The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM HARI PENDAFTARAN TINGKATAN 1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by luthfiaremir, 2024-03-10 12:37:56

HARI PENDAFTARAN TINGKATAN 1 SESI 2024

BUKU PROGRAM HARI PENDAFTARAN TINGKATAN 1

HARI PENDAFTARAN & MINGGU PENYESUAIAN DIRI TINGKATAN 1 2024/2025 Keunggulan Peribadi, Kecemerlangan Prestasi KUPA Terbilang! MRSM KUBANG PASU KEDAH 1111 MMAACC 22002244 ||IISSNNIINN DDEEWWAANNSSEERRII PPEERRDDAANNAA


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya jua pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 2024/2025 dapat dilaksanakan pada hari ini. Seluruh warga MRSM Kubang Pasu mengalu-alukan kedatangan kesemua pelajar dan ibu bapa ke maktab ini. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar baharu yang akan meneruskan pengajian peringkat menengah di MRSM Kubang Pasu ini dalam tempoh 5 tahun. Sesungguhnya, kehadiran para pelajar pada hari ini merupakan satu amanah yang terpikul di bahu kami untuk mendidik mereka mencapai kecemerlangan seterusnya mereka mampu memberikan sumbangan kepada negara tercinta pada masa akan datang. Peluang keemasan yang diperoleh para pelajar ini haruslah dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk menguasai pelbagai ilmu, kemahiran dan membina personaliti yang terpuji selaras dengan moto MRSM Kubang Pasu, Keunggulan Peribadi, Kecemerlangan Prestasi dan KuPa Terbilang. Oleh itu, para pelajar hendaklah melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai aktiviti di peringkat maktab khususnya pembelajaran formal dalam bilik darjah, aktiviti kokurikulum dan pembangunan insan. Proses pembelajaran ini amat signifikan bagi menyemarakkan budaya cinta akan ilmu dan seterusnya memartabatkan institusi pendidikan MARA dalam melahirkan generasi berilmu dan berwawasan. Penglibatan ibu bapa dalam badan MUAFAKAT amat diharapkan. Semoga para ibu bapa sentiasa memberikan sokongan padu kepada pihak maktab demi merealisasikan kecemerlangan anak-anak seterusnya mencapai aspirasi negara untuk melahirkan generasi yang berdaya saing pada peringkat global. Akhir kata, semoga para pelajar MRSM Kubang Pasu akan mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang. Sekian, terima kasih. ENCIK MOHD YUSOF ZAKI BIN CHE AMAT Pengetua Maktab Rendah Sains MARA Kubang Pasu KATA ALU-ALUAN PENGETUA


s FALSAFAH PENDIDIKAN MARA PENDIDIKAN MARA ADALAH SATU USAHA YANG BERTERUSAN YANG BERTERASKAN ILMU, TEKNOLOGI DAN NILAI KEUSAHAWANAN UNTUK MEMBANGUNKAN INSAN HOLISTIK DAN SEIMBANG. MISI MRSM MENJADIKAN MRSM SEBAGAI PUSAT KECEMERLANGAN PENDIDIKAN YANG INOVATIF DAN BERTARAF DUNIA. VISI MRSM MELAHIRKAN PELAJAR BUMIPUTERA YANG BERPOTENSI TINGGI DALAM BIDANG SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK (STEM) SERTA MEMPUNYAI CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN. NILAI TERAS MRSM MENERAPKAN NILAI SAINTIFIK, INDEPENDEN, KREATIF, AMANAH DAN PATRIOTIK. MOTO MRSM KUBANG PASU “KEUNGGULAN PERIBADI, KECEMERLANGAN PRESTASI” “KUPA TERBILANG" PENDIDIKAN MRSM


s PENGURUSAN MRSM KUBANG PASU Pengetua EN. MOHD YUSOF ZAKI BIN CHE AMAT Timbalan Pengetua Kecemerlangan Akademik PN. WAN NOR AKMAL BINTI WAN SULAIMAN Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar EN. AHMAD HISYAM BIN MUSTAFA Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat DR. ADRI NIRWAN BIN AHAMAD Setiausaha PN. NOR ANALIZA BINTI ABD AZIK Ahli PN. FARIDA BINTI UDIN (Ketua Jabatan Bahasa) PN. FAZILAH BINTI HAMZAH (Ketua Jabatan Sains) PN. NOOR HATIFA BINTI MASO’D (Ketua JabatanMatematik) EN. HIRZI MUZANI BIN ABDUL HADI (KetuaJabatan Sains Sosial) EN. MUHAMMAD HAZIQ BIN ARIFFADZILAH (Ketua Guru Asrama) EN. MUHAMMAD IZZUDIN BIN LINDANG (Ketua UPPM) PN. AINUL MUNIRAH BINTI MANSOR (Kaunselor) PN. FAZILAWATI BINTI PISOL (Kaunselor) PN. NORLI ROSNIZA BINTI SELAMAT (PPTK)


8.00 pagi Petugas kaunter mengambil tempat 8.30 pagi Pendaftaran pelajar-pelajar baharu tingkatan 1 Pergerakan pelajar dan ibu bapa adalah merujuk Senarai Semak Pergerakan 10.45 pagi Guru-guru dan ibu bapa mengambil tempat di dalam dewan Perarakan masuk Ahli Pengurusan Maktab, YDP MUAFAKAT, Pegawai Perhubungan Sekolah, IPD Kubang Pasu dan Guru-guru Homeroom Nyanyian Lagu Kebangsaan, Lagu Negeri Kedah dan Lagu MARA Bacaan doa Ucapan YDP MUAFAKAT Cawangan MRSM Kubang Pasu En. Mohamed Hisham bin Mohamed Nordin UcapanPengetua MRSM Kubang Pasu En. Mohd Yusof Zaki bin Che Amat Sesi soal jawab ibu bapa dengan Ahli Pengurusan Maktab Perarakan keluar Ahli Pengurusan Maktab, YDP MUAFAKAT dan Pegawai Perhubungan Sekolah, IPD Kubang Pasu Sesi perjumpaan pelajar dan ibu bapa bersama Guru Penasihat Homeroom Tingkatan 1 Bersurai ATUR CARA HARI PENDAFTARAN 11 MAC 2024 (ISNIN) DEWAN SERI PERDANA


HOMEROOM GURU PENASIHAT HOMEROOM CIKGU NURALWANI PN. NUR ALWANI BINTI FARIDAM CIKGU MUSSAFAR EN. ABD MUSSAFAR BIN ABDULLAH CIKGU HAIDA PN. HAIDATUL NAZIRAH MUHAMMED ANAS CIKGU ADILA PN. SITI ADILA BINTI MD YATIM CIKGU ROZYAWATY PN. ROZYAWATY BINTI GHAZALI CIKGU HAZREEN CIK HAZREEN BINTI HAMZAH CIKGU ARISHA PN. NUR ARISHA NOORMASRIEHAN ARIFFIN CIKGU JALWATI CIK JALWATI BINTI ABDUL JALIL CIKGU ZULKIFLI EN. ZULKIFLI BIN SABU CIKGU FADHILAH PN. FADHILAH BINTI MOHAMED ARIFF CIKGU ZURAIDA PN. ZURAIDA BINTI YUSOP CIKGU IKMAL EN. AHMAD IKMAL BIN MOHD RODZI GURU PENASIHAT HOMEROOM TINGKATAN 1


