The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL IPIM SEJARAH LISAN & PENDOKUMENTASIAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by eyshaaminuddin, 2023-04-17 00:51:57

MODUL IPIM SEJARAH LISAN & PENDOKUMENTASIAN

MODUL IPIM SEJARAH LISAN & PENDOKUMENTASIAN

Anjuran: MODUL IPIM SEJARAH LI SAN & PENDOKUMENTAS IAN IPG KAMPUS KOTA BHARU, KELANTAN P R O G R AM I P IM Jabatan Sains Sosial


SENARAI NAMA SIDANG PENGARANG MODUL IPIM JABATAN SAINS SOSIAL IPG KAMPUS KOTA BHARU AUDITOR DR. WAN AFIZI BIN WAN HANAFI PENULIS NUR ARISYA SOFIYA BINTI AMINUDDIN FARAH ZULAIKHA AZREENA BINTI AZMIN SITI MARIYAH BINTI AHMAD TAJUDIN HAWA RA’ABIATUL BINTI ABU BAKAR A’JIIBAH BINTI HASHIM ALYA SYASHA BINTI RAZALI NURIN ALIAH BINTI BUHAIRI NUR INSYIRAH BINTI KHAIRIL ANUAR


APA ITU IPIM ? Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM) merupakan satu program pendidikan muzium berstruktur yang dilaksanakan oleh Jabatan Muzium Malaysia (JMM) agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). APA KELEBIHAN IPIM? IPIM memperkasakan peranan institusi muzium sebagai sistem sokongan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah. IMPLIKASI? Aktiviti pembelajaran dapat ditambah baik sekaligus memudahkan guru mengetengahkan Elemen Merentas Kurikulum (EMK) dan aspek silang budaya dalam pendidikan di sekolah. BAGAIMANA? Menggunakan Rancangan Pendidikan Muzium berdasarkan koleksi (artifak) yang dirangka khusus mengikut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Sejarah serta Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mata pelajaran Sejarah. LIHAT PASTI PERCAYA ! Koleksi berperanan sebagai bahan maujud yang digunakan untuk mengukuhkan kefahaman dalam pembelajaran. Program pembelajaran menerusi koleksi ini memberikan peluang kepada pelajar untuk menggunakan organ deria bagi merangsang dan memaksimumkan tumpuan mereka sekaligus melatih pelajar mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sepertimana yang digariskan di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).


OBJEKTIF IPIM 1. Memupuk minat dan mencintai sejarah khazanah negara dalam kalangan pelajar, guru dan siswa pendidik melalui pembelajaran di institusi muzium. 2. Menjadikan Institusi muzium sebagai sistem sokongan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang mantap dalam usaha peningkatan kemenjadian pelajar. 3. Mencungkil bakat pelajar, guru dan siswa pendidik yang kreatif, inovatif dan produktif serta mempraktikkannya sejajar dengan kemahiran berfikir aras tinggi. Membentuk sahsiah, jati din, disiplin dan nilai mumi pelajar, guru dan siswa pendidik. 4. Memupuk perpaduan antara kaum. 5. Memupuk semangat cinta akan negara. RASIONAL Program ini menyokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta merealisasikan Aspirasi Pelajar dalam PPPM. Pelibatan pelajar dan guru dalam program ini dapat meningkatkan minat pelajar untuk meneroka pengetahuan baharu khususnya mata pelajaran Sejarah P&P. Sejarah menjadi lebih menarik melalui pengalaman pembelajaran secara langsung, in situ dan berinteraksi dengan koleksi bahan sejarah yang nyata dan sahih. Mata pelajaran Sejarah dilihat sebagai pemacu ke arah perselahaman dan penerimaan terhadap teras kenegaraan. Malah, pelajaran ini penting bagi melahirkan dan membentuk jati diri rakyat yang patriotik, taat setia dan cinta akan negara. Pelaksanaan Program IPIM juga menyokong dasar Wajib Lulus Sejarah dalam SPM yang bermula pada tahun 2013. KONSEP Program IPIM adalah program pembangunan sahsiah pelajar dan guru di sekolah yang menggalakkan setiap pelajar dari Tahun 4 di sekolah rendah hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah melawat tempat-tempat bersejarah sekurang-kurang satu tempat pada satu tahap persekolahan. Tempoh masa program dijalankan adalah pada bulan Februari hingga Ogos setiap tahun.


