The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BIOLOGI TINGKATAN 4 KSSM BAB 5 Metabolisme dan Enzim_PART 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aisyanty82, 2021-06-25 10:44:34

BIO T4 KSSM BAB 5 Metabolisme dan Enzim_PART 2

BIOLOGI TINGKATAN 4 KSSM BAB 5 Metabolisme dan Enzim_PART 2

Mekanisme tindakan enzim

Hipotesis ‘mangga dan kunci’

Hipotesis ‘mangga dan kunci’

 Mekanisme Tindakan enzim yang khusus boleh diterangkan melalui
hipotesis ‘manga’ dan ‘kunci’

 Molekul substrat mewakili kunci manakala molekul enzim mewakili
mangga

 Penggabungan molekul substrat pada tapak aktif enzim adalah spesifik,
seolah-olah satu gabungan ‘mangga dan kunci’

Hipotesis ‘mangga dan kunci’ (1)

 Setiap molekul enzim mempunyai tapak aktif
 Molekul enzim hanya bergabung dengan molekul

substrat yang boleh melengkapi bentuk tapak aktifnya

Hipotesis ‘mangga dan kunci’ (2)

 Tindak balas metabolik bermula apabila molekul substrat bergabung
dengan tapak aktif enzim untuk membentuk kompleks enzim-substrat

 Pembentukan ini merendahkan tenaga pengaktifan tindak balas.

Hipotesis ‘mangga dan kunci’ (3)

 Substrat ditukar membentuk hasil tindak balas.
 Hasil tindak balas meninggalkan tapak aktif enzim.
 Molekul enzim dibebaskan dalam bentuk asal.

 Bagi setiap tindak balas,
sejumlah tenaga perlu
dibekalkan kepada
bahan tindak balas
sebelum tindak balas
boleh berlaku. Ini
dikenali sebagai tenaga
pengaktifan.

 Enzim berfungsi dengan
menurunkan tenaga
pengaktifan supaya
tindak balas kimia dapat
berlaku pada suhu
badan dengan kadar
yang lebih cepat.

Mekanisme tindakan enzim dan
perubahan faktor

Terdapat banyak faktor yang
mempengaruhi mekanisme tindakan
enzim. Ikatan kimia dalam enzim boleh
diubah dengan mudah melalui
perubahan kimia dan fizikal
persekitaran.

 Antara faktor tersebut ialah suhu, pH,
kepekatan enzim dan kepekatan
substrat.

1. Pada suhu rendah, 2. Apabila suhu meningkat,
enzim adalah tidak aktif. molekul-molekul enzim dan
substrat bergerak dengan
(a) Molekul enzim dan lebih pantas.
molekul substrat bergerak (a) Frekuensi perlanggaran
perlahan dan frekuensi berkesan antara satu sama
perlanggaran berkesan lain lebih tinggi.
antara molekul adalah (b) Ini meningkatkan
rendah. peluang pembentukan
(b) Kadar tindak balas kompleks-enzim-substrat.
adalah rendah (c) Akibatnya, kadar tindak
balas enzim meningkat.
3. Kadar tindak balas enzim
adalah maksimum pada
suhu optimum.

4. Suhu tinggi menyebabkan perubahan tapak aktif
molekul enzim.
(a) Enzim ternyahasli
(b) Molekul substrat tidak dapat bergabung dengan
tapak aktif enzim.
(c) Akibatnya, kadar tindak balas enzim menurun.







Di 1 :
1. Apabila kepekatan substrat semakin meningkat,

kadar tindak balas meningkat.
2. Kepekatan substrat menjadi faktor pengehad

yang mengehadkan tindak balas.

Di 2 :
3. Peningkatan kepekatan substrat seterusnya, tindak
balas akan mencapai kadar maksimum.
4. Peningkatan kepekatan substrat tidak akan
meningkatkan kadar tindak balas.
5. Ini kerana semua tapak aktif enzim dipenuhi oleh
molekul substrat.
6. Kadar tindak balas menjadi malar dan kepekatan
enzim menjadi faktor pengehad.



Di peringkat 1
Apabila kepekatan enzim semakin meningkat,
kadar tindak balas meningkat. Kepekatan enzim
menjadi factor pengehad yang mengehadkan
tindak balas.

Di peringkat 3
(i) Pada kepekatan enzim tertentu, tindak balas

adalah pada kadar maksimum.
(ii) Jika peningkatan kepekatan enzim terus

meningkat, ini tidak akan meningkatkan
kadar tindak balas.
(iii) Ini kerana tapak aktif molekul enzim
berlebihan tidak akan dipenuhi oleh molekul
substrat.
(iv) Kadar tindak balas menjadi malar dan
kepekatan substrat menjadi faktor
pengehad.

5.3 Aplikasi Enzim dalam
Kehidupan Harian

Aplikasi Enzim dalam Kehidupan Harian

Enzim telah lama digunakan
secara meluas dalam bidang
komersial dan keperluan harian.

Enzim yang digunakan diekstrak
daripada sumber semula jadi
seperti bakteria ataupun dihasilkan
secara sintetik.

Aplikasi Enzim dalam

Kehidupan Harian

 Enzim tersekat gerak ialah enzim yang
bergabung dengan bahan yang lengai
dan tak larut untuk meningkatkan
rintangan enzim terhadap perubahan
faktor seperti pH dan suhu.

 Melalui cara ini, molekul enzim akan
kekal di kedudukan sama sepanjang
tindak balas pemangkinan dan
kemudiannya mudah diasingkan
daripada hasil.

 Teknologi ini dikenali sebagai
teknologi imobilisasi enzim.

 Teknologi ini digunakan dalam pelbagai
aplikasi industri

Enzim pencernaan
digunakan dalam bidang
perubatan

Enzim laktase dalam
susu bebas laktosa

Enzim
pektinase dan
selulase
dalam
penghasilan
jus

Enzim amilase, lipase, protease dan
selulase dalam bio detergen

Enzim tripsin
mengeluarkan
bulu daripada
kulit haiwan
untuk produk
kulit

Enzim protease
mengasingkan kulit
ikan

Aplikasi penggunaan dalam kehidupan harian :

ENZIM KEGUNAAN
PROTEASE
- Melembutkan daging dalam industry makanan
AMILASE - Menanggalkan kulit ikan dalam industry ikan
- Sebagai bio detergen untuk melarutkan kesan protein
LIPASE
SELULASE dan kanji di pakaian.

- Menukar kanji kepada gula dalam pembuatan sirap
- Menyingkirkan kanji yang digunakan sebagai pengukuh

daripada kain

- Pematangan keju dalam produk tenusu

- Mengurai selulosa dan membuang kulit biji benih
daripada bijirin.

- Mengekstrak agar-agar daripada rumpai laut

TAMAT


Click to View FlipBook Version