The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhammad Noramin Baharum, 2021-08-21 04:39:21

MODUL AKTIVITI KOKURIKULUM SK SUNGAI BAYOR

Modul PDPr AKTIVITI KOKURIKULUM 2021

Keywords: KO-Kurikulum

1AKTIVITI ASAS PASUKAN BADAN BERUNIFORM PERJUMPAAN
2

TAJUK LAGU NEGARAKU DAN LAGU SEKOLAH

Lagu Sekolah

Kami warga SK Sungai Bayor
Berazam untuk berusaha

Mencari pengetahuan,mencari
pengalaman,Menuju cita murni

Indahnya bangunan kami ini
Berdiri teguh dengan megahnya
Ilmu panduan,guru jadi ikutan

Mencapai kejayaan

Kami berjanji akan tunaikan
Hasratnya ibu bapa

Belajarlah dengan penuh tekun
Agar Berjaya nanti

Kami warga SK Sungai Bayor
Berazam untuk berusaha

Mencari pengetahuan,meluas
pengalaman,Menuju cita mulia kami

1. Tuliskan lirik lagu Negaraku dan lagu sekolah anda dalam ruangan di bawah.

Lagu Negaraku

_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

Lagu Sekolah

_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

2. Sila lengkapkan Rukunegara di dalam kelopak bunga raya di bawah :

Semakan Guru: ………………………………………… Tarikh : ……………...…………
()

2AKTIVITI ASAS KELAB DAN PERSATUAN PERJUMPAAN
3

TAJUK AKTIVITI KOKURIKULUM

1. Baca maklumat di bawah dengan teliti.

a. Aktiviti kokurikulum diadakan pada setiap hari _______________________
(selasa / rabu / khamis).

b. Setiap murid ___________________ (tidak / wajib / ponteng) menghadiri aktiviti
kokurikulum.

c. Peralatan yang perlu di bawa semasa aktiviti kelab dan persatuan ialah

_________________ dan _____________________. (alat tulis / kompas / buku
catatan)

d. Masa untuk aktiviti kelab dan persatuan ialah selama _______________ (1 jam /
2 jam / 3 jam).

e. Contoh aktiviti kokurikulum kelab dan persatuan ialah program _______________.
(lawatan / makan / kawad kaki)

f. Aktivi kelab / persatuan dibimbing oleh guru ________________________ (kelas /
penasihat / besar)

g. Kelab dan persatuan anda akan diketuai oleh seorang ______________________
(ketua / pengerusi / kapten)

h. Setiap murid wajib memilik sebuah kad atau buku ____________________ (besar
/ kecil / kokurikulum).

2. Lengkapkan lukisan dan warnakan poster aktiviti kelab dan persatuan di bawah

Baca maklumat di bawah dengan teliti dan asingkan antara aktiviti kokurikulum dengan aktiviti
pembelajaran.

Menanam pokok bunga di taman mini Menyertai lawatan ke Zoo Negara
Menulis nota sains di papan putih
Membuat latih tubi matematik Mengumpul setem di dalam album setem
Gotong royong membersihkan kawasan sekolah
Menulis karangan surat tidak rasmi dalam buku
karangan

Menyertai pertandingan kawad kaki

AKTIVITI KOKURIKULUM AKTIVITI PEMBELAJARAN

5. ___________________________________ 1. ______________________________________
___________________________________ ______________________________________

6. ___________________________________ 2. ______________________________________
___________________________________ ______________________________________

7. ___________________________________ 3. ______________________________________
___________________________________ ______________________________________

8. ___________________________________ 4. ______________________________________
___________________________________ ______________________________________

3AKTIVITI ASAS SUKAN & PERMAINAN PERJUMPAAN
4
TAJUK
AKTIVITI SUKAN & PERMAINAN











4AKTIVITI ASAS PERKHEMAHAN PERJUMPAAN
5

TAJUK IKATAN & PERALATAN PERKHEMAHAN

1. Lukis atau tampal logo persatuan anda dalam ruangan di bawah.

2 Tuliskan maksud pada logo persatuan anda tersebut.

.

Bil. Item Maksud

KAWAD KAKI

1. Perbarisan, melapor, nyanyian lagu Negaraku, nyanyian lagu persatuan, ikrar / persetiaan
persatuan (jika ada).

2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut darjah.

