buku skrap
digital
Komsas: Bawod
Navdeep Singh
Rashdan jefry
amryna suhaimi
raja nur aleesya
( 3 Solaris)
Pelajar
Navdeep Singh- Buana
Rashdan Jefry- Purnama
Amryna Suhaimi- Buana
Raja Nur Aleesya- Segara
Sinopsis
Cerita ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak bernama
belutung dengan haiwan peliharaannya bernama bawod, iaitu
seekor kambing dan tuyog yang merupakan seekor kerbau.
Belutung amat menyayangi haiwan-haiwan tersebut. Setiap
hari dia ke sekolah dengan menunggang tuyog manakala
kambingnya pula ditinggalkan di rumah sahaja. Namun begitu,
setiap kali tiba di sekolah dia sering dicaci dan dihina oleh
rakan sekelasnya oleh sebab baunya seakan-akan seekor
kerbau. Namun begitu dia tetap bersabar dan berterusan ke
sekolah untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapat
kecemerlangan dalam peperiksaan darjah enam yang bakal
dia tempuhi pada akhir tahun tersebut. Berkat usaha dan
kesungguhannya dalam menempuhi peperiksaan darjah enam
itu, maka dia telah memperoleh keputusan yang cemerlang.
Disebabkan perkara itu, ayahnya telah bercadang untuk
mengadakan majlis bagi meraikan nikmat tersebut. Pada hari
majlis tersebut, iaitu setelah tamatnya pertandingan lumba
kerbau yang disertainya, dia pun pulang ke rumah melihat
Bawod berlumuran darah dan kesakitan akibat disembelih
sebagai makanan tetamu. Disebabkan itu majlis tersebut tidak
bermakna kepada belutung tanpa kehadiran haiwan
kesayangannya, bawod.
Tema
Persahabatan yang utuh antara
seorang kanak-kanak dengan
haiwan peliharaannya.Buktinya,
Belutung mengganggap bahawa
tuyog dan bawod merupakan
satu-satunya pelengkap hidupnya.
Dimana-mana sahaja pastinya
ada mereka bertiga. Contohnya,
semasa waktu rehat di sekolah,
belutung akan makan bersama-
sama tuyog yang ditambat di
bawah sepohon pokok.
Persoalan
Kesabaran seorang pelajar Sikap berdikari seorang anak
apabila dicaci dan dihina oleh dalam menjalani kehidupan
rakan sekelas. Contohnya, seharian . Contohnya ,
Belutung kekal sabar dan tabah Belutung tidak meminta ibu
walaupun dihina disebabkan bau bapanya untuk menghantarnya
tubuhnya seakan-akan seekor ke sekolah sebaliknya dia ke
lembu, sebaliknya dia sekolah sendiri dengan
memikirkan tujuan utamanya ke menunggang Tuyog.
sekolah, iaitu menimba ilmu Belas kasihan seorang anak
pengetahuan. terhadap haiwan peliharaannya
yang ditimpa kesusahan.
Buktinya, Belutung tidak sampai
hati melihat Bawod kesakitan dan
dilumuri darah akibat disembelih
sehingga dia menangis dan
merintih di samping rusuk tubuh
rakannya itu yang sudah nyawa-
nyawa ikan.
Gaya Bahasa
1) Sinkope
Contoh: "Kau lulus, nak. Bapa gembira. Kita adakan
kenduri." Belutung tersenyum lagi.
2)Simile
Contoh: Belutung memandang orang ramai yang
mengelilinya. " Binatang ini seperti manusia, dia
sahabat saya
3) Inversi
Contoh : Sambil berjalan, Belutung berfikir, Bawod
telah memalukannya di depan rakan-rakannya.
4) Personifikasi
Contoh: Sungai Layong yang mudah banjir itu
menerima tetamu.
5) Paradoks
Contoh : Bapa kata aku boleh jadi cikgu. Akan
tetapi aku masih kecil.
Latar Tempat
1. Sungai Layong Tempat 2. Sekolah Rendah Kerajaan
Beluntung Contoh: Timbang Pasir Contoh: Tempat
Menyeberang dengan duduk Beluntong belajar dalam
di atas badan Tuyog untuk darjah enam.
ke sekolah.
