MKGEIOAUDTSMUALAHRAAWANAN
ASAS MEMULAKAN
PERNIAGAAN
EDISI KE-2
GSIUATCMCEASRSA
Edisi Ke-2
Cetakan Pertama, Januari 2021
Hakmilik
GIATMARA Malaysia
GIATMARA Sendirian Berhad
No. 39 & 41, Jalan Medan Tuanku
50300 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
Hak cipta terpelihara. Tidak ada bahagian dari penerbitan ini yang dapat diulang cetak,
disimpan dalam sistem pengambilan, atau dikirimkan dalam bentuk dan dengan cara apa pun,
sama ada secara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau cara lain, tanpa izin terlebih dahulu
daripada pihak penerbitan. Kandungan betul semasa mencetak.
Untuk membeli atau maklumat barkaitan modul, sila hubungi;
GIATMARA Sendirian Berhad
Bahagian Pembangunan Usahawan
No. 39 & 41, Jalan Medan Tuanku
50300 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
[email protected]
Rekabentuk Grafik:
GIATMARA Kota Raja
School of Creative Media & Digital Art
No. 41 & 43, Jalan Kota Raja L 27/L, Seksyen 27
40400 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
PRAKATA
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
GIATMARA SENDIRIAN BERHAD
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Bahagian Pembangunan Usahawan di atas
kejayaan menghasilkan MODUL KEUSAHAWANAN GIATMARA. Modul ini merupakan panduan asas untuk pelatih
GIATMARA menceburi bidang perniagaan dan juga memberi input kepada usahawan lepasan pelatih GIATMARA
yang ingin mengukuhkan perniagaan sedia ada. Modul ini ditulis dengan tujuan untuk menimbulkan minat pelatih
GIATMARA dalam bidang perniagaan, membina pengetahuan dalam menguruskan perniagaan dan menjadikan
perniagaan sebagai pilihan utama selepas tamat latihan di GIATMARA. Modul ini berkonsepkan korporat, easy on the
eye dan santai bagi menarik minat pelatih untuk terus mempelajari kandungannya.
Saya amat berharap agar setiap pelatih GIATMARA akan menjadikan modul ini sebagai panduan untuk meningkatkan
kompetensi diri sebagai usahawan teknikal (technopreneur) yang berpengetahuan tinggi di dalam bidang perniagaan.
Akhir kata, saya sekali lagi merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dalam
menghasilkan modul ini. Saya juga berharap agar usaha ini akan menyumbang kepada komitmen semua warga kerja
GIATMARA untuk melahirkan usahawan teknikal GIATMARA yang berkualiti demi memberi sumbangan kepada
peningkatan ekonomi negara dan kesejahteraan masyarakat.
.......................................................................................................
Jabar Azman Bin Jaafar
ASAS PENUBUHANGM/BPU/MMP-01
SYARIKAT
STRATEGI PEMASARAN
1 51 Jam (Januari/Julai)
2 Jam (Februari/Ogos) 2 Jam (Mei/November)
2 Jam (Mei/November)
1.1 | Pemilihan Nama Syarikat - 3
5.1 | Kaedah Pemasaran Konvensional - 7P’s - 61
31.2 | Jenis Pemilikan Syarikat - 6 5.1.1 | Price (Harga)
5.1.2 | Product (Produk)
1.3 | Syarat & Kelayakan Pendaftaran Syarikat - 9 5.1.3 | Promotion (Promosi)
1.4 | Pendaftaran Syarikat - 10 a) Online Marketing
b) Offline Marketing
1.4.1 | Suruhanjaya Syarikat Malaysia c) Promosi Yang Diamalkan Oleh Syarikat
1.4.2 | Lembaga Hasil Dalam Negeri 5.1.4 | Place (Tempat)
1.4.3 | Pihak Berkuasa Tempatan 5.1.5 | People (Orang)
1.5 | Kaedah Pendaftaran Syarikat - 14 5.1.6 | Process (Proses)
1.6 | Yuran/Caj Pendaftaran - 15 5.1.7 | Physical (Fizikal)
ASAS PENGURUSAN
KEWANGAN 5.2 | Kaedah Pemasaran Pendigitalan - 83
5.2.1 | Asas Aplikasi Facebook
3 Jam (April/Oktober) 5.2.2 | Asas Aplikasi Instagram
3.1 | Buku Rekod Harian & Wang Keluar/Masuk - 31 PROJEK PERNIAGAAN
3.2 | Menguruskan Pendapatan & Perbelanjaan - 37 DI LAPANGAN
3.3 | Menguruskan Aliran Tunai & Kredit - 43
3.4 | Melihat Pola Dalam Aliran Tunai Bulanan - 45
3.5 | Pengiraan Penetapan Harga Jualan Produk &
Perkhidmatan - 47
PEMBANGUNAN
PROFIL SYARIKAT
23 Jam (Mac/September)
2.1 | Visi - 18
42.2 | Misi - 19
2.3 | Objektif - 20
2.4 | Mencipta Logo & Tag Line - 21
2.5 | Carta Organisasi - 24
2.6 | Jenis Perniagaan: Produk (Barang) &
Perkhidmatan (Servis) - 25
62.7 | Pengalaman & Testimoni Aktiviti Perniagaan - 28
ASAS PENGURUSAN
SYARIKAT
2 Jam (April/Oktober)
4.1 | Sumber Manusia - 51
4.2 | Operasi Perniagaan - 56
2.8 | Kad Pengenalan - 29 Minima 2 Jam (Jun/Disember)
MODUL 6.1 | Penganjuran Program Keusahawanan - 97
(Biz Pitching, Biz Talk, Biz Matching
& Sales2U)
6.2 | Format Projek Perniagaan di Lapangan - 99
KEUSAHAWANAN GIATMARA
(Minima 17 Jam/6 Bulan)
ASAS PENSUYBAURIHKAANT
1.1 MODUL
PEMILIHAN NAMA SYARIKAT
1.2
JENIS PEMILIKAN SYARIKAT
1.3
SYARAT & KELAYAKAN PENDAFTARAN SYARIKAT
1.4
PENDAFTARAN SYARIKAT
1.4.1 | Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
1.4.2 | Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
1.4.3 | Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
1.5
KAEDAH PENDAFTARAN SYARIKAT
Modul 1 Asas Penubuhan Syarikat
MODUL 1
Asas Penubuhan
Syarikat
Tujuan utama penubuhan syarikat adalah untuk menghalalkan operasi perniagaan menurut perundangan
yang disahkan oleh kerajaan Malaysia. Dengan cara ini, peniaga dapat menawarkan produk dan
perkhidmatan kepada masyarakat umum.
