The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERINGKAT PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK (1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aisyhmzli0308, 2021-08-22 02:44:42

PERINGKAT PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK (1)

PERINGKAT PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-KANAK (1)

PSVK 3203

PERINGKAT
PERKEMBANGAN

LUKISAN
KANAK-KANAK

NUR AISYAH BINTI MAZLI

PENGENALAN Seni membawa maksud yang terlalu
subjektif kepada setiap individu.

Seni visual adalah hasil karya seorang
individu dengan menggunakan pelbagai
teknik seperti melukis, mewarna, mencantum,
menampal, dan sebagainya.

Kanak-kanak dilahirkan dengan memiliki
sifat-sifat yang dinamik dan berkembang
mengikut fitrah semula jadi proses
tumbesaran manusia.

TOKOH - TOKOH PENGKAJI

Laura H. Viktor Herbert
Chapman Lowenfeld Read

TEORI Teori perkembangan lukisan kanak-
LAURA H. CHAPMAN kanak yang dikemukakan oleh Laura H.
Chapman terbahagi kepada 3
peringkat iaitu

Peringkat Manipulatif
(2-5 tahun)
Peringkat Membuat Simbol
(8-9 tahun)
Peringkat Pra-Remaja
(10-13 tahun).
Menurut Laura, faktor luaran seperti
latar belakang keluarga, persekitaran,
sosiobudaya, tempat tinggal, sekolah
dan rakan sebaya akan memberi
kesan kepada perkembangan lukisan
kanak-kanak.

Viktor Lowenfeld (1942) telah TEORI
memperkenalkan teori perkembangan VIKTOR LOWENFELD
lukisan kanak-kanak yang mengikuti
peringkat-peringkat perkembangan
fizikal, mental, sosial, intelek dan estetik
kanak-kanak. Teori perkembangan
lukisan kanak-kanak beliau telah
merangkumi peringkat umur dari 2
hingga 17 umur dan terbahagi kepada 8
tahap utama iaitu :

Peringkat Contengan (2-4 tahun)
Peringkat Pra-skematik (4-7 tahun)
Peringkat Skematik (7-9 tahun)
Peringkat Awal Realisme (9-12 tahun)
Peringkat Penaakulan (12-14 tahun)
Peringkat Remaja (14-17 tahun)

Pada setiap peringkat, kanak-kanak mempunyai keperluan dan
keinginan asas dari segi fizikal, mental, emosi, sosial, intelek dan
estetik. Jika semua keperluan dan keinginan tersebut dipenuhi,
perkembangan yang menyeluruh dan sihat akan dibawa.
Pengetahuan serta bakat yang bersifat pasif yang termendung
dalam diri dapat diaktifkan dengan cara-cara yang bekaitan
dengan peringkat perkembangan yang tertentu.
Aksi kanak-kanak, objek yang berbentuk konkrit serta tajuk yang
sesuai akan menggalakan perkembangan lukisan serta
pengutaraan tampak kanak-kanak.
Perkembangan lukisan kanak-kanak akan dipengaruhi oleh
faktor luaran seperti latar belakang keluarga, persekitaran,
sosiobudaya, tempat tinggal, sekolah dan rakan sebaya.

TEORI Pelbagai jenis teori yang berkaitan dengan
HERBERT READ perkembangan lukisan kanak-kanak telah
dikemukakan oleh tokoh-tokoh yang
berbeza.
Daripada pelbagai jenis teori
perkembangan lukisan kanak-kanak yang
telah dikemukan teori perkembangan
lukisan kanak-kanak yang dikemukakan
oleh Sir Cyril Burt paling disetujui oleh
Herbert Read kerana pada pendapat
beliau, teori tersebut adalah paling
sistematik dan logik jika berbanding
dengan teori perkembangan lukisan
kanak-kanak yang lain.