DEFINISI Minggu Penyesuaian Diri merupakan program peningkatan kendiri pelajar. Program Penyesuaian Diri adalah dalam bidang psikososial dan kesejahteraan mental. Program ini diadakan setiap tahun untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1 yang mula mendaftar di MRSM. Antara yang terkandung dalam program ini ialah: • Taklimat Pengetua dan MUAFAKAT kepada ibu/bapa/penjaga • Ucapan selamat datang daripada Pengetua dan guru – guru • Pendaftaran pelajar baru • Penempatan asrama • Pembahagian kelas • Penerangan sistem pembelajaran (jadual dan sistem PNG) • Penerangan peraturan maktab • Pengenalan kepada MARA dan sistem MRSM • Penerangan tentang kemudahan dan perkhidmatan di MRSM • Pembahagian kepada kumpulan Homeroom OBJEKTIF 1. Membentuk budaya cemerlang dalam kalangan pelajar dari aspek akademik, sahsiah dan kokurikulum. 2. Mengasah dan mengasuh minda pelajar ke arah kecemerlangan akademik yang berterusan. 3. Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan guru-guru yang kreatif serta beriltizam dalam mencapai wawasan ‘al-falah’ (kejayaan). 4. Melahirkan warga maktab yang penyayang, prihatin dan saling bekerjasama. 5. Memupuk integrasi dan semangat love and care ke arah keharmonian hidup berasrama dalam kalangan pelajar. MINGGU PENYESUAIAN DIRI


DEFINISI SPMRSM IGCSE (PROGRAM DWISIJIL) Pengantarabangsaan Sistem Pendidikan MRSM Transformasi pendidikan yang dicetuskan MARA The Way Forward, mencabar MRSM untuk melahirkan pelajar yang global, cemerlang dan kompetitif (GEC), khususnya untuk membantu negara menjayakan Model Ekonomi Baru (MEB). Oleh itu, MRSM berhasrat menghasilkan modal insan yang memenuhi keperluan pasaran pekerjaan bertaraf dunia. Oleh itu, program SPMRSM IGCSE diperkenal sebagai wacana untuk memenuhi keperluan lokal dan global dengan mementingkan keperluan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa. Program ini ialah program gabungan kurikulum kebangsaan dan kurikulum International General Certificate of Secondary Education atau lebih dikenali sebagai IGCSE. SPMRSM IGCSE Diperkenalkan untuk menambah nilai (value–add) sistem pendidikan MRSM sedia ada. Hasratnya supaya pelajar MRSM ’learn and go beyond’ SPM. IGCSE merupakan salah satu daripada kelayakan antarabangsa yang paling popular di dunia untuk kanakkanak berusia 14 hingga 16 tahun, dan merupakan pintu masuk ke pendidikan tinggi atau pembelajaran profesional di negara asal pelajar-pelajar, atau di luar negara. PROGRAM PENDIDIKAN IGCSE


GARIS MASA PEPERIKSAAN IGCSE Subjek yang didaftarkan untuk Peperiksaan # Checkpoint (Tingkatan 2) 1111(1): English 1112(1): Mathematics 1113(1): Science *Checkpoint adalah ujian diagnostik yang mengukur kekuatan dan kelemahan pelajar sebagai persediaan kepada ibu bapa dan guru dalam membimbing pelajar untuk meneruskan pelajaran ke peringkat seterusnya. # Peperiksaan IGCSE (Tingkatan 4) 0510: English as a Second Language (Oral Endorsement) 0580: Mathematics (Without Coursework) 0606: Additional Mathematics 0610: Biology 0620: Chemistry 0625: Physics