3. Dalam kelas 4. Rumah Beluntung
Contoh : Beluntung telah Contoh : Beluntung memeluk
bergaduh dengan Basil
ibunya di dapur setelah
yang telah digunakan pulang dari Pesta Lumba
bukunya di s lantai.
Kerbau.
5. Kampung Layong
Contoh: Tempat Beluntung
dan keluarganya tinggal.
Latar Masa
1. Waktu pagi
Contoh: Beluntung menemukan binatang
kesayangannya, iaitu Bawod dan Tuyog yang tidak
pulang semasa hujan lebat.
2. Waktu malam
Contoh : Hujan semakin lebat dan ibu Beluntung
melarangnya keluar untuk mencari Bawod dan
Tuyog.
Nilai
1) Nilai keprihatinan. Buktinya , Belutung risau
akan haiwan peliharaannya, iaitu Bawod dan
Tuyog yang difikirkan akan lemas akibat hujan
lebat yang akan menyebabkan paras air semakin
meningkat dan menghanyutkan mereka.
2) Nilai kepatuhan. Buktinya , Belutung mendengar
nasihat ibunya menyebabkan dia tidak berterusan
bergaduh dengan rakan sekelasnya yang mengejek
dirinya.
3) Nilai Kebijaksanaan. Buktinya, Belutung
Berjaya meraih keputusan peperiksaan yang
cemerlang dalam peperiksaan darjah enamnya.
Pengajaran
Kita haruslah berdikari dalam
menjalani kehidupan seharian agar
tidak perlu bergantung pada orang
lain serta menyusahkan mereka
khususnya ketika sudah meningkat
dewasa. Contohnya , Belutung
menunjukkan ciri-ciri seorang yang
berdikari melalui perbuatannya yang Kita sewajarnya belajar
gemar untuk ke sekolah secara bersungguh-sungguh agar dapat
bersendirian dengan tunggangannya , memperoleh kejayaa yang
diimpikan. Buktinya, Belutung
Tuyog tanpa meminta bantuan belajar bersungguh-sungguh dan
daripada ibu bapanya.
gigih dalam menempuhi
pelbagai cabaran yang dihadapi
olehnya sepanjang tahun
tersebut sehinggalah dia
memperoleh kecemerlangan
3) Kita hendaklah menjaga dan dalam peperiksaan darjah enam
menyayangi haiwan peliharaan dengan yang diimpikan sebelum itu.
baik kerana makhluk tersebut turut
menjadi suatu tanggungjawab yang
harus kita pikul dengan baiknya.
Buktinya, belutung menyisir ular yang
mendekati bawod dengan menggunakan
sebatang kayu agar bawod tidak
dipatuk.
Latar Masyarakat
1) Masyarakat yang berani menyertai pertandingan
walaupun perlu berdepan dengan saingan yang lebih
hebat.Contohnya , belutung menyertai pesta melumba
kerbau walaupun usia masih muda jika dibandingkan
dengan peserta yang lain.
2) Masyarakat yang bekerjasama dalam sesuatu
aktiviti. Cotohnya , Masyarakat Kampung Layong
bekerjasama dalam menjayakan serta memeriahkan lagi
majlis kesyukuran atas nikmat kecemerlangan yang
diperoleh Belutung.
3) Masyarakat yang gigih dalam menuntut ilmu.
Contohnya, beluntung gigih ke sekolah setiap hari bagi
menimba ilmu walaupun dirinya sentiasa dilanda
pelbagai masalah dalam kehidupannya.
Perwatakan Bawod
1) Seorang yang berpandangan jauh. Buktinya ,
Belutung memilih untuk tidak berterusan berkelahi
dengan rakan sekelasnya kerana dia menganggap
bahawa perbuatan tersebut tidak membawa
keuntungan kepada dirinya.
2) Seorang yang bijaksana. Bukitinya, belutung
Berjaya meraih keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan darjah enamnya setelah berusaha dengan
bersungguh-sungguh sepanjang tahun tersebut.
Seorang yang penyayang haiwan peliharaan . Buktinya,
belutung tidak sampai hati melihat bawod kesakitan
akibat disembelih sehingga menyebabkan dia merintih
dan menangis dalam meratapi di samping susuk tubuh
haiwan peliharaann
Terima Kasih
Sebagai penghias
bicara akhir,terima
kasih sekali lagi
diucapkan atas
peluang yang telah
diberikan kepada
kami