The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by fathhimaamun5, 2021-05-23 10:06:06

Penghayatan Etika Dan Peradaban

Penghayatan Etika Dan Peradaban

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
(MPU21032)

(KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN)

NAMA AHLI:

MUHAMAD FATHHI BIN MUHAMAD
MA’AMUN(04DAT20F2039)

WAN MUHAMMAD MUAZ BIN WAN
ROSDI(04DAT20F2065)

MUHAMMAD BADRI BIN RAZALI(04DAT20F2056)

ATIQULLAH AKMAL BIN YUSRI(04DAT20F2062)

ISI KANDUNGAN

-PENGENALAN 3
4
-DEFINISI 5
6
-MENGAPA PENTINGNYA KEBUDAYAAN
DAN PERPADUAN 7

-BAGAIMANA KEBUDAYAAN DAN
PERPADUAN MENYATUKAN RAKYAT
MALAYSIA

-KESAN KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN
KEPADA BANGSA DAN NEGARA

-KESIMPULAN 8

-Rujukan 9

PENGENALAN

Budaya merangkumi setiap aspek
kehidupan masyarakat tanpa
mengira kaum, bangsa dan agama
penganutnya.perkataan budaya
berasal daripada cantuman
perkataan Sanskrit dan Melayu
yang membawa perngertian:
Kecergasan Fikiran dan
Akal.Budaya memberi maksud
seseorang individu itu
menggunakan segala kekuatan
kuasa, tenaga dan pengaruh
semula jadi bagi membantu
menjana pemikiran mereka.

DEFINISI

• Perkataan budaya berasal daripada bahasa Sanskrit,
buddhayah iaitu kata jamak yang berasal daripada
perkataan buddhi yang membawa maksud budi dan
akal.perkataan culture dalam bahasa Inggeris diambil
daripada bahasa Latin, colore yang bererti mengolah
dan mengerjakan. Berpandukan dua definisi ini
mungkin dirasakan belum memadai untuk memberi
gambaran yang jelas tentang maksud kebudayaan,
Dalam pengertian umum, kebudayaan merupakan
seluruh cara hidup masyarakat atau seluruh aspek
pemikiran dan tingkah laku manusia yang diwarisi
daripada satu generasi ke satu generasi yang lain
melalui proses pembelajaran. Mengikut takrif kamus
dewan pula, kebudayaan membawa maksud cara
hidup sebuah masyarakat, tamadun, peradaban dan
kemajuan. Justeru dapat dirumuskan bahawa
kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup
manusia sama ada dalam bentuk fikiran, kepercayaan,
perlakuan ataupun penghasilan dalam sesebuah
masyarakat yang diterima oleh sebahagian besar
anggota masyarakat itu dan diwarisi secara turun
temurun. Pendek kata kebudayaan termasuklah
bentuk sosial, politik, adat istiadat serta ekonomi
sesebuah masyarakat.

KEPENTINGAN KEBUDAYAAN &
PERPADUAN

1.Program Pemuafakatan Masyarakat Aktiviti kemasyarakatan dapat
mengukuhkan perpaduan kaum di negara kita. Melalui penganjuran
aktiviti gotong-royong, masyarakat dapat memupuk semangat
bekerjasama. Program pemuwafakatan antara masyarakat setempat boleh
diadakan melalui program-program ilmiah seperti ceramah motivasi,
aktiviti keagamaan, Makan beradab, majlis perkahwinan dan sebagainya.

2. Hari Keluarga dan Sukan Rakyat Program yang melibatkan seluruh ahli
masyarakat boleh diadakan. Pelbagai acara dijalankan melibatkan semua
peserta. Selain dapat menghilangkan perasaan tertekan dengan bebanan
tugas, program ini dapat membina persefahaman, keteguhan perpaduan
dan perasaan kasih sayang dalam kalangan seluruh warga masyarakat.

3. Acara kebudayaan dan kesenian Pelbagai acara berbentuk kebudayaan
dan kesenian rakyat boleh diadakan seperti permainan tradisi, boria, dikir
barat, persembahan kebudayaan setiap kaum di Malaysia dan lain-lain lagi
yang disertai oleh anggota masyarakat. Selain dapat berhibur, semua yang
terlibat dapat memahami dan mematuhi peraturan yang digariskan.

4. Majlis Sambutan Hari Raya, Ucapan Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali
Konsep rumah terbuka haruslah diperkukuh di negara kita.rumah terbuka
yang diadakan pada hari perayaan dapat mewujudkan perpaduan kaum di
negara kita. Rumah terbuka bermaksud satu perayaan agama yang
disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan untuk memupuk
persefahaman dalam kalangan rakyat Malaysia. Amalan kunjung-
mengunjungi ketika merayakan Hari Raya Aildilfitri, Tahun Baru Cina,
Deepavali dan Hari Natal dapat memupuk silaturahim dalam kalangan
rakyat yang berbilang kaum. Semasa menghadiri rumah terbuka, rakyat
Malaysia boleh mengenali adat resam setiap kaum dengan lebih
mendalam sekali gus dapat menjana sikap bertimbang rasa dan saling
menghormati antara satu sama lain.