PROGRAM PENDIDIKAN IGCSE KADAR SEMASA KADAR SEMASA


SOALAN LAZIM TENTANG PROGRAM IGCSE (FAQ) Apakah perbezaan antara program SPMRSM IGCSE dan program MRSM yang lain? Pelajar akan mengambil dua peperiksaan: SPM dan IGSCE MRSM manakah yang menawarkan program ini? Tun Abdul Razak, Alor Gajah, Batu Pahat, Langkawi, Kubang Pasu, Parit, Serting, Johor Bharu, Kuantan, Tumpat, Tawau, Kuala Klawang, Kuala Kubu Baharu dan Kuching. Bolehkah anak sayaberpindah ke MRSM lain jika dia tidak dapat mengikuti program ini? Pelajar tidak dibenarkan berpindah MRSM. Bolehkah pelajar dari MRSM lain memohon bertukar ke program SPMRSM IGCSE? Tidak boleh kerana kurikulum dan suasana pembelajaran berbeza. Apakah kos yang perlu ditanggung oleh ibu bapa? MARA menyediakan semua prasana pembelajaran dan sumber manusia manakala ibu bapa menanggung yuran ujian Checkpoint, peperiksaan IGCSE dan program (optional) lawatan ke luar negara. Adakah PBS dilaksanakan dalam program SPMRSM IGCSE? PBS akan dilaksanakan seperti biasa. Jika tidak mampu membiayai anak untuk program ini, apakah saluran bantuan yang boleh dipohon? Saluran bantuan akan dimaklumkan jika ada. Apakah faedahnya kepada anak saya yang mengikuti program ini? Pelajar akan mengikuti pembelajaran subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris serta berpeluang menyambung ke peringkat tertiari dengan lebih cepat jika keputusan IGCSE yang diduduki pada bulan November tingkatan empat adalah cemerlang. Apakah kegunaan sijil Cambridge IGCSE ini? Sijil Cambridge IGCSE boleh digunakan untuk meneruskan pembelajaran di universiti luar negara (Cambridge A Level). Di manakah saya boleh mendapat maklumat lebih lanjut tentang IGCSE? Boleh didapati dari laman web rasmi Cambridge seperti www.cie.org.uk


JAWATANKUASA HARI PENDAFTARAN 2024 PENGISIAN MAKLUMAT PERIBADI Pn Norhazirah binti Rauazi (K) Pn Norafifi binti Zainol Pn Rosilah binti Ahmad PENERIMAAN BAYARAN Pn Mardziana binti Mohamad Zuki (K) Cik Nor Amira binti Azman JAMUAN Pn Fadhilah binti Mohamed Arif (K) Pn Arisha Noormasriehan binti Ariffin Pn Hazlina binti A. Hamid Pn Aida Akmar binti Che Uda JUALAN USAHAWAN Pn Yusniza binti Md Yusuf (K) Pn Nor Analiza binti Azik PEMBANTU PELAJAR En Abdul Hadi bin Hj Mohamad (K) En Zulkifli bin Sabu TRAFIK DAN KESELAMATAN En Mohd Fauzi bin Idris (K) En Othman bin Ali Pengawal Keselamatan PERALATAN DAN SIAR RAYA En Muhd Naim Saifullah bin Abd Rani (K) En Khairul Hazman bin Junos En Mohamad Radhi bin Aziz KOPERASI Pn Haryanti binti Mohmad Hassan (K) Pn Norain binti Mohd Yusof ALK PENGERUSI En Mohd Yusof Zaki bin Che Amat (Pengetua) TIMBALAN PENGERUSI I En. Ahmad Hisyam bin Mustafa (TPPP) TIMBALAN PENGERUSI II Pn Wan Nor Akmal binti Wan Sulaiman (TPKA) TIMBALAN PENGERUSI III Dr Adri Nirwan bin Ahamad (TPPB) PENYELARAS En Mohd Zalani bin Mohd Nawi SETIAUSAHA & DOKUMENTASI Pn. Haidatul Nazirah binti Muhammed Anas PENEMPATAN ASRAMA En Muhamad Haziq bin Ariffadzilah (K) En Abd. Musaffar bin Abdullah En Ahmad Kamal bin Mohamad En Ahmad Ikmal bin Mohd Rodzi En. Jasmun bin Jamaludin Cik Nur Nadiah binti Abdul Aziz Pn Norhazirah binti Rauazi Cik Nor Sumaiyah binti Rohadi Pn Nor Analiza binti Abd Azik Cik Hazreen binti Hamzah Pn Noor Azalina binti Abd Ghanl En Sharul Nizam bin Abdul Halim SEMAKAN DAN SERAHAN FAIL Cik Hazreen binti Hamzah (K) Pn Nor Fariza Hanom binti Sulaiman PROTOKOL DAN PENGACARAAN En Azaidi bin Abdullah (K) Pn Latipah binti Hashim PERSIAPAN DEWAN Pn Nor Hazila binti Hadin (K) Pn Nur Razalina binti Azizan Pn Nurrul Khairiah binti Md Khair En Mohd Akhbar bin Tajul Urus En Ahmad Ikmal bin Mohd Rodzi En Mohd Naim b Abdullah En Aziz b Jaafar En Mohd Nizar Nadzmi bin A.Rahim SAMBUTAN DAN PERTANYAAN Pn Norfarizah binti Abdullah (K) PN Madhina Shia binti Mohd Ikram Pn Maya Izra binti Yaakub PENDAFTARAN DAN DATA PELAJAR Pn Nazlena binti Abu Bakar (K) Pn Ros Azlina binti Abdul Rashid MULTIMEDIA & BUKU PROGRAM Pn Siti Hajar binti Ali (K) En Muhammad Anuar bin Abdullah En Mohd Hazril bin Rashid Pn Nor Analiza binti Azik MINGGU PENYESUAIAN PELAJAR Pn Fazilawati binti Pisol (K)


