The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Biodata Tokoh Pemimpin Johor

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-13044596, 2021-04-25 01:47:18

TOKOH PEMIMPIN JOHOR

Biodata Tokoh Pemimpin Johor

Keywords: Tokoh,Pemimpin ,Johor

TOKOH
PEMIMPIN

JOHOR

DATO' SIR ONN BIN DATO' JAAFAR

NAMA PESERTA : MUHAMMAD ADIFFDANIEL BIN ZAKI

KELAS : 6 ANGGERIK

EMEL : [email protected]

NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH :

SEKOLAH KEBANGSAAN (FELDA) CHEMPLAK, JALAN BAHAGIA, 85300, LABIS,
SEGAMAT, JOHOR.

PENDAHULUAN

Pemimpin adalah antara manusia yang mempunyai tanggungjawab yang begitu besar dalam
Islam. Dia secara langsung di dalam urusannya memikul amanah dan tugas yang berat kepada
rakyat yang dipimpinnya. Malahan seorang pemimpin juga akan dipertanggungjawabkan di
hadapan Allah terhadap kepemimpinannya. Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah yang
bermaksud: Kalian semua adalah seorang pemimpin dan setiap pemimpin akan
dipertanggungjawabkan terhadap orang-orang yang di bawah pimpinannya. (Hadis Riwayat
Al-Bukhari)

Berdasarkan maksud hadis berkenaan, jelas betapa kepemimpinan adalah satu perkara yang
begitu serius dan bukan perkara remeh sebagaimana dianggap kebanyakan orang Islam. Bukan
semua orang mempunyai kelayakan menjadi pemimpin. Justeru, melihatkan kepentingan
kedudukan pemimpin di sisi Allah dan di sisi umat Islam, maka Islam meletakkan garis
panduan ketat mengenai kriteria seorang pemimpin yang berkewibawaan dan berkemampuan
memimpin umat Islam ke arah kejayaan.

BIODATA TOKOH

Datuk Onn Jaafar di lahirkan pada tahun 1895 di Bukit Gambir, Jalan Gertak Merah, Johor
Bharu. Beliau merupakan anak yang ketiga dari tujuh orang anak lelaki dan tujuh orang anak
perempuan. Bapanya Datuk Jaafar bin Haji Muhammad iaitu Menteri Besar Johor yang
pertama semasa pemerintahan Sultan Ibrahim. Datuk Jaafar berketurunan Bugis dan berasal
dari Daik. Ibunya bernama Rugayah berasal dari Timur Dekat, berketurunan Turki. Datuk Onn
di pelihara oleh Sultan Ibrahim sebagai anak angkat Baginda sejak berusia enam tahun.
Datuk Onn menamatkan zaman bujangnya dan bertemu jodoh yang pertama dengan Che’
Rafiah Binti Abdullah dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Hawa, Rukiah dan Cik Salehah.
Jodohnya dengan Rafiah tidak panjang kerana beliau telah kembali kerahmatullah selepas
melahirkan Cik Salehah. Kemudian Datuk Onn berkahwin dengan Cik Jamilah Binti Othman
dan dikurniakan seorang anak, Azmir. Walau bagaimanapun jodoh beliau dengan Cik Jamilah
tidak panjang dan mereka bercerai dan Datuk Onn telah berkahwin pula dengan Datin Halimah
Binti Husain dan dikurniakan enam orang anak iaitu Tun Hussein, Gharib, Major Ja’afar, Tahir,
Nurziah dan Nel. Datuk Onn dan Datin Halimah hidup sebagai suami isteri selama 41 tahun.

Beliau meninggal dunia pada hari Jumaat, 19 Januari 1962 akibat serangan jantung dan
jenazahnya telah disemadikan bersebelahan makam bapanya, Allahyarham Dato' Jaafar bin
Haji Muhammad di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.

PENDIDIKAN TOKOH

Pendidikan asasnya bermula di Sekolah Melayu Johor Bahru. Sebelum dihantar ke England,
beliau diasuh oleh wanita Inggeris bersama Tunku Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar dan
Tunku Ahmad pada usia sembilan tahun. Kemudian belajar di sekolah Aldeburg Lodge di
England selama enam tahun. Setelah tamat pelajaran di England beliau telah pulang ke tanah
air, Johor pada 25 Mac 1910 dan melanjutkan lagi pelajarannya di Maktab Melayu Kuala
Kangsar.

KERJAYA TOKOH

Pada 1 September 1911 sewaktu berusia 16 tahun beliau mula berkhidmat dengan kerajaan
Johor sebagai kerani pelatih di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. Dua bulan kemudian
berpindah ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. Dua bulan kemudian berpindah ke Pejabat
Penasihat British (British Advisor).

Pada bulan Mei, 1912 bertugas sebagai Pembantu Kerani Besar Pejabat Perubatan dan dalam
bulan Julai, 1912 beliau kembali ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Pembantu
Kerani Besar.

1 Ogos 1913, Datuk Onn bekerja di Pejabat Penasihat Undang-undang Johor, kemudian dalam
bulan Oktober 1914 bekerja di Pejabat Imigresen Bahagian India dan pada tahun yang
berikutnya bekerja di Pejabat Wang (Perbendaharaan) Johor.

Atas perintah Sultan Ibrahim, Datuk Onn berkhidmat sebagai kadet dalam Tentera Johor pada
bulan Julai 1917, berakhir dengan pangkat Leftanen. Dari Bukit Timbalan Johor Bahru beliau
dipindahkan ke Pejabat General Advisor. Di sini juga, beliau tidak lama berkhidmat kerana
diberhentikan pada 31 Januari 1920 oleh Sultan Ibrahim disebabkan perselisihan faham dengan
Baginda.

Beliau bersama-sama keluarganya telah berpindah ke Singapura. Di sana beliau berniaga kecil-
kecilan termasuk kain, perkakas perak, tembaga, barang makanan seperti keropok dan
sebagainya. Pada tahun 1922 beliau balik bekerja dengan Kerajaan Johor sebagai pegawai
tambah sementara dalam pejabat tanah.

Pada 1 Januari 1923 beliau dilantik sebagai Ketua Pejabat Kawalan/Sekatan Getah di Muar.
Tahun berikutnya dilantik sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dan kemudiannya
berpindah ke Johor Bahru.

Beliau juga pernah bekerja sebagai wartawan di dalam Syarikat Warta Malaya kepunyaan Syed
Husin Alsagof dari tahun 1930 hingga 1933. Kemudiannya dalam tahun 1934, beberapa orang
dari Syarikat Warta Malaya menerbitkan Mingguan Lembaga Malaya dan Harian Lembaga.
Datuk Onn bertindak sebagai pengarangnya.

Pada tahun 1936 Datuk Onn dilantik oleh Sultan Ibrahim sebagai ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan Johor. Walau bagaimanapun, Datuk Onn telah menerima dengan syarat beliau bebas
mengeluarkan pendapat. Pada 1 Jun 1938 beliau dilantik pula sebagai Setiausaha sulit kepada
Tunku Mahkota Johor, membuat kerja yang dititah oeh Sultan sama ada peribadi, kerja istana
atau kerajaan.

Datuk Onn telah mengetahui Pavilion Johor dalam pameran yang diadakan di San Francisco,
Amerika Syarikat dalam tahun 1938.

Oleh kerana sumbangan dan rapatnya hubungan Datuk Onn dengan Sultan, kedudukan Datuk
Onn sangat penting kepada Sultan. Apabila meletusnya Perang Dunia dan pendudukan Jepun
di Tanah Melayu, Datuk Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor mula 1
Januari 1942 hingga tahun 1945.

Bertugas Sebagai Wartawan
Beliau bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun, dan pada tahun
1934, menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Rencana tulisan beliau sering
mengkritik masyarakat Melayu dan mendesak agar perubahan dilakukan. Onn Jaafar
mendapati orang-orang Cina tidak segan berkebun sayur , membuka kedai jahit dan lain-lain
pekerjaan yang dianggap rendah oleh orang Melayu. Beliau dilantik menjadi pengarang Warta
Malaya mulai 1 Januari 1930 hingga penghujung 1933.

Bertugas Sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat

Beliau bertugas sebagai Pegawai Daerah Batu Pahat era pentadbiran penjajah British, tetapi
kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan. Onn Jaafar menggantikan tempat
Encik Ismail bin Datul Abdullah bin Abdul Rahman, pegawai daerah yang telah dibunuh
dengan secara kejam oleh gerila-gerila 'Bintang Tiga' di Benut pada 10 Jun 1945. Selepas
Jepun menyerah kalah, ramai orang Melayu yang bekerja sebagai polis dan ketua kampung
telah ditangkap, hilang dan dibunuh oleh MPAJA antara Mac-April 1945.

