KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022 KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH TAHUN 2022 (EDISI DALAM TALIAN) Anjuran: Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022 2 1.0 PENDAHULUAN Bahas ala parlimen merujuk kepada bentuk perbahasan sesuatu usul atau cadangan seperti di Parlimen Malaysia. Dalam membahaskan sesuatu usul, pihak kerajaan yang diketuai oleh Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri dan dibantu oleh dua (2) menteri lain hendaklah membawa usul tersebut dan menterjemahkannya kepada beberapa isu untuk dibahaskan. Seterusnya mereka mengemukakan hujah, fakta dan contoh perihal sebab usul tersebut dikemukakan dan seterusnya dilaksanakan di dalam negara sekiranya mendapat mandat dua per tiga (2/3) Ahli Dewan. Pihak pembangkang yang diketuai oleh Ketua Pembangkang pula akan menterjemahkan usul (melalui persepsi berlainan) dan cuba menghujah, memberi fakta dan contoh bantahan secara bersopan serta menjawab sebab usul tersebut harus ditolak. Setelah sesuatu usul tersebut selesai diperdebatkan barulah Yang Dipertua Dewan (YDP) mendapatkan pengundian. Dalam pertandingan bahas ala parlimen ini pengundian sebenarnya tidak berlaku tetapi keputusannya ditentukan oleh hakim bahas. Keputusan hendaklah diumumkan oleh YDP seperti pengumuman yang dibuat oleh YDP Rakyat. Pertandingan peringkat kebangsaan dijalankan secara sistem Power Match (kaedah Swiss Bracket). Sistem Power Match merupakah satu sistem yang menentukan jadual perlawanan secara automatik yang berdasarkan margin, juri dan markah. Pusingan awal dilaksanakan sebanyak tiga (3) perlawanan. Selepas pusingan awal, lapan (8) pasukan yang mendapat kedudukan tertinggi layak untuk ke peringkat suku akhir, seterusnya separuh akhir dan akhir. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Memperkenalkan satu (1) format perbahasan yang menarik dan mencabar kepada murid-murid sesuai dengan institusi persekolahan sebagai pusat kecemerlangan. 2.2 Melahirkan murid-murid yang bakal menjadi pemimpin yang berani dan berfikiran tajam serta mempunyai kemahiran hujah secara sopan dan spontan. 2.3 Melahirkan murid-murid yang berkemahiran mengutarakan hujah-hujah yang bernas dan teratur.
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022 3 3.0 PELAKSANAAN 3.1 Pertandingan peringkat negeri akan dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Hanya pemenang (johan) peringkat negeri akan bertanding ke peringkat kebangsaan. 3.2 Pertandingan peringkat kebangsaan akan dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama JPN Pengelola yang telah dilantik. 4.0 SYARAT-SYARAT 4.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia di sekolah bantuan kerajaan yang berdaftar dengan KPM sahaja. Penyertaan berbilang kaum amat digalakkan. 4.2 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu melalui pihak sekolah dan mendapat kebenaran daripada ibu bapa. 4.3 Pakaian peserta hendaklah sopan dan sesuai dengan pertandingan. Pakaian seragam sekolah dibenarkan. 4.4 Jumlah murid yang terlibat hendaklah lima (5) orang peserta iaitu tiga (3) orang pembahas utama dan dua (2) orang pembahas simpanan daripada sekolah rendah yang sama. Manakala dua (2) orang guru pembimbing atau jurulatih hendaklah dilantik dalam kalangan guru. 4.5 Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan menyentuh peribadi seseorang adalah dilarang. Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan hadis beserta terjemahan untuk mengukuhkan hujah adalah dilarang sama sekali. 4.6 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu menggunakan borang penyertaan yang disediakan dan dihantar kepada JPN Pengelola mengikut tarikh yang ditetapkan. 5.0 FORMAT 5.1 Usul perbahasan akan diberikan kepada pasukan yang bertanding tiga (3) minggu sebelum pertandingan. Pasukan yang akan mengemukakan usul
