The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-2666191, 2022-06-09 22:17:51

PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

SEJARAH
PEMBENTUKAN
MASYARAKAT

MAJMUK DI

MALAYSIA

PENGENALAN

Masyarakat majmuk sangat sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang
bercirikan pelbagai jenis kaum serta identiti . Terdapat lebih 80 kaum di seluruh
Malaysia . Daripada keseluruhan bangsa tersebut , terdapat tiga bangsa utama di
Malaysia iaitu Melayu , Cina dan India. Sebelum penemuan tapak bijih timah oleh
Long Jaafar pada tahun 1848, majoriti penduduk di Tanah Melayu ialah orang
Melayu. Hanya sebilangan kecil orang Cina datang ke Tanah Melayu sebagai
pedagang manakala sebilangan kecil orang India pula bekerja sebagai buruh.

Pada pertengahan abad ke-19, berlaku penghijrahan masuk kaum Cina dan India
secara beramai-ramai ke Tanah Melayu ekoran dasar kolonial British yang membawa
masuk kaum-kaum tersebut untuk bekerja di tapak-tapak perlombongan dan dalam
sektor ekonomi.

Senario ini didapati berterusan sehinggalah sebelum tercetusnya Perang Dunia
Kedua. Kesan yang jelas melalui dasar liberal British ialah pembentukan masyarakat
negara yang berbilang kaum dan kepelbagaian cara hidup dan keturunan.
Penghijrahan secara besar-besaran ini telah mengubah struktur kependudukan asal
Tanah Melayu.

Pemajmukan masyarakat menyebabkan British mentadbir berdasarkan
pendekatan ‘pecah dan perintah’ di Tanah Melayu. Kaum pendatang dibiarkan untuk
mengekalkan identiti dan budaya masing-masing sementara perhubungan langsung

dengan kaum-kaum lain tidak digalakkan. Hasilnya terbentuklah masyarakat majmuk
seterusnya berbilang kaum di negara ini dari semasa ke semasa.

LATAR BELAKANG PEMBENTUKAN
MASYARAKAT DI MALAYSIA

MIGRASI

Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu
didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak.
Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga
kaum pendatang daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak
masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa
yang sama (James P. Ongkili, 1985:4).

Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia
disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang
ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang
bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini.
Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar
dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum
penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan
perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya
daripada China dan India.

CINA

Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya (1983:159), masyarakat Cina daripada
negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan
penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu.
Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu melalui beberapa cara yang dikenalpasti
diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu melalui
sistem tiket yang sangat popular. Menurut W.L. Blythe (1953:3), bilangan buruh Cina yang

berhijrah memang ramai dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka

yang tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara

haram ke Tanah Melayu.

Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses
pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang
semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah
corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu.
Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu
masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini
membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan
mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.

INDIA

Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan
mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga
mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke
luar. Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong
penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu
ketika itu. Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada
waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya
menguasai negeri-negeri Melayu.

INDONESIA & CEYLON

Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak
juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan Ceylon.
Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh daripada
China dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa,
Kalimantan (Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain
kepulauan yang berhampiran dengan Selat Melaka.. Pendatang daripada Indonesia
juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan Banjar.
Menurut S.N. Arseculeratne (1991:8), pendatang dari Ceylon kebanyakannya terdiri
daripada kaum Sinhalese. Mereka datang dari kawasan pantai selatan negara
tersebut. Mereka datang dengan jumlah yang agak ramai selepas abad ke-19
berterusan hingga abad ke-20. Kedatangan berterusan ini disebabkan penjajahan
British di Ceylon. Faktor ekomoni adalah bukan faktor utama penghijrahan mereka,
sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebih berbanding apa yang mereka
dapat di negara asal mereka

Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan
masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan
masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik serta
kehidupan seharian. Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan ini
seperti peristiwa 13 mei 1969. Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk,
konflik berkenaan mengikut garisan pemisah ras, bukan garisan kelas. Pengambilan
pekerja buruh daripada luar di buat secara tetap sudah pasti akan menimbulkan
masalah sosio-ekonomi dan politik yang lebih membimbangkan dan bagi mengelak
pembentukan masyarakat majmuk pelbagai etnik atau heterogeneous seperti mana
yang cuba dielak oleh negara-negara Eropah Barat dan Telok (Weiner, 1990:143).

Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light menduduki
Pulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran secara besar-
besaran daripada luar. Dalam jangka masa yang panjang semasa pemerintahan
kolonial British di Malaysia iaitu selama lebih satu ratus lima puluh tahun bermula
1786 hingga 1957. Antara tahun itu, Malaysia telah diduduki oleh Jepun semasa
perang dunia kedua. Walau bagaimanapun, jangka masa singkat itu dianggap tidak
mempunyai signifikan yang besar kepada komposisi dan mobiliti penduduk.
Masyarakat homogenis Melayu Tanah Melayu telah mengalami transformasi kepada
masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi etnik-etnik Melayu, Cina dan
India sebagai komponen utamanya.

Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari keturunan Cina
dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti kelompok Baba-
Nyonya yang berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang berketurunan India.
Asimilasi bangsa juga turut berlaku apabila perkahwinan antara orang asing dengan
penduduk tempatan, maka wujud beberapa sub-kategori penduduk berdarah
campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan lain-lain. Kini
kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-Arab, Melayu-
India, Melayu-Cina dan lain-lain.

Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran
daripada luar. Proses ini berterusan sehingga penjajahan British di Tanah Melayu.
Oleh itu, wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia.
Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya
dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang
berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan
masyarakat luar.

HALANGAN PEMBENTUKAN
MASYARAKAT MAJMUK

Politik

Halangan daripada segi politik timbul apabila sesetengah kaum tidak mahu
menerima kepimpinan dari kaum lain yang mana pemimpinya sudah semestinya
mempunyai corak kepimpinanya sendiri. Mereka hanya akan berburuk sangka dan
sentiasa mencari salah agar dapat dijadikan bahan untuk menampakkan kepincangan
kepimpinan. Setiap individu mempuyai pegangan dan prinsip mereka sendiri dan
setiap parti dan pemimpin mempunyai agenda mereka sendiri,

Ekonomi

Halangan dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di
mana perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah seperti
mana dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah
mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit. Akaibat daripada dasar yang
dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana
sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India
masih lagi tinggal di lading ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membatas kan interaksi
sosial antara mereka kerana masa banyak diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan
sekerja terdiri daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya
berlaku dan berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja.

Sosial (pendidikan)

Pada zaman penjajahan,dasar pendidikan tidak menghasilkan keberkesanan yang
positif, terutama untuk perpaduan dan pelaksanaannya mempunyai banyak
kelemahan keranan British pada masa itu hanya mementingkan kepentingan
ekonomi dan kedudukan sendiri sahaja. Pihak Inggeris juga telah mewujudkan
sekolah vernakular Melayu, vernakular Cina dan vernakular Tamil yang sudah pasti
ianya telah menyebabkan masyarakat Melayu, Cina dan India dipisahkan mengikut
sistem persekolahan dan hubungan antara mereka menjadi semakin renggang.
Sekolah-sekolah vernakular ini mempunyai kepentingan tersendiri bagi setiap kaum
atau etnik tersebut. Mas alah untuk membentuk perpaduan menjadi bertambah rumit
apabila pihak British tidak memainkan peranan dengan adil, terutama dari segi
layanan yang setaraf kepada semua bangsa atau kaum.

Sejarah Sosial Pengaruh Peradaban Dunia Dalam
Pembinaan Negara Bangsa

Sejarah -Sejarah Di Alam Melayu

Dunia melayu atau alam melayu adalah sebuah rantau politik dan ekonomi yang
sangat strategik sejak zaman pra-sejarah lagi. Kedudukan alam melayu yang berada
di laluan ekonomi yang utama iaitu Selat Melaka, Selat Sunda dan Laut China Selatan
telah membolehkan komunikasi perdagangan antarabangsa yang lebih cekap.
Disebabkan kedudukan yang strategik ini, muncul bandar-bandar Pelabuhan
sepanjang pesisirnya,yang kemudian membentuk kerajaan-kerajaan kota, sebelum
menjadi empayar – empayar yang besar. Kemunculan Kerajaan Melayu Funan (68-
628M), Sriwijaya (600-1100M), Majapahit (1293-1498M) dan Melaka (1400-1511M),
adalah gambaran bagaimana bangsa Melayu menjadi sebuah bangsa yang
menguasai laluan ekonomi Timur-Barat sehingga abad ke-16M.

