HARI PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU TINGKATAN 1 & 4 2024 M R S M U L U L A L B A B F E L D A T R O L A K 11 MAC 2024 (ISNIN) Dewan besar MRSM Ulul Albab FELDA Trolak
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat bil. 20 tahun 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang pendidikan dan latihan. MRSM yang pertama ditubuhkan adalah MRSM Seremban pada tahun 1972 diikuti oleh MRSM Pengkalan Chepa pada 1973 dan kemudiannya MRSM Kuantan pada 1974. Kini pada tahun 2023 MARA telah mempunyai sebanyak 55 MRSM dan MRSM yang terkini beroperasi ialah MRSM Bagan Datuk, Perak dan MRSM Bera, Pahang. MRSM ditubuhkan untuk memberi kemudahan pelajaran di peringkat menengah dan prauniversiti dalam bidang sains, teknologi dan keusahawanan kepada pelajar Bumiputera yang mempunyai keupayaan mental yang tinggi. Sistem pendidikan MRSM ini bergerak atas landasan bahawa pelajar Bumiputera yang berminat dan berkebolehan dalam bidang sains, teknologi dan keusahawanan akan mendapat pendedahan lebih awal supaya memberi keyakinan yang lebih tinggi untuk menceburkan diri dalam bidang pekerjaan yang berasaskan sains dan teknologi. Sistem pendidikan MRSM akan membiasakan pelajar dengan pendidikan berasaskan sains dan teknologi serta unsur keusahawanan sebagai satu aspek kebudayaan Malaysia yang akan memupuk pekembangan jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial. Hal ini akan menyatukan pelajar yang mempunyai daya pemikiran yang kritis, kreatif, terbuka, sihat, luas dan mendelam, di samping mempunyai semangat patriotik dan nasionalisme yang tinggi. SEJARAH PENUBUHANMRSM
MRSM FELDA TROLAK wujud hasil cetusan idea oleh YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu. Melihat kepada sumbangan warga peneroka dan memikirkan hak-hak keistimewaan, keperluan memberikan imej ilmuan kepada anak-anak peneroka yang berjaya maka tercetusnya inspirasi ini. Terbinanya sebuah institusi pendidikan yang mengangkat martabat warga peneroka adalah hasil kolaborasi rakan strategik Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah merubah landskap pendidikan anak-anak peneroka. MRSM FELDA TROLAK ini merupakan MRSM yang ke-5 dibina di Neger Perak. MRSM ini terletak di Mukim Trolak, Sungkai iaitu di Daerah Batang Padang. MRSM FELDA TROLAK mula beroperasi secara rasminya pada 1 Disember 2007 dengan menerima pelajar perintis seramai 210 yang merupakan kumpulan pelajar tingkatan 1 pada 18 Februari 2008. Kumpulan pelajar yang pertama ini menumpang di Kolej KINI di Feldajaya Utara Sungkai, Perak. Manakala pelajar-pelajar tingkatan 1 sesi 2009 telah ditumpangkan di pelbagai MRSM. Para pelajar MRSM FELDA TROLAK telah dipanggil kembali untuk meneruskan pelajaran mereka di MRSM FELDA TROLAK bermula pada tahun 2010. SEJARAH PENUBUHAN MRSM FELDA TROLAK
ATURCARA MAJLIS HARI PENDAFTARAN TINGKATAN 1 & 4 2024 8.00 pagi : Kaunter Pendaftaran dibuka 11.00 pagi : *Majlis Taklimat dan Perasmian - 2 orang waris, pelajar serta Guru Penasihat Homeroom Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 mengambil tempat di Dewan Besar - Nyanyian lagu Negaraku dan lagu MARA - Bacaan doa - Tayangan video Road to MRSM Melakar Pelangi - Ucapan Perasmian oleh YDP MUAFAKAT - Ucapan Pengetua MRSM Ulul Albab FELDA Trolak - Gimik Penyerahan Anak Pelajar - Sesi Memperkenalkan Guru Homeroom Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 12.00 t/hari : Slot bersama Penasihat Homeroom (Kelas tingkatan 1 & 4) TARIKH: 11 MAC 2024 (ISNIN) TEMPAT: DEWAN BESAR MRSM ULUL ALBAB FELDA TROLAK
