The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurin adriana, 2023-05-16 03:18:22

Penyalahgunaan Dadah Dalam Kalangan Pelajar IPT

E-FOLIO MPU23012 PENGAJIAN ISLAM

MAJALAH PENDIDIKAN GLOBAL VOL.12/MEI2023 PENYALAHGUNAAN DADAH MPU23012/SESI2:2022/2023 PENGAJIAN ISLAM HANYUTDILAUTAN AKAN SAMPAI KETEPIAN, HANYUTDALAM KEHIDUPAN HANYA KEINSAFAN DAPAT MENYEDARKAN G-DINAMIK Harga:RM12.00(SM)RM15.00(SS) DADAH PENGHANCUR KEBAHAGIAAN AKU ANAK YATIM "KU BERDOA PADA-MU, YA ALLAH" RINTIHAN SEORANG IBU SEPERTI RUSA MASUK KAMPUNG PERANGI DADAH HABIS-HABISAN


I S I K A N D U N G A N "Ku berdoa pada-Mu, ya Allah" Institusi : Politeknik Port Dickson KM 14, Jalan Pantai Penerbit : Politeknik Port Dickson INFOGRAFIK Jenis-jenis dadah 15 Dadah penghancur kebahagiaan Rintihan seorang ibu Aku anak yatim Seperti rusa masuk kampung INFOGRAFIK Apa itu dadah? 2 5 8 10 12 14 INFOGRAFIK Faktor-Faktor penyalahgunaan dadah dalam kalangan pelajar IPT 15 INFOGRAFIK Kesan penyalahgunaan dadah 18 INFOGRAFIK Cara mengatasi penyalahgunaan dadah 19


SIDANG REDAKSI MAJALAH Prakata pensyarah Majalah G-Dinamik merupakan satu platform yang disediakan kepada para pelajar dalam melaksanakan tugasan e-folio bagi Kursus Pengajian Islam (MPU23012). Tugasan ini telah mengetengahkan konsep penulisan kreatif dan santai bertemakan isuisu dan cabaran semasa dalam masyarakat & institusi global. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pelajar bagi pengajian sesi 2 2022/2023 yang telah memberikan komitmen padu dan kesungguhan dalam menjayakan penulisan ini sehingga terhasilnya e-majalah ini untuk dimanfaatkan kepada seluruh masyarakat di luar sana. Harapan saya semoga mesej yang disampaikan secara santai ini dapat memberi kefahaman dan kesedaran kepada pembaca tentang cabaran global dunia Islam masa kini. Semoga usaha murni ini menjadi suntikan semangat kepada para pelajar untuk menyumbang idea dan pandangan secara kreatif dalam merealisasiakan matlamat kerajaan membentuk Agenda Malaysia Madani melalui platform pendidikan. Sekian, terima kasih. NURIN ADRIANA BINTI KHAIRUL AZLAN ( 06DAT22F1028 ) NUR ALISHA HUMAIRA BINTI MOHAMAD RIZAL ( 06DAT22F1034 ) SURAYA BINTI OMAR ( 06DAT22F1080 ) WAN SITI NUR ATIKAH BINTI WAN YUSOF ( 06DAT22F1062 ) NURAIN SOFEA BINTI ABDUL AZIZ ( 06DAT22F1015 ) PENYUNTING PEREKA GRAFIK EDITOR


Untuk memberhentikan agar gejala perosak negara ini tidak berleluasa kerajaan dan rakyat harus bekerjasama untuk mencari inisiatif yang berkesan. Inisiatif kerajan dapat lakukan untuk memerangi dadah ini dengan memperketatkqn undang-undang dan menjalankan dasar baru anti dadah. Hal ini dapat mengurangkan bilangan penagih dadah yang ada di negara kita. Dasar anti dadah perlu disertai oleh rakyat untuk menjayakan dasar tersebut sekali gus melahirkan generasi bebas dadah. Jadi salah satunya untuk memerangi dadah dengan menerusi cerpen yang dapat memberi impak kepada pembaca untuk menjauhi dadah. Bukan setakat itu sahaja ia juga dapat mencungkil bakat rakyat dalam penulisan cerpen. Penulisan ini ditulis adalah bertujuan untuk memberi kefahaman dan kesedaran kepada masyarakat berkaitan isi penagihan dadah yang semakin serius di negara ini. Ini juga dapat memberi kesedaran kepada anak-anak muda yang mudah terpengaruh dengan dunia luar.. Objektif penulisan majalah dilakukan untuk menyedarkan bahawa dadah itu adalah perosak generasi muda. Hal ini dikatakan demikian kerana golongan belia dan remaja merupakan penyumbang terbesar dalam statistik penyalahgunaan dadah. Perkaran perlu dibendung kerana ia akan merosakkan negara dan generasi akan datang. Dadah ini pada mulanya merupakan perubatan yang berkesan,namun dengan adanya individu yang ingin merasakan keseronokan dan kepuasan sehingga menyalahgunakan dadah. Bukan sahaja di negara Malaysia mempunyai masalah penyalahgunaan dadah akan tetapi ai berlaku dia seluruh negara. 1


PENULIS: NURIN ADRIANA BINTI KHAIRUL AZLAN DADAH PENGHANCUR KEBAHAGIAAN Saat ini aku sangat menyesal kerana akan benda yang haram itu aku dihumban kesini.Aku terlalu rindu akan keluargaku, namun apakan daya hanya gambar menjadi pengubat rindu ku buat keluarga. Keluarga ku tidak datang melawat aku disini kerana malu akan perbuatan aku. Aku faham perasaan kedua-dua orang tua ku kerana kesalahan ku, aku dimasukkan ke penjara ini. Aku rindu bermain bersama adik ku yang bernama Aaira. Setiap petang kami akan selalu berlumba basikal keliling taman perumahan dan selalu mengalah dengan adikku kerana gembira melihat dia teruja dapat mengalahkan aku. Namun dengan dadah itu aku tidak lagi dapat merasa kenangan-kenangan itu lagi. Aku mendapat tawaran sambung belajar di ipt. Aku berasa gembira kerana aku dipilih untuk menyambung pelajaran ku di ipt tersebut. Yang paling membuatkan aku sedih apabila aku terikut pengaruh rakan sekelas aku bila aku baru melangkah ke menara gading. Pada mulanya, rakan aku itu baik dan tidak ada yang pelik mengenainya dan kelakuannya di sekolah juga baik. Jadi aku suka berkawan dengannya kerana tingkah lakunya dipuji oleh pensyarah serta rakanrakan yang lain. Akan tetapi dia selalu akan hilang dirinya ketika waktu malam. Setiap kali aku ingin mengajaknya keluar makan mesti akan ada alasan yang diberi. Aku menjadi risau kepadanya dan aku pergi rumahnya untuk melihat sendiri apakah betul alasan yang diberinya. Setelah sampai di depan rumahnya, aku tidak selesa kerana keadaan rumahnya yang begitu kotor dan tunggang terbalik segala perabot dirumahnya. Aku tidak ingin melengahkan masa terus aku mengetuk pintu rumahnya tetapi tiada seorang pun yang membukanya. Aku mendapati bahawa pintu itu tidak berkunci lalu aku masuk ke rumahnya. Aku sangat terkejut dengan apa yang aku nampak.Dia tengah menghisap dadah dalam kuantiti yang banyak. 2


