1|MINGGU BAHASA 2021
MINGGU BAHASA
SEKOLAH TENBY IPOH
2021
ANJURAN:
PANITIA BAHASA MELAYU
SEKOLAH TENBY IPOH
TARIKH:
21-25 JUN 2021
TEMPAT:
SEKOLAH TENBY IPOH,
PENGENALAN
Program Minggu Bahasa Melayu ialah satu program tahunan bagi Panitia Bahasa
Melayu. Program ini diadakan bertujuan untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Selain itu,
program ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri untuk menyertai pelbagai
pertandingan yang dianjurkan di peringkat sekolah. Selain itu, program ini bertujuan untuk
melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis. Diharap program ini mampu memberi
keyakinan dan semangat baharu dalam diri murid-murid ke arah menjadi murid yang
berpengetahuan luas dan serba boleh.
.
OBJEKTIF
1. Menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dengan betul dan terkawal.
2. Mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
3. Mencungkil dan menampilkan bakat-bakat baharu dalam kalangan murid sekolah
rendah dan sekolah menengah.
4. Mempertingkatkan kecekapan berbahasa Melayu.
5. Menguasai bahasa Melayu dengan baik.
6. Menambah pengetahuan dan kosa kata murid dalam pelajaran Bahasa Melayu
7. Memupuk semangat kerjasama dan toleransi dalam kalangan murid.
8. Membina pemikiran yang positif.
SASARAN DAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN
Semua aktiviti yang dijalankan oleh panitia Bahasa Melayu berbentuk pertandingan dan
permainan.
Kelas Aktiviti Objektif Guru
Std 1- Permainan bahasa -carian Menambah pengetahuan kosa kata. Cik SyaSya
3 kata
Permainan tradisional
interactive activity
(liveworksheets.com)
Std 1- Permainan Bahasa Pelajar dapat memahami dan Cik Syasya
3D (penjodoh bilangan) mengenal pasti penjodoh bilangan
Permainan Bahasa - yang betul.
Persatuan Bahasa Melayu -
Membuka kotak
(wordwall.net)
Permainan Bahasa -
Persatuan Bahasa Melayu -
2|MINGGU BAHASA 2021
Membuka kotak
(wordwall.net)
Std 1- Carian benda tersembunyi Menguji pemikiran dan Cikgu Diyana
3 meningkatkan kosa kata
Kata sinonim Pelajar dapat memahami perkataan Cikgu Diyana
Kata Seerti (Sinonim) - yang sama makna.
Std 3- Silang kata
6 Kata Seerti (Sinonim) -
Silang kata (wordwall.net)
Std Pertandingan Pelajar dapat menyampaikan sajak Cikgu
1-6 Mendeklamasikan Sajak dalam intonasi yang betul. Tini
Std Pertandingan Bercerita Menggalakkan murid-murid supaya Cikgu Anisah
1-3 lebih banyak membaca dan mencari Dan
idea. Cikgu Tini
4-6 Membolehkan murid-murid bertutur Cikgu Anisah.
dalam bahasa Melayu dengan
Std Ejaan lancar. Cikgu Syamsida
4-6 Pelajar dapat meningkatkan kosa
kata dan boleh mengeja perkataan
Tg.1- dengan baik.
5 Meningkatkan kosa kata pelajar.
Std 1-
6 Permainan bahasa Pelajar boleh menyerlahkan bakat Cikgu Syamsida
Cabaran pembaca berita dalam menyampaikan berita
Tg. 1- Pertandingan forum Pelajar dapat mengemukakan idea Cikgu Naemah
5 berdasarkan tajuk debat.
Tg 1- Pembelajaran dalam talian lebih
5 baik berbanding bersemuka.
PENUTUP
Aktiviti yang dicadangkan untuk Minggu Bahasa Melayu diharapkan dapat mengeratkan
silaturahim dalam kalangan guru, antara guru dengan murid dan antara murid dengan murid.
Aktiviti yang dirancang juga merupakan salah satu cara menggilap permata bernilai ini agar
dapat bersinar menyuluh sinar kemajuan negara ke arah mencapai negara maju.
3|MINGGU BAHASA 2021
PERTANDINGAN BERCERITA
1.0 PENDAHULUAN
Bercerita telah menjadi tradisi budaya manusia sejak zaman-berzaman untuk memberi
pengajaran, pengetahuan, hiburan dan berkongsi pengalaman. Dalam masyarakat
Melayu, tokoh-tokoh Tok Tubang, Awang Batil, Awang Belanga dan Tok Selampit
merupakan penglipur lara yang terkenal dalam tradisi bercerita. Kehebatan mereka
banyak bergantung kepada cara persembahan yang mampu mempengaruhi dan
memukau audiens.
