The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by alicecerenn, 2022-10-31 09:35:33

Konsep dan Pembentukan negara bangsa dalam acuan Malaysia

ebook penghayatan

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

KONSEP DAN
PEMBENTUKAN

NEGARA
BANGSA DALAM

ACUAN
MALAYSIA

KONSEP DAN PEMBENTUKAN NEGARA
DALAM ACUAN MALAYSIA

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

e-BOOK

EDISI
POLITEKNIK

PENULIS:
ALICE CEREN DING
DAREUS DUNA PETRUS
DAVEVIN SIAW WEE HUNG

EDITOR:
ALICE CEREN DING

PEREKA KULIT DAN GRAFIK:
ALICE CEREN DING

Penulis

ALICE CEREN DING

20DKM20F1060
DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL
PELAJAR POLITEKNIK MUKAH,SARAWAK.

DAREUS DUNA
PETRUS

20DKM20F1039
DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL

PELAJAR POLITEKNIK MUKAH, SARAWAK.

DAVEVIN SIAW WEE
HUNG

20DKM20F1075
DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL
PELAJAR POLITEKNIK MUKAH, SARAWAK.

PENULIS

PRAKATA

Shalom dan syukur kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana memberikan
keteguhan, kesabaran dan kesihatan yang baik untuk kami
menyempurnakan penulisan e-book bagi topik 6, kursus Penghayatan
Etika dan Peradaban iaitu Konsep dan Pembentukan Negara Bangsa
dalam Acuan Malaysia dengan jayanya.

Secara amnya, e-book ini menyentuh pelbagai isu-isu semasa dan
cabaran-cabaran dalam membentuk negara bangsa yang merdeka di
Malaysia. E-book ini dilaksanakan untuk menyelesaikan tugasan 3
dalam pembelajaran Penghayatan Etika dan Peradaban. E-book ini
menyediakan kandungan yang padat berasaskan keperluan dan
kepentingannya dalam membentuk negara bangsa yang lebih gemilang
pada masa hadapan. E-book ini juga sesuai dibaca untuk masyarakat
tanpa mengira had umur . Diharapkan e-book ini memberi natijah yang
besar kepada pembangunan negara.

Akhrinya, e-book ini dapat diselesaikan dengan bantuan, sokongan dan
komitmen semua pihak. Sekalung penghargaan kepada Puan Shakinah
binti Mustapha, Pensyarah kursus Penghayatan Etika dan Peradaban
yang telah banyak memberi tunjuk ajar dalam menyempurnakan e-
book ini.

4

PRAKATA

ABSTRAK

Pembentukan negara bangsa merupakan agenda yang
penting dalam pembangunan negara ke arah yang
gemilang. Semua pihak haruslah saling bermuafakat dan
saling tidak berpecah-belah bak kata peribahasa serumpun
bak serai, sesusun bak sirih. Namun, wujudnya isu-isu
perkauman dan politik yang menjadi cabaran kepada
pihak-pihak yang berkaitan untuk membangunkan negara
ke arah sebuah negara maju. Oleh itu, e-book ini
membincangkan tentang cabaran-cabaran dalam
membentuk negara bangsa yang merdeka di Malaysia
dengan mengetengahkan aspek-aspek konsep, ciri-ciri,
elemen, simbol, kepentingan dan jalan penyelesaian bagi
setiap cabaran yang dikupaskan. Justifikasi perbincangan
topik ini kerana mutakhir ini bahasa kebangsaan kian
merosot penggunaannya serta setiap kaum hidup dalam
kelompok masing-masing kerana takut akan kehilangan
identiti sendiri. Malah, seiring perkembangan
pembangunan negara, isu politik perkauman semakin
ketara kerana parti-parti politik yang wujud
memperjuangkan kaum masing-masing. Oleh hal
demikian, cabaran-cabaran ini memberi impak yang besar
dalam membentuk negara bangsa dalam acuan Malaysia.

