SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI • Penulis perlu memulakan surat dengan bertanyakan khabar dan menceritakan keadaan kesihatan penulis. • Jika surat tersebut bertujuan membalas surat yang dihantar sebelum ini, nyatakan anda sudah membaca surat tersebut dan mengucapkan terima kasih atas surat yang diterima. • Gunakan panggilan yang sesuai dan jangan gunakan panggilan yang kasar. • Akhiri surat dengan memberikan salam, penghargaan, terima kasih dan keinginan untuk berutus surat lagi. • Berikut adalah senarai kata ganti nama yang biasa diletakkan dalam penulisan surat ini: 1. Ayah- Ayahanda 2. Ibu- Ibunda/ bonda 3. Datuk/Nenek- Nenda 4. Anak- Anakanda 5. Abang/Kakak- Kakanda 6. Adik- Adinda 7. Cucu- Cucunda 8. Rakan Lelaki- Saudara 9. Rakan Perempuan- Saudari Isi kandungan surat ini mengandungi beberapa tujuan iaitu: 1. Bertanya khabar 2. Mengucapkan tahniah 3. Mengucapkan takziah 4. Memberi jemputan undangan 5. Menyampaikan ucapan atau nasihat
Format Penulisan Terdapat beberapa format surat ini yang perlu diambil perhatian seperti: 1. Alamat Pengirim Alamat pengirim perlulah ditulis di bahagian atas sebelah kanan surat. 2. Tarikh Tarikh perlulah ditulis di bawah alamamat pengirim dan diletakkan tanda noktah di hujungnya. 3. Pembuka kata Pembuka kata ditulis selang satu baris dari tarikh dan ditulis pada perenggan pertama surat. 4. Kata Ganti Nama Penerima Kata ganti nama penerima perlu ditulis di sebelah kiri bahagian tepi surat. 5. Isi Isi yang ditulis perlulah menerangkan tujuan penulisan surat dan dibahagikan kepada beberapa perenggan. 6. Penutup Penutup perlu ditulis pada perenggan paling akhir dengan tujuan untuk mengakhiri surat tersebut. 7. Tanda Tangan Tandatangan di tulis di sebelah kanan bahagian bawah surat sebagai untuk menunjukkan pengesahan dan identiti penulis.
CONTOH SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI