The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL 3.2 MK SRUT3 MIOR DARUL RIDZUAN BIN KAMARUN ZAMAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MIOR DARUL RIDZUAN BIN KAMARUN ZAMAN Moe, 2020-06-06 05:26:43

MODUL 3.2 MK SRUT3 MIOR DARUL RIDZUAN BIN KAMARUN ZAMAN

MODUL 3.2 MK SRUT3 MIOR DARUL RIDZUAN BIN KAMARUN ZAMAN

INSTITUT AMINUDIN BAKI CAWANGAN UTARA

JALAN ILMU BANDAR DARUL AMAN, 06000 JITRA KEDAH

TAJUK

KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL ( PLC )
MEMBANTU MENINGKATKAN

PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU

DALAM PEDAGOGI KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF

NAMA : MIOR DARUL RIDZUAN BIN KAMARUN ZAMAN
KUMPULAN : SRUT 3

Pembelajaran Abad Ke-21 merupakan suatu bentuk transformasi dalam
sistem pendidikan negara yang menuntut perubahan terutamanya dalam
bidang pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, saya akan membincangkan
mengenai isu sekolah saya yang berkaitan dengan usaha untuk
mencemerlangkan akademik yang berfokus kepada pemantapan ilmu
pedagogi guru mengggunakan kaedah pembelajaran koperatif dalam
Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).

Pihak sekolah telah menekankan beberapa kaedah pembelajaran
koperatif yang perlu dilaksanakan oleh guru sewaktu PdPc antaranya;
- Shoulder Partner dan Face Partner
- Pass the papper
- Quiz - Quiz Trade
- Badminton
- Popcorn
- Aktiviti Lain

Berdasarkan data yang diperolehi dalam tempoh 3 bulan persekolahan
sesi 2020 didapati sebilangan besar, guru mengajar tidak menggunakan
kaedah pembelajaran koperatif. Data ini diperolehi daripada borang Google
Form ( Rujuk rajah di bawah ) yang dibina dan berdasarkan pencerapan PdPc
bagi tempoh 3 bulan persekolahan.

1

Bagi membangunkan kapasiti guru , pihak pengurusan telah
mengenalpasti seramai 19 daripada 44 orang guru memerlukan latihan dalam
memantapkan pedagogi pembelajaran koperatif. Sehubungan itu, inisaitif
membentuk Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) difikirkan bagi
memantapkan pedagogi pembelajaran koperatif guru. Kami pihak
pengurusan mengadakan soal selidik mengenai tahap pengetahuan guru -
guru mengenai aktiviti - aktiviti pembelajaran koperatif. Terdapat peningkatan
jumlah guru yang ingin melibatkan diri sebagai mentee untuk belajar kaedah
pembelajaran koperatif. Kami juga telah mengenalpasti guru - guru yang boleh
dijadikan mentor ( pembimbing ). Bagi memastikan pelaksanaan PLC
memberi impak yang baik, beberapa langkah telah diambil antaranya;

- Membuat analisis SWOT

2

- Mengadakan mesyuarat bersama jawatankuasa
- Memberi taklimat pelaksanaan kepada semua guru
- Menetapkan jadual pencerapan dan Learning Walk
- Menetapkan 2 strategi PLC yang akan diaplikasikan iaitu

I. Dialog Refleksi
- kritikan video

Ii. Perkongsian amalan terbaik
- Jelajah Pembelajaran ( Learning Walk)
- Bimbingan Rakan Sekerja
- Belajar menggunakan pengajaran harian

Perancangan pembangunan kapasiti guru ini melalui pelaksanaan PLC
telah dirangka diawal persekolahan sesi 2020 seperti yang tertera di kerangka
jadual di bawah.

3

Perbincangan dijalankan bersama jawatankuasa PLC dan setiausaha LDP
bagi mereka bentuk Program Latihan. Berdasarkan soal selidik melalui Google
Forms PLC dan data yang dikumpul ( Pencerapan PdPc dan analisis SWOT )
satu sesi taklimat berkenaan program iaitu Pembelajaran Koperatif di dalam
kelas dan pelaksanaan aktivti PLC dimaklumkan kepada semua warga guru SK
Kampong Selamat. Di mana semua guru seharusnya bersedia untuk
melaksanakan PLC dan menguasai teknik pembelajaran koperatif di dalam
kelas. Pemantauan akan dilaksanakan bermula dari penulisan Rancangan
Pengajaran Harian ( RPH ) guru sehingga pencerapan dan rakaman video PdPc
guru di samping itu juga aktiviti jelajah pembelajaran yang dijalankan sepanjang
tempoh program.