Dia menyedari kehadiran aku,apabila aku tercengang di pintu, lalu dia mengajak aku untuk turut mengikutnya menghisap dadah. Aku menolak keras apabila diajak namun dengan segala rayuannya untuk aku turut mengikutnya,aku pun terikut. Aku pun cuba menghisap dadah dengan cara yang ditunjukkan oleh rakanku itu. Apabila menghisap aku berasa berada di awan-awangan begitu seronok rasanya selepas dicuba banyak kali. Pada permulaannya aku berasa pelik kerana tidak tau apa rasa yang tengah dihadapi itu. Ternyata ini lah yang membuat ku rasa seronok yang tak pernah aku rasakan.Setelah kejadian itu,aku menjadi ketagih akan dadah.Setiap hari aku datang ke rumahnya untuk menghisap dadah.Akan tetapi keseronokan itu tak bertahan lama,Aku dan rakan aku tiada duit untuk membeli dadah.Aku cuba untuk mencari duit.Aku hampir lupa akan duit yang dikirim ibu bapa ku setiap minggu untuk belanja di tempat pengajian aku.Aku terus menggunakan semua duit itu untuk membeli dadah. Hari demi hari berlalu aku menjadi lebih ketagih dengan pengambilan dadah setiap hari dan semakin bertambah modal. Aku menghadapi kekangan duit untuk membeli dadah lagi. Aku perlu memikirkan cara untuk mendapat kan duit lagi. Muncul idea aku untuk mendapatkan duit dengan menipu kedua ibu bapa aku dengan memberitahu setiap minggu aku akan ada buku yang harus dibeli. Pada awalnya ibu bapa aku percaya. Tetapi lama- kelamaan ibu aku mula pelik lalu terus menghubungi pensyarah aku untuk memastikan buku yang ingin aku beli. Ibuku memarahi ku kerana menipu,jadi aku pun memberitahu aku keluar dengan rakan-rakan dan memerlukan duit tambahan untuk berseronok. Ibu bapa ku marah akan tindakan aku yang menipu mereka. Duit aku dipotong setiap minggu membuat aku rasa baran kerana tidak mendapat dadah yang menjadi rutin harian ketika waktu malam dan aku mula mencadangkan untuk mencuri duit rakan sekelas untuk membeli dadah. Untuk beberapa kali aku mencuri berjaya lepas kerana aku mencuri sendikit demi sedikit. 3


Selepas itu,rakan sekelas aku mula heran kerana duitnya hilang dalam kuantiti yang banyak. Dia pun terus memberitahu akan kehilangan duitnya kepada penasihat akedemik. Keesokkan harinya,kelas itu diadakan pemeriksaan secara keseluruhan untuk mencari pencuri itu. Aku mula takut kerana risau akan terkantoi. Sewaktu pemerikasaan dilakukan pengawas tersebut menjumpai dadah dalam beg rakan aku serta duit yang banyak. Dia terus dibawa berjumpa polis kerana dadah tersebut merupakan jenayah besar. Aku terlepas dari tangkapan itu. Tidak lama kemudian aku dipanggil ke balai polis kerana rakan aku memberitahu polis aku turut sertai dalam jenayah dadah. Ibu bapa aku dihubungi langsung apabila mendapati ujian air kencing aku positif dadah. Ibu bapa aku sampai dalam keadaan marah. Sampai sahaja mereka di balai polis, bapa aku terus lempang aku kerana aku terlibat dalam jenayah yang dipandang hina oleh masyarakat. Aku dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun kerana terlibat dalam jenayah dadah. Aku menerima hukuman tersebut dengan sepenuh hati kerana memang salah aku. Aku rindu segala kebahagian aku bersama keluarga. Aku sangat menyesal kerana terlibat dengan jenayah dadah. Kerana dadah aku hilang segalanya. Aku tekad akan berubah selepas hukuman aku tamat. Aku juga tekad untuk memilih rakan dengan berhati-hati. Oleh itu,kita sebagai Umat Islam perlulah mengelak dari melakukan jenayah salah satunya dadah kerana jenayah dapat merosakkan jati diri seseorang. 4


"Ku berdoa pada-Mu, ya Allah" Penulis : Suraya Omar Aku dibesarkan di dalam keluarga yang dikurnia Allah SWT. Sejak kecil aku di didik oleh ibu bapaku dengan ilmu agama yang cukup agar sentiasa dikurnia-Nya. Oleh kerana aku anak tunggal, ibu bapaku menatangku bagai minyak yang penuh. Mereka memastikan keperluan aku sentiasa dipenuhi dari segi agama, kesihatan, fizikal dan mental. Aku bersyukur kepada Allah SWT kerana memberiku peluang untuk merasai kasih sayang ibu bapa yang tidak semua mempunyainya. Namun begitu, kenapa sejak kebelakangan ni mereka berkelakuan aneh? Aku mula perasan sejak aku dapat melanjutkan pelajaran di peringkat IPT, ibu bapaku seperti tidak menghiraukan aku. Adakah sebab aku pernah meninggalkan mereka untuk merasai hidup di asrama? Tapi, aku hanya tinggal di asrama untuk dua semester kerana aku ingin memastikan keperluan mereka terjaga seperti mana mereka pernah menjaga aku dulu. Jadi, aku pilih untuk tinggal semula dengan mereka mulai cuti akhir semester dua. Namun, apa yang aku temui ketika memasuki rumah mereka amat menghancuri hatiku. Dikelilingi ibu bapaku di dalam bilik mereka adalah dadah. Heroin, morfin, ganja. "Astaghfirullah hal adzim, Umi! Abah! Apa semua ni?!" Aku teriak, tidak mempercayai apa yang aku lihat dengan mataku sendiri. Umi memandangku dengan senyuman, masih dalam keadaan khayal. "Anak kesayangan umi dah balik..!" Aku bergegas ke arah mereka. Dengan berhati-hati, aku tolak semua dadah tu ke tepi. Aku papah kedua ibu bapaku ke atas katil dan keluar dari bilik mereka untuk mencari plastik sampah. "Macam mana aku nak buang najis-najis ni? Macam mana kalau ada jiran yang nampak aku buang benda ni dan report ke polis? Aku tak boleh biar umi dan abah masuk penjara. Aku kena tolong mereka." Selepas memastikan kedua tanganku tidak terdedah kepada dadah tersebut dengan menyarungkan sarung tangan, aku memasukkan dadah tersebut ke dalam satu beg plastik dan ikatnya dengan ketat. Aku menyelitkan beg plastik tersebut ke dalam ruang siling rumahku. Kemudian, aku bergegas membersihkan diri. Perasaan jijik kerana telah menyentuh najis tersebut tidak meninggalkan aku. Menjelang waktu isyak, ibu bapaku akhirnya menyedarkan diri. "Iqram, bila masa kamu sampai rumah? Abah tak perasan pun?" Abah bertanya kepadaku. Aku menatap muka mereka dengan penuh kekecawaan dan kesedihan. "Umi, abah, masa Iqram sampai rumah, pintu depan tak berkunci. Jadi Iqram masuklah ke dalam. Tapi apa yang Iqram nampak membuatkan Iqram berasa amat jijik, kecewa, sedih dan marah." Aku lihat perubahan ibu bapaku mula berubah. Mereka mengelak bertentangan mata denganku. "Kenapa umi dengan abah sentuh najis tu?" Namun, pertanyaanku hanya dijawab kesunyian. 5