Peradaban Peribumi Di Alam Melayu

• Gugusan Kepulauan Melayu ini terdedah kepada iklim Tropis/ Hutan Hujan
Tropika, putaran angin bermusim dan arus lautan yang kencang antara pulau,
serta kehidupan alam semula jadi dan lautan yang amat kaya. Di sinilah
berkembangnya satu Rumpun Bangsa Melayu, satu keturunan baka (DNA),
satu bahasa, dan satu ragam budaya. Mereka hidup segar, rukun dan
sejahtera, berlandaskan sikap yakin, tabah dan terbuka antara mereka dan
alam semesta. Dengan landasan hidup sedemikian, mereka melahirkan suatu
Tamadun Kepulauan (Archipelagic Civilisation) yang tersendiri dalam susila
Peradaban Melayu yang lahir daripada pengalaman dan Pandangan Hidup
(Worldview) kemanusiaan yang asli.

Perkembangan Peradaban Terbesar Di Asia (India, Cina dan
Timur Tengah) Terhadap Malaysia

Kedatangan yang orang India dari negara India dan Cina dari negara China di Tanah
Melayu dahulu adalah salah satu kesan daripada penjajah di Malaysia yang telah
membawa masuk pekerja asing dari luar untuk memenuhi keperluan tenaga dalam
menjalankan kegiatan ekonomi. Inilah merupakan peradaban mereka yang di bawa
masuk dari negara asal mereka.

https://kotakmedia.trade/
Peradaban dari India dan Cina yang ada di Malaysia yang ada di Malaysia juga tiada
perubahan yang ketara secara keseluruhannya. Sebagai contoh adat resam dan
tabiat pemakaian bahasa ibunda masih dikekalkan. Terdapat dalam dikalangan
bangsa India dan Cina juga memeluk Islam, namun Bahasa dan kebudayaan masih
diamalkan dalam kehidupan mereka.

Peradaban Barat

Sumber:https://pembina.com.my/

Peradaban Barat hasil penjajahan kolonial Barat yang dilalui oleh negara ini tidaklah
ketara namun pengaruh corak masyarakat kolonial itu meninggalkan satu kesan yang
luas terhadap rakyat Tanah Melayu ketika itu dan mungkin tidak mendalam.
Kedatangan orang Eropah ke alam melayu telah bermula selepas tumbuhnya
peradaban Islam di rantau ini, tetapi masyarakat kolonial tidak tumbuh serentak di
Alam Melayu ini. Pemerintahan British, penyebaran agama Kristian di Tanah Melayu
tidak begitu ketara.

Peradaban globalisasi

https://www.kompas.com/

"Era dunia tanpa sempadan” telah memungkinkan berlaku interaksi dan jaringan
peradaban merentasi benua dan sempadan negara menerusi perkembangan
teknologi maklumat dan informasi dan penggunaan media sosial. Mempengaruhi
aspek kehidupan merentasi bidang politik, ekonomi dan sosial budaya termasuklah
perkembangan bidang ilmu dan permikiran.

Kesan Positif Dan Negatif Peradaban Globalisasi

https://steemit.com/

Positif Negatif

Peningkatan mobility sosial Penyebaran maklumat yang
dan pengukuhan kelas kurang kesahihannya.
menengah atas.

Penonjolan hak-hak asasi Pengabaian keperluan asas
daripada kaum wanita. hidup di kalangan rakyat yang
miskin.

Peluang yang lebih luas kepada Perantarabangsaan jenayah

manusia yang daripada yang dapat menyukarkan

pelbagai bangsa, budaya dan jenayah dibendung.

agama.

Kemajuan teknologi dalam Pembangunan yang kurang

komunikasi dapat memudahkan seimbang dan jurang perbezaan

kerja seharian. ekonomi semakin lebar antara

kawasan di dalam sesebuah

negara.

Pelaburan asing dalam negara Tahap kualiti alam sekitar yang
dapat mewujudkan peluang semakin merosot yang
mengakibatkan kemusnahan.
perkerjaan yang meluas bagi
mengurangkan kemiskinan.

Peradaban Berkonsepkan Malaysia

Sumber:https://commons.wikimedia.org/

Dalam merangka, merancang, merancang, dan memahami pembentukan identiti
ini,wajar bagi setiap warganegara untuk memahami dan mengenali negara bangsa
yang beridentitikan Malaysia. Peradaban berkonsepkan Malaysia mestilah suatu
peradaban yang mempunyai identiti kukuh sebagai seorang masyarakat Malaysia
yang bertunjangkan budaya, imej, Bahasa dan agama sebagai landasan utama dalam
menjalani kehidupan mereka.

