The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MIOR DARUL RIDZUAN BIN KAMARUN ZAMAN Moe, 2020-11-04 10:48:12

MDR SOALAN PRE DAN POS TEST IAB

MDR SOALAN PRE DAN POS TEST IAB

1. Sekolah tuan melaksanakan satu program pembelajaran koperatif yang melibatkan sebuah sekolah di

daerah tuan. Program ini merupakan sesi perkongsian idea di mana murid-murid dari sekolah tersebut
berkongsi kepakaran mereka dalam penguasaan bahasa Inggeris, manakala murid-murid dari sekolah anda
berkongsi kepakaran mereka dalam penguasaan bahasa Melayu. Berdasarkan situasi di atas, apakah jenis
program yang telah dilaksanakan di sekolah tuan?
A. Program jalinan dalam negara (kebangsaan)
B. Program jaringan luar negara (antarabangsa)
C. Program jalinan luar negara (antarabangsa)
D. Program jaringan dalam negara (kebangsaan)

2. Manakah antara berikut merupakan elemen dalam sarana sekolah yang akan meningkatkan penglibatan
ibu bapa dengan pembelajaran anak mereka?
A. Keputusan bersama
B. Iklim sekolah.
C. Tanggungjawab bersama
D. Kerjasama dengan ibu bapa

3. Inisiatif Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah dikatakan mampu mengubah sistem pendidikan negara ke
arah kecemerlangan dan kemenjadian murid kerana:
A. Peningkatan penglibatan ibu bapa dan sekolah ke arah membantu murid berjaya.
B. Peningkatan penglibatan ibu bapa dan sektor swasta ke arah membantu murid berjaya.
C. Peningkatan penglibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta ke arah membantu murid berjaya.
D. Peningkatan penglibatan ibu bapa dan komuniti ke arah membantu murid berjaya.

4. Manakah antara berikut merupakan faktor halangan kepada kejayaan perundingan?
A. Memfokus kepada individu dan bukan pada isu.
B. Membina hubungan yang lebih baik dengan pihak lawan.
C. Memahami lebih dalam akan motif, objektif dan masalah pihak lawan.
D. Mencari penyelesaian menang-menang.

5. Manakah antara berikut merupakan kemahiran utama dalam komunikasi empatik:
A. Kemahiran berunding.
B. Kemahiran mengurus.
C. Kemahiran menyelesai masalah.
D. Kemahiran memberi tindak balas.

6. Pilih pernyataan yang benar tentang kemahiran keusahawanan.
A. Aktiviti peniaga melibatkan pengusaha makanan dan barangan runcit sahaja.
B. Usahawan membeli dan menjual untuk mencari keuntungan
C. Peniaga sentiasa dinamik, kreatif, inovatif dan mengeluarkan barangan yang berkualiti.
D. Aktiviti usahawan merangkumi usaha mencipta, memperbaharui, mengubah suai, memulakan dan

mewujudkan sesuatu.

7. Seorang pemimpin sekolah telah memberi pendedahan mengenai Geran Per Kapita (PCG) dan
kepentingan berbelanja mengikut maksud ditetapkan. Beliau menyatakan untuk membuat pembayaran
perkhidmatan fotostat bagi mata pelajaran Bahasa Melayu sepatutnya menggunakan peruntukan:

A. PCG Mata Pelajaran Bahasa Melayu
B. PCG LPBT
C. PCG Mata Pelajaran Wajib
D. PCG Mata Pelajaran Teras

8. Pengurus sekolah perlu melantik Juruaudit Dalam bagi memastikan wujudnya kawalan dalaman untuk
meningkatkan kecekapan dalam pengurusan kewangan dan perakaunan sekolah. Keberkesanan fungsi
Juruaudit Dalam sekolah boleh dioptimumkan dengan meningkatkan:
A. Keupayaan mengadakan pemeriksaan mengejut secara berkala ke atas peti besi dan peti wang tunai.
B. Keupayaan melaksanakan proses perolehan sekolah.
C. Kemahiran menyediakan dan mengemukakan laporan audit dalam tempoh 30 hari.
D. Kemahiran membuat semakan dokumen dan memastikan prosedur dan peraturan kewangan dipatuhi.

9. Keberkesanan sesuatu program pembangunan profesional berterusan di sekolah dapat dilihat melalui:

A. pandangan daripada rakan sekerja.
B. peserta seronok semasa mengikuti program.
C. hubungan antara peserta bertambah baik.
D. aplikasi kemahiran dalam tugas seharian.

10. Dalam Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB), antara peranan pemikir strategik ialah:
A. menggerakkan komuniti pembelajaran profesional (PLC).
B. membuat penilaian pengajaran.
C. menulis laporan program yang lengkap.
D. mengurus prestasi staf.