ABSTRAK

SINOPSIS

Topik ini membincangkan cabaran-cabaran

yang wujud dalam pembentukan negara

bangsa dalam acuan Malaysia serta usaha-

usaha untuk mengatasi supaya masyarakat

Malaysia dapat membentuk satu kehidupan

yang harmoni. Antara cabaran dalam

membentuk negara bangsa dalam acuan

Malaysia adalah terdiri daripada aspek

bahasa, kebudayaan, pendidikan dan

demokrasi. Perbincangan cabaran-cabaran ini

telah disesuaikan dengan

menghubungkaitkan isu semasa yang

semakin berkembang disebabkan faktor-

faktor yang mempengaruhi dari pelbagai

sudut.

SINOPSIS

KANDUNGAN 1
8
KONSEP DAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA 9
DALAM ACUAN MALAYSIA 14
KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA
16
USAHA-USAHA KE ARAH PEMBENTUKAN
NEGARA BANGSA 18
19
CABARAN MALAYSIA MENJADI SEBUAH
NEGARA BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA

PENCAPAIAN PENYELESAIAN ISU KONSEP
NEGARA BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA

KESIMPULAN

RUJUKAN

KANDUNGAN

KONSEP DAN
PEMBINAAN
NEGARA
BANGSA DALAM
ACUAN
MALAYSIA

1

Konsep negara bangsa dalam acuan
Malaysia merupakan satu matlamat yang
penting dalam melahirkan pembinaan
bangsa dalam olahan acuan beridentitikan
Malaysia dalam suasana damai dan
harmoni. Perpaduan negara dan integrasi
nasional merupakan mekanisme yang
penting untuk menzahirkan impian
matlamat tersebut. Impian untuk
mewujudkan bangsa Malaysia hanya
akan menjadi realiti apabila rakyat
bersedia untuk menerima wawasan dan
gagasan satu negara satu bangsa.
Pembentukan negara bangsa Malaysia
adalah unik jika dibandingkan dengan
beberapa negara dunia yang lain.
Kemajmukan masyarakatnya menjadikan
usaha membentuk negara bangsa yang
beracuankan Malaysia bukan suatu
perkara yang mudah. Terdapat pelbagai
faktor yang perlu diambil kira bagi
memastikan keterlibatan semua kaum
dalam agenda pembentukan negara
bangsa.

2 PENGENALAN

KONSEP NEGARA BANGSA

KONSEP NEGARA KONSEP BANGSA

➢ Satu kelompok masyarakat ➢ Satu kelompok manusia

mendiami secara tetap sesebuah berdasarkan ciri fizikal iaitu

wilayah fizikal yang mempunyai ras dan keturunan.
➢ KAUM- kumpulan etnik
sempadan dan diperintah oleh
berdasarkan ciri budaya.
sebuah kerajaan. ➢ Satu komuniti politik dalam

➢ Suatu unit politik yang wilayah tertentu

mempunyai kedaulatan,

tanggungjawab dan kuasa

menjalankan hal ehwal

pentadbiran sendiri.

➢ Suatu proses yang melahirkan bangsa baru, yakni sebuah negara
yang mempunyai kedaulatan di mana semua rakyatnya disatukan
oleh ikatan-ikatan seperti Bahasa, budaya, nilai-nilai dan lain-lain
yang membentuk bangsanya. Tujuan utama pembinaan bangs iaitu
adalah untuk melahirkan perasaan taat setia dan perpaduan terhaap
sesuatu petubuhan (bangsa) itu.

3 KONSEP NEGARA BANGSA

CIRI-CIRI NEGARA
BANGSA

Kehidupan masyarakat dalam negara tersebut adalah
Bersatu padu tanpa berlaku pemisahan atau
diskriminasi antara satu kaum dengan kaum yang lain

Semua bangsa dan kaum berkongsi pegangan kepada
suatu ideologi politik

Berpegang kepada satu semangat kenegaraan yang utuh
melalui simbl-simbol keutuhan seperti bendera
Malaysia, lagu kebangsaan, rukun negara, jata negara,
Bahasa Melayu, bunga raya sebagai bunga kebangsaan
dan sebaginya.

