SK Bandar Puteri Jaya Sabtu • 13 Mei 2023 • 8.30 pagi • Dewan Warisan Permata Mesyuarat Agung Kali ke Dirasmikan oleh EN ZAKARIA BIN MUAIN Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan Islam PETRONAS (BAKIP) Petronas Chemicals Fertiliser Kedah Sdn Bhd Persatuan Ibu bapa dan Guru Sk Bandar Puteri Jaya 08000 Sungai Petani
~Senarai Kandungan PERKARA Isi Kandungan Sekapur sireh Guru Besar Sk Bandar Puteri Jaya Sekapur sireh YDP PIBG Sk Bandar Puteri Jaya Aturcara Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-9 Senarai Nama Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-9 Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-9 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-8 Penyata kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2022 Senarai aktiviti dan sumbangan PIBG 2022 Senarai usul 2023 Senarai jawatankuasa PIBG Sk Bandar Puteri Jaya 2023/2024 Penghargaan
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Terlebih dahulu rasa kesyukuran saya panjatkan kepada Allah S.W.T kerana limpah dan kurnia-Nya, Mesyuarat Agung Kali ke-9 ini dapat dilaksanakan secara bersemuka. Di kesempatan ini, saya merakamkan rasa penghargaan dan tahniah kepada Jawatankuasa PIBG sekolah ini kerana telah dapat membantu pihak sekolah sama ada dari segi tenaga, idea dan sumbangan kewangan demi kejayaan anak didik SK Bandar Puteri Jaya. Kerjasama erat yang terjalin merupakan faktor yang amat penting dalam membina keakraban PIBG dengan pihak sekolah dalam mencapai kemajuan dan kecemerlangan yang bersepadu di antara murid dan warganya dan diharapkan akan berterusan sampai bila-bila. Usaha gigih tanpa jemu ini adalah kunci kejayaan kita bersama. Saya bertuah kerana PIBG SK Bandar Puteri Jaya ini sentiasa menjadi tulang belakang kepada pentadbiran sekolah. PIBG menjadi medium untuk menterjemah segala perancangan yang dilaksanakan oleh pihak sekolah tanpa gagal, bertindak mewakili para waris dalam menyeimbangkan keperluan waris dan sekolah. Justeru, saya mewakili pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua AJK PIBG Sesi 2022/2023 yang telah bertindak cemerlang dalam mengemudi PIBG SK Bandar Puteri Jaya ini. Semoga Allah merahmati segala usaha dan dicatat kebajikan ini sebagai pahala yang berterusan.Saya berharap agar kita dapat meneruskan legasi kecemerlangan ini supaya SK Bandar Puteri Jaya terus mengorak langkah menggapai kecemerlangan yang kita semua impikan. Sekian. Wabillahittaufik wal hidayah.. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. SEKAPUR SIREH UCAPAN GURU BESAR EN. ROSLI BIN SAMAN @ MOHAMAD ZAMAN
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya kita dapat bersama-sama menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-9 ini. Pada kesempatan ini juga saya ingin merakamkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada barisan AJK Pelaksana atas kerjasama yang diberikan bagi merealisasikan mesyuarat agung tahunan ini. Syabas dan terima kasih juga saya ucapkan kepada para waris yang dapat turut serta dalam mesyuarat pada kali ini. Seperti yang kita sedia maklum, objektif