The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL 3.3 MMJ SRUT3 MIOR DARUL RIDZUAN BIN KAMARUN ZAMAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MIOR DARUL RIDZUAN BIN KAMARUN ZAMAN Moe, 2020-06-14 02:49:54

MODUL 3.3 MMJ SRUT3 MIOR DARUL RIDZUAN BIN KAMARUN ZAMAN

MODUL 3.3 MMJ SRUT3 MIOR DARUL RIDZUAN BIN KAMARUN ZAMAN

MODUL 3.3 MEMBINA

JARINGAN & JALINAN

IAB CAWANGAN UTARA

“Sekolah dan Komuniti Berpisah Tiada” bagi SK Kampong Selamat ( SKKS )
program jaringan dan jalinan (JNJ) sentiasa menjadi keutamaan dalam perancangan
takwim persekolahan. Ini kerana, kerjasama dua hala ini telah banyak membantu
merancakkan pelaksanaan program sekolah dari aspek kepakaran sumber manusia
dan kewangan. Bagi merealisasikan takwim persekolahan 2020, perancangan untuk
program JNJ telah dibincangkan bersama “Senior Leader Team” (SLT) dan “Middle
Leader Team” (MLT) berpandukan data 2019. Hasil perbincangan tersebut, kami
telah mengenalpasti 3 isu kritikal bagi SKKS, antaranya,

i. Meningkatkan Peratus Lulus Matematik ii. Meningkatkan Peratus GPS
Murid Tahap 2 Kokurikulum

iii. Pelaksanaan kaedah pembelajaran
koperatif dalam Pengajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc).

MODUL 3.3 MEMBINA

JARINGAN & JALINAN

IAB CAWANGAN UTARA

Bagi mendapatkan mandat dalam pemilihan isu - isu tersebut, jawatankuasa
yang terdiri daripada SLT dan MLT telah melakukakan ‘brainstroming’ dengan
mengemukakan teknik 5W iaitu soalan-soalan seperti “siapa (who)”, “apa (what)”, di
mana (where)”, “bila (when)”, “mengapa (why)” dan “bagaimana (how)” bertujuan
meneroka idea dalam pemilihan isu utama.

Keutamaan dalam memilih isu tersebut dinilai berdasarkan data - data semasa
dan dipilih dengan menggunakan alat - alat membuat keputusan seperti Tulang
Ishikawa, Analisis Swot dan Pokok Diagnostik. Ini dapat dilihat dalam rajah berikut;

Tulang Ishikawa : Peratus GPS Kokurikulum

Pokok Diagnostik : Peratus Lulus Matematik

Analisis SWOT: Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Koperatif

MODUL 3.3 MEMBINA

JARINGAN & JALINAN

IAB CAWANGAN UTARA

Akhirnya berdasarkan dapatan tersebut, jawatankuasa menggunakan Matrik
keputusan untuk memilih satu isu utama bagi program JNJ.

Jawatankuasa sebulat suara memilih Pelaksanaan kaedah pembelajaran
koperatif dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) sebagai isu utama yang
perlu dilaksanakan.

Jawatankuasa memilih isu tersebut sebagai keutamaan kerana selaras dengan
kehendak KPM kini iaitu menekankan PdPc berasaskan PAK21. Melalui pendekatan
pembelajaran koperatif ini diyakini ianya secara tidak langsung akan memberi impak
kepada pencapaian akademik dan kokurikulum murid. Ini kerana pengajaran dan
pembelajaran koperatif ini jika dipraktikkan dengan kaedah yang betul murid akan
menjadi lebih aktif dan akan meningkatkan akauntabiliti murid, interaksi kumpulan
dan kemahiran sosial akan tercapai dan menjadikan pembelajaran murid lebih
bermakna.Aspek ini juga diberi penekanan kerana ia akan menjadikan pengajaran
guru lebih bermakna dan yang pastinya akan meningkatkan prestasi murid dan
melahirkan murid yang berketrampilan, berilmu pengetahuan, berfikiran kreatif dan
kritis .