Setiap kewarganegaraan mempunyai kepercayaan dan
keyakinan penuh terhadap sistem pemerintahan dan
undang-undang negara.

4 CIRI-CIRI NEGARA BANGSA

ELEMEN-ELEMEN NEGARA
BANGSA

PENDUDUK WILAYAH

Rakyat atau penduduk Kawasan bandar dalam
satu negara(negeri)
yang diiktiraf sebagai

warganegara dan

mempunyai hak dan

tanggungjawab sendiri

KERAJAAN KEDAULATAN

Organisasi yang Hak eksklusif untuk
menguasai sepenuhnya
mempunyai kuasa sesebuah Kawasan
pentadbiran rakyat
untuk membuat atau atau diri sendiri

melaksanakan undang-

undang dalam suatu

Kawasan

ELEMEN-ELEMEN NEGARA BANGSA
5

SIMBOL-SIMBOL
KEUTUHAN

Bendera
Malaysia

Bunga Jata
Raya negara

Lagu Bahasa
Negaraku Melayu

6 SIMBOL-SIMBOL KEUTUHAN

Persoalan tentang acuan dan

bentuk negara Malaysia
sememangnya terbentuk melalui

sejarah yang sudah tercipta.
Dalam hal ini, kepelbagaian ialah
asas kepada acuan kepada
negara Malaysia yang
berpaksikan Melayu dan Islam.
Oleh itu, terbentuklah negara

Malaysia yang dalamnya ialah

masyarakat majmuk, tetapi
menggunakan konsep bangsa
Malaysia dan negara Malaysia.

7

KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA KEAMANAN
• Menjamin kestabilan negara.
• Melicinkan pentadbiran dan

pemerintahan negara.
• Menstabilkan ekonomi negara.
• Mengelakkan perpaduan kaum

PERPADUAN
• Menjamin hak istimewa orang bumiputera.
• Perlembagaan membentuk semangat

patriotisme
• Menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat.
• Menjamin taat setia rakyat kepada negara

KESTABILAN POLITIK
• Menentukan peranan Yang Dipertuan

Agong.
• Menjamin kerjasama kerajaan Persekutuan

dan Kerajaan Negeri.
• Panduan dalam menjalankan pemerintahan.

SOSIAL
• Menentukan hak asasi rakyat
• Mengelakkan penyalahgunaan kuasa

pemerintahan.
• Mewajibkan pendidikan kepada

rakyat.
• Menaik taraf kehidupan rakyat.

8 KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

USAHA-USAHA KE ARAH PEMBENTUKAN NEGARA PENDIDIKAN
BANGSA
➢ Malaysia melaksanakan sistem pendidikan kebangsaan yang
menggunakan satu kurikulum kebangsaan untuk semua jenis sekolah dan
satu penilaian peperiksaan yang seragam.

➢ Menjadikan agenda memperkasakan Sekolah Kebangsaan salah satu teras
dasar pelaksaan dasar negara bagi merealisasikan matlamat dalam
memupuk perpaduan kaum dan pusat kecemerlangan pendidikan.

➢ Menerapkan nilai jati diri, budi Bahasa dan seni budaya dalam tajuk-tajuk
mata pelajaran yang bersesuaian.

RAKYAT

➢ Melaksanakan beberapa aktiviti bagi menerapkan semangat patriotisme
secara berterusan seperti perhimpunan bulanan, sambutan bulan
kemerdekaan serta kibar Jalur Gemilang dan lain-lain.