11. Pemimpin sekolah perlu menjadi ________________ dalam membentuk organisasinya menjadi sebuah

organisasi pembelajaran di mana semua warga sekolah termasuk pemimpin mesti belajar dan terus belajar.
A. Pengetua cemerlang
B. Pemimpin demokratik
C. Pemimpin transformational

D. Pemimpin pembelajaran

12. Pemimpin sekolah sebagai pemimpin instruksional semestinya melaksanakan ______________________
yang merupakan satu teknik membantu guru memperbaiki kelemahan dan mempertingkatkan
pengendalian pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.
A. Pemantauan pengajaran guru sahaja
B. Penyeliaan sahaja
C. Pemantauan sahaja
D. Pemantauan pengajaran dan pembelajaran

13. Seorang pemimpin sekolah akan mengambil alih kepimpinan sebuah sekolah berprestasi rendah. Salah
satu matlamat utama beliau adalah untuk menilai kualiti guru di sekolah. Beliau boleh memulakan proses ini
dengan:
A. Mengatur guru supaya mematuhi masa instruksional di setiap bilik darjah.
B. Memastikan setiap guru menyelesaikan penilaian kendiri amalan mengajar.
C. Membandingkan gred pelajar dalam setiap mata pelajaran di seluruh sekolah.
D. Menemu bual setiap guru mengenai amalan pengajarannya

14. Penyelia yang berkesan ialah penyelia yang sentiasa:
A. Melihat kelemahan guru yang dibimbingnya.
B. Mementingkan kesempurnaan.
C. Berkomunikasi secara sehala.
D. Berupaya membimbing guru.

15. Bimbingan memberi manfaat kepada sekolah dengan:
A. Mengurangkan beban pemimpin mengurus sekolah.
B. Memastikan fokus kepada kecemerlangan sekolah sahaja
C. Memudahkan pemimpin sekolah dinaikkan pangkat.
D. Meningkatkan komitmen dan kepuasan kerja guru.

16. Analisis punca masalah bertujuan untuk:
A. Mengenal pasti peruntukan kewangan yang diperlukan.
B. Mendalami masalah dan mengenal pasti sebab masalah itu timbul.
C. Menentukan simptom masalah.
D. Memastikan sumber yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah.

17. Pilih pernyataan yang tepat berkaitan Analisis Pareto.
A. Diperkenalkan oleh Kurt Lewin.
B. 80% output daripada sesuatu sistem lazimnya ditentukan oleh 20% input.
C. 20% masalah disiplin sekolah dilakukan oleh 80% murid bermasalah

D. Berasaskan prinsip 20/80.

18. Perkara-perkara yang mesti dilakukan untuk membuat keputusan yang baik ialah:

I. Menyediakan beberapa alternatif
II. Menggunakan pelbagai data dan maklumat yang relevan
III. Menggunakan alat-alat tertentu dalam membuat keputusan
IV. Mengambil semua alternatif untuk dijadikan penyelesaian

A. I, II dan IV sahaja

B. I, III dan IV sahaja

C. II, III dan IV sahaja

D. I, II dan III sahaja

19. Berikut adalah rajah Tulang Ikan Ishikawa yang digunakan dalam proses menyelesaikan masalah. X

ialah:

A. Masalah

B. Manusia

C. Kaedah

D. Sumber

20. Manakah antara perubahan berikut akan dialami oleh setiap warga organisasi bagi kepemimpinan

perubahan yang berkesan?
I. Visi
II. Kognitif
III. Sikap
IV. Amalan

A. II dan IV sahaja

B. I, II dan III sahaja

C. I, II dan IV sahaja

D. I, II, III dan IV

21. Kaedah yang boleh digunakan untuk mendapatkan maklum balas bagi tujuan menyemak semula

tindakan yang telah dilakukan ialah:
I. Mesyuarat post-mortem
II. Soal selidik
III. Temu bual
IV. Peti cadangan

A. I dan II sahaja

B. I, II, III dan IV

C. I, II dan III sahaja

D. II dan III sahaja

22. Alat yang paling sesuai untuk menganalisis punca masalah ialah:
A. Six Thinking Hats
B. Matrik keputusan
C. Rajah Tulang Ikan Ishikawa
D. Analisis SWOT

23. Semasa membuat keputusan dengan menggunakan Six Thinking Hats, Aiman berfokus kepada fakta,
data dan trend untuk memberikan pendapat atau pandangan. Apakah warna topi pemikiran beliau?
A. Biru
B. Putih
C. Hitam
D. Merah

24. Antara pernyataan berikut, yang manakah peraturan melaksanakan sumbang saran?
A. Idea dikemukakan mengikut urutan yang logik.
B. Semua ahli kumpulan bebas untuk menyatakan idea tanpa kritikan daripada ahli kumpulan yang lain.
C. Orang yang mempunyai banyak idea boleh menyatakan pandangannya berulang kali.
D. Ahli-ahli perlu berbincang sebelum mengemukakan sesuatu idea.

25. Pelaksanaan sesuatu program jangka pendek perlu dibuat secara sistematik untuk mencapai hala tuju
melalui inisiatif yang dijana. Manakah antara berikut merujuk pernyataan di atas?
A. Strategik
B. Operasi
C. Kontigensi
D. Taktikal

26. Apakah alat yang digunakan oleh seseorang pemimpin untuk memantau pelaksanaan sesuatu

perancangan?
A. Carta Gantt
B. Senarai semak
C. PInTaS
D. Peta minda

27 Tiga idea utama dalam komuniti PLC merangkumi perkar - perkara berikut
Jawapan : Berfokus kepada pembelajaran murid budaya kolaborasi dan berfokus kepada pencapaian murid.

28. Kewangan
2 salinan baucer 3 tandatangan RM10 000 ke atas


Click to View FlipBook Version