The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MIOR DARUL RIDZUAN BIN KAMARUN ZAMAN Moe, 2020-05-04 06:36:42

MODUL 2 MENERAJUI PERUBAHAN

TUGASAN ASSIGNMENT

MIOR DARUL RIDZUAN BIN KAMARUN ZAMAN
SRUT 3 IAB CAWANGAN UTARA

MODUL 2 - MENERAJUI PERUBAHAN

RUMUSAN AMALAN

SESEORANG PEMIMPIN SEKOLAH

i. MEMIMPIN PERUBAHAN
ii. MEMBUAT SESUATU KEPUTUSAN
iii. MENYELESAIKAN MASALAH TERTENTU

RUMUSAN : MEMIMPIN PERUBAHAN

Berdasarkan pembacaan saya melalui modul e-Npqel, e-Resos dan
sumber - sumber lain jelas menerangkan kejayaan sesebuah sekolah dinilai
melalui kepimpinan oleh seorang pentadbir yang mampu mencorak dan
memandu hala tuju sekolah tersebut. Seseorang pemimpin perlu sedar
bahawa perubahan merupakan suatu proses untuk mengubah keadaan atau
situasi supaya menjadi lebih baik samada dari segi keberkesanan dalam
proses kerja , memposisikan organisasi supaya mendahului pesaing dan
penambahbaikan berterusan terhadap produk yang dikeluarkan.

Setiap perubahan yang hendak dilakukan oleh seseorang pemimpin
perlulah mempunyai panduan sebagai rujukan, jelas menunjukkan
kebanyakannya pemimpin sekolah menggunakan Model Kotter ( 8 Steps
Model Of Change ) ataupun Teori Perubahan Michael Fullan ( Six Secrets of
Change - 2005 ) dalam memandu memimpin perubahan sekolah ke
landasan yang betul.

8 AMALAN SESEORANG
DALAM MEMIMPIN PERUBAHAN DI SEKOLAH

MODEL KOTTER

1. Mewujudkan kesegaran/kesedaran untuk berubah

2. Membentuk pasukan yang kuat Membudayakan
perubahan
3. Membina VISI Mengukuhkan Mewujudkan
4. Menyampai/Menyebarkan Visi Perubahan penambahbaikan 8 Langkah kesegaran/kesedaran
5. Menurukan kuasa kepada warga sekolah Memimpin
6. Membentuk kejayaan jangka pendek Membentuk Perubahan untuk berubah
7.Mengukuhkan penambahbaikan kejayaan jangka
8. Membudayakan perubahan Kotter Membentuk
pendek pasukan yang

Menurukan kuasa kuat
kepada warga
sekolah Membina VISI

Menyampai /
Menyebarkan Visi

Perubahan

6 RAHSIA
MEMIMPIN PERUBAHAN DI SEKOLAH

BERDASARKAN FULLAN ( 2005)

1. Love your employees ( Sayangi pekerja anda )

2. Connect peers with purpose ( bina hubungan sesama rakan sekerja
berdasarkan satu tujuan yang sama )

3. Prevail capacity building ( serlahkan pembinaan kapasiti individu )

4. Learning while doing the work ( belajar sambil membuat kerja )

5. Practice transparency rules (amalkan ketelusan)

6. Stimulate systems learn (rangsangkan system yang menggalakkan
pembelajaran)

Kesimpulannya, berdasarkan model Kotter dan teori Fullan saya
berkeyakinan sekiranya Guru Besar ingin memimpin perubahan kedua - dua
teori ini boleh dijadikan sebagai rujukan utama tetapi harus diingat pemimpin
perubahan bukanlah suatu kerja yang mudah tetapi kemampuan dan
kebolehan yang ada pada pemimpin membolehkan mereka untuk melakukan
perubahan dengan berkesan. Pemimpin juga perlu sedar dan yakin akan
terdapat kebaikan di sebalik perubahan yang dilakukan. Apa yang penting
sebelum memimpin perubahan perlu mematuhi konsep “Plan - Do - Check -
Action ( PDCA) dan menjadikan perubahan yang positif sebagai amalan
organisasi.

