The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KN GENIUS (KHAT NASAKH GENIUS)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by chesyazira, 2021-12-11 12:44:30

INOVASI DIGITAL KN GENIUS

KN GENIUS (KHAT NASAKH GENIUS)

Keywords: INOVASI DIGITAL,KHAT NASAKH

KN GENIUS

(KHAT NASAKH GENIUS)

INOVASI DIGITAL
DARIPADA : CHE SYAZIRA EZLIN BT CHE SAMSOL (IPG KDRI)



- Tajuk inovasi ini ialah KN Genius (Khat Nasakh Genius).

- Inovasi ini adalah berkenaan dengan tajuk Khat Nasakh dalam subjek Jawi pendidikan Islam
Tahun 5.

- Bertepatan dengan Standard Pembelajaran di dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran iaitu:
7.2.1 Mengetahui peralatan menulis khat.
7.2.2 Mengetahui cara mengguna peralatan khat dengan betul.
7.2.3 Menulis huruf mengikut kaedah khat nasakh.
7.2.6 Merancang aktiviti penulisan tulisan khat di luar waktu pengajaran dan pembelajaran.

- Inovasi ini hanya memfokuskan huruf-huruf tunggal jawi untuk penulisan khat dan belum
menyentuh kepada perkataan dan ayat, namun akan ditambah baik dari semasa ke
semasa.

- Jenis projek inovasi ini adalah digital dan telah menggunakan aplikasi Google Jamboard
sebagai platform utama inovasi.

- Sebelum ini, Google Jamboard hanyalah tempat kosong untuk menulis secara atas talian,
namun telah diinovasikan menjadi tempat mempraktikkan penulisan khat nasakh.

Pada akhir pembelajaran, murid dapat:

1) Menulis semua huruf jawi (‫ )ا – ي‬menggunakan teknik penulisan khat nasakh yang betul.
2) Membezakan antara jenis tulisan khat nasakh dengan tulisan yang biasa digunakan

dalam kehidupan seharian.
3) Menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dengan baik.
4) Pembelajaran yang lebih menarik dan memudahkan murid untuk memahami serta

mengingati topik pembelajaran.

LAPTOP / KOMPUTER • Mencari maklumat berkaitan projek inovasi
GOOGLE JAMBOARD • Membina projek inovasi “KN Genius”
KEMUDAHAN INTERNET
• Menghasilkan inovasi digital “KN Genius”
GOOGLE • Tempat menulis / mempraktikkan penulisan khat nasakh
GAJET ELEKTRONIK
• Mengakses kepada laman Google Jamboard dan
Youtube

• Membuka laman Google Jamboard dan Youtube
• Mencari maklumat tentang teknik penulisan khat nasakh

• Contoh: komputer peribadi / tablet / telefon bimbit
• Digunakan untuk mengakses inovasi “KN Genius”

1) Tidak klik pada pautan atau link lain untuk mengelakkan komputer daripada serangan
virus dari pautan laman lain.

2) Memastikan komputer mempunyai perisian Anti-virus untuk melindungi sistem komputer.

3) Tidak mendedahkan maklumat peribadi semasa melayari internet.

4) Elakkan daripada terlalu banyak menggunakan soket sambungan untuk mengelakkan
berlaku litar pintas dan mengakibatkan komputer rosak.

5) Gunakan random password hasil daripada kombinasi nombor, huruf kecil dan besar
serta symbol untuk alamat emel.



1) BUKA APLIKASI / LAMAN WEB “GOOGLE JAMBOARD”.

Pilihan 1: Muat turun aplikasi “Google Jamboard” di google store atau app store pada
telefon, laptop, komputer atau lain-lain.

Pilihan 2: Buka aplikasi “Google Jamboard” di laman web masing-masing (chrome, safari,
firefox dan sebagainya)

2) DAFTAR / SIGN IN MENGGUNAKAN EMAIL MASING-MASING.
3) MASUKKAN KATA LALUAN EMAIL MASING-MASING.

4) SCAN QR CODE / TEKAN LINK INOVASI “KN GENIUS” YANG DIKONGSI.
- Qr code / link tersebut akan terus masuk kepada inovasi KN Genius di “google
Jamboard”.

5) SETELAH MEMBUKA “GOOGLE JAMBOARD” TERSEBUT, TEKAN “NEXT FRAME (BULATAN
MERAH)” DI BAHAGIAN ATAS UNTUK KE SLIDE SETERUSNYA.

6) KEMUDIAN, SCAN QR CODE ATAU SALIN LINK YANG DISEDIAKAN UNTUK MELIHAT VIDEO
MENGENAI PENERANGAN RINGKAS TENTANG KHAT NASAKH.