SUMBANGAN TOKOH

Pada awal tahun 1946, beliau menubuhkan Persatuan Melayu Semenanjung Johor yang sebagai
Yang Dipertua. Dalam bulan Mac 1946, perwakilan-perwakilan dari berbagai persatuan
Melayu bertemu dalam Kongres Melayu pertama yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman
Kuala Lumpur mencapai keputusan akan menubuhkan satu dan yang mewakili orang melayu
menentang Malayan Union.

Kongres Melayu ketiga diadakan di Istana Besar Johor Bahru pada bulan Mei 1946. Kongres
inilah yang melahirkan UMNO dengan Datuk Onn sebagai yang Di Pertuanya yang pertama.
Dalam tahun ini juga iaitu pada 1 Oktober 1946, Sultan Ibrahim melantik Datuk Onn Datuk
Jaafar sebagai Menteri Besar Johor.

Saudara-saudaranya, Datuk Abdullah dan Datuk Mustafa pernah dilantik ke jawatan tersebut.

Setelah berkhidmat selama tiga tahun, Datuk Onn meletakkan jawatan itu untuk menumpukan
sepenuh masa kepada UMNO selepas Sultan Ibrahim memberi amaran kepadanya sama ada
mahu memilih berkhidmat dengan kerajaan atau memimpin UMNO. Datuk Onn memilih untuk
terus berkhidmat sebagai Yang Dipertua UMNO. Pada tahun 1946, kepimpinan Datuk Onn
menentang penjajahan secara politik sehingga tumbangnya Malayan Union dan tertubuhnya
Persekutuan Tanah Melayu.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah memelihara semula kedudukan Raja-Raja
Melayu, memperketatkan syarat-syarat kerakyatan bagi orang-orang asing dan memberi
beberapa hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu.

Usaha-usaha Datuk Onn untuk mengembalikan kedudukan orang-orang Melayu, beliau telah
mengemukakan cadangan supaya keahlian UMNO dibuka kepada lain-lain bangsa tetapi
mendapat tentangan di kalangan Majlis Mesyuarat Agung UMNO disebabkan oleh suasana

Kebangsaan Melayu ketika itu tidak sanggup menerima perubahan radikal seperti itu. Hasrat
dan cita-citanya untuk memartabatkan bangsa melayu diteruskan dengan pelbagai cadangan
dan tindakan. Pemerhatian yang dibuat oleh Datuk Onn ada dinyatakan didalam ucapannya :

“Layanan yang berat sebelah itu pula tidak terhad kepada pegawai-pegawai British sahaja
tetapi diluaskan kepada tiap-tiap orang Eropah di dalam pekerjaan Kerajaan. Di dalam soal
gaji, rumah-rumah kediaman dan di dalam berbagai-bagai cara lain lagi terdapat layanan
yang sama itu diketepikan. Apa yang melukakan hati saya ialah hakikat bahawa hinggakan
pegawai-pegawai kanan Melayu yang berada di dalam perkhidmatan awam itu telah tertolak
ke bawah oleh satu dasar yang menjadi dasar untuk memajukan pentadbir-pentadbir bagi
jawatan yang lebih tinggi itu.”

Dalam persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam pada 25 dan 26 ogos Datuk Onn
melepaskan jawatan sebagai Yang DiPertua UMNO disebabkan oleh tentangan tersebut.
Berbagai-bagai tafsiran boleh diberi terhadap syor-syor Datuk Onn dan ia sendiri pernah
dituduh sebagai tidak berkepentingan Melayu.

Sebenarnya Datuk Onn telah mendahului zamannya; orang-orang melayu masih tidak dapat
bersetuju UMNO menerima keahlian semua kaum sahaja. Begitu juga kelonggaran dalam
syarat-syarat kerakyatan untuk kaum-kaum lain masih belum dapat diterima walaupun
kemudiannya dan dalam penggubalan perlembagaan Malaya Merdeka syarat-syarat lebih
longgar diberi keada kaum-kaum lain.

Malah UMNO sendiri sebelum Merdeka telah bekerjasama dengan kaum-kaum lain melalui
parti Perikatan (yang bagaimanapun mengekalkan identiti parti-parti di dalamnya).