2
Modul 1 Asas Penubuhan Syarikat 1.1
Pemilihan Nama
Syarikat
Nama sangat penting kepada setiap entiti perniagaan. Ia bukan sahaja menentukan identiti produk atau
perkhidmatan anda, tetapi juga berfungsi sebagai magnet untuk menarik perhatian pelanggan kepada
perniagaan anda. Nama perniagaan boleh dalam bentuk yang pendek atau panjang, bergantung kepada
pilihan anda. Walaubagaimanapun, harus diambil perhatian untuk mengelakkan penggunaan nama yang
menggambarkan sifat negatif atau tidak sah.
2 jenis kategori nama perniagaan
Adakah nama syarikat anda mewakili produk atau perkhidmatan yang ditawarkan?
Adakah perlu untuk anda menggunakan nama anda sendiri?
Adakah nama tersebut mencerminkan jenama?
Adakah nama syarikat anda dapat menarik bakal pelanggan?
Adakah nama yang dipilih tertakluk dalam peraturan undang-undang?
3
Modul 1 Asas Penubuhan Syarikat
Buat Semakan Nama Syarikat Baru Anda Melalui
Sistem Atas Talian SSM Sebelum Meneruskan Pendaftaran Syarikat
Log masuk ke SSM Sistem Atas Talian:
1. Lawat laman rasmi www.ssm-einfo.my
2. Klik pada ikon "Daftar sebagai Ahli e-Account!"
3. Isi "Borang e-Registration", kemudian hantar
4. Anda akan menerima mesej "Sila Log masuk Sekarang"
5. Log Masuk menggunakan nama pengguna dan kata laluan anda
6. Setelah log masuk berjaya, klik pada ikon "Carian"
7. Masukkan nama yang diinginkan di ruang "Mengikut Nama"
8. SELESAI! Nama syarikat daripada carian di SSM akan disenaraikan!
Dengan hasil carian nama syarikat dari sistem pendaftaran SSM, anda akan mendapat idea yang
lebih baik untuk merancang nama perniagaan baru anda, juga boleh mengenal pasti jika ada
pihak lain juga telah menggunakan nama yang sama.
1. Nama perniagaan tidak boleh terlalu panjang melebihi lima puluh (50) huruf termasuk ruang antara perkataan.
2. Penggunaan nombor, tanda, dan simbol tidak dibenarkan menjadi sebahagian daripada nama perniagaan.
3. Warta perkataan daripada Warta Kerajaan No. 716 bertarikh 30 Januari 1997, Warta Pindaan 2001 dan nama-nama yang dikawal
di bawah Akta Syarikat 1965 juga akan dianggap nama dalam kawalan. Warta Kerajaan dan Garis Panduan mengenai nama
syarikat boleh didapati di laman web Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) www.ssm.com.my.
4. Nama perniagaan yang didaftarkan mestilah sesuai dengan jenis perniagaan.
5. Nama perniagaan yang didaftarkan tidak boleh diubah sebaik sahaja perniagaan telah didaftarkan.
4
Modul 1 Asas Penubuhan Syarikat
PERLU TAHU
WARTA KERAJAAN BERTARIKH 9 MAC 2017
AKTA SYARIKAT 2016
ARAHAN MENTERI DI BAWAH PERENGGAN 26(1)(d) DAN SEKSYEN 564
Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh 26(1)(d) dan Seksyen 564 Akta Syarikat 2016,
Menteri mengarahkan Pendaftar Syarikat supaya tidak menerima untuk pendaftaran sesuatu nama
sesebuah syarikat atau syarikat asing sekiranya nama itu suatu nama ataupun nama daripada jenis
yang disebutkan dalam jadual melainkan kelulusan Menteri telah diperolehi terlebih dahulu.
Untuk infomasi lengkap mengenai Akta Syarikat 2016,
Sila imbas kod di bawah;
*Tertakluk pada informasi semasa,
semakan terakhir dibuat pada Disember 2020
5
Modul 1 Asas Penubuhan Syarikat 1.2
Jenis Pemilihan
Syarikat
Pemilikan Tunggal Rakan Kongsi Syarikat Sendirian Berhad Perkongsian Liabiliti Terhad
Apakah Perniagaan yang dimiliki Sama seperti pemilikan tunggal, Entiti yang ditubuhkan oleh Gabungan antara syarikat
sepenuhnya oleh seorang kecuali ia mempunyai lebih beberapa individu yang boleh Sendirian Berhad dan Rakan
pemilik menggunakan nama daripada seorang pemilik. memiliki hartanah, membuat
perjanjian serta menggajikan Kongsi.
peribadi atau nama pekerja. Tidak boleh menjual
perdagangan.
saham kepada umum.
Perniagaan mikro dan kecil.
Contoh Sesuai Paling sesuai untuk pelaburan Paling sesuai untuk firma Entiti perniagaan yang paling Perniagaan permulaan dan kecil.
Umum Untuk profesional yang tidak banyak ditubuhkan di Malaysia. Perniagaan perkhidmatan
seorang individu tanpa Sesuai untuk perusahaan kecil profesional.
melibatkan pekerja. memerlukan dana yang besar.
Firma perakaunan, firma dan sederhana.
Kedai runcit, salon rambut, guaman, dan sebagainya. Perniagaan milik keluarga,
tukang paip, kedai kraf, dan syarikat kejuruteraan dan
sebagainya. pengilangan kecil dan
sebagainya.
Liabiliti Liabiliti tidak terhad. Sekiranya Liabiliti tidak terhad. Semua Liabiliti terhad. Sekiranya syarikat Perlindungan liabiliti terhad
anda tidak mampu untuk rakan kongsi adalah gagal untuk memenuhi kepada rakan kongsinya dengan
membayar hutang, penghutang bertanggungjawab ke atas liabilitinya, perhutang tidak peraturan dalam syarikat yang
boleh menuntut melalui aset kerugian dan kegagalan boleh menuntut melalui aset lebih fleksibel seperti
peribadi anda. perniagaan.
peribadi pemilik. perniagaan rakan kongsi.
6
Modul 1 Asas Penubuhan Syarikat
Pemilikan Tunggal Rakan Kongsi Syarikat Sendirian Berhad Perkongsian Liabiliti Terhad
Kesinam- Pematuhan Tempoh AnggaranKos RM60 - RM100++ RM100++ RM1,060++ RM500++
Permulaan (~RM30) (~RM30) (~RM2,500) (~RM200)
penyelenggaran tahunan penyelenggaran tahunan penyelenggaran tahunan
penyelenggaran tahunan
Masa Perniagaan Pendapatan Pendaftaran 1 Jam di kaunter SSM 1 Jam di kaunter SSM 7 Hari bekerja 4-7 Hari bekerja
Cukai Keuntungan dicukai ke atas Keuntungan cukai ke atas Kadar cukai 18% untuk Dianggap seperti syarikat Sdn.
individu. Tidak boleh mendapat individu rakan kongsi. Tidak pendapatan bercukai Bhd. dengan kadar cukai yang
kelebihan potongan cukai yang boleh mendapat kelebihan RM500,000 yang pertama.
potongan cukai yang diberi Perancangan cukai dan sama untuk pendapatan
diberi kepada syarikat kecil. penjimatan yang lebih baik. bercukai RM500,000 yang
kepada syarikat kecil.
pertama.
bungan Pemilikan perniagaan tidak Pemilikan perniagaan tidak Syarikat akan kekal wujud Syarikat akan kekal wujud
boleh ditukar ganti. Perniagaan boleh ditukar ganti. Perniagaan walaupun setelah pemilik asal walaupun setelah pemilik asal
akan ditamatkan sekiranya rakan
akan ditamatkan sekiranya meninggal dunia. meninggal dunia.
pemilik telah bersara atau kongsi telah bersara atau
meninggal dunia.
meninggal dunia.
