The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by snqaiazhar, 2022-05-24 11:08:24

E-FOLIO KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN

E-FOLIO KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN

E-FOLIO

KOD KURSUS : MPU23073 PELANCONGAN DAN HOSPITALITI DALAM ISLAM
TAJUK : KESUKARAN MEMBAWA KEMUDAHAN

NAMA PENSYARAH : TUAN MHD SHUKRI BIN ABD RAHIM

BIL NAMA NO. MATRIKS
1. SITI NURQAISARA BINTI NOORUL AZHAR 14DEV21F1003
2. NIK SYUHAILA BINTI MOHD ZAKI 14DEV21F1009
3. NURSYAZREEN IXORA BINTI SONNY 14DEV21F1019
4. NUR AFIQAH NASUHA BINTI RAHIM 14DEV21F1031

PENDAHULUAN

Syariat Islam adalah hukum dan aturan Islam yang mengatur seluruh sendi kehidupan umat
manusia, baik Muslim mahupun Non Muslim . Selain hukum dan peraturan, Syariat Islam
juga mengandungi penyelesaian masalah seluruh kehidupan ini. Kepada penganut Islam,
Syariat Islam merupakan panduan menyeluruh dan sempurna bagi seluruh permasalahan
hidup manusia dan kehidupan dunia ini. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

Kemudian Kami jadikan engkau (Muhammad) mengikut syariat (peraturan) dari agama itu,
maka ikutilah (syariat itu) dan janganlah engkau ikuti keinginan orang – orang yang tidak
mengetahui.

(Al – Jasiyah : 18)

Kaedah dari segi bahasa bermaksud tapak, asas rumah dan prinsip, Fiqh pula bermaksud
suatu kefahaman dan kaedah fiqh ialah koleksi kaedah utama yang bersifat umum bagi
menyelesaikan isu-isu tertentu. Kaedah Fiqh adalah suatu ilmu yang berkaitan penjelasan
tentang hukum-hukum yang umum. Terdapat pelbagai kaedah fiqh yang telah diperkenalkan
oleh para ulama‟ bagi menyelesaikan permasalahan-permasalahan baru yang timbul saban
hari. Kaedah-kaedah yang diperkenalkan jelas memberi impak yang positif dalam
memelihara kemaslahatan ummah kini. Antara salah satu kaedah fiqh yang dibincangkan
ialah kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan dan keringanan dan yang kedua ialah
kemudaratan hendaklah dihilangkan.

Kesukaran menjadi sebab kepada kemudahan dan keringanan bermaksud apabila berlaku
sesuatu kesulitan dan kesukaran dalam melaksanakan kewajipan yang diperintahkan oleh
Allah SWT, maka Islam memberi jalan keluar untuk mengatasi kesulitan yang dihadapi.
Jalan keluar tersebut adalah dengan memberikan beberapa kelonggaran dalam
melaksanakan kewajipan tertentu. Contohnya orang yang sakit dibenarkan untuk solat
dalam keadaan duduk sekiranya tidak mampu dia boleh berbaring. Kesusahan ini juga
menjelaskan kepada kita bahawa agama Islam itu membawa konsep kemudahan terhadap
umatnya dan memberi keringanan bukan kesusahan dan kesempitan. Walaupun begitu,
mestilah terlebih dahulu menentukan musyaqqah atau kesusahan yang menjadi sebab
keringanan.

KONSEP ASAS KAEDAH FIQH DAN APLIKASINYA

Perkataan Fiqh merupakan percahan bagi kata dasar fiqah dan diulang sebanyak 20 kali
dalam Al-Quran. Maksud Fiqh dari sudut bahasa ialah memahami dan mengerti kerana
setiap ilmu datangnya dari allah. Dari sudut istilah pula, mengetahui sesuatu perkara yang
berkaitan dengan hukum-hukum syarak yang berbentuk praktikal dengan mendalam dan
terperinci yang diambil daripada dalil yang terperinci.

Kesukaran Menjadi Sebab Kepada Kemudahan Dan Keringanan

Musyaqqah (kesukaran)

Tujuan :

1) Kesukaran yang mendatangkan kesenangan dan keringanan adalah terkeluar daripada
garis kesukaran biasa seperti tugas-tugas itu amat berat dlaksanakan, serta membawa
kepada kemudaratan kepada diri atau harta benda serta diberi rukhsah sebagai
pengecualian daripada melakukan sesuatu kewajiban. Diharuskan rukhsah

2) Kesusahan yang membawa kemudaratan.

Sebagai contoh:
• Dibenarkan tidak berpuasa bagi orang yang sakit tapi wajib mengqadakan Diharamkan
rukhsah

3) Kesusahan yang tidak membawa kepada kemudaratan.

Sebagai contoh:
• Tidak berpuasa pada hari tersebut disebabkan keadaan cuaca yang sangat panas.

Kesukaran Menyebabkan Berlakunya Kemudahan Dan Keringanan

1) Kekurangan

Kekurangan yang dimaksudkan adalah merujuk kepada kegilaan hingga siuman, kanak-
kanak sehingga umur baligh dan orang yang tidur sehingga ia sedar.

2) Jahil

Kejahilan dimaksudkan merujuk kepada hilangnya kewarasan biasa sebagai seorang
manusia atau kejahilan juga bermaksud suatu keaadaan tidak tahu perkara sebenar

3) Sakit

Kesakitan memberi makna diberikan kemudahanuntuk memilih kaedah lain untuk
melunaskan kewajipan. Contohnya seseorang dibenarkan untuk bertayammum kerana sakit
yang boleh memudaratkan dirinya andai ia berwuduk

4) Musafir

Seseorang dibenarkan bermusafir jika dengan tujuan yang baik untuk menyempurnakan
kewajipan tertentu. Contohnya seseorang dibenarkan untuk melakukan solat qasar dan
jamak bagi menggantikan solat fardhu yang penuh

5) Kelupaan atau terlupa

Seseorang yang terlupa melaksanakan sesuatu ibadat dianggap tidak menanggung apa-apa
tanggungjawab. Contohnya tidak dianggap berdosa bagi seseorang yang makan pada siang
hari bila ia terlupa

6) Paksaan

Paksaan yang diterima bagi melayakkan seseorang gugur memikul tanggungjawab dalam
agama adalah untuk menyelamatkan agama, nyawa dan lain-lain maksud syariat

7) Umummul Balwa
Perkara yang telah diterima dan dimaafkan bila berlakunya perkara tersebut. Contohnya
percikkan tanah merah yang mengenai pakaian

KONSEP RUKHSAH

1) Pengguguran
Digugurkan atas sebab tertentu yang boleh dianggap kesukaran. Contohnya dibenarkan
meninggalkan puasa ramadan disebablan kesakitan yang berat.
2) Pengurangan
Pengurangan dalam melaksanakan ibadat boleh berlaku apabila kesukaran boleh
mengganggu tujuan sesuatu perkara. Contonya dibenarkan mengurangkan solat fardhu 4
rakaan kepada 2 rakaat.
3) Pendahuluan
Seseorang dibenarkan untuk mendahulukan sesuatu perkara pada masa hadapan atas
sebab kesukaran yang tertentu. Contohnya solat asar dalam waktