The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aisyanty82, 2021-08-02 21:59:54

SC T5 BAB 6_ms 1 hingga 20_ELEKTROLISIS

SC T5 BAB 6_ms 1 hingga 20_ELEKTROLISIS

BAB 6
ELEKTROKIMIA

SAINS TINGKATAN 5 KSSM

6.1 Sel
Elektrolitik

Elektrokimia

 Elektrokimia merupakan
kajian dalam bidang
kimia tentang hubung kait
antara fenomena elektrik
dengan kimia seperti
yang berlaku dalam dua
jenis sel elektrokimia iaitu
Sel elektrolitik dan Sel
kimia

Sel elektrolitik

 Dalam sel elektrolitik, arus elektrik
mengalir melalui suatu elektrolit
untuk menghasilkan tindak balas
kimia.

 Tenaga elektrik ditukar menjadi
tenaga kimia melalui proses
elektrolisis.

Sel kimia (sel voltan atau sel galvani)

 Dalam sel kimia,
perubahan kimia yang
berlaku dalam sel
menghasilkan arus elektrik.

 Tenaga kimia ditukar
menjadi tenaga elektrik
dalam sel tersebut.

Elektrolisis

 Elektrolisis ialah
proses penguraian
sesuatu sebatian
dalam keadaan
leburan atau akueus
kepada unsur
juzuknya apabila
arus elektrik mengalir
melaluinya.

Sel elektrolitik terdiri
daripada

 Sumber elektrik seperti bateri
 Anod yang merupakan elektrod

yang disambungkan pada
terminal positif sumber elektrik
 Katod yang merupakan elektrod
yang disambungkan pada
terminal negatif sumber elektrik

Sel elektrolitik terdiri
daripada

 Elektrolit ialah larutan atau
leburan yang mengandungi ion
bercas positif (kation) dan ion
bercas negatif (anion)

 Anion ialah ion bercas negative
dan bergerak ke anod

 Kation ialah ion bercas positif dan
bergerak ke katod

Sumber Elektrik

 Sumber elektrik dalam sel
elektrolisis berfungsi untuk
menghasilkan arus elektrik bagi
menjalankan elektrolisis.

 Elektrolisis tidak akan berlaku
jika tiada arus elektrik yang
mengalir melalui elektrolit.

Elektrod

 Elektrod ialah konduktor elektrik yang
disambungkan pada bateri dan
membolehkan arus elektrik masuk atau
keluar elektrolit semasa proses
elektrolisis.

 Elektrod yang disambung pada
terminal positif sumber elektrik dikenali
sebagai anod manakala elektrod yang
disambung pada terminal negatif
sumber elektrik dikenali sebagai katod.

Elektrolit

 Bahan yang dapat
mengalirkan arus elektrik
dalam keadaan leburan atau
akueus dan mengalami
perubahan kimia dikenali
sebagai elektrolit.

 Bahan yang tidak dapat
mengalirkan arus elektrik
dalam keadaan leburan atau
akueus pula dikenali sebagai
bukan elektrolit.

 Elektrolit merupakan sebatian ion dalam keadaan leburan
atau akueus yang terdiri daripada ion positif, kation dan
ion negatif, anion. Contohnya, natrium klorida ialah
elektrolit yang merupakan sebatian ion yang terdiri
daripada ion natrium, Na+ (ion yang bercas positif) dan
ion klorida, Cl– (ion yang bercas negatif).

- ASID HIDROKLORIK, HCI

Proses Elektrolisis

 Semasa proses elektrolisis,
 ion bercas positif (kation) bergerak ke katod (elektrod

negatif)
 Ion bercas negatif (anion) bergerak ke anod (elektrod positif)

Contohnya, sewaktu elektrolisis leburan plumbum(II) bromida,
PbBr2, ion plumbum(II) yang bercas positif, Pb2+, bergerak ke
katod yang bercas negatif manakala ion bromida yang
bercas negatif, Br–, bergerak ke anod yang bercas positif
 Elektrolit tidak dapat mengalirkan elektrik dalam keadaan
pepejal kerana tiada ion yang bebas bergerak untuk
mengalirkan elektrik.



Faktor yang Mempengaruhi Hasil Elektrolisis

 kedudukan ion dalam siri
elektrokimia

 kepekatan elektrolit
 jenis elektrod

Kedudukan Ion dalam
Siri Elektrokimia

 Dalam siri elektrokimia, logam-
logam disusun mengikut
kecenderungan atomnya
untuk menderma elektron.

 Semakin tinggi kedudukan
sesuatu logam dalam siri
elektrokimia, semakin mudah
atom logam tersebut
menderma elektron.








Click to View FlipBook Version