7
Modul 1 Asas Penubuhan Syarikat
Pemilikan Tunggal Rakan Kongsi Syarikat Sendirian Berhad Perkongsian Liabiliti Terhad
Peluang Tidak mempunyai banyak Setiap rakan kongsi mungkin Lebih mudah dan mempunyai Masih baru di Malaysia dan
Sumber pilihan. Dana diperolehi dalam mempunyai kapasiti individu dan kredibiliti untuk pembiayaan mungkin kurang difahami oleh
bentuk pembiayaan mikro atau kerana syarikat dianggap lebih
Dana bergantung kepada kapasiti dan kekayaan yang berbeza. Pihak meyakinkan, stabil dan ada kebanyakan bank dan
harta yang dimiliki oleh pemilik. bank tidak boleh menerima agensi-agensi kerajaan.
kesinambungan.
perbezaan antara setiap individu.
Dicadangkan Pemilik yang mahukan formaliti Pemilik yang mahukan formaliti Pemilik yang mahukan Pemilik yang mahukan
Kepada yang minimum, lebih fleksibel yang minimum, lebih fleksibel pelindungan liabiliti daripada pelindungan liabiliti daripada
dan tidak risau kepada liabiliti dan tidak risau kepada liabiliti syarikat dengan kurang formaliti syarikat dan berhasrat untuk
persendirian. persendirian. korporat dan mahu cukai menjalankan perniagaan
pendapatan yang lebih rendah. berskala kecil.
Pandangan Kami Jenis ini adalah yang paling Jenis entiti ini adalah lebih Pilihan terbaik untuk Perusahaan Jenis entiti ini kurang keperluan
murah, mudah, dan senang sesuai untuk firma profesional. Kecil Sederhana kerana pematuhan serta lebih mampu
untuk memulakan peniagaan. dimiliki. Walaupun begitu, jenis
Walaupun begitu, jenis entiti ini Sekiranya perniagaan anda pelanggan lebih cenderung
hanya sesuai jika anda ingin berkembang, anda perlu untuk berurusan niaga dengan entiti ini kurang bersesuaian
mengekalkan saiz perniagaan menukar kepada syarikat sekiranya skala operasi semakin
yang kecil. Setelah mendapat Sendirian Berhad. syarikat Sendirian Berhad
pendapatan yang lebih stabil, disebabkan faktor komitmen dan bertambah dan memerlukan
anda perlu bertukar kepada pertambahan pemilik saham.
syarikat Sendirian Berhad. tanggungjawab dalam
operasinya.
8
Modul 1 Asas Penubuhan Syarikat 1.3
Syarat, Kelayakan & Yuran
Pendaftaran Syarikat
Syarat Untuk Pendaftaran Perniagaan Milik Tunggal di SSM
RM30
setahun
Bayaran bagi menggunakan nama sendiri
bagi nama perniagaan.
Warganegara Malaysia atau penduduk Perniagaan dijalankan di Semenanjung RM60
tetap dan berumur 18 tahun ke atas. Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan setahun
Labuan. Sekiranya syarat di atas dipenuhi,
lengkapkan (Borang A) iaitu Permohonan Bayaran bagi menggunakan selain nama
Pendaftaran Perniagaan beserta wang sendiri bagi nama perniagaan.
mengikut tempoh.
9
Modul 1 Asas Penubuhan Syarikat 1.4
Pendaftaran
Syarikat
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan sebuah badan berkanun di bawah Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Ditubuhkan pada 16 April 2002.
10
Modul 1 Asas Penubuhan Syarikat
Membekalkan maklumat korporat FUNGSI Pendaftaran perniagaan, pemerbadanan
syarikat, perniagaan dan perkongsian UTAMA syarikat Sendirian Berhad/Berhad dan
liabiliti terhad kepada orang awam dan Perkongsian Liabiliti Terhad.
agensi kerajaan/swasta.
Mengawalselia, penguatkuasa dan
pemantauan undang-undang berkaitan
perniagaan, syarikat, dan Perkongsian
Liabiliti Terhad.
11
Modul 1 Asas Penubuhan Syarikat
KEPENTINGAN & FAEDAH
MENDAFTAR PERNIAGAAN
Bentuk perniagaan yang perlu didaftarkan di SSM
Perniagaan milikan tunggal yang Perniagaan perkongsian yang
dimiliki oleh seorang pemilik. dimiliki oleh 2 - 20 pemilik.
Selain itu, terdapat bentuk perniagaan seperti syarikat Sendirian Berhad/Berhad dan
Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT), masing-masing mengikut Akta Syarikat 2016
dan Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 yang perlu didaftarkan di SSM.
12
Modul 1 Asas Penubuhan Syarikat
1 FAEDAH MENDAFTARKAN
PERNIAGAAN DI SSM
Untuk mendapatkan
entiti yang sah disisi 2 3 4
undang-undang iaitu
layak mengikut kontrak, Melayakkan untuk Melayakkan untuk Mendapat kemudahan
perjanjian dengan pihak mendapat kemudahan membuat pinjaman mikro menjalankan perniagaan
bank/agensi kerajaan perlindungan insuran yang diperkenalkan oleh seperti lesen premis dan
dan membantu waris yang diperkenalkan oleh pelbagai agensi kerajaan
permit.
menuntut hak kerajaan kepada serta agensi perbankan
harta/wang daripada golongan penjaja dan seperti Bank Kerjasama
perniagaan berkenaan. Rakyat, TEKUN, Amanah
peniaga kecil. Ikhtiar Malaysia, MARA,
5
dan sebagainya. 6
Untuk membolehkan
kerajaan dan pihak Mendapatkan
kemudahan menghadiri
berkuasa/agensi lain
mendapatkan maklumat seminar dan latihan
untuk meningkatkan
terkini dan tepat bagi
menyediakan dasar dan kemahiran dalam
menjalankan perniagaan
kemudahan untuk secara lebih sistematik
meningkatkan taraf
dan teratur.
perniagaan dan
kehidupan golongan
berkenaan.
13
Modul 1 Asas Penubuhan Syarikat 1.5
Kaedah Pendaftaran
Syarikat
Bagaimana pendaftaran perniagaan boleh dibuat:
Hadir ke kaunter SSM Kaunter Bergerak Perkhidmatan e-Lodgement SSM Bank Simpanan Nasional (BSN)
termasuk Pusat Khidmat UTC, (Layari portal rasmi di (Perkhidmatan pembaharuan
Kaunter Khidmat Pengguna di pendaftaran sahaja)
KPDNHEP serta di mana mana www.malaysia.gov.my atau
www.ssm.com.my)
cawangan kaunter SSM
berdekatan
Lesen Perniagaan Daripada
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) VS SSM
- Semua peniaga perlu memastikan mereka mendaftarkan
perniagaan di SSM terlebih dahulu untuk memperolehi Perakuan
Pendaftaran Perniagaan.
- Manakala Lesen Perniagaan PBT adalah lesen premis perniagaan (di mana tempat perniagaan itu
dijalankan) yang perlu dimohon oleh peniaga yang menjalankan perniagaan di premis-premis perniagaan
berdaftar yang tertakluk di bawah bidang kuasa PBT tersebut.
14
Modul 1 Asas Penubuhan Syarikat
Maklumat Senarai Semak
Melengkapkan BORANG PNA42
+ Nama Peribadi atau Nama Perdagangan
+ Jenis Perniagaan
Melengkapkan BORANG A
+ Nama perniagaan
+ Tarikh mula perniagaan
+ Lokasi perniagaan
+ Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
+ Maklumat pemilik dan rakan kongsi
+ Jenis perniagaan yang dijalankan
+ Salinan Perjanjian Perkongsian (sekiranya ada)
Tandatangan Pemilik dan/atau Rakan Kongsi dalam kedua-dua borang
Salinan Kad Pengenalan Pemilik dan/atau Rakan Kongsi
Permit, lesen atau surat sokongan untuk jenis perniagaan tertentu (jika ada)
Surat kelulusan atau sokongan daripada agensi berkaitan sekiranya
diperlukan oleh Pendaftar Perniagaan (jika ada)
Yuran Pendaftaran/Cawangan (jika ada)
Bayaran Cetakan Maklumat Perniagaan
15
PRPEOMFIBLASNYGAURINKAANT
2.1
VISI
2.2
MISI
2.3
OBJEKTIF
2.4
MENCIPTA LOGO DAN TAG LINE
2.5
CARTA ORGANISASI
2.6
JENIS PERNIAGAAN-PRODUK (BARANG)
DAN PERKHIDMATAN (SERVIS)
2.7
PENGALAMAN & TESTIMONI AKTIVITI PELANGGAN
2.8 MODULKAD PERNIAGAAN
Modul 2 Pembangunan Profil Syarikat
MODUL 2
Pembangunan Profil
Syarikat
Tujuan utama pembangunan profil syarikat adalah untuk memberi keterangan terperinci perihal syarikat
dengan memaparkan maklumat dalaman sesebuah organisasi atau syarikat. Profil syarikat penting untuk
memberi maklumat kepada pelanggan utama, badan kerajaan, institusi kewangan dan pihak berkuasa
tempatan.
Elemen yang perlu ada pada profil syarikat adalah:-
VISI, MISI, OBJEKTIF, LOGO & TAGLINE, CARTA ORGANISASI, JENIS PERNIAGAAN,
PENGALAMAN & TESTIMONI AKTIVITI PERNIAGAAN, KAD PERNIAGAAN
17
Modul 2 Pembangunan Profil Syarikat 2.1
Visi
Visi menggambarkan matlamat yang ingin dicapai pada masa akan datang dalam tempoh masa panjang.
Visi Petronas
Untuk menjadi pembekal minyak yang terkemuka bukan sahaja di
negara Malaysia, malahan pada peringkat antarabangsa
Untuk mencapai visi sebagai pembekal minyak terkemuka di Malaysia dan antarabangsa, strategi yang
mampu mencapai visi Petronas tersebut perlu dirancang.
18
Modul 2 Pembangunan Profil Syarikat 2.2
Misi
Misi adalah aktiviti dan operasi yang dijalankan oleh organisasi perniagaan pada masa kini.
PENGURUS BESAR MISI
PENGURUS PEMASARAN PENGURUS OPERASI
PEKERJA A PEKERJA B
Carta di atas mengatakan penyataan misi dibuat oleh pihak atasan, iaitu pegawai eksekutif. Misi dijadikan
garis panduan dalam organisasi perniagaan supaya hala tuju organisasi difahami oleh semua pihak. Pihak
pengurus dalam perniagaan yang terlibat akan memberi maklumat kepada semua pekerja yang terdapat
dalam kawalan masing masing.
19
Modul 2 Pembangunan Profil Syarikat 2.3
Objektif
Objektif adalah sasaran yang boleh diukur bagi membantu pencapaian tujuan organisasi. Ciri-ciri objektif
terbentuk berdasarkan konsep SMART.
5 Matlamat SMART
Matlamat Perniagaan anda ialah mengukur kejayaan perniagaan anda dan jika pelannya berjaya, ia
sepatutnya SMART:
SPECIFIC (KHUSUS) MEASURABLE
Nyatakan sebenar-benarnya (BOLEH DIUKUR)
Masukkan nombor bagi
yang mahu anda capai mengukur perbandingan
ATTAINABLE
(BOLEH DICAPAI)
Ia mampu dicapai
TIMELY RELEVANT
(TEPAT MASA) (BERKAITAN)
Mempunyai tarikh akhir Berkaitan dengan
bila matlamat akan dicapai perniagaan anda
20
Modul 2 Pembangunan Profil Syarikat 2.4
Mencipta
Logo &Tagline
Logo merupakan simbol yang melambangkan jenama perniagaan. Logo perlu menarik, unik dan mudah
diingati. Ciri-ciri logo yang baik adalah:
" SEDAPNYAAA" PRODUK A
PRODUK B
Bentuk Warna Tag line Font ringkas
21
Modul 2 Pembangunan Profil Syarikat
BENTUK
Logo dalam bentuk segi empat tepat amat mudah dilihat dan lebih senang diingat. Ini kerana “visual angle”
mata manusia dapat melihat dengan perspektif lebih jauh dan bukaan sudut pandangan lebih kurang 90%.
Warna Positif Negatif Logo FACEBOOK berwarna biru
Merah Berani & Aktif Bahaya & Garang dan berjaya mendominasi
Jujur & Taat Konvensional & Bosan platform media sosial
Biru Optimistik & Menarik Penakut & Amaran
Kuning Bertenaga & Semulajadi
Hijau Kreatif & Sihat Dengki & Sakit
Jingga Mewah & Unik Remeh & Berjaga-jaga
Ungu Egois & Tidak Praktikal
WARNA
Pemilihan warna amat penting kerana ia mempunyai maksud tersendiri dan memperkukuhkan reka bentuk
logo. Setiap warna mempunyai maksud yang berbeza dan mampu mempengaruhi emosi dan persepsi
seseorang.
Modul 2 Pembangunan Profil Syarikat
TAG LINE (SLOGAN)
Slogan yang baik mempunyai 3 patah perkataan yang yang mengambarkan keseluruhan nilai dan misi
perniagaan.