Datuk Onn yang telah dilantik oleh Kerajaan British sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri
telah dapat melihat dari dalam masalah-masalah pentadbiran dan politik negara. Mungkin
kerana itu, merasakan perlu kerjasama secara lebih rapat dengan kaum-kaum lain dan

mempercayai bahawa bimbingan dari British adalah perlu bagi memajukan orang-orang
melayu sebelum mencapai kemerdekaan.

Beliau dituduh sebagai orang pro-British kerana duduk dalam kabinet kerajaan penjajah, tetapi
kemudiannya UMNO juga membenarkan seornag wakilnya menerima tempat dalam kabinet
itu. Sewaktu di dalam kabinet kerajaan penjajah, Datuk Onn telah dilantik menjadi Pengerusi
RIDA, sebuah badan yang bertujuan untuk meninggikan kedudukan ekonomi orang-orang
Melayu. Dalam bidang pelajaran, nama Datuk Onn terkenal dengan minatnya terhadap
kemajuan anak-anak Melayu yang membuahkan antara lain ‘Biasiswa UMNO’ sewaktu beliau
dalam parti ini.

Setelah meninggalkan UMNO Datuk Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya tetapi tidak
berjaya mendapat sokongan orang-orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau menubuhkan pula
Parti Negara sebagai membuat persediaan menghadapi pilihanraya Persekutuan Tanah Melayu
pada tahun 1955, Datuk Onn dan partinya tidak berjaya dalam pilihanraya itu, namun tidak
berputus asa bagi mendapatkan tempat dalam politik tanahair.

Beliau berjaya juga mendapat kerusi, mewakili kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan
dalam pilihanraya Persekutuan dalam tahun 1959. Dengan seorang diri mewakili partinya
beliau cuba menyampaikan pendapat-pendapat politiknya dalam sebuah Dewan yang
mengandungi ahli-ahli dari UMNO Perikatan dan parti-parti lain.

Pada tahun 1962, Datuk Onn menghembuskan nafasnya yang terakhir di Johor Bahru.
Perjalanan perjuangan Datuk Onn adalah sebahagian daripada sejarah Tanah Melayu kita
selepas perang dunia kedua. Walau apapun tanggapan terhadapnya, tiada siapa pun dapat
melupakan jasa baktinya kepada parti, bangsa dan negara.

Sebagai seorang pejuang, pendukung keamanan beliau mempunyai pendirian politiknya yang
tersendiri. Kepintaran dan kegigihannya tidak ada tolok banding di waktu beliau berada di

mercu politik UMNO dan tanahair sehingga diperakui semua kalangan. Beliau seorang tokoh
politik nasionalis dengan keupayaan intelektual yang tinggi walaupun tidak menjejak kaki di
Universiti. Beliau juga pemidato dan juga pengarang yang terkenal dengan kebolehan bahasa
ynag menakjubkan. Dalam lima tahun yang intensif sewaktu pergolakan politik tanahair paling
memuncak beliau wujud untuk memegang teraju pimpinan orang-orang melayu dan
membentuk corak olitik yang akan diikuti kemudian.

Garis Masa Dato Onn Jaafar
1895 – Dilahirkan di Seri Gambir, Johor Bahru .

1901 – Menjadi anak angkat Sultan Ibrahim dan menghabiskan masa di Istana Johor.
Belajar bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris.

1902 – Ibunya Rugayah meninggal dunia

1903 – Belajar di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England . Dia ke sana sebagai
pengiring putera-putera Sultan Johor.

25 Mac 1910 – kembali ke Johor dengan perawakan Barat.

1910 – 1911 – Belajar di di Maktab Melayu Kuala Kangsar.

1911 – Kerani sambilan di Jabatan Setiausaha Kerajaan Johor .
Berkahwin kali pertama Rafeah Abdullah (gadis Cina yang merupakan anak angkat bapanya).
Mendapat empat orang anak dan isterinya meninggal dunia beberapa tahun kemudian.

1915 – Berkahwin kali kedua dengan Che Jamilah dan mendapat seorang anak iaitu Ismail
bin Onn. Isterinya meninggal dunia.
Berkahwin kali ketiga dengan Che Kah, seorang pelakon bangsawan.

1917 – Menyertai Pasukan Tentera Johor dan ditempatkan di Pulau Belakang Mati,
Singapura- markas JMF. Pangkat tertinggi adalah Leftenan.

1919 – Berkahwin kali keempat dengan Halimah Hussein, janda adiknya. Mendapat 3 anak
termasuk Hussein Onn.