7) SETELAH SELESAI, TEKAN “NEXT FRAME” KEMUDIAN BACA ARAHAN TENTANG
PENGGUNAAN INOVASI “KN GENIUS” YANG DINYATAKAN DI DALAM GOOGLE JAMBOARD
TERSEBUT DENGAN TELITI.

8) ANTARA ARAHAN PANDUAN PENGGUNAAN INOVASI DI DALAM GOOGLE JAMBOARD:
i. Pilih pen jenis “Highlighter” di Google Jamboard sebagai pen khat nasakh.
ii. Sila lihat contoh huruf, anak panah (arah tulisan) dan ukuran mengikut kotak
yang ditunjukkan.

iii. Gunakan “Highlighter”, kemudian tulis khat nasakh pada tulisan tebal yang
disediakan sebagai latihan.

iv. Kemudian, tulis sendiri huruf khat nasakh pada ruangan bawah yang disediakan
menggunakan kaedah yang diajar dengan betul.

v. Jika terdapat kesalahan pada tulisan, sila gunakan pemadam / undo.
vi. “Clear frame” dapat memadam semua tulisan yang anda tulis.
vii. Sila tekan “next frame” untuk ke slide / huruf seterusnya.



PENGENALAN

▪ Guru perlu mengintegrasikan inovasi digital untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan.

▪ Pengintegrasian ini perlu dilihat dari aspek yang lebih luas iaitu menggunakan inovasi
secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses
dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

▪ Penggunaan inovasi digital mesti digabung jalin bersama kaedah pengajaran.

MATLAMAT UTAMA PENGINTEGRASIAN

1) Para pelajar dapat menguasai sesuatu tajuk pembelajaran. Contoh inovasi KN Genius
berkisarkan tajuk khat nasakh dalam jawi pendidikan islam.

2) Peranan inovasi digital membawa kaedah yang baru dan inovatif dalam pengajaran
dan pembelajaran.

3) Sebagai satu cara bagi guru dan murid-murid untuk menyelesaikan masalah semasa
proses pdp serta memperoleh hasil yang bertepatan dengan isi kandungan.

4) Menghasilkan pelajar yang lebih berpengetahuan, kreatif dan inovatif.
5) Mewujudkan persekitaran serta proses pembelajaran yang lebih menarik.

CONTOH CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
YANG SESUAI UNTUK INOVASI “KN GENIUS”

CADANGAN LANGKAH 1:
1) Guru membuka inovasi “Google Jamboard” di hadapan kelas.
2) Kemudian, guru membuka video penerangan yang disediakan di dalam Google

Jamboard mengenai jenis peralatan dan teknik asas penulisan khat nasakh.
3) Murid mendengar penerangan daripada guru mengenai cara menggunakan inovasi “KN

Genius” serta penerangan mengenai teknik penulisan khat nasakh yang betul.
4) Murid melihat demonstrasi guru menulis khat nasakh menggunakan inovasi “KN Genius”.
5) Semua murid diminta menggunakan inovasi “KN Genius” dengan panduan daripada

guru.

CADANGAN LANGKAH 2:
1) Guru menerangkan mengenai kaedah atau teknik penulisan khat nasakh menggunakan

kaedah sumbang saran.
2) Guru membuka inovasi “KN Genius” di hadapan kelas.
3) Murid mendengar penerangan daripada guru tentang penggunaan inovasi tersebut

dengan teliti.
4) Beberapa orang murid dipilih untuk menulis khat nasakh menggunakan inovasi “KN

Genius” di hadapan kelas.
5) Guru bertindak sebagai pembimbing iaitu membetulkan murid-murid jika terdapat

kesalahan.

CADANGAN LANGKAH 3:
1) Guru menerangkan mengenai kaedah atau teknik penulisan khat nasakh menggunakan

kaedah sumbang saran.
2) Guru membuka inovasi “KN Genius” di hadapan kelas.
3) Murid mendengar penerangan daripada guru tentang penggunaan inovasi tersebut

dengan teliti.
4) Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kemudian setiap ahli di dalam

kumpulan perlu bergilir menulis khat nasakh di hadapan kelas.
5) Kumpulan yang menulis khat nasakh dengan paling baik akan mendapat markah yang

lebih tinggi.
6) Guru bertindak sebagai pembimbing iaitu membetulkan murid-murid jika terdapat

kesalahan.

TERIMA
KASIH

INOVASI DIGITAL
DARIPADA : CHE SYAZIRA EZLIN BT CHE SAMSOL (IPG KDRI)


Click to View FlipBook Version