Oleh sebab itu, teori perkembangan lukisan kanak-kanak
Herbet Read adalah lebih kurang sahaja dengan teori
yang dikemukakan oleh Sir Cyril Burt yang merangkumi 7
peringkat iaitu :

Peringkat Contengan (2 - 3 tahun)
Peringkat Garisan (4 tahun)
Peringkat Simbolisme Tersirat (5 - 6 tahun)
Peringkat Realisme Tersirat (7 - 8 tahun)
Peringkat Realisme Tersurat (9 - 10 tahun)
Peringkat Penindasan (11 - 14 tahun)
Peringkat Kebangkitan Perasaan Artistik (15 tahun
keatas)

ANALISIS
LUKISAN

MENGIKUT PERINGKAT UMUR

PERINGKAT 2 - 4 TAHUN

Nama : Nur Aulia Aafiyah Binti
Mohammad Noor Redzuan

Umur : 2 Tahun
Media : Pensil
Sumber : Anak Saudara
Tahun : 2021

TEORI HUMANISTIK kerana Aafiyah menunjukkan
kepuasan sewaktu menghasilkan lukisan

TEORI PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-
KANAK MENGIKUT LAURA H. CHAPMAN

Menurut Laura, pada umur ini kanak- kanak berada di peringkat
manipulatif.
Berdasarkan lukisan itu, Aafiyah tidak mempunyai kawalan pada
pergerakan tangan kerana usianya yang masih muda.
Menurut ibunya, terdapat banyak lukisan yang dihasilkan pada
dinding, di atas meja dan kertas lukisan kerana lukisannya masih
tidak terkawal.
Lukisan yang dihasilkan oleh Aafiyah tidak bersifat realistik dan
banyak menggunakan garisan yang bertujuan untuk
menggambarkan imej kerana mereka cuba bereksperimentasi
dengan pelbagai jenis garisan yang boleh dihasilkan.

Pada peringkat ini, terdapat 4 peringkat contengan iaitu contengan
garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal, contengan rupa
terkawal dan contengan rupa.
Lukisan yang dihasilkan oleh Aafiyah lebih kepada kepuasan dan
keseronokkan kerana mereka diberi peluang melukis dengan
menggunakan alatan melukis.
Pada usia ini juga, alatan tulis yang dipegang adalah mengikut
keupayaan cara dan gaya yang disukai oleh mereka .
Fokus imej yang dihasilkan pada peringkat ini adalah lukisan garisan
yang pelbagai.
Oleh itu, Aafiyah menghasilkan contengan garisan tidak terkawal
kerana tidak mempunyai daya kawalan dan garisan berulang-ulang.

TEORI PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-
KANAK MENGIKUT VIKTOR LOWENFELD

Menurut Viktor, peringkat umur ini kanak-kanak berada pada
peringkat contengan dimana ianya terbahagi kepada 3 tahap
iaitu contengan tanpa kawalan, contengan terkawal, dan
contengan bermakna.
Berdasarkan lukisan yang dihasilkan oleh Aafiyah ini, dia berada
pada tahap pertama iaitu contengan tanpa kawalan iaitu dia
mula menconteng menggunakan alatan seperti pensil warna ke
atas sebarang permukaan seperti kertas.
Aafiyah dapat menghasilkan contengan secara rawak dan tidak
terkawal.

Aafiyah telah menghasilkan garisan yang bersifat panjang,
pendek dan secara berulang-ulang.
Contengan yang dihasilkan tidak menggambarkan apa-apa imej
kerana kawalan maskularnya masih berada pada tahap yang
lemah.
Hasil lukisan Aafiyah hanyalah sebagai catatan kinestik dan
bukan bertujuan untuk menggambar.
Lukisan Aafiyah ini lebih kepada keseronokan dan kepuasan
kerana mendapat kebebasan untuk menggunakan alat lukisan
yang diberi oleh ibunya.
Cara Aafiyah memegang alatan juga mengikut keupayaan dan
kesukaannya.
Daya contengan Aafiyah adalah bergantung kepada
perkembangan fizikal dan psikologinya.

TEORI PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-
KANAK MENGIKUT HERBERT READ

Menurut Read, peringkat umur ini kanak-kanak berada pada
peringkat contengan dimana mereka menghasilkan beberapa
contengan yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza iaitu
contengan tidak bermakna, contengan bermakna, contengan
meniru dan contengan sebahagian mengikut perkembangan diri
sendiri.
Berdasarkan lukisan tersebut, Aafiyah banyak menggunakan
garisan untuk menghasilkan contengan.
Aafiyah juga menghasilkan garisan berulang-ulang, berputar-
putar dan secara panjang dan berserabut ikut dengan
perkembangan psikomotor dan maskular kanak-kanak.

