The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hudawayda, 2021-09-20 07:00:28

Perjuangan tokoh-tokoh tempatan

Perjuangan tokoh-tokoh tempatan

Buku skrap sejarah tahun 5

Perjuangan tokoh-tokoh tempatan

Buku Skrap Sejarah

Disediakan Oleh:

Nama :Huwayda binti Shamsol Bahari
Kelas :5 Ibnu Hajjar
Sekolah :SK.TOK JEMBAL
Guru Mata Pelajaran :Aznordin Bin Jahan

KANDUNGAN

Bil ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1 MUKA DEPAN 0
2 TAJUK 1
3 ISI KANDUNGAN 2
4 PENGHARGAAN 3
5 PENDAHULUAN 4
6 HASIL KAJIAN
7 KESIMPULAN 5/15
8 RUJUKAN 16
17

2

PENGHARGAAN

 Allhamdulillah,akhirnya saya telah berjaya
menyiapkan tugasan kajian perjuangan tokoh-
tokoh tempatan.Saya berterima kasih kepada
Cikgu Aznordin Bin jahan di atas segala tunjuk
ajar.Saya juga berterima kasih kepada ibu bapa
saya dan adik beradik saya kerana telah
menyokong dan memberi kata-kata semangat
kepada saya dalam tugasan ini

3

PENDAHULUAN

 Kajian kes ini bertajuk Perjuangan Tokoh - Tokoh
Tempatan.Seramai 11 orang Tokoh-Tokoh Tempatan
dihuraikan secara ringkas dalam buku skrap ini.semoga
jasa dan perjuangan tokoh-tokoh tempatan ini akan dapat
di ketahui dan di sanjung oleh generasi-generasi yang
akan datang.

4

HASIL KAJIAN

Dol Said Dol Said Menentang British bagi mempertahankan
kedaulatan Naning.
Menentang pelaksanaan undang-undang British dan
bayaran cukai.
Pada tahun 1831, Dol Said berjaya mengalahkan British
dengan menggunakan taktik perang gerila dan mendapat
bantuan pembesar dari daerah Seri Menanti, Sungai
Ujong,Johol dan Muar.

Pada tahun 1832, British bertindak menawan pusat
pentadbiran Naning dan membakar rumah penduduk.
British terpaksa membelanjakan 100 ribu Paun Sterling
untuk mengalahkan Dol Said.British hanya dapat
menewaskan Dol Said dalam serangan yang ketiga.Pada
tahun 1832, Dol Said telah ditewaskan dan tinggal dalam
buangan di Melaka.

5

Rentap Rentap menentang James Brooke kerana menganggap
orang Iban sebagai lanun dan telah menghapuskan
petempatan mereka.

James Brooke telah mendirikan kubu di Nanga Skrang
untuk mengawasai prgerakan orang Iban.Pada tahun
1853,Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga
Skrang dan mencapai kejayaan.

Rentap membina kubu pertahanan di Bukit Sadok.Ramai
pahlawan Iban yang menyokongnya.Pertempuran yang
sengit berlaku antara Rentap dan James Brooke di Bukit
Sadok.Rentap telah berundur ke Sungai Entabai dan
tidak dapat dikesan selepas itu.

6

Sharif Masahor Sharif Masahor menentang James Brooke yang
meluaskan kuasa ke atas wilayah Sarikei dan
mengambil alih kuasa pentadbir.Pada tahun
1855, Sharif Masahor telah menyerang Mukah.

Beliau berjaya mengusir keluar pembesar
tempatan yang menyokong James Brooke.Sharif
Masahor bersama-sama dengan Datu Patinggi
Abdul Ghapur dan Temenggung Hashim telah
mengadakan kerjasama untuk menyerang
Kuching.Sharif Masahor tidak dapat mengalahkan
pasukan tentera Charles Brooke,anak saudara
James Brooke dan berundur ke Mukah.Pada
tahun 1861, Sharif Masahor ditewaskan dan
dibuang negeri ke Singapura.

Setelah dibebaskan, Sharif Masahor menuju ke
Selangor untuk membantu Raja Mahadi dalam
perang saudara yang dikenali sebagai Perang
Klang.

7

Dato’ Maharaja Lela Dato’ Maharaja Lela menetang British kerana
British memperkenalkan sistem cukai baharu dan
campur tangan dalam adat resam orang Melayu.

Sultan Abdullah,Dato” Maharaja Lela dan
pembesar-pembesar lain telah mengambil
keputusan untuk membunuh J.W.W. Birch.

Dato’ Maharaja Lela dan Seputum telah membunuh
J.W.W. Birch.

Dato’ Maharaja Lela telah ditangkap dan
dijatuhkan hukuman gantung pada tahun 1877.

8

Yamtuan Antah Yamtuan Antah menentang British kerana tidak
bersetuju dengan perjanjian antara British
dengan Dato’ Kelana Sungai Ujong.

Yamtuan Antah juga tidak bersetuju dengan
tindakan Dato’ Kelana yang mengishtiharkan
Terachi sebagai wilayahnya.