Contohnya: KFC (“It’s finger lickin’ good) (‘Sehingga menjilat jari”)
FONT RINGKAS
Logo yang praktikal menggunakan typeface atau perkataan sebagai logo.
Contohnya: MARYKAY, CETAPHIL, SK-II, CLEAR dan WATSONS
23
Modul 2 Pembangunan Profil Syarikat 2.5
Carta
Organisasi
Carta organisasi menunjukkan fungsi jabatan atau unit utama yang terdapat dalam sesebuah organisasi.
Carta organisasi menggambarkan beberapa aspek penting seperti pembahagian kerja, hubungan
antara ketua dengan pekerja, jenis tugas yang dijalankan oleh pekerja dan hierarki pengurusan
(tahap pengurusan atasan, pengurusan pertengahan dan pengurusan bawahan).
PENGURUS BESAR
PENGURUS PENGURUS PENGURUS
PEMASARAN PENGELUARAN KEWANGAN
PENYELIA JUALAN PENYELIA KILANG PENYELIA AKAUN
24
Modul 2 Pembangunan Profil Syarikat 2.6
Jenis Perniagaan
Produk(Barang)& Perkhidmatan(Servis)
Jenis perniagaan adalah aktiviti perniagaan yang ditawarkan kepada orang awam seperti:
Perniagaan teknologi rangkaian komputer, perniagaan elektrikal, perniagaan fabrik (jahitan), perkhidmatan
gunting/dandanan rambut, perniagaan kulinari (masakan & pramusaji), perniagaan mekanikal (kimpalan),
perniagaan pembuatan (perabot), perniagaan perkhidmatan baikpulih pengangkutan (kereta & motosikal),
perniagaan percetakan (fotografi & reka bentuk grafik).
25
Modul 2 Pembangunan Profil Syarikat
Barang (Produk) & Perkhidmatan (Servis)
Barang (Produk) ialah sesuatu yang mempunyai bentuk fizikal dan objek yang dapat dilihat serta disentuh.
Perkhidmatan (Servis) ialah aktiviti yang memberi faedah kepada pengguna dan peniaga. Perkhidmatan
tidak mempunyai bentuk fizikal secara khusus dan disalurkan terus kepada pengguna oleh peniaga yang
menyediakan perkhidmatan tersebut.
Barang (Produk) Perkhidmatan (Servis)
Menjual alat ganti motosikal & Membaikpulih enjin motosikal &
menjual baju kurung menjahit baju kurung
26
Modul 2 Pembangunan Profil Syarikat
Aktiviti Perniagaan
Aktiviti perniagaan dapat dibahagikan kepada aktiviti berasaskan barang dan perkhidmatan,
Aktiviti Berasaskan Barang Aktiviti Berasaskan Perkhidmatan
Aktiviti berasaskan barang melibatkan penggunaan Aktiviti berasaskan perkhidmatan melibatkan
faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan penawaran barang tidak nyata (intangible) yang dapat
barang fizikal.
memberi keselesaan, kepuasan dan
Contohnya, kilang perabot menghasilkan perabot kecekapan kepada pengguna.
seperti meja, kerusi, dan kabinet untuk dijual kepada
Contohnya, latihan kemahiran merupakan aktiviti
individu, organisasi, dan kedai perabot perkhidmatan yang menawarkan pembangunan
modal insan dari aspek mental dan fizikal
27
Modul 2 Pembangunan Profil Syarikat 2.7
Pengalaman & Testimoni
Aktiviti Perniagaan
Penyenaraian kerja-kerja, projek dan tender yang telah dilaksanakan untuk pelanggan dan agensi kerajaan
untuk membuktikan kepakaran dan keupayaan syarikat dalam menyiapkan sesuatu tugasan.
28
Modul 2 Pembangunan Profil Syarikat 2.8
Kad
Perniagaan
Kad Perniagaan adalah medium yang digunakan ahli perniagaan bagi melampirkan maklumat perniagaan
kepada rakan perniagaan dan pelanggan yang berpotensi.
Ciri-ciri penting kad perniagaan adalah:-
+ Maklumat
Maklumat yang perlu ada dalam kad perniagaan adalah nama, jawatan, nombor
telefon, e-mel, alamat premis, laman web, laman sosial, produk dan perkhidmatan
yang ditawarkan.
+ Logo
Logo perniagaan perlu diletakkan di kad perniagaan sebagai suatu penjenamaan.
Reka bentuk logo perniagaan juga digunakan pada kepala surat (letterhead),
sampul surat, invois dan resit.
+ Tagline (slogan)
Tagline diletak pada kad perniagaan supaya ia memberi gambaran awal tentang
perniagaan yang di usahakan. KFC menggunakan tagline “Finger Lickin’ Good” dan
“So good” untuk memberi mesej utama perniagaan “fastfood restaurant”.
+ Font
Saiz font tulisan tidak kurang dari 8 untuk memudahkan pelanggan membaca
maklumat perniagaan.
+ Warna
Warna dan font tulisan perlu dikontrakan untuk tidak mengelirukan pelanggan
membaca.
29
ASAS PEKNEGWUARNUGSAANN
3.1
BUKU REKOD HARIAN & WANG KELUAR/MASUK
3.2
MENGURUSKAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
3.3
MENGURUSKAN ALIRAN TUNAI DAN KREDIT
3.4
MELIHAT POLA DALAM ALIRAN TUNAI BULANAN
3.5
PENGIRAAN MENETAPKAN HARGA JUALAN
PRODUK DAN PERKHIDMATAN
MODUL
Modul 3 Asas Pengurusan Kewangan 3.1
Buku Rekod Harian & Wang
Keluar/Masuk
Pemilikan perniagaan yang berjaya memahami bagaimana perniagaan mereka berjalan setiap hari dengan
menyediakan rekod harian urus niaga wang MASUK dan KELUAR.
J-agMnkugeeMndamnaeaMnc(anknpsabemsageetKne,MacenmeddErgtatgmearaaLebureanlnahUtreabkaenuumlAkasohintsieryduRtutbeunatluniaadesnribkgsamneriakataegagtpeinamarpiaaamtamttaub.npaasdeluaeubaipahmskdtadhaaiidaibnbadruatpaiyauna.taiyaangay)h.paknaaiat:egriuwrininhsnmadggaeanearrheiigtnataumaagntjy-uanbmaaaunennsneglgakidtrrehhstaMeapeaad;(kraAjtpiaiuat)tS.e,rnUamanKibgseedlbiaennar
31
Modul 3 Asas Pengurusan Kewangan
MENYEDIAKAN REKOD HARIAN
Mulakan sistem ringkas yang mudah digunakan setiap hari.
Perbaikinya melalui pengalaman setiap hari.
Rekodkan urus niaga anda setiap hari.
Di dalam Buku Rekod Harian anda, pada setiap hujung bulan, tambahkan jumlah Wang Masuk Harian
dan Wang Keluar anda.