PERINGKAT 4 - 7 TAHUN

Nama : Muhammad Izz Faqeh
Bin Azwan Fakhzan

Umur : 5 Tahun
Media : Crayon dan Pensil
Sumber : Rakan
Tahun : 2021

TEORI HUMANISTIK kerana Faqeh menunjukkan
kepuasannya dalam menghasilkan figura Adudu

TEORI PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-
KANAK MENGIKUT LAURA H. CHAPMAN

Menurut Laura, kanak-kanak di usia 5 tahun berada pada peringkat
manipulatif.
Berdasarkan lukisan Faqeh ini, dia banyak menggunakan garisan
untuk mewujudkan imej figura seperti manusia, bunga dan
sebagainya.
Lukisan Faqeh juga tidak bersifat realisti dan tidak menekankan saiz
imej figura yang hendak dilukis.
Contengan yang dihasilkan oleh Faqeh adalah merupakan
contengan rupa terkawal iaitu dia mula melukis rupa dan
mengulanginya mengikut kehendaknya.
Kebanyakan rupa yang dihasilkan oleh Faqeh adalah berbentuk
rupa organik dan dia dapat mengenal pasti rupa yang dihasilkan.

TEORI PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-
KANAK MENGIKUT VIKTOR LOWENFELD

Menurut Viktor, kanak-kanak berusia 5 tahun berada pada
peringkat pra-skematik dimana pada peringkat ini, gambar yang
dilukis telah mula dikenali imejnya.
Berdasarkan lukisan faqeh ini, bentuk konkrit seperti benda atau
manusia yang berhubung rapat dengannya dilukis sebagai imej
utama seperti di dalam lukisannya yang mungkin menunjukkan
imej Adudu iaitu satu animasi di dalam cerita Boboiboy.
Imej yang dilukis oleh Faqeh juga berasaskan apa yang dia tahu
dan bukan merupakan reprensentasi tampak.
Figura yang dihasilkan oleh Faqeh juga seolah-olah terapung dan
saiz imejnya yang berbeza-beza.

Faqeh sudah mula mengetahui kedudukan mata dan telinga
pada bahagian muka imej Adudu yang dilukisnya.
Kaki dan tangan juga merupakan imej terpenting pada
peringkat ini kerana ianya digunakan untuk berjalan dan juga
makan.
Objek yang dilukis juga berada di mana-mana sahaja pada
ruang lukisan.
Lukisan yang dilihat dapat menggambarkan Faqeh suka
mencuba dan buat pernyataan sendiri walaupun imej yang
dihasilkan tidak logik bagi orang dewasa.

TEORI PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-
KANAK MENGIKUT HERBERT READ

Menurut Read, kanak-kanak pada usia 5 tahun berada pada
peringkat simbolisme tersirat dimana mereka dapat
menggambarkan bentuk figura dengan skala bentuk yang sesuai
walaupun masih kelihatan tidak logik daripada sudut pandangan
orang dewasa.
Faqeh telah menghasilkan simbol yang menunjukkan imej bunga
di dalam pasu dan animasi Adudu walaupun masih tidak realistik
figura yang dihasilkan.
Simbol yang dihasilkan juga mempunyai maksud tersirat yang
ingin disampaikan.
Muka figura yang Faqeh lukis masih tidak berapa jelas dan
terperinci.

PERINGKAT 7 - 9 TAHUN

Nama : Muhammad Thaqif Bin
Azri

Umur : 8 Tahun
Media : Pensil, pensil warna,

warna air
Sumber : Rakan
Tahun : 2021

TEORI KOGNITIF kerana Thaqif menghasilkan lukisan berpandukan
pemerhatian dan pengamatannya terhadap alam sekitar

TEORI PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-
KANAK MENGIKUT LAURA H. CHAPMAN

Menurut Laura, pada peringkat ini persekitaran sangat
memainkan pengaruh besar dan lukisan yang biasa dihasilkan
adalah seperti rumah, kereta, bunga, alat permainan dan
sebagainya.
Berdasarkan lukisan yang dihasilkan oleh Thaqif adalah imej
bunga dan kumbang.
Imej figura yang dilukis olehnya membuktikan bahawa kanak-
kanak pada peringkat ini sangat dipengaruhi oleh faktor
persekitaran dalam menghasilkan lukisan.