"Ku berdoa pada-Mu, ya Allah. Peliharalah ibu bapaku daripada perkara haram. Kau berikanlah hidayah kepada mereka agar mereka jauhi najis tu." Setelah selesai solat tahajjud, aku ke dapur untuk melegakan kehausanku. Sebaik sahaja aku lalu melepasi bilik ibu bapaku, aku ternampak pintu bilik mereka terbuka hanya segelintir. Aku melihat ibu bapaku dalam keadaan khayal. "Ya Allah, Umi! Abah! Kenapa ambil lagi benda haram ni?!" Dengan segera aku menepis jarum yang mendekati tangan abahku. "Iqram dah buang semua benda ni. Mana umi dengan abah dapat lagi?" Abah dengan lemahnya menarikku ke arahnya. "Iqram tak nak ke rasa sikit benda ni? Abah rasa tenang sangat lepas ambil ni." Aku dengan perlahan menarik balik tanganku dari genggamannya. Aku menolehkan kepalaku ke arah umiku. Di dalam genggaman tangannya mempunya pil depresen yang aku tahu pengambilannya berlebihan. "Umi, janganlah ambil lagi pil-pil ni. Umi tahu tak bahayanya kalau ambil berlebihan?" Aku menarik tangan umiku dan mengambil pil-pil tersebut. Dengan cepat, aku memasukkan semua dadah yang berada dengan mereka ke dalam plastik dan bergegas keluar dari bilik mereka. "Ya Allah, kau kuatkanlah hamba-Mu yang lemah ini. Kau berikanlah juga kekuatan kepada umi dan abahku untuk berpaling kepada-Mu ketika dalam kesusahan, ya Allah." Setiap hari aku berdoa kepada-Nya tanpa rasa lelah. Namun, aku merasakan seperti tiada perubahan. Aku mulai merasakan keraguan terhadap-Nya. "Astaghfirullah hal adzim, kenapa aku berfikiran macam ni? Ya Allah, kuatkanlah imanku." Hari demi hari, doaku seperti tidak dijawab-Nya. Kenapa, ya Allah? Kenapa kau tak menjawab doaku? Adakah Kau berasa jijik denganku? Adakah aku tidak cukup sempurna di matamu? Ya Allah, berikanlah aku petujuk. Walaupun aku mempunyai keraguan, aku tetap kuatkan hati untuk sentiasa berdoa kepada-Nya. Sampai suatu hari selepas solat subuh, aku terbau aroma yang sedap. "Eh, ni macam bau sambal petai yang umi selalu masak dulu." Aku berbisik kepada diriku. Apabila ku memasuki dapur, aku melihat umiku menghidangkan sambal petai di atas meja makan. "Iqram, jom kita sarapan sekali." Umi pelawaku dengan senyuman yang amat aku merindui. Di hujung meja terduduk abah yang sedang membaca surat khabar. Buat pertama kali sejak aku pulang ke rumah, aku berasa sangat gembira. Tanpa ku sedari, air mataku mengalir di pipi. "Ya Allah, Iqram, kenapa menangis ni, nak?" Umi dengan segera berdiri di depan ku untuk mengesat air mataku yang jatuh. Namun, senyuman yang menghiasi wajahku tidak hilang. "Alhamdulillah, akhirnya Kau menjawab juga doa hambamu ini, ya Allah." Beban berat di hatiku akhirnya terangkat. "Malulah anak lelaki abah yang dah besar ni menangis." Abah kata dengan senyuman bergurau. Aku hanya tergalak dan menarik umiku ke meja makan untuk bersarapan bersama. Sejak itu, kami selalu makan di rumah sahaja. Aku tidak lagi nampak mereka menyentuh najis itu lagi. Hidupku makin ceria. Suatu malam, aku terbangun dari tidur dengan perasaan resah. Aku mengidamkan masakan umiku. Aku bangun dan pergi ke dapur dan aku ternampak umiku berdiri di depan peti sejuk. Dia toleh ke arahku, "Iqram, ke dapur nak air ke tu?" umi bertanya. Aku menggelengkan kepala, "Iqram mengidam masakan umi." Umi tersenyum dan bertanya kepadaku apa yang aku mengidamkan kerana dia ingin memasakkan untukku. Selepas mendapat jawapan dariku, dia terus memasak. Aku duduk di meja makan, tapi perasaan resah tidak hilang. Sebaik sahaja umi meletakkan makanan di depanku, aku terus manjamu selera. Umi tertawa kecil, "sedap sangat ke masakan umi sampai Iqram lupa nak baca doa?" umi bertanya. Aku hanya menganggukkan kepala, mulut penuh dengan makanan. "Iqram tahu apa yang buatkan masakan umi sedap?", ditanya umi. "Apa?", aku bertanya balik. Jawapan yang diberinya dengan senyuman yang sinis membuatkan aku terkedu. "Setiap kali umi masak, umi masukkan sedikit serbuk pil depresen yang umi dah hancurkan. Sebab tu setiap kali Iqram makan, Iqram rasa tenang, kan?" Walaupun aku dengar dan sedar apa yang umi katakan, tanganku tak berhenti memasukkan makanan ke dalam mulutku. Tanpa ku sedari, aku akhirnya jatuh kepada godaan syaitan yang berbisik kepadaku "makanlah lagi. Kau dah lama tak makan masakan umi kau." 6


Sudah berapa lama aku duduk di rumah ni? Kenapa aku nampak seperti ada bayangan orang ramai di dalam rumahku? Kenapa umi dan abah diam sahaja? Terlalu khayal dengan dadah, aku tak sedar semester ketiga sudah mula dan rakan-rakanku mencuba sedaya upaya untuk menghubungiku. Namun, aku tidak menghiraukan mereka, malah mengikut ibu bapaku melakukan perbuatan haram ni. Disebabkan pengambilan dadah yang aku ambil terlalu banyak, aku akhirnya pengsan. Sebaik sahaja aku sedar dari pengsan, aku dibaringkan atas katil hospital dengan satu tanganku bergari. Di sebelahku terduduk rakan kolejku. Dia bangun dan panggil seorang doktor yang menuju ke arahku berdampingi seorang polis. "Iqram Muhkriz bin Yahya, awak perlu ikut kami ke balai atas kesalahan bersepakat dan penyalahgunaan dadah."Aku hanya mampu melihat polis itu dengan perasaan terkedu. "Macam mana pula dengan umi dan abah saya?" Aku bertanya sambil melihat reaksi muka rakanku, doktor dan polis tersebut. Doktor tersebut mengambil langkah ke hadapan, mendekatiku,"semasa kawan awak ni telefon ambulans, ibu bapa awak didapati sudah meninggal dunia. Kami syak ia disebabkan oleh overdose of drugs." Apabila aku dengar berita tersebut, aku merasakan bertapa hancurnya hatiku. Aku lalai, ya Allah. Aku biarkan ibu bapaku dibelai bisikan syaitan. Sekarang aku sudah kehilangan mereka berdua dan hidupku sudah musnah. Aku menerima hukuman dipenjarakan selama 10 tahun. Namun, aku sudah kehilangan semua benda dalam hidupku. Tiada orang yang menanti ketibaanku di rumah, tiada kawan untukku meluahkan perasaan, tiada panggilan namaku dengan penuh kasih sayang oleh umi dan abah. 10 tahun tu seolah-olah tiada apa-apa bagiku. Di sini aku bersujut lagi, "aku berdoa pada-Mu, ya Allah." TAMAT 7


“Good Morning adik jom sarapan dulu” Ajak si ibu iaitu Puan Laili. Adli mengambil keputusan untuk menetap bersama ibunya kerana jarak di antara rumahnya dan Universiti sangat dekat. Lagipun mereka hanya tinggal berdua semenjak ayahnya meninggal dunia dalam kemalangan 7 tahun lalu. Ibunya lah yang telah menjadi pembakar semangat untuk dia terus semangat belajar demi menggenggam segulung ijazah. Dia sangat mengidolakan ibunya. Baginya, ibunya ada lah seorang hero dalam hidupnya semenjak bapanya meninggalkannya. Tibanya Universiti, Adli terus ke kelasnya untuk meneruskan pembelajaran seperti biasa. Tiba sahaja di kelas, dia di sapa oleh rakan sekelasnya iaitu Azim. Azim merupakan pelajar bermasalah. Dia selalu membuat onar seperti ponteng kelas, meniru semasa peperiksaan dan tidak menyiapkan kerja kursus mengikut waktu yang di tetapkan. “Adli! aku tengok kau ni stress semacam je. Tau la setiap tahun kau dekan tapi jangan la stress je” Kata Azim sambil tesengih. “Eh aku okay je la takde pun stress sangat pun” Kata Adli yang kurang senang dengan tegurau Azim. “Aku ada satu tips nak bagi kau tak stress tapi kita kita je la ye kau jangan bagitau sesiapa pula” “Takpe la Azim. aku okay je” “Kau try je dulu tips aku ni. Kalau kau tak boleh terima lepas tu kau takyah la ikut dah” Azim masih cuba menghasut Adli. Adli berfikir sejenak. “Ha apa tipsnya?” Azim mula berbisik ke Adli. _____________________________________________________________________________________________ Seminggu berlalu Adli semakin ketagih dengan kegiatannya untuk mengambil dadah setelah dihasut oleh rakan sekelasnya, Azim. Dia tidak berasa tenang jika tidak mengambil barang terlarang itu. Sehinggalah..... “Azim, bagi aku barang tu aku nak sekarang! Cepatlah!” jerkah Adli sambil menggigil. Mereka bertemu di tempat terpencil di dalam Univerisiti mereka “bagi aku duit dulu la. Takde benda percuma dekat dunia ni” Azim tertawa dan terus belalu pergi. selepas habis kelas Adli balik ke rumah dengan menggigil. “Adik, ni ibu nak cakap sikit ni. Kenapa sejak akhir-akhir ni ibu perasan adik dah lain? Adik kurang tidur ye? Adik tak cukup rehat? Mata adik merah teruk.” RINTIHAN SEORANGIBU PENULIS: NUR ALISHA HUMAIRA BINTI MOHAMAD RIZAL Jam menunjukkan jam 6 pagi. Adli mengeliat kecil dan terus bangun ke tandas untuk mandi dan solat. Selepas itu dia terus bersiap ke Universitinya. Adli merupakan seorang pelajar cemerlang di sebuah Universiti tempatan dan berumur 20 tahun. Hari ni merupakan semesta ke 4 sesi kuliahnya. Dia tidak pernah sekali pun terlepas dari mendapat dekan setiap semesta. 8


“takde apa la adik okay.. Ibu,Adik nak duit sikit boleh tak?” Adli terus menukar topik perbualan dengan ibunya. “Ibu sudah kasi semalam kan?“ “Adik tak kira. Adik nak duit sekarang. Tolong lah adik nak duit!” Tiba-tiba Adli meracau. “Adik, kan ibu dah kasi duit dah semalam. Apa adik buat dengan duit tu? Kenapa dengan adik ni?” kata Puan Laili yang masih enggan memberi Adli wang. Risau melihat keadaan anaknya yang tidak terurus. “Kasi je laa aku duit tu. Bak duit tu sekarang!!” terus Adli menerpa ke arah ibunya dan menarik kuat rambut ibunya ke almari yang sepatutnya menempatkan segala duit simpanan ibunya. Di selongkarnya segala barangan ibunya. Tapi langsung tiada duit. Sengaja Puan Laili menyorokkan duitnya dan letak di tempat lain. “Mana kau letak duit tu ha?!” Jerkah Adli dengan kata kesat. Dipukulnya tubuh ibu nya tanpa perasaan. "Sakit adik! sakit! kenapa adik buat ibu macam ni? Adik tak sayang ibu ke?Apa salah ibu dekat adik?" rintih Puan Laili dengan sayu memandang Adli. semakin kuat Adli memukul ibunya. “Aku nak duit la! Apa yang susah sangat kau nak kasi ni? Susah sangat ke nak kasi aku duit?” Adli semakin tak terkawal. Hampir lunyai di kerjakan si ibunya. “Siapa yang buat anak ibu jadi macam ni? Ya Allah anak ibu.. Sudahlah tu nak, ibu sakit...” Adli hilang pergi ke dapur meninggalkan ibunya seketika tanpa menghiraukan rayuan ibunya. “Ya Allah bantulah aku Ya Allah. Lindungilah aku.” Adli datang semula ke Puan Laili dengan sebilah pisau. Dengan laju dia menerpa kearah ibunya. “Susah sangat kan nak bagi aku duit. Kau ambik ni!” Dia menusuk pisau itu tepat kedalam jantung ibunya. “Adik!” Jerit Puan Laili. Dengan sekali tikaman sahaja Puan Laili menghembuskan nafas terakhirnya. “Ibu! Ibu!” Adli bagaikan baru tersedar akan silapnya. Dia menggoncangkan tubuh ibunya. “Tolong!” Meronta-ronta Adli meminta pertolongan. ________________________________________________________________________________________________ Adli akhirnya dipenjarakan. Dia sangat menyesali perbuatannya. Tidak pernah sehari pun dia tidak menyalahkan dirinya. Azim juga ditangkap kerana telah mengedar dadah dan menjual dadah. Pihak penjara telah memberi kelonggaran untuk Adli melawat kubur Ibunya dengan pengawasan polis. "Ampunkan Adik ibu. Adik menyesal. Adik sayang ibu sangat-sangat" Teresak Adli menangis melutut di kubur ibunya. Andai dapat di putarkan waktu.Dia tidak akan berkawan dengan Azim. -TAMAT9


AKU ANAK YATIM 9/5/2023 Kebetulan pula hari ini hari Jumaat. Ada beberapa tempat yang perlu aku tuju hari ini. Tapi yang paling utama aku tak boleh lupakan satu tempat ni. Yang ni wajib aku pergi, kalau boleh memang aku tak pernah miss untuk pergi setiap hari. Lagi-lagi pada tarikh yang agak istimewa macam hari ni. Sambil mandi tu aku menyumpah diri sendiri sebab tak dengar bunyi alarm yang dah aku set sebelum tidur malam tadi. Tak memasal aku jadi agak kelam kabut pagi ni. "Bapak, Melur mintak maaf bapak. Pagi ni Melur lambat sikit sebab Melur bangun lambat. Kalau Melur masih lagi tinggal dengan bapak, mesti bapak dah membebel kat Melur kan? Yelah, bapak kan tak suka Melur bangun lewat. Bapak selalu pesan, jangan bangun lewat nanti rezeki payah nak masuk. Tapi tu la, pagi ni Melur lewat sebab Melur tak dengar langsung bunyi alarm. Melur mintak maaf ye bapak?" Aku tunduk, tak berani langsung nak angkat muka masa tu. "Hari ni hari special bapak, sebab tu la Melur rasa ralat sangat sebab Melur terlewat. Selamat hari lahir, bapak. Melur sayang sangat kat bapak. Bapak, Melur rindu dengan bapak. Kadang-kadang, waktu makan Melur teringat dekat bapak". Alamak! Aku rasa macam dah lambat ni. Sepatutnya aku bangun jam 7.30 pagi, tapi mungkin kerana terlampau sedap tidur aku bangun lewat sejam dari waktu yang aku jangkakan. Kelam kabut aku bersiap pagi ni. Aku meletakkan beberapa keping not RM di atas meja dan mengangkat punggung dari kerusi dan bersalaman dengan Zana. Oleh kerana mamak Hameed Maju letaknya hanya beberapa langkah dari rumah aku, maka aku cuma berjalan kaki sahaja. Cuma cuaca malam ni lain macam dia punya sejuk, nak kata malam Lailatulqadar mustahil pula sebab puasa pun belum lagi. Malam ni aku gerenti, tidur aku pasti akan nyenyak sekali. -- Penulis: Nurain Sofea binti Abdul Aziz "Relaks la, awal lagi kot nak balik." Aku cuma tersenyum memandang wajah Zana yang sedang memujuk aku untuk terus duduk di atas kerusi kedai mamak. Nak tak nak aku kena gerak sekarang, sebab esok aku kena bangun pagi sebab ada urusan nak kena selesaikan. "Tak boleh Na, esok pagi aku ada hal nak kena setel. Malam esok kalau tak ada apa-apa hal boleh la kalau nak melepak sampai pukul 4 pagi. Aku balik dulu tau?" Zana hanya mengangguk sambil tersengih. 10


9/5/2023 "Bapak, nampaknya Melur tak boleh lama hari ni. Langit dah mendung, kejap lagi mesti hari nak hujan. Nasib baiklah Melur sempat datang jumpa bapak pagi ni. Esok pagi Melur datang lagi ok? Esok harap-harap cuaca cantik sepanjang hari, bolehlah Melur temankan bapak lama sikit kan? Bapak, Melur balik dulu tau? Melur rindu sangat dengan bapak. Kalau boleh, setiap kali bangun pagi Melur nak tengok muka bapak macam dulu. Nak cium tangan bapak, cium pipi bapak sebelum keluar rumah. Bila Melur balik rumah keletihan, tengok muka bapak je rasa letih tu terus hilang. Tak macam sekarang, hari-hari Melur rasakan hidup Melur kosong sangat. Tapi takpelah, Melur akan terus kuat demi bapak. Selagi Melur hidup, selagi tu Melur akan cuba kuat untuk bapak. Bapak, selamat hari lahir bapak. Melur sayang bapak sangatsangat." Aku cium batu nisan yang tertulis nama bapak. Hari ini hari lahir bapak yang ke 65. Aku kehilangan bapak aku 3 tahun lepas disebabkan oleh pengambilan dadah yang berlebihan. Dadah, memang penghancur sesebuah keluarga. Namun, aku tak benci bapak aku. Kalau bapak masih hidup, sudah tentu aku akan jadikan hari ini hari yang paling istimewa untuk dia sampaikan dia tak boleh lupa langsung. Dengan perlahan-lahan, aku melangkah kaki tinggalkan bapak untuk hari ini. Esok awal-awal pagi, aku akan datang temankan bapak lagi. Aku tak nak lewat macam hari ni. Aku janji! Teringat dengan lauk kegemaran Melur yang selalu sangat bapak masakkan. Mana ada orang lain yang boleh masak ayam masak lemak sama macam bapak. Ayam masak lemak bapak sorang je yang Melur boleh makan sampai bertambah nasi 2 ke 3 pinggan. Kalau makan kat kedai? Huh, jangan haraplah bapak." Suasana sekeliling sepi. Mungkin bapak marahkan aku. Atau mungkin tidak? "Tapi kan bapak, Melur boringlah duduk rumah tu sorang-sorang. Kalau boleh Melur nak duduk dengan bapak macam dulu. Boleh jugak Melur teman bapak duduk makan kuaci depan tv. Sambil tu boleh sembang-sembang macam dulu." Aku terdiam. Lalu aku menarik nafas dalam-dalam. Aku pandang ke langit. Awan mendung menandakan kemungkinan besar hujan akan turun sebentar lagi. Nampakya, cuaca pun dengki dengan aku. Kalau boleh aku nak duduk lama-lama kat sini dengan bapak, tapi kalau dah hujan nak tak nak aku kena balik juga. Penulis: Nurain Sofea binti Abdul Aziz TAMAT 11


wan siti nur atikah binti wan yusof Penulis : "SEPERTI RUSA MASUK KAMPUNG " Sedapnyee "drumstick"...niee..betul-betul menikmatkan.... Uhukkk ...uhukk tersedak pulak aku. "ALLAH" aku mimpi rupanya. Aku seorang remaja yang berusia 19 tahun. Aku berasal dari kampung sinaran di Port Dickson. Pada waktu lapang, bayangan aku tidak akan kelihatan dirumah kerana hidup aku adalah kaki rempit. Biasalah, hidup remaja masih ingin bersantai-santai melihat dunia yang tiada hujung setiap penjurunya. Oh lupa, aku juga merupakan seorang pelajar IPTA di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan...citacita aku ingin menjadi seorang yang bekerjaya kepada kedua orang tua ku yang berkeringat peluh mencari wang untuk menanggung pembiayaan kuliah aku. Tetapi itu adalah imaginasi. Habis pulang dari kuliah, tidak ku sentuh tangan kedua orang tuaku tetapi gadget pula menjadi pujaanku. Ilmu yang ku perolehi terbuang seperti mencurah air ke daun keladi. Sambil termenung, terbang sehelai kertas yang berwarna hijau melanggar dinding rumahku. Pepatah mengatakan wang adalah segala-galanya, terus ku ambil tanpa mencari tahu pemiliknya. Lalu ibuku menanyakan "Adik ada ternampak duit ibu tak". Lantas dengan muka yang manis, suara yang lemah "tidak nampak ibu". Aku mempunyai seorang adik bernama Puteri Hayyun Qaisara, manis namanya seperti bidadari. Namun dia tidak berpelajaran kerana kekangan kewangan. Kerjanya menolong orang tuaku membuat kuih-muih di rumah. Sedikit belas kasihan tidak terdetik di dalam hatiku, menghabiskan wang orang ibu bapaku adalah matlamatku ketika itu. Pagi menjelma, air ku curah ke seluruh badankan ku untuk bersiap-siap ke kuliah. Namun itu adalah sandiwara di depan orang tuaku. Aku tahu mereka mengharapkan aku berjaya. Tipulah, semua ibu bapa mahu anaknya menjadi yang terbaik. Namun harapan itu ku musnahkan dengan kelakuan yang seperti najis. lebih kejutan muka surat seterusnya....... 7 12


Apabila waktu pulang, aku dipelawa temanku untuk ke rumah sewa mereka yang berhampiran dengan tempat kuliah, dengan lantas aku terus pergi tanpa memberitahu orang tuaku. Apabila aku sampai, aku dipelawa temanku untuk minum. Terlihat aneh warna minuman tersebut tetapi dengan tekak yang haus, aku terus meneguknya sampai terlihat kilaun gelas tersebut. Beberapa minit kemudian, terasa seperti jarum tercucuk di kepalaku,lalu dengan sekejap mataku seperti melihat malam yang tiada penghujungnya. Terbangun pagi disinari pancaran mentari, dengan pantas aku terbangun. Aku tertanya-tanya apakah yang terjadi kepada aku malam tadi. Aku melihat salah satu kawan aku yang baru sedar dari dibuai mimpinya. Lalu aku bertanya kepadanya apa yang mereka masukkan dalam minuman dan apa yang mereka berikan kepada aku sehinggan menyebabkan aku tidak sedar apa yang berlaku semalam. Terlihat di telefonku bercahaya, lalu aku bergegas dan melihat terdapat banyak panggilan dari ibu dan ayahku. Ibu dan ayahku sudah pasti akan risau keadaan aku kerana seharian tidak pulang ke rumah. Aku ditangkap serta dibawa ke mahkamah untuk jenayah yang telah aku lakukan. Aku sangat menyesal terutama apa yang telah aku buat kepada dan ayahku. Sudah pasti perasaan mereka amat kecewa dan terguris dengan sikapku yang seperti syaitan tak berpendirian. Setelah aku dibicarakan dir makhamah aku dijatuhkan hukuman dipenjara selama 15 tahun dan dibuang politeknik kerana telah melanggar peraturan.Dadah itu punca segala kehancuran hidup aku.Oleh itu,kita sebagai umat islam perlu memperbaiki dan memperbanyakkan ibadah untuk mengelakkan diri dari melakukan jenayah seperti ini. Setelah lama mengelamun baru aku sadar bahawa aku tidak pegi ke pada hari itu, ibu mendapat panggilan dari pihak jabatan hal ehwal pelajar kerana kerap tidak menghadiri kelas. Ibu dan ayah bertambah risau lalu pergi balai polis untuk membuat report kerana aku hilang seharian. Aku cuba menyembunyikan diri selama yang aku mampu namun apakan daya sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Aku ditangkap kerana penyebaran maklumat tentang aku dan permintaan bantuan dari polis kepada penduduk setaman aku. JJaannggaann bbiiaarrkkaann ddaaddaahh mmeenngguuaassaai diri anda TAMAT 13


Apa itu dadah? Dadah adalah bahan yang menyebabkan perubahan dalam fisiologi atau psikologi organisma semasa diambil. Dadah biasanya dibezakan dari makanan dan bahan yang memberikan sokongan nutrisi. Penggunaan dadah boleh melalui penyedutan, suntikan, merokok, penyerapan melalui tampalan pada kulit atau melarutkannya di bawah lidah. Dadah psikoaktif pula adalah bahan kimia yang mempengaruhi fungi sistem saraf pusat, mengubah persepsi, mood atau kesedaran. Dadah ini dibahagikan kepada kumpulan yang berbeza seperti: perangsang, depresan, antidepresen, agen antiserah, antipsikotik, dan halusinogen. Dadah psikoaktif ini terbukti berguna dalam merawat pelbagai keadaan perubatan termasuk gangguan mental di seluruh dunia. Dadah yang paling banyak digunakan di dunia termasuk kafein, nikotin dan alkohol, yang juga dianggap sebagai dadah rekreasi, kerana ia digunakan untuk kesenangan dan bukan untuk tujuan perubatan. Dadah farmaseutikal, atau lebih dikenali sebagai ubat, adalah sejenis bahan kimia yang digunakan untuk merawat, menyembuhkan, mencegah, mendiagnosis penyakit atau mempromosikan kesejahteraan. Secara tradisional, dadah-dadah diperoleh melalui pengekstrakan dari tanaman perubatan, tetapi kini juga boleh melalui sintesis organik. Dadah farmasiteukal boleh digunakan untuk jangka masa yang terhad, atau secara berkala untuk gangguan kronik. Dadah mempunyai banyak kebaikan tetapi penggunaan yang berlebihan juga boleh membinasakan diri. Pengambilan dadah yang berlebihan memberikan kesan buruk kepada kesihatan seperti muntah-muntah, halusinasi, mabuk, pengsan dan mati. Dalam perubatan, pengambilan ubat akan dikawal oleh doktor pakar atau jururawat agar tidak memberikan kesan negatif kepada pesakit. 14