MODUL 3.3 MEMBINA

JARINGAN & JALINAN

IAB CAWANGAN UTARA

Pemilihan isu ini juga diyakini mampu dapat mengatasi masalah yang dihadapi
dalam 2 isu lain yang dibincangkan sebelum ini. Ini kerana dengan pembelajaran
koperatif membuatkan teknik pengajaran guru lebih menarik yang mampu
meningkatkan minat murid dan mampu meningkatkan pencapaian matematik dan
GPS bagi PAJSK Kokurikulum mereka.

Bagi memastikan pelaksanaan pembelajaran koperatif ini dilaksanakan secara
JNJ dikalangan guru dengan pihak luar, jawatankuasa telah merancang dengan
menyediakan One Page Project Manager ( OPPM ) sebagai panduan untuk
merangka dan menetapkan beberapa intervensi. Di dalam OPPM tersebut dilengkapi
dengan senarai aktiviti, tanggungjawab,kos dan tarikh pelaksanaan yang dijadikan
rujukan.

Jadual OPPM bagi Program Jaringan dan Jalinan Sekolah

SKKS merupakan anak angkat bagi PINTAR Foundation di bawah sektor koperat
Tenaga Nasional Berhad ( TNB ), dengan menggunakan peluang yang ada, SKKS
telah merancang untuk mengadakan program Jaringan bersama - sama Sekolah
Antarabangsa yang terdapat di Pulau Pinang antaranya Tenby International School.

MODUL 3.3 MEMBINA

JARINGAN & JALINAN

IAB CAWANGAN UTARA

Ini kerana berdasarkan peluang yang ada, iaitu salah seorang daripada guru
kami mempunyai abang yang mengajar di situ. Kami telah menghubungi pihak
pengurusan Sekolah Tenby untuk mengadakan program jaringan dan memeterai
Memorendum Of Understanding ( MOU ) . Berdasarkan perjanjian tersebut,pihak
sekolah akan membuat lawatan penanda aras ke sekolah antarabangsa Tenby .Guru
- guru dapat melihat kaedah pembelajaran koperatif murid yang dilaksanakan.

Manakala bagi program Jalinan pula SKKS akan mengadakan hubungan dengan
RITE Education dan Iinstitut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun. Kami sedia
maklum kedua - dua agensi ini mempunyai kepakaran dalam bidang latihan kepada
guru dalam pembelajaran koperatif. Sehubungan itu, bagi menjayakan intervensi ini,
pihak sekolah terlebih dahulu akan meminta sumbangan dana daripada TNB bagi
mengadakan Program Jalinan bersama RITE Education dan IPG. Kemudian selepas
mendapat dana , Guru Besar serta barisan SLT akan menghubungi pihak RITE
Education dengan bantuan daripada Pegawai PINTAR Foundation yang kami kenali.
Perjanjian Jalinan bersama RITE Education dimeterai dihadapan pegawai TNB
sebagai menghargai dana yang diberi. Guru - guru akan mengikuti bengkel yang
dilaksanakan oleh RITE Education secara kolaboratif dan berterusan.

Bagi mengekalkan hubungan JNJ ini pihak sekolah telah mewujudkan
jawatankuasa JNJ yang bertujuan mengekalkan hubungan dengan cara berhubung
secara maya termasuk facebook, video conference, skype, Google Meet dan lain -
lain media bagi perkongsian ilmu.

Disamping itu, sekiranya sekolah ada menganjurkan program-program penting
seperti Hari sukan, Hari Apresiasi kami akan menjemput sekolah atau agensi yang
terlibat dengan JNJ bersama sebagai tetamu kehormat atau perasmi program.Begitu
juga laporan aktiviti dan impak daripada pelaksanaan program bersama perlu
dihantar sesalinan sebagai rujukan dan rekod kepada mereka bagi mengekalkan
hubungan dalam istilah lain sentiasa “ Keep In Touch”.


Click to View FlipBook Version