Pada peringkat ini juga, simbol yang dihasilkan oleh Thaqif
mudah untuk dikenal pasti kerana dia mempunyai kawalan
yang seimbang dan teratur dari segi pergerakan tangan.
Imej yang dilukis oleh Thaqif juga terdiri daripada pelbagai
saiz.
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa Thaqif berada pada
peringkat Simbolisme ketiga dimana lukisan yang
dihasilkan lebih menumpukan kepada imej yang konkrit
iaitu imej yang dilihat berbanding dengan imej yang
mereka tahu.

TEORI PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-
KANAK MENGIKUT VIKTOR LOWENFELD

Menurut Viktor, peringkat umur ini kanak-kanak berada pada
peringkat skematik yang bermaksud sebagai suatu konsep dan ianya
diulang-ulang.
Berdasarkan lukisan yang dihasilkan oleh Thaqif, penggunaan simbol
di dalam lukisan seperti bunga dan kumbang merupakan konsep
yang dibuat olehnya tetapi tidak akan kekal sifatnya dan akan
berubah mengikut perkembangannya sendiri.
Thaqif juga telah memahami konsep ruang yang digambarkan
melalui satu garisan dasar satah dimana semua objek yang dilukis di
atas atau dalam lingkungan garisan tersebut.
Thaqif juga menekankan cara penyusunan objek dalam imej selain
daripada imej manusia dan objek yang berada di sekelilingnya.

Seperti yang dapat dilihat pada lukisan Thaqif itu, dia cuba
membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada dua bahagian
iaitu satah udara dan tanah.
Thaqif meletakkan bunga di satah tanah manakala kumbang di
satah udara.
Lukisan yang dihasilkan juga mempunyai ciri-ciri luaran dan
dalaman sesuatu objek.
Selain itu, Thaqif menghasilkan lukisan ini secara spontan, bebas dan
berskala besar.
Thaqif juga lebih tertarik melukis objek yang menarik perhatiannya
seperti bunga.
Lukisan yang dihasilkan juga adalah bersifat hiasan.
Walau bagaimanapun, Thaqif masih lagi tidak peka dengan karyanya
sendiri dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan
sebaya tetapi dia gemar untuk berkongsi.

TEORI PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-
KANAK MENGIKUT HERBERT READ

Menurut Read, kanak-kanak pada usia 8 tahun berada pada
peringkat realisme tersirat dimana mereka melukis apa yang
nereka tahu dan bukan apa yang mereka nampak.
Thaqif dapat melukis imej figura dengan lebih terperinci dan
dapat dikenal pasti apa yang hendak dilukis berdasarkan lukisan
yang telah dihasilkan olehnya.
Lukisan yang Thaqif lukis juga menunjukkan dia lebih tertarik
kepada sesuatu yang bersifat hiasan.
Thaqif juga memasukkan unsur-unsur yang menarik dalam
lukisannya sebagai hiasan supaya kelihatan lebih menarik.

PERINGKAT 9 - 12 TAHUN

Nama : Muhd Maher Bin Ab Rashidi
Umur : 10 Tahun
Media : Warna air
Sumber : Rakan
Tahun : 2021

TEORI GESTALT kerana pembelajaran wujud melalui hubungan
yang dinamik antara deria dan pengamatan Maher

TEORI PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-
KANAK MENGIKUT LAURA H. CHAPMAN

Menurut Laura, pada umur ini kanak-kanak berada peringkat
pra-remaja.
Berdasarkan lukisan yang dihasilkan oleh Maher, dia cuba untuk
melukis figura dengan saiz yang betul seperti bentuk bulan,
bangunan dan sebagainya.
Lukisan yang dihasilkan oleh Maher ini dikatakan lebih rasional
keraana selain daripada kedudukan dan saiz figura yang betul, dia
juga telah mementingkan warna yang tepat selain dari
memasukkan bayang-bayang pada objek supaya objek nampak
seolah-olah realistik.
Maher juga sudah mula cuba memahami konsep ruang iaitu objek
jauh bersaiz kecil berbanding dengan objek dekat.