RUMUSAN : MEMBUAT SESUATU KEPUTUSAN

Membuat sesuatu keputusan adalah salah satu keperluan yang perlu
ada kepada seseorang pemimpin yang bertujuan untuk menyelesaikan sesuatu
perkara. Seseorang pemimpin perlu melakukan pelbagai kaedah dalam
membuat keputusan agar permasalahan yang wujud dapat diminimakan dan
diselesaikan dengan cara berhemah dan memastikan semua unsur-unsur yang
wujud dapat dikawal.

Terdapat tiga aspek yang diambilkira dalam membuat keputusan iaitu;

1.Membuat keputusan dalam keadaan kepastian
2.Membuat keputusan dalam keadaan ketidakpastian
3. Membuat keputusan dalam keadaan berisiko.

Proses Membuat Keputusan merupakan aspek yang paling penting
untuk kesempurnaan dalam bidang pengurusan bagi sesebuah organisasi.
Menurut Griffin (2015), membuat keputusan ialah tindakan untuk memilih
satu alternatif daripada satu set alternatif. Proses membuat keputusan
termasuk memahami situasi, mengenalpasti alternatif, memilih alternatif
terbaik dan menjadikannya amalan.

Melalui pembacaan, saya mendapati 4. Menjadikan Satu Amalan TINDAKAN
majoriti pendapat menyatakan bagi seseorang 3. Memilih Alternatif Tebaik UNTUK MEMBUAT
pemimpin perubahan untuk membuat keputusan 2. Mengenalpasti Alternatif
akan melalui proses yang sama seperti yang KEPUTUSAN
utarakan oleh Griffin ( 2015).

1. Memahami Situasi

Di samping itu, terdapat juga beberapa alat/teknik yang sesuai
boleh digunakan oleh seseorang pemimpin dalam membuat sebarang
keputusan antaranya ;

Bagi pendapat saya, alat/teknik
yang sesuai ini boleh dijadikan sebagai idea
bagi membuat keputusan. Melalui data/fakta
yang diperolehi daripada alat tersebut boleh
dilakukan melalui teknik sumbangsaran.

Kaedah ini menggalakkan seseorang pemimpin mengambil
kira alternaif dalam membentuk keputusan dan membantu pasukan
menentukan keutamaan yang akan diambil tindakan dalam membuat
keputusan dan seterusnya menjadikannya sebagai amalan.

Pada pendapat saya , pemimpin sekolah juga seharusnya mengamalkan
kepimpinan kolaboratif dengan menjadikan guru - guru sebagai sumber paling
berharga kepada sekolah kerana mereka mempunyai kepelbagaian dari segi
pengalaman, pengetahuan pedagogi, kemahiran dan maklumat yang boleh
dikongsi bersama.Keputusan secara kolaboratif ini boleh digunapakai dalam
membuat keputusan agar kesalahan dirinya sebagai pembuat keputusan boleh
dikurangkan

Kesimpulannya , dalam membuat keputusan, perkara yang penting sekali
ialah melihat situasi dan risiko yang wujud selepas itu. Pemimpin yang baik akan
mengurangkan risiko dan cuba mendapatkan keuntungan atau faedah yang lebih dalam
membuat keputusan. Apapun yang diputuskan ia akan menentukan kelangsungan
sesebuah organisasi. Sebagai pembuat keputusan, pemimpin organisasi perlu
memastikan agar sebarang tindakan yang digunakan itu memberi kesan kepada
organisasi dan menjadikan perkara negatif kepada positif.

