The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SKTM2 UKK MINIT MESYUARAT KURI BIL3 2018

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Mohd Nizam Mohtar, 2019-01-23 19:53:51

SKTM2 UKK MINIT MESYUARAT KURI BIL3 2018

SKTM2 UKK MINIT MESYUARAT KURI BIL3 2018

MINIT MESYUARAT
KURIKULUM KALI

3/2018
SK TANJUNG MINYAK 2

1

Tarikh : 26 November 2018 (Isnin)

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat SKTM2

Kehadiran :

1. Tn. Hj. Ehsanudin bin Abd Jalil
2. En. Syed Hussain bin Syed Ismail
3. Pn. Hjh Asnia binti Hj Yusoff
4. Pn. Victoria binti Hj. Udin
5. En. Abd Muiz bin Mohd Noor
6. En. Azmi bin Arshad
7. En. Fauzi bin Aripin
8. En. Khairul Hizambin Zakaria
9. En. Mohd Fitri bin Ab Karim
10. En. Mohd Hazwani bin Abd Wahab
11. En. Mohd Nizam bin Mohtar
12. En. Mohd Nizar bin Salleh
13. En. Mohd Rahimi bin Sarif
14. En. Mohd Rizal bin Rokman
15. En. Mohd Syafiq bin Jamat
16. En. Zulrushdy bin Rahmat
17. Pn. Aisya Haryani binti Abdul Wahab
18. Pn. Aminah binti Md Latib
19. Pn. Arfadila binti Rahmat
20. Pn. Azlin binti Abd Wahid
21. Pn. Esmahanis binti Esmam
22. Pn. Haslina binti Mohamad Lazim
23. Pn. Hasliza binti Askan

2

24. Pn. Hjh Suzila binti Ishak
25. Pn. Juliza binti Abd Rahman
26. Pn. Kamaliya binti Turiyat
27. Pn. Manisah binti Jaafar
28. Pn. Noorhayati binti Alias
29. Pn. Norazanaton binti Zabidi
30. Pn. Norazlina binti Md Yasin
31. Pn. Norhaslinda binti Mat Yusoff
32. Pn. Norzarina binti Zainol Abidin
33. Pn. Rozita binti Awang
34. Pn. Salinah binti Mat Lasim
35. Pn. Salwati binti Ahmat
36. Pn. Siti Dayana Atiqah binti Nahason Affan
37. Pn. Siti Fatimah binti Said
38. Pn. Siti Noradilah binti Mokhilas
39. Pn. Suhaila binti Muhamad Shari
40. Pn. Suziana Fairoz binti Md. Ripen
41. Pn. Yanti Zulaika binti Yahya
42. Pn. Yusnizal binti Ismail
43. Pn. Zaida binti Salleh

Tidak hadir :

1. Pn. Noor Faudzilawati binti Malek (bersebab)
2. Pn. Norhayati binti Marzuki (bersebab)
3. Pn. Zurinah binti Ismail (bersebab)
4. Pn. Nursuhaila binti Mohd Yaccob (cuti bersalin)
5. Pn. Nilawati binti Hussain (bersebab)
6. Pn. Maryanti binti Muharam (bersebab)

3

1. UCAPAN PENGERUSI - En. Syed Hussain bin Syed Ismail
1.1 Ucapan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran guru ke Mesyuarat
Kurikulum kali ketiga bagi tahun 2018.
1.2 Mengucapkan rasa syukur kerana diberikan kesempatan ruang dan waktu
untuk mengadakan mesyuarat pada kali ini.
1.3 Beliau mempersilakan Guru Besar untuk memberikan ucapan
Tindakan : Makluman

2. UCAPAN GURU BESAR - Tn. Hj. Ehsanudin bin Abd Jalil
2.1 Ucapan terima kasih dan mengalukan kedatangan semua guru ke mesyuarat
kurikulum pada hari ini.
2.2 Menyatakan rasa syukur kerana dapat dipertemukan di dalam mesyuarat
kurikulum ini yang sepatutnya dibuat pada minggu lepas.
2.3 Menyatakan bahawa Mesyuarat Kurikulum ini penting untuk membincangkan
halatuju untuk tahun hadapan.
2.4 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua guru atas kerjasama
yang diberikan untuk melaksanakan semua program-program yang telah
dirancangkan di sekolah.
2.5 Beliau juga membuat teguran supaya guru-guru dapat menjaga pertuturan
untuk menjaga hati dan perasaan rakan-rakan guru yang lain.
2.6 Hubungan baik sesama rakan guru juga perlu dijaga agar dapat bekerja
dengan baik.

