TANGISAN DI rumah usang ARISYA AMINUDDIN EDISI KANAK-KANAK
Kampung Sejahtera Baru merupakan sebuah kampung yang aman sejahtera. Penduduk kampung ini terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama seperti Melayu, India dan Cina. Mereka hidup dalam sekumpulan masyarakat yang majmuk. Pada hujung minggu lepas, kampung ini telah mengadakan gotong-royong di kawasan kampung.
Kampung Sejahtera Baru
Mereka mengagihkan kawasan pembersihan. Tiga sekawan akrab yang berlainan bangsa iaitu Aiman, Acong dan Gopal ditugaskan untuk membersihkan kawasan semak di hujung kampung. Mereka bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi membersihkan kawasan tersebut. Ketika mereka sedang menebas semak samun, mereka ternampak sebuah rumah usang.
Tiga sekawan itu menghampiri rumah tersebut. Mereka terdengar sayup-sayup suara tangisan. Bunyi suara tangisan itu dari bilik sebelah kanan. Ya, suara seorang budak perempuan. Aiman, Acong dan Gopal yakin suara itu dari bilik tersebut.
Mereka menahan nafas sambil mendekatkan telinganya ke tepi dinding. Memang jelas suara budak perempuan. “Mengapakah budak itu menangis?” fikir mereka. Acong menoleh ke belakang dengan bimbang. Manalah tahu kalau ada orang yang melihat tiga sekawan ini dan tentu curiga melihatnya mengintai di tepi rumah kosong itu.
Kemudian, Aiman menyusup ke bawah rumah. Tiba-tiba dia mendengar derap tapak kaki memijak lantai. Memang ada orang di atas rumah itu. Siapakah mereka itu agaknya? Rumah kosong di tepi bukit hujung kampung ini sudah lama ditinggalkan. Penghuninya sudah menghilangkan diri.
Kononnya rumah ini berpuaka. Sebab itulah penghuninya pergi dari rumah itu. Mereka tidak tahan diganggu oleh puaka rumah tersebut. Benarkah rumah itu berpuaka? Kalau berpuaka siapakah yang menangis tadi? Mereka mula rasa gementar dan bimbang kalau sesuatu terjadi kepada mereka bertiga nanti. Kalau apa-apa terjadi siapakah yang akan menolong mereka?
Aiman, Acong dan Gopal berbincang untuk menyiasat puaka rumah itu. “Betul berpuaka atau tidak. Ramai sangat yang berkata berpuaka. Tetapi, kenapa ada beberapa orang pemuda datang ke rumah itu?” Aiman berkata. Semua orang berkata rumah itu berpuaka. Tetapi, mengapa ada juga orang datang.
Apakah yang dilakukan oleh mereka di rumah itu? Mungkinkah mereka mahu meminta sesuatu. Inilah yang membuatkan tiga sekawan ini ingin mengetahui rahsia rumah itu. Mereka bersepakat untuk merungkai apa yang terjadi di dalam rumah usang itu.
Tiba-Tiba Acong terdengar suara orang batuk. Dia cuba mendongak ke arah lubang lantai. Tetapi, dia tidak dapat melihat apa-apa. Suara batuk tadi telah hilang. “Mungkin puaka itu batuk, ” bisik Acong di dalam hati. Tiba-tiba mereka dikejutkan lagi.
Bunyi enjin kereta berhenti di tepi jalan. Aiman cepatcepat menyelinap di belakang rumah kerana bimbang sesuatu yang buruk akan terjadi. “Nampaknya ada orang datang. Siapa pula mereka berdua ini, ” bisik Aiman.
Dua orang pemuda berbadan sasa bergegas turun daripada kereta dan menghala ke arah rumah kosong itu. Sebaik sahaja sampai di hadapan rumah itu, kedua pemuda berhenti sambil bercekak pinggang.
“Mungkin mereka nak jumpa hantu?” bisik Gopal. Mereka memekap mulut kerana hendak ketawa. Beberapa ketika, kelihatan pemuda itu menuju ke hadapan tangga. Kedua pemuda itu pun naik ke atas rumah. Sejurus mereka mendengar suara garau menengking.
DEGIL“Kau makan nasi ni, ” herdik suara garau. “Kalau tidak nanti kau lapar, menyusahkan aku pula. Kau degil ya, nak melawan?” herdik suara lain pula. “Kalau kau keras kepala, kau memang cari nahas.” Mendengar suara herdikan itu, mereka mula menghampiri rumah tersebut.
RM 500000“Kami akan lepaskan kau, tapi setelah bapa kau bayar wang tuntutan kami. Kami mahukan RM 500000 untuk jadikan wang tebusan. Kalau bapa kau enggan membayar, kau tahulah akibatnya…!” kata suara garau itu. Kedengaran budak perempuan itu terus menangis teresak-esak.
