The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Flipbook ini disediakan untuk para peserta Program Pandu Puteri Tunas Malaysia Connect 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cgmas, 2021-09-03 08:54:54

PRINSIP ASAS PANDU PUTERI TUNAS

Flipbook ini disediakan untuk para peserta Program Pandu Puteri Tunas Malaysia Connect 2021

1.1 MENGETAHUI , MENGHAYATI DAN MENGAMALKAN
(I) PERSETIAAN
(II) UNDANG-UNDANG
(III) COGAN KATA
(IV) ISYARAT DAN HORMAT ; DAN
(V) BERJABAT TANGAN.

PERSETIAAN PANDU PUTERI

Bahawa dengan sesungguhnya
saya berjanji dan bersetia,
dengan sedaya upaya ,

menunaikan kewajiban saya kepada tuhan,
raja dan negara saya Malaysia,
menolong orang setiap masa

dan mematuhi undang-undang pandu puteri tunas.

UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI TUNAS

► Pandu puteri tunas selalu menurut ajaran orang yang tertua daripadanya.
► Pandu puteri tunas tidak menurut kehendak hati sahaja.
► Seorang pandu puteri bersahabat dengan semua orang dan bersaudara dengan

pandu puteri yang lain
► Seorang pandu puteri sentiasa bersopan santun
► Seorang pandu puteri sentiasa berjimat cermat

COGAN KATA PANDU PUTERI TUNAS

► Tolong Orang Selalu ( TOS )
► Cogan Kata ini disebut setiap kali Pandu Puteri Tunas selesai membuat

istiadat Lingkungan Pandu Puteri Tunas dan Istiadat Hormat Besar.

ISYARAT, HORMAT DAN CARA BERJABAT TANGAN

1.2 MENGETAHUI DAN MEMAHAMI:
(I) LOGO, LENCANA DAN BENDERA PERSATUAN PANDU PUTERI

MALAYSIA.
(II) LOGO PERSATUAN PANDU PUTERI DAN PENGAKAP PUTERI

SEDUNIA ( WAGGGS),
LENCANA DUNIA SERTA BENDERA DUNIA.

Logo Lencana
Persatuan Pandu Puteri Malaysia Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Lencana Bendera
Pelantikan Pandu Puteri Tunas Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Logo Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Simbol Maksud

Trefoil Tiga Bahagian Persetiaan Pandu Puteri
Bintang Pecah 14
13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah
Persekutuan di Malaysia.

Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Lambang Maksud

Tiga rangkaian daun lebar Tiga Bahagian Persetiaan Pandu Puteri
Bintang Pecah
13 buah negeri dan Wilayah
Lencana Pandu Puteri di tengah Persekutuan di Malaysia

Matahari menyinari kanak-kanak di
dunia

Logo
Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia
World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS )

Lencana Dunia / World Badge

LENCANA DUNIA

Simbol Maksud

Trefoil Persetiaan Pandu Puteri
Warna emas trefoil Matahari yang bersinar di langit biru
Bintang-bintang pada
Bintang penunjuk jalan iaitu Persetiaan dan
cabang trefoil undang-undang Pandu Puteri

Jalur kompas Penunjuk jalan yang harus dituju dalam
Pandu Puteri
Tapak
Perasaan kasih sayang semua manusia yang
sentiasa bernyala dalam jiwa Pandu Puteri

Bendera Dunia ( WAGGGS )

1. Trefoil dunia dalam latar biru
melambangkan matahari
menyinari kanak-kanak di
dunia.

2. Tiga blok atau petak jingga
menyerong sederet di
bahagian kanan bawah
melambangkan 3 bahagian
Persetiaan.

3. Bahagian putih di penjuru
melambangkan komitmen
semua ahli Pandu Puteri dan
Pengakap Puteri Sedunia
terhadap keamanan.