Tindakan : Makluman

3. PENGESAHAN MINIT

Cadangan oleh : En. Zulrushdy bin Rahmat

Disokong oleh : Pn. Mohd Fitri bin Ab Karim

4

4. PERKARA BERBANGKIT
4.1 Perkara 5.3.2 : Streaming kelas tidak akan dilakukan.
4.2 Perkara 5.3.3 : erph yang masih belum selesai harap dapat dilaksanakan dan
disiapkan
4.3 Perkara 5.3.4 : Murid sebagai pengacara. Untuk makluman murid prasekolah
juga dilatih untuk menjadi pengacara majlis bagi program mereka.
4.4 Perkara 5.3.6 : LINUS : saringan akhir lepas.
4.5 Perkara 6.2.1 : Stok masuk di catat.
4.6 Perkara 7.1 : pcg yang ada belum digunakan.
4.7 Perkara 11.4 : Pn Salwati memohon langsir untuk Bilik Sains
4.8 Pn. Yusnizal akan memberi lampiran untuk kaunseling. Tahun 3 telah dibuat
pada 23 Julai dan akan diserahkan kepada Setiausaha Kurikulum.

Tindakan : Makluman.

5. 12 INISIATIF KPM 2019- Tn. Hj. Ehsanudin bin Abd Jalil
5.1 Manual nilai mencadangkan Pn. Yusnizal untuk menyenaraikan nilai-nilai.
5.2 Pendidikan Sivik akan diperkenalkan semula.
5.3 Mitual.
5.4 Popularkan kembali ‘hero teacher’.
5.5 Telefon pintar akan dimanipulasi untuk tujuan pendidikan.

5.6 Kanak-kanak tiada kewarganegaraan boleh bersekolah.
5.7 Kawasan rehat guru akan diwujudkan.
5.8 Guru tiada lagi kerja pengkeranian.
5.9 Tiada kompromi dalam bidang pendidikan.
5.10 Menjadikan sektor pendidikan sebagai ‘OKU Friendly’.
5.11 Menyelesaikan masalah isu sekolah DAIF.
5.12 Kemeriahan Speaker.

Tindakan : Makluman

5

6. FOKUS 2019 - Tn. Hj. Ehsanudin bin Abd Jalil

6.1 Berkenaan hal LINUS. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Pn. Nilawati

binti Hussin selaku Penyelaras LINUS sekolah kerana Tahun 3 mencapai

keputusan 100% menguasai. Beliau berharap agar guru-guru yang terlibat

dengan LINUS mencari inisiatif bagi mengatasi masalah yang dihadapi.
6.2 PAK 21menekankan bahawa tiada ‘streaming classes’ dilakukan kerana tiada

kelas pandai dan tiada kelas tidak pandai.

6.3 Seramai 23 orang guru yang bergred DG44 akan dilantik menjadi ketua untuk

setiap unit.

6.4 Segala data untuk tahun hadapan adalah yang betul dan terkini.

6.5 Fail-fail panitia perlu dikemaskini kerana akan disemak.

6.6 Dokumen-dokumen penting perlu disimpan untuk SKPMG2 seperti buku

program dan kertas kerja sebagai eviden.

6.7 Ketua panitia diingatkan agar membuat perbelanjaan bagi pcg yang masih

tidak digunakan.
6.8 ERPH sila kemaskini untuk tahun 2018 kerana En. Nizam akan ‘burn’ di

dalam cd dan akan dihantar kepada Guru Besar.

6.9 Untuk tahun 2019, erph baru akan digunakan. En Nizam akan memberikan

penerangan berkenaan erph tersebut dan guru-guru perlu membeli erph

tersebut dengan harga RM25. 5

6.10 En. Syafik dipertanggungjawabkan untuk menguruskan My Portfolio.

Guru-guru perlu menghantar My Portfolio ini pada 11 Januari 2019 dan akan

dibuat ladap secara e-learning.

6.11 Guru besar memaklumkn jumlah kelas pada tahun 2019 adalah sebanyak

24 buah. Tahun 1(5 kelas), Tahun 2 (5 kelas), Tahun 3 (4 kelas), Tahun 4 (4

kelas), Tahun 5 (3 kelas) dan Tahun 6 (3 kelas).

6.12 En. Syed Hussin akan menyusun guru kelas untuk Tahun 2019.

6.13 Mesyuarat awal tahun 2019 adalah pada 27 Disember 2018.

6.14 Guru besar beharap agar perjalanan sekolah pada tahun hadapan dapat

berjalan dengan baik.