RUMUSAN : MENYELESAIKAN MASALAH

Menyelesaikan masalah merupakan kemahiran yang penting kepada
pemimpin sekolah dan semua warga pendidik dalam usaha menambah baik
sekolah. Setiap pemimpin perlu membimbing guru-guru seliaanya supaya
bukan sahaja berkebolehan menggunakan alat dan teknik serta cara-cara
untuk menyelesaikan masalah, bahkan perlu juga menanam kesedaran
tentang bagaimana proses penyelesaian masalah mampu meningkatkan kualiti
peribadi mereka seterusnya membangunkan sekolah secara berterusan.

Melalui penyelesaian masalah , seorang pemimpin dapat melakukan
analisis jurang antara situasi semasa dengan matlamat yang hendak dicapai .
Setelah mengenalpasti punca dan membuat pilihan yang terbaik melalui alat
dan teknik yang tertentu bagi menentukan skor bagi setiap idea yang
dikemukakan dan memilih idea dengan skor yang paling terbaik.

Sebagai bahan rujukan , Chang dan Kelly (1993) mengemukakan
penyelesaian masalah menggunakan enam langkah yang boleh kita jadikan
panduan dalam kemahiran penyelesaian masalah . Antaranya ;

1 Memahami masalah- iaitu dengan melakukan analisis jurang
antara situasi semasa dengan matlamat yang hendak dicapai.

2 Analisis punca masalah secara mendalam dilakukan untuk mencari
punca sebenar masalah

3 Kenalpasti penyelesaian yang mungkin iaitu dengan mengenalpasti beberapa
alternatif bagi menyelesaikan masalah.

4 Memilih penyelesaian terbaik dengan menentukan skor bagi setiap idea
dikemukakan dan memilih idea dengan skor terbaik.

5 Membina pelan tindakan bagi melaksanakan penyelesaian yang dipilih. Kandungan pelan termasuklah
anggaran tempoh selesai dan jumlah kos yang diperlukan. Pelan Kontigensi juga dirangka

6 Melaksanakan penyelesaian dan menilai kemajuan. Proses ini berlaku secara berterusan dan dipantau
serta dinilai dari semasa ke semasa sehingga berjaya diselesaikan.

Bagi membantu pemimpin sekolah mengenal pasti punca sebenar
masalah dan untuk menyelesaikannya beberapa alat yang sama seperti
teknik/alat membuat keputusan boleh digunakan antaranya 5W 1H, 5Why s,
Rajah Tulang Ikan, dan Diamond Nine, Semua alat ini boleh digunakan
melalui teknik sumbang saran.

Kesimpulannya, permasalahan dan kemajuan sekolah bukan lagi
terletak pada bahu seseorang pemimpin tetapi perlu dihayati dan digalas
bersama oleh semua kakitangan dalam institusi tersebut. Justeru,
pemimmpin sekolah perlu berkemampuan untuk mewujudkan suasana
persekitaran sekolah yang kondusif dengan gandingan tenaga semua
kakitangan khususnya para guru agar dapat melahirkan sekolah yang
cemerlang.

APNETRABRAANRDUINMGUASNAN

MEMIMPIN PERUBAHAN/MENYELESAIKAN MASALAH/MEMBUAT KEPUTUSAN

DENGAN AMALAN SEDIA ADA DI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Kampong Selamat merupakan sekolah yang
terletak bersempadan dengan negeri Kedah. Etos sekolah ini dalam bidang
akademik ialah bahasa Melayu manakala dalam bidang kokurikulum ialah
permainan hoki. Sekolah ini mempunyai Persatuan Ibubapa dan Guru yang
sentiasa memberi sokongan dalam aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah.

Pada tahun 2019 merupakan tahun terakhir bagi perancangan strategik SKKS.
Ini bermakna pada tahun 2020 merupakan titik baru bagi perancangan sekolah untuk
tempoh 3 tahun. Ciri - ciri memimpin perubahan jelas ditonjolkan oleh Guru Besar SKKS
dimana beliau telah menetapkan semua jawatankuasa 2019 untuk membuat
perancangan strategik seperti panduan yang telah ditetapkan oleh beliau.