Hamzah • Ustazah Hanis Bt Mohammad Kusairi • Cikgu Azarina Binti Mustafa Khalid Cikgu Muhamad Shukri Bin Abd Hamid Cikgu Ermi Binti Alias Ubaidah • Cikgu Khoiriah Binti Abd Ghani • Cikgu Saidatul Azlin Binti Sabokki Saad • Cikgu Aida Khairani Binti Mohamad Habib • Cikgu Aida Suria Binti Abdul Halim Lim Thoriq • Cikgu Nik Aida Binti Nik Pa • Ustaz Muhammad Syahmi Bin Samsudin Salahudin • Cikgu Emeir Eizzat Bin Zakaria • Ustaz Muhammad Hafiz Bin Mohamad Mahayadin Al Fatih • Cikgu Norhafiza Binti Bolhan • Cikgu Nurul Akma Binti Yaziz PENASIHAT HOMEROOOM TINGKATAN 1 KELAS PENASIHAT HOMEROOM TINGKATAN 1
Hamzah • Ustazah Nor Khaliza Binti Mat Yunus • Ustazah Nur Shuhada Binti Mohamad Yusoff Khalid Cikgu Nursyareen Binti Mohd Salleh Cikgu Norizah Binti Umor Ubaidah • Cikgu Suhana Binti Kawi • Cikgu Suniza Binti Ahmad Saad • Cikgu Hambali Bin Din @ Ismail • Cikgu Nazri Bin Mohd Nasir Thoriq • Cikgu Suhaini Binti Sabran • Cikgu Samsuzilla Binti Hassan Salahudin • Cikgu Nurul Akmar Binti Nazri • Cikgu Muhammad Zulhairi Bin Lukman Sabri Al Fatih • Ustaz Muhammad Azim Bin Mohd Asri • Cikgu Farhan Bin Mohd Fu’ad PENASIHAT HOMEROOOM TINGKATAN 4 KELAS PENASIHAT HOMEROOM TINGKATAN 4
JADUAL MINGGU ORIENTASI
JADUAL MINGGU ORIENTASI
SOALAN SOALAN LAZIM A. PENGURUSAN MRSM Ulul Albab FELDA Trolak 1. Siapakah Pengetua dan Timbalan-Timbalan Pengetua : En. Zeidi bin Zakar ia Timbalan Pengetua Kecemer langan Akademik En.Abd Manaf Bin Abdullah Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar Cik. Zurayme bint i Badaruddin (Pemangku) Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat Pn. Nor lia bint i Musaid 2. Siapakah yang boleh saya rujuk berkai tan akademik anak saya? Pengetua, Timbalan- t imbalan Pengetua, Ketua- Ketua Jabatan, Penasihat Homeroom dan Guru Subjek. 3. Bila kah tar ikh pulang bermalam pelajar - pelajar sepaniang tahun 2023? Rujuk planner tahunan pelajar . B. KEBAJIKAN PELAJAR 4. Adakah MRSMUA FELDA Trolak menyediakan kemudahan buku teks? Ya, kemudahan buku teks disediakan. 5. Bolehkah bayaran Yuran Caruman dibuat secara ansuran? Boleh. Bermula tahun 2020 bayaran dui t caruman adalah mengikut gaji ibu bapa dan dibayar mengikut bulan. 6. Siapakah yang layak mener ima Bantuan Kewangan? Mereka yang layak diki ra menggunakan formula yang di tetapkan oleh MARA dan berdasarkan pada pendapatan dan tanggungan keluarga. 7. Adakan anak saya per lu memohon semula Bantuan Kewangan walhal sudah mener imanya semasa di MRSM asal / menengah rendah? Tak per lu memohon semula. HANYA pelajar t ingkatan 1 dan 4 BARU sahaja yang per lu memohon dengan mengisi borang bantuan kewangan yang diser takan oleh BPM.
SOALAN SOALAN LAZIM 8. Siapakah yang patut di rujuk oleh anak saya bagi tujuan memohon semula bantuan kewangan? Tim. Pengetua Pembangunan Pelajar , Kaunselor Pelajar , Guru Homeroom dan kerani Hal Ehwal Pelajar . 9. Apakah yang per lu saya lakukan jika saya ingin memohon anak saya di tukarkan ke MRSM lain? a. Tiada per tukaran ke maktab lain b. Kecuali mendapat tawaran ke Maktab PKP C. ASRAMA MRSMUA FELDA Trolak 10. Adakah telefon bimbi t boleh digunakan di MRSMUA FELDA Trolak? TELEFON PINTAR TIDAK DIBENARKAN DIBAWA KE MAKTAB, pelajar dibenarkan membawa telefon bimbi t yang asas sahaja. Telefon tersebut per lu memenuhi ci r i-ci r i telefon bimbi t yang dibenarkan oleh maktab. 11. Apakah t indakan yang diambil jika didapat i membawa teleton bimbi t pintar? Pihak Maktab akan menyimpan telefon bimbi t tersebut sehingga pelajar tamat pengajian di maktab ini. 12. Berapa kalikan pelajar -pelajar boleh pulang bermalam untuk bersama Keluarga? 1 kali dalam sebulan ( rujuk jadual pulang bermalam) 13. Berapa kali pelajar boleh 'out ing' atau keluar ke bandar? 2 kali dalam sebulan. Pelajar lelaki dan perempuan keluar secara bergili r . Contoh : Minggu 1 - Pelajar Perempuan Minggu 2 - Pelajar Lelaki 14. Siapakah yang per lu saya hubungi jika ada kecemasan? Pengetua - 019 323 0426 Tim.Pengetua PPP - 019 478 6388 Ketua Warden - 012 305 1459
SOALAN SOALAN LAZIM
PELAN MRSM FELDA TROLAK
Selamat datang pelajar-pelajar ke MRSM Ulul Albab FELDA Trolak