JENIS-JENIS DADAH INHALAN DEPRESEN GANJA KETUM STIMULAN HALUSINOGEN 15


FAKTOR-FAKTOR PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM KALANGAN PELAJAR IPT. 1.KECETEKKAN ILMU Ilmu itu adalah cahaya sepertimana pesanan Imam Waqi' kepada Imam Syafie dan begitulah realiti kehidupan ini. Seseorang yang kurang ilmu pengetahuan khususnya mengenai pengetahuan dadah maka kebarangkalian bagi mereka terjatuh ke dalam kancah penagihan dadah adalah sangat besar. Orang yang berilmu akan senantiasa bertindak mengikut kewarasan fikiran yang positif seterusnya menyelamatkannya daripada budaya yang tidak sihat. 2. PENGARUH KAWAN Antara faktor yang paling popular bahkan statistik sendiri menunjukkan bahawa pengarauh kawan adalah punca utama seseorang itu terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Begitu ramai remaja dan belia kita yang tersalah memilih kawan dan akhirnya mereka mula terjebak dengan gejala yang tidak sihat. Ibubapa yang tidak mengawal pergaulan anak-anaknya juga menjadikan anak-anak itu mudah mendengar nasihat kawannya berbanding ibubapanya sendiri. 3. PERSEKITARAN YANG TIDAK SIHAT Persekitaran bermaksud suasana kawasan yang membentuk tabiat seseorang manusia samada menjadi baik atau buruk. Faktor ini perlu dititik beratkan oleh para ibubapa terutamanya di dalam memilih tempat kediaman. Bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar, tumpuan anak- anak adalah sangat penting kerana jika tidak dikawal maka anak-anak ini akan mudah dipengaruhi perubahan arus keseronokkan dunia. Di sekeliling kotaraya yang besar telah tumbuh pelbagai permis-permis yang merosakkan kehidupan belia kita antaranya pusat perjudian, pusat hiburan, cyber cafe, kawasan-kawasan melepak, hotel-hotel bajet dan sebagainya. Tempat-tempat tersebut selalunya menjadi sarang kepada penagih-penagih dadah dan penjual-penjual dadah untuk mencari pelanggannya. 4. TIADA KAWALAN IBUBAPA Ibubapa adalah perisai utama kepada anak-anak. Tanpa didikan yang sempurna akan menyebabkan remaja dan belia akan mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir yang tidak sihat. Di zaman yang semakin mencabar ini dengan kenaikkan kos sara hidup telah menyebabkan ibubapa banyak memberikan tumpuan kepada kerjaya untuk meningkatkan taraf hidup. Oleh kerana itu, urusan anak-anak akan terabai, kasih sayang tidak dapat diberikan sepenuhnya sehinggakan anak-anak hilang kawalan oleh ibubapa. Slogan "Rumahku Syurgaku" tidak lagi terdapat di dalam banyak rumahtangga. Ibubapa tetap menumpukan kepada kekayaan dunia sedangkan permata hatinya semakin malap kerana dimamah anasir negatif yang mempengaruhi diri. Diharapkan ibubapa dapat memberikan keperihatinan kepada anak-anak sepenuhnya dan pandulah mereka ke jalan yang diredhai Allah. 16


5 . M E D I A E L E T R O N I K M e dia Ele k t r o nik s e p e r ti T V, R a dio, K o m p u t e r, T ele f o n M u d a h Alih a d ala h m e n y u m b a n g k e p a d a p e nin g k a t a n j e n a y a h s o sial y a n g tin g gi. P e n g a r u h d a rip a d a file m - file m a t a u d r a m a t v y a n g b a n y a k m e n o n j olk a n a k sia k si ganas dan negatif telah mendorong remaja dan belia terikut-ikut denga n a d e g a n t e r s e b u t. Kit a s e dia m a klu m, m a n a - m a n a c e rit a j e n a y a h y a n g t e r d a p a t di d ala m file m p a s ti m elib a t k a n sin dik e t p e n g e d a r a n d a d a h. Ini secara tidak langsung telah mendorong para remaja untuk mengenali dadah dengan lebih dekat. Bahkan ada juga trend "Tak ambil barang tak cukup nak jadi gangster" perkara ini akan merisaukan pelbagai pihak. Di media-media sosial seperti facebook dan youtube telah menjadi medan kepada peniaga-peniaga dadah secara online, bahkan ada juga fanpage yang digunakan untuk menghalalkan dadah di sisi undang-undang. Ini adalah perkembangan yang tidak sihat dan tidak seharusnya diambil mudah oleh kerajaan. Oleh itu, ibubapa hendaklah mengawasi tingkahlak u a n a k - a n a k t e r u t a m a n y a di d ala m m ela y a ri in t e r n e t. 6.HIBURAN YANG MELAMPAU Sedia maklum bahawa faktor hiburan yang melamp a u j u g a m a m p u m e m b a w a s e s e o r a n g it u t e rj e b a k d e n g a n p e n y ala h g u n a a n d a d a h. Bermula tahun 60 an hinggalah sekarang ini pelbagai jenis dadah y a n g t ela h dig u n a k a n u n t u k m e n c a p ai t a h a p hib u r a n y a n g m ela m p a u a n t a r a n y a d a d a h j e nis h e r oin, g a n j a d a n s y a b u. C o n t o h n y a k u m p ula n r o c k y a n g p o p ula r s e kit a r t a h u n 9 0 a n iait u Nir v a n a, dim a n a p e n y a n yin y a K u r t C o b ain a d ala h s e o r a n g p e n a gih h e r oin y a n g t e g a r. M a n a k ala b a gi penggemar muzik reggae yang telah menjadikan idolanya Bob M a rle y j u g a a d ala h s e o r a n g p e n a gih g a n j a y a n g t e g a r. K e d u a - d u a a r tis ini m a ti a kib a t p e n g g u n a a n d a d a h y a n g b e rle bih a n. S elain p e n g a r u h m u zik, p e n u m b u h a n k ela b - k e n al hib u r a n j u g a m e n j a di f a k t o r risik o k e p a d a m a s y a r a k a t k h u s u s n y a d ala m a k tiviti p e n g e d a r a n d a d a h j e nis p sik o t r o pik. P u s a t s n o o k e r j u g a m e n j a di t e m p a t t u m p u a n p a r a r e m a j a m e n g h a bis k a n m a s a b e r s a m a k a w a n - k a w a n d a n k e bia s a a n n y a p e n g a r u h n e g a tif m u d a h m a s u k di t e m p a t - t e m p a t ini. 7.TIADA DIDIKAN A G A M A Y A N G K U K U H P e n didik a n a g a m a a d ala h t u n j a n g k e p a d a a k hla k s e s e o r a n g s a m a d a ia n y a b aik a t a u p u n b u r u k. Isla m d e n g a n j ela s m e n g h a r a m k a n p e n g u n a a n d a d a h u n t u k diri k e r a n a d a d a h t ela h diqia s k a n d e n g a n m e min u m a r a k. B a h k a n, dadah mendatangkan kemudaratan yang lebih besar sehingga kepada tahap meragut nyawa seseroang yang mengambilnya. Oleh kerana itu, firman Allah Taala di dalam surah al-Baqarah ayat 195 "...dan janganlah mencampakkan dirimu dengan segaja ke dalam kemusnahan.." dengan jelas bahawa ayat ini memberikan hujah bahawa sesiapa sahaja yang menggunakan sesuatu untuk memudaratkan diri adalah haram ke atasnya. Jika kita lihat kembali kepada pemahaman masyarakat muslim di Malaysia ini mengenai stigma terhadap najis babi dan anjing adalah sangat tinggi. Namun tidak kepada najis dadah, sehinggakan ada yang menyatakan bahawa najis dadah tidak seharam najis babi dan anjing, sedangkan kemudaratan najis dadah itu lebih besar daripada najis babi dan anjing dan akibatnya masyarakat mula memandang enteng mengenai status najis dadah. Kerana itu, sesi pembelajaran pendidikan agama perlu menjelaskan secara terperinci mengenai hukum menghisap, mengguna, membawa, menjual, membeli, memproses dan mengedar dadah. Mohon pihak berwajib, menjalankan tanggungjawab yang lebih efektif bagi memastikan bahawa pelajar dan belia kita memahami secara jelas mengenai pengharam najis dadah. 17


KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH INDIVIDU Cenderung terlibat dalam pergaduhan dan kemalangan. Masalah kesihatan mental. merendahkan sistem imuniti seseorang dan mereka senang mendapat jangkitan. terdedah kepada penyakit berjangkit seperti HIV/AIDS, hepatitis, tuberkulosis dan lain-lain. PELAJAR meningkatkan risiko untuk menyebabkan penagihan yang serius apabila umur semakin meningkat. masalah fizikal dan sosial berbanding orang dewasa. mengawal memori, pembelajaran, kebolehan membuat keputusan dan juga kawalan tingkahlaku. Cenderung terlibat dalam aktiviti jenayah. KELUARGA Merosakkan institusi keluarga. Meningkatkan keganasan terhadap ahli keluarga. Masalah sosioekonomi kerana penagih akan menumpukan kepada pencarian dan pengambilan dadah dan mengabaikan keluarga. MASYARAKAT Kurang produktiviti. Kos diperlukan untuk menangkap dan memulihkan penagih dadah. Peningkatan kos perubatan. Kerugian dan kerosakan akibat perlakuan jenayah. Penyebaran penyakit berjangkit seperti HIV, Hepatitis, dan juga Tuberkulosis. 18


CARA MENGATASI PENYALAHGUNAAN DADAH Pelajar pada zaman kini amat digalakkan untuk mengisi masa lapang dengan melibatkan diri dalam melakukan aktiviti seperti beriadah atau bersukan. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat menyihatkan tubuh badan, malah dapat mengelakkan pelajar daripada melakukan perkara yang tidak bermanfaat. Selain itu, mereka juga wajarlah bersosial dan berkawan dengan individu yang baik dari segi peribadi dan akhlaknya agar dapat mencontohi aura positifnya. Setiap tahun, jumlah penagih dadah semakin meningkat terutama sekali dalam kalangan remaja. Penyalahgunaan dadah berlaku apabila ianya digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan diambil oleh seseorang tanpa pengawasan pihak perubatan. Dadah memberi kesan negatif ke atas sistem badan, tingkah laku manusia dan sebagainya. Keburukan yang diterima oleh pengambil dadah adalah lebih banyak berbanding kebaikan yang boleh didapati. Oleh itu, kita haruslah melaksanakan beberapa langkah yang efektif dan pragmatik bagi mengatasi masalah penagihan dadah. Sikap ambil berat dan bertanggungjawab mampu mengelakkan remaja dari terjerumus ke dalam masalah penyalahgunaan dadah. Ibu bapa perlulah menyediakan segala keperluan dan pendidikan yang terbaik dalam usaha membendung anak mereka dari terjebak dalam aktiviti penyalahgunaan dadah. Anak-anak hendaklah diberikan pendidikan agama secukupnya serta diawasi setiap pergerakan dan pergaulan mereka sejak kecil lagi. Sesungguhnya pembentukan sahsiah remaja banyak ditentukan oleh institusi kekeluargaan. Antara inisiatif yang boleh diambil oleh pihak pengurusan ialah dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh mendatangkan kemaslahatan kepada pelajar seperti mengadakan ceramah mahupun kempen mengenai penyalahgunaan dadah dikalangan pelajar. Pihak pengurusan juga boleh bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk menyampaikan tentang hukuman dan undang-undang mengenai penyalahgunaan dadah dan mengedar dadah. Menjalankan gaya hidup yang sihat Peranan ibu bapa Inisiatif pihak pengurusan pusat pengajian Kesedaran dalam diri individu kesedaran diri adalah penting untuk membentuk minda yang positif agar sentiasa membuat sesuatu dengan pemikiran yang rasional. Mereka hendaklah sentiasa diberikan peringatan tentang pentingnya kehidupan pada masa hadapan. Pelajar kini terlalu terdedah dengan pergaulan sosial yang tidak sihat yang mungkin menjerumuskan mereka ke dalam kancah penyalahgunaan dadah ini. Oleh sebab itu, mereka perlu tahu membezakan yang baik dengan yang buruk. Tidak perlu mengikut telunjuk kawan kerana 'ikut hati mati ikut rasa binasa'. 19


RUJUKAN https://ms.wikipedia.org/wiki/Dadah https://www.adk.gov.my/media-cetak/posterdan-pamplet/jenis-dadah-dan-bahanterlarang/ https://www.xtra.com.my/featured/12-jenisubat-yang-wajib-anda-simpan-di-rumah/ http://wahdatulummah.blogspot.com/2011/0 9/islam-mementingkan-penjagaankesihatan.html 1. 2. 3. 4. 20


"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri . " Surah Al-Baqarah, Ayat 222 21


Click to View FlipBook Version