KOD KURSUS : MPU23073 PELANCONGAN DAN HOSPITALITI DALAM ISLAM
TAJUK : KESUKARAN MEMBAWA
KEMUDAHAN
E-FOLIO
NAMA PENSYARAH : TUAN MHD SHUKRI BIN ABD RAHIM
AHLI KUMPULAN
SITI NURQAISARA BINTI NOORUL NIK SYUHAILA BINTI MOHD ZAKI
AZHAR 14DEV21F1009
14DEV21F1003
NURSYAZREEN IXORA BINTI SONNY NUR AFIQAH NASUHA BINTI RAHIM
14DEV21F1019 14DEV21F1031
PENDAHULUAN
Syariat Islam adalah hukum dan aturan Islam yang mengatur seluruh sendi kehidupan umat manusia, baik Muslim mahupun Non Muslim .
Selain hukum dan peraturan, Syariat Islam juga mengandungi penyelesaian masalah seluruh kehidupan ini. Kepada penganut Islam,
Syariat Islam merupakan panduan menyeluruh dan sempurna bagi seluruh permasalahan hidup manusia dan kehidupan dunia ini.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
Kemudian Kami jadikan engkau (Muhammad) mengikut syariat (peraturan) dari agama itu, maka ikutilah (syariat itu) dan janganlah
engkau ikuti keinginan orang – orang yang tidak mengetahui.
(Al – Jasiyah : 18)
Kaedah dari segi bahasa bermaksud tapak, asas rumah dan prinsip, Fiqh pula bermaksud suatu kefahaman dan kaedah fiqh ialah koleksi
kaedah utama yang bersifat umum bagi menyelesaikan isu-isu tertentu. Kaedah Fiqh adalah suatu ilmu yang berkaitan penjelasan
tentang hukum-hukum yang umum. Terdapat pelbagai kaedah fiqh yang telah diperkenalkan oleh para ulama‟ bagi menyelesaikan
permasalahan-permasalahan baru yang timbul saban hari. Kaedah-kaedah yang diperkenalkan jelas memberi impak yang positif dalam
memelihara kemaslahatan ummah kini. Antara salah satu kaedah fiqh yang dibincangkan ialah kesukaran menjadi sebab kepada
kemudahan dan keringanan dan yang kedua ialah kemudaratan hendaklah dihilangkan.
Kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan dan keringanan bermaksud apabila berlaku sesuatu kesulitan dan kesukaran dalam
melaksanakan kewajipan yang diperintahkan oleh Allah SWT, maka Islam memberi jalan keluar untuk mengatasi kesulitan yang dihadapi.
Jalan keluar tersebut adalah dengan memberikan beberapa kelonggaran dalam melaksanakan kewajipan tertentu. Contohnya orang
yang sakit dibenarkan untuk solat dalam keadaan duduk sekiranya tidak mampu dia boleh berbaring. Kesusahan ini juga menjelaskan
kepada kita bahawa agama Islam itu membawa konsep kemudahan terhadap umatnya dan memberi keringanan bukan kesusahan dan
kesempitan. Walaupun begitu, mestilah terlebih dahulu menentukan musyaqqah atau kesusahan yang menjadi sebab keringanan.
KONSEP ASAS KAEDAH FIQH DAN APLIKASINYA
Perkataan Fiqh merupakan percahan bagi kata dasar fiqah dan diulang
sebanyak 20 kali dalam Al-Quran. Maksud Fiqh dari sudut bahasa ialah
memahami dan mengerti kerana setiap ilmu datangnya dari allah. Dari
sudut istilah pula, mengetahui sesuatu perkara yang berkaitan dengan
hukum-hukum syarak yang berbentuk praktikal dengan mendalam dan
terperinci yang diambil daripada dalil yang terperinci.
KESUKARAN MENJADI SEBAB KEPADA
KEMUDAHAN DAN KERINGANAN
Musyaqqah (kesukaran)
Tujuan :
1) Kesukaran yang mendatangkan 2) Kesusahan yang membawa 3) Kesusahan yang tidak
kesenangan dan keringanan adalah kemudaratan. membawa kepada kemudaratan.
terkeluar daripada garis kesukaran biasa
seperti tugas-tugas itu amat berat Sebagai contoh: Sebagai contoh:
dlaksanakan, serta membawa kepada • Dibenarkan tidak berpuasa bagi • Tidak berpuasa pada hari
kemudaratan kepada diri atau harta benda tersebut disebabkan keadaan
serta diberi rukhsah sebagai pengecualian orang yang sakit tapi wajib cuaca yang sangat panas.
