UNIT 4
KATEGORI
JARING –
BOLA
TAMPAR
PJPK Tingkatan 1 KSSM PJ
BOLA TAMPAR
▪ Bola tampar adalah sejenis permainan
kategori jaring yang dimainkan oleh dua
pasukan dengan enam orang pemain bagi
setiap pasukan.
▪ Setiap pasukan akan berusaha mendapatkan
mata dengan mematikan bola ke dalam
gelanggang lawan.
▪ Mata juga diperoleh jika pihak lawan
melakukan kesalahan mengikut peraturan
permainan ataupun memukul bola keluar
dari gelanggang.
BOLA TAMPAR ▪ Permainan dimulakan dengan
seorang pemain melakukan servis
dari luar garisan belakang.
▪ Pasukan yang menerima servis
boleh memainkan bola dengan
menggunakan mana-mana bahagian
badan dan akan membuat percubaan
untuk mengembalikan bola ke
gelanggang lawan.
▪ Setiap pasukan dibenarkan
melakukan tidak lebih daripada tiga
sentuhan bola untuk membuat
hantaran
BOLA TAMPAR ▪ Seorang pemain tidak boleh
menyentuh bola dua kali
berturut-turut.
▪ Pasukan yang memperoleh mata
akan melakukan servis
seterusnya.
▪ Permainan diteruskan sehingga
salah satu pasukan memperoleh
25 mata dengan perbezaan dua
mata.
▪ Salah satu keistimewaan tentang
permainan bola tampar adalah
rotasi pemain apabila servis
bertukar pasukan.
BOLA TAMPAR
Juara Sangga ▪ Kemahiran menyangga ialah kemahiran paling
penting dalam permainan bola tampar.
▪ Semasa menyangga, mata hendaklah berfokus
kepada bola dengan kedua-dua tangan
dirapatkan dan lutut difleksikan untuk
menerima bola daripada pihak lawan.
Juara Sangga
▪ Seorang pemain perlu bergerak
pantas ke posisi yang sesuai untuk
melakukan kemahiran menyangga.
▪ Apabila bola kena pada bahagian
lengan, lutut dan siku
diekstensikan untuk menghantar
bola kepada rakan sepasukan.
▪ Ketinggian bola yang baik akan
membolehkan rakan sepasukan
melakukan kemahiran umpanan
atau rejaman.
Menyangga
Rali ▪ Mengumpan dalam permainan
Mengumpan
bola tampar adalah sentuhan
kedua sesuatu pasukan.
▪ Kemahiran ini adalah lakuan
menghantar bola kepada rakan
supaya dia dapat membuat
rejaman.
▪ Bola perlu dihantar pada
ketinggian yang sesuai supaya
rakan dapat melakukan rejaman
yang baik.
▪ Umpanan boleh dilakukan di arah
hadapan, belakang, kiri atau
kanan.
Rali ▪ Semasa mengumpan, kepala
Mengumpan
didongakkan dengan kedua-dua
tapak tangan melebihi paras dahi.
▪ Tapak tangan dirapatkan seperti
hendak menangkap bola di atas
dahi.
▪ Lutut dan siku difleksi.
▪ Apabila bola menyentuh pada jari,
lutut dan siku diekstensi untuk
menggerakkan bola ke arah dan
ketinggian yang diingini.
Rali Mengumpan
▪ Bola hanya bersentuhan
dengan jari dan bukan tapak
tangan.
▪ Jika anda ingin mengumpan
ke paras yang lebih tinggi,
anda boleh melompat
semasa melakukan
umpanan.
Mengumpan
Serang Kapal Selam
▪ Kemahiran servis dalam bola tampar digunakan
untuk memulakan permainan. Servis ialah
senjata serangan pertama sesuatu pasukan untuk
mendapatkan mata.
▪ Jika dilakukan dengan baik, pasukan itu dapat
memungut mata dengan mudah.
▪ Terdapat pelbagai cara untuk melakukan
kemahiran servis dalam permainan bola tampar,
antaranya servis bawah dan servis atas.
Serang Kapal Selam ▪ Servis bawah boleh dilakukan dengan
melambung bola pada paras pinggang
dengan menggunakan tangan bukan
dominan dan memukul bola dengan
tangan dominan.
Serang Kapal Selam
▪ Servis atas pula dilakukan dengan
melambung bola ke atas kepala dengan
menggunakan tangan bukan dominan,
dan memukulnya dengan tangan
dominan.
▪ Bola yang dipukul mesti melepasi jaring
dan memasuki gelanggang lawan.
▪ Jika bola tidak melepasi jaring atau
terkeluar dari gelanggang, pihak lawan
akan mendapat satu mata dan akan
melakukan servis.
Servis Bawah
Rejaman Hebat ▪ Kemahiran merejam dilakukan
bertujuan untuk mematikan
bola ke gelanggang pihak
lawan.
▪ Kemahiran merejam
memerlukan koordinasi mata,
tangan dan kaki.
▪ Di samping itu, kuasa lompatan
juga diperlukan dalam
menguasai kemahiran ini.
▪ Rejaman yang baik dilakukan
apabila bola menjunam ke
gelanggang pihak lawan tanpa
terkena jaring
Merejam
Jangan Masuk
▪ Semasa mengadang dalam permainan
bola tampar, seorang pengadang yang
baik perlu berada dalam keadaan
yang seimbang dan mempunyai
pengamatan yang tinggi tentang
strategi menyerang pihak lawan.
▪ Pemain pengadang boleh memaksa
perejam menukar cara dan arah
rejamannya.
▪ Mereka juga boleh menyalurkan bola
ke arah pemain pertahanan mereka
yang lebih handal.
TAMAT