The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

E-BULETIN APM JELEBU EDISI MAC-JULAI 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Apm Jelebu, 2023-08-17 06:42:47

E-BULETIN APM JELEBU

E-BULETIN APM JELEBU EDISI MAC-JULAI 2023

Keywords: Buletin Apm Jelebu

E-BULETIN Mac 2023 Julai 2023 EDISI APM JELEBU


Pejabat Daerah Pertahanan Awam Jelebu, JKR 255, Jalan Dato Shaharudin, Taman Mengkan, 71600 Kuala Klawang, Negeri Sembilan. No Telefon Pejabat: 06 - 6134573 Talian Kecemasan: 06 - 6134022 E- Mel: [email protected] E-BULETIN INI DISEDIAKAN OLEH: PBT. (PA) NURAIN NABILAH BINTI ROSLAN (ASPA PEJABAT - PDPA JELEBU) ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) DAERAH JELEBU apmjelebu.n9 Apm Jelebu apmjelebu.n9


AKTIVITI, PROGRAM DAN LATIHAN APM JELEBU


OPS MISI BANTUAN BANJIR JOHOR OPS BANJIR GEMAS MUKA SURAT 04 02 Mac 2023 - APM Jelebu telah menghantar beberapa orang anggota untuk menghantar bantuan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) yang menempatkan mangsa yang terjejas akibat banjir di kawasan Gemas. 06 Mac 2023 - APM Jelebu telah menghantar 05x orang anggota lain-lain pangkat bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas banjir Johor Darul Takzim. APM JELEBU MAC 2023


"PROGRAM WO MEN AI APM" MUKA SURAT 05 Civil Defence Community Based Disaster Risk Management (CBDRM) 18 Mac 2023 - "Program Wo Men Ai APM" Community Based Disaster Risk Management (CBDRM) merupakan program yang dianjurkan di bawah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Jelebu yang diadakan di Dewan Orang Ramai Titi, Jelebu. Antara kumpulan sasaran bagi program CBDRM ini adalah terdiri daripada komuniti setempat iaitu Kampung Titi, Kampung Hosapa, Kampung Sungai Rotan dan Kampung Kemin. Hasil daripada program ini kepada kumpulan yang disasarkan adalah masyarakat akan lebih bersiapsiaga dan lebih cakna tentang perkara yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan selepas berlakunya bencana. APM JELEBU MAC 2023


PROGRAM REWANG, AGIHAN BUBUR DAN JAMUAN BERBUKA PUASA Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.Anhu: “Sesiapa yang menghidupkan bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan kesungguhan maka diampunkan segala dosanya yang terdahulu.” MUKA SURAT 06 APM JELEBU 18 April 2023 - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Jelebu telah mengadakan program rewang, agihan bubur dan jamuan berbuka puasa bersama Dato' Ir Haji Bakri Bin Sawir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Klawang Merangkap Exco Pertanian dan Asas Tani. Program ini bermula seawal 8 pagi sehingga jam 11 malam di Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Jelebu dengan penglibatan semua angota. Jamuan berbuka puasa pula diadakan selepas solat maghrib. Setelah itu, program diteruskan lagi dengan solat Sunat Tarawih dan sedikit perkongsian ilmu yang bertajuk "kelebihan di bulan ramadhan" oleh Dato' Ir Bakri Bin Sawir. Semoga program ini dapat memberi manfaat serta mengeratkan silaturrahim di antara APM Daerah Jelebu, Pejabat DUN Kuala Klawang serta masyarakat setempat. Program tersebut bermula dengan aktiviti rewang seperti menyediakan bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan untuk memasak bubur lambuk dan bubur pulut hitam. Pada sebelah petang pula, telah diadakan aktiviti agihan bubur kepada orang awam di Pekan Kuala Klawang. APRIL 2023


TAKLIMAT DARIPADA PRUDENTIAL BSN 06 April 2023 - Sesi taklimat tersebut telah disampaikan oleh En. Hafiz dan En. Azman daripada Prudential BSN di APM Jelebu. Tajuk yang dibincangkan dalam sesi taklimat tersebut adalah berkenaan hibah. APM JELEBU APRIL 2023 Hibah bermaksud hadiah yang diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kehendaki. Hibah takaful pula adalah pemberian hadiah dalam bentuk nilai pampasan takaful kepada penerima hibah yang telah ditetapkan oleh penghibah. Hibah takaful juga merupakan satu platform untuk simpanan jangka masa panjang. Dengan adanya sesi taklimat ini, ia dapat memberi pengetahuan dan kesedaran kepada semua anggota berkaitan kebajikan dan kelebihan mengambil hibah takaful untuk masa depan. MUKA SURAT 07 Hibah merupakan amalan sunat dan digalakkan dalam Islam, sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud: “… dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta dan (memerdekakan) hamba sahaya.” (Surah al-Baqarah ayat 177)


OPS PRIHATIN APM 2023 1 Mei 2023 - Majlis pelancaran Ops Prihatin APM 2023 telah dilaksanakan pada 17 April 2023 di Hentian Sebelah Plaza Tol Sungai Besi, Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh YAS KPJ. (PA) Aminurrahim Bin Mohamed, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. Program ini dilaksanakan bermula pada 18 April 2023 sehingga 1 Mei 2023. APM JELEBU Persamaan Ops Prihatin dan Ops Bantu Membuat rondaan dan membantu pengguna jalan raya di musim perayaan aidilfitri. Membantu mangsa bencana, kecemasan, dan kemalangan jalan raya. Memperkenalkan APM kepada orang awam. Menarik semangat kesukarelawan terhadap orang awam. 1. 2. 3. 4. Ringkasnya, Ops Prihatin adalah meningkatkan sikap membantu rakyat Malaysia dalam khidmat kemanusiaan melalui APM. Ops Prihatin adalah kesinambungan Ops Bantu. Ops Bantu APM telah diperkenalkan pada tahun 2010 sehingga tahun 2021 dan telah direjuvensi kepada Ops Prihatin APM yang diperkenalkan pada tahun 2022 sehingga kini dengan memperluaskan skop penugasan. Petukaran shift penugasan Ops Prihatin APM bagi shift 02 kepada shift 03 Tarikh: 26 April 2023 Masa: 1609 Lokasi: Pekan Kuala Klawang Petukaran shift penugasan Ops Prihatin APM bagi shift 01 kepada shift 02 Tarikh: 19 April 2023 Masa: 0805 Lokasi: Hadapan Muzium Adat MUKA SURAT 08 MEI 2023


11 Mei 2023 - Pada 10 dan 11 Mei 2023 telah berlangsungnya program kembara media anjuran daripada Jabatan penerangan Malaysia dengan penglibatan dan kerjasama daripada beberapa buah agensi. Angkatan pertahanan Awam Malaysia Daerah Jelebu merupakan salah satu agensi yang turut terlibat dalam bekerjasama menjayakan program tersebut. Pihak APM Jelebu telah memberi khidmat bantuan kenderaan iaitu 01x lori delta dengan penglibatan 01xpemandu dan 02x anggota lain-lain pangkat untuk membawa masuk dan keluar peserta ke beberapa kawasan di Kampung Chennah. Ianya kerana struktur jalan yang sempit sekaligus menyukarkan laluan bas untuk masuk ke setiap Kawasan. Antaranya seperti lawatan ke projeck mc infrastructure, lawatan ke Kampung Orang Asli Tohor dan Taman Negeri Kenaboi. Selain itu, APM Jelebu juga turut dijemput untuk menghadiri Majlis penutup program kembara media yang dihadiri oleh Leftenan Muda (PA) Mohd Syafie Bin Abdul Latif yang bertempat di dewan terbuka, Taman Negeri Kenaboi. PROGRAM KEMBARA MEDIA APM JELEBU MUKA SURAT 09 MEI 2023


LATIHAN MINGGUAN 13 Mei 2023 - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Jelebu telah mengadakan latihan mingguan yang melibatkan semua anggota APM Jelebu bertempat di APM Daerah Jelebu yang bermula pada pukul 08.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan kepada semua anggota APM Jelebu. Oleh itu, para anggota akan lebih bersedia dan mengetahui tindakan yang perlu dilakukan ketika berhadapan dengan situasi kecemasan walaupun situasi sebenar tidak sama seperti yang dipelajari. APM JELEBU Latihan yang dilaksanakan pada minggu tersebut lebih tertumpu kepada pembelajaran berkenaan peralatan medik. Para anggota diajar untuk mengenali setiap peralatan medik yang terdapat di dalam ambulans dan cara mengendalikan peralatan tersebut semasa situasi kecemasan seperti Kes kemalangan jalan raya (KJR). MUKA SURAT 10 MEI 2023