JAWATANKUASA MINGGU PENYESUAIAN DIRI PENGERUSI En Mohd Yusof Zaki bin Che Amat (Pengetua) TIMBALAN PENGERUSI I En. Ahmad Hisyam bin Mustafa (TPPP) TIMBALAN PENGERUSI II Pn Wan Nor Akmal binti Wan Sulaiman (TPKA) TIMBALAN PENGERUSI III Dr Adri Nirwan bin Ahamad (TPPB) PENYELARAS Pn. Fazilawati binti Pisol SETIAUSAHA Pn Norfarizah binti Abdullah PENGARAH SEP TG 1 Pn Hazura binti Abdul Rahman Kerohanian En Othman bin Ali Pengurusan Asrama En Muhammad Haziq bin Arifffadzilah Penyelaras Homeroom Pn Nolie binti Shamshudin Penasihat BWP En Ahmad Ikmal bin Mohd Rodzi AJK En Ahmad Kamal bin Mohamad Pn Zuraida binti Yusop Pn Ros Azlina binti Abdul Rashid


JADUAL PROGRAM PENYESUAIAN DIRI


LAGU-LAGU RASMI LAGU NEGERI KEDAH ALLAH SELAMATKAN SULTAN MAHKOTA Allah Selamat Sultan Mahkota Berpanjangan Usia Di Atas Takhta Memelihara Agama Nabi Kita Negeri Kedah Serata-rata LAGU MARA AMANAH RAKYAT Demi…satu keunggulan bangsa yang berdaulat sebuah lambang menawan puncak jaya perkasa di persada dunia Obor para cendekia merentas masa hadapan usahawan jaya tercipta bahagia maju MARA maju jaya MARA perkasa menjunjung amanah rakyat memayungi bangsa dan negara bersemangat perintis penuh yakin demi satu amanah mulia MARA perkasa, menjunjung amanah rakyat memayungi bangsa dan negara penuh keyakinan demi satu amanah mulia LAGU MRSM Wahai putera-puteri bangsaku ayuh segera menuju mengikut gerak langkah maju bersatu mencari ilmu di zaman sains dan teknologi negara perlukan jasamu janganlah rasa malas lagi bersama memegang teraju Di Maktab Rendah Sains MARA tuntut ilmu jangan jemu ikrar taat setia pada guru berdisiplin selalu hari ini hari mulanya hari esok berjaya lengkapkan segala yang ada ke kuliah kita segera


PELAN LOKASI


PENGHARGAAN Pihak Pengurusan MRSM Kubang Pasu mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga kerja MRSM Kubang Pasu dan pihak lain yang turut terlibat secara langsung dalam menjayakan Hari Pendaftaran dan Minggu Penyesuaian Diri Tingkatan 1 2024/2025. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar Tingkatan 1. Selamat memulakan pengajian di MRSM Kubang Pasu. MAKTAB RENDAH SAINS MARA KUBANG PASU LOT 1929, JALAN KAMPUNG GELONG, 06000 JITRA, KEDAH. TEL : 04-9170695 / 97 FAX : 04-9170699 E-MEL : [email protected] WEBSITE : www.kpasu.mrsm.edu.my ALAMAT & NO. TELEFON


Click to View FlipBook Version