Di dalam sub bidang tertentu beliau meminta semua Senior Leader Team ( SLT ) menetapkan Key
Performance Indek (KPI ) bersama Middle Leader Team ( MLT ) sebelum SLT dipanggil bermesyuarat
bersama beliau. Pelbagai program yang dirancang perlu mendapat persetujuan daripada beliau sebelum
perancangan strategik dibukukan.

Bagi mengeratkan hubungan diantara warga sekolah, beliau memang
seorang yang mempunyai banyak aktiviti. Memang hobi beliau dengan aktiviti
luar. Sepanjang hampir 2 tahun beliau berada di SKKS pelbagai aktiviti team
building dilaksanakan termasuklah lawatan di dalam dan luar negara.Motto yang
cuba diterapkan kepada semua warga sekolah #muafakatmembawaberkat#

Penglibatan beliau yang aktif dalam bidang kokurikulum iaitu sukan permainan
hoki dengan dibantu oleh guru yang begitu komited dalam sukan ini telah menjadikan
SKKS antara pasukan hoki yang terkuat peringkat daerah SPU. Setiap tahun akan ada
sekurang kurangnya 2 orang murid akan mewakili negeri ke pertandingan peringkat
kebangsaan.

Meraikan kemenangan sudah menjadi rutin mingguan kepada SKKS, boleh dikatakan setiap
minggu ada saja murid akan diberi penghargaan sebagai pengiktirafan kejayaan. Begitu juga dengan guru
yang menjadi guru pengiring sesuatu pertandingan turut diberi penghargaan.

Dalam membudayakan sesuatu perubahan, contohnya membudayakan
dokumentasi bagi setiap program. Sekolah telah menetapkan setiap kali selepas
program guru perlu menyediakan One Page Report (OPR). Disini beliau sering
kali mengingatkan semua guru supaya menghantar kepada pentadbir yang
berkaitan. Setiap kali dalam tazkirah pada pagi Jumaat akan dimaklumkan
kepada semua guru supaya menghantar OPR kini telah menjadi budaya kepada
semua guru.

Membina hubungan sesama rakan sekerja berdasarkan tujuan yang sama. Sebagai
memimpin perubahan, Guru Besar sentiasa menggalakkan guru - guru mengadakan
Profesional Learning Comunity ( PLC) bagi membincangkan isu - isu berkaitan akademik
dan peningkatan sahsiah murid. Dalam membina hubungan ini tidak dinafikan ada juga guru
yang akan menongkah arus, bagi mengatasi masalah ini beliau akan memanggil berbincang
di dalam biliknya untuk mengetahui masalah dan cuba meyelesaikannya.

Pada kebiasaanya dalam membuat keputusan , Guru Besar akan
menerima pendapat orang yang berkaitan. Jarang sekali keputusan diambil
secara sendiri kecuali keputusan yang pasti. Dalam membuat keputusan beliau
biasanya akan berbincang bersama semua SLT bergantung kepada isu.
Contohnya keputusan untuk menjadikan SKKS sebagai sebuah Sekolah
Pembelajaran Koperatif.

Perbincangan awal akan dibuat bersama SLT dan MLT sebelum di
bawa ke mesyuarat bersama semua guru. Jika diikutkan amalan dalam
membuat keputusan banyak alat/teknik digunakan sebagai aktiviti
sumbangsaran untuk dijadikan panduan dalam perbincangan. Tetapi ini
sebaliknya berlaku di SKKS, kami tidak pernah menggunakan alat - alat tersebut
sebagai alternatif untuk perbincangan secara mendalam. Hanya menjalankan
mesyuarat sekadar bertanya pendapat dan menjalankan perbincangan sahaja.