Yamtuan Antah telah menawan Paroi dan
membina kubu pertahanan.Pihak British
mengalahkan pasukan Yamtuan Antah.

Yamtuan Antah terpaksa berundur ke Bukit
Putus.Yamtuan Antah dan British telah
mengadakan rundingan perdamaian.Yamtuan
Antah telah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri
Menanti.

9

Dato’ Bahaman Dato’ Bahaman menentang British
disebabkan kehilangan hak mengutip cukai
dan dilucutkan gelaran sebagai pembesar.

Pada tahun 1891, Dato’ Bahaman
menyerang Balai Polis Lubuk Terua dan
menawan kembali Lubuk Terua dengan
bantuan Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau.

Pada Tahun 1894, Dato’ Bahaman menawan
Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.

Dato’ Bahaman terpaksa berundur ke
Kelantan dan mendapat perlindungan di
Chiengmai, Thailand.

10

Tok Janggut Tok Janggut menentang British
disebabkan cukai dan peraturan tanah
baharu yang membebankan.

Pada tahun 1915, Tok Janggut telah
melancarkan serangan ke atas Pasir
Puteh.Pihak British bertindak
menyerang Tok Janggut yang berkubu
di Kampumg Saring.

Tok Janggut terkorban dalam
pertempuran itu.

11

Mat Salleh Mat Salleh menentang Syarikat Borneo
Utara British (SBUB) kerana kehilangan
kawasan pengaruh.

Mat Salleh membantah cukai yang
dikenakan serta peraturan baharu yang
membebankan.

Pada tahun 1897, Mat Salleh telah
mendirikan kubu di Ranau dan menyerang
Pulau Gaya dan Ambong.

Mat Salleh telah ditewaskan di Tambunan
dan dikatakan telah terkorban.

12

Antonam Antonam menentang (SBUB) kerana
kehilangan kuasa dan pengaruh,
menentang pembayaran cukai yang
dikenakan, menjadikan orang Murut
sebagai buruh paksa dan menceroboh
kawasan hutan orang Murut untuk
membina jalan.
Antanom telah menyatukan orang
Murut untuk menentang SBUB.

Pada tahun 1915, Antanom telah
menyerang Pensiangan dan membina
kubu di Sungai Selangit.
Terkorban dalam pertempuran di
Sungai Selangit.

13

Dato’ Maharaja Lela menentang British kerana
penguatkuasaan undang-undang binatang
buas,peraturan tanah baharu dan pas kebenaran untuk
menjalankan aktiviti pertanian.

Pada tahun 1922, Haji Abdul Rahman Limbong
bertindak sebagai peguam untuk membela petani di
Kuala Telemong yang ditangkap kerana menentang
peraturan baharu. Mereka telah membersihkan tanah
tanpa mengambil pas kebenaran.

Haji Abdul Rahman Limbong Pihak British juga telah mengancam akan mengambil
tindakan undang-undang ke atas mereka yang enggan
membayar cukai.
Ancaman British untuk mengambil tindakan undang-
undang menyebabkan para petani telah menduduki
balai polis dan bangunan kerajaan di Kuala Berang.

Pihak British telah melancarkan serangan dan Haji
Abdul Rahman Limbong telah ditangkap.
Beliau dijatuhi hukuman buang negeri ke Mekah.

14

Raja Mahadi Raja Mahadi menentang campur
tangan British dalam pentadbiran
Klang dan perusahaan bijih timah.

Beliau juga tidak berpuas hati dengan
perlantikan Tengku Kudin sebagai Yam
Tuan Selangor oleh British.Tengku
Kudin & Raja Abdullah telah
bekerjasam untuk menentang Raja
Mahadi.

Raja Mahadi telah mengambil
tindakan untuk menyerang Yap Ah Loy
di Kuala Lumpur kerana telah
bekerjasama dengan Tengku
Kudin.Beliau telah dapat dikalahan
dan dihantar ke Johor.Beliau telah
meninggal dunia disana.

15

KESIMPULAN

 Setelah saya menyiapkan buku scrap ini,saya dapat mengatahui perjuangan
tokoh – tokoh tempatan seperti Dol Said, Rentap, Sharif Masahor, Dato’
Maharaja Lela, Yamtuan Antah, Dato’ Bahaman, Tok Janggut , Mat Salleh,
Antonam, Haji Abdul Rahman Limbong, Raja Mahadi.

 Saya amat menghargai perjuangan dan pengorbanan tokoh – tokoh ini
kegigihan mereka di dalam merpertahankan kedaulatan dan maruah negara
daripada ditakluki oleh penjajah

16

RUJUKAN

 1.BUKU TEKS
 2. https://patriotikblog.wordpress.com/2017/09/25/tokoh-tokoh-

perjuangan-tempatan-menentang-british/
 3. https://intelekblogirls.wordpress.com/2016/06/27/raja-mahadiselangor

17


Click to View FlipBook Version