TEORI PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-
KANAK MENGIKUT VIKTOR LOWENFELD

Menurut Viktor, peringkat umur ini kanak-kanak berada pada
peringkat awal realism dimana mereka mula menyedari tentang
diri sebagai seorang ahli rakan sebaya dan masyarakat.
Berdasarkan lukisan yang dihasilkan oleh Maher, objek atau
gambar yang dilukis adalah berdasarkan kepada konsep dan
skema tertentu.
Imej yang dihasilkan oleh Maher adalah secara realistik dan teliti
dengan butir-butiran.
Kefahaman ruang juga digambarkan melalui kesan tindih-tindih
objek.

Maher lebih menumpukan bahagian bawah dengan meletakkan
bangunan kerana telah memahami tentang garisan horizon.
Maher juga telah menghasilkan lukisan yang naturalistik.
Warna yang digunakan juga sangat bertepatan dan sesuai
dengan imej figura yang dihasilkan.
Sebagai contoh, langit berwarna biru, bulan berwarna terang
dan bayang-banyang bangunan bewarna hitam dihiasi tingkap
yang bercahaya kuning.
Sifat kritikal dalam lukisan yang dihasilkan telah ditunjukkan.

TEORI PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-
KANAK MENGIKUT HERBERT READ

Menurut Read, kanak-kanak usia 10 tahun berada pada peringkat
realisme tersurat menurut teorinya dimana mereka melukis
secara natural dan kurang melukis berdasarkan pengalaman
dan pemikiran mereka.
Pada peringkat ini, terbahagi kepada 2 tahap iaitu secara 2
dimensi dan 3 dimensi.
Berdasarkan lukisan yang dihasilkan oleh Maher, ianya
menunjukkan dia berada pada tahap kedua iaitu secara 3
dimensi.
Hal ini kerana Maher mampu menghasilkan lukisan yang
menunjukkan ruang dan perspektif dengan menggunakan ton
warna, saiz imej yang berbeza serta bertindih-tindih.

PERINGKAT 12 - 14 TAHUN

Nama : Nurul Najihah Binti
Jamaludin Nasir

Umur : 14 Tahun
Media : Crayon
Sumber : Rakan
Tahun : 2021

TEORI KOGNITIF kerana Najihah menghasilkan lukisan
mengikut skala saiz yang betul melalui pemerhatiannya

TEORI PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-
KANAK MENGIKUT LAURA H. CHAPMAN

Mengikut Laura, Najihah telah berada di peringkat pra-remaja
iaitu peringkat transisi zaman kanak-kanak ke zaman remaja.
Najihah telah melukis figura dengan saiz dan bentuk yang betul
di samping menitikberatkan saiz sebenar objek seperti saiz buah
yang dilukis.
Warna yang digunakan oleh Najihah adalah warna yang terang
dan menarik bagi menghasilkan lukisan yang mempunyai ton
warna yang cantik.
Lukisan yang dihasilkan oleh Najihah juga bersifat realistik
kerana bertepatan dengan buah yang ingin dilukisnya.

TEORI PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-
KANAK MENGIKUT VIKTOR LOWENFELD

Menurut Viktor, peringkat umur 14 tahun berada pada peringkat
penaakulan dimana kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik
dalam menghasilkan lukisan.
Berdasarkan lukisan yang dihasilkan oleh Najihah, dia mula menyedari
tentang bentuk sebenar seperti apa telah diperhatikan seperti imej
figura buah-buahan yang berada di dalam lukisan tersebut.
Lukisan Najihah diolah secara lebih natural dan menitikberatkan
konsep kedudukan dan saiz rasional imej.
Terdapat tanda-tanda dalam lukisan yang cuba menggunakan
perspektif.
Selain itu, pada peringkat ini mereka lebih gemar melukis sesuatu
melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata
berbanding dengan menerusi imaginasi.