Program ini juga menggalakkan setiap siswa pendidik di IPG dan IPTA melawat dan menjalankan kegiatan sekurang-kurangnya satu buah muzium dalam tempoh sesi pengajian yang dikendalikan secara terancang dan sistematik. MATLAMAT Dalam rangka strategi jangka panjang, program ini akan diperluas lagi dengan melibatkan mata pelajaran teras akademik yang lain bagi meningkatkan minat pelajar kepada mata pelajaran teras akademik lain kerana PdP lebih menarik melalui pengalaman secara langsung dan ‘in situ’ terhadap bahan melalui koleksi yang nyata dan sahih. PROGRAM IPIM 2023 a. Nama Program : Program Lawatan IPIM b. Tarikh : 06 Mac 2023 - 09 Mac 2023 c. Tempat : -Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang -Tapak Arkeologi Sungai Batu, Sungai Petani Kedah -Pengkalan Bujang, Sungai Petani -Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Kedah d. Penglibatan pelajar : 120 orang pelajar major dan elektif Sejarah e. Penglibatan Pensyarah : 8 orang Pengenalan Bagi memenuhi tuntutan sukatan pelajaran subjek sejarah SJHK3223, Sejarah Lisan dan Pendokumentasian. Pensyarah yang mengajar subjek ini ialah Dr Wan Afizi Bin Wan Hanafi telah melaksanakan satu program lawatan ke beberapa tempat bersejarah untuk melaksanakan projek bagi kursus ini iaitu melaksanakan kajian menggunakan kaedah sejarah lisan secara berkumpulan. Melalui lawatan ini, pengkaji perlu meneliti setiap muzium yang dilawati untuk menjayakan kajian ini. Oleh itu, sebuah jawatankuasa telah dibentuk bagi melaksanakan program lawatan IPIM ini. Setelah pembentukan jawatankuasa perkara pertama yang dilakukan ialah perbincangan tentang lawatan tersebut. Semua ahli jawatankuasa telah bersetuju untuk mengadakan lawatan ke Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, Tapak Arkeologi Sungai Batu, Pengkalan Bujang dan juga Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Destinasi tersebut dipilih hasil persetujuan semua pihak. Ahli jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan telah berunding