Aktiviti cerita dalam pengajaran bahasa adalah salah satu pendekatan yang sesuai
digunakan bagi membina kecekapan berbahasa murid iaitu kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Seterusnya, kemahiran kefahaman dan pelaporan turut
dicapai melalui aktiviti membaca dan bercerita ini. Amalan membaca perlu dipupuk
dalam diri murid-murid. Oleh hal yang demikian, aktiviti bercerita sangat sesuai untuk
dipertandingkan.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan yakin.
2.2 Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya kreatif
penulis-penulis tempatan, karya tradisional dan hasil kerja sendiri.
2.3 Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu bertutur, membaca, mendengar
dan menulis dalam bahasa Melayu.
2.4 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing
dalam kalangan murid.
3.0 PENGELOLAAN
Pertandingan ini dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu, Sekolah Tenby Ipoh.
4.0 PENYERTAAN
Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Tahap 1 (Tahun 1,2 dan
3) dan Kategori Tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6) Sekolah Rendah.
5.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN
Panitia Bahasa Melayu, Sekolah Tenby Ipoh. bertanggungjawab menganjurkan dan
megelolakan pertandingan ini.
6.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
Penyertaan terbuka kepada murid-muridd Tahap Satu (Tahun 1,2 dan 3) dan Tahap Dua
(Tahun 4,5 dan 6)
Hanya seorang peserta sahaja mewakili tahap masing-masing dibenarkan mengambil
bahagian bagi setiap sekolah.
Sumber bahan cerita hendaklah dipilih daripada medium berikut:
• Buku-buku cerita yang terdapat dalam pasaran.
4|MINGGU BAHASA 2021
• Cerita-cerita dari majalah dan media massa lain
• Cerita-cerita daripada bahan elektronik/internet
• Hasil karya sendiri
Kualiti cerita
• Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai murni sejagat
yang tidak menyentuh isu-isu politik, ras dan agama.
• Cerita yang dipilih perlulah bersesuaian dengan tahap umur murid.
• Cerita tersebut perlu pelbagai jenis dan skopnya. serta tidak tertumpu kepada cerita-
cerita rakyat sahaja.
• Panjang cerita hendaklah bersesuaian dengan masa yang diperuntukkan. Setiap peserta
diberi masa untuk bercerita antara 2 minit hingga 5 minit.
• Props semasa bercerita dibenarkan.
• Keputusan pemenang akan ditentukan melalui sistem juri.
• Setiap peserta dikehendaki merekod video penyampaian.
7.0 KRITERIA PENGHAKIMAN PERTANDINGAN CERITA
7.1 Teknik Persembahan 20 markah
7.2 Bahasa dan Pertuturan 20 markah
7.3 Penghayatan cerita 20 markah
7.4 Kualiti video rakaman 15 markah
7.5 Mesej/nilai dalam cerita 05 markah
7.6 Tempo penceritaan/Perkembangan cerita 10 markah
7.7 Kawalan suara 10 markah
Jumlah 100 markah
5|MINGGU BAHASA 2021
PERTANDINGAN MENDEKLAMASIKAN SAJAK
1. OBJEKTIF
1.1 Mencungkil bakat baharu dalam bidang deklamasi sajak.
1.2 Memberikan ruang dan pendedahan kepada golongan murid sekolah untuk
mengetengahkan bakat mereka dalam bidang pengucapan sastera, sekali gus
membina keterampilan dan jati diri bangsa.
1.3 Memupuk minat dan kecintaan terhadap bahasa dan sastera Melayu khususnya
puisi.
2. SYARAT PENYERTAAN
2.1 Pertandingan ini terbuka kepada pelajar Sekolah Tenby.
3. PEMILIHAN SAJAK
3.1 Peserta bebas memilih sajak berdasarkan tema di bawah:
Tahap Tema
1 (Darjah 1-3) Bebas
2 (darjah 4-6) Kasih sayang
3.2 Penyampaian sajak selain daripada tema yang dinyatakan di atas akan
menyebabkan penyertaan peserta terbatal.
3.3 Teks sajak tersebut perlu disahkan oleh guru kelas bagi memastikan isi
kandungan yang bersesuaian.
4. PERATURAN PERTANDINGAN
4.1 Peserta perlulah merakam video semasa mendeklamasikan sajak dan dihantar
kepada guru Bahasa Melayu masing-masing.