Rekod Harian yang perlu disimpan: Pastikan rekod anda:
+ Buku Rekod Harian + Dikemaskini setiap hari
+ Buku Tunai Harian + Disimpan dengan kemas & rapi
+ Buku Kredit Harian + Diperiksa tiada kesilapan
+ Resit + Difailkan bersama
+ Invois + Ditandakan dengan tarikh
+ Disimpan di tempat yang selamat
NOTA: Walaupun ketika anda sibuk, rekodkan jualan dengan segera, jika ada perbelanjaan yang tidak
banyak, ini boleh direkodkan pada penghujung hari.
32
Modul 3 Asas Pengurusan Kewangan
3KG MENGAPA MENYEDIAKAN REKOD
PENTING
Baca kisah Khalid dan fahami masalahnya.
KEDAI RUNCIT KHALID
2KG Khalid mempunyai sebuah kedai runcit kecil yang terletak
di satu barisan kedai berhampiran dengan rumahnya.
Abangnya, Khairul bekerja dengan Khalid di kedai itu.
Mereka menjual barangan runcit, sandwic, surat khabar
dan barangan lain. Khalid sudah berniaga selama setahun.
Khalid dan Khairul memberi kredit atau hutang kepada
jiran dan ahli keluarga. Suatu hari, sepupu Khalid datang
ke kedainya. Dia mahu membayar gula yang dibelinya 2
minggu lepas. Khairul berkata Khalid memberitahunya
bahawa sepupu mereka itu berhutang 3 kilogram gula.
Sepupu mereka pula mengatakan yang Khalid menjual
kepadanya hanya 2 kilogram gula.
33
Modul 3 Asas Pengurusan Kewangan
Khalid tiada di situ, dan tiada rekod berapa kilogram gula yang dijual kepada sepupunya. Sepupunya itu
mula marah. Dia berkata biasanya hanya 2 kilogram gula dan hanya mahu membayar sebanyak itu. Dia
meletakkan wang di atas kaunter dan beredar. Khairul tidak mahu bertikam lidah kerana dia tidak mahu
keluarganya bermasam muka.
Apabila Khalid pulang, Khairul menceritakan kepadanya apa yang terjadi.
Kata Khalid, "Oh! Saya ingat betul saya menjual 3 kilogram
gula kepadanya. Dia kata dia perlukan gula lebih kali ini
kerana mahu membuat kuih sepanjang cuti."
Khairul mengeluh lalu berkata, "Betul sangkaan saya, tak
mengapalah. Jualan kita banyak hari ini. jadi lupakannya saja."
APA YANG KITA BELAJAR DARI KISAH KHALID
HILANG WANG
Kali ini mungkin tidak banyak, tapi jika ia kerap
berlaku boleh memberi kesan kepada perniagaan.
AHLI KELUARGA BERHUTANG DUIT 34
Agak sukar mahu bertegas dengan mereka
berkenaan hutang, apatah lagi tiada rekod rasmi.
Modul 3 Asas Pengurusan Kewangan
BUKU REKOD HARIAN
Buku Rekod Harian mengandungi dua bahagian:
BORANG WANG MASUK BORANG WANG KELUAR
Gunakan borang ini bagi merekodkan wang hasil dari jualan Gunakan borang ini bagi merekodkan perbelanjaan harian yang
dan pembayaran lain. Ia dapat memberi tahu anda jumlah dibayar dari Kotak Tunai anda. Ia memberitahu anda berapa kos
wang yang anda peroleh, produk mana yang banyak dijual, harga bagi menjalankan perniagaan anda dan apa hutang anda
berapa banyak kredit yang ada berikan kepada pelanggan.
kepada pemberi kredit (pembekal yang anda beli barang
daripadanya dan berjanji membayar kemudian).
Tarikh:
Baki Tunai Permulaan:
WANG MASUK WANG KELUAR
Kuantiti Barang Tunai Masuk Tunai Diterima Kuantiti Barang Tunai Keluar Kredit Diterima
Jumlah Jumlah
35
Modul 3 Asas Pengurusan Kewangan
PENTINGNYA RESIT DAN
INVOIS PELANGGAN
Resit & Invois berguna apabila kita membuat jualan atau belian yang besar. Apabila kita mengeluarkan
resit dan invois, kita juga memasukkan jumlah itu dalam Buku Rekod Harian.
RESIT INVOIS
RESIT RUNCIT SAYA INVOIS No. ...4..2..........................................................
No. ....1..0...2...................................................... Tarikh. ....4.....J..u..n.................................................. Tarikh. ...4....J...u..n...................................................
Diterima daripada. ..Q.....u..r..z..o..n....R....e..s..t.a...u..r..a...n..t...................................................................................................
Diterima daripada. ...F....a..t..i.m....a....T...a...n.................................................................................................................
Kerana. ....2...4....S....a...n..d...w...i.c..e..s....&.....D....r..i.n...k..s................................................................................................................. Bilangan Barang Jumlah
2 dozen 4.00
Jumlah. ...3...2......0...0............................................................................................................... Tunai 5kgs Carrots 15.00
1 dozen Rice 6.00
Tandatangan. .K....h...a..l..i.d.................................................................................................. Kredit 5 Tomatoes 10.00
1 box Mangos 5.00
Spice
Jumlah perlu dibayar
Jumlah yang perlu dibuat atas permintaan
Anda mengeluarkan Resit untuk Wang yang dibayar Masuk Anda mengeluarkan invois sebagai rekod wang yang perlu
oleh pelanggan yang membeli produk atau perkhidmatan dibayar oleh pelanggan jika mereka membeli barang atau
anda, terutamanya dalam kuantiti yang banyak. perkhidmatan secara kredit.
Lihat contoh di atas. Lihat resit yang anda dapat sebagai Ia adalah senarai produk atau perkhidmatan yang dijual, di
pelanggan bagi memberikan lebih banyak idea. mana kos setiap barang dan jumlah kos dipersetujui oleh
pembeli untuk dibayar.
Kita tandakan ia dibayar apabila pelanggan sudah dibayar.
36
Modul 3 Asas Pengurusan Kewangan 3.2
Menguruskan
Pendapatan & Perbelanjaan
Pemilik Perniagaan yang berjaya menguruskan pendapatan dan perbelanjaan mereka secara bulanan
bagi membuat untung.
Untung adalah wang yang tinggal selepas perbelanjaan dan cukai diambil dari pendapatan.
PENDAPATAN PERBELANJAAN
Jualan BURELAKONDAN Upah Elektrik
Pekerja
Air Kad Sewa
Kredit
Bekalan Mobil Insurans Pengangkutan
REKODKAN RINGKASAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BULANAN ANDA
Perniagaan yang berjaya BUKAN SEKADAR mengenai menjual barang; atau mendapatkan wang bagi
menyara keluarga kita setiap hari. Perniagaan yang berjaya membuat keuntungan setiap bulan dan
bertahan bertahun-tahun. Bagi membantu anda melakukannya, anda perlu mengesan wang MASUK
(Pendapatan) dan wang KELUAR (Perbelanjaan) sebenar, menggunakan Ringkasan Bulanan ini.
