TAJUK HUKUM PEMINDAHAN ORGAN DAN KAITANNYA DENGAN QAWAID FIQH NAMA 1)NUR AFIQ HAKIM BIN ROSLAN 2)IZZUL AMANI BIN MARZUKI 3)AIDA KHADIJAH BINTI MOHD HANIFF NO. PENDAFTARAN 1. 15DTK20F2015 2. 15DTK20F2001 3. 15DTK20F2027 KELAS DTK5B SESI SESI 2 2022/2023 KOD & NAMA KURSUS MPU23052 – SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
ISI KANDUNGAN PENDAHULUAN .................................................................................................................................. 3 MAKSUD DAN NIAT PELAKSANAAN PENDERMAAN DAN PEMINDAHAN ORGAN........ 3 DEFINISI ............................................................................................................................................... 4 FAKTOR – FAKTOR PEMINDAHAN ORGAN ............................................................................... 4 KELEBIHAN PENDERMA ORGAN ................................................................................................. 5 KEKURANGAN DERMA ORGAN .................................................................................................... 5 KESAN ................................................................................................................................................... 5 CONTOH GAMBAR ............................................................................................................................ 6 HUKUM DERMA ORGAN.................................................................................................................. 6 PEMBEDAHAN MATA........................................................................................................................ 7 PEMBEDAHAN BUAH PINGGANG................................................................................................. 7 KAITANNYA DENGAN QAWAID FIQH........................................................................................... 8 KESIMPULAN ...................................................................................................................................... 9 SUMBER RUJUKAN.......................................................................................................................... 10
PENDAHULUAN Seiring dengan kepesatan teknologi dan kemajuan sains, bidang perubatan juga tidak ketinggalan . Pelbagai kaedah rawatan melalui peralatan dan kajian perubatan berteknologi tinggi telah dijalankan dan berjaya dicipta . Dengan perkembangan pesat dalam bidang perubatan moden , pelbagai kaedah rawatan penyakit telah ditemui dan diperkenalkan . Antaranya , kaedah rawatan pemindahan organ dan derma darah yang terbukti berjaya merawat pesakit-pesakit yang menghidap penyakit yang kritikal. Pendermaan dan pemindahan organ bermaksud suatu pembedahan dimana organ yang rosak atau gagal berfungsi pada tubuh badan seseorang dibuang dan digantikan dengan organ yang baru. MAKSUD DAN NIAT PELAKSANAAN PENDERMAAN DAN PEMINDAHAN ORGAN Pendermaan organ yang dilakukan dari sudut niat dan maksud terbahagi kepada dua iaitupendermaan organ secara kadaverik atau dari orang yang telah meninggal dunia dan pendermaanorgan semasa hidup. Pembahagian ini dijelaskan seperti berikut: Pendermaan Organ Secara Kadaverik Pendermaan organ secara kadaverik atau daripada orang yang telah meninggal dunia hanya bolehdilakukan selepas penderma telah meninggal dunia dengan mendapat keizinan dan kebenarandari waris atau ahli keluarga sekiranya si mati tidak membuat ikrar derma organ. Organ yangboleh didermakan setelah penderma mati termasuklah buah pinggang, hati, jantung, paru-paru,dan juga tisu iaitu kornea (mata), kulit, injap jantung dan juga tulang temulang. Pendermaan Organ Semasa Hidup Pendermaan organ dari penderma hidup mempunyai kelebihan yang banyak berbanding daripadapenderma yang telah meninggal dunia. Organ mereka juga boleh berfungsi lebih baik dan lebih lama. Kebiasaannya pendermaan organ oleh penderma hidup hanya dibenarkan dari ahli keluargayang mempunyai pertalian darah atau mempunyai hubungan suami isteri dengan si penderma organ. Seseorang yang masih hidup boleh menderma salah satu daripada buah pinggang atau sebahagian hatinya. Selain daripada kesesuaian organ penderma dengan tubuh penerima, penderma organ mestilah seorang yang mempunyai taraf kesihatan yang sangat baik dari segi fizikal dan juga mental.