daripada melakukan sesuatu kewajiban. mengqadakan Diharamkan rukhsah
Diharuskan rukhsah
KESUKARAN MENYEBABKAN BERLAKUNYA
KEMUDAHAN DAN KERINGANAN
1) Kekurangan
4) Musafir
Kekurangan yang dimaksudkan adalah
merujuk kepada kegilaan hingga siuman, Seseorang dibenarkan bermusafir jika dengan tujuan yang baik
kanak-kanak sehingga umur baligh dan orang untuk menyempurnakan kewajipan tertentu. Contohnya
yang tidur sehingga ia sedar. seseorang dibenarkan untuk melakukan solat qasar dan jamak
2) Jahil bagi menggantikan solat fardhu yang penuh
Kejahilan dimaksudkan merujuk kepada 5) Kelupaan atau terlupa
hilangnya kewarasan biasa sebagai seorang Seseorang yang terlupa melaksanakan sesuatu ibadat
manusia atau kejahilan juga bermaksud suatu dianggap tidak menanggung apa-apa tanggungjawab.
keaadaan tidak tahu perkara sebenar Contohnya tidak dianggap berdosa bagi seseorang yang
3) Sakit makan pada siang hari bila ia terlupa
Kesakitan memberi makna diberikan 6) Paksaan
kemudahanuntuk memilih kaedah lain untuk Paksaan yang diterima bagi melayakkan seseorang gugur
melunaskan kewajipan. Contohnya seseorang memikul tanggungjawab dalam agama adalah untuk
dibenarkan untuk bertayammum kerana sakit menyelamatkan agama, nyawa dan lain-lain maksud syariat
yang boleh memudaratkan dirinya andai ia 7) Umummul Balwa
berwuduk Perkara yang telah diterima dan dimaafkan bila berlakunya
perkara tersebut. Contohnya percikkan tanah merah yang
mengenai pakaian
KONSEP RUKHSAH
1) Pengguguran
Digugurkan atas sebab tertentu yang boleh dianggap kesukaran. Contohnya dibenarkan
meninggalkan puasa ramadan disebablan kesakitan yang berat.
2) Pengurangan
Pengurangan dalam melaksanakan ibadat boleh berlaku apabila kesukaran boleh mengganggu
tujuan sesuatu perkara. Contonya dibenarkan mengurangkan solat fardhu 4 rakaan kepada 2 rakaat.
3) Pendahuluan
Seseorang dibenarkan untuk mendahulukan sesuatu perkara pada masa hadapan atas sebab
kesukaran yang tertentu. Contohnya solat asar dalam waktu zuhur atas sebab musafir.
4) Penggantian
Kesukaran bagi melakukan sesuatu ibadat atau kerja boleh diganti dengan sesuatu yang lain.
Contohnya bertayammum untuk mengantikan wuduk.
5) Penangguhan atau melewatkan
Pengangguhan boleh dibuat dalam melaksanakan ibadat apabila ia diperlukan untuk mengelakkan
kesukaran. Contohnya melaksanakan solat zuhur dalam waktu asar atas sebab bermusafir.
DALIL MENGENAI KESUKARAN MENJADI
SEBAB KEPADA KEMUDAHAN DAN
KERINGANAN
Antara sandaran daripada al-Quran sebagaimana firmanNya:
َوِإْذ َيْرَفُع ِإْبَراِه يُم اْلَقَواِع َد ِم َن اْلَبْيِت َوِإْس َم اِع يُل
Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama dengan
anaknya
Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu.
HURAIAN DALIL DARIPADA AL- QURAN
Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s telah pergi ke Mekah untuk menunaikan
mengenai kaedah fiqh kesukaran perintah Allah s.w.t supaya membina Baitullah (Kaabah).
menjadi sebab kepada keringanan : Beliau berkata kepada anaknya Ismail a.s: Sesungguhnya Allah telah
memerintahkan aku
dengan satu perkara, lalu Nabi Ismail a.s berkata: Lakukanlah apa yang
telah
diperintahkan Allah kepada kamu. Nabi Ibrahim a.s bertanya: Adakah
kamu akan menolongku? Nabi Ismail a.s menjawab:
Aku akan menolongmu, lalu beliau berkata:Sesungguhnya Allah
memerintahkan aku supaya membina sebuah rumah (Kaabah) di sana,
sambil mengisyaratkan ke arah timbunan tanah yang lebih tinggi dari
kawasan sekitarnya.
