The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BMMB3203 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
TUGASAN 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by eyshaaminuddin, 2023-04-02 09:58:56

ANALISIS ISU KESALAHAN BAHASA

BMMB3203 MORFOLOGI BAHASA MELAYU
TUGASAN 2

ANALISIS ISU KESALAHAN BAHASA NUR ALIFAH SAFFIYAH BINTI ZOLKARIA NUR QAMARINA AMIRAH BINTI ANDULLAH NUR ARISYA SOFIYA BINTI AMINUDDIN BMMB3193: PENGANTAR KESUSASTERAAN MELAYU


MANIKAM KUMPULAN 5 pah isya qamar


PEMBENTUKAN KATA BARU Pada masa kini, kerancuan bahasa telah menjadi perbualan masyarakat pada hari ini. Pelbagai kesalahan yang dikenal pasti salah penggunaannya oleh masyarakat. Namun demikian, kesalahan-kesalahan yang berlaku tersebut dijadikan sesuatu yang lazim kerana bukan semua masyarakat mengambil cakna terhadap pembentukan kata bahasa Melayu serta prosesnya. Dalam linguistik, pembentukan kata ialah proses pembentukan perkataan baru. Peristilahan merupakan usaha mencipta atau menggubal kata baru, terutamanya untuk menyampaikan ilmu pengetahuan khusus dalam sesuatu bidang ilmu atau profesional. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks penggunaan bidangnya, dan dengan itu dapat diberi definisi yang khusus. Istilah boleh dibentuk melalui proses pinjam terjemah atau melalui istilah pinjaman.


PEMBENTUKAN KATA BARU Dalam pembentukan kata baharu, bidang fonologi, morfologi dan leksikon terlibat bagi menjayakan proses pengayaan sesuatu bahasa. Akibat daripada pertembungan dengan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Arab dan bahasa Inggeris, berlaku perubahan dari segi bunyi bahasa. Bunyi-bunyi bahasa itu dipinjam untuk menampung kemasukan sekian banyak bentuk kata pinjaman untuk memperkaya khazanah perbendaharaan kata bahasa Melayu. Kini bahasa melayu telah menerima sebanyak lapan konsonan pinjaman.


PEMBENTUKAN KATA BARU Meminjam unsur-unsur imbuhan dalam bahasa asing sama ada imbuhanimbuhan tersebut diterima secara sepenuhnya atau diubah suai. Penggunaan yang popular seperti penciptaan perkataan baharu oleh para penulis melalui media massa atau dalam tulisan-tulisan kreatif. Perancangan bahasa rasmi iaitu penciptaan perkataan baharu yang dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Pembentukan kata baharu berlaku melalui tiga cara :


KESALAHAN ISTILAH


KESALAHAN ISTILAH


Salah Benar excited teruja followers pengikut-pengikut intern pelatih rehearsel latihan renew perbaharui busy sibuk


ANALISIS KESALAHAN ISTILAH Berdasarkan kapsyen-kapsyen daripada Instagram dan jadual perbezaan kesalahan istilah tersebut, dapat dilihat bahawa banyak perkataan dalam bahasa Melayu yang salah diistilahkan dalam bahasa Inggeris. Misalnya, perkataan excited perlu digantikan dengan perkataan teruja. Selain itu, perkataan followers pula membawa maksud pengikutpengikut yang lazimnya ditemui di aplikasi Instagram. Bukan itu sahaja, perkataan sebenar bagi intern adalah pelatih iaitu golongan yang telah tamat belajar dan perlu menjalani latihan sebelum bekerja. Perkataan rehearsal juga sepatutnya ditukarkan kepada latihan. Di samping itu, perkataan renew sepatutnya digantikan dengan perkataan perbaharui. Akhir sekali, perkataan busy acap kali digunakan oleh masyarakat masa kini. Namun, penggunaan yang sebetulnya adalah sibuk.


KESALAHAN PENGGUNAAN IMBUHAN imbuhan Yunani-Latin-Inggeris imbuhan pinjaman bahasa Sanskrit


kesalahan pembetulan probarat pro-Barat anti dadah antidadah sub topik subtopik +50K Imbuhan Yunani-Latin-Inggeris


ANALISIS KESALAHAN IMBUHAN YANANI-LATIN-INGGERIS Berdasarkan kapsyen-kapsyen daripada media sosial, didapati banyak kesalahan imbuhan Yunani-Latin-Inggeris. Terdapat perkataan yang perlu dieja secara rapat dan juga perlu ditambah (-). Sebagai ' anti dadah' dan ' sub topik' perlu dieja rapat kerana perkataan tersebut bukanlah kata nama khas. Manakala ' probarat' perlu ditambah (-) dan juga huruf besar pada perkataan 'Barat' tersebut kerana merupakan kata nama khas.


