The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TARIKH : 13 JANUARI 2021
MASA : 10.00 AM
TEMPAT : DEWAN BESTARI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farahhasdiyana, 2021-03-06 08:12:52

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL 1 / 2021

TARIKH : 13 JANUARI 2021
MASA : 10.00 AM
TEMPAT : DEWAN BESTARI

SK TAMAN BERSATU

31300 SIMPANG PULAI, IPOH
PERAK

MINIT MESYUARAT
KURIKULUM

BILANGAN 1 / 2021

1

SK TAMAN BERSATU

31300 SIMPANG PULAI, IPOH PERAK

MINIT MESYUARAT KURIKULUM
BIL 1 / 2021

Tarikh : 13 Januari 2021 (Rabu)
Masa : 10:00 pagi
Tempat : Dewan Bestari

AGENDA:

1. Perutusan Pengerusi
2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang Lalu
3. Perkara-perkara Berbangkit
4. Visi dan Misi
5. Hala Tuju Baharu PPD Kinta Utara 2019-2021
6. Pengurusan Kurikulum
7. Perancangan Kurikulum
8. PBD dan PPSR
9. Persediaan dan Pengurusan Awal Persekolahan
10. Hal-hal Lain
11. Ucapan Penangguhan

KEHADIRAN: Jawatan
Guru Besar / Pengerusi
Bil. Nama PK Pentadbiran
1 Pn Suryati bt Hj Othman, PPT PK HEM
2 Pn Nurul Ayuni bt Hj Azmi PK Kokurikulum
3 Pn Shalizaini bt Uyob KP Bahasa Melayu
4 Pn Julie Sabrina Lam bt Abdullah KP Bahasa Inggeris
5 En Yussof b Hamid KP Matematik
6 Pn Noorfariza bt Safar KP Sains
7 En Anuar b Ibrahim KP Pendidikan Islam
8 Pn Noor Anizah bt Zulkurnaini KP Bahasa Arab
9 En Nazri b Abd Ghoni KP Pendidikan Moral
10 Pn Siti Nolisa bt Nordzi KP Muzik
11 Pn Hadiana bt Ahmad Fauzi KP Seni Visual
12 Pn Salwati bt Zainal Abidin KP Pendidikan Jasmani
13 Pn Azilah bt Zainal Abidin KP Pendidikan Kesihatan
14 En En Mohd Redzwan b Abd Jaafar KP RBT/TMK
15 En Muhammad Hasri b Ismail Guru Bimbingan & Kaunseling
16 En Mohd Azhar b Mohamed Guru Penyelaras Bestari
17 Pn Mazni bt Mat Zuki Guru Pusat Sumber / Media
18 Pn Rohaida bt Abu Hasan Shaari Guru Penolong
19 Pn Salwani Bt Mustapa@Mustaffa Guru Penolong
20 Pn Vanitha Devi a/p Kanagasabapathy Guru Penolong
21 Pn Noordina bt Ahmad Damanhuri Guru Penolong
22 En Wan Ahmad Hafizuddin b Wan Mohd Guru Penolong
23 Pn Kamilah bt Omran Guru Penolong
24 Pn Nik Nurfazilah bt Nik Hassan Guru Penolong
25 Pn Rozita bt Ghazali Guru Penolong
26 Pn Nooraida bt Ali Guru Penolong
27 Pn Rahimah bt Abd Aziz Guru Penolong
28 Cik Joyce Shanti a/p Aroldoss@Aruldas
29 Cik Norfaizan bt Shabudin

2

Bil. Nama Jawatan
30 Pn Ida Madikha bt Hussin Guru Penolong
31 Pn Rohazawati bt Ahmad Guru Penolong
32 Pn Zaiton bt Tasriffin Guru Penolong
33 Pn Sukma Suria bt Abdul Rahman Guru Penolong
34 Pn Roselidah bt Puteh Salin Guru Penolong
35 En Chandran a/l Doraisamy Guru Penolong
36 En S Samprizal b Selamat Guru Penolong
37 Pn Norhamizan bt Mohamad Guru Penolong
38 Pn Hjh Jamiah bt Mustapa Guru Penolong
39 Pn Suryani bt Mohamed Said Guru Penolong
40 Pn Tuan Norizan bt Tuan Soh Guru Penolong
41 En Mohd Izwan b Normee Guru Penolong
42 Pn Laili Fadilah bt Mohd Ramli Guru Penolong
43 Pn Noraini bt Mohamed Guru Penolong
44 En Mohd Khairil Ikram b Zulkifly Guru Penolong
45 Pn Nor Fadhlina bt Mat Nurudin@Nordin Guru Penolong
46 Cik Nurul Nabilah bt Halmi Guru Penolong
47 Pn Basyirah bt Ahmad Mustapa Guru Penolong
48 Pn Norasmah bt Hashim Guru Penolong
49 Pn Norasiah bt Abdullah Guru Penolong
50 En Faizal b Abdul Kadir Guru Penolong
51 Pn Farah Hasdiyana bt Mohammad Hamzah Guru Penolong / Setiausaha
52 Pn Raudhatul Khalilah bt Ahmad Guru Penolong / Setiausaha