Dialog prestasi digunakan untuk menyelesaikan masalah, ini merujuk
kepada pencapaian Pentaksiran Pengesanan Awal ( PPA ) bagi murid Tahun 6.
SKKS melalui unit kurikulum akan berbincang terlebih dahulu bersama guru
subjek teras Tahun 6 dalam mengenalpasti masalah pencapaian akademik murid.

Perbincangan awal ini adalah sebagai persediaan sebelum
dibentangkan data kepada semua jawatankuasa peningkatan akademik. Ini
selari dengan amalan penyelesaian masalah yang digariskan oleh Chang &
Kelly ( 1993). Guru- guru diminta memahami masalah, membuat analisis punca
masalah, mengenalpasti penyelesaian yang mungkin. Kemudian di dalam
mesyuarat jawatankuasa perbincangan dijalankan untuk memilih penyelesaian
terbaik seterusnya membina pelan tindakan dan melaksanakan penyelesaian
dan menilai kemajuan.

Membuat keputusan juga memerlukan alat/teknik yang bersesuaian
seperti rajah tulang ikan, W5H1, 5 Whys, Analisis Pareto, Matriks Keputusan dan
sebagainya. Kesemua alat/teknik tersebut jarang sekali digunakan di SKKS
dalam membuat keputusan. Dalam membuat keputusan SKKS lebih kepada
pendapat dan persetujuan ramai dalam sesuatu mesyuarat.

Kesimpulannya, semua amalan kepimpinan dalam usaha memimpin
perubahan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah perlu diaplikasikan oleh
seorang pemimpin bak ungkapan Fred Hechinger yang merumuskan peri pentingnya
amalan kepimpinan yang berkesan dalam membawa sekolah ke arah kejayaan adalah:

“Saya belum pernah melihat sekolah yang maju ditadbir oleh guru besar yang lemah, atau sekolah
yang mundur ditadbir oleh guru besar yang cekap. Saya pernah melihat sekolah-sekolah yang mundur
berjaya dimajukan, dan yang menyedihkan, ada sekolah-sekolah yang maju merosot dengan mendadak.
Dalam setiap kes, jatuh bangun sesebuah sekolah adalah kerana kualiti guru besarnya”(Davis & Thomas
1989:17).

PENAMBAHBAIKAN

YANG PERLU DILAKSANAKAN & BAGAIMANA BOLEH DILAKUKAN DI SEKOLAH

SK KAMPONG SELAMAT

Sebagai PK Pentadbiran saya akan memberi fokus penambahbaikan
dalam bidang akademik . Tumpuan diberi kepada Standard 4 SKPMg2
( Standard Kualiti Pendidikan Malaysia gelombang 2 ) iaitu Pengajaran dan
Pemudahcaraan (PdPc) yang berfokuskan kepada Pembelajaran Abad ke
21( PAK21) dan Pembelajaran Koperatif.

Bagi menjayakan hasrat tersebut saya akan menggunakan sepenuhya model
Kotter dalam memimpin perubahan.Pertama, dengan sokongan daripada Guru Besar
berdasarkan analisis SWOT kami akan menetapkan visi dalam membuat perubahan
tersebut. Dimana visi ini akan acapkali diperkatakan kepada guru supaya tindakan tidak
tersasar daripada matlamat organisasi yang telah ditetapkan.Visi ini juga akan
disebarluaskan supaya semua pemegang taruh faham hala tuju sekolah.

Memberi Kesedaran tentang peri penting PAK21 dan pembelajaran koperatif kepada guru dengan cara
memaparkan data yang diperolehi daripada pencerapan kendiri guru dan menjelaskan akibat sekiranya guru -
guru tidak melaksanakan PAK21 dalam PdPc.