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022 4 dikenali sebagai Pasukan Kerajaan akan bertanding dengan Pasukan Pembangkang. 5.2 Pembahas pertama daripada pihak kerajaan akan disebut sebagai Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri, manakala empat (4) orang pembahas dalam pasukan tersebut dikenali sebagai Yang Berhormat (YB) Menteri Kedua, YB Menteri Ketiga, YB Menteri Keempat dan YB Menteri Kelima. Pembahas pertama daripada pihak pembangkang akan disebut sebagai YB Ketua Pembangkang, manakala empat (4) lagi pembahas dalam pasukan tersebut akan disebut sebagai YB Pembangkang Kedua, YB Pembangkang Ketiga, YB Pembangkang Keempat dan YB Pembangkang Kelima. 5.3 Peruntukan masa dan giliran berbahas bagi kedua-dua pasukan adalah seperti yang berikut: Giliran Kerajaan Giliran Pembangkang Masa 1 Pertama 2 Pertama 7 minit 3 Kedua 4 Kedua 7 minit 5 Ketiga 6 Ketiga 7 minit 8 Persediaan Ucapan penggulungan (Pertama/Kedua) 7 Persediaan Ucapan penggulungan (Pertama/Kedua) 3 minit 4 minit 5.4 Pembahas pertama daripada kedua-dua pasukan hanya mengutarakan satu (1) hujah manakala pembahas kedua daripada kedua-dua pasukan akan mengutarakan dua (2) hujah. Pembahas ketiga daripada kedua-dua pasukan tidak mengutarakan hujah baharu. Tugas mereka adalah untuk membidas hujah-hujah pasukan lawan. 5.5 Semasa satu (1) pihak berhujah, ahli pasukan lawan boleh memohon izin laluan. Pembahas boleh menerima atau menolak izin laluan daripada pihak lawan. Pembahas boleh menerima dua (2) izin laluan. 5.6 Selepas semua pembahas berhujah, pembahas pertama atau pembahas kedua daripada kedua-dua pasukan akan memberi ucapan penggulungan dimulai oleh pasukan pembangkang dan diikuti oleh pasukan kerajaan.
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022 5 6.0 TATACARA PERBAHASAN 6.1 Pengendalian 6.1.1 Cabutan undi peranan akan dijalankan di bilik urus setia untuk menentukan pihak kerajaan dan pembangkang sebelum pertandingan. 6.1.2 Pasukan yang terlibat akan dikuarantin di bilik persediaan masingmasing selama tiga puluh (30) minit. 6.1.3 Hanya peserta dibenarkan berada di dalam bilik persediaan. 6.1.4 Bahan cetak sahaja dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik persediaan. 6.1.5 Bilik persediaan yang digunakan oleh peserta untuk sesi kuarantin juga menjadi bilik persidangan. 6.2 Peranan YDP 6.2.1 YDP akan membaca ringkasan peraturan perbahasan dan memperkenalkan penjaga masa, panel hakim dan pembahas. 6.2.2 YDP tidak dibenarkan membuat apa-apa komen dan ulasan tentang usul perbahasan ataupun pembahas yang sedang bertanding. 6.2.3 YDP akan memastikan bahawa hakim telah bersedia sebelum menjemput pembahas untuk berucap. 6.2.4 YDP akan mengumumkan keputusan pertandingan. 6.3 Peranan Penjaga Masa 6.3.1 Penjaga masa hendaklah memastikan bahawa tujuh (7) minit diperuntukkan untuk pembahas berhujah dan empat (4) minit untuk ucapan penggulungan. Masa akan diambil kira dari permulaan pembahas berhujah.