TIDAK HADIR (dengan kenyataan): Jawatan
Guru Penolong (CB)
Bil. Nama
53 Pn Sumitha a/p Muniyandi

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru pada Mesyuarat Kurikulum Bil 1
bagi tahun 2021. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah.

1.2 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru baru ke SK Taman Bersatu.

GURU BERPINDAH MASUK OPSYEN
Pra Sekolah
Pn Norasmah bt Hashim Pra Sekolah
Pn Norasiah bt Abdullah Bahasa Melayu
En Faizal b Abdul Kadir Pembantu Pengurusan Murid (PPM)
Pn Hanisah bt Taharim
Tindakan: Makluman

2. MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Kurikulum Bil 3 2020.

Dicadangkan oleh : En Nazri b Abd Ghoni
Disokong oleh : Pn Mazni bt Mat Zuki

Tindakan: Makluman

3

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara berbangkit.

Tindakan: Makluman

4. VISI DAN MISI

Pengerusi berharap guru lebih cakna berkenaan visi dan misi KPM, JPN, PPD dan
sekolah serta memastikan semua tindakan berfokus kepada visi dan misi yang telah
digariskan.

Visi Misi
“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara “Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti

Sejahtera” untuk Membangunkan Potensi Individu bagi
Memenuhi Aspirasi Negara. “

Tindakan: Makluman

5. HALA TUJU BAHARU PPD KINTA UTARA 2019 – 2021

Perkara berikut harus diberi perhatian bagi meningkatkan kecemerlangan PPD Kinta
Utara yang selaras dengan PPM 2013 - 2025:

MENINGKATKAN KUALITI SEKOLAH DENGAN MELAKSANAKAN DIALOG PRESTASI YANG

MENGANDUNGI 3 KLUSTER BERIKUT :

KLUSTER 1 KLUSTER 2 KLUSTER 3

Enrolmen Murid Kemenjadian Murid

- Kehadiran Murid - UPSR - Salah Laku Disiplin

- Keciciran Murid - SPM - Penyalahgunaan Dadah

MENINGKATKAN PEMBELAJARAN BERORIENTASIKAN PERKEMBANGAN DENGAN
MEMBERI TUMPUAN KEPADA 3 ASPEK BERIKUT:
ASPEK 3
ASPEK 1 ASPEK 2 Meningkatkan usaha bagi

Meningkatkan usaha Meningkatkan usaha untuk meningkatkan Prestasi
pembinaan watak dan merapatkan jurang penguasaan KBAT dalam
pembangunan sahsiah melalui
penguasaan kemahiran murid kalangan murid
pemupukan nilai. minimum murid

MENINGKATKAN USAHA MELAKSANAKAN PERUBAHAN DALAM 3 PERKARA BERIKUT:

PERUBAHAN PEDAGOGI PERUBAHAN PEMBANGUNAN PERUBAHAN PENGURUSAN
KAPASITI GURU
Perubahan Pedagogi iaitu PENDIDIKAN
Perubahan Pengajaran dan Perubahan kearah “Top Down” kepada perspektif

Pembelajaran yang pembangunan kapasiti Guru “Bottom Up”
berpusatkan guru kepada iaitu daripada “Stand Alone
System” kepada sokongan
berpusatkan murid.
Profesional

Tindakan: Makluman

4

6. PENGURUSAN KURIKULUM

6.1 Dasar Kurikulum dan Hala Tuju PdPc
Dasar kurikulum dan hala tuju PdPc adalah seperti berikut :

DASAR KURIKULUM
 Pengurusan PdPc, akademik dan panitia berlandaskan Buku Panduan

Piawaian Kualiti Akademik Sekolah-sekolah Negeri Perak & SKPMG
 Berprinsipkan NKRA, FPN dan Wawasan 2020
 Pelajar didahulukan, pencapaian diutamakan

 Berpandukan PPPM 2013 – 2025

HALA TUJU PdPc
 Sifar 3M (LINUS dan NUMERASI)
 Berteraskan FPK
 PdPc abad ke-21
 Penerapan KBAT dan i-THINK

6.2 Minggu Persekolahan
Minggu persekolahan adalah seperti berikut :

Minggu Akademik 33 minggu
Minggu Bukan Akademik 7 minggu

JUMLAH 40 MINGGU

6.3 Penyediaan e-RPH
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan dokumen rasmi dan salah satu
instrumen penilaian guru dalam PBPPP.