dengan pihak-pihak tertentu bagi mendapat kelulusan pihak Pengarah IPGKKB serta pihak pengurusan. Setelah kertas kerja yang dihantar mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak, AJK penginapan pula menghubungi pihak chalet di Sungai Petani bagi kami menyewa kawasan chelet tersebut untuk bermalam. Pada masa yang sama, AJK urusetia juga membuat pembahagian bilik dan menyenaraikan keperluan barangan yang diperlukan semasa lawatan berlangsung. Seterusnya, pihak bendahari lawatan ditugaskan untuk mengutip wang yang telah dijumlah iaitu RM 50 bagi menampung perbelanjaan penginapan dan lain-lain. Semua AJK telah memberikan kerjasama yang sangat baik semi menjayakan program IPIM ini berjalan lancar. Perjalanan Program 06 Mac 2023- kami bertolak dari IPGKKB pada jam 12:00 tengah hari setelah selesai majlis kesyukuran anjuran kampus. Kami bergerak secara berkumpulan iaitu tiga buah bas. Pada jam 3:00 petang, kami berhenti solat di masjid an-Nur Gunung Reng di mana semua pelajr muslim menunaikan solat fardu zohor dan asar. Tepat jam 9:30 semua bas selamat sampai ke chelet penginapan. Kawasan chelet agak dalam dan kami pelajar dikehendaki berjalan sehingga sampai ke chelet dek jalan terlalu sempit sehingga bas tidak melepasi untuk melaluinya. Tiba di chelet, semua pelajar meletakkan barang di bilik masing-masing lalu menjamu selera yang telah disediakan. Kemudian, kami melakukan persiapan diri dan tidur bagi merehatkan diri untuk meneruskan aktiviti pada esok hari. 07 Mac 2023- pada hari seterusnya, kami diminta untuk berkumpul tepat jam 7:00 pagi bagi menikmati sarapan yang disediakan. Kemudian, kami bertolak ke Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang bagi mendengar ‘profesional talk’ yang disampaikan oleh Profesor Mahani Musa. Terdapat banyak input yang dikongsi oleh beliau terutamanya mengenai Sejarah lisan. Setelah itu, kami diberi peluang untuk melawat ke Pusat Arkeologi USM dan muzium bagi melihat pameran yang terdapat di situ. Lawatan ke dua tempat ini dipandu oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM sendiri. Terdapat banyak ilmu yang diperolehi dan pamerannya sangat menarik. Setelah selesai menunaikan solat zohor dan makan tengah hari, kami diberi kesempatan untuk bersiar-siar di Pulau Pinang. Pada waktu ini, aktiviti pelajar adalah bebas. Pada jam 7:30, bas bergerak pulang ke chelet penginapan bagi pengurusan diri dan istirehat.


08 Mac 2023- rutin pagi kami seperti biasa iaitu bersarapan bersama. Pada hari ini, lawatan kami diteruskan ke Tapak Arkeologi Sungai Batu di mana kami tiba di tapak tepat jam 9:00 pagi. Rombongan IPGKKB disambut baik oleh pihak pengurusan dan mereka memberi pendedahan yang begitu banyak mengenai Sungai Batu itu. Kami dipandu oleh pengurus tempat itu sendiri iaitu Encik Faiz dan Encik Hardi di mana mereka memberi penjelasan secara terperinci mengenai tempat tersebut. Tambahan, mereka menjawab semua persoalan yang diajukan dengan baik. Kemudian, Encik Faiz dan Encik Hardi membawa ke Pengkalan Bujang yang jaraknya tidak jauh dari Sungai Batu. Seterusnya, kami menuju ke Tanjung Dawai bagi menikmati makan tengah hari sehingga jam 2:00 petang. Pada sebelah petang pula, kami berkesempatan melawat Muzium Lembah Bujang bagi melihat pensejarahan awal yang dipamerkan. Kami juga diberi taklimat mengenai muzium itu sendiri oleh pengurus muzium tersebut. Di sini terdapat banyak pengetahuan baharu yang kami peroleh hasil daripada lawtaan ini. Pada sebelah malam pula, kami mengadakan aktiviti BBQ di mana bagi merehatkan minda pelajar dan merapatkan ukhwah antara satu sama lain. Terdapat pelbagai juadah yang disediakan. Tidak ketinggalan juga, terdapat permainan yang disediakan oleh AJK permainan bagi memenuhi masa. Semua pelajar terlibat dan gembira semasa aktiviti ini berlangsung. Sebelum pulang ke bilik, kami bersama-sama membersihkan kembali tapak BBQ yang digunakan bagi menjaga kebersihan semua. 09 Mac 2023- Tepat 7:00 semua peserta bersama pensyarah menikmati sarapan terakhir di chelet tersebut. Penyampaian hadiah kepada semua kumpulan rentetan daripada aktiviti malam tersebut juga diadakan pada pagi ini. Tepat 9:30 pagi kami bergerak pulang ke IPGKKB dan berhenti di perhentian untuk makan tengah hari dalam solat zohor dan asar. 8:45 malam, kami selamat tiba di IPGKKB. Lawatan ini sangat memberi pengalaman baru kepada semua pelajar dan pengetahuan baru kepada kami. Sudah pastinya, lawatan ini berjaya atas kerjasama dan bimbingan pensyarah yang mengajar subjek Sejarah. Pengalaman manis seperti ini pasti akan menjadi kenangan kepada pelajar.


