The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hidayahsamsudin87, 2023-06-23 10:33:14

TEKS UCAPAN PENGETUA MESYUARAT PIBG

TEKS UCAPAN PENGETUA MESYUARAT PIBG

1


2 Terima kasih pengcara majlis. Bismillahhirrahmanirahim. Assalamualaikum w.r.t. dan salam sejahtera. Yang Dihormati, Encik Nor Arman bin Wahab, (Yang Dipertua PIBG SMK Taman Johor Jaya 1) Yang Berusaha , Encik Norfazli bin Jalani, (Penolong Kanan Pentadbiran) Puan Nazirah binti Mohd Noor, (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) Puan Teo Sui Ian (Penolong Kanan Kokurikulum), Encik Fauzi bin Awang, (Penolong Kanan Tingkatan Enam), Puan Kor Ling Hwai, (Penolong Kanan Petang),


3 Ahli jawatankuasa PIBG, Guru-guru, ibu bapa serta hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Sebagi pembuka kata, marilah kitra Bersama-sama mengucapkan syukur kita ke hadrat Allah S.W.T di atas segala limpah kurnia-Nya, segala perancangan dan usaha yang jitu maka Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-31 dapat dilaksanakan pada hari ini.


4 Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir di Mesyuarat Agung PIBG kali ke-31 ini. Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Johor Jaya 1 untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar.


5 Diharapkan semua ibu bapa dan guru menggunakan peluang keemasan ini untuk melontarkan idea-idea yang bernas dalam usaha kita merealisasikan visi dan misi sekolah supaya Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Johor Jaya 1 menjadi sebuah sekolah yang gemilang. Tanpa kesepakatan dan kerjasama yang jitu, amat sukar bagi kita mencapai kejataan yang diharapkan.


6 Pada kesempatan ini, saya bagi pihak warga sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah. Diharapkan semua program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah dengan kerjasama PIBG akan memberikan impak yang positif dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Hasil Kerjasama daripada semua pihak secara berterusan ini, saya yakin abak-anak didik sekolah ini dapat menjadi insan yang cemerlang dan terbilang suatu hari nanti.


7 Akhir kata, semoga Allah memberkati Kerjasama kita dalam menjalankan tanggungjawab mendidik anak-anak kita supaya menjadi insan yang berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah Assalamualaikum w.b.t.


8


Click to View FlipBook Version