3. Setiap darjah melaksanakan aktiviti kawad kaki yang berbeza iaitu:

Tahun 3 (perbuatan)
Rehatkan Diri, Senang Diri, Sedia, Luruskan Barisan & Pandang Depan, Buka Barisan, Tutup
Barisan, Hentak Kaki.

Tahun 4 (perbuatan)
Rehatkan Diri, Senang Diri, Sedia, Luruskan Barisan & Pandang Depan, Buka Barisan, Tutup
Barisan, Hentak Kaki, Berpusing ke kiri, Berpusing ke kanan, Berpusing ke belakang, Berjalan,
Berhenti

Tahun 5 (perbuatan)
Tukar Langkah Semasa Berjalan, Hormat ke Hadapan, Hormat ke Kanan, Hormat ke Kiri,
Hormat Terima Sijil, Perlahan Jalan, Berhenti Semasa Perlahan Jalan, Berpusing ke Kanan /
Kiri Semasa Perlahan Jalan, Pandang Kanan Semasa Perlahan Jalan, Tukar Langkah
Perlahan Daripada Cepat Jalan, Tukar Langkah Cepat Daripada Perlahan Jalan

Tahun 6 (ujian kawad)
Rehatkan Diri, Senang Diri, Sedia, Luruskan Barisan & Pandang Depan, Buka Barisan, Tutup
Barisan, Hentak Kaki, Berpusing ke kiri, Berpusing ke kanan, Berpusing ke belakang, Berjalan,
Berhenti, Tukar Langkah Semasa Berjalan, Hormat ke Hadapan, Hormat ke Kanan,
Hormat ke Kiri, Hormat Terima Sijil, Perlahan Jalan, Berhenti Semasa Perlahan Jalan,
Menghadap ke Kanan / Kiri Semasa Perlahan Jalan, Pandang Kanan Semasa Perlahan Jalan,
Tukar Langkah Perlahan Daripada Cepat Jalan, Tukar Langkah Cepat Daripada Perlahan
Jalan

NOTA

1. Tujuan aktiviti kawad kaki:
a. Memupuk sikap kerjasama dan saling bantu dalam satu pasukan;
b. Melatih diri bersifat tabah, sabar, bertolak ansur dan patuh kepada arahan;
c. Menanam sifat-sifat kepimpinan iaitu disiplin, tegas, peka, adil, amanah, menepati
masa, dan kreatif;
d. Melahirkan warganegara yang sihat, cergas, ceria dan cemerlang.

2. Nilai-nilai murni ketika aktiviti kawad kaki:
a. Bekerjasama;
b. Peka dan tidak berkhayal;
c. Saling bantu;
d. Sabar dan tabah

3. Ciri-ciri ketua perbarisan (Ketua Platun) –
a. tegas, adil dan saksama;
b. disiplin dan sahsiah yang tinggi;
c. Berpakaian kemas dan mematuhi peraturan;
d. Sentiasa peka dan prihatin dengan keadaan semasa.

4. Bahasa Hukuman Kawad Kaki Statik dan Dinamik

Rehatkan Diri Rehatkan……….. diri

Senang Diri Senang………. diri

Sedia Skuad………. sedia

Luruskan Barisan & Kekanan………. lurus, Pandang………. depan

Pandang Depan

Buka Barisan Buka barisan………. gerak

Tutup Barisan Tutup barisan………. gerak

Hentak Kaki Hentak………. kaki

Jadikan 2 barisan Jadikan 2 barisan………. gerak

Jadikan 3 barisan Jadikan 3 barisan………. gerak

Berpusing ke kanan atau kiri Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke kanan………
pusing

Berjalan Dari kiri/kanan, cepat jalan

Berhenti Skuad………. henti

Tukar Langkah Semasa Berjalan Tukar langkah semasa berjalan,tukar langkah (3x)

Hormat ke Hadapan Hormat ke hadapan ………. hormat

Hormat ke Kanan Hormat ke kanan ………. hormat

Hormat ke Kiri Hormat ke kiri ………. hormat

Hormat Terima Sijil Hormat selaku terima sijil, ke hadapan ………. hormat

Bergerak ke Kanan / Kiri Semasa Bergerak ke kiri / ke kanan, ke belakang……….