1.3 MENGENAL DAN MENGETAHUI
BENDERA MALAYSIA DAN NAMAKAN
BENDERA SEMUA NEGERI DI MALAYSIA





1.4 MENGENAL STRUKTUR ORGANISASI
PASUKAN SENDIRI



LENCANA KECEKAPAN

1.5 Lencana kecekapan kawad dan istiadat

1.6 Lencana kecekapan lagu-lagu pandu puteri tunas
1.7 Lencana kecekapan sahabat pandu puteri tunas
1.8 Lencana kecekapan bercerita

Pandu Puteri Tunas yang berminat menyiapkan Lencana Kecekapan ini boleh
hubungi Guru Pemimpin/Kakak Setia/Siti Setia sekolah masing-masing.

LENCANA KECEKAPAN SEBELUM UJIAN

❖ Pastikan buku sijil lencana telah dibeli.
❖ Muat turun modul untuk setiap lencana kecekapan.
❖ Buat temu janji dengan penguji untuk membuat ujian

lencana. Penguji pertama adalah sesiapa sahaja yang pakar
dalam bidang tersebut.
❖ Penguji kedua merupakan seorang pemimpin berwaran dari
pasukan lain atau pesuruhjaya.
❖ Jalankan ujian dan siapkan modul. Hantar modul kepada
penguji kedua untuk disemak.
❖ Masukkan modul dalam buku log
lencana kecekapan ( ring file ).

1.5 Memperoleh Lencana Kecekapan Kawad
dan Istiadat

Mengetahui dan melaksanakan istiadat-istiadat berikut:
(i) Lingkungan Pandu Puteri Tunas
(ii) Pow-wow
(iii) Upacara Pelantikan
(iv) Hormat Besar

● Sebelum ujian lencana dijalankan, pemimpin harus mengajar semua istiadat tersebut dahulu.

LINGKUNGAN PANDU PUTERI TUNAS

DIADAKAN DI AWAL
SETIAP PERJUMPAAN

JIKA PERJUMPAAN SEMUKA TIDAK DAPAT DIJALANKAN, PEMIMPIN BOLEH TUNJUKKAN VIDEO DAN MEMBUAT
LATIHAN AMALI APABILA BERSEMUKA SEMULA.

1. SEBELUM MEMBUAT LINGKUNGAN 2. AHLI BAHARU
Kakak setia akan menentukan tempat membuat Apabila semua kumpulan berenam Pandu Puteri Tunas telah
perjumpaan . berada dalam lingkungan , ahli baharu yang berada dalam
kumpulan akan terus masuk ke tengah lingkungan dan duduk
Letakkan bendera Pandu Puteri Tunas (pennant). bertinggung di situ
Tentukan tema kreativiti membentuk lingkungan.
Beri masa ahli berbincang dalam kumpulan LAGU PANDU PUTERI TUNAS
Semua ahli pegang tangan
Setiap kumpulan berenam masuk dengan cara rekaan Skip ke kiri dahulu nyanyi lagu ini sampai habis
mengelilingi penant /penanda dan berdiri di sebahagian
lingkungan PUTERI TUNAS BERTUJUAN , MENOLONG DAN BERKAWAN

Kemudian skip ke kanan dan nyanyi sekali lagi .
Setelah selesai ,lepas tangan , menghadap ke dalam .

3. SKIP KUMPULAN
Tiap kumpulan akan masuk ke tengah untuk menyanyikan lagu kumpulan. Mula-mula
masuk berskip, tanpa pegang tangan , dan meng’humming’ lagu kumpulan

NA , NA , NA, NA , NA , NA…. ( Irama Lagu Kumpulan ) .
Setelah membentuk bulatan mengelilingi penanda, skip ke kiri sambal nyanyi
lagu kumpulan dan skip sekali lagi ke kanan sambil menyanyikan lagu kumpulan.

4. SEMASA KELUAR
Lepas tangan dan skip
Humming lagu kumpulan
Balik ke lingkungan didahului dengan ketua kumpulan
Kemudian kumpulan berikutnya masuk hingga selesai kumpulan keenam

5. AHLI BARU Setelah semua kumpulan selesai menjalankan aktiviti ini ,
maka secara beramai-ramai sekali lagi pegang tangan ( dalam
Setelah semua kumpulan berenam selesai masuk dalam lingkungan besar ) , skip ke kiri menyanyikan lagu Pandu Puteri
lingkungan , ahli baharu akan bangun , berpegang tangan Tunas hingga selesai , skip ke kanan menyanyikan lagu Pandu
dalam bulatan dan skip ke kiri sambil menyanyikan lagu : Puteri Tunas hingga selesai.
Setelah selesai skip dalam lingkungan besar beramai-ramai .
AHLI BARU SUKA HATI, Semua ahli akan berdiri tegak , membuat isyarat pandu puteri
MENJADI PUTERI TUNAS dan berkata;

Kemudian skip ke kanan dan menyanyikan lagu yang sama “ T.O.S , T.O.S , T.O.S ”
sekali lagi. Kedudukan tangan tegak . Ahli baharu tak perlu beri isyarat
hormat. Pemimpin boleh kata “TOS ”sekali untuk beri
Akhir sekali , skip sambil humming balik ke kumpulan petunjuk kepada ahli untuk member hormat TOS.
asal masing-masing .

6. SETELAH SELESAI MEMBENTUK LINGKUNGAN TUTUP PERJUMPAAN MINGGUAN
Kakak setia akan membuat aktiviti berikut (masih dalam Setelah selesai aktivti mingguan , pemimpin akan
lingkungan) menutup perjumpaan . Semua ahli berdiri dalam
A. Memeriksa pakaian ahli tunas lingkungan besar. Pemimpin akan beri kata-kata
aluan . Bersurai dengan nyanyi lagu Loceng Tunas,
B. Mengutip yuran Lagu Taps siang atau malam.

C. Memeriksa kebersihan ahli

BERSURAI

Setelah semua aktiviti dijalankan , kakak setia bolehlah meminta
ahli tunas bersurai
Arahan : Ahli Tunas keluar baris
Semua ahli ambil 1 langkah ke dalam pusing ke kanan dan
bergerak bebas.

Selepas itu , aktiviti mingguan boleh dibuat mengikut sukatan yang terdapat
dalam modul prinsip asas . Pertandingan atau program khas juga boleh
dijalankan.

POW – WOW

1. Lingkungan ini diadakan untuk menyampaikan berita ,
berbincang , menilai kerja atau merancang perkara yang
khas. Lingkungan ini khas untuk ahli-ahli pasukan sahaja.
Kakak setia menjadi pengerusi dalam lingkungan pow wow.

1. Semua Pandu Puteri Tunas duduk dengan rapat dalam
lingkungan. Ada isyarat khas untuk Pandu Puteri Tunas jika
dia hendak bercakap atau bertanya iaitu dua jari tangan
kanan diletakkan di lantai. Dalam lingkungan ini , Pandu
Puteri Tuans juga boleh mengundi. Isyarat ‘ undi rahsia ‘
ialah Pandu Puteri Tunas duduk dengan tangan di belakang ,
tunjukkan satu jari jika bersetuju atau genggam semua jari
jika membantah. Siti Setia akan berjalan mengelilingi
lingkungan dan mengira undi.

UPACARA PELANTIKAN PANDU PUTERI TUNAS

1. Seorang ahli baru mestilah terlebih dahulu
lulus Ujian Prinsip Asas dan lulus 4 lencana
kecekapan yang ditetapkan sebelum dilantik
menjadi seorang Pandu Puteri Tunas.

2. Istiadat ini dijalankan oleh Kakak Setia atau
Siti Setia yang berwaran . Pesuruhjaya atau
mana-mana pemimpin yang berwaran juga
boleh dijemput untuk melantik ahli baru.

Cara Pelantikan Ahli Baru

1. Istiadat Pelantikan ini dimulakan dengan
Lingkungan Pandu Puteri Tunas.
Semua Ahli Baru memakai pakaian
seragam yang lengkap.

2. Setelah selesai istiadat Lingkungan
Pandu Puteri Tunas, Siti Setia akan
membawa Ahli Baru ke kolam ( buatan
jika tiada ) yang disediakan di satu sudut
tempat pelantikan.

3. Di kolam , Ahli Baru dipusingkan oleh
Siti Setia .

Ahli Baru SKRIP UNTUK PELANTIKAN AHLI BARU

Siti Setia Pusingkan saya dan tunjukkan saya rupa Pandu Puteri Tunas. Saya lihat dalam air ,
Nampak rupa saya sendiri.
Kakak Setia
Ahli Baru Ahli Baru dibawa ke hadapan Kakak Setia
Kakak Setia
Ahli Baru (Menghadap Kakak Setia dan memberi hormat )
Kakak Setia Kakak Setia , saya membawa Ahli Baru dari kumpulan ...
Ahli Baru yang telah lulus Ujian Prinsip Asas dan hendak menjadi Pandu Puteri Tunas.
( Memberi hormat dan berundur ke tempatnya )

( Menghadap AhIi Baru )
Adakah anda hendak menjadi Pandu Puteri Tunas ?

Ya, saya hendak.

Apakah undang-undang Pandu Puteri Tunas ?

Pandu Puteri Tunas selalu menurut ajaran orang yang tertua daripadanya. Pandu Puteri
Tunas tidak mengikut kehendak hati sahaja.

Tahukah anda apabila anda melafazkan Persetiaan Pandu Puteri Tunas ,anda mesti
selalu mematuhinya dan cuba sedaya upaya untuk menjalankannya ?

Ya

Kakak Setia SKRIP UNTUK PELANTIKAN AHLI BARU
Ahli Baru
Mari dekat dengan lambang ini (Pennant Pandu Puteri Tunas) dan lafazkan
Persetiaan anda sebagai Pandu Puteri Tunas.

Dengan sesungguhnya , saya berjanji dan bersetia akan menunaikan kewajipan
saya kepada Tuhan , Raja dan negara saya, Malaysia , menolong orang setiap hari
terutama mereka di rumah dan mematuhi Undang-undang Pandu Puteri Tunas .

( Kakak Setia menyematkan Lencana di atas woggle )

Kakak Setia Sekarang anda seorang Pandu Puteri Tunas dalam Pasukan ………
Saya yakin kamu akan bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk kebaikan
pasukan ini.

Kakak Setia akan menghulurkan tangan kiri sambil berjabat tangan dengan Pandu Puteri Tunas.
Kemudian Pasukan tersebut akan memberi tabik hormat kepada Pandu Puteri Tunas baru itu dan
Pandu Puteri Tunas Baru akan membalas tabik hormat. Kemudian , dia akan dibawa ke Kumpulan

Berenamnya.

Caranya :

HORMAT BESAR 1. Dimulakan dengan lingkungan Pandu Puteri Tunas

1. Semua Pandu Puteri Tunas berdiri dalam lingkungan

dengan tangan dalam bentuk kuntum bunga

Upacara ini adalah suatu upacara khas untuk menyambut . tertutup.

mengalu-alukan atau memberi tahniah kepada orang seperti : 1. Tetamu khas akan diiring oleh sekumpulan kecil
Pandu Puteri Tunas dan dibawa ke dalam lingkungan
- Pesuruhjaya dan pemimpin besar.
- Ahli baru yang telah dilantik
- Pandu Puteri Tunas yang mendapat lencana

1. a) Selepas tetamu khas berada di tengah lingkungan,
semua Pandu Puteri Tunas akan beraksi seperti
bunga berkembang besar.

b) Semua bertrepuk tangan di atas bahu sebelah kiri
sebanyak 4 kali dan usapkan “ Selamat datang ”

c) Bertepuk tangan di atas bahu sebelah kanan
sebanyak 4 kali dan ucapkan “ Selamat datang ”

1. Selepas itu , semua berdiri tegak dan memberi
isyarat hormat sambil tersenyum.

1.6 MEMPEROLEH LENCANA KECEKAPAN
LAGU-LAGU PANDU PUTERI TUNAS

► LAGU AHLI BAHARU
► LAGU PANDU PUTERI TUNAS
► LAGU KUMPULAN
► LAGU LOCENG
► LAGU DUNIA /WORLD SONG

► TAP SIANG
► TAP MALAM

LAGU AHLI BAHARU , LAGU LOCENG , LAGU PANDU PUTERI TUNAS.

