2022
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam UiTM Dihatiku Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia, Profesor Dr. Hj. Abdol Samad Nawi, Rektor UiTM Cawangan Kelantan kerana sudi meluangkan masa bersama-sama kita sekaligus akan menyempurnakan perasmian program Majlis Anugerah Tokoh Siswa tahun 2022 pada hari ini. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua kakitangan UiTM Cawangan Kelantan yang bertungkus-lumus secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program kita bagi meraikan kepimpinan mahasiswa yang bergiat aktif dan menyumbang kepada aktiviti pembangunan pelajar. Sebagai mana yang diketahui, objektif program ini diadakan adalah untuk menghargai pelajar dan kelab/persatuan UiTM Cawangan Kelantan yang bergiat aktif dalam aktiviti pembangunan pelajar. Selain itu, penilaian anugerah ini dibuat sepanjang semester ini berlangsung dengan mengambil kira aspek yang telah digariskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia. Majlis Anugerah Tokoh Siswa pada kali ini menjadi kayu ukur utama kepada keterlibatan dan kejayaan mahasiswa UiTM Cawangan Kelantan dalam memupuk dan merealisasikan nilai ESI dan I-DART yang bergerak selari dengan matlamat utama penubuhan institusi keramat ini. Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Kelantan memandang serius tentang penghasilan dan kejayaan aktiviti pembangunan pelajar yang bermatlamat dalam menaikkan nama Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan melahirkan mahasiswa professional yang mampu berdaya saing di peringkat global. Akhir kata, saya mengharapkan dengan terlaksananya Majlis Anugerah Tokoh Siswa (ATS) UiTM Cawangan Kelantan tahun 2022 ini, ia akan menjadi titik tolak kepada pertumbuhan aktiviti pembangunan pelajar pada masa akan datang dan kita mengharapkan aktiviti pembangunan pelajar akan berjalan dengan lebih pesat dan aktiviti-aktiviti sebegini memberikan impak yang besar dan positif kepada kemandirian mahasiswa khususnya di UiTM Cawangan Kelantan. ENCIK MEER ZHAR FAROUK AMIR RAZLI Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Kelantan Setitis tinta, sejambak bicara
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam UiTM Dihatiku Pertamanya, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar selaku penganjur utama kerana sudi menjemput saya untuk merasmikan Majlis Anugerah Tokoh Siswa (ATS) UiTM Cawangan Kelantan Tahun 2022. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dan selawat ke atas Nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W kerana dengan izin Allah, kita dapat bersama-sama pada malam ini di dalam Majlis Anugerah Tokoh Siswa Tahun 2022. Tahniah diucapkan kepada ahli jawatankuasa yang terlibat, atas kejayaan melaksanakan program pada hari ini. Sebagai mana yang diketahui, objektif program ini adalah untuk menghargai pelajar, kelab, dan persatuan di UiTM Cawangan Kelantan yang bergiat aktif dalam aktiviti pembangunan pelajar. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat menyuntik semangat dan mendorong mahasiswa lain untuk terus cemerlang, dalam bidang akademik dan bukan akademik. Majlis Anugerah Tokoh Siswa pada kali ini membawa slogan ‘Mahasiswa Aspirasi Kepimpinan Negara’. Slogan ini dipilih kerana matlamat penubuhan UiTM adalah untuk memenuhi keperluan bumiputera yang profesional dan terlatih di Malaysia. Disamping itu, nilai i-DART iaitu nama akronim bagi Ilmu, Disiplin, Amanah, Rajin dan Tanggungjawab dapat diterjemahkan di dalam nilai budaya pelajar UiTM Cawangan Kelantan. Kita juga berharap