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022 6 6.3.2 Penjaga masa akan membunyikan loceng sekali pada minit kedua menandakan bahawa ruang terbuka kepada pasukan lawan membuat izin laluan. Pada minit keenam loceng akan dibunyikan sekali menandakan masa untuk izin laluan telah tamat. Loceng akan dibunyikan dua (2) kali pada minit ketujuh sebagai tanda bahawa masa untuk pembahas berhujah telah tamat. 6.3.3 Bagi ucapan penggulungan, penjaga masa hendaklah memastikan bahawa kedua-dua pasukan diberi masa tiga (3) minit sebagai masa persediaan sebelum pasukan-pasukan tersebut membuat penggulungan. 6.3.4 Pada minit ketiga masa penggulungan, penjaga masa akan membunyikan loceng amaran dan pada minit empat (4) loceng dibunyikan dua (2) kali menandakan masa telah tamat untuk pembahas. 6.3.5 Penunjuk masa digital akan dipaparkan pada skrin komputer sebagai panduan masa pembahas untuk menyampaikan hujah dan bidasan. 6.3.6 Masa kecederaan (masa tambahan) sebanyak dua (2) minit akan diberikan sekiranya berlaku sebarang gangguan teknikal semasa pertandingan dijalankan. 6.4 Peranan Pembahas Kerajaan Peranan YAB Perdana Menteri i. Memberi definisi atau pentakrifan terhadap usul ii. Menyatakan pendirian iii. Menyatakan strategi dan peranan menteri iv. Mengemukakan satu (1) hujah dan memberi huraian/fakta untuk menyokong usul v. Menegaskan pendirian bagi menyokong usul YB Menteri Kedua i. Menyatakan pendirian sama ada bersetuju menerima atau menolak definisi baharu yang telah diberikan oleh pihak pembangkang ii. Sekiranya ditolak, penegasan tentang definisi yang telah dikemukakan oleh Perdana Menteri perlu diberikan
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022 7 iii. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh Ketua Pembangkang. iv. Mengemukakan dua (2) hujah dan memberi huraian/fakta untuk menyokong usul v. Menegaskan pendirian bagi menyokong usul YB Menteri Ketiga i. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh pembangkang kedua. ii. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh Ketua Pembangkang. iii. Memperkukuh usul yang telah dibawa dan menegaskan pendirian bagi menyokong usul Ucapan penggulungan (Pertama/Kedua) i. Membidas hujah/usul dan fakta-fakta pihak pembangkang dalam membahaskan usul ii. Menggulung perbahasan dan membuat penegasan untuk menyokong usul Pembangkang Peranan YB Ketua Pembangkang i. Menyatakan pendirian sama ada bersetuju menerima atau menolak definisi usul yang telah diberikan oleh pihak kerajaan. ii. Sekiranya ditolak, definisi mengikut takrifan perlu diberikan iii. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh YAB Perdana Menteri. iv. Menyatakan pendirian berhubung dengan usul v. Menyatakan strategi dan peranan pembangkang vi. Mengemukakan satu (1) hujah dan memberi huraian/fakta vii.Menegaskan pendirian YB Pembangkang Kedua i. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh YB Menteri Kedua. ii. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh YAB Perdana Menteri. iii. Mengemukakan dua (2) hujah dan memberi huraian/fakta iv. Menegaskan pendirian
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022 8 YB Pembangkang Ketiga i. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh YB Menteri Ketiga. ii. Membidas hujah yang telah dikemukakan oleh YB Menteri Kedua. iii. Membidas hujah-hujah yang telah dikemukakan oleh YAB Perdana Menteri. iv. Memperkukuh usul berdasarkan fakta-fakta dan menegaskan pendirian Ucapan penggulungan (Pertama/Kedua) i. Membidas hujah/usul dan fakta-fakta serta menyatakan kelemahan/kesilapan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan ii. Menggulung perbahasan dan membuat penegasan 6.5 Izin Laluan 6.5.1 Izin laluan ialah celahan formal yang ditujukan kepada pembahas yang berhujah. Izin laluan boleh dilakukan dalam bentuk soalan, kenyataan, fakta atau ayat-ayat pendek yang berkaitan dengan isi yang sedang diutarakan oleh pembahas. 6.5.2 Tujuan utama izin laluan adalah untuk memberi atau meminta maklumat tentang sesuatu isi yang sedang dibahaskan. Pihak lawan boleh membetulkan fakta yang dianggap telah terpesong. Izin laluan juga boleh digunakan untuk meminta penjelasan dan menyoal pihak lawan. 