37
Modul 3 Asas Pengurusan Kewangan Jumlah 345 1 Ringkasan Pendapatan & Pembelanjaan
Jumlah 6
1 Bulan & Tahun: Jumlah Bulanan.
+ Tuliskan bulan & tahun
PENDAPATAN
2 Tukar perkara di ruang kiri bagi menyesuaikan
Jualan (Hasil)
Produk dengan bajet anda.
2 Perkhidmatan 3 Dari Buku Rekod Harian anda, tambahkan
Yuran
Jumlah Jualan Jualan dan Perbelanjaan bulan ini berdasarkan
perkara di ruang kiri.
PERBELANJAAN
4 Isikan ruang kanan, isikan jumlah untuk
Kos Langsung
Produk Pendapatan (juga disebut Jualan dan Hasil) dan
Perkhidmatan Perbelanjaan bulan itu untuk setiap perkara.
Bahan Mentah
Jumlah Kos Langsung 5 Masukkan 0 untuk sebarang perkara yang tidak
Kos Tidak Langsung dibayar pada bulan itu.
Upah Pekerja
Gaji Pemilik 6 Kemudian anda tambah dan isikan 3 Jumlah ke
Sewa
Elektrik dalam Ringkasan ini:
Air + Jumlah Jualan
Sewa Peralatan + Jumlah Kos Langsung
Pengangkutan + Jumlah Kos Tidak Langsung
Bekalan
Promosi Setiap bulan gunakan semula borang ini. Pada
Insurans hujung bulan, anda boleh menambah jumlah
Lesen bulanan dan membuat ringkasan pendapatan dan
Faedah Pinjaman perbelanjaan.
Jumlah Kos Tidak Langsung
38
Modul 3 Asas Pengurusan Kewangan
KIRA UNTUNG ATAU RUGI ANDA
Untung adalah jumlah jualan tolak jumlah kos. Anda perlu mengira untung (atau rugi) setiap bulan. Setiap 3 bulan (atau suku
tahunan) dan pada penghujung setiap tahun.
Baca kisah Jerry mengenai pendapatan dan perbelanjaan bulanannya. Gunakan kisah ini dan pengiraan untung bagi menulis
untung bersih Jerry dan apa yang telah anda belajar mengenai pendapatan, perbelanjaan dan untung Jerry.
KISAH JERRY
Jerry mempunyai gerai menjual pastri di sebuah pusat bandar. Beliau menjual roti, pastri, kopi, dan air bikarbonat.
Beliau membeli pastri dan roti daripada peruncit (orang tengah), yang membeli barang-barang ini daripada bakeri
besar di bandar. Abang iparnya (satu lagi orang tengah) juga menjual kopi dan air bikarbornat, yang dibelinya dari
pembekal.
BAKERI RUNCIT
Apa yang kita belajar mengenai pendapatan, perbelanjaan dan untung Jerry:
Jerry mendapat untung kecil sebanyak RM740.
Kos Langsung: Orang tengah bermaksud perbelanjaan untuk roti dan pastri agak tinggi dan dia hanya mendapat margin
kecil atas barangan.
Kos Tidak Langsung: Sewa, pengangkutan (bagi mengambil pastri), bekalan (beg untuk pastri), gajinya sederhana.
Cara Jerry boleh menambahkan keuntungan: Mengurangkan kos dengan berurusan secara langsung dengan pembekal,
bukan melalui orang tengah dan mempertimbangkan untuk menaikkan harga barangan.
39
Modul 3 Asas Pengurusan Kewangan
BAKERI JERRY
RINGKASAN PENDAPATAN & PERBELANJAAN BULANAN
PENDAPATAN
Jualan (Hasil) Jumlah
Produk 6,000
Perkhidmatan
Yuran 0
Jumlah Jualan 0
6,000
PERBELANJAAN
Jumlah
Kos Langsung 3,500
Produk
Perkhidmatan 0
Bahan mentah 0
Kos Lain 3,500
Kos Tidak Langsung Jumlah
Upah pekerja 0
Gaji pemilik
Sewa 800
Bil elektrik 900
Air
Peralatan 0
Pengangkutan 0
Bekalan 0
Promosi 50
Insurans 10
Lesen 0
Faedah pinjaman 0
Jumlah Kos Langsung 0
0
PENGIRAAN UNTUNG BAKERI JERRY 1,760
Jumlah jualan 40 6,000
-Kos Langsung 3,500
= Untung Kasar 2,500
- Kos tidak langsung 1,760
= Untung Bersih 740
Modul 3 Asas Pengurusan Kewangan
CONTOH: MEMBUAT KEPUTUSAN BAGAIMANA MENGGUNAKAN UNTUNG ANDA
Baca kisah Sivanya dan fikirkan apa yang patut dia pertimbangkan sebelum membelanjakan wang dari
keuntungan yang diperolehi.
UNTUNG SIVANYA
Selepas mengisi borang pendapatan dan perbelanjaannya dari bulan Mac, Sivanya mendapati yang dia memperoleh
keuntungan sebanyak RM804 pada bulan itu.
"Wah!" Chan berkata. "Banyaknya untung awak! Ini cukup bagi
membeli TV dan perabot baru untuk rumah kita. Awak patut bayar
wang ini kepada diri awak sendiri!"
Sivanya memang sudah lama mahu membeli perabot baru. Ahli keluarganya akan datang berkunjung pada cuti umum
bulan depan, dan beliau mahu rumahnya kelihatan sekemas mungkin dan juga bagi membuktikan kepada mereka yang
perniagaan kedai.runcitnya berjaya
Bagaimanapun, dia sedar bahawa memandangkan bulan depan adalah cuti umum, jualan kedainya mungkin tidak sebaik
hari biasa. Banyak kedai ditutup dan ramai orang duduk di rumah atau meraikannya bersama kawan-kawan. Ini bermakna
kedai runcitnya tidak dapat membuat banyak jualan bulan depan.
Bagaimanapun, Sivanya sedar masih ada perbelanjaan yang perlu dikeluarkan seperti bil elektik dan sewa serta masih
perlu membayar pinjaman dan cukai.
"Saya belum boleh mengambil duit perniagaan lagi," kata Sivanya, "Masih terlalu awal dalam tahun ini
untuk tahu sama ada kita untung atau tidak."
41
Modul 3 Asas Pengurusan Kewangan
Sivanya membuat keputusan yang tepat tidak mahu membelanjakan keuntungannya kerana:
Dia tidak pasti sama ada jualan akan baik seperti pada bulan depan.
Penting untuk menyimpan wang bagi tujuan berniaga dan untuk menampung perbelanjaan di masa hadapan.
Beliau perlu menyimpan wang yang cukup bagi membayar pinjaman dan cukai.