BAGAIMANA KEBUDAYAAN
&PERPADUAN MENYATUKAN

RAKYAT MALAYSIA

• . Malaysia kaya dengan adat dan budaya kesan daripada
lahirnya masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia.
sebagai rakyat Malaysia, setiap masyarakat perlu
memainkan peranan penting dalam memupuk semangat
perpaduan. Perbezaan adat dan budaya seharusnya tidak
menjadi halangan untuk masyarakat Malaysia bersatu padu
demi kesejahteraan negara. terdapat pelbagai cara dan
kaedah yang dapat diterapkan dalam jiwa setiap masyarakat
untuk mengekalkan perpaduan dalam masyarakat Malasyia.

1. Aktiviti kemasyarakatan. Penganjuran aktiviti
kemasyarakatan oleh NGO yang bertanggungjawab
bertujuan untuk memupuk sikap simpati dan kasih
sayang antara masyarakat yang kurang bernasib baik.
aktiviti kemasyarakatan seperti menziarahi rumah orang
tua, misi bantuan mangsa banjir, bantuan kepada
keluarga berpendapatan rendah dan sebagainya mampu
memupuk sikap saling hormat-menghormati, saling
bekerjasama seterusnya dapat menjamin perpaduan
dalam masyarakat tersebut.

2. Penganjuran Sukan Negara. Kerajaan Malaysia melalui
Kementerian Belia dan Sukan telah menganjurkan
banyak aktiviti sukan negara yang disertai oleh
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Penganjuran
aktiviti ini juga bertujuan untuk memupuk semangat
cintakan negara dalam setiap jiwa masyarakat. Hal ini
kerana penganjuran sukan negara seperti sukan sea,
sukan komanwel, SUKMA dan sebagainya dapat
memupuk semangat kesukanan dan menjadi teras
kepada perpaduan dalam kalangan rakyat.

Kesan kebudayaan dan
perpaduan kepada bangsa dan

negara

• Kesannye adalah terdapat beberapa isu seperti kurang kefahaman
mengenai sensitiviti kaum antara satu sama lain. Sebagai negara
yang multietnik dan terdiri daripada masyarakat berbilang kaum,
masyarakat Malaysia seringkali berhadapan dengan isu-isu sensitif
yang dicetuskan oleh perbezaan persepsi daripada budaya kaum
yang berlainan. Sikap kurang kewaspadaan dalam perlakuan dan
pertuturan dalam kalangan sekelompok masyarakat kadang-kala
akan melemahkan lagi asas perpaduan dan merenggangkan
hubungan antara kaum. Sikap masyarakat terutamanya generasi
muda yang cepat bertindak atau bertutur daripada berfikir juga
semakin memburukkan situasi. Isu-isu sensitif yang menyentuh soal
perbezaan budaya dan adat dari segi agama, bahasa dan tradisi
kaum, seperti persoalan kedudukan agama Islam yang mutlak dan
kedudukan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, kerap
diungkit oleh sesetengah pihak juga akan semakin
memecahbelahkan perpaduan masyarakat, dan seterusnya
menggugat keamanan dan ketenteraman negara.Selain daripada itu,
prasangka yang wujud antara kaum akibat kepelbagaian budaya dan
adat juga merupakan salah satu faktor yang mengekang kekuatan
perpaduan masyarakat. Perbezaan budaya, terutamanya dari segi
bahasa menyebabkan jarak sosial yang ketara. Hal ini menyebabkan
kesukaran untuk berkomunikasi dalam kalangan masyarakat, dan
akibat daripadanya adalah masyarakat tidak dapat saling
memahami antara satu sama lain. Ketidakfahaman yang
ditimbulkan telah membawa kepada sikap prasangka dalam
kalangan masyarakat yang masing-masing mempunyai pegangan
agama, adat istiadat, budaya hidup yang berlainan. Sebagai
contohnya, masyarakat Melayu yang menganuti agama Islam
selalunya bermurah hati untuk bersedekah kepada masyarakat yang
miskin, sedangkan amalan ini merupakan satu pegangan ajaran
yang dituntut dalam agama Islam. Namun begitu, masyarakat lain
mungkin akan bersalah faham dengan sikap murah hati masyarakat
Melayu itu dan berprasangka bahawa masyarakat Melayu
merupakan golongan kaya.

KESIMPULAN

• Kesimpulannya, kebudayaan dan
perpaduan menjadi satu kepentingan
buat negara dalam mencapai keamanan
negara Malaysia. kita dapat lihat tentang
kepentingan memupuk sikap perpaduan
dan kebudayaan dalam masyarakat
Malaysia demi menjamin kehidupan
masyarakat yang harmoni dan tenteram.
Pihak Kerajaan telah bertanggungjawab
untuk menjamin keharmonian dalam
setiap masyarakat, terdapat banyak
program yang dianjurkan sama ada
aktiviti kemanusiaan dan sukan negara
demi memupuk semangat cintakan
negara dalam setiap lapisan masyarakat.

RUJUKAN

• *https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.
my/amp/kolumnis/2018/12/509258/kepelbagaian-
agama-budaya-perlu-dihormati

• *https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Perpaduan
• *https://www.ukm.my/jhadhari/makalah/v2n12010/

makalah-v2n1-n4.pdf
• *http://meepawn.blogspot.com/2016/08/kesimpulan

.html?m=1
• *https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.

my/amp/rencana/komentar/2020/01/651403/harmo
nikan-hubungan-masyarakat-pelbagai-kaum


Click to View FlipBook Version