Cepat Jalan pusing

Perlahan Jalan Dari kiri / kanan, perlahan……… jalan

Berhenti Semasa Perlahan Jalan Skuad……… henti

Bergerak ke Kanan / Kiri Semasa Bergerak ke kiri / kanan, ke belakang ……… pusing
Perlahan Jalan

Pandang Kanan Semasa Perlahan Pandang………. kanan
Jalan

Tukar Langkah Perlahan Daripada Tukar langkah perlahan, perlahan ……… jalan
Cepat Jalan

Tukar Langkah Cepat Daripada Tukar langkah cepat, cepat .……… jalan
Perlahan Jalan

5. Bentuk / Corak Kawad Formasi
a. Formasi Bentuk Anak Panak
b. Formasi Bentuk Segi Empat Tepat Segi Empat Sama

c. Formasi Dalam 4 Barisan
d. Formasi Bentuk Diamod
e. Formasi Bentuk Bulatan

6. Kawad kaki ada 2 jenis iaitu:

a. Kawad Asas - Pergerakan kawad kaki berdasarkan ketetapan daripada bandan induk
pasukan masing-masing yang wajib dipatuhi dan dituruti. Perilaku mengubahsuai
pergerakan kawad mengikut cara sendiri merupakan satu kesalahan.
Kawad asas terbahagi kepada 2 elemen iaitu:

i. Kawad Statik - Pergerakan kawad di tempat berdiri (Contoh : Luruskan Barisan,
Pusing Ke Kiri / Kanan).

ii. Kawad Dinamik - Perbuatan kawad dilakukan dengan diiringi pergerakan berjalan
(Hormat, Tukar Langkah dan sebagainya).

b. Kawad Formasi - Kawad Formasi merupakan elemen pergerakan kawad kaki yang
diperkenalkan dalam pertandingan kawad kaki anjuran Kementerian Pendidikan
Malaysia. Kawad formasi atau juga dikenali kawad senyap lebih menjurus kepada
persembahan kawad di mana dalam kategori ini anggota-anggota pasukan dapat
mempamerkan kreativiti dan keunikan pasukan masing-masing di samping mengekalkan
elemen pergerakan kawad kaki.

Tujuan Kawad Formasi:
a. Melahirkan anggota kadet yang kreatif dan kritis;
b. Menggalakkan anggota kadet melaksanakan inovasi melalui aktiviti kawad kaki;
c. Melahirkan anggota kadet yang berdisiplin dan semangat patriotik yang tinggi;
d. Membentuk kerjasama dan integrasi dalam pasukan.

Contoh bentuk / corak Kawad Formasi
a. Formasi Bentuk Anak Panak;
b. Formasi Bentuk Segi Empat Tepat / Segi Empat Sama;
c. Formasi Dalam 4 Barisan;
d. Formasi Bentuk Diamond;
e. Formasi Bentuk Bulatan

Elemen-elemen kawad yang boleh diterapkan dalam Kawad Formasi.
a. Kawad pedang;
b. Kawad tongkat;
c. Kawad senjata

1. Tulis bahasa hukuman bagi perbuatan kawad kaki di bawah dengan betul.

Perbuatan Kawad Bahasa Hukuman
Rehatkan Diri
Senang Diri
Sedia
Luruskan Barisan & Pandang Depan
Buka Barisan
Tutup Barisan
Hentak Kaki
Berpusing ke kiri
Berpusing ke kanan
Berpusing ke belakang
Berjalan
Berhenti

ASAS PERKHEMAHAN

1. Perbarisan, melapor, nyanyian lagu Negaraku, lagu Persatuan, Ikrar / Persetiaan Persatuan.
2. Guru menerangkan kaedah untuk memilih tapak perkhemahan yang selamat dan sesuai.
3. Guru menerangkan perkara-perkara yang ditegah semasa aktiviti perkhemahan.
4. Guru menunjukkan cara membuat ikatan buku sila, bunga keti, simpul manuk, ikatan seraya,

silang pangkah dan silang gunting.
5. Murid menjalankan aktiviti berdasarkan modul yang disediakan secara berkumpulan.