Lagu Ahli Baharu Lagu Loceng Lagu Pandu Puteri Tunas
Dinyanyi di dalam Lingkungan
Dinyanyi oleh ahli Dinyanyi di akhir
baru perjumpaan Puteri Tunas bertujuan
Menolong dan berkawan
dalam lingkungan Oh Tuhanku
Seruan hambaMu
Ahli baru suka hati Beri kami nikmat
Menjadi Puteri Tunas Sepanjang hayat
Selamat tinggal (3x )
( cara nyanyian
sama dengan lagu
Pandu Puteri Tunas )

LAGU KUMPULAN

KESIDANG KENANGA SIANTAN

Kami Kesidang datang Kami bernama Kenanga Siantan datang berkawan
Menolong pagi petang Berjasa bertenaga Berani macam pahlawan

CEMPAKA TERATAI MELUR

Cempaka bersukaria Teratai nama kami Melur taat dan setia
Menolong orang duka Bekerja setiap hari Berusaha setiap masa

LAGU DUNIA – DINYANYI DI AWAL PERJUMPAAN

Versi Bahasa Melayu Versi Bahasa Inggeris

Arah kita jelas ke depan Our way is clear and we march on
Bendera berkibar And see our flag on high

Tidak berlipat di dunia Is never furled throughout the world
Harapan abadi For hope shall never die

Bersatu untuk kebenaran We must unite for what is right
Persahabatan kukuh In friendship true and strong
Until the earth in its rebirth
Selagi dunia masih ada Shall sing our song
Akan nyanyi lagu ini Shall sing our song

Yang cintakan kebenaran All those who love the true and good
Menetapkan janji Whose promises were kept

Dengan rela berjasa With humble minds whose acts were kind
Setia abadi Whose honour never slept

Kebebasan kita tepati These were the free and we must be
Bersedia sama Prepared like them to live

Untuk semua miskin dan kaya To give to all , both great and small
Kita beri yang terdaya All we can give
All we can give

LAGU TAP SIANG DAN MALAM
DINYANYIKAN DI AKHIR PERJUMPAAN

TAP SIANG TAP MALAM

Kami puji nikmat diberi , Malam datang , siang hilang ,
Matahari , bintang-bintang , langit biru ; Dari laut , dari gunung , dari langit,

Mana pergi , hidup kami, Semua selamat, sihat rehat ,
Tuhan saksi Berkat Tuhan .

Thanks and Praise , for our days , Day’s done , gone the sun ,
Neath the sun ,Neath the stars , Neath the sky; From the sea , from the hills , from the sky ,

As we go , this we know ,God is nigh . All is well, safely rest ,
God is nigh

1.7 MEMPEROLEH LENCANA KECEKAPAN
SAHABAT PANDU PUTERI TUNAS

► SENARAIKAN NAMA SEMUA RAKAN DALAM KUMPULAN BERENAM ANDA.

► MEMPERKENALKAN SEORANG SAHABAT BAIK YANG DIKENALI SECARA DEKAT DALAM

KUMPULAN BERENAM ANDA SEPERTI BERIKUT :
● PENGENALAN TENTANG SAHABAT TERSEBUT
● BAGAIMANA ANDA MENGENALINYA
● SEBAB-SEBAB ANDA MEMILIHNYA SEBAGAI SAHABAT BAIK.