6.5.3 Masa selama 15 saat sahaja diperuntukkan bagi setiap izin laluan. Izin laluan haruslah padat dan bernas. YDP hendaklah memberi teguran kepada pembahas yang tidak mematuhi perkara ini. 6.5.4 Izin laluan tidak boleh disalahgunakan untuk sengaja mengganggu pihak lawan kerana terdapat etika yang wajib dipatuhi. Markah akan dikurangkan jika melanggar etika ini. 6.5.5 Pasukan lawan hanya dibenarkan memohon izin laluan antara minit ketiga hingga minit ketujuh hujahan pembahas. Izin laluan tidak boleh dilakukan pada dua (2) minit pertama dan minit ketujuh
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022 9 semasa pembahas sedang berhujah. Loceng akan dibunyikan untuk menandakan permulaan dan penutup masa yang ditetap untuk izin laluan. 6.5.6 Tiada izin laluan semasa ucapan penggulungan. 6.5.7 Isyarat-isyarat yang sopan dan hormat seperti mengangkat tangan atau berdiri tegak hendaklah dilakukan semasa memohon izin laluan. Perlakuan yang kasar dan biadap seperti menepuk-nepuk meja atau tangan, memetik jari, melambai-lambai, bersiul, menjerit atau apa-apa sahaja yang sengaja dilakukan untuk mengganggu pihak lawan akan menyebabkan pengurangan markah. 6.5.8 Kata-kata yang diucapkan semasa izin laluan hendaklah halus dan berbudi bahasa serta mencerminkan tatasusila, adab dan budaya yang tinggi. Tingkahlaku seperti menjerit, marah-marah dan mengejek pihak lawan adalah dilarang. 6.5.9 Izin laluan dimohon dengan cara seseorang pembahas berdiri dan menyebut “Izin Laluan”. Pembahas yang sedang berucap tidak dimestikan menerima setiap izin laluan yang ditujukan kepadanya. 6.5.10 Pembahas yang sedang berucap boleh meminta pihak lawannya untuk duduk dengan cara yang hormat, menghabiskan ayatnya dan menerima izin laluan tersebut atau menolak izin laluan. 6.5.11 Pembahas yang memohon izin laluan tetapi tidak diterima oleh pihak lawan tetap akan diberi markah izin laluan. Manakala pemohon yang mohon izin laluan kali ketiga untuk pembahas yang sedang berhujah, perlu bertanya. Jika tidak bertanya dianggap tidak memohon izin laluan. 7.0 ASPEK PEMARKAHAN 7.1 Pembahas Pertama, Kedua dan Ketiga 7.1.1 Isi 30 markah 7.1.2 Strategi 30 markah 7.1.3 Gaya 20 markah 7.1.4 Bahasa 20 markah Jumlah 100 markah x 3
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022 10 7.2 Penggulungan 7.2.1 Isi 15 markah 7.2.2 Strategi 15 markah 7.2.3 Gaya 10 markah 7.2.4 Bahasa 10 markah Jumlah 50 markah 8.0 PENGHAKIMAN 8.1 Peringkat negeri akan dinilai oleh tiga (3) orang hakim termasuk ketua hakim. Manakala peringkat kebangsaan akan dinilai oleh lima (5) orang hakim termasuk ketua hakim 8.2 Setiap hakim akan menilai pertandingan secara keseluruhan. 8.3 Keputusan rasmi dibuat secara sistem juri. 8.4 Hakim mesti mematuhi peraturan pertandingan yang terdapat dalam kertas konsep KPM. 8.5 Keputusan panel hakim adalah muktamad. 9.0 HADIAH PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN Pemenang akan mendapat pengiktirafan seperti berikut: Johan : Trofi, sijil pencapaian dan sijil penyertaan Naib Johan : Trofi, sijil pencapaian dan sijil penyertaan Tempat Ketiga : Trofi, sijil pencapaian dan sijil penyertaan Tempat Keempat : Trofi, sijil pencapaian dan sijil penyertaan Tempat Kelima : Trofi, sijil pencapaian dan sijil penyertaan 10.0 TINDAKAN Pihak KPM berhak membatalkan penyertaan yang melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam kertas konsep.
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022 11 11.0 HAK MILIK VIDEO Pihak KPM berhak menyiarkan rakaman video pertandingan dalam sebarang pelantar bagi tujuan hebahan atau pendidikan. 12.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Kertas konsep ini sah untuk tahun 2022 sehingga makluman atau semakan lanjut daripada pihak KPM dan boleh digunakan di semua peringkat untuk pertandingan yang dianjurkan oleh KPM. Pertandingan ini tertakluk pada peraturan di atas sahaja. Penggunaan atau penyesuaian oleh mana-mana entiti di luar kementerian memerlukan kebenaran terlebih dahulu. Hak cipta terpelihara KPM.