6

6.15 Beliau bersyukur kerana pada tahun ini dapat berjalan dengan lancar
walaupun ada sedikit isu.

Tindakan : Makluman

7. AMANAT GPK PRNTADBIRAN - En. Syed Hussin bin Syed Ismail
7.1 Pertama sekali beliau memohon maaf sekiranya sepanjang perkhidmatan
beliau di SKTM2 ada menguris hati sesiapa.
7.2 Beliau mengucapkan terima kasih kepada guru-guru atas segala
perancangan dan aktiviti yang telah dijalankan.
7.3 Kejayaan 2017 seramai 5 orang mendapat 6A dimana mendapat peningkatan
sebanyak 5.3%.
7.4 Ketua Panitia perlu menyiapkan laporan bagi tahun 2018 dan membuat
perancangan bagi tahun 2019. Contoh laporan akan dimuat naik ke dalam
Google Drive dan guru-guru hanya perlu ikut contoh sahaja.
7.5 Menurut analisis Peperiksaan Akhir Tahun dan Percubaan UPSR 2018
menunjukkan bahawa peratus lulus semakin menurun dan peratus gagal
semakin meningkat.

Tindakan : Makluman

8. MESYUARAT PANITIA – Tn. Hj Ehsanudin bin Abd Jalil
8.1 Beliau memohon agar ketua panitia mengeluarkan butiran masalah yang
dihadapi dan berbincang di dalam mesyuarat awal tahun untuk mencari
penyelesaian.
8.2 Bincang tindakan yang akan diambil untuk tahun hadapan.
8.3 Beliau meminta agar Pn. Hjh Suzila mencetak laporan analisis peperiksaan.

Tindakan : Ketua Panitia

7

9. HAL-HAL LAIN
9.1 Sasaran yang dibuat akan disemak samaada tercapai atau tidak.
9.2 Berharap agar SKTM2 berada di tangga ke 3.
9.3 En Zulrushdy menyatakan bahawa ranking bukan menjadi target kerana tiada
peperiksaan yang akan dijalankan pada murid-murid Tahap 1. jadi mereka
akan menghadapi kejutan sekiranya naik pada Tahun 4 nanti. Beliau
bertanya apakah persediaan daripada pihak sekolah untuk mengatasi
maslash ini.
9.4 Respon Guru Besar ialah pdpc mestilah mengikut PAK21. Beliau berharap
agar semua guru dapat membuat pemerhatian menyeluruh. PBD mestilah
100% asli.
9.5 En. Syed Hussin juga menyatakan bahwa ranking secara dalaman sahaja
hanya sebagai kekuatan kita di pihak sekolah sahaja. Dengan itu, beliau
memohon jasa baik Guru Besar agar dapat memberikan taklimat kepada ibu
bapa.
9.6 Pn. Aisya Haryani bertanya mengenai susun atur kedudukan meja di dalam
kelas adakah perlu mengikut PAK21 kerana bilangan murid adalah terlalu
ramai sehingga mencecah 37 orang.
9.7 Guru besar respon bahawa sememangnya perkara tersebut menjadi
masalah. Namun yang demikian, pihak sekolah akan memohon untuk
membuka 2 kelas lagi. Berkemungkinan Bilik Seni dan Bilik Ko-kurikulum
akan dijadikan kelas supaya bilangn murid dapat dikecilkan.
9.8 En. Syafik bertanya mengenai bilik Kokurikulum, adakan akan digunakan
untuk koperasi. Guru besar menyatakan bahawa ya, sememangnya akan
digunakan untuk Bilik Koperasi.
9.9 SKTM2 mungkin akan digunakan sebagai sekolah agama. 3 buah bilik akan
digunakan untuk menempatkan 75 orang murid.
9.10 Bilik guru tidak akan digunakan.
9.11 Pn. Kamaliya binti Turiyat memohon agar guru yang menjadi Guru Kelas
pada tahun 2019 dimaklumkan awal supaya guru kelas dapat menyusun dan
menghias kelas dalam tempoh cuti persekolahan.

8

9.12 Guru besar memaklumkan bahawa mungkin akan dipertimbangkan dalam
minggu ke 2 cuti persekolahan ini.
Tindakan : Makluman

10. UCAPAN PENANGGUHAN
10.1 Tn Hj Ehsanudin mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah
menjalankan pelbagai program di peringkat sekolah untuk menjana
kemenjadian murid. Beliau sangat ,menghargai komitmen dan jasa yang telah
diberikan oleh guru-guru yang berkenaan.
10.2 Harapan beliau agar perjalanan sekolah pada tahun hadapan akan
berjalan dengan baik dan lancar.
10.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari.

Disediakan Oleh :
...................................................
(PUAN NURSUHAILA BINTI MOHD YACCOB)
SETIAUSAHA KURIKULUM 2018,
SK TANJUNG MINYAK 2.

9


Click to View FlipBook Version