➢ Memupuk dan meningkatkan semangat perpaduan dan patriotik serta
bangga sebagai rakyat Malaysia

USAHA-USAHA KE ARAH PEMBENTUKAN
9 NEGARA BANGSA

USAHA-USAHA KE ARAH PEMBENTUKAN NEGARA RUKUN NEGARA
BANGSA
Objektif dan matlamat Rukun Negara:
a. Untuk mencipta satu masyarakat yang adil supaya
kemakmuran negara dinikmati bersama-sama dengan
adildan saksama oleh semua anggota masyarakat.
b. Untuk memelihara cara hidup demokratik. Perlembagaan
Negara juga menajminkan kebebasan hak asasi
masyarakat dan kebebasan dalam kegiatan berpolitik
rakyat Negra selagi tidak melanggar undang-undang
negara.
c. Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam
kalangan seluruh masyarakat. Semua rakyat perlu
mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan
satu negara.
d. Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi
kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak.
Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama, adat
resam dan kebudayaan masing-masing sesuai dengan
matlamat perpaduan negara.
e. Untuk membina sebuah masyarakat prograsif dengan
penggunaan sains dan teknologi moden.

USAHA-USAHA KE ARAH PEMBENTUKAN
10 NEGARA BANGSA

USAHA-USAHA KE ARAH PEMBENTUKAN NEGARA POLITIK
BANGSA
Merujuk kepada Malaysia proses awal pembinaan negara bangsa
lebih tertumpu kepada keperluan politik. Pembinaan negara bangsa
ini mula terbentuk apabila kemahuan rakyat yang mahu kemerdekaan
negara daripada kuasa kolonial dengan permuafakatan politik.
Permuafakatan politik ini terbina apabila parti UMNO-MCA—MIC
bergabung pada tahun 1954. Semangat permuafakatan kaum
diteruskan oleh Barisan Nasional yang diterajui oleh parti UMNO
yang terus kekal sehingga kini.

Selepas berlaku rusuhan 13 Mei 1969, usaha-usaha secara intensif
bagi mencapai matlamat pembinaan negara bangsa mula
dilaksanakan, khususnya menerusi ransangan Dasar Ekonomi
Baru(DEB).

Matlamat yang lebih jelas pula hanya muncul ekoran pengenalan
wawasan 2020 oleh negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamed pada
tahun 1991. Wawasan yang menekankan terhadap keperluan
wujudnya bangsa Malaysia yang mantap mula diberikan perhatian
yang lebih serius oleh pelbagai pihak.

Oleh kerana kepelbagaian bangsa, agama dan budaya yang sedia ada
di Malaysia, kesinambungan pembentukan konsep negara bangsa
Malaysia berdasarkan acuan sendiri telah dilaksanakan melalui
pelbagai saluran dan penekanan.

USAHA-USAHA KE ARAH PEMBENTUKAN
11 NEGARA BANGSA

USAHA-USAHA KE ARAH PEMBENTUKAN NEGARA TADBIR URUS
BANGSA
Pemodenan dan pembangunan di Malaysia
berjaya menghakis sentiment lama yang sering
dikaitkan dengan etnik dan agama.

Mengurus isu perkauman dan agama ini dalam bentuk
petadbiran negara hingga perbezaan yang wujud diurus
dengan baik dan dinikmati bersama oleh masyarakat
pelbagai budaya di negara ini.
Matlamat akhirnya ialah untuk memastikan masalah
sosial dan setiap perubahan dalam masyarakat dapat
diurus dengan baik dalam proses kerangka negara
dan bangsa Malaysia

USAHA-USAHA KE ARAH PEMBENTUKAN
12 NEGARA BANGSA

USAHA-USAHA KE ARAH PEMBENTUKAN NEGARA TADBIR URUS NEGARA
BANGSA
TAKRIF • Tatacara seseorang Menteri, ketua setiusaha,
ketua jabatan, ketua eksekutif dan pehawai di
semua peringkat pengurusan melaksanakan
tanggungjawabnya secara telus, berakauntabiliti
dan berhemat dari segi pengambilan keputusan
dan penyampaian hasil.