Bagi meningkatkan kompetensi guru dalam PdPc PAK21 dan
pembelajaran koperatif ,guru- guru digalakkan untuk mengikuti kursus/bengkel
yang dianjurkan oleh IPG /JPN/PPD. Disamping itu guru yang menghadiri kursus
PAK21 diminta memberi 'inhouse training' kepada semua guru. Tidak dinafikan
bukan semua perancangan yang dibuat akan disokong oleh semua guru, bagi
mengatasi masalah ini guru terlibat akan dipanggil secara personal dan
diterangkan secara lebih terperinci dari segi aspek kesan dan akibat perubahan
yang akan dilaksanakan.

Kejayaan awal boleh dilihat melalui, pemantauan oleh beberapa jawatankuasa
yang dilantik melibatkan guru berpengalaman dan guru muda. Pemantauan pelaksanaan
PAK21 dan pembelajaran koperatif boleh diagihkan kepada MLT iaitu ketua - ketua panitia. Guru yang
menunjukkan role model yang baik dalam PdPc akan diberikan pengiktirafan. Bagi mengukuhkan
penambahbaikan data yang diperolehi daripada MLT melalui pencerapan PdPc boleh dijadikan sebagai
analisis untuk melakukan sebarang perubahan atau penambahbaikan.

Dalam proses penyelesaian masalah seorang pemimpin harus
menggunakan proses penyelesaian secara berperingkat dengan menggunakan
alatan dan teknik untuk penyelesaian masalah yang berkesan .Sebagai proses
pertama yang perlu dijalankan adalah memahami masalah dengan membuat
analisis jurang antara situasi samaada selaras ataupun tidak dengan matlamat
dan visi yang hendak dicapai.

Perbincangan bersama semua jawatankuasa dan semua guru juga akan
dilaksnakan bagi memastikan masalah yang dihadapi semasa pelaksanaan PdPc PAK21
dan pembelajaran koperatif. Sebelum ini warga SKKS jarang sekali menggunakan
alat/teknik seperti Matrik keputusan, rajah tulang ikan, diamond nine, 6 topi pemikiran,
5W 1H, 5 Whys, dan lain - lain akan digunapakai membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah. Teknik sumbangsaran juga akan diperkenalkan kepada semua
guru, supaya semuanya ambik cakna mengenai hala tuju sekolah.

Tidak ketinggalan , teori Fullan 'Six Secret Of Change' juga boleh saya
jadikan sebagai panduan untuk memimpin perubahan. Misalnya menyayangi
pekerja. Iaitu sebagi pentadbir kita seharusnya mengambil cakna di atas
perubahan yang berlaku di kalangan warga kerja kita. Sikap mengambil berat ini
akan mengeratkan lagi hubungan di antara seorang pemimpin dengan guru -
guru atau kakitangannnya. Keprihatinan terhadap guru , mengetahui masalah
yang dihadapi oleh guru, bertanya khabar mengenai pelaksanaan PAK21 dan
pembelajaran koperatif menjadikan guru merasakan disayangi dan dihargai.

Kesimpulannya, sebagai seorang pemimpin saya seharusnya berani memimpin
perubahan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Anjakan paradigma dari
aspek kepimpinan perlu dilakukan selaras dengan perkembangan dunia pendidikan kini
ke arah revolusi industi 4.0. Saya juga perlu sentiasa bersedia untuk berubah dan
berusaha memajukan diri ke arah yang lebih baik bagi mendapat sokongan dari warga
sekolah dan pemegang taruh supaya mereka yakin dengan perubahan yang akan
dijayakan, Insyaallah.

Rujukan

http://madzani.blogspot.com/2013/01/membuat-keputusan-persekitaran.html

http://npqel.iab.edu.my/course/view.php?id=31&section=3
https://richworksnow.com/4-cara-paling-efektif-seorang-pemimpin-dalam-
menyelesaikan-masalah/
https://sainshumanika.utm.my/index.php/sainshumanika/article/viewFile/488/442
http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwP2/Raja%20Maizatul%20Wi
zana%20Binti%20Raja%20Mansor.TP.pdf


Click to View FlipBook Version