UNIT 3 KATEGORI
SERANGAN - BOLA SEPAK
PJPK TINGKATAN 1 KSSM PJ
BOLA SEPAK
Bola sepak merupakan sejenis
permainan yang dimainkan oleh dua
pasukan yang mengandungi 11
orang pemain bagi setiap pasukan.
Tujuan permainan ini adalah untuk
memasukkan bola ke dalam
gawang lawan (menjaring gol).
Satu perlawanan biasanya
dibahagikan kepada dua separuh
masa, iaitu separuh masa pertama
dan separuh masa kedua.
BOLA SEPAK
Peruntukan bagi setiap separuh masa
ialah sebanyak 45 minit.
Pasukan yang menjaringkan bilangan
gol yang paling banyak ialah
pemenang.
Jika tidak ada gol yang dijaringkan
ataupun bilangan gol yang dijaring
oleh kedua-dua pasukan adalah sama,
keputusan permainan tersebut adalah
seri.
Permainan bola sepak merupakan
permainan yang paling popular di
dunia.
BOLA SEPAK
Persatuan Bola Sepak Antarabangsa
(FIFA) menguruskan permainan bola
sepak peringkat antarabangsa.
FIFA juga menganjurkan
pertandingan Piala Dunia untuk lelaki
dan perempuan empat tahun sekali.
Di Malaysia, badan induk yang
menguruskan permainan bola sepak
ialah Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM).
Serang Pin
Dalam permainan bola sepak, bola
boleh dihantar kepada rakan
dengan pelbagai cara
Salah satu caranya ialah hantaran
leret.
Hantaran leret biasanya digunakan
untuk menghantar bola kepada
rakan yang berada pada jarak yang
dekat.
Hantaran jenis ini dapat menghantar
bola kepada rakan dengan pantas
dan tepat.
Serang Pin
Rakan yang menerima bola
perlu menyerkap bola dan
bertindak dengan pantas
untuk mengelak bola
daripada dirampas oleh
pihak lawan.
Tingkatkan kemahiran
menghantar bola secara
leret dan menyerkap bola
melalui permainan serang
pin
Hantaran
Leret
Serangan Udara
Kemahiran menghantar bola
secara lambung ialah
kemahiran yang sering
digunakan untuk menghantar
bola kepada rakan yang
berada pada jarak yang jauh.
Kemahiran ini juga digunakan
untuk menghantar bola
kepada rakan yang dihalang
oleh pemain lawan.
Selain itu, kemahiran ini juga
boleh digunakan untuk
menjaringkan gol dari jarak
jauh.
Serangan Udara
Pemain yang menerima bola
tinggi boleh menyerkap bola
dengan menggunakan
bahagian-bahagian tubuh
badan mengikut ketinggian
bola dan kedudukan pihak
lawan.
Permainan serangan udara ini
dapat membantu pemain
meningkatkan kemahiran
membuat hantaran bola
secara lambung dan
menyerkap bola tinggi.
Hantaran Lambung
Tandukan Berpadu
Kemahiran menanduk boleh
digunakan untuk menjaringkan gol.
Selain itu, kemahiran ini boleh
digunakan semasa menahan bola
lambung daripada pihak lawan
terutamanya semasa tendangan
percuma atau tendangan sudut.
Kemahiran ini juga boleh digunakan
untuk menghantar bola kepada
rakan sepasukan
Menanduk
Jaguh Kelecek
Mengelecek bola adalah suatu kemahiran
yang sangat penting dalam permainan bola
sepak.
Mengelecek bermaksud bergerak dengan
bola sambil mengelak daripada ditakel oleh
pihak lawan.
Kemahiran ini boleh digunakan dalam
pelbagai situasi.
Anda boleh menggunakan semua bahagian
kaki untuk mengelecek bola.
Jaguh Kelecek
Seorang pemain yang mahir akan
memandang kawasan sekelilingnya semasa
mengelecek dan bukan menumpukan
pandangan kepada bola sahaja.
Semasa mengelecek, bola digerakkan
dengan sentuhan yang perlahan supaya
sentiasa dalam kawalan.
Selain menggunakan kaki untuk
mengelecek bola, anda juga perlu
menggunakan pergerakan badan untuk
mengacah dan mengelirukan lawan.
Mengelecek
Jitu Bertahan
Semua pemain bola sepak, termasuk
penjaga gol, perlu menguasai kemahiran
takel.
Selain merampas kembali bola daripada
pihak lawan, kemahiran takel yang baik
akan meningkatkan keyakinan seseorang
pemain.
Tujuan utama pemain pertahanan adalah
untuk mengurangkan peluang menjaring
oleh pihak lawan.
Pemain seharusnya merapatkan diri dengan
pihak lawan, membayanginya dan
menunggu pemasaan yang sesuai untuk
melakukan takel.
Jitu Bertahan
Pemain penyerang perlu
memberikan tekanan
kepada pemain pertahanan
yang menguasai bola dan
melakukan takel secepat
mungkin sebelum pemain
tersebut berjaya
menghantar bola kepada
rakannya.
Pemain perlu berusaha
melakukan takel tanpa
menjatuhkan badan.
Jitu Bertahan
Takel hadapan dan
takel sisi ialah
antara jenis takel
dalam permainan
bola sepak.
Takel secara
menggelungsur
adalah bahaya dan
perlu dielakkan
kecuali dalam
keadaan terdesak.
Takel Hadapan
Bolosi Gawang
Tujuan utama semua permainan kategori serangan ialah untuk
memasuki kawasan pihak lawan dan melakukan jaringan.
Dalam permainan bola sepak, pasukan yang menjaringkan lebih
banyak gol ialah pemenang
Gol boleh dijaringkan dengan menggunakan semua bahagian
anggota badan kecuali tangan.
Seorang penyerang perlu peka kepada kedudukan penjaga gol
pihak lawan.
Bolosi Gawang
Percubaan membolosi gawang
seharusnya dilakukan jauh dari penjaga
gol
Seorang penyerang mesti bergerak
dengan pantas agar dapat melepasi
pemain pertahanan dan mendapat
peluang untuk membuat percubaan ke
arah gawang.
Kebolehan mencari ruang yang sesuai
bagi menerima hantaran daripada
rakan juga akan membantu seorang
pemain untuk menjaringkan gol.
Menjaringkan Gol
Tangkas Bertindak
Tugas utama seorang penjaga gol
ialah memastikan bola tidak
membolosi gawangnya.
Hanya penjaga gol sahaja
dibenarkan menggunakan tangan
dalam kawasan gol semasa
permainan berlangsung.
Tangkas Bertindak
Seorang penjaga gol ialah benteng
pertahanan yang terakhir.
Penjaga gol perlu bertindak secara
tangkas untuk menghalang bola daripada
membolosi gawang dengan menangkap,
menepis atau menendang bola tersebut.
Seorang penjaga gol juga perlu
melakukan tendangan gol.
Selain itu, penjaga gol perlu
berkomunikasi dengan rakannya
terutama pemain pertahanan.
Jaga Gawang
TAMAT