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022 12 BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022 A. MAKLUMAT PESERTA Gambar peserta Nama peserta : No. kad pengenalan : Tarikh lahir : Umur: Jantina : Bangsa: No. telefon bimbit : E-mel : Alamat surat-menyurat : Nama dan alamat sekolah : Tahap : Tajuk : Pautan video : B. MAKLUMAT GURU PEMBIMBING Nama guru pembimbing : No. telefon bimbit : E-mel : C. PENGESAHAN GURU BESAR Dengan ini disahkan bahawa maklumat dia atas adalah benar. Tandatangan guru besar : Cap sekolah : No. telefon :
KERTAS1CADANGAN PELAN LANTAI BILIK PERSIDANGAN
S KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022 13
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022 14 BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH TAHUN 2022 (EDISI DALAM TALIAN) Anjuran: Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022 15 KEPUTUSAN PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN USUL: ……………………………………………………………………………. ……………………………………………………………………………. ANTARA KERAJAAN PEMBANGKANG *** USUL DITERIMA / DITOLAK *** *** PEMENANG : KERAJAAN / PEMBANGKANG *** SEKOLAH : ……………………………………………………………………. PEMBAHAS TERBAIK : ……………………………………………………………………. PASUKAN : KERAJAAN / PEMBANGKANG PENGESAHAN OLEH HAKIM ……………………………………… TARIKH: ……………………... ( )
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022 16 KEPUTUSAN RASMI PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN BORANG RUMUSAN KEPUTUSAN USUL : ……………………………………………………………………………. …………………………………………………………………………….. HAKIM KERAJAAN NEGERI: PEMBANGKANG NEGERI: 1 2 3 4 5 MAJORITI : …………………….. / ………………………… HAKIM NAMA PENUH TANDATANGAN 1 2 3 4 5
KEPERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PABORANG PEMARKUSUL : _________________________________BILIK PERSIDANGAN : _________________________________Markah perlu diisi seperti yang telah dicadangkan untuk mengel(Cadangan markah di bawah jika menggunakan sistem power mKERAJAAN ISI (30 markah) Sederhana: 23 Baik: 24 Cemerlang: 25 STRATEGI (30 markah) Sederhana: 23 Baik: 24 YAB PERDANA MENTERI YB MENTERI KEDUA YB MENTERI KETIGA ISI (15 markah) Sederhana: 12 Baik: 13 STRATEGI (15 markah) Sederhana: 4 Baik: 5 PENGGULUNGAN
RTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022 17 ARLIMEN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN KAHAN (KERAJAAN) ____________________________________________________ ________ lak margin yang tidak sepatutnya match dan tertakluk kepada perubahan semasa) GAYA (20 markah) Sederhana: 18 Baik: 19 BAHASA (20 markah) Sederhana: 18 Baik: 19 JUMLAH (100 markah) GAYA (10 markah) Sederhana: 4 Baik: 5 BAHASA (10 markah) Sederhana: 4 Baik: 5 JUMLAH (50 markah)
KEPanduan Permarkahan Kerajaan ISI YB PERDANA MENTERI Definisi (ada/tiada) Pendirian pasukan (ada/tiada) Penyataan peranan (ada/tiada) Hujah 1 (Baik/Sederhana/Lemah) YB MENTERI KEDUA Definisi Setuju@terima (ada/tiada) Bidas KP (ada/tiada) Hujah 2 (Baik/Sederhana/Lemah)Hujah 3 (Baik/Sederhana/Lemah)STRATEGI Struktur/ Tempoh/ Masa (Baik/Sederhana/Lemah) Struktur/ Tempoh/ Masa (Baik/Sederhana/Lemah)GAYA Penyampaian/ Bahasa Badan/ Membaca/ Sebutan (Baik/Sederhana/Lemah) Penyampaian/ Bahasa Badan/ Membaca/ Sebuta(Baik/Sederhana/Lemah)BAHASA Gaya Bahasa/ Struktur Ayat/ Tatabahasa (Baik/Sederhana/Lemah) Gaya Bahasa/ Struktur ATatabahasa (Baik/Sederhana/Lemah)GULUNG Rumusan Hujah Bidasan Hujah
RTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022 18 ) ) YB MENTERI KETIGA Bidas Pembangkang Kedua / Hujah 3 (Baik/Sederhana/Lemah) Bidas Pembangkang Kedua / Hujah 2 (Baik/Sederhana/Lemah) Bidas Ketua Pembangkang / Hujah 1 (Baik/Sederhana/Lemah) Penegasan Hujah (ada/tiada) ) Struktur/ Tempoh/ Masa (Baik/Sederhana/Lemah) an ) Penyampaian/ Bahasa Badan/ Membaca/ Sebutan (Baik/Sederhana/Lemah) Ayat/ ) Gaya Bahasa/ Struktur Ayat/ Tatabahasa (Baik/Sederhana/Lemah)
KEPERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PABORANG PEMARKAHUSUL : _________________________________BILIK PERSIDANGAN : _________________________________Markah perlu diisi seperti yang telah dicadangkan untuk mengel(Cadangan markah di bawah jika menggunakan sistem power mPEMBANGKANG ISI (30 markah) Sederhana: 23 Baik: 24 Cemerlang: 25 STRATEGI (30 markah) Sederhana: 23 Baik: 24 YB KETUA PEMBANGKANG YB PEMBANGKANG KEDUA YB PEMBANGKANG KETIGA ISI (15 markah) Sederhana: 12 Baik: 13 STRATEGI (15 markah) Sederhana: 4 Baik: 5 PENGGULUNGAN
RTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022 19 ARLIMEN SEKOLAH RENDAH PERINGKAT KEBANGSAAN HAN (PEMBANGKANG) ____________________________________________________ ________ lak margin yang tidak sepatutnya match dan tertakluk kepada perubahan semasa) GAYA (20 markah) Sederhana: 18 Baik: 19 BAHASA (20 markah) Sederhana: 18 Baik: 19 JUMLAH (100 markah) GAYA (10 markah) Sederhana: 4 Baik: 5 BAHASA (10 markah) Sederhana: 4 Baik: 5 JUMLAH (50 markah)
KEPanduan Permarkahan Pembangkang ISI YB KETUA PEMBANGKANG Definisi Sendiri@Tolak (ada/tiada) Bidasan PM (ada/tiada) Penyataan Peranan (ada/tiada) Penyataan peranan (ada/tiada) Hujah 1 (Baik/Sederhana/Lemah) YB PEMBANGKANG KEBidas Menteri Ke-2 (2Huj(ada/tiada) Bidas PM (ada/tiada) Hujah 2 (Baik/Sederhana/Lemah)Hujah 3 (Baik/Sederhana/Lemah)STRATEGI Struktur/ Tempoh/ Masa (Baik/Sederhana/Lemah) Struktur/ Tempoh/ Masa (Baik/Sederhana/Lemah)GAYA Penyampaian/ Bahasa Badan/ Membaca/ Sebutan (Baik/Sederhana/Lemah) Penyampaian/ Bahasa BaMembaca/ Sebutan (Baik/Sederhana/Lemah)BAHASA Gaya Bahasa/ Struktur Ayat/ Tatabahasa (Baik/Sederhana/Lemah) Gaya Bahasa/ Struktur ATatabahasa (Baik/Sederhana/Lemah)GULUNG Rumusan Hujah Bidasan Hujah
RTAS KONSEP PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SEKOLAH RENDAH 2022 20 EDUA jah) ) ) YB PEMBANGKANG KETIGA Bidas Pembangkang Ketiga (Baik/Sederhana/Lemah Bidas Pembangkang Kedua / Hujah 3 (Baik/Sederhana/Lemah) Bidas Pembangkang Kedua / Hujah 2 (Baik/Sederhana/Lemah) Bidas Ketua Pembangkang / Hujah 1 (Baik/Sederhana/Lemah) Penegasan Hujah (ada/tiada) ) Struktur/ Tempoh/ Masa (Baik/Sederhana/Lemah) adan/ ) Penyampaian/ Bahasa Badan/ Membaca/ Sebutan (Baik/Sederhana/Lemah) Ayat/ ) Gaya Bahasa/ Struktur Ayat/ Tatabahasa (Baik/Sederhana/Lemah)
21