DEFINISI Pemindahan organ atau transplantasi organ ialah sejenis prosedur perubatan di mana organ dikeluarkan daripada satu tubuh dan diletakkan ke dalam tubuh penerima untuk menggantikan organ yang rosak atau hilang. FAKTOR – FAKTOR PEMINDAHAN ORGAN 1. Kerosakan Pada Injap Jantung Kerosakan pada injap jantung seperti bocor atau sempit.Tekanan pada jantung ini secara tidak langsung menyebabkan tekanan pada paru-parumeningkat. Dalam keadaan ini, pembedahan menukar injap tidak bolehdilakukan. Tetapi, kedua-dua organ ini perlu diganti sekali gus. 2. Penyakit Jantung Iskemik (Iskemik Kardiomiopati) Bekalan jantung yang tidak mencukupi menyebabkan pesakit tersenaraidalam senarai menunggu mengalami tekanan paru-paru meningkat Pesakit akan dinilai semula sama ada layak menjalani pemindahan jantung sajaatau jantung dan paru-paru. 3. Mereka yang dilahirkan mempunyai paru – paru bermasalah Keadaan ini mengakibatkan tekanan dalam paru-paru meningkat dan lama-kelamaan fungsi jantung terjejas. 4. Kerosakan kedua paru – paru (Emfesema) Ia disebabkan oleh emfisimitus yang mengakibatkan tekanan tinggi padaparu-paru. Apabila ini berlaku, jantung mengalami kesukaran mengepam darah.
KELEBIHAN PENDERMA ORGAN Kelebihan terbesar untuk pendermaan organ adalah menyelamatkan nyawa yang akan hilang. Penderma organ tunggal berpeluang menyelamatkan nyawa atau meningkatkan kualiti hidup beberapa orang. Keluarga penderma organ mungkin dapat berhubungan dengan penerima organ orang yang mereka sayangi, yang mungkin memberi mereka rasa bahawa ada kebaikan dari tragedi, terutama jika penderma itu masih muda. Mereka yang menderma seluruh badan sering memberi sumbangan untuk kemajuan perubatan, kerana mayat boleh digunakan untuk pendidikan pelajar perubatan. Tidak ada kos untuk penderma organ atau keluarga mereka, dan mayat tidak akan cacat untuk upacara pengebumian. KEKURANGAN DERMA ORGAN Pada satu masa, agama-agama tertentu keberatan menderma organ. Sekarang, kebanyakan menyokong prosedur ini, jadi dalam kebanyakan kes, kelemahan itu telah dihapus. Kelemahan pendermaan organ adalah penderma atau keluarganya tidak dapat mengatakan siapa yang menerima organ yang disumbangkan. Organ boleh disumbangkan kepada penerima yang mempunyai pandangan agama atau politik yang sangat berbeza atau kepada orang yang mungkin dianggap tidak wajar oleh penderma. Atas sebab ini, penderma harus percaya bahawa semua kehidupan adalah suci dan satu penerima tidak lebih berharga daripada yang lain. KESAN 1. Mengurangkan Risiko Sakit Jantung Walaupun zat besi adalah elemen yang penting untuk memastikan badan berfungsi dengan baik, jika berlebihan akan membawa kepada stres oksidatif iaitu penyumbang utama kepada serangan jantung, strok, percepatan proses penuaan serta lain-lain penyakit. 2. Membakar Kalori Menderma darah juga boleh mengurangkan kalori penderma hanya dengan berbaring diatas kerusi. Kajian mendapati menderma darah dapat membakar 650 Kal seseorang dalam satu sesi iaitu membantu penderma mengurangkan berat badan, kekal sihat dan ramping serta mencegah obesiti. 3. Tingkatkan Tahap Kesihatan
Menderma darah boleh mengurangkan perasaan bimbang mengenai kesihatan. Ujian kesihatan yang dibuat boleh memberitahu mengenai tahap kesihatan kita. Hilangnya perasaan bimbang, boleh melahirkan perasaan positif dan seterusnya membina dan menambahkan keyakinan diri serta kesejahteraan hidup. CONTOH GAMBAR figure 1.1:example of organs HUKUM DERMA ORGAN Dalam konteks Islam, hukum mengenai pemindahan dan pendermaan organ tidak dibincangkan secara khusus dalam sumber utama hukum iaitu al-Quran dan alSunnah. Ini kerana pemindahan dan pendermaan organ merupakan perkembangan perubatan yang bermula pada abad ke-20. Secara asasnya, hukum pemindahan dan pendermaan organ ialah harus. Ini kerana pemindahan dan pendermaan organ memenuhi tuntutan memelihara nyawa manusia yang merupakan salah satu daripada maqasid al-syar‘iyyah (objektif syariah).