Mereka berdua mendirikan tapak asas Baitullah di kawasan tersebut,
dimana Nabi Ismail a.s mengangkut ketulan-ketulan batu manakala
Nabi Ibrahim a.s membinanya.
Apabila binaan tersebut telah tinggi, Nabi Ismail a.s membawa sebuah
batu dan meletakkannya di samping Nabi Ibrahim a.s. Beliau berdiri di
atas batu tersebut semasa meneruskan pembinaan manakala Nabi
Ismail a.s menghulurkan ketulan batu.
BERDASARKAN DALIL HURAIAN DALIL BERDASARKAN
AL-SUNNAH AL-SUNNAH DI ATAS
Rasulullah bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah tidak Hadis tersebut menjelaskan ketinggian
membangkitkan aku menyusahkan agama Islam, perundangannya yang
dan membawa kesusahan, tetapi mudah dan Allah S.W.T telah
mengutusku sebagai pembimbing menghilangkan kesusahan daripada
yang mempermudahkan." (Riwayat umat ini. Hadis menunjukkan
Aisyah r.ha.) kebimbangan Rasulullah S.A.W jika
berlaku kersukaran ke atas umatnya.
5 CONTOH APLIKASI KAEDAH FIQH
DALAM BIDANG PELANCONGAN DAN
HOSPITALITI
1.Seseorang yang melancong ke sesuatu tempat dengan niat yang baik dibenarkan untuk
melaksanakan solat jamak dan qasar kerana bersama musafir tersebut adanya kesukaran.
2.Musafir juga dibenarkan untuk berbuka puasa dan mengantikannya pada hari yang lain.
3.Keharusan meninggalkan solat Jumaat bagi orang bermusafir dengan syarat tertentu.
4. Musafir yang pergi melancong ke negara lain diharuskan untuk makan di kedai makan
orang islam walaupun tidak melambangkan logo halal.
5. Musafir yang tinggal di hotel negara lain diharuskan untuk melakukan solat walaupun
tiada petunjuk arah kiblat dengan menyakini solat diterima Allah S.W.T
RUMUSAN
Syariat Islam tidak mentakrifkan kepada manusia sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh mereka dan sesuatu yang boleh
menjatuhkan mereka ke dalam kesusahan atau dengan sesuatu yang tidak bertepatan dan serasi dengan naluri serta tabiat mereka.
Masyaqqah atau kesukaran yang akan menjadi sebab kepada keringanan dan dipermudahkan berdasarkan kaedah ini (masyaqqah
tajlibu al-taisir) ialah masyaqqah yang melampaui had biasa dan tidak mampu ditanggung oleh manusia pada kebiasaannya, bahkan
boleh memudaratkan diri seseorang dan menghalangnya dari melakukan kerja amal yang berguna. Mempermudah, meringan, dan
mengambil kira segala keadaan tersebut adalah menjadi matlamat dan tujuan syarak daripada Allah yang Maha Bijaksana. Kesukaran
(musyaqqah) yang diperolehi oleh seseorang mukallaf adalah menjadi sebab yang syar’ie lagi sahih untuk meringankannya dengan
mana-mana cara sekalipun.
Ada kecualian dari kaedah tersebut di atas, misalnya, wanita yang sedang menstruasi yang meragukan, apakah sudah berhenti atau
belum. Maka ia perlu mandi wajib untuk solat. Contoh lain, apabila orang ragu, apakah yang keluar itu mani atau madzi. Maka ia wajib
mandi wajib. Padahal ia ragu, yang keluar itu mani yang mewajibkan mandi atau madzi yang tidak mewajibkan mandi. Contoh lain, baju
seseorang terkena najis, tetapi ia tidak tahu bahagian mana yang terkena najis. Maka ia wajib mencuci baju seluruhnya.
Rumusannya, walaupun terdapat pelbagai kesukaran dan kesulitan
yang berlaku dalam kehidupan seharian manusia sama ada dalam
menunaikan dan melaksanakan perintah Allah S.W.T, maka tetap akan ditemui cara-cara yang sesuai dan bertepatan dengan kaedah-
kaedah dalam syariat islam.
Apabila seseorang itu mengalami kesukaran dan kesulitan, dan ia melaksanakan syariat seperti kaedah-kaedah yang dianjurkan oleh
islam maka ia akan memberi kelongaran dan kemudahan terhadap mereka. Seseorang itu tidak akan merasa terbeban dengan
permasalahan yang dihadapi malah dapat melakukan urusan dengan mudah.
LAMPIRAN