kesalahan pembetulan maha-siswa mahasiswa pra sekolah prasekolah Dwi bahasa dwibahasa +50K Imbuhan Pinjaman Bahasa Sanskrit


ANALISIS IMBUHAN PINJAMAN BAHASA SANSKRIT Penggunaan imbuhan pinjaman bahasa Sanskrit juga sering berlaku kesalahan ketika menulis. Kebanyakkan imbuhan ini dieja secara rapat bersama perkataan kedua. Sebagai contoh ' maha-siswa ' tak perlu ditambah (-) dan perlu dieja rapat seperti ' mahasiswa '. Seterusnya, ' pra sekolah' dan 'dwi bahasa ' juga perlu dieja secara rapat seperti ' prasekolah' dan 'dwibahasa '.


KESALAHAN EJAAN


KESALAHAN EJAAN PINJAMAN BAHASA PARSI


SENARAI KESALAHAN EJAAAN KESALAHAN PEMBETULAN tahta takhta kueytiaw kuetiau cop mohor cap mohor


ANALISIS KESALAHAN EJAAN PINJAMAN BAHASA PARSI Berdasarkan kapsyen-kapsyen di media sosial di atas, terdapat pelbagai kesalahan ejaan yang sering digunakan oleh masyarakat masa ini. Antara kesalahan ejaan yang terdapat pada kapsyen di media sosial ialah perkataan 'tahta ' yang perlu dieja sebagai 'takhta ' , perkataan 'kueytiaw ' perlu dieja sebagai 'kuetiau ' dan ' cop ' perlu dieja sebagai ' cap '. Kesalahan-kesalahn ini bukan sahaja berlaku di media sosial malah sering berlaku pada papan tanda makanan, surat, dan lain-lain.


KESALAHAN EJAAN PINJAMAN BAHASA ARAB


KESALAHAN EJAAN PINJAMAN BAHASA ARAB


KESALAHAN EJAAN PINJAMAN BAHASA ARAB


SENARAI KESALAHAN EJAAAN KESALAHAN PEMBETULAN zohor zuhur biadap biadab insyaAllah Insya-Allah tawakkal tawakal mesjid masjid ramadhan ramadan


ANALISIS KESALAHAN EJAAN PINJAMAN BAHASA ARAB Masyarakat Melayu kini banyak menggunakan kata pinjaman bahasa Arab dan menterjemahkannya ke dalam ejaan bahasa Melayu secara terus. Antara kesalahan yang sering dilakukan adalah pada perkataan yang mempunyai bunyi huruf 'dh' dalam bahasa Arab seperti reda dan ramadan. Oleh itu ejaan betul bagi ' ramadhan ' adalah ' ramadan '. Perkataan ' zohor ' perlu dieja sebagai ' zuhur ' , perkataan 'biadap ' perlu dieja sebagai 'biadab' , perkataan 'tawakkal' dieja sebagai 'tawakal' , perkataan ' mesjid' dieja sebagai ' masjid' dan perkataan 'insyaallah' perlu diletakkan sempang (-) dan huruf selepas sempang berhuruf besar iaitu 'insya-Allah'.


Secara keseluruhannya, terdapat pelbagai kesalahan yang dijumpai dalam penulisan Bahasa Melayu seperti kata serapan dan kata pinjaman. Pengaruh paling awal yang menyerap masuk dalam bahasa Melayu ialah pengaruh bahasa Sanskrit. Pengaruh bahasa Sanskrit sungguh berkesan dan sangat besar sumbangannya terhadap bahasa Melayu secara keseluruhan. Seterusnya, peminjaman unsur bahasa asing dalam bahasa Melayu memberi kesan kepada sesuatu bahasa terutama apabila berlaku penyesuaian dan perubahan terhadap kosa kata bahasa peminjam. Peminjaman perlu dikawal kerana peminjaman yang berlebih-lebihan akan mengakibatkan keaslian bahasa peminjam itu sendiri, campur aduk struktur akan berlaku. ANALISIS DAN PENILAIAN BAHASA


