SILAT SENDENG BUAH PUKUL 7 HARI TOK SIDANG IBRAHIM || HJ AZIZ BAI || ZULKEPLY MUHAMAD MOHD RAFIZI BIN HJ YASABAH
LOGO RASMI
Salam Sollu Alan Nabiy Assalamualaikum wbt, Sidang pewaris anak watan bumi bertuah yang dikasihi, Alhamdulillah, syukur ke hadratNya atas limpah kasih mengizinkan terbitnya idea untuk meneruskan citra warisan bangsa, leluhur yang hampir ditelan zaman. Warisan Silat Sendeng Buah Pukul Tujuh Hari telah membawa suasana pelapis generasi muda perlu diangkat kembali kepada nostalgia pendekar dan semangat kekuatan jati diri Alam Melayu, sebagai pemegang amanah ini, seharusnya melihat kehadapan dan perlu di gali serta dibangunkan untuk masa depan generasi demi membela Agama, Bangsa dan Negara. Kata-kata Pengarang Pewaris cucu Tok Sidang ibrahim @ berahim Penyandang Pengerusi Silat Sendeng Tujuh Hari Saudara Mohd Rafizi Bin Hj Yasabah @ Za'aba
Hijau sinonim dengan warna Islam. Kerana itu, kebanyakan warna yang menggambarkan Islam adalah dari tone Hijau. Dalam Al-Quran jugak banyak menerangkannya. Jika dilihat dari metodologinya, Islam itu harmoni dan sederhana serta berkembang. Sesuai dengan unsur alam semulajadi ciptaan ALLAH, ia nampak semulajadi. Malah yang paling utama, Hijau adalah lambang universal tentang cinta. Cinta kita kepada ALLAH. TAKSIRAN LOGO Warna merah dilambangkan sebagai pahlawan, pendekar, tenaga, kekuatan, keghairahan, keriangan, ketabahan, unsur kebakaran, matlamat kerjaya, cinta, revolusi, keazaman, kepimpinan, tumpuan dan kemurahan hati. Keris melambangkan sebagai simbol kuasa dan jati diri masyarakat serantau. Malah hari ini pengaruh Islam terhadap reka bentuk dan perkembangan budaya masih dapat dilihat.
Melambangkan Taa mim. Perkataan Taa merupakan Tanah manakala huruf Mim adalah Melayu. Tanah melayu kekal bumi melayu yang bertuah ini perlu di pertahankan demi Agama, Bangsa dan Negara. Simbol Taa Alif Yaa Mim adalah Perkataan "Tamim". Kedudukan erat di mata keris melambangkan kekuatan Islam dengan Ketauhidan dengan Allah. TAKSIRAN LOGO Bunga Padi Melambangkan keperibadian diri serta budaya dalam kalangan ahli yang sentiasa mengamalkan sikap merendah diri dengan ilmu Yang diperolehi dan saling menghormati antara satu sama lain. Bulatan luar berwarna putih melambangkan kesucian hati dan ikhlas membantu serta tolong menolong. Bak kata pepatah melayu "Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat" Maksudnya : Menyelesaikan sesuatu perkara atau. pekerjaan dengan sepakat antara satu sama lain. Bulatan putih di dalam melambangkan kesatuan ilmu persilatan di samping kerohanian dan jasmaniah.
Nama yang di daftarkan di ROS adalah Pertubuhan Silat Sendang Tujuh Hari. Dan di ikuti ejaan jawi perkataan Bukit kangkar. TAKSIRAN LOGO Bulat tengah berwarna hitam melambangkan kematangan dalam langkah buah pukul. Hitam juga merujuk kepantasan dalam silat buah pukulan 7 dan 7 makam diri. Perkataan rumi Bukit Kangkar melahirkan pendekar asalnya Silat Sendeng . Di sini telah melahirkan leluhur jati diri dalam persilatan warisan pusaka. Malah kampung Bukit Kangkar tapak mulanya menuntut ilmu mempertahankan diri menangkis serangan musuh. Dua Tangan melambangkan buah pukul 7 hari tanpa senjata. Selain nama buah Pukul Sendeng Tujuh Hari, dipanggil Buah Pukul Panglima atau Pukul Mati.
TAKSIRAN LOGO Dua bintang melambangkan zahir dan batin yang seimbang. Lima cabang merujuk rukun Islam. Lima cabang lagi melambangkan berpegang kepada Rukun Negara. Taat dan patuh Raja dan Negara. Bintang yang berwarna putih memberi makna kesucian hati dan taat serta patuh dalam ajaran Agama Islam. Logo Rasmi ini di zahirkan berlandaskan Islam yang berteraskan dasar Ahli Sunnah Wal-Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.
Sejarah