The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

ISU ALAM SEKITAR : HAKISAN TANAH
LASS3013

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PI4-0620 Wan Nor Adriana Amani Binti Azman, 2023-10-13 10:56:49

E-HANDBOOK HAKISAN TANAH

ISU ALAM SEKITAR : HAKISAN TANAH
LASS3013

HAKISAN TANAH ISU ALAM SEKITAR INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KOD KURSUS: LASS3013 NAMA KURSUS: PENDIDIKAN LESTARI ALAM SEKITAR TUGASAN 2: PEMBENTANGAN BERKUMPULAN KUMPULAN: PT4S1-14 (K4)


PENSYARAH DAN SISWA GURU PENSYARAH: SIVAGAMY A/P THARAMALINGGAM AINA MARDHIA BINTI MEOR ABDUL RAHMAN WAN NOR ADRIANA AMANI BINTI AZMAN NUR AISYA SOFEA BINTI AINA BINTI ABDUL MANI ABDUL AZIZ


PENGENALAN Hakisan tanah ialah proses pemecahan ketulan-ketulan tanah dipermukaan bumi dan pemindahannya ke tempat lain oleh air atau angin yang bergerak. Ia merupakan salah satu tragedi berkaitan kegelongsoran tanah dan boleh menyebabkan kematian. Ia juga merupakan kejadian geologi yang termasuk sebahagian besar pergerakan tanah, seperti batu jatuh, kegagalan dalam cerun dan aliran sampah cetek.


KADAR HUJAN TINGGI HAKISAN OLEH ANGIN STRUKTUR TANAH PEMBANGUNAN DAN PENEBANGAN POKOK 4 PUNCA HAKISAN TANAH


PUNCA HAKISAN TANAH 1: KADAR HUJAN TINGGI Kadar hujan yang tinggi menyumbang kepada gelongsoran tanah. Kandungan air dalam tanah menjadi tepu dan tanah tidak dapat menerima jumlah air yang berlebihan. Curahan hujan yang banyak boleh menyebabkan tanah menjadi tepu serta licin lalu terjadi cerun curam. UMUM


BLOK TESL, IPGKIK Hujan yang turun akan melalui ‘gutter’ pada atap yang akan mengsalurkan air. Jumlah air yang turun melalui ‘gutter’ tidak mampu ditampung oleh keluasan longkang. Air tersebut akan hilang laluan dan akan mengalir ke tanah. Tanah mendap menyebabkan hakisan tanah berlaku. PUNCA HAKISAN TANAH 1: KADAR HUJAN TINGGI


PUNCA HAKISAN TANAH 2: HAKISAN OLEH ANGIN Hakisan jenis ini ialah proses pemindahan partikel-partikel tanah dan pasir dari permukaan tanah oleh tindakan angin. Jenis hakisan tanah yang berlaku di kawasan kering atau angin kuat. Ciri utama hakisan oleh angin antaranya adalah deflasi dan abrasi. UMUM


BLOK TESL, IPGKIK Lembah lestari menjadi laluan utama angin di kawasan tersebut. Angin kencang menyebabkan dahan-dahan pokok patah dan tumbang. Pokok-pokok yang tumbang akan menyebabkan struktur tanah turut terhakis. Partikel-partikel tanah turut berlaku proses pemindahan apabila tiada halangan yang memecahkan kelajuan angin. PUNCA HAKISAN TANAH 2: HAKISAN OLEH ANGIN


PUNCA HAKISAN TANAH 3: STRUKTUR TANAH Jenis tanah yang memiliki peratusan kandungan pasir yang tinggi. Tanah pasir mempunyai partikel yang sangat besar dan longgar. Tanah menjadi peroi, longgar, berderai dan tidak stabil akan mempercepatkan berlakunya pergerakan jisim. Tanah yang kurang padat menjadi lembek jika terkena air dan pecah jika udara terlalu panas. UMUM


BLOK TESL, IPGKIK Jenis tanah yang mudah terhakis. Pergerakan tanah berlaku di bahagian tebing. Darjah kecerunan tanah yang terlalu curam iaitu kurang daripada 30 darjah. Tiada usaha menanam rumput atau tumbuhtumbuhan serta membina teres, memasang konkrit tebing dan menanam batu di kawasan cerun PUNCA HAKISAN TANAH 3: STRUKTUR TANAH