Penghantaran untuk semakan e-RPH perlu mengikut waktu yang ditetapkan iaitu
pada setiap hari Jumaat atau hari terakhir persekolahan melalui Google Classroom.

6.4 Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)
Pengerusi meminta semua guru menyediakan RPT mengikut unit Panitia masing-
masing dan disimpan dalam Fail Panitia untuk tujuan dokumentasi.

6.5 Dokumen Penjajaran Kurikulum (DPK) 2.0
Pengerusi meminta semua guru memuat turun DPK 2.0 terkini dan DSKP daripada
laman web rasmi Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK).

Pengerusi memaklumkan SKTB tidak menggunakan DPK kerana melibatkan satu
sesi persekolahan sahaja. Semua subjek akan diajar mengikut DSKP yang telah
ditetapkan BPK.

5

6.6 Buku Tulis, Buku Latihan dan Buku Kerja Murid
Pengerusi memaklumkan buku teks akan diedarkan kepada murid pada minggu
pertama persekolahan.

Buku Latihan dan Buku Kerja murid hendaklah disemak selepas waktu PdPc
dijalankan dan dipulangkan kepada murid. Pastikan ada penghargaan dan
pembetulan pada setiap hasil kerja murid.

Semua buku yang ada latihan murid sama ada mata pelajaran teras ataupun bukan
teras perlu dihantar untuk semakan Pentadbir mengikut jadual yang telah ditetapkan.
(Rujuk Takwim)

6.7 Pengurusan Panitia
Mesyuarat Panitia kali pertama hendaklah diadakan selepas Mesyuarat Kurikulum
kali pertama. Tarikh yang ditetapkan ialah pada 14 Januari 2021.

Semua panitia dikehendaki mengemaskini Fail Panitia dan diletakkan di bilik PK
Pentadbiran. Panitia juga dikehendaki menyediakan satu perancangan strategik dan
One Page Project Management (OPPM).

Peruntukan kewangan bagi setiap panitia mata pelajaran telah diberikan dan akan
dibentangkan oleh Pn Zawiyah Bt Inson (PT) pada mesyuarat kewangan akan
datang.

6.8 Pengurusan Program Panitia
Semua Panitia perlu mematuhi pengurusan program yang telah ditetapkan iaitu:

1. Menyediakan Kertas Kerja Program (2 minggu awal)
2. Hantar untuk semakan pentadbir.
3. Taklimat dan pendedahan program pada AJK pelaksanan.
4. Laporan bergambar bagi setiap program yang dijalankan.
5. Post mortem program yang dijalankan untuk penambahbaikan.

Tindakan: Semua Guru

6

7. PERANCANGAN KURIKULUM

7.1 Hala Tuju Kurikulum 2021
Meningkatkan kualiti sekolah dengan melaksanakan program strategik utama iaitu:

1 Dialog Prestasi
2 Meningkatkan kualiti PdPc melalui:

 Pembudayaan KBAT (Peta Pemikiran i-THINK)
 Google Classroom
 PAK21 (Standard Asas- 4K1N-Komunikasi, Kolaboratif, Kreatif, Kritis,

Nilai)
 Berpusatkan murid
 Pembudayaan PLC (Professional Learning Community)
3 Meningkatkan prestasi peperiksaan awam.
4 Memperkasa Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahap 1 dan 2

Tindakan: Semua Guru

8. PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) DAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH
(PPSR)

8.1 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Pengerusi memaklumkan pelaksanaan PBD bermula pada hari pertama
persekolahan. Guru bebas menyediakan sebarang rekod transit secara offline sebagai
evidens.

Semua guru perlu mempelbagaikan instrumen penilaian PBD dan berbincang dengan
guru lain tentang kemajuan pembelajaran murid.

Semua guru wajib membuat laporan Pentaksiran secara offline menggunakan tapak
PBD yang telah disediakan Penyelaras.

8.2 Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR)
Semua Guru perlu menguasai semua aspek di dalam PPSR.