5. ASPEK PENILAIAN
5.1 Aspek penilaian meliputi suara (70%) serta gaya dan teknik (30%). Butiran penilaian
dalam persembahan deklamasi sajak adalah seperti yang berikut:
ASPEK SUARA (70%) GAYA DAN TEKNIK (30%)
PENILAIAN Vokal
Intonasi Nada Bermakna Kelancaran Penghayatan/Mimik Penampilan/
Muka/Bahasa Tubuh Ketertiban
MARKAH 15 15 20 10 10 20 10
6|MINGGU BAHASA 2021
PERTANDINGAN MEMBACA BERITA
Cara-Cara
1. Pelajar perlu merakam diri membaca berita berkaitan isu semasa.
2. Pelajar perlu memuat naik video tersebut .
Syarat-syarat
1. Pelajar boleh memuat naik seberapa banyak video penyertaan namun hanya
layak memenangi satu hadiah sahaja
2. Pelajar boleh menggunakan kreativiti sendiri untuk menjadikan video
membaca berita lebih menarik .
3. Rakaman video membaca berita mestilah tidak kurang daripada 50 saat
ASPEK SUARA (70%) GAYA DAN TEKNIK (30%)
PENILAIAN Vokal
Intonasi Nada Bermakna Kelancaran Penghayatan/Mimik Penampilan/
Muka/Bahasa Tubuh Ketertiban
MARKAH 15 15 20 10 10 20 10
7|MINGGU BAHASA 2021
PERTANDINGAN FORUM
SKOP TAJUK FORUM
• Skop tajuk forum merangkumi isu-isu bahasa dan sastera, sosial, budaya,
ekonomi,keusahawanan, pendidikan, alam sekitar, politik juga sains dan teknologi.
• Setiap pasukan tidak dibenarkan sama sekali menimbulkan isu yang bertentangan
dengan undang-undang, perpaduan kaum, tatasusila dan kepentingan negara.
• Terbuka kepada pelajar sekolah menengah
• Setiap pasukan diberikan kebebasan membina tajuk forum masing-masing
berdasarkan skop di atas tanpa menimbulkan sebarang sensitiviti.
PERATURAN PERTANDINGAN
• Pertandingan ini dipersembahkan dalam bentuk perbincangan. Setiap pasukan
akan diwakili oleh lima orang peserta yang terdiri daripada seorang pengerusi dan
tiga orang ahli panel yang akan mengupas suatu topik perbincangan manakala
seorang lagi merupakan peserta simpanan.
• Bagi pusingan pertama, setiap ahli panel akan berforum mengikut urutan bermula
daripada ahli panel pertama, kedua dan ketiga. Untuk pusingan pertama sahaja, ahli
panel tidak boleh mengganggu atau menyampuk semasa rakannya sedang
menyampaikan hujah.
• Sekiranya ada tafsiran dan terjemahan bagi firman, hadis atau petikan mestilah
disampaikan sepenuhnya dalam bahasa Melayu.
• Setiap pasukan diberi masa 20 minit untuk berforum. Loceng amaran akan
dibunyikan sekali pada 3 minit sebelum masa tamat dan 2 kali apabila masa tamat.
• Setelah tamat masa 20 minit pasukan berforum, pengerusi pasukan akan
memberikan ruang kepada ketua hakim untuk mengemukakan soalan. Ketua hakim
akan mengajukan satu soalan kepada pasukan yang bertanding. Masa untuk ketua
hakim mengajukan soalan tidak akan dikira. Tempoh masa selama 5 minit
diperuntukkan kepada peserta bagi menjawab soalan tersebut.
• Kesemua ahli panel mestilah menjawab soalan yang diajukan secara bergilir-gilir
kerana jawapan yang diberikan akan diambil kira dalam pemberian markah bonus
kepada pasukan.
ASPEK PEMARKAHAN
• Penilaian markah bagi pertandingan pada semua peringkat akan dinilai secara
keseluruhan daripada semua aspek.
• Penilaian markah daripada aspek bahasa, isi, penyampaian dan pengendalian
forum akan diberikan.
• Sebarang bentuk nyanyian dan puisi tidak akan diambil kira dan akan menjejaskan
markah penyampaian.
8|MINGGU BAHASA 2021
• Setiap pasukan perlu mengutarakan maksimum lima isi. Markah penuh bagi setiap
isi ialah lapan, iaitu:
a. Penyataan isi : 3 markah
b. Huraian/penjelasan : 3 markah
c. Contoh : 2 markah
(Pengerusi tidak diberikan markah isi. Markah bagi isi sebanyak 40 adalah untuk
prestasi pasukan).
• Bahasa dikira daripada markah penuh (40) yang merangkumi empat aspek seperti
yang berikut:
a. Sebutan baku : 20 markah
b. Tatabahasa : 10 markah
c. Diksi : 5 markah
d. Pertautan : 5 markah
(Markah minimum bagi setiap aspek ialah separuh daripada markah penuh dan
pertambahan markah dikira berdasarkan bahasa yang jelas, tepat dan baku
(struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan tepat kepada maksud
yang hendak disampaikan, diksi serta pertautan idea yang jelas)
9|MINGGU BAHASA 2021