Keberkesanan Program IPIM kepada pelajar 1. UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PULAU PINANG ● Pelajar mendapat pelbagai input yang lebih mendalam mengenai kajian sejarah dengan menggunakan metodologi sejarah lisan dan pendokumentasian melalui perkongsian oleh Professor Mahani Musa. ● Pelajar dapat mengaplikasikan perkongsian yang diberikan oleh Professor Mahani Musa dalam melaksanakan kajian sejarah lisan dan pendokumentasian. ● Pelajar dapat mengetahui tentang penemuan Lenggong sebagai tempat sejarah zaman besi apabila terdapat penemuan rangka manusia yang diberi nama ‘Perak Man’ yang terdapat di Gua Gunung Runtuh di Bukit Kepala Gajah melalui tayangan video di muzium arkeologi USM.


2. SUNGAI BATU, KEDAH ● Pelajar dapat mengetahui fungsi Tapak Arkeologi Sungai Batu sebagai tapak peleburan besi, pelabuhan kapal dagangan dan juga pentadbiran pelabuhan kuno yang dicatatkan sebagai tamadun tertua di Asia Tenggara. ● Pelajar dapat melihat sendiri bukti tamadun dan asal-usul bangsa Melayu yang mempunyai ilmu, kemahiran dan teknologi yang sangat tinggi. ● Untuk memupuk kepada pelajar perasaan lebih bangga dan sayangkan negara yang bertuah ini dan menikmati tinggalan sejarah di depan mata. ● Pelajar mempelajari bahawa tapak tamadun dunia di negara kita ini adalah satu tempat yang sama hebatnya dengan Angkor Wat, Cambodia dan Candi Borobudur, Indonesia. ● Pelajar dapat menghayati ilmu orang asal yang cukup tinggi di Asia Tenggara sehingga mampu mengeksport besi seawal tahun 788 Sebelum Masihi.


3. PENGKALAN BUJANG, KEDAH ● Selepas selesai pelajar mendapat penerangan di Sungai Batu, Kedah, pelajar menaiki bas ke Pengkalan Bujang. ● Pelajar mendapat taklimat daripada Encik Ardi berkaitan candi-candi yang terdapat di Pengkalan Bujang. ● Selepas mendengar taklimat daripada Encik Ardi, pelajar dapat mengetahui candi-candi yang masih dipelihara dan dipulihara oleh Tapak Warisan Negara. ● Pelajar juga diberi peluang untuk mengajukan soalan kepada Encik Ardi berkaitan dengan candi-candi yang terdapat di sana. ● Melalui lawatan ke Pengkalan Bujang ini, pelajar dapat menghayati berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan candi yang dijaga oleh Tapak Warisan Negara. Perkara ini juga dapat memberi kesedaran kepada pelajar bahawa setiap harta negara mestilah dijaga dengan baik supaya dapat dipelajari oleh generasi akan datang.


Keberkesanan Program IPIM kepada pelajar 3. Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Kedah. • Muzium Arkeologi Lembah Bujang terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian dalam dan luar. • Di bahagian dalam muzium, pelajar dapat melihat hasil-hasil bumi dan hutan yang dijadikan sebagai bahan dagangan di sesuatu tempat tersebut. Sebagai contoh, Asia Timur kaya dengan kayu cendana, bijih besi, gading gajah dan kapur barus manakala Asia Barat kaya dengan bijih timah. • Pelajar juga dapat melihat pameran-pameran yang asli seperti jongkong besi dan sisa besi di mana jongkong besi terhasil daripada proses peleburan bijih besi manakala sisa besi adalah bahan terbuang selepas proses peleburan besi. • Di bahagian luar muzium, pelajar dapat melihat tapak-tapak bersejarah di Lembah Bujang. Sebagai contoh, Candi Pengkalan Bujang, Candi Pendiat, Candi Bukit Batu Pahat dan sebagainya. • Pelajar dapat mengetahui apa itu candi iaitu tempat beribadat orang terdahulu bagi penganut agama Hindu dan Buddha.


4. Malam Barbeque. ● Malam terakhir sebelum bertolak pulang, para pelajar menyertai satu program santai bersama para pensyarah iaitu malam barbeque yang disertakan dengan permainan-permainan ringkas yang disediakan. ● Program ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama pelajar sejarah dengan membentuk beberapa kumpulan yang terdiri daripada pelajar-pelajar sejarah elektif dan sejarah major. ● Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya mini game seperti Dahiku Dahimu, Circle of Silence, Radio Rosak dan Kamu Nanyeak?. ● Aktiviti seperti ini merupakan satu relaksasi kepada para peserta selepas dua hari mengikuti program-program lawatan yang lain. ● Pelajar dan pensyarah juga dapat menikmati beberapa hidangan yang telah disediakan dengan kerjasama para pensyarah dan beberapa orang pelajar yang bertungkus-lumus membakar ayam, menanak nasi, memasak sup dan membancuh air. ● Secara keseluruhannya, malam barbeque ini telah memberi keseronokan dan memori atau kenangan yang amat bermakna kepada semua pelajar dan pensyarah.


Laporan Bergambar Universiti Sains Malaysia


Sungai Batu Gambar Penerangan Pelajar tiba di Tapak Arkeologi Sungai Batu. Taklimat awal berkenaan dengan Tapak Arkeologi Sungai Batu daripada Encik Ardi dan Muhammad Faiz kepada pelajar sejarah IPGKKB. Penerangan kronologi Kerajaan Kedah Tua serta industri peleburan besi.


Sesi soal jawab bersama pelajar. Tapak relau yang telah diekskavasi oleh ahli arkeologi. Relau lengkap yang telah diekskavasi dan dialihkan daripada tapaknya.


Pengkalan Bujang Gambar Penerangan Pelajar tiba di Tapak Arkeologi Pengkalan Bujang. Penerangan mengenai Candi yang terdapat di Pengkalan Bujang. Penerangan ini telah disampaikan oleh Encik Ardi.


Pelajar mengambil gambar candi-candi yang terdapat di Pengkalan Bujang untuk membuat dokumentasi. Sesi penyampaian hadiah kepada para penceramah sebagai penghargaan daripada pihak IPGKKB.


Lembah bujang Gambar Penerangan Pelajar tiba di Muzium Arkeologi Lembah Bujang tepat pada masanya. Pelajar diberikan taklimat berkenaan dengan Muzium Arkeologi Lembah Bujang oleh Encik Mohd Fauzi Bin Sulaiman.


Sesi penyampaian hadiah kepada para penceramah sebagai penghargaan daripada pihak IPGKKB. Pelajar telah dibenarkan mengambil gambar replika serta bahan-bahan bersejarah yang disimpan dalam Muzium Arkeologi Lembah Bujang.


Pelajar dapat menjawab kuiz subjek sejarah yang disediakan dalam muzium dengan cemerlang. Penerangan berkenaan candi-candi dengan lebih mendalam telah berikan oleh Encik Ridzwan bin Mohd Syafie. Berikut merupakan candi-candi yang telah dijaga rapi oleh pihak Muzium Arkeologi Lembah Bujang seperti, ● Candi Pengkalan Bujang ● Candi Estet Sungai Batu ● Candi Kampung Pendiat ● Candi Kampung Permatang Pasir ● Candi Kampung Bendang Dalam ● Candi Bukit Batu Pahat


Sesi bergambar pelajar sejarah di Candi Bukit Batu Pahat sebagai kenangan.


Malam Barbeque


Click to View FlipBook Version