penubuhan PIBG ini adalah untuk merapatkan hubungan ibu bapa dan guru-guru serta menyalurkan segala maklumat mengenai kegiatan atau rancangan sekolah demi mempertingkatkan kemajuan dan kecemerlangan murid-murid sama ada di bidang kurikulum atau kokurikulum. Justeru, saya menyeru kepada para waris sekalian agar sentiasa memberi sokogan padu kepada pentadbir sekolah kerana sokongan daripada warislah yang diharapkan agar para pentadbir, guru-guru dan seluruh warga sekolah kekal bersemangat demi anak-anak kita semua. Alhamdulillah untuk sesi persekolahan 2023/2024 kita kembali bersekolah seperti biasa walaupun masih dilaksanakan secara berhati-hati. Sesungguhnya kami barisan AJK PIBG sesi 2022/2023 telah cuba menjalankan tugas kami sebaik mungkin. Walaubagaimanapun, sebagai manusia biasa, kami tidak terlepas melakukan kekhilafan. Oleh itu, saya mewakili AJK PIBG sesi 2022/2023 memohon maaf sekiranya ada kekurangan dan kelemahan sepanjang kami mengemudi PIBG ini. Sebelum saya mengundur diri, saya menyeru kepada semua waris agar tampil kehadapan, membantu pihak sekolah dalam merealisasikan kecemerlangan anak-anak kita dalam apa bidang sekalipun. Saya percaya dalam kalangan tuan/puan terdapat ramai pakar yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang. Oleh itu, pada kesempatan ini saya ingin menyeru kepada semua ibu bapa untuk menyalurkan idea dan pendapat yang dapat kita bangunkan bersama-sama agar PIBG SK Bandar Puteri Jaya dapat bergerak dengan lebih cemerlang pada masa hadapan. Akhir kata, saya berharap agar semua ibu bapa dapat bersatu dalam melahirkan generasi yang seimbang dan cemerlang dari segi rohani dan jasmani, duniawi dan ukhrawi. Sesungguhnya, kejayaan anak-anak adalah kejayaan ibu bapa. Sekian. Terima kasih. SEKAPUR SIREH UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG SESI 2022/2023 EN. AZNEE BIN OTHMAN
8.30 pagi : Pendaftaran Ketibaan Ibu Bapa Tayangan Multimedia 9.00 pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan Nyanyian Lagu Kebangsaan Bacaan Doa Ucapan Penasihat PIBG Ucapan Yang Dipertua PIBG Ucapan Perasmian: En Zakaria Bin Muain Ahli Jawatankuasa Badan Kebajikan Islam PETRONAS (BAKIP) Petronas Chemicals Fertiliser Kedah Sdn Bhd Penyampaian cenderamata kepada AJK PIBG Sesi 2022/2023 Mesyuarat Agung PIBG bermula 12.00 tgh : Mesyuarat tamat Jamuan Raya PIBG Bersurai. ATURCARA MESYUARAT AGUNG PIBG SKBPJ KALI KE-9
jawatankuasa pelaksana MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9 Pengerusi En. Rosli bin Saman @ Mohamad Zaman Pengerusi 2 En. Aznee bin Othman Timb Pengerusi En. Zubir bin Othman Pn. Suhaini binti Hud@Abd Razak (PK Pentadbiran) En. Muhamad Ishak bin Alang Abdul Shuker (PK HEM) En. Muhammad Murshidi bin Munawar (PK Kokurikulum) Pn. Fauziah binti Zainul (PK Petang) Setiausaha Cik Maisarah binti Shafie Bendahari En. Mohd Fahmy bin Ahmad Fauzi Protokol dan Sambutan VIP & Ibubapa En. Rosli bin Saman @ Mohamad Zaman En. Aznee bin Othman (YDP) En. Zubir bin Othman (NYDP) Pn. Suhaini binti Hud @ Abd Razak (PK Pentadbiran) En. Muhamad Ishak bin Alang Abdul Shuker (PK HEM) En. Muhammad Murshidi bin Munawar (PK Kokurikulum) Pn. Fauziah binti Zainul (PK Petang) Cik Maisarah binti Shafie (AJK) En. Mohd Fahmy bin Ahmad Fauzi (AJK) Pn. Hartini binti Othman(k) Pn Rizawati binti Mohd Sumbuti Semua AJK PIBG (Ibu bapa)
