The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

F1- Muhamad Khairul Fahmi bin Fazil (EDUP3073 Penulisan Akademik)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhamad09-404, 2022-05-12 12:08:02

EDUP3073 Penulisan Akademik

F1- Muhamad Khairul Fahmi bin Fazil (EDUP3073 Penulisan Akademik)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 5)

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
(EDUP3073)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA PELAJAR MUHAMAD KHAIRUL FAHMI BIN FAZIL
ANGKA GILIRAN 2020192340005

NOMBOR KAD PENGENALAN 011011-07-0201

KUMPULAN PISMP JUN 2020 (F1)
KOD / NAMA KURSUS
NAMA PENSYARAH BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
(EDUP3073)

PUAN SHARIZAN BINTI ABDUL HAMID

TARIKH HANTAR 12 MEI 2022

TARIKH MENERIMA MAKLUM
BALAS DARIPADA PENSYARAH

i

ISI KANDUNGAN HALAMAN

PERKARA i

Isi kandungan ii

Penghargaan 1
1-3
1.0 Pengenalan 1
2.0 Perancangan Persekitaran Bilik Darjah Mesra Budaya 2
2-3
2.1 Aspek Fizikal 3
2.2 Aspek Emosi 4
2.3 Aspek Sosial 5
2.4 Aspek Sosiolinguistik
3.0 Rumusan

Rujukan

ii

PENGHARGAAN

Assalamualaikum, dan salam sejahtera, Alhamdulillah, pertama sekali saya ingin mengucapkan
syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia yang telah dianugerahkan kepada saya,
dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Seterusnya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah
Budaya dan Pembelajaran saya iaitu, Puan Sharizan binti Abdul Hamid kerana dengan tunjuk
ajar serta bimbingan beliau, dapatlah saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa
saya yang tidak henti-henti mendoakan saya dan memberikan semangat kepada saya.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan seperjuangan yang
banyak berkongsi ilmu dan pengalaman serta sentiasa membetulkan segala kekurangan
ataupun kesilapan yang saya lakukan supaya kami bersama-sama memperoleh keputusan yang
cemerlang.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung
atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih.

1

1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), sosiobudaya ialah hubungan masyarakat dengan
budaya. Contohnya ialah cara hidup dan adat istiadat. Sesungguhnya, kepelbagaian
sosiobudaya dalam masyarakat menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik. Golongan
pendidik perlu sedar pentingnya mengetahui pelbagai sosiobudaya dalam kalangan murid. Oleh
itu, peranan pendidik perlu bagi menyatukan murid yang pelbagai sosiobudaya agar dapat
melahirkan insan yang berkualiti seperti yang dihasratkan oleh PPPM (2013-2025). Pelan
pengurusan bilik darjah direka untuk mewujudkan persekitaran psikososial dan fizikal yang
kondusif semasa proses pemgajran dan pembelajaran. Pengurusan bilik darjah adalah satu
proses pembentukkan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya dimana
iklimnya kondusif untuk pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang
ditetapkan tercapai (Mok Soon Sang, 2011).Pengurusan bilik darjah amat penting kerana
pengurusan tersebut menyumbang secara langsung kepada keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran. Antara komponen yang terdapat dalam pelan pengurusan bilik darjah adalah
aspek fizikal, emosi sosial dan sosiolinguistik.

2.0 PERANCANGAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

Menurut Yasmin & Najeemah (2015), “Guru memainkan peranan yang penting bagi berhadapan
dengan murid daripada pelbagai latar belakang budaya dan etnik bagi memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar selaras dengan realiti kepelbagaian
budaya yang wujud di dalam kelas.” Dalam melahirkan persekitaran bilik darjah yang mesra
budaya, guru perlu merancang berdasarkan aspek fizikal, emosi, sosial dan sosiolinguistik.