apabila tertanamnya nilai tersebut, kita dapat melahirkan mahasiswa yang profesional dalam berorganisasi. Oleh itu, dengan terlaksananya Majlis Anugerah Tokoh Siswa (ATS) UiTM Cawangan Kelantan Tahun 2022 ini, kita semua dapat melonjakkan prestasi dan potensi keseluruhan mahasiwa yang ada, terutamanya yang bergiat aktif dalam kelab dan persatuan yang terdapat di UiTM Cawangan Kelantan. Akhir kata, sekali lagi saya ingin panjangkan ucapan tahniah kepada Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Kelantan dan seluruh pihak yang telah terlibat, sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program kita pada hari ini. PROFESOR DR. HJ. ABDOL SAMAD NAWI Rektor UiTM Cawangan Kelantan Sekapur sireh, seulas pinang
AAttuurrccaarraa Ucapan Aluan En Meer Zhar Farouk Amir Razli Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Kelantan Ucapan Perasmian Profesor Dr. Hj. Abdol Samad Nawi Rektor UiTM Cawangan Kelantan Ketibaan Mahasiswa 8.00 malam Ketibaan Jemputan & Staf Ketibaan Dif-dif Kehormat 8.15 malam 8.30 malam Nyanyian 8.40 malam Lagu Negaraku Lagu Wawasan Setia Warga UiTM Anugerah Pemimpin Mengikut Kategori Program Anugerah Pemimpin Organisasi Pelajar Penyampaian Anugerah Persembahan Kebudayaan Anugerah Program Terbaik Mengikut Kategori Anugerah Organisasi Pelajar Terbaik Penyampaian Anugerah Persembahan Kebudayaan Penghargaan Khas Anugerah Terbaik Keseluruhan Penyampaian Anugerah Nyanyian Lagu UiTM Di Hatiku Sesi Bergambar/Makan Bersurai 8.50 malam 9.00 malam 9.30 malam 10.15 malam 11.00 malam
AAhhlliiJJaawwaattaannkkuuaassaa AnugerahTokohSiswa UUiiTTMMCCaawwaannggaannKKeellaannttaann 2022 Y.Bhg. Profesor Dr. Hj. Abdol Samad Nawi Penasihat Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli Pengerusi Puan Nazlin Hj. Mat Rahim Setiausaha Hajah Che Surmaiza Yaacob Bendahari Encik Ahmad Mudzfir Zubir Encik Mohd Azrul Sidek Pengurus Acara Puan Noor Emma Farihan Zakaria Pengurus Pentas, Persembahan & Pengacaraan Majlis Encik Mohd Zaidi Zakaria Encik Ismail Mat Salleh Puan Nur Edura Na’ain YM Tengku Noorazlina Raja Ibrahim Puan Haziqah Ab Halim Jawatankuasa Pengurusan Pencalonan & Penilaian Encik Mohd Faisal Abdull Rahim Cik Ety Shazreena Shamshuddin Jawatankuasa Panel Penilai Anugerah Puan Asmida Ahmad Puan Johannis Ahmad Sohaimi Jawatankuasa Persegaran Puan Zainab ‘Izzah Mahmud Puan Azizah Mohd Yusoff Encik Nik Mohd Al Firdaus Puan Nur Nadia Mohd Noh Puan Hasmarina Ismail Jawatankuasa Sijil Anugerah Dan Hadiah Encik Muhammad Faiz Iskandah Encik Muzammel Che Musa Jawatankuasa Hiasan Dewan Dan Pentas Cik Ruhayu Nurdin Jawatankuasa Promosi & Publisiti ASP P/B Mohd Razali Yusoff Jawatankuasa Adab, Disiplin & Keselamatan Encik Mohd Faisal Abdull Rahim Puan Raziani Rahim Jawatankuasa Jemputan Encik Wan Mohd Firdaus Wan Mohamad Jawatankuasa Penyertaan Mahasiswa Encik Mohd Ma’arof Zahari Jawatankuasa Persiapan Tempat Dan Teknikal Encik Hasfarizan Ibrahim Jawatankuasa Fotografi & Rakaman Video Encik Ab Fatah Ab Hamid Encik Zustaman Awang Soh Jawatankuasa Pengangkutan Encik Zahrol Azam Ahmad Encik Mazlam Che Yusoff Gemeti Encik Mohd Syaiful Bahry Mohd Ramly Jawatankuasa Persembahan Multimedia Encik Khairul Anuar Ab. Hamid Puan Che Azlina Che Pa Puan Shalwati Ramli Puan Nur Ellia Johari Jawatankuasa Sambutan & Protokol Dr. Nik Muzaiman Mustapha Encik Mohammad Amir Taufik Abu Hassan Encik Ahmad Sirajulmunir Zulkifli Jawatankuasa Buku Cenderamata @ QR Profile
KKaatteeggoorri AnugerahTokohSiswa UUiiTTMMCCaawwaannggaannKKeellaannttaann 2022 ANUGERAH TOKOH SISWA 2022 UiTM CAWANGAN KELANTAN ANUGERAH PEMIMPIN ORGANISASI PELAJAR