LATIHAN MINGGUAN 10 Jun 2023 - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Jelebu telah mengadakan latihan mingguan yang melibatkan semua anggota APM Jelebu bertempat di APM Daerah Jelebu yang bermula pada pukul 08.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Tujuan latihan tersebut diadakan bagi meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan serta memupuk semangat berpasukan dalam kalangan anggota. APM JELEBU Latihan yang dilaksanakan pada minggu tersebut lebih tertumpu kepada aktiviti secara berkumpulan. Sebelum latihan dilaksanakan, jurulatih telah membahagikan semua anggota kepada lima kumpulan secara sama rata. Setiap kumpulan akan diberikan masa selama beberapa minit untuk berbincang mengenai nama kumpulan dan juga sorakan kumpulan secara kreatif. Setelah itu, anggota diajar salah satu elemen ikhtiar hidup iaitu cara-cara menghidupkan api ketika berada di dalam hutan oleh Sarjan (PA) Muhammad Affendi. Seterusnya, setiap kumpulan perlu mencari jalan dan cara untuk menghidupkan api berdasarkan pembelajaran yang telah diajar. MUKA SURAT 11 JUN 2023


Latihan attachment ini telah berlangsung selama dua minggu iaitu bermula pada 06 Jun sehingga 19 Jun 2023 bertempat di APM Daerah Jelebu dengan penglibatan seramai 06x anggota baru dan 07x jurulatih. Setiap angggota baru akan diberi tunjuk ajar oleh jurulatih berkenaan skop tugasan serta kemahiran lajutan daripada yang dipelajari semasa dalam kursus asas. 19 Jun 2023 - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Jelebu telah mengadakan Latihan Attachment bagi anggota baru yang telah berjaya menamatkan kursus asas siri 2/2023 di APM Negeri sembilan. LATIHAN ATTACHMENT APM JELEBU Setiap anggota juga dipantau daripada pelbagai aspek termasuk disiplin diri bagi memastikan setiap anggota dapat mematuhi arahan dan boleh mengikut etika disiplin sebagai anggota APM. MUKA SURAT 12 Antaranya seperti kawad kaki, latihan komunikasi, rawatan kecemasan dan cpr, cara- cara menangkap ular, cara-cara menangani lain-lain kes, Pengenalan kebakaran dan alat pemadam api, pengenalan borang-borang ISO, Pemeriksaan chainsaw dan engin bot, ikatan dan simpulan serta cara-cara menyelamat kecemasan. JUN 2023


LAWATAN KE TANAH MILIK PERSEKUTUAN (PTP) 22 Jun 2023 - Lawatan kerja YAS. TPJ (PA) Dato' Ismail Bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ke tanah milik persekutuan di bawah kawalan Kementerian Komunikasi dan Digital di Mukim Lemi, Daerah Jelebu, Negeri Sembilan. APM JELEBU Turut hadir bersama YS. Lt. Kol. (PA) Mohd Nazri Bin Mes Kam Pengarah APM Negeri Sembilan, Mej. (PA) Shamil Bin Ithman Timbalan Pengarah APM Negeri Sembilan, Lt. (PA) Mohd Najib Bin Abdul Karim Pegawai Pertahanan Awam Daerah Jelebu dan barisan APM Negeri Sembilan. MUKA SURAT 13 JUN 2023


PERSIAPAN BAGI PERTANDINGAN CIVIL DEFENCE BEACH LIFEGUARD CHALLENGE (CDLC) 02 Julai 2023 - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Jelebu telah mengadakan latihan sebagai persiapan bagi pertandingan Civil Defence Beach Lifeguard Challenge (CDLC) 2023 Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Port Dickson, Negeri Sembilan. Latihan ini diadakan selama empat hari bermula daripada 28 Jun sehingga 02 Julai 2023 bertempat di Kem D' Agroloka Jelebu dengan penglibatan seramai 05x anggota lain-lain pangkat. Jangan dulu mengatakan "Tidak Mampu" sebelum anda berusaha menjadikan diri anda mampu. APM JELEBU Latihan ini diadakan sebagai salah satu initiatif untuk melatih para anggota berkenaan teknik dan cara berenang dengan betul oleh jurulatih. Selain itu, anggota juga diberi pendedahan awal berkenaan acara yang akan dipertandingkan. MUKA SURAT 14 JULAI 2023