TEORI PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-
KANAK MENGIKUT HERBERT READ

Menurut Read, umur 14 tahun telah berada pada peingkat
penindasan dimana mereka mula peka terhadap konsep
realistik dalam menghasilkan lukisan.
Berdasarkan lukisan tersebut, didapati Najihah mula menyedari
bentuk-bentuk sebenar seperti apa yang diperhatikan dan cuba
untuk menghasilkan sesuatu seperti apa yang mereka walaupun
masih belum cukup mahir.

PERINGKAT 14 - 17 TAHUN

Nama : Puteri Khairina Binti
Khairudin

Umur : 17 Tahun
Media : Warna air
Sumber : Rakan
Tahun : 2019

TEORI PSIKO-ANALITIK kerana lukisan yang
dihasilkan oleh Khairina adalah melalui emosinya

TEORI PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-
KANAK MENGIKUT VIKTOR LOWENFELD

Menurut Viktor, peringkat remaja adalah untuk remaja berumur
14 hingga 17 tahun dimana mereka telah mula membuat kritikan
diri, idealistik dan menyedari bahawa peranannya dalam
masyarakat.
Berdasarkan lukisan yang dihasilkan oleh Khairina, ianya
menunjukkan lukisan tersebut bersifat individualistik, dan
merasakan bebas membuat keputusan sendiri.
Khairina telah memberi penekanan terhadap proses penghasilan
karya seni dan penciptaan objek di dalam karyanya.
Khairina juga telah matang dalam membuat keputusan dan
pemilihan bahan dalam menghasilkan lukisannya.

Selain itu, Khairina telah faham tentang ruang, objek dan
perlambangan menjadi lebih matang.
Lukisan yang dihasilkan oleh Khairina menunjukkan kedamaian,
ketenangan dan dimana konsep yang dilahirkan dalam lukisan
tersebut adalah taman yang tenang.
Pelbagai teknik dan kemahiran seni telah ditambah baik seperti
catan dan sebagainya supaya dapat mencapai kepuasan
dirinya.
Penggunaan warna yang sesuai juga ditunjukkan dalam
lukisan yang dihasilokan oleh Khairina.
Pada peringkat ini juga, Khairina juga telah mencapai era
memahami kehidupan sosial dan konsep seni yang berfungsi.

TEORI PERKEMBANGAN LUKISAN KANAK-
KANAK MENGIKUT HERBERT READ

Menurut Read, umur 17 tahun berada di peringkat kebangkitan
perasaan artistik dimana remaja mula mempunyai sifat
artistik.
Berdasarkan apa yang dihasilkan oleh Khairina, ianya
mempunyai maksud tersirat yang ingin disampaikan seperti
perasaan, emosi, dan sebagainya.
Lukisan Khairina menunjukkan perasaan kedamaian dan
ketenangan yang diinginkan diluahkan melalui lukisan
tersebut.
Apa yang berada di fikiran dan perasaan Khairina dipaparkan
atas kertas lukisan tersebut.

KESIMPULAN

Setelah dianalisis berdasarkan kepada contoh-contoh lukisan
dari pelbagai peringkat umur, jelas menunjukkan bahawa
perkembangan artistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh
persekitaran dan suasana mereka dibesarkan. Di mana
persekitaran yang sihat dapat membantu perkembangan
kognitif kanak-kanak dengan cara yang positif.

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang
dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses
tumbesaran mereka. Hasil kerja seni berfungsi sebagai alat
komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak yang
akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga dia
membesar.

RUJUKAN

Hamid, M. A. (2004). Kreativiti : Konsep Teori dan Praktis. Johor Bahru:
Universiti Teknologi Malaysia.

Mahyuddin, R. (2005). Psikologi Kanak-kanak dan Remaja. Kuala Lumpur:
Universiti Putra Malaysia.

Saleh, R. (2018, Mei 21). Kajian Perkembangan Kanak-Kanak. Retrieved
from PDF Slide: https://pdfslide.tips/reader/f/kajian-perkembangan-

lukisan-kanak-kanak
Xin, Z. (2015, Jun 13). Tokoh Lukisan Kanak-Kanak. Retrieved from

Academia:
https://www.academia.edu/22411581/TOKOH_LUKISAN_KANAK_KANAK

SEKIAN
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version