KKaatteeggoorri AnugerahTokohSiswa UUiiTTMMCCaawwaannggaannKKeellaannttaann 2022 ANUGERAH PEMIMPIN MENGIKUT KATEGORI PROGRAM ANUGERAH KEPIMPINAN PROGRAM KEUSAHAWANAN ANUGERAH KEPIMPINAN PROGRAM KEBUDAYAAN ANUGERAH KEPIMPINAN PROGRAM SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI ANUGERAH KEPIMPINAN PROGRAM SUKAN ANUGERAH KEPIMPINAN PROGRAM PENGUCAPAN AWAM ANUGERAH KEPIMPINAN PROGRAM WACANA INTELEK ANUGERAH KEPIMPINAN PROGRAM SUKARELAWAAN (KESEJAHTERAAN KOMUNITI) ANUGERAH KEPIMPINAN PROGRAM SUKARELAWAN (TERBUKA)
KKaatteeggoorri AnugerahTokohSiswa UUiiTTMMCCaawwaannggaannKKeellaannttaann 2022 ANUGERAH PROGRAM TERBAIK : AKADEMIK & ILMIAH ANUGERAH PROGRAM TERBAIK : KHIDMAT MASYARAKAT & SOSIAL ANUGERAH PROGRAM TERBAIK : KREATIF & INOVASI ANUGERAH PROGRAM TERBAIK : KREATIF & INOVASI ANUGERAH PROGRAM TERBAIK : PENGANTARABANGSAAN ANUGERAH PROGRAM TERBAIK : KEROHANIAN ANUGERAH PROGRAM TERBAIK : KEUSAHAWANAN ANUGERAH PROGRAM TERBAIK : KERJAYA & KAUNSELING ANUGERAH PROGRAM TERBAIK : KEBUDAYAAN & WARISAN ANUGERAH PROGRAM TERBAIK : SUKAN & REKREASI ANUGERAH PASUKAN SUKARELAWAN TERBAIK ANUGERAH PROGRAM TERBAIK MENGIKUT KATEGORI (KELAB) ORGANISASI KESELURUHAN (KELAB)
KKaatteeggoorri AnugerahTokohSiswa UUiiTTMMCCaawwaannggaannKKeellaannttaann 2022 ANUGERAH ORGANISASI PELAJAR TERBAIK (KELAB)
KKaatteeggoorri AnugerahTokohSiswa UUiiTTMMCCaawwaannggaannKKeellaannttaann 2022 ANUGERAH ORGANISASI PELAJAR TERBAIK (KELAB)
Negaraku Negaraku Tanah Tumpahnya Darahku Rakyat Hidup Bersatu Dan Maju Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan Raja Kita Selamat Bertakhta Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan Raja Kita Selamat Bertakhta
WawasanSetia WargaUiTM Bersatu Kita Warga UiTM Kita Bangsa Perkasa Taat Dan Setia Ku Untuk Negara Penuh Semangat Waja Kita… Jangan Mudah Terlupa Pengorbanan Perjuangan Anak Bangsa Kita… Jangan Mudah Terleka Kemajuan Keamanan Yang Ada Kita… Berterima Kasih Pada Pemimpin – Pemimpin Negara Kita… Rasa Penuh Bersyukur Kerahmatan, Kemuliaan Darinya Kamilah Pendokong, Pewaris Bangsa Kamilah Pendaulat, Bangsa Malaysia Kamilah Warga Berwawasan Untuk Negaraku
UiTM Di Hatiku Wujudmu di sini di tanah anak merdeka Bagai obor ilmu memayungi putra-putrinya Pelopor hidup, budaya bangsa, agama, negara Pembentuk akhlak manusia agar jadi sempurna Ku yang melangkah ke sini ingin mempelajari Rahsia di muka bumi dengan cara hakiki Tunjukkan aku jalan ilmuMU untukku menuju Destinasi cita-cita negara dan bangsaku Majulah bangsa Maju negara Berkat usaha jaya MARA Kami berikrar akan berjasa Hingga kita Berjaya...demi bangsa Watikah yang ku miliki kan ku semat di hati Janjiku pada pertiwi untuk menabur bakti Ku sempurnakan seikhlas hati membela negara Doa restu ayah bonda ku untuk mu semua UiTM...Usaha Taqwa Mulia
SekalungBudi Pihak Jawatankuasa Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2022 UiTM Cawangan Kelantan Merakamkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih Kepada PROFESOR DR. HJ. ABDOL SAMAD NAWI, Rektor UiTM Cawangan Kelantan ENCIK MEER ZHAR FAROUK AMIR RAZLI Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Kelantan, Timbalan - Timbalan Rektor, Ketua – Ketua Bahagian, Ketua – Ketua Pusat Pengajian, Ketua – Ketua Unit Pengajian, Koordinator Unit, Ketua – Ketua Unit, Semua Staf UiTM Cawangan Kelantan Penerima – Penerima Anugerah Media Jemputan Serta semua pihak yang telah bekerjasama menghulur sumbangan tenaga, idea dan komitmen secara langsung atau tidak langsung demi menjayakan majlis ini.
KASIH TERIMA