NOTA

1. Perkhemahan merupakan aktiviti yang paling diminati oleh semua ahli persatuan / pasukan.
2. Perkhemahan boleh diadakan sama ada di dalam kawasan sekolah ataupun di luar kawasan

sekolah iaitu di kawasan rekreasi, tapak perkhemahan awam, kawasan pergunungan dan
sebagainya.
3. Aktiviti perkhemahan perlu dirancang dan diurus dengan sempurna agar sesuatu
perkhemahan dapat dijalankan dengan selamat dan berkesan.
4. Tujuan aktiviti perkhemahan:
a. Melatih murid merancang aktiviti dan menyediakan segala keperluan bagi aktiviti

tersebut.
b. Memupuk nilai-nilai murni individu (bekerjasama, bertolak ansur, sabar).
c. Menghargai alam sekitar ciptaan tuhan serta menjaga dan memeliharanya.
d. Mengelakkan daripada gejala sosial yang tidak sihat (melalui pengisian kerohanian dan

moral).
e. Menimbulkan semangat patriotik, kekitaan, rasa seronok dan menghilangkan tekanan

(Stress).
5. Aktiviti yang sesuai dijalankan semasa perkhemahan:

a. LDK (Ice breaking, kebudayaan, permainan tradisional).
b. Pandu Arah.
c. Jungle Tracking.
d. Masakan rimba.
e. Jalan malam (Knight Walk).
f. Tazkirah (kerohanian) dan moral.
g. Aktiviti kebudayaan.

KAEDAH MEMILIH TAPAK KHEMAH

Program perkhemahan merupakan suatu aktiviti yang menyeronokkan terutamanya kepada
ahli-ahli persatuan/pasukan. Pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat dapat dilakukan semasa
aktiviti tersebut. Aktiviti perkhemahan boleh dilaksanakan di padang sekolah, hutan rekreasi,
kawasan pergunungan, tebing sungai, pusat kokurikulum dan sebagainya.

Perkara yang paling utama ketika memilih tapak khemah ialah mempunyai punca air untuk
memasak, air minum, membersihkan diri dan sebagainya. Namun amat dilarang mendirikan
khemah terlalu dekat dengan sungai kerana dikhuatiri paras air akan naik secara tiba-tiba.

Selain itu, permukaan muka bumi perlulah rata dan kering dengan berkedudukan tinggi
sedikit daripada kawasan sekitarnya untuk mengelakkan air bertakung ketika hujan lebat.
Permukaan tanah juga seharusnya tidak berbatu atau terdapat akar yang besar kerana
menyebabkan keadaan tidak selesa terutama ketika hendak tidur. Anda juga dilarang mendirikan
khemah di bawah pokok yang besar, dahan mati atau yang sudah tua kerana dikhuatiri risiko pokok
tumbang atau dahan runtuh. Selain itu tapak perkhemahan perlu jauh dari semak dan belukar untuk
mengelakkan bahaya binatang berbisa seperti ular, kala jengking dan lipan. Berkhemah di kawasan
yang terlalu lapang atau puncak bukit akan terdedah kepada tiupan angin kencang. Berkhemah
yang terlalu dekat dengan kaki bukit akan menyebabkan bahaya tanah runtuh. Selain itu juga,
kawasan perkhemahan tersebut boleh dihubungi oleh orang luar bagi memudahkan komunikasi jika
berlaku kecemasan. Kawasan perkhemahan mendapat pancaran cahaya matahari juga amat
penting bagi tujuan mengeringkan pakaian dan peralatan perkhemahan. Kita juga dilarang
mendirikan khemah di kawasan denai-denai binatang bagi mengelakkan risiko diserang haiwan
berkenaan.

Simpulan Buku Sila

Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Kegunaan:
Simpulan Bunga Keti
 Untuk menyambung dua tali
yang sama saiz.

 Digunakan untuk mengikat kain
anduh.

 Mudah dan cepat untuk dilucut.

Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Kegunaan
Ikatan Manok
 Untuk menyambung dua tali
yang tidak sama saiz.

 Untuk menyambung tali yang
licin atau basah.

