The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MIOR DARUL RIDZUAN BIN KAMARUN ZAMAN Moe, 2020-05-30 22:23:39

Komen Pn. Koay IABU

TUGASAN KEWANGAN

Komen Pn. Koay

Lampiran 1

Tahniah tuan telah dapat menyediakan anggaran belanjawan dengan baik

Namun boleh ditambahbaik seperti berikut:

1. Bidang salah : Pilih satu bidang fokus sahaja (Pentadbiran/ Kokurikulum/ Hal Ehwal Murid) – rujuk
arahan tugasan 3(e)

2. Sumbangan PIBG : Diruangan Catatan nyatakan persetujuan/ minit mesyuarat daripada PIBG

Peringatan : Anggaran Belanjawan untuk sesuatu aktiviti/ program/ projek perlu disertakan bersama
dengan Kertas Kerja yang berkaitan sebagai sokongan.

Lampiran 2

JADUAL 1: AGIHAN PCG MATA PELAJARAN TERAS

1. Tahniah tuan telah dapat membuat pengiraan yang tepat bagi PCG Mata Pelajaran Teras

2. Jumlah (RM) Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Kesenian dan Reka Bentuk dan Teknologi
dikira dengan tepat.

3. Mata pelajaran Sejarah juga telah dikira dengan tepat.

4. %agihan colum pertama dikira dengan tepat

5. %agihan colum kedua bagi Bil. 5 hingga 9 betul tetapi digalakkan menggunakan %agihan yang dapat
memberi amaun (RM) angka bulat/ tiada titik perpuluhan/tidak perlu dibundarkan. %agihan yang
memberi amaun yg tepat.

Cth : Pendidikan Islam : RM2,280 x 37% = RM843.60 tetapi tuan bundarkan kepada RM840.00. Lebih
tepat ambil %agihan yang tidak perlu bundarkan amaunnya.

6. Justifikasi yang diberikan kurang jelas : Perlu berikan justifikasi yang jelas berkaitan % agihan colum
kedua bagi Bil. 4 hingga 9. Nyatakan juga perbincangan di dalam mesyuarat apa/ tarikh mesyuarat /
mesyuarat bilangan berapa.

Peringatan : Pengurusan belanjawan mesti dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan
Kewangan Dan Akaun (JPKA)

ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUN 2020 : PANITIA __________________

Tahniah tuan dapat sediakan anggaran perbelanjaan yang baik.

Boleh ditambahbaik seperti berikut:

1. Baki Awal : Di colum catatan nyatakan perkara yang berkaitan contoh : Tiada baki dari tahun lepas/
Peruntukan tahun lepas %100 dibelanjakan/ Tiada baki akhir bagi 31.12.2019

2. Perbelanjaan : Sekiranya diruangan Perkara hanya menyatakan nama aktiviti/program/ projek maka
diruangan Catatan perlu dinyatakan dengan jelas jenis perbelanjaan. Contoh : sewa tempat dan PA
sistem, alat tulis, makan minum murid dan sebagainya.

Peringatan : Anggaran Perbelanjaan untuk sesuatu aktiviti/ program/ projek perlu disertakan bersama
dengan Kertas Kerja yang berkaitan sebagai sokongan.

Nota Minta

Perlu penambahbaikan seperti berikut:

1. Tarikh Nota Minta : Mesti sama dengan tarikh tandatangan pemohon

2. Tarikh cop TELAH BAYAR : Mesti sama dengan tarikh cop TELAH BAYAR di Pesanan Sekolah

3. Permohonan di atas Diluluskan/ tidak diluluskan (potong mana yang tidak berkenaan)

Amalan yang baik :

1. Nota Minta disediakan dalam 2 salinan :

i. Satu salinan disimpan dalam fail oleh pemohon mengikut nombor rujukan yang berturutan.

ii. Satu salinan diserahkan kepada unit kewangan sekolah/ PT Kew

2. Nota Minta perlu diampirkan bersama dengan kertas kerja yang berkaitan sebagai sokongan.

3. Salinan Nota Minta di dalam fail pemohon perlu dicop TELAH BAYAR setelah barang/ perkhidmatan
diterima/dilaksanakan dan pembayaran telah disempurnakan

Pesanan Sekolah

Tahniah tuan telah dapat menyediakan Pesanan Sekolah dengan baik

Boleh ditambahbaik seperti berikut:

1. Sila bekalkan barang-barang/ laksanakan kerja (potong mana yang tidak berkenaan)…….kepada/untuk
(potong mana yang tidak berkenaan)

2. PERAKUAN MENGENAI MUTU

Saya memperakui bahawa……………………………………………………………… mengikut surat
tuan…………………..bertarikh ……………..(tarikh 22 April 2020) salah [sekiranya potong *surat saya - tarikh
mesti sama ikut Pesanan Sekolah iaitu mengikut tarikh Guru Besar tandatangan = 20 April 2020]

3. PERAKUAN

(1) …….dikeluarkan untuk terus digunakan/disimpan dan didaftarkan dalam (no. rujukan)……. : (potong
mana yang tidak berkenaan) . Jika potong disimpan dan didaftarkan dalam (no. rujukan) tidak perlu
catatkan no. rujukan.

Amalan yang baik :

1. Diruangan : Sila bekalkan barang-barang/laksanakan kerja yang tersebut di bawah
ini kepada/ untuk

Selain nama dan alamat sekolah, nyatakan juga nama pemohon dan nombor telefon

2. Diruangan : Jumlah (dalam perkataan) : Ringgit Malaysia__________________

Selepas perkataan sahaja ditandatangan ringkas. Contoh Dua ratus empat puluh sahaja (ada tandatangan
ringkas)


Click to View FlipBook Version