Cara yang terbaik adalah menyimpan wang dalam perniagaan sehingga hujung tahun jadi kita boleh tahu keuntungan
yang sebenar.
Lihat ringkasan pendapatan dan perbelanjaan anda serta untung bersih.
Bandingkan bajet anda dengan untung yang sebenar.
Adakah anda untung, pulang modal atau rugi? Catatkan sebabnya.
Apakah keputusan dan tindakan yang anda ambil bagi menguruskan pendapatan dan perbelanjaan dengan lebih baik
SAYA UNTUNG SAYA PULANG MODAL SAYA RUGI
Saya untung kerana... - TIDAK UNTUNG DAN TIDAK RUGI Saya rugi kerana...
Saya tidak untung kerana...
Sebagai contoh, saya boleh Sebagai contoh, saya akan
menggunakan duit untung bagi; Sebagai contoh, saya akan menaikkan jualan dengan;
+ Membayar perbelanjaan yang tidak mengurangkan kos dengan; + Memasarkan produk yang paling
+ Mendapatkan harga yang lebih baik
dijangka. menguntungkan.
+ Membayar balik pinjaman. daripada pembekal. + Menambah produk baru.
+ Melabur dalam sesuatu pelaburan + Mengurangkan sewa.
bagi membantu perniagaan
berkembang.
42
Modul 3 Asas Pengurusan Kewangan 3.3
Menguruskan Aliran
Tunai & Kredit
Aliran tunai yang baik bermakna mempunyai tunai yang cukup setiap bulan bagi membayar
perbelanjaan perniagaan dan menguruskan kredit. Sebab utama mengapa sesebuah perniagaan itu
gagal adalah aliran tunai yang negatif - di mana lebih banyak KELUAR daripada yang MASUK.
Dalam modul ini, kita akan membina Carta Aliran Tunai dan Akaun Kredit Pelanggan.
REKODKAN RINGKASAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN BULANAN ANDA
Perniagaan yang berjaya BUKAN SEKADAR mengenai menjual barang; atau mendapatkan wang bagi
menyara keluarga kita setiap hari. Perniagaan yang berjaya membuat keuntungan setiap bulan dan
bertahan bertahun-tahun. Bagi membantu anda melakukannya, anda perlu mengesan wang MASUK
(Pendapatan) dan wang KELUAR (Perbelanjaan) sebenar, menggunakan Ringkasan Bulanan ini.
43
Modul 3 Asas Pengurusan Kewangan
MENCIPTA CARTA ALIRAN BULANAN
1. Rekodkan pengerakan wang masuk dan keluar daripada perniagaan setiap bulan.
2. Carta Aliran Tunai merangkumi semua wang dari jualan, pinjaman, atau wang yang kita masukkan ke
dalam perniagaan.
3. Jika kita baru bermula, kita boleh bertanya pada pekedai atau pembekal lain bagi membantu kita
membuat anggaran yang munasabah.
4. Jika kita sudah berniaga sekurang-kurangnya setahun, kita akan mendapat idea daripada pola rekod
kita yang sedia ada.
CARTA ALIRAN TUNAI
Perkara Bulan 1 2 3 4 5 6 7
TUNAI MASUK
Jualan
Tunai dalam peti tunai pada awal bulan
Pinjaman
Pelaburan pemilik
Faedah pinjaman
Jumlah wang tunai masuk
TUNAI KELUAR
Kos langsung
Kos tidak langsung
Pembayaran pinjaman
Pembayaran kepada keluarga
Pembayaran lain
Jumlah tunai keluar
Jumlah tunai pada hujung bulan
44
Modul 3 Asas Pengurusan Kewangan 3.4
Melihat Pola Dalam Aliran
Tunai Bulanan
Penting untuk kita belajar mengenai pola dalam aliran tunai kerana ini mendorong kita untuk
membuat perancangan pada masa hadapan.
Baca kisah Sivanya dan tuliskan pola yang anda nampak dalam aliran tunainya.
ALIRAN TUNAI SIVANYA
Sivanya tahu bahawa setiap bulan beliau akan mendapat untung, Pada bulan kelahiran Chan iaitu Oktober, Sivanya membayar
tetapi beliau tidak pasti samada wang itu ada apabila diperlukan kepadanya lebih RM10 sebagai ucapan terima kasih kerana
untuk membayar bil. membantu beliau di kedai.
Beliau tahu setiap hujung bulan beliau perlu membayar cukai, yang Beliau melihat pola jualannya, Beliau nampak bahawa pada Januari,
biasanya berjumlah RM250, dan perlu membayar RM50 untuk jualannya amat rendah, tetapi pada Jun dan Disember, jualannya
pinjaman bank dua kali setahun iaitu pada April dan Oktober. lebih tinggi kerana beliau menjual lebih banyak produk dan dibayar
untuk katering.
Selepas menyemak rekod, beliau nampak pola jumlah
perbelanjaannya dalam sebulan. Beliau mengajar di kelas masakan Beliau sedar yang pembekal mahu menaikkan sedikit kos
pada bulan April, Jun, Oktober dan November, dan seminggu buah-buahan dan sayur-sayuran, jadi beliau juga perlu menaikkan
sebelum itu, beliau memesan kira-kira 10 bahan mentah tambahan harga barangannya juga.
untuk digunakan dalam resipi.
Sivanya bercadang membelanjakan anggaran RM40 untuk
Selain itu, pada bulan Jun dan Disember, beliau membayar kira-kira meningkatkan promosi dan membuat papan tanda baharu supaya
RM20 untuk bahan mentah tambahan bagi membuat juadah dan lebih ramai pelanggan datang ke kedainya.
kek untuk parti semasa cuti.
Beliau merancang melakukannya pada bulan Mei. Bagi membantu
Beliau juga perlu membayar insurans kedai dua kali setahun pada beliau mengurus wang dengan lebih baik, beliau mewujudkan carta
bulan Mei dan November. Ini berjumlah RM50 dua kali setahun. aliran tunai untuk tahun hadapan.
45
Modul 3 Asas Pengurusan Kewangan
CONTOH POLA ALIRAN TUNAI
Buku Rekod Harian mengandungi dua bahagian:
POLA ALIRAN TUNAI SIVANYA - PENDAPATAN
Pendapatan terbanyak pada Jun dan Disember
Pendapatan paling sedikit pada Januari
Sivanya menaikkan sedikit harga buah-buahan dan sayur-sayuran
POLA ALIRAN TUNAI SIVANYA - PERBELANJAAN
RM20 untuk lebih bahan mentah pada Jun dan Disember
RM10 untuk lebih bahan mentah pada April, Jun, Oktober dan Disember
RM250 untuk cukai pada Disember
RM50 untuk pinjaman bank pada April dan Oktober
RM50 untuk insurans kedai pada Mei dan November
RM10 pada Oktober sebagai hadiah hari jadi Chan
RM40 pada menambah promosi dan papan tanda pada Mei
46