1. Pentaksiran Sekolah (PBD) - 6 Tahap Penguasaan

2. Pentaksiran Pusat - UPSR

3. PAJSK - SEGAK

4. Psikometrik (IKEP) - 9 kecerdasan

Tindakan: Semua Guru

7

9. PERSEDIAAN DAN PENGURUSAN AWAL PERSEKOLAHAN

9.1 Buku Pengurusan dan Takwim Kurikulum
Pembentangan Ahli Jawatankuasa Kurikulum dan Program Tahunan sesi 2021.

(Rujuk Buku Pengurusan Sekolah dan Takwim 2021)

9.2 Pendaftaran Tahun 1 dan Prasekolah
Pendaftaran Tahun 1 dan Prasekolah akan dilaksanakan pada 16 Januari 2021
mengikut SOP yang telah ditetapkan. Hanya ibu atau bapa sahaja dibenarkan hadir.

9.3 Persediaan Hari Pertama Persekolahan

SESI PERSEKOLAHAN BERMULA 20 JANUARI 2021 (RABU)
Kumpulan Guru Bertugas di Pagar A dan B Guru bertugas perlu mengambil suhu murid,

memastikan murid mencuci tangan sebaik tiba di
sekolah dan beratur ketika memesan makanan di
kantin.

Tugas Guru Waktu Pertama Guru waktu pertama perlu masuk ke kelas jam
7.00 pagi untuk mengawal murid, mencatat suhu
menggunakan QR code dan mencatat kehadiran
sebelum memulakan PdPc.

PdPc Hari Pertama Guru diminta memastikan PdPc berjalan
sepenuhnya di hari pertama persekolahan. Tiada
pergerakan keluar masuk guru untuk urusan
peribadi.

Keceriaan Sekolah Keseluruhan sekolah perlu bersih dan ceria untuk
sesi persekolahan tahun 2021.

1 Murid, 1 Kerusi, 1 Meja Semua kerusi dan meja perlu mencukupi untuk
keperluan setiap murid sebelum sesi
persekolahan tahun 2021 bermula.

Tindakan: Semua Guru

10. HAL-HAL LAIN

10.1 Cuti Sakit
Surat cuti sakit kerajaan atau swasta hendaklah diserahkan kepada kerani untuk
direkodkan.

10.2 Cuti Rehat Khas (CRK)
Permohonan cuti rehat khas (CRK) hendaklah dipohon 3 hari awal dari tarikh yang
dipohon. Jumlah CRK yang dibenarkan adalah 10 hari (RUJUK SPP BIL 8/2017)
(PERENGGAN 11 (a) HINGGA (i). Jumpa Guru Besar bersama borang cuti untuk
mendapatkan kelulusan.

8

10.3 e-OPERASI
Maklumat e-Operasi hendaklah sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa untuk
memudahkan urusan berkaitan perkhidmatan dan kenaikan pangkat guru.

10.4 Keberadaan Guru
Semua urusan keluar masuk guru perlu mendapat kebenaran Guru Besar. Sekiranya
melibatkan urusan rasmi perlu melampirkan surat rasmi dari JPN/PPD.

Tindakan: Makluman

11. UCAPAN PENANGGUHAN
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ahli mesyuarat yang hadir.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12:00 tengahari.

Tindakan: Makluman

Disediakan oleh:
SETIAUSAHA MESYUARAT GURU
SK Taman Bersatu
Bertarikh: 05 Februari 2021
fhmh_rka/mmk_bil1/2021

9

SK TAMAN BERSATU Tel : 605 357 7355
Faks : 605 357 3068
31300 Simpang Pulai, Kod Sekolah : ABA 2056
Ipoh, Perak Darul Ridzuan e-mail : [email protected]

“PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK”
“WE DELIVER”

Ruj. Kami : 600-3/2/1 (1)

Tarikh : 08 Januari 2021

Kepada:
SEMUA GURU

Tuan / Puan,

MESYUARAT KURIKULUM BIL 1 / 2021

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan berdasarkan ketetapan
berikut;

Tarikh : 13 Januari 2021 (Rabu)
Masa : 10:00 pagi
Tempat : Dewan Bestari

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut ;
3.1 Perutusan Pengerusi
3.2 Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat yang Lalu
3.3 Perkara-Perkara Berbangkit
3.4 Visi dan Misi
3.5 Hala Tuju Baharu PPD Kinta Utara 2019-2021
3.6 Pengurusan Kurikulum
3.7 Perancangan Kurikulum
3.8 PBD dan PPSR
3.9 Persediaan dan Pengurusan Awal Persekolahan
3.10 Hal-hal Lain
3.11 Ucapan Penangguhan

4. Kehadiran dan kerjasama tuan / puan diucapkan terima kasih.
Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(FARAH HASDIYANA BT MOHAMMAD HAMZAH)
Setiausaha Kurikulum 2

s.k Fail Kurikulum

“SEJAHTERA RAKYAT PERAK DARUL RIDZUAN”
10


Click to View FlipBook Version