jawatankuasa pelaksana MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9 Gimik Perasmian Norliza binti Che Me (K) Zakiah binti Ariffin Nur Rymazaitol Shariha binti Othman Persembahan Murid Pn. Zuhaida binti Mansor (K) Pn. Hartini binti Othman Pn. Nor Azilah bt Azit Buku Program Noor Zuliza binti Mohamad Sabri(K) Nurhafizah binti Abdan Bacaan Doa En Mohd Nadri bin Marzuki (K) Buku Mesyuarat Agung Nik Nor Azhani binti Nik Ibrahim (K) Norshazeela binti Saidon Siti Murni binti Ahmad Husni Emi Darlina binti Che Hashim Juruacara Muhammad Zakuwan bin Haron (K) Norulhuda binti Yaakob Mohd Sobri bin Ibrahim Persembahan Multimedia Ahmad Budiman bin Abu Bakar(K) Syahrul Azlan bin Sobri Teks Ucapan Perasmi/GB/YDP PIBG Harwanne binti Hashim (K) Azuna binti Abdullah Maisarah binti Shafie
jawatankuasa pelaksana MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9 Persiapan Dewan Romzi bin Ismail(K) Yoganathan a/l Maniam Ismail bin Ahmmed Abdul Ghafar bin Ahmad Shahabudin Azizah binti Osman Adilah binti Abu Bakar Saniyah binti Abdullah Siti Khadijah binti Adnan Siti Zubidah binti Hashim Azam Fansuri bin Aziz Mohd Zaki bin Kadir Pencatat Minit Noor Aziah@Halimatul Saadiah binti Arshad (K) Noraza binti Ariffin Siti Fatimah binti Ahmad Zaiton binti Abu Bakar Yusnita binti Eusof Rosnani binti Abu Hasan Hayati binti Remli Nor Aini binti A.Hamid@Mustaffa Suriati binti Mat Desa Perhiasan Pentas / "Back-drop" / Banner Nor Famiri binti Mohd Jamil Sarina binti Awang Kechik Fatimah binti Mohamad Norlini binti Din Janai@Janan Roslina binti Abdul Hamid Haniza binti Ibrahim Salkiah binti Kamaruddin Siti Shajaratuddur binti Md Isahak@Ishak Surina binti Ahmad Yusazimah binti Md Yusof Zaiton binti Mohd Noor Jemputan Ibu bapa & Merumus Usul/Cadangan Ibu bapa En. Rosli bin Saman @ Mohamad Zaman En. Muhamad Ishak bin Alang Abdul Shuker (PK HEM) En. Aznee bin Othman (YDP) En. Zubir bin Othman (NYDP) Maisarah binti Shafie (AJK) Mohd Fahmy bin Ahmad Fauzi (AJK)
jawatankuasa pelaksana MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9 Sijil (Perasmi/Penasihat/AJK) Nurul Azyan binti Usul Ghafli (K) Nurul Syuhada binti Ramli Isma Suhaila binti Zakaria Fotografi Romy Izrilsyairi bin Shahroom (K) Ros Megawati binti Mohd Noor Dokumentasi Melor binti Mat(K) Nurul Farishah binti Othman Pengurusan Tempat Pendaftaran Zulhilmi bin Abdul Halim (K) Mohd Razif bin Romle Cenderamata Nahid binti Abdul Rahman (K) Salwa binti Mahyuddin Nur Nasuha binti Roslan Zakiyah binti Abdullah Seranta & Publisiti En. Mohamad Zuki bin Ibrahim(K) Semua AJK PIBG (Ibu Bapa) Pendaftaran Aisyah binti Abdullah(K) Nurfirdaus binti Shariff Norazela binti Samsuri N.Jayanthy A/P Narayanan Mahfuza binti Hijjas@Jas Sumathy a/p Yaganathan Jurukira Undi/Pencatat Papan Putih Mohamad Razi bin Abd Rahim(K) Abu Hasnal bin Sherkawi Chai A/L Ai Boo Mohamad Zaid bin Zainuddin Abdul Fattah bin Yusoff Luqman Hakim@Fakhairuzal bin Muhamad Ghazali
