The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TEKS UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG MESYUARAT PIBG

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hidayahsamsudin87, 2023-06-23 10:19:20

TEKS UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG MESYUARAT PIBG

TEKS UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG MESYUARAT PIBG

1


2 Terima kasih pengacara majlis. Bismillahhirrahmanirahim. Assalamualaikum w.r.t. dan salam sejahtera. Yang Berusaha, Dr Hjh Muhazian binti Md Noor Pengetua SMK Taman Johor Jaya 1, Barisan Guru Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran Ahli jawatankuasa PIBG, Guru-guru, ibu bapa serta hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian.


3 Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan hidayah-Nya, Mesyuarat Agung PIBG kali ke-31 dapat diadakan dengan jayanya pada hari ini. Terima kasih saya ucapkan kepada ibu bapa yang sudi meluangkan masa hadir ke mesyuarat Agung Tahunan ini.


4 Kehadiran tuan puan sekalian amat dihargai serta besar ertinya sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini. Setinggi-tinggi tahniah juga saya ucapkan kepada warga sekolah kerana berjaya Mesyuarat Agung Tahunan ini dengan cemerlang dan gemilang.


5 Barisan jawatankuasa PIBG akan terus komited untuk membantu pihak sekolah bagi menjayakan program-program yang mampu meningkatkan pencapaian akademik dan disiplin pelajar, sama ada aliran arus perdana mahupun Tingkatan Enam. Kami akan menggembleng tenaga dan berusaha untuk membantu pihak sekolah menyediakan segala kemudahan dan prasarana yang diperlukan.


6 Saya percaya, sumbangan PIBG dari segi material dan sokongan moral merupakan nadi penggerak dalam semua aktiviti pendidikan dan pembangunan prasarana di sekolah. Selain itu, PIBG turut memainkan peranan dalam meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah ini dalam pelbagai bidang.


7 Akhir kata, saya berharap agar ahli jawatankuasa PIBG, ibu bapa, guru-guru dan para pelajar akan terus bersama-sama mengorak Langkah bagi menyemarakkan budaya ilmu dan seterusnya memartabatkan institusi Pendidikan dalam usaha melahirkan generasi madani. Semoga warga SMK Taman Johor Jaya 1 akan terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah, Assalamualaikum w.b.t.


8


Click to View FlipBook Version