Kegunaan

 Digunakan untuk mengikat
tali pada kayu dan buluh

 Untuk mengikat tali khemah
pada batang kayu

 Mengikat mangsa pada
usungan

Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3

Ikatan Seraya Langkah 2 Langkah 3 Fungsi Ikatan Seraya
Langkah 1
 Digunakan untuk mengikat
dua batang kayu atau buluh
yang bersilang

 Ikatan ini diimulakan dan
diakhiri dengan ikatan manok

Langkah 4 Langkah 5 Langkah 6
Ikatan Silang

Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Fungsi Ikatan Silang
Ikatan Silang Gunting
 Digunakan untuk mengikat dua
batang kayu atau buluh yang
bersilang secara serong.

 Ikatan ini diimulakan dan diakhiri
dengan ikatan manok

Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Fungsi Ikatan Silang Gunting

 Digunakan untuk membuat
jambatan, membina menara,
membuat gajet dan menyambung
2 batang kayu.

 Ikatan ini diimulakan dan diakhiri
dengan ikatan manok

1. Bagi melaksanakan aktiviti perkhemahan, pengelola atau penganjur perkhemahan hendaklah mematuhi perkara-
perkara berikut:

a. Melakukan lawatan ke tapak perkhemahan untuk memantau fasiliti yang ada di tapak perkhemahan tersebut
(penginapan, tandas dan bilik mandi, tempat makan, dewan aktiviti, tempat solat, alatan aktiviti dan
sebagainya).

b. Mengeluarkan surat jemputan perkhemahan kepada murid berserta Borang Kebenaran Ibu Bapa dan Borang
Deklarasi Kesihatan.

c. Memohon kebenaran menganjurkan perkhemahan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) / Jabatan
Pendidikan Negeri (JPN). Sertakan kertas kerja dan jadual perkhemahan serta senarai nama peserta dan guru
pengiring (jurulatih).

d. Melantik ahli jawatankuasa yang akan membantu melicinkan perjalanan perkhemahan iaitu Kem Komandan,
Timbalan Kem Komandan dan Ahli Jawatankuasa (Kerohanian, Makanan, Keselamatan, Aktiviti, Kecemasan,
Siaraya dan sebagainya).

e. Menjalankan beberapa mesyuarat penyelarasan perkhemahan bersama AJK untuk membentangkan bidang
tugas dan laporan persiapan setiap AJK.

f. Menyediakan alatan perkhemahan seperti khemah, peti pertolongan cemas, alatan aktiviti / pertandingan (kain
anduh, tali, borang markah, klip fail), bendera, alatan siaraya, sijil dan sebagainya.

g. Mengadakan taklimat perkhemahan kepada semua peserta (jadual perkhemahan, waktu berkumpul, alatan
yang perlu dibawa, barangan larangan, aktiviti ketika perkhemahan) dan mengumpul surat kebenaran ibu bapa
serta borang kesihatan.

h. Membuat semakan semula kepada pihak bas dan pihak pengurusan tapak perkhemahan beberapa hari
sebelum tarikh perkhemahan.

2. Barangan keperluan yang sesuai dibawa ketika perkhemahan:

a. Uniform lengkap.
b. Khemah yang sempurna.
c. Pakaian dan peralatan sukan.
d. Pakaian dan alatan solat.
e. Pakaian aktiviti (kemeja T, seluar aktiviti).
f. Ubat persendirian.
g. Lampu suluh.
h. Pakaian dan alatan mandi (sabun, tuala manda, ubat dan berus gigi).
i. Alat Tulis (pen, pencil, pembaris, pemadam, buku catatan).

3. Peralatan yang tidak perlu dibawa oleh peserta perkhemahan (barangan larangan):

a. Alatan tajam (pisau, parang dan sebagainya).
b. Alat elektroniok (radio, camera, Komputer riba).
c. Telefon bimbit.
d. Barangan kaca (pinggan kaca, gelas kaca).
e. Bahan-bahan hiburan (majalah hiburan, permainan kad).
f. Barang kemas (cincin, raitai, gelang), wang yang banyak.
g. Mancis (kecuali dengan kebenaran).

4. Tali merupakan alatan penting dalam aktiviti perkhemahan atau aktiviti latihan mingguan. Ketika sesi latihan
mingguan atau aktiviti perkhemahan, tali akan disediakan oleh pihak penganjur atau dibawa sendiri oleh murid.
Keadaan tali akan lebih tahan lama sekiranya disimpan dengan cara yang betul iaitu menyimpan tali di tempat
yang kering atau tidak lembap. Selain itu, tali hendaklah dibersih dan dikeringkan sebelum disimpan. Tali juga
hendaklah diikat dengan ikatan yang betul sebelum ianya disimpan.

