The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-80224138, 2021-09-30 15:37:25

PDF Minit Mesyuarat pibg 1 2020 2021

PDF Minit Mesyuarat pibg 1 2020 2021

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU TEL : 04-5512122
SEKOLAH KEBANGSAAN ALMA JAYA
14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI PERTAMA SESI 2020/2021

Tarikh : 15 OGOS 2020

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat SKAJ

Pengerusi : En Nor Shah bin Md Nor

Hadir Bersama : 1. En Mohd Hasri bin Hassan (Guru Besar)
2. Pn. Zalina bt Saad ( PK Pentadbiran)
Ahli Yang Hadir : 3. Pn. Norashah bt Ahmad Shah ( PK Hem )
4. En Mohd Nasir bin Ishak (PK Koku)

1. En Nor Shah b Md Nor (YDP)
2. En Mohd Shahril bin Jalil
3. Pn.Tahirah bt Abdul Rahman
4. Pn. Seetha A/P Subramaniam
5. Pn Zuliana bt Sulaiman
6. Pn Nor Mazliena bt Abd Wahab
7. Pn Arzuhana bt Md Zain
8. En Rosli bin Zakaria
9. Pn Khalijah bt Mat Nor
10. Pn Azraaini bt Abd Hamid
11 Pn Norazizah bt Abd Aziz
12. Pn Latha A/P Letchumanan
13. Pn Zilhimmah bt Zainul Abidin

Ahli Yang Tidak Hadir : 1. . Pn. Nor Hamizah bt Musa
2. En Mohd Nazrry bin Latiff
3. En Azmi Hashim bin Idris

AGENDA 1 : UCAPAN ALUAN YDP PIBG.

1.1 En Nor Shah selaku YDP mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dalam mesyuarat
kali ini. Ucapan terima kasih juga buat Ahli-Ahli Jawatankuasa PIBG yang banyak membantu guru-guru
ketika kedatangan murid pada waktu pagi.

1.2 YDP memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan dalam mengendalikan mesyuarat kali pertama ini
dan berhasrat menjadikan PIBG sebagai saluran yang boleh mengeratkan hubungan antara guru dan
waris.

Tindakan : Makluman

AGENDA 2 : UCAPAN PENASIHAT
2.1 Tuan Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada AJK yang hadir pada mesyuarat

pertama selepas PKP. Ucapan terima kasih juga kepada AJK PIBG yang banyak membantu guru-guru.
2.2 Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah telah menerima lawatan daripada Pegawai
Kesihatan pada minggu yang lalu berikutan aduan yang mengatakan terdapat murid yang mempunyai
gejala influenza dan gatal-gatal.
2.3 Pemasangan lampu LED di belakang sekolah masih dalam perbincangan. Surat permohonan
diperlukan untuk dihantar kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) bagi menebang pokok di pintu
belakang.
2.4 Tandas murid telah selesai dibaiki manakala pembinaan bumbung laluan ke pra sekolah juga berjaya
disiapkan. Projek memasang penutup longkang untuk ke Pra sekolah akan dilaksanakan kemudian.
2.5 Projek studio mini (Bilik Abad 21) akan dilaksanakan menggunakan peruntukan daripada Penang
Science Cluster sebanyak RM 50,000.00.

AGENDA 3 : LAPORAN PK HEM
3.1 Pn Norashah memaklumkan peruntukan sebanyak RM 420.00 digunakan untuk keceriaan tandas
sebagai langkah mencegah penularan wabak COVID-19.

Tindakan : Makluman

AGENDA 4 : STATUS PERBELANJAAN

4.1 YDP memaklumkan lebihan perbelanjaan dimasukkan ke dalam tabung. Setakat ini, RM 5000.00 telah
digunakan untuk pembelian sebuah skrin televisyen. Terdapat perancangan untuk menambah skrin
televisyen di sekitar kawasan sekolah. Kos penyelenggaraan padang pula sebanyak RM2000.00.

Tindakan : Makluman

4.2 Guru Besar memaklumkan bahawa lebihan wang sebanyak RM3000.00 akan digunakan untuk
membuat persediaan SOP COVID-19 baru-baru ini. Wang itu akan digantikan oleh pihak sekolah.

Tindakan : Guru Besar

AGENDA 5 : ‘POST MORTEM’ COVID-19
5.1 YDP mengharapkan makluman segera berkenaan perkembangan situasi COVID-19 di sekolah bagi
memudahkan komunikasi antara ibu bapa dan pihak sekolah.