Peradaban Yang Beridentitikan Malaysia

https://www.merdeka.com/

Kemerdekaan Malaysia pada tanggal 31 Ogos 1957 .Ia merupakan asas kemunculan
peradaban bangsa-bangsa dalam Malaysia. Usia kemerdekaan melebihi 60 tahun
merupakan satu jangka masa yang panjang. Namun, negara didakwa masih gagal
dalam menjayakan proses dalam pembentukan negara bangsa. Oleh itu, usaha yang
berterusan sebagai meneruskan perjuangan tokoh kemerdekaan negara untuk
melihat Bangsa Malaysia Bersatu dalam suasana harmoni dan damai sampai bila-bila.

Konsep Negara dan Bangsa

Sumber:https://www.hmetro.com.my

Konsep Negara

Negara ialah wilayah yang mempunyai penduduk,sempadan dan pemerintahan yang
berwibawa. Seterusnya, negara juga merujuk kepada institusi pemerintahan yang
teratur yang bertanggungjawab dalam membuat dan melaksankan sesuatu
keputusan politik serta menguatkuasakan undang-undang dan peraturan kerajaan.
Elemen-elemen dalam membentuk sesebuah negara:

Kerajaan

https://www.wartaekonomi.co.id/

Kerajaan merupakan badan yang diberikan kuasa untuk menguruskan pentadbiran,
menjaga keamaan mempertahankan kedaulatan negara dan menjalinkan hubungan
diplomatik dengan negara lain.

Kedaulatan

https://www.bharian.com.my/

Kedaulatan merupakan kekuasaan tertinggi terhadap rakyat dalam sesebuah wilayah
tersebut dan kekuasaan ini tidak boleh dihadkan oleh mana-mana pihak. Selain itu,
kedaulatan juga merujuk pada kekuasaan yang dimiliki oleh sebuah negara atau
pemerintah. Negara atau pemerintah boleh menggunakan seluruh kuasa yang
dimilikinya untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang maka, negara
tersebut mempunyai hak mutlak terhadap rakyatnya. Kedaulatan juga memastikan
sesebuah negara itu bebas daripada campur tangan, paksaan, taklukan atau
penjajahan kuasa asing.

Wilayah

http://biaspersepsi.blogspot.com/

Wilayah merupakan kawasan tempat tinggal rakyat dan sempadannya yang diterima
umum. Wilayah pengaruh merujuk kepada kawasan yang rakyatnya menerima dan
memperakui pemerintahan seorang raja.

Rakyat

https://umnoputrajaya.com.my/

Rakyat ialah seluruh penduduk bagi sesebuah wilayah dan mereka terikat dengan
undang-undang dan juga peraturan yang telah dikuatkuasakan dalam wilayah
tersebut.

https://www.roketkini.com/

Konsep Bangsa

Bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia yang mendiami dalam sesebuah
wilayah yang mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam, kesenian. Idea
bangsa kini sering digunakan oleh negara kita bagi melahirkan perasaan bersatu
padu dalam kalangan rakyat yang pelbagai kaum demi membentuk bangsa Malaysia
yang kukuh.

https://www.nu.or.id/

Ciri-ciri negara dan bangsa ialah:

Negara

Sumber:http://www.ecns.cn/

• Negara ialah wilayah yang mempunyai penduduk,sempadan dan
pemerintahan yang berwibawa. Seterusnya, negara juga merujuk kepada
institusi pemerintahan yang teratur yang bertanggungjawab dalam membuat
dan melaksankan sesuatu keputusan politik serta menguatkuasakan undang-
undang dan peraturan kerajaan.

Sumber:https://www.thepatriots.asia/

Bangsa

Bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia yang mendiami dalam sesebuah
wilayah yang mempunyai persamaan dari segi bahasa, adat resam, kesenian.

Sumber:https://www.malaysia.gov.my/

Kerajaan

Kerajaan ialah sebuah institusi pemerintah yang bertanggungjawab untuk
menggubal dan melaksanakan dasar sesebuah negara. Kerajaan atau institusi

pemerintah ini merangkumi seluruh badan yang melakukan, mentafsirkan dan
melaksanakan dasar-dasar tersebut. Kerajaan juga haruslah bertindak sebagai
pengaman dan juga penentu masa depan kehidupan masyarakat sesebuah negara.

Sumber: https://www.bharian.com.my/

Pelembagaan

Pelembagaan merupakan peraturan yang tinggi sama ada dalam bertulis atau tidak
bertulis yang menjadi rujukan dan panduan bagi mentadbir dan memerintah sebuah
negara.


Click to View FlipBook Version