1920 – Bekerja semula di Pejabat Penasihat Johor tetapi dipecat oleh Sultan Ibrahim pada 31
Jun 1920 kerana membidas baginda tanpa berselindung berkaitan isu harta.

1922 – Diterima bekerja semula sebagai penolong pegawai di Pejabat Tanah Johor kerana
pujukan Tengku Ismail.

1923 – Pegawai di Pejabat Tanah Muar

1924 – Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dengan gaji RM1440.00.

1927 – Pindah ke Johor Bahru dengan jawatan yang sama. Pegawai British menahan elaun
RM200.00 setahun, tidak diberi motokar kerajaan dan tidak disediakan rumah kerajaan
sedangkan pegawai British mendapat pelbagai kemudahan.

1927 – 1936 – Dibuang negeri ke Singapura oleh Sultan Ibrahim kerana menyiarkan berita
Sultan Ibrahim memperalatkan JMF sebagai buruh paksa dalam akhbar Sunday Mirror.
Sultan Ibrahim membina padang lumba kuda dan membuka ladang di Pagoh, Tasek Utara
dan Pasir Pelangi menggunakan JMF.

1 Januari 1930 – Dilantik menjadi pengarang Warta Malaya

1934 – Menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga.

1936 – 1941 – Menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor

1942 – 1945 – Menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor

1945 – 1946 – Menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat

03 Januari 1946 – Memimpin Pergerakan Melayu Semenanjung, Johor.

1 – 4 Mac 1946 – Menjadi Pengerusi Kongres Melayu Se-Malaya 1946 untuk menentang
Malayan Union anjuran Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung
Baharu, Kuala Lumpur.

11 Mei 1946 – Menubuhkan UMNO dan menjadi presidennya yang pertama ketika Kongres
ketiga diadakan di Johor Bahru..

1 Jun 1947 – Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor.

10 Januari 1949 – Dilantik menjadi anggota ‘Communities Liasion Committee’

31 Mac 1949 – Dilantik sebagai salah seorang daripada Pro-Canselor Universiti Malaya.

18 Mei 1950 – Meletakkan jawatan Menteri Besar Johor dan menumpukan kepada UMNO.

1951 – Pengerusi Rural and Industrial Development Authority (RIDA).

26 Ogos 1951 – Cadangan membuka keahlian UMNO kepada semua kaum telah ditolak.
Maka Dato’ Onn meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dalam persidangan Majlis
Mesyuarat Agung Keenam pada 25 dan 26 Ogos 1951.

26 Ogos, 1951 – Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
Februari 1954 – Menubuhkan Parti Negara mengganti Parti Kemerdekaan Malaya. Tujuan
penubuhan parti tersebut adalah untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama
pada tahun 1955.

1955 – Kalah dalam Pilihan raya Persekutuan 1955

1959 – Mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam pilihan

raya Persekutuan dengan bantuan parti PAS..

19 Januari 1962 – Meninggal dunia dan dikebumikan di Makam Mahmoddiah Johor Bahru.

ANUGERAH DAN PENGHORMATAN
Anugerah di dalam Malaysia

 Johor :
o Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Kedua (DPMJ)
– Dato' (1940)[9]
o Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Kedua (DK II) (1947)

 Perak :
o Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) – Dato' Seri (2015)

Anugerah antarabangsa[sunting | sunting sumber]

 United Kingdom
o Honorary Knight Commander of the Order of the British Empire (KBE)
– Sir (1953)

SENARAI KARYA

 Sumpah Melayu (1946)
 Di dalam filem 1957: Hati Malaya, tahun 2007, Zaefrul Nordin melakonkan watak

sebagai Dato' Onn Jaafar.

NILAI KEPIMPINAN YANG PERLU DICONTOHI

1. Tidak pernah berputus asa
2. Sentiasa berusaha memajukan diri
3. Sentiasa berfikiran positif
4. Rajin
5. Amanah dalam menjalankan tugasan