PEMBEDAHAN MATA https://www.youtube.com/watch?v=BxGj73Dqpcc PEMBEDAHAN BUAH PINGGANG https://www.youtube.com/watch?v=Debd3BH2G_I
KAITANNYA DENGAN QAWAID FIQH Antara kaedah fiqh yang dikenal pasti dalam mengharuskan pemindahan dan pendermaan organ adalah, “Kaedah Maslahah Al-Mursalah” iaitu mendatangkan segala bentuk kemanfaatan atau menolak segala kemungkinan kemudharatan yang merosak. Kemaslahatan ialah perkara yang mendatangkan kebaikan yang tidak didukung oleh dalil syariat atau nas yang terperinci, namun ia mendapat sokongan kuat dari makna secara tersirat sejumlah nas yang ada. Syarat-syarat yang perlu dipatuhi ialah maslahah mestilah selari dengan tujuan syariat, tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip dasar, dan tidak terpesong dari garis ketentuan dalil-dalil yang qat’ie. Selain dari itu kemaslahan tersebut adalah kemaslahan yang rasional, maksudnya secara logik terdapat tuntutan wujud kemaslahatan terhadap penentuan hukum. Dari segi aplikasi kaedah ini, pemindahan organ sebagai langkah untuk menyelamatkan nyawa boleh dikategorikan sebagai maslahah daruriyat di mana penerima organ boleh sembuh dan kembali hidup seperti normal. Ia juga dapat menghilangkan kesakitan dan keperitan yang harus ditanggung penerima organ dan mengurangkan kos rawatan dan perbelanjaan berkaitan dengan rawatan. Tambahan pula kesan sampingan pada penderma dipastikan pada tahap minimal. Di samping itu ia juga boleh dilakukan pada siapa saja tidak kira umur, jantina, bangsa ataupun agama (universal). Oleh itu kaedah pemindahan organ ini adalah bertepatan dengan hadith Rasululllah (saw) yang menjanjikan adanya penawar bagi setiap penyakit kecuali tua dan mati (Hadith Riwayat al-Bukhari). kebanyakan pada Asal “iaitu األصل فى االشياء االباحة حتى يدل الدليل على الت ّحريم Kaedah perkara adalah harus sehingga ada dalil yang menunjukkan ianya haram” adalah juga antara kaedah yang boleh digunakan dalam isu ini. Pemindahan organ adalah satu kaedah rawatan yang tidak disebut secara spesifik di dalam al-Quran mahupun Sunnah kerana kaedah ini merupakan perkembangan yang baru dalam dunia perubatan. Para ulama telah bersepakat bahawa pemindahan organ adalah diharuskan. Di samping itu tiada persepakatan sama ada isu ini diterima atau ditolak berdasarkan daripada sumber nas yang qat’ie. Namun begitu keharusan pemindahan organ ini adalah apabila tidak ada alternatif lain yang boleh menyelamatkan nyawa pesakit. Ianya juga diharuskan sekiranya tidak mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada penerima organ atau penderma organ (yang masih hidup).
KESIMPULAN Ibn Qayyim al-Jawziyyah meletakkan pengorbanan jiwa raga pada peringkat yang tertinggi sekali daripada sepuluh jenis pengorbanan yang beliau sebutkan dalam Madarij alSalikin. Penderma organ boleh dikategorikan di bawah pengorbanan jiwa raga seperti yang dinyatakan oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah ini. Ini kerana penderma sanggup menderma organnya kepada pesakit yang memerlukannya dengan syaratsyarat yang ditetapkan. Menyelamatkan nyawa manusia ialah salah satu daripada tumpuan penjagaan syarak dalam Islam. Pendermaan organ juga melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai rasa tanggungjawab untuk membantu satu sama lain tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, pangkat dan harta. Islam sememangnya amat menggalakkan sifat taawun atau bantu-membantu seperti dalam ayat al-Quran berikut: Terjemahan: “…Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).”37
SUMBER RUJUKAN Website: Zuraini73. (n.d.). Qawaiffiqhiyyah. Zuraini73's Blog. Retrieved from http://zuraini73.blogspot.com/p/qawaiffiqhiyyah.html Jurnal: Jabatan Mufti Johor. (2010). Fatwa Transplan Organ dan Mati Otak. Johor Bahru: Jabatan Mufti Johor. Saudi Center for Organ Transplantation. (t.th.). Directory of the Regulations of Organ Transplantation in the Kingdom of Saudi Arabia. Jeddah: Saudi Center for Organ Transplantation. Howitt, R. (2009). Islam and Organ Donation: A Guide to Organ Donation and Muslim Beliefs. London: NHS Blood and Transplant. Abdullah, R. S. (n.d.). HUKUM PEMINDAHAN ORGAN MANUSIA. HUKUM PEMINDAHAN ORGAN MANUSIA. http://mufti.terengganu.gov.my/index.php/96himpunan-kertas-kerja/154-hukum-pemindahanorgan-manusia