► HASILKAN SEBUAH ‘ AUTOGRAF ’ YANG MENGANDUNGI

● GAMBAR BERSAMA SAHABAT
● MESEJ DARIPADA SAHABAT

( SEKURANG-KURANGNYA LIMA (5) ORANG SAHABAT PANDU PUTERI )

1.8 LENCANA KECEKAPAN BERCERITA.

► CERITA BROWNIE
► CERITA PILIHAN SENDIRI

1.8 LENCANA KECEKAPAN BERCERITA.

CERITA PANDU PUTERI TUNAS IAITU ASAL BROWNIE

CERITA TOMMY DAN BETTY

Rumah Tommy Dan Betty bersepah-sepah. Pinggan mangkuk tidak
dicuci. Baju tidak digosok. Permainan bertaburan di atas lantai.
Tommy dan betty tidak ambil peduli. Mereka benci mengemas
rumah.

Ibu mereka merungut lalu berkata “ kalaulah ada brownie, tentu
rumah saya kemas. ” Tommy bertanya, “ siapakah brownie itu ? ”
ibunya menerangkan, “ brownie itu ialah seekor pari-pari kecil yang
masuk ke dalam rumah secara senyap sebelum waktu subuh. Dia
mengemas rumah, menggosok baju, membasuh pinggan dan
membuat segala kerja rumah secara rahsia.”

“ Hebat! Bagaimana kita ingin
mendapatkannya?” Kata Betty kehairanan. Ibu
menyuruh Betty dan Tommy pergi ke hutan
bertemu dengan burung hantu yang bijaksana.

Pada waktu malam, Tommy dan Betty
keluar ke hutan. Mereka ingin bertemu dengan
burung hantu yang bijaksana. Mereka terdengar
bunyi burung hantu. Mereka ternampak burung
hantu itu di atas dahan.

Mereka memanjat pokok dan duduk di atas
dahan. Burung hantu itu memeluk mereka
dengan sayapnya yang lebar.

Mereka bertanya kepada burung hantu, bagaimana untuk
bertemu dengan brownie. Burung hantu berpesan, untuk
bertemu brownie, mereka perlulah mencari sebuah kolam.
Apabila berjumpa, mereka perlulah mengelilingi kolam itu
sebanyak tiga kali. Mereka perlu berkata “ pusingkan saya
dan tunjukkan rupa pari-pari. Saya lihat dalam air rupa....”

Mereka terlihat bayang-bayang mereka sendiri. Tommy
dan Betty berasa amat letih. Mereka sangat kecewa kerana
tidak bertemu dengan brownie yang dicari. Mereka kembali
berjumpa dengan burung hantu di atas pokok.

Tommy dan Betty memberitahu burung hantu bahawa
mereka tidak berjumpa dengan brownie. Mereka hanya
nampak wajah mereka sendiri di dalam kolam. Burung
hantu yang bijaksana itu menerangkan bahawa, Tommy dan
Bettylah brownie yang mereka cari. Merekalah pari-pari
yang perlu membantu ibu mereka di rumah.

Tommy dan Betty pulang ke rumah sambil berfikir.
Merekalah yang sepatutnya menolong ibu mereka setiap
masa.

Keesokan harinya, Betty dan
Tommy bangun awal pagi. Mereka
mengemas rumah, menyapu sampah,
mengelap lantai dan membantu ibu
mereka menyediakan sarapan.

Ibu mereka sangat gembira dengan
perubahan Tommy dan Betty. Setiap
hari mereka berbuat begitu. Akhirnya
mereka menjadi rajin dan
bertanggungjawab seperti brownie.

BAGAIMANA NAMA BROWNIE BERTUKAR
KEPADA PANDU PUTERI TUNAS

► Pada 1911 , Lord Baden Powell yang juga merupakan
pengasas pengakap telah memulakan pergerakan
pandu puteri. Kumpulan yang pertama dimulakan
diberi nama rosebuds. Rosebuds diibaratkan seperti
sekuntum bunga yang berkembang dari kecil hingga
menjadi besar.

► Pada tahun 1915 , Lord Baden Powell telah menukar
nama kumpulan Rosebuds kepada Brownie
berdasarkan sebuah cerita lagenda yang bertajuk
brownie . apabila beliau berkahwin , isterinya , Lady
Olave telah mengambil alih .