jawatankuasa pelaksana MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9 Jamuan VIP Rohani binti Othman(K) Sabariah binti Saad Mahani binti Hamid Noor Azian binti Samsudin Nur Liyana binti Za'im Norsiah binti Ahmad Sakila Bee binti Omar Khan Siaraya Jamaludin bin Ahmad (K) Mohd Hafiz bin Halekul Zaman Mohamad Azrizal bin Aziz Jamuan Ibu Bapa Hafizah binti Othman(K) Che Norlia binti Salleh Muniroh binti Nordin Nafizah binti Abd Hamid Jamaliah binti Md Rejab Syahirah binti Abdul Aziz Norsalwana binti Mohamad Zaki Nur Maiza binti Abdul Hamid Junidah binti Osman Madzlina binti Nordin Norhayati binti Yahya Fauziah binti Jaafar Jamalliah binti Hassan Norazela binti Samsuri Pn Izatul Nissa Binti Ab. Halim Pn Nuratma Mangila Binti Abdullah Pn Nurul Farah Asmira Binti Asmil Pn Norhasliza Binti Zahari En Mohd Yusof Bin Ibrahim En Aznizan Bin Idris En Mohd Zuki Bin Ibrahim Pn Hajuna Binti Hamid
Agenda 1 Ucapan Yang Dipertua PIBG Agenda 2 Membentangkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke – 8/2022. Agenda 3 Perkara-perkara Berbangkit Dalam Mesyuarat Agung Kali Ke – 8/2022 Agenda 4 Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke – 8/2022. Agenda 5 Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kewangan bermula 1 Januari 2022 Berakhir 31 Disember 2022. Agenda 6 Membahaskan Usul-usul Yang Telah Ditapis. Agenda 7 Pembubaran Ahli Jawatankuasa Sesi 2022/2023 Pelantikan Pengerusi Sementara Mesyuarat Memilih Ahli Jawatankuasa bagi Sesi 2023/2024 Yang Dipertua PIBG Naib Yang Dipertua PIBG Setiausaha Bendahari Ahli Jawatankuasa (tidak melebihi 10 orang) Agenda 8 Memilih 2 orang Juru Audit Agenda 9 Ucapan Penangguhan AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9
minit mesyuarat agung SESI 2022/2023
Laporan Kewangan SESI 2022/2023
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Sepanjang sesi ini ahli Jawatankuasa PIBG telah bermesyuarat sebanyak 3 kali bagi membincangkan aktiviti dan program yang akan dilaksanakan oleh persatuan. Antara perkara yang dibincangkan ialah tentang pembangunan fizikal sekolah, sahsiah murid, prestasi akademik dan kokurikulum murid. Berikut adalah tarikh mesyuarat Jawatankuasa PIBG yang telah diadakan: Mesyuarat AJK Pertama : 6 November 2022 Mesyuarat AJK Kedua : 9 April 2023 Mesyuarat AJK Ketiga : 8 Mei 2023 Aktiviti PIBG Sepanjang Tahun 2022 AKTIVITI DAN SUMBANGAN PIBG SK BANDAR PUTERI JAYA
USUL 1 Pn Siti Zakiyah binti Abdul Razak mencadangkan agar pihak sekolah mengadakan satu jalan pemudah cara untuk ibu bapa memeriksa keputusan peperiksaan anak serta perkembangan anak di sekolah bagi setiap peperiksaan yang dilaksanakan. USUL 2 Pn Nur Farhana Binti Harun mencadangkan agar memberi penekanan kepada pelajar tentang pentingnya kebersihan diri, disiplin untuk kesihatan dan kesejahteraan. USUL 3 En Mohd Saiful bin Abdullah Saidi mencadangkan agar mewartakan zon mengambil pelajar sebagai Zon Larangan Merokok (kawasan motosikal dan kereta). USUL 4 Pn Izatul Nissa binti Ab Halim mencadangkan agar pihak PIBG mengusahakan kawasan rehat berbumbung (meja dan kerusi batu) untuk pelajar menunggu ibu bapa berdekatan pondok kawalan keselamatan dengan segera. USUL 5 Pn Izatul Nissa binti Ab Halim mencadangkan penggunaan Smart TV dalam Pdpc di kelas terpilih dengan mengadakan projek rintis kepada penggunaan Smart TV ini. USUL 6 Pn Izatul Nissa binti Ab Halim mencadangkan agar menaik taraf tandas pelajar yang kurang memuaskan, rosak dan tidak diselenggara dengan baik. Program gotong royong hanya melibatkan tandas (Tandas Angkat) perlu diadakan sekurang-kurangnya setahun dua kali kerana kepadatan dan kekerapan penggunaan tandas inilah yang menyebabkan kondisi tandas kurang memuaskan (perlu pelibatan waris). USUL 7 Pn Izatul Nissa binti Ab Halim mencadangkan agar mengadakan lebih banyak program motivasi, teknik menjawab bagi mata pelajaran teras serta kelas tambahan malam untuk persediaan pelajar menghadapi UASA dan peperiksaan kemasukan SBP, UKM dan lain-lain. USUL 8 Pn Izatul Nissa binti Ab Halim mencadangkan agar PIBG menaiktaraf mini turf hoki sekolah dengan spotlight dan lampu supaya sukan ini dapat dimanfaat sepenuhnya oleh semua pelajar dan kelab Great Stick umumnya. USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9
USUL 9 Pn Nurul Nor Eliyana binti Ahmad memohon agar pihak sekolah menyemak semula pendapatan waris untuk pemberian bantuan, ini kerana didapati pemberian bantuan tidak disasarkan kepada penerima yang layak seperti beliau. USUL 10 En Zaini Zam bin Zainol mohon pihak PIBG dan sekolah untuk majukan surat kepada pihak berwajib untuk penutupan jalan sementara selama 1 jam bagi sesi petang hari persekolahan sahaja bagi memudahkan urusan pengambilan anak-anak semasa tamat sesi sekolah. USUL 11 En Mohamad Razi bin Abd Rahim mencadangkan supaya bayaran untuk Program Peningkatan Prestasi Tahun 1 hingga Tahun 6 sesi persekolahan tahun 2023/2024 adalah sebanyak RM30.00. USUL 12 Pn. Nur Rymazaitol Shariha binti Othman mencadangkan supaya Bayaran Penilaian Bilik Darjah (PBD)/Kad Pintar Tahun 1 hingga Tahun 6 sesi persekolahan tahun 2023/2024 adalah sebanyak RM20.00. USUL 13 Pn Nuratma Mangila binti Abdullah mencadangkan supaya sumbangan penyelenggaraan sekolah sebanyak RM10 bagi setiap murid. USUL 14 Pn Izzatul Nissa binti Ab. Halim mencadangkan supaya sumbangan PIBG dikekalkan iaitu sebanyak RM50 bagi satu keluarga. USUL 15 Pn Azilah binti Azit mencadangkan supaya sumbangan untuk hari keusahawanan sebanyak RM10.00 bagi setiap murid. USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-9
kepada : semua guru, ibu bapa / penjaga yang sudi hadir serta menjayakan majlis ini. semua dermawan yang sudi menyumbangkan idea, masa, tenaga dan wang ringgit bagi menjayakan semua program PIBG bagi sesi 2022/ 2023. Semua Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG kali ke-9. Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam majlis yang penuh dengan usaha permuafakatan ini. ~Terima Kasih~ PIBG SK Bandar Puteri Jaya mengucapkan jutaan Semoga usaha murni ini dapat diteruskan lagi dimasa hadapan