Unit 4 Kategori
Jaring - BADMINTON
PJPK Tingkatan 1 KSSM PJ
BADMINTON
Permainan badminton adalah
sejenis permainan kategori jaring
yang menggunakan raket dan bulu
tangkis.
Permainan ini biasanya dimainkan
secara perseorangan atau
berpasangan (dikenali sebagai
beregu).
Permainan dimulakan dengan
seorang pemain melakukan servis
ke gelanggang lawan.
BADMINTON
Pemain yang menerima servis mesti
mengembalikan bulu tangkis dengan
satu pukulan sahaja.
Mata diperoleh apabila bulu tangkis
jatuh di dalam gelanggang lawan
atau jika pihak lawan memukul bulu
tangkis keluar gelanggang.
Mata juga diperoleh apabila pihak
lawan melakukan kesalahan mengikut
peraturan permainan.
BADMINTON
Perlawanan badminton mengandungi tiga
set dan pemain atau pasukan yang
memenangi dua set adalah pemenang.
Bagi satu set dalam permainan badminton,
perlawanan akan diteruskan sehingga
pemain perseorangan atau beregu
memperoleh 21 mata.
Permainan badminton mula
dipertandingkan dalam Sukan Olimpik
pada tahun 1992.
BADMINTON
Malaysia telah
memenangi sebelas
pingat (8 perak dan 3
gangsa) dalam Sukan
Olimpik sehingga tahun
2016.
Sukan badminton telah
menyumbang lapan
daripada sebelas pingat
tersebut.
PERALATAN
BADMINTON
Servis Cekap
Kemahiran servis digunakan
untuk memulakan permainan.
Seorang pemain yang mahir
melakukan servis mempunyai
kelebihan untuk menyerang
lawannya serta-merta untuk
menamatkan rali dan
memenangi mata.
Terdapat beberapa jenis servis,
antaranya ialah servis tinggi dan
servis pendek.
Jenis servis yang digunakan
bergantung kepada beberapa
faktor.
Servis Cekap
Servis pendek dilakukan
dengan pukulan hadapan atau
pukulan kilas.
Manakala servis tinggi
dilakukan dengan pukulan
hadapan.
Servis Tinggi
Kiri Kanan, Kiri Kanan
Pukulan hadapan dan pukulan kilas akan digunakan
bagi bulu tangkis yang dipukul rendah ke dalam
gelanggang.
Pukulan hadapan dilakukan seperti memukul bulu
tangkis dengan telapak tangan, manakala pukulan kilas
dilakukan seperti memukul bulu tangkis dengan
bahagian belakang telapak tangan
Kiri Kanan, Kiri Kanan
Semasa melakukan pukulan
hadapan atau pukulan kilas, kaki
dominan bergerak ke arah bulu
tangkis dan raket diayun dari
belakang untuk menghantar bulu
tangkis kembali ke gelanggang
lawan.
Bulu tangkis biasanya dipukul ke
arah garisan sisi tanpa menyilang
gelanggang.
Layangan bulu tangkis adalah
mendatar dan laju.
Cara memegang raket semasa
melakukan kedua-dua kemahiran di
atas adalah berbeza
Pukulan Kilas
Tuju Bulan
Lob dalam permainan
badminton adalah pukulan
yang dilakukan untuk
menghantar bulu tangkis
ke garisan belakang
gelanggang lawan
Layangan bulu tangkis
adalah tinggi dan jatuh
menjunam ke garisan
belakang di gelanggang
lawan.
Tuju Bulan
Pukulan lob memberi masa
kepada pemain yang
melakukannya untuk bergerak ke
kawasan tengah dalam
gelanggangnya dan bersedia
untuk menerima pukulan lawan.
Pukulan lob biasanya dilakukan
sebagai pukulan bertahan dari
garisan belakang gelanggang
atau kawasan berhampiran
dengan jaring.
Pukulan lob boleh dilakukan
dengan pukulan hadapan dan
pukulan kilas bergantung pada
kedudukan bulu tangkis
Tuju Bulan
Semasa melakukan lob hadapan dari bahagian belakang
gelanggang, raket dipegang atas paras kepala sambil bergerak
ke arah bulu tangkis.
Raket diayun ke belakang dan bulu tangkis dipukul semasa
berada pada posisi tinggi di atas kepala.
Lob kilas dari bahagian belakang gelanggang pula dilakukan
dengan raket dipegang di atas paras bahu bukan dominan
semasa bergerak dan memukul bulu tangkis pada posisi tinggi di
atas kepala.
Tuju Bulan
Semasa melakukan lob
hadapan dan lob kilas di
kawasan berhampiran dengan
jaring, raket dipegang di
bahagian hadapan badan
dengan kepala raket lebih
rendah daripada pergelangan
tangan.
Bulu tangkis dipukul dari arah
bawah dengan kilasan
pergelangan tangan semasa
kontak dengan bulu tangkis
Lawan Keliru
Pukulan junam atau drop shot merupakan
salah satu pukulan yang boleh mengelirukan
pihak lawan dalam permainan badminton.
Tujuan utama pukulan ini adalah untuk
mengelirukan pihak lawan. Apabila anda
melakukan pukulan junam, bulu tangkis
akan mendarat berhampiran dengan jaring.
Pihak lawan akan hilang keseimbangan
kerana terkeliru dengan pukulan yang
dilakukan.
Ini akan memberi peluang untuk anda
menyerang bahagian tengah atau bahagian
belakang gelanggang.
Pukulan
Junam
Pukulan Maut
Pukulan smesy adalah sejenis
pukulan serangan yang sangat
berkesan untuk mematikan suatu rali.
Pukulan smesy boleh juga
digunakan sebagai pukulan serangan
untuk memaksa pihak lawan
membuat hantaran balik yang lemah.
Smesy dilakukan dengan laju dan
daya yang tinggi.
Bulu tangkis akan melayang laju dan
menjunam ke dalam gelanggang
lawan.
Pukulan Maut
Ini akan menyukarkan pihak lawan
untuk mengembalikan bulu tangkis.
Pergerakan raket semasa
melakukan smesy adalah sama
seperti pukulan junam dan lob dari
bahagian belakang gelanggang.
Perbezaannya ialah daripada segi
titik kontak dengan bulu tangkis
dan jumlah daya yang digunakan.
Smesy
TAMAT