2.1 ASPEK FIZIKAL

Dalam sesebuah bilik darjah, aspek fizikal merupakan aspek yang paling penting kepada
perkembangan murid-murid. Keselesaan murid di dalam bilik darjah perlu diambil berat
dalam memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Bilik
darjah yang mempunyai ruang selesa dan ceria dapat meningkatkan keberkesanan dan
pembelajaran murid-murid dan kawalan bilik darjah. Dalam melahirkan persekitaran bilik
darjah yang mesra budaya, guru boleh menyusun atur tempat duduk dengan
mempelbagaikan murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa, pelbagai persekitaran dan
taraf sosioekonomi. Menurut Najeemah (2006), melalui kaedah ini, murid-murid akan
bekerjasama antara satu dengan lain ketika melaksanakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Secara tidak langsung, murid-murid tersebut boleh
menerima dan bekerjasama antara satu sama lain serta akan mewujudkan hubungan
yang baik seperti saling mempercayai antara satu sama lain. Perkara ini akan
membentuk perpaduan antara semua murid di dalam kelas tersebut.

2

2.2 ASPEK EMOSI

Emosi murid-murid merupakan perkara yang perlu diberi perhatian oleh guru. Hal ini
dikatakan demikian kerana pengurusan emosi yang berkesan boleh menjadi pembakar
semangat kepada murid dalam proses menuntut ilmu pengetahuan dengan menarik
minat mereka terhadap proses PdP. Peranan guru sangat besar dalam mengembangkan
emosi murid-murid agar emosi mereka kekal cerdas. Hal ini demikian kerana kecerdasan
emosi akan menghasilkan murid yang berkualiti dan bermotivasi. Menurut Mohd Azhar
(2004), seseorang yang mempunyai tingkat kecerdasan emosi yang baik mampu untuk
mengawal diri, bersemangat, tekun serta berupaya memotivasikan diri sendiri untuk tidak
mudah mengaku kalah atau gagal dalam mengharungi kehidupan yang penuh pancaroba
ini.

Jadi, guru perlu memberi sokongan kepada setiap murid tidak mengira kepelbagaian
sosiobudaya. Sokongan guru sangat penting dalam usaha menyampaikan ilmu kepada
murid-murid. Sokongan guru boleh diberikan dalam pelbagai cara dan kaedah. Antaranya
ialah memberi anugerah kepada murid yang cemerlang di dalam kelas, memberi
anugerah kepada murid yang mempunyai tingkah laku yang baik dan lain-lain. Sokongan
guru juga boleh diberikan dalam bentuk kata-kata. Guru perlu sentiasa memberi kata-
kata nasihat dan kata-kata semangat kepada murid-murid untuk menyemarakkan lagi
semangat mereka. Sebagai contoh, sekiranya murid menjawab dengan betul soalan yang
diberikan guru boleh memberikan peneguhan seperti ‘bagus’, ‘baik’ dan sebagainya. Hal
ini secara tidak langsung dapat memberi semangat dan motivasi kepada murid untuk
terus aktif dalam aktiviti bilik darjah.

2.3 ASPEK SOSIAL

Perkataan sosial merujuk kepada ciri-ciri kehidupan manusia yang membentuk
masyarakat. Perkembangan sosial setiap individu bermula daripada alam kanak-kanak
dan situasi ini akan mempengaruhi kehidupan manusia itu seterusnya. Oleh itu,
perkembangan sosial merupakan proses kanak-kanak belajar berhubung dengan orang
lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Bagi memupuk
perkembangan sosial murid dalam bilik darjah, guru perlu mempelbagaikan kaedah
pengajaran dan pembelajaran semasa mengajar di dalam kelas dengan melihat kepada
kepelbagaian sosiobudaya yang terdapat dalam kelas tersebut.

Guru boleh melaksanakan aktiviti seperti pembelajaran secara kolaborasi. Hal ini
demikian kerana aktiviti ini membolehkan murid-murid berpendapat bahawa mereka
berada dalam persekitaran yang kesepunyaan dan berasa diperlukan. Hal ini demikian
kerana, aktiviti perbincangan yang dilaksanakan dalam PdP membolehkan semua murid

3

untuk mengutarakan idea masing-masing bagi memperoleh hasil yang terbaik. Murid
perlu meneliti maklumbalas daripada rakan-rakan, dapat mengawal fikiran bagi
merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari serta berupaya untuk membina
matlamat pembelajaran. Murid juga dipupuk untuk membina kemahiran interpersonal dan
intrapersonal serta berupaya untuk menguruskan hubungan kolaboratif secara berkesan
melalui perbincangan secara berkumpulan. Aktiviti pembelajaran secara kolaborasi juga
memberikan manfaat kepada murid dalam sudut agensi, apabila murid berupaya untuk
membina tugasan, berdikari dan berfikiran kritikal untuk menyesuaikan bahan dengan
pembelajaran. Secara tidak langsung, guru dapat memupuk perkembangan sosial murid
dalam bilik darjah dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.