► Pasukan Brownie merupakan pasukan pertama yang ditubuhkan di Malaya
iaitu pada tahun 1920. Nama Brownie kekal digunakan hingga tahun 1984.
Pada 30 November 1984, jawatankuasa kerja kebangsaan telah
mengadakan mesyuarat dan bersetuju untuk menukar nama Brownie
kepada Tunas Puteri.

► Tunas Puteri berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu tunas dan
puteri. Tunas bermaksud pucuk yang mula tumbuh, bakal menjadi sebatang
pokok.Kemudian pokok ini akan menghasilkan buah yang baik jika dipupuk
dan dijaga dengan baik sejak tunas lagi.

► Perkataan puteri pula bermaksud gadis bangsawan yang lemah lembut,
yang membayangkan sifat-sifat rupawan, kesopanan dan kemuliaan diri

► Pada tahun 2005 , nama tunas puteri ditukar pula kepada Pandu Puteri
Tunas sehingga kini.

MAKSUD TUNAS PUTERI

T Tolong Orang Selalu
U Untuk menunaikan kewajipan kepada Tuhan, Raja dan Negara
N Nilai hidup yang murni
A Akhlak yang utuh
S Selalu tersenyum tanda persahabatan

P Patuh kepada Undang-undang Tunas Puteri
U Utamakan tanggungjawab sendiri
T Tabah menghadapi cabaran
E Erat dalam perpaduan
R Rela berkhidmat untuk masyarakat
I Indah budi dan Bahasa

MODUL LENCANA KECEKAPAN
PRINSIP ASAS PANDU PUTERI TUNAS

1.5 LENCANA KECEKAPAN KAWAD DAN ISTIADAT
1.6 LENCANA KECEKAPAN LAGU-LAGU PANDU PUTERI TUNAS
1.7 LENCANA KECEKAPAN SAHABAT PANDU PUTERI TUNAS
1.8 LENCANA KECEKAPAN BERCERITA

Pandu Puteri Tunas yang berminat menyiapkan Lencana Kecekapan ini boleh hubungi Guru
Pemimpin/Kakak Setia/Siti Setia sekolah masing-masing.

TINDAKAN SELEPAS SEMUA UJIAN KECEKAPAN DIJALANKAN

1. Hantar kepada pemimpin sekolah
- Journal Progresif
- Modul Prinsip Asas Pandu Puteri Tunas
- Buku Log Lencana Kecekapan ( Ring file )di mana kesemua modul
lencana kecekapan disimpan.

2. Ahli baru yang telah lulus ujian Prinsip Asas dan menghantar buku log boleh
bersedia untuk dilantik oleh pemimpin yang berwaran atau Pesuruhjaya . Pastikan
pakaian seragam adalah lengkap.

3. Sijil dan lencana pelantikan akan diberi dalam Majlis Pelantikan Ahli Baru.
Pemimpin boleh membeli sijil pelantikan , lencana pelantikan , selempang serta 4
lencana dari Kedai Pandu Puteri. Pastikan sijil lencana kecekapan dibawa semasa
membeli lencana dan dicap. Sijil yang dicap dipulangkan kepada ahli untuk
dimasukkan dalam modul.

4. Majlis Pelantikan ahli mesti dijalankan oleh pemimpin berwaran
atau Pesuruhjaya.

TAHNIAH!

ANDA SEKARANG SEORANG AHLI PANDU PUTERI TUNAS YANG TELAH DILANTIK
TERUSKAN USAHA ANDA UNTUK MENDAPATKAN ANUGERAH

ANUGERAH TOPAZ 1
ANUGERAH TOPAZ II
ANUGERAH TOPAZ III
ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS KPC
ANUGERAH PANDU PUTERI TUNAS KP

Guiding is fun in Kuala Lumpur

Disusun semula oleh:

Puan Ng Bee Ling
Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas Daerah Pudu

dan
Puan Mastura Omar
Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas Daerah Keramat

Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan W.P Kuala Lumpur
untuk peserta

Program Pandu Puteri Tunas Malaysia Connect 2021


Click to View FlipBook Version