5. Membina Khemah di Kawasan Puncak Gunung:

Puncak gunung merupakan kawasan yang tidak selamat untuk didirikan khemah. Sekiranya mendirikan khemah di
kawasan pergunungan, khemah yang dibina hendaklah dipancang dengan kuat di permukaan bumi atau rekahan-
rekahan batu. Untuk mengukuhkan kedudukan khemah supaya tidak terbang ditiup angin, bahan-bahan yang berat
seperti kayu, batu dan beg pakaian boleh digunakan sebagai pemberat tambahan. Elakkan daripada duduk di dalam
khemah ketika angin kencang (ribut).

6. Perkara yang dilarang atau ditegah semasa perkhemahan.
a. Memasuki kawasan larangan
b. Berjalan sendirian di tempat sunyi seperti hutan, tandas dan sebagainya.
c. Bermain dengan bahan berbahaya seperti minyak tanah, mancis, parang, pisau, cangkul, gergaji dan
sebagainya.
d. Membuat bising ketika waktu malam.
e. Membazir menggunakan air di tandas.
f. Keluar dari kawasan tapak khemah tanpa kebenaran.
g. Berhubung dengan orang luar tapak perkhemahan tanpa kebenaran.

7. Fungsi alatan-alatan perkhemahan

a. Pisau - Memotong bahan yang lembut (tidak terlalu keras) seperti tali, sayur dan bahan

makanan.

b. Parang - Memotong objek keras dan sederhana besar seperti ranting kayu dan dahan

pokok.

c. Kapak - Memotong atau membelah kayu yang besar.

d. Gergaji - Memotong kayu mengikut saiz dan bentuk yang dikehendaki.

e. Cangkung - Membuat lubang atau parit.

f. Tali - Mengikat khemah, membuat ampaian dan membina gajet.

g. Lampu suluh - Menyuluh kawasan yang kecil seperti dalam khemah, laluan di hutan dan

sebagainya.

8. Gejet merupakan aksesori penting yang dibina semasa aktiviti perkhemahan. Terdapat pelbagai jenis gajet yang
biasa dibina oleh perserta perkhemahan seperti rak kasut, rak pinggan, rak untuk alatan tajam, penyidai pakaian, tiang
bendera dan sebagainya.

9. Tujuan membina gajet semasa perkhemahan adalah seperti berikut:
a. Memastikan tapak perkhemahan berada dalam keadaan kemas dan selesa.
b. Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.
c. Memupuk semangat kekitaan, kerjasama dan saling bantu semasa membina gajet.
d. Mewujudkan persaingan secara sihat (pertandingan membina gajet).

10. Bahan dihutan yang boleh digunakan untuk membina gajet
a. Dahan atau ranting kayu
b. Buluh
c. Rotan
d. Pelepah kelapa
e. Akar pokok / kulit pokok (tali)

11. Ciri-ciri gajet perkhemahan yang baik adalah seperti berikut:

a. Gajet yang kukuh dan menggunakan ikatan yang betul.
b. Gajet yang dapat meletak pelbagai jenis barang.
c. Tidak terlalu banyak menggunakan kayu atau buluh.

1. Namakan alatan-alatan yang digunakan sewaktu perkhemahan dalam gambarajah di bawah.

ALATAN NAMA ALATAN ALATAN NAMA ALATAN

2. Namakan ikatan di bawah serta nyatakan fungsi ikatan tersebut

Nama ikatan - __________________ Fungsi:
a ______________________________________
______________________________________
b. ______________________________________
______________________________________

Nama ikatan - __________________ Fungsi:
a ______________________________________
______________________________________
b. ______________________________________
______________________________________

Nama ikatan - __________________ Fungsi:
a ______________________________________

______________________________________

b. ______________________________________
______________________________________

Fungsi:

Nama ikatan - __________________ a ______________________________________
______________________________________

b. ______________________________________
______________________________________

Nama ikatan - __________________ Fungsi:
a ______________________________________

______________________________________

b. ______________________________________
______________________________________

Fungsi:

Nama ikatan - __________________ a ______________________________________
______________________________________

b. ______________________________________
______________________________________


Click to View FlipBook Version