Antara faktor yang mendorong kata serapan dan kata pinjaman ialah keperluan dalam dunia baru terutama dalam hal untuk memberi namanama baru atau istilah-istilah baru yang menepati kehendak pengisian masa dan keadaan waktu itu. Selain itu, untuk memantapkan lagi struktur sesuatu bahasa tersebut. Proses peminjaman sebenarnya boleh mendatangkan pengukuhan kepada bahasa yang meminjam dan bahasa tersebut akan terus berkembang. Dalam peredaran arus globalisasi masa kini, kesalahan istilah acap kali berlaku dalam kalangan masyarakat tidak kira dalam konteks percakapan mahu pun penulisan. Kesalahan istilah membawa maksud kesalahan penggunaan kata iaitu penggunaan perkataan yang tidak sesuai dengan kehendak ayat atau situasi. Contoh yang boleh diketengahkan adalah perkataan ‘excited’. Perkataan tersebut sepatutnya digantikan dengan perkataan teruja yang didefinisikan sebagai suatu perasaan yang membuatkan hati berasa riang dan menginginkan sesuatu.


Misalnya di dalam potongan kapsyen yang di ambil, “Emma Maembong bakal timang anak lelaki lagi, tapi Chacha pula terlebih ‘excited’ sampai bergegar video.” Dalam potongan kapsyen tersebut jelas menunjukkan bahawa perkataan ‘excited' tidak sesuai digunkan dalam bahasa Melayu. Oleh itu, jelaslah bahawa perkataan bahasa Inggeris tidak boleh dicampurkan di dalam ayat bahasa Melayu. Seterusnya, kesalahan dalam penggunaan imbuhan seperti imbuhan Yunani-Latin-Inggeris dan imbuhan pinjaman bahasa Sanskrit sering berlaku disebabkan oleh cara penulisan. Imbuhan merupakan penambahan pada perkataan dasar lalu menghasilkan kata terbitan. Kesalahan sering berlaku dari segi penulisan yang mana perlu dirapat, dijarakkan dan penggunaan huruf besar dan kecil serta sempang (-). Sekiranya, perkataan tersebut merupakan kata nama khas dan perlulah dieja dalam huruf besar.


Sebagaimana yang kita ketahui, bahasa Melayu banyak menggunakan kata pinjaman dari bahasa Parsi, Sanskrit dan bahasa Arab sehingga sering berlakunya kesalahan ejaan. Kesalahan ejaan lazimnya berlaku kerana cara ejaan dan cara menyebut sesuatu perkataan tidak selaras. Contohnya, bagi perkataan 'takhta ' , jika disebut secara lisan ialah 'tahta ' manakala ejaan yang betul ialah 'takhta ' atau perkataan ' ramadan ' yang sering dieja sebagai ' ramadhan '. Hal ini kerana, masyarakat kita menggantikan huruf (dho) dengan huruf 'dh' . Sedangkan padanan bunyi untuk ejaan bagi 'dh' dalam bahasa Melayu ialah 'd' . Penetapan ini dibuat dengan berdasarkan hakikat bahawa dalam bahasa Melayu tiada bunyi berkenaan. Dengan sebab tiada bunyi itu, maka huruf iaitu lambang bagi bunyi dalam tulisan juga tidak wujud. Oleh itu, semua perkataan daripada bahasa Arab yang mempunyai bunyi 'dh' hendaklah diejakan dengan 'd' .


Faktor-faktor yang mempengaruhi kesalahan isu-isu tersebut ialah faktor demografi yang mana setiap kelompok masyarakat menggunakan bahasa yang berbeza mangikut tempat tinggal masing-masing. Sebagai contoh, kelompok masyarakat yang tinggal di bandar lebih gemar mencapur adukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Berbeza pula dengan kelompok yang tinggal di kawasan pedalaman yang menggunakan slanga dan tidak terdedah dengan penggunaan bahasa Melayu yang betul. Seterusnya, kesalahan imbuhan biasanya berlaku kerana masyarakat memandang enteng dari aspek penulisan sehingga tidak mengambil kesah akan cara penulisan yang betul. Hal ini kerana, mereka menulis apa yang dilfazkan tanpa mengetahui hukum penulisan. Sebagai contoh, imbuhan yang perlu dieja rapat tetapi dijarakkan dalam penulisan.


Di samping itu, kesalahan ejaan acap kali berlaku kerana pengguna tidak melakukan semakan semula sebelum memuat naik kapsyen ke dalam laman sosial. Manakala daripada penerbitan buku pula, penyunting tidak melakukan rujuk silang secara terperinci sebelum menerbitkan naskah tersebut. Tambahan lain, kesalahan ini juga berlaku disebabkan oleh masyarakat sering mengeja perkataan mengikut apa yang dituturkan. Kesimpulannya, semua pihak perlulah mengambil cakna dan berganding bahu bagi memastikan isu kesalahan dalam penggunaan Bahasa Melayu tidak berlarutan.


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version