KESIMPULAN
Pada kesimpulannya,untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi seorang pemimpin perlu
mempunyai nilai dan etika di mana ia perlu merumus,memperjelas dan menghayati budaya
kerja di dalam organisasi.Pemimpin itu juga mesti peka bagi menjadi teladan kepada ahlinya
dan memperkukuhkan amalan dan budaya kerja cemerlang.Justeru itu, panduan nilai dan etika
perlu di rangka bagi pemimpin tersebut supaya dapat membawa organisasinya ke arah
mencapai matlamat kecemerlangan yang di inginkan.Sesungguhnya,pemimpin memainkan
peranan utama dalam pengurusan organisasi untuk mencapai matlamat dalam erti kata
sebenarnya.Kepimpinan merupakan unsur dalaman dan kerohanian merupakan faktor utama
yang menyenpurnakan faktor-faktor lain ke arah mencapai matlamat kecemerlangan
organisasi.Terdapat juga kajian yang pernah dilakukan mengenai aspek-aspek kepimpinan dan
pretasi organisasi.Akhir kata,kejayaan kecemerlangan organisasi bergantung kepada pemimpin
yang menyelia dan memberi perkhidmatan yang berkualiti dan menerapkan nilai-nilai murni
di dalam organisasi.

Rujukan
1. Panggilan "Yang Berhormat" dikhaskan untuk penerima gelaran Dato' yang
dianugerahkan oleh Sultan Johor Darul Ta'zim.[1]

1. Abdul Rahim Ramli (19 Jun 2010). "Syarat Ketat Anugerah Datuk Johor". mStar
Online. Dicapai pada 7 Februari 2021.

2. 'Dato Onn Jaafar, peranannya didalam politik dan pentadbiran Persekutuan Tanah
Melayu, 1895-1962' oleh [[Ramlah Adam' ;Gateway Pub. House, 1987 , hlm 8

3. 'Warta Malaya, penyambung lidah bangsa Melayu, 1930-1941' oleh Zulkipli bin
Mahmud ;Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia ; 1979

4. 'Tan Sri Haji Mohamed Noah ' oleh Zabha, hlm 68
5. 'Forgotten Armies: The Fall of British Asia, 1941-1945' oleh Christopher Alan Bayly,

Timothy Norman Harper
6. 'Across the Causeway: A Multi-dimensional Study' oleh Takashi Shiraishi ;2009 ;

hlm 131'
7. 'Dato' Onn Ja'afar, pengasas kemerdekaan' oleh Ramlah Adam; Dewan Bahasa dan

Pustaka ; 1992 ;hlm 25
8. 'UMNO, organisasi dan kegiatan, 1945-1951;Ramlah Adam ; 1978 ;hlm 102
9. Mohamed Abid (2003). Reflections of pre-independence Malaya. Subang Jaya,

Selangor, Malaysia: Pelanduk Publications. m/s. 12. ISBN 967-978-865-
2. OCLC 53896919.
10. "STATE HONOUR FOR LADY IBRAHIM". eresources.nlb.gov.sg (dalam bahasa
Inggeris). Singapore: The Singapore Free Press. 17 September
1947. OCLC 53258619. Dicapai pada 5 April 2021.

11. Pengemudi Bahtera Merdeka Johor. Abu Bakar bin Abdul Hamid, Zam Ismail, 1943,
Kamdi Kamil, 1949- (ed. 1st). Johor Bahru, Johor: Yayasan Warisan Johor. 2012.
m/s. 73. ISBN 978-983-2440-46-8. OCLC 870691698.

12. "Perak honours six with posthumous awards". The Star (dalam bahasa Inggeris). 28
November 2015. Dicapai pada 12 November 2019.

13. "No. 39863". The London Gazette (Supplement). 26 May 1953. m/s. 2973.

 Ramlah Adam, ' Dato' Onn Ja'afar - Pengasas Kemerdekaan'. Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur, 1993, hlm 12

 Abdul Latip bin Talib, 'Dato' Onn Jaafar : Kisah Seorang Patriotik'. Latip dan Keluarga
Enterprise, Negeri Sembilan, 2017.

Datuk Onn Bin Datuk Jaafar (11 May 1946 – 26 Ogos 1951)
“Sekiranya UMNO ini sebenarnya bertujuan dan berkehendak mendirikan negara merdeka
di dalam Malaya ini, maka saya berharap juga pihak UMNO ini akan memandang kepada
pandangan yang luas, pandangan yang dikatakan nasional atau kebangsaan itu dan jangan

semata-mata mengahdapkan pandangannya itu kepada pandangan yang sempit semata-
mata, iaitu hidup hanyalah di bawah tempurungnya sendiri dengan tidak menghiraukan iaitu

ada lain-lan tempurung yang terletak di sebelahnya”
Ucapan terakhir Dato’ Onn dalam persidangan
Perhimpunan Agung UMNO pada 1951


Click to View FlipBook Version