Bagi memastikan guru - guru menguasai teknik pembelajaran koperatif,
pihak pengurusan telah mewujudkan kumpulan SLT dan MLT yang telah
mengikuti bengkel pembelajaran koperatif bersama RITE Education sebagai
mentor. Begitu juga, Ketua Panitia berperanan membuat bengkel penulisan RPH
cara untuk memasukan aktiviti pembelajaran koperatif dalam RPH supaya
memudahkan pencerap mengetahui aktiviti pembelajaran koperatif yang akan
diajar oleh guru.

Peranan Guru Besar dan barisan SLT sangat penting dalam memastikan
guru - guru mempunyai ilmu pedagogi pembelajaran koperatif. Pengenalan
kepada aktiviti - aktiviti pembelajaran koperatif disampaikan di dalam LDP yang
dipimpin oleh PK Pentadbiran dan dibantu oleh barisan MLT. Penekanan juga
diberikan kepada semua guru dalam tempoh yang ditetapkan, guru - guru perlu
menguasai aktiviti - aktiviti pembelajaran koperatif supaya dapat diaplikasikan
pada setiap kali PdPc dilaksanakan.

Instrumen pemantauan menggunakan Google Forms juga diteruskan di 4
samping rakaman video PdPc yang dirakam oleh Juruteknik komputer. LDP ini
diuruskan oleh setiausaha LDP, dimana beliau perlu memastikan setiap
keperluan dan kemudahan semasa latihan adalah lengkap dan berada dalam
keadaan baik. Jawatankuasa perlu menyediakan borang pemantauan dan
penilaian berkenaan LDP yang dilaksanakan ( Post mortem).

Dalam tempoh pelaksanaan pemantauan PdPc pembelajaran koperatif ,
guru - guru juga boleh melaksanakan PLC berkaitan kritikan video PdPc di dalam
kumpulan - kumpulan kecil serta mendapatkan bimbingan daripada mentor yang
telah ditetapkan dalam jadual yang dipamerkan di sudut PLC

Bagi memastikan tahap penguasaan, pelaksanaan dan reaksi guru dalam
pedagogi pembelajaran koperatif, pihak pengurusan telah menyediakan borang
soal selidik. Kebiasaanya, pihak pengurusan menyediakan borang penilaian bagi
setiap LDP yang dilaksanakan bertujuan sebagai rujukan dalam memastikan
samada berlakunya perubahan dalam kaedah pengajaran guru. Pihak
pengurusan akan menggunakan instrumen yang telah ditetapkan iaitu Google
Forms PLC - Learning Walk dan borang pencerapan PdPc SKPMg2 standard 4
sebagai rujukan utama dalam membentang hasil dapatan. Berdasarkan dapatan
tersebut pihak pengurusan boleh merancang penambahbaikan bagi program
seterusnya.

Konsep PDCA ( Plan Do Check Action ) dititikberatkan dalam pelaksanaan
sesuatu program sekolah. Jesteru itu, berdasarkan prosedur biasa pihak sekolah
akan mengadakan mesyuarat, setiausaha PLC membentangkan pelaporan
dapatan daripada pelaksanaan PLC ini terhadap tahap pencapaian atau
pelaksanaan guru mengaplikasikan pembelajaran koperatif di dalam kelas.
Begitu juga borang soal selidik diedarkan semula untuk menilai tahap kefahaman
guru mengenai pembelajaran koperatif. Sekiranya masih terdapat guru yang
gagal melaksanakan pedagogi pembelajaran koperatif dengan baik,
jawatankuasa PLC perlu membuat tindakan susulan. Bagi guru yang telah
menguasai dengan baik penghargaan seharusnya diberikan sebagai satu
motivasi untuk meneruskan pembelajaran yang berkesan ini.

Kesimpulannya, PLC yang berkonsepkan penekanan kepada kepentingan 5
data, intervensi berfokus dan pemantauan berterusan akan dapat
mempercepatkan proses pembetulan dan penambahbaikan dengan perkongsian
pengalaman,kepakaran dan amalan terbaik. Amalan PLC akan dijadikan budaya
bagi sekolah saya sejajar dengan visi dan misi Jabatan Pendidikan Negeri Pulau
Pinang “ Pendidikan di Persada Antarabangsa”.


Click to View FlipBook Version