CIVIL DEFENCE BEACH LIFEGUARD CHALLENGE (CDLC) 10 Julai 2023 - Pertandingan Civil Defence Beach Lifeguard Challenge peringkat kebangsaan tahun 2023 telah diadakan selama 3 hari bermula 07 Julai sehingga 10 Julai 2023 bertempat di Pantai Batu 5, Port Dickson, Negeri Sembilan. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Jelebu telah menghantar seramai 05x anggota lain-lain pangkat bagi mewakili pertandingan tersebut dengan membawa nama APM Negeri Sembilan ke Peringkat Kebangsaan iaitu Sjn. (PA) Norhayati, Kpl. (PA) Ahmad Nor Sophian, Pbt. (PA) Mohd Hazizi, Pbt. (PA) Mohamad Alief dan Pbt. (PA) Nor Nadzira. Secara Keseluruhannya, Kontigen APM Negeri Sembilan menduduki tempat keempat berdasarkan jumlah pingat yang dimenangi. Dua orang anggota daripada APM Jelebu telah berjaya merangkul dua pingat emas iaitu Pbt. (PA) Nor Nadzira dalam acara Ocean Edurance dan Kpl. (PA) Ahmad Nor Sophian dalam acara Rigid Inflatable Boat (RIB) Race. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua anggota yang terlibat. APM JELEBU MUKA SURAT 15 JULAI 2023


LATIHAN MINGGUAN 22 Julai 2023 - Baru-baru ini, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Jelebu telah menambah baik ambulans dengan peralatan baru seperti strecher dan kerusi roda. Oleh itu, Pegawai Pasukan telah mengambil satu inisiatif untuk mengadakan latihan mingguan yang melibatkan semua anggota APM Jelebu bertempat di APM Daerah Jelebu yang bermula pada pukul 08.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. APM JELEBU Latihan dilaksanakan bertujuan untuk mempelajari dengan lebih terperinci berkenaan "Spencer Strecther" baru yang terdapat di dalam ambulans. Anggota diajar cara-cara untuk mengendalikan dan melaraskan strecher tersebut mengikut keadaan pesakit bagi memastikan pesakit dalam keadaan selesa. Tujuan latihan adalah untuk meningkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan kepada anggota. Semoga pembelajaran ini mampu memberi manfaat kepada anggota dalam melaksanakan tugasan operasi di lapangan. MUKA SURAT 16 JULAI 2023


KES DAN FAKTA MENARIK APM JELEBU


Bulan Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Jumlah keseluruhan Kes 44 46 60 44 58 51 76 JANUARI 2023 - JULAI 2023 JUMLAH KESELURUHAN RESPON KES KECEMASAN (BULANAN) DI PKOD JELEBU TAHUN 2023 APM JELEBU MUKA SURAT 18


KES/ BULAN KMU MSS LLK KJR SKT JUMLAH KESELURUHAN KES Januari 20 15 9 0 0 44 Februari 26 6 13 1 0 46 Mac 29 11 10 7 3 60 April 20 10 14 0 0 44 Mei 22 23 8 3 2 58 Jun 21 8 13 5 4 51 Julai 29 29 11 5 2 76 JUMLAH KES KECEMASAN (BULANAN) MENGIKUT JENIS KES DI PKOD JELEBU TAHUN 2023 APM JELEBU MUKA SURAT 19 JANUARI 2023 - JULAI 2023