PUNCA HAKISAN TANAH 4: PEMBANGUNAN DAN PENEBANGAN POKOK Hakisan Tercepat berbanding Hakisan Geologi. Hakisan perbuatan manusia. Pembangunan menyebabkan struktur/pergerakan tanah berubah. UMUM


BLOK TESL, IPGKIK Pembangunan & penambahbaikan di Blok TESL memberi kesan kepada kejadian hakisan tanah. Tumbuh-tumbuhan ditebang untuk pembangunan dan penambahbaikan blok TESL. Tiada tumbuhan yang mencengkam menyebabkan terdedah kepada hakisan. Air larian permukaan tidak dapat meresap ke dalam tanah akibat tidak mempunyai akar tumbuhan yang menyerap air dan juga tidak mempunyai akar tumbuhan untuk mencekam tanah. PUNCA HAKISAN TANAH 4: PEMBANGUNAN DAN PENEBANGAN POKOK


KEROSAKAN HARTA BENDA GANGGUAN PDP DI IPG KESELAMATAN TERANCAM MENGGANGGU LALUAN 4 IMPAK HAKISAN TANAH


IMPAK: KEROSAKAN HARTA BENDA Hakisan tanah menyebabkan banyak kerosakan harta benda. Antaranya ialah pagar di sekeliling tempat itu runtuh dibawa oleh pokok yang tumbang dan tanah yang terhakis, longkang juga turut terkesan. Oleh itu, pihak IPG memerlukan kos yang tinggi untuk membaiki semula pagar, membuat longkang yang baru dan untuk menanam semula pokok-pokok bagi mencengkam semula tanah.


IMPAK: GANGGUAN PDP DI IPG Kerja baik pulih dan pembangunan di Blok Tesl menyebabkan kawasan Blok ditutup dan menyebabkan kepada permasalahan kekurangan tempat belajar. Pensyarah terpaksa berpindah ke blok yang lebih selamat dan siswa guru terpaksa menggunakan kelas secara bergilir bagi menampung jumlah siswa guru. Disebabkan kerja baik pulih yang dijalankan di Blok Tesl, siswa guru yang menjalani PdP di Blok Muzik mengalami pencemaran bunyi yang kuat.


IMPAK: KESELAMATAN TERANCAM Bangunan TESL berisiko tinggi untuk runtuh akibat tanah yang tidak rata Struktur tanah yang tidak stabil mengakibatkan jalan di kawasan blok TESL berlubang. Cerun yang wujud akibat hakisan tanah mengehadkan penggunaan ruang di luar blok TESL. Kerja-kerja penambahbaikan untuk mengatasi hakisan tanah di blok TESL mengancam keselamatan siswa guru dan pensyarah untuk melakukan aktiviti di sekitar tersebut.


Hakisan tanah mengganggu laluan masuk dan keluar bagi pelajar dan pensyarah melalui pintu belakang. Tanah & batu yang jatuh menghalang laluan. Risikonya adalah menyebabkan kecederaan/kemalangan dan sebagainya, terutamanya pada waktu malam. Laluan menjadi rosak, pecah dan licin terutamanya pada hari hujan. IMPAK: MENGGANGGU LALUAN


CADANGAN PENYELESAIAN


CADANGAN PENYELESAIAN (PENSYARAH) Mengadakan Program Kesederan Alam Sekitar dengan tujuan mengajak semua siswa guru dan pensyarah untuk bersamasama melakukan aktiviti penanaman pokok di sekitar IPG Kampus Ilmu Khas. Mengadakan Sambutan Hari Bumi dengan menyarankan semua siswa guru untuk membawa anak pokok untuk ditanam semasa program. Menyebarkan poster mengenai kepentingan dan kesedaran tentang Pendidikan Alam Sekitar. Mengadakan projek ‘pokok angkat’ kepada siswa guru untuk menyiram dan membaja pokok-pokok.


CADANGAN PENYELESAIAN (KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA) Memberi peruntukan untuk membina konkrit bagi penambahbaikan cerun di kawasan belakang IPGKIK. Menyediakan tempat belajar sementara yang sesuai untuk menjamin keselesaan pelajar dan pensyarah. Menyebar luas maklumat atau awareness berkaitan punca dan impak hakisan tanah : Murid sekolah rendah Murid sekolah menengah Pelajar di bawah IPGM


TERIMA KASIH!


Click to View FlipBook Version