2.4 ASPEK SOSIOLINGUISTIK

Sosiolinguistik merupakan ilmu interdisiplin yang berkaitan dengan perhubungan
masyarakat dan bahasa yang diguna pakai dalam komunikasi harian. Dalam pengurusan
bilik darjah mesra budaya, aspek sosiolinguistik merupakan perkara penting apabila
melibatkan kelas yang terdiri daripada murid yang berbagai-bagai kaum. Jadi, guru perlu
selaraskan bahasa yang digunakan di dalam kelas. Seperti yang diketahui, bahasa
pengantar di negara kita adalah Bahasa Melayu. Jadi, guru seharusnya menggunakan
bahasa Melayu yang standard semasa mengajar dan melaksanakan aktiviti PdP.
Menurut Zamri Mahamood, Ruslin Amir & Mohamed Amin Ambi (2015), bahasa Melayu
yang standard merupakan bahasa Melayu yang semestinya diketahui oleh semua kerana
menjadi bahasa kebangsaan Malaysia. Guru hendaklah menggalakkan murid berbincang
dan berinteraksi dengan menggunakan Bahasa Melayu supaya mereka dapat saling
memahami antara satu sama lain sekaligus dapat memupuk semangat perpaduan antara
mereka. Murid yang berlainan bangsa perlu pandai atau faham bahasa melayu agar
mereka juga dapat berkomunikasi dalam proses PdP. Guru haruslah membimbing
mereka supaya mereka dalam memahami objektif pembelajaran disampaikan. Oleh itu,
guru perlulah bijak memilih bahasa yang tepat dan bersesuaian untuk bertutur di dalam
bilik darjah supaya segala arahan dan pengajaran yang diberikan dapat difahami oleh
murid-murid secara keseluruhannya.

4

3.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, pengetahuan tentang pengurusan kelas yang mesra budaya adalah amat
penting kepada semua guru di Malaysia yang merupakan sebuah negara majmuk. Kepelbagaian
sosiobudaya di dalam bilik darjah dapat mempengaruhi gaya pembelajaran bagi setiap murid.
Menurut Turner (2007), guru perlu mempunyai dan meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan
sikap sebagai langkah untuk lebih memahami dan mengajar murid yang bersifat kepelbagaian
ini. Justeru itu, semua warga pendidik perlu menerima tanggungjawab bagi melahirkan bilik
darjah yang mesra budaya. Perancangan bilik darjah yang mesra budaya dapat memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

5

RUJUKAN

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel. (2019). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.
Oxford Fajar.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025 (pendidikan prasekolah hingga lepas menengah). KPM.

Mohd Azhar Abd Hamid. (2004). Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi. PTS Publication &
Distributors Sdn Bhd.

Mok Soon Sang. (2011). Murid dan Alam Belajar. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Turner, M.M., (2007). Multicultural Teacher Attitudes and Cultural Sensitivity: An initial
Exploration of The Experience of Individual in a Unique Alternative Teacher Certification
Program. Thesis Master. University of Notre Dame.

Yasmin Ahmad & Najeemah Mohd Yusof. (2015). Kompentensi Kepelbagaian Budaya dalam
Kalangan Guru Pelbagai Etnik di Sekolah Menengah Kebangsaan di Malaysia. Jurnal
Kepimpinan Pendidikan. Bil 2, Isu 2.

Zamri Mahamood, Ruslin Amir & Mohamed Amin Ambi. (2015). Kepelbagaian Pelajar dan
Perbezaan Pembelajaran. Dewan Bahasa dan Pustaka.


Click to View FlipBook Version