• Struktur, budaya, dasar dan strategi serta tatacra
mereka berurusan dengan pelbagai pihak yang
berkepentingan.

OBJEKTIF • Untuk menyemai dan meningkatkan keyakinan

rakyat terhadap keupayaan kerajaan dalam

melaksanakan dasar yang telah diamanahkan.
• Untuk mengekalkan akauntabiliti didalam sistem

penyampaian awam

4 PRINSIP • Integriti- jujur, tatasusila yang tinggi,
bertanggungjawab.
TADBIR URUS • Akauntabiliti- bertanggungjawab atas semua

tindakan dan keputusan.

• Amanah/stewardship- melaksanakan apa yang

diamanahkan.

• Telus-meyakinkan oaring ramai.

USAHA-USAHA KE ARAH PEMBENTUKAN
13 NEGARA BANGSA

CABARAN MALAYSIA MENJADI SEBUAH NEGARA ISU ISU
BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA BAHASA KEBUDAYAAN

Isu kedudukan Bahasa Melayu Oleh kerana setiap budaya yang ada
sebagai Bahasa kebangsaan mewakili identiti sesuatu kaum atau
menimbulkan pertikaian dan isu etnik yang wujud di Malaysia, usaha
pelbagai pihak. Antaranya untuk melambangkan kepelbagaian
kepentingan Bahasa melayu budaya dibawah satu identiti seolah-
dengan keperluan Bahasa inggeris olah sukar dicapai kerana semua
bagi memenuhi tuntutan kaum takut akan kehilangan identiti
antarabangsa. budaya masing-masing. Hal ini
disebabkan terpengaruhnya dengan
dasar pecah dan perintah.

ISU ISU
PENDIDIKAN DEMOKRASI

Sistem yang diperkenalkan oleh Isu ini berkaitan masalah politik
penjajah masih dipertikaikan
sehingga ke hari ini, meskipun perkauman. Masalah isu ini
telah ada pembaharuan dalam
aspek-aspek tertentu, namun semakin ketara pada masa kini
kita tidak boleh menafikan
bahawa masih wujudnya apabila parti-parti politik yang
konsep dan kaedah
perlaksanaan yang diteruskan wujud dilihat lebih
dari zaman penjajahan lagi.
Contohnya, sekolah vernakular. memperjuangkan kaum masing-

masing seolah-olah menidakkan

kepentingan nilai perpaduan.

Contohnya, MCA untuk kaum

Cina, MIC untuk kaum India dan

UMNO untuk kaum Melayu.

CABARAN MALAYSIA MENJADI SEBUAH
14 NEGARA BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA

CABARAN MALAYSIA MENJADI SEBUAH NEGARA
BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA

15 ISU-ISU SEMASA

PENCAPAIAN PENYELESAIAN ISU KONSEP NEGARA ISU BAHASA ISU KEBUDAYAAN
BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA
Pemerkasaan penggunaan Penangguhan Dasar Kebudayaan
Negara telah dilaksanakan bagi
Bahasa kebangsaan iaitu Bahasa memberi panduan dalam
membentuk, mewujudkan dan
Malaysia perlu dilaksanakan mengekalkan identiti budaya
negara dan juga telah bertindak
dalam semua bidang dan semua menjadi pelindung kepada
identiti semua budaya yang ada
peringkat, daripada yang paling di Malaysia. Dasar Kebudayaan
Negara telah Berjaya membentk
rendah ke peringkat yang paling dan memupuk perkongsian
budaya pelbagai kaum di
tinggi daripada komunikasi sosial Malaysia dengan mencirikan sifat-
sifat persamaan pelbagai budya
kepada komunikasi formal dalam sukuk aum tanpa melampau
batas dan masih mengekalkan
bidang-bidang seperti identiti sebenar sesuatu budaya.

pentadbiran, perniagaan,

undang-undang dalam bidang-

bidang professional yang lain.