Tindakan : Makluman

AGENDA 6 : LAPORAN KEWANGAN BENDAHARI
6.1 Puan Seetha membentangkan akaun kewangan PIBG dari bulan Januari hingga bulan Julai 2020. Baki
dana PIBG setakat 30hb Julai 2020 adalah sebanyak RM5588.19.
6.2 Bendahari juga memaklumkan pulangan peruntukan lebihan perbelanjaan daripada Unit Keceriaan
dan Kebersihan adalah sebanyak RM303.80.
6.3 Lebihan peruntukan bagi pembelian jersi juga telah dipulangkan oleh Unit Kokurikulum sebanyak
RM 4.00.

Tindakan : Makluman

AGENDA 7 : HAL-HAL LAIN

7.1 YDP memaklumkan bahawa pengurusan PIBG sekolah akan dinilai bagi menentukan kecemerlangan
PIBG sesebuah sekolah. Penilaian tersebut merangkumi aspek aktiviti (50%), pengurusan (25%) dan
pengurusan kewangan (25%). Senarai aset milik PIBG dan setiap rekod pembelian aset perlu disediakan.
Sebarang kerosakan terhadap aset-aset milik PIBG juga perlu dimaklumkan agar boleh dibaiki dengan
segera.

Tindakan : Makluman

7.2 Encik Shahril mencadangkan keperluan mewujudkan buku nota kecil atau inventori barang. Guru
Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah sudah mempunyai buku aset bagi memudahkan semakan
oleh pihak audit.

. Tindakan : Makluman

7.3 YDP memaklumkan cadangan daripada waris untuk membersihkan kawasan persekitaran sekolah.
Pihak sekolah boleh mengemukakan surat permohonan kepada MBSP bagi tujuan tersebut. Berikut antara
pegawai-pegawai yang berkenaan untuk dihubungi:-

a. Bahagian Landskap - Encik Mahmud ( 019-5257606 )
b. Bahagian Longkang - Encik Masdi ( 011-24267716 )
c. Bahagian Pembersihan - Encik Aslah ( 017-9694062 )
. Tindakan : Makluman

7.4 YDP bertanyakan masalah elektrik. Guru Besar memaklumkan ditangguhkan dahulu sementara
COVID-19 dan pilihan raya.

Tindakan : Makluman

7.5 Setiausaha memaklumkan surat permohonan untuk kutipan sumbangan PIBG 2020 telah dibuat,
namun masih memerlukan kelulusan daripada pihak JPN.

Tindakan : Setiausaha

7.6 En Mohd Nasir memohon sumbangan daripada PIBG untuk tiga orang murid yang mengikuti
pertandingan di peringkat kebangsaan. YDP memaklumkan peruntukan untuk murid yang cemerlang
dalam kokurikulum telah ditetapkan dalam mesyuarat yang lalu iaitu sebanyak RM50.00. Guru boleh
memaklumkan pihak PIBG sekiranya memerlukan peruntukan tersebut.

Tindakan : Bendahari

7.7 Pn Mazliena mencadangkan guru-guru memberi kerja sekolah kepada murid-murid yang tidak dapat
hadir ke sekolah. Guru Besar menjelaskan bahawa sekiranya guru-guru telah menjalankan PdP
bersemuka, tiada keperluan lagi untuk memberikan kerja rumah secara online kepada kepada murd-murid
yang tidak dapat hadir.

Tindakan : Makluman

7.8 En Mohd Nasir memaklumkan ada menerima sumbangan berbentuk hamper daripada pihak Yayasan
Bayan Lepas untuk diberi kepada keluarga murid miskin dengan kerjasama Unit Bimbingan dan
Kaunseling.

Tindakan : Makluman

7.9 En Shahril mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua dan memohon maaf
kerana beliau akan berpindah ke negeri Perak. Beliau juga telah meletakkan jawatan sebagai Naib YDP
berkuatkuasa 19.8.2020. Semua AJK bersetuju melantik En Mohd Nazrry bin Latiff sebagai Naib YDP yang
baharu.

Tindakan : Makluman

AGENDA 8 : UCAPAN PENUTUP
8.1 YDP mengucapkan terima kasih kepada En Shahril yang banyak membantu pihak sekolah. YDP juga
mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Besar, barisan pentadbir dan semua AJK yang hadir pada
mesyuarat kali pertama ini. Kerjasama semua amatlah dihargai.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.10 pagi.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

………………………………………… ……………………………………………..
(PN. TAHIRAH BT ABD RAHMAN) (EN NOR SHAH BIN MD NOR)
Setiausaha PIBG 2020/2021 Yang Dipertua PIBG 2020/2021
SK Alma Jaya, Bukit Mertajam SK Alma Jaya, Bukit Mertajam


Click to View FlipBook Version