KONGKANG APM JELEBU FAKTA MENARIK Kongkang merupakan haiwan dari kumpulan primat (monyet) yang aktif pada waktu malam yang dikenali dengan sifatnya yang bergerak dengan sangat perlahan. Namun begitu, kongkang merupakan satu-satunya primat dan satu dari tujuh spesies mamalia yang boleh mengeluarkan racun yang boleh menyebabkan kejutan anafilaksis dan kematian kepada organisma yang mengancamnya termasuk manusia. Secara keseluruhan, kongkang bertaburan dari timur India sehingga kawasan Indochina, selatan China sehingga Semenanjung Malaysia, Borneo, Kepulauan Jawa dan Filipina. MUKA SURAT 20 Haiwan comel yang boleh membunuh AWAS!! Kongkang tidak mempunyai keluarga yang ramai atau tidak bergerak dalam kumpulan yang ramai. Kebiasaannya, Kongkang makan pisang ataupun buah-buahan yang lembut isinya. Kebiasaannya ia gemarkan buah-buahan manis. Kongkang juga menggemari serangga kecil seperti ulat, cengkerik. Sifat semulajadi kongkang yang bergerak perlahan menggunakan keempat anggotanya membentuk anatomi tengkorak belakangnya. Bergerak cara ini memerlukan badan yang melentur dengan gengaman kukuh. Kongkang mampu untuk menghasilkan toxin yang dicampurkan dengan air liurnya sebagai pertahanan daripada musuh-musuhnya. Gigi Kongkang menyebabkan bengkak yang menyakitkan, dan toksin adalah ringan dan tidak membawa maut. Kes kematian manusia disebabkan oleh anaphylactic shock.


KING COBRA Ular Tedung Selar Kebiasaan untuk manusia dewasa yang dipatuk dengan kapasiti bisa yang penuh mempunyai masa diantara 1/2 jam ke 1 jam untuk menerima rawatan sebelum mengakibatkan kematian. Maksimum bisa ular yang dikeluarkan ketika mematuk mangsa adalah 50% sahaja dan setelah 10 minit kandungan bisa ular menjadi 100% semula. 1. 2. Fakta Ular Tedung Selar Ular tedung selar atau lebih dikenali sebgai King Cobra merupakan salah satu spesis ular yang paling digeruni orang ramai dan turut terkenal dengan gigitannya yang tersangat bahaya. APM JELEBU FAKTA MENARIK Ia mampu mencapai panjang sehingga 5.58 meter, walaupun saiz biasa adalah sekitar 2.5 meter dan mampu mencapai berat sehingga 10 kilogram. Ular Tedung Selar mempunyai warna kulit hitam, kehijauan atau coklat, seringkali dengan garis bewarna putih atau kuning, semasa ular kecil garis ini lebih jelas kelihatan. Ia berasal di Asia Tenggara, mendiami hutan Malaysia, India, dan Filipina, tatapi tidak terdapat di Sri Langka. Makanan utamanya adalah ular lain, tetapi sekiranya terdesak, ia akan memburu haiwan bertulang belakang kecil lain. MUKA SURAT 21


FAKTA MENARIK Tebuan (Vespa tropica Linn) adalah sejenis serangga dari keluarga Vespidae iaitu serangga yang mempunyai sengat dan mampu membunuh manusia terutama kanakkanak. Tebuan atau Tabuan atau dalam bhasa Inggeris dipanggil ''WASP'' ini mempunyai sebanyak 24 spesis mengikut lokaliti, negara dan iklim sesuatu negara. APM JELEBU TEBUAN Bahagian hujung ekor inilah yang ada sengat dimana mempunyai venom atau racun untuk melemahkan atau membunuh musuhnya sebagai senjata ataupun alat perlindungannya. Venom atau racun yang di masukkan melalui sengatan tebuan tanah mampu menyebabkan bengkakbengkak yang teruk dan boleh menghentikan jantung manusia jika dos sengatan banyak (Orang dewasa yang menerima lebih 15-20 sengatan boleh meninggal dunia jika tidak dirawat dengan segera). Tebuan adalah sejenis serangga yang mempunyai segmen Kepala, Badan (Thorax) dan Perut (Abdomen atau Gaster). MUKA SURAT 22 Antara spesis yang ada di Malaysia adalah Tebuan Tanah sementara spesis lain pula jenis Tebuan Kunyit adalah spesis yang ada dinegara kita dengan mempunyai warna kuning seperti kunyit. Sering di keluarkan dalam akhbar dan media eletronik mengenai kes serangan tebuan kepada manusia sehingga mampu mengakibatkan maut atau tahap kesakitan teruk.


Click to View FlipBook Version