Tiba-tiba terlintas di fikiran Aiman. Apakah kedua pemuda itu melakukan penculikan. Jika benar, apakah motif mereka meminta duit sebanyak itu. Budak perempuan manakah yang menjadi mangsa dua orang pemuda ini. Mungkinkah anak seorang jutawan? ”Ah, mereka adalah pemeras ugut. Kita mesti bertindak untuk selamatkan budak perempuan itu.” ujar Acong.
“Kita mesti selamatkan budak perempuan itu, ” tekad Gopal. “Dia dalam kesusahan. Mungkin ibu bapanya dalam kesedihan.” ujar Aiman. Mereka sudah banyak kali mendengar kes peragut, penculikan anak-anak hartawan dan anak-anak orang kenamaan. Kes ini terjadi kerana penjenayah tersebut mahukan duit dengan jalan yang mudah.
Nyawa budak perempuan itu dalam bahaya. Tiga sekawan ini mesti menyelamatkan budak perempuan yang tidak berdosa dan tak tahu apa-apa itu. Mereka benci akan penjenayah. Ini adalah tanggungjawab mereka untuk membanteras jenayah. “Apakah yang patut kita lakukan sekarang?” tanya Gopal.
Calibri (MS) “Kita hanya budak yang berusia 11 tahun yang masih mentah lagi. Kita tidak akan mampu untuk menyerang dan melawan dua orang pemuda di dalam rumah itu. Sudah tentu, mereka mempunyai senjata yang berbahaya.” ujar Acong.
“Kita harus melaporkan hal ini kepada polis. Ini sahaja jalanyang terbaik. Biar pihak polis yang membuat tindakansewajarnya.” kata Aiman. Acong dan Gopal bersetujudengan idea Aiman. Dua orang pemuda yang menculik itumesti diberkas dan budak perempuan itu mestidiselamatkan. Tanpa berlengah mereka bergegas pergi kebalai polis yang berhampiran.
POLIS Mereka menceritakan hal yang terjadi kepada pihak polis. Pihak polis terus menuju ke kereta dan pergi ke rumah usang di hujung kampung itu. Orang kampung terkejut apabila mendengar siren polis di dalam kawasan kampung mereka. Orang kampung tertanya-tanya mengapa polis masuk ke dalam kawasan kampung mereka.
Kampung Sejahtera Baru POLIS
POLIS Tiga sekawan ini tidak menduga pihak polis akan bertindak dengan sepantas itu. “Jangan bergerak, rumah ini sudah dikepung, baik kamu menyerah diri” teriak seorang anggota polis. Beberapa minit setelah suara amaran kedengaran, dua orang pemuda keluar dari rumah kosong itu.
POLIS Pihak polis terus menggari tangan penjenayah itu. Mereka berjaya diberkas oleh polis. Budak perempuan itu dipimpin keluar oleh seorang anggota polis wanita. Keadaan perempuan itu dalam keadaan yang baik sahaja.
POLIS Pihak polis menelefon ibu bapa gadis perempuan itu. Rupanya, gadis kecil itu anak tunggal kepada Dato’ Jarjit dan Datin Ambar yang merupakan jutawan tersohor di kampung itu.
Aiman, Acong dan Gopal tersenyum gembira apabila memandang ke arah keluarga jutawan yang sedang berpelukan dalam tangisan kesyukuran. Mereka berasa berbangga kerana penjenayah itu berjaya diberkas hasil daripada tindakan pantas mereka.
Dato’ Jarjit dan Datin Ambar mengucapkan terima kasih kepada tiga sekawan ini kerana menyelamatkan anak mereka. “Terima kasih Aiman, Acong dan Gopal kerana menyelamatkan anak kami, kalau kamu semua tiada, tidak tahulah apa yang akan terjadi kepada anak kami.” kata Datin Ambar.
Dato’ Jarjit memberi sejumlah wang kepada tiga sekawan ini sebagai tanda penghargaan dan terima kasih. Perbuatan mereka ini juga mendapat pujian daripada orang kampung dan boleh dijadikan contoh tauladan.
GLOSARI KATA bagai aur tolong menolong antara dengan tebing satu sama lain sayup - sayup kurang jelas / perlahan menoleh berpaling atau berpusing muka menyusup menyorok ke bawah derap bunyi seperti orang berjalanserentak mendongak terangkat sedikit ke atas
GLOSARI KATA menyelinap bergerak dengan pantas (menyembunyikan diri) memekap menutup guna tangan keras kepala degil motif sebab (tujuan) untuk melakukan sesuatu siren alat mengeluarkan bunyi kuat (tanda amaran) tersohor terkenal
Mengisahkan tiga sekawan iaitu Aiman, Acong dan Gopal yang tinggal di Kampung Sejahtera Baru. Mereka bekerjasama bergotong-royong di kawasan kampung. Tiba-tiba mereka mendengar tangisan di rumah usang yang telah lama tidak berpenghuni. Mereka cuba merungkai bunyi tersebut. Siapakah yang menangis di dalam rumah usang tersebut?