Satu pendekatan yang wajar bagi

mendokong usaha ini ialah

dengan memberi pendidikan awal

kepada generasi muda tentang

kedudukan bahasa yang sebenar

dan kepentingan meletakkan satu

bahasa yang sebenar dan

kepentingan meletakkan satu

bahasa melambangkan satu

bangsa.

PENCAPAIAN PENYELESAIAN ISU KONSEP
16 NEGARA BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA

PENCAPAIAN PENYELESAIAN ISU KONSEP NEGARA ISU PENDIDIKAN ISU DEMOKRASI
BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA
Bagi mewujudkan perpaduan Masyarakat kita mengetahui
dalam kalangan murid-murid
yang berbagai-bagai bangsa dan hakikat sebenar perjalanan
latar belakang. Sekolah wawasan
telah diwujudkan pada tahun sistem demokrasi di Malaysia
1997. Sekolah integrasi ini telah
menempatkan beberapa buah kerana salah faham tentang
sekolah yang berbeza aliran
didalam satu kawasan yang sama. sistem pentadbiran boleh
Walaupun penubuhan Sekolah
Wawasan tidak mendapat mencetuskan perpecahan sama
sokongan secara kolektif daripada
masyarakat, namun usaha yang ada antara interkaum mahupun
diambil ini dilihat paling efektif
dalam merapatkan jurang intrakaum. Proses demokrasi atau
pendidikan antara kaum.
kuasa tersimpan yang diambil

hendaklah sentiasa

mengutamakan keselamatan dan

kemakmuran rakyat serta negara

PENCAPAIAN PENYELESAIAN ISU KONSEP
17 NEGARA BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA

Kesimpulannya, proses pembinaan negara
bangsa dalam acuan Malaysia sememangnya bukan
satu usaha yang mudah kerana Malaysia tidak
diasaskan dengan hanya satu identiti bangsa yang
merdeka seperti negara-negara lain. Proses
pembentukan ini memerlukan semua pihak untuk
bekerjasama dan berusaha dengan dedikasi untuk
memastikan kesepaduan sosial yang telah kita miliki
dikekalkan untuk disambung oleh generasi akan
datang.

Bagi membina negara bangsa ini, nilai-nilai
kenegaraan yang tinggi perlu disemai dalam setiap
diri dan sanubari rakyat Malaysia tanpa mengira
kaum, darjat dan umur bagi memperjuangkan
keamanan dan mencapai matlamat negara sekali
gus menjadikan Malaysia sebagai negara yang maju
walaupun terdapat banyak halangan dan cabaran.
Oleh itu, semua pihak perlulah bekerjasama
memainkan peranan masing-masing dan terus
konsisten bagi memastikan pembentukan konsep
negara bangsa Malaysia dapat tercapai dan akan
menjadi negara maju.

18

RUJUKAN

BUKU
•Siti Zaharah Setapa.et al.(2022) Penghayatan Etika dan
Peradaban.Selangor:Penerbit Ehsan (M) Sdn.Bhd.
•Rohana Binti Nawi.et al.(2021). Panduan Asas Etika dan
Peradaban. Kelantan. Diterbitkan oleh: Politeknik Jeli
Kelantan.

INTERNET
• Konsep Negara Bangsa dalam Acuan Malaysia Diperoleh

pada 10/05/2022
https://online.anyflip.com/rzflh/cwmf/mobile/
• Konsep Negara Bangsa dalam Acuan Malaysia
Diperoleh pada 10/05/2022

https://anyflip.com/blypd/lvrz/basic

• Konsep Negara Bangsa dalam Acuan Malaysia
Diperoleh pada 10/05/2022

https://anyflip.com/ajine/pqlo/basic

19

Merdeka itu bukanlah suatu benda yang
mudah boleh didapati, melainkan ialah
dikehendaki untuk mendapatkannya itu
iaitu pengorbanan yang sebenar
pengorbanan.
-Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj-


Click to View FlipBook Version