974 (cerpen) dan 1984 (esei), S.E.A. Write Awards (1990), Pingat Bakti (PB) oleh DYMM Sultan Kelantan (1973), Pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N.) oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong (1974), Anugerah Tokoh Sastera Negeri Kelantan (2003), dan Anugerah Sastera Negara (2003) Almarhum S. Othman Kelantan ada mengkritik pelaksanaan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris oleh pihak kerajaan pada tahun yang sama ketika menerima Anugerah Sasterawan Negara dari Yang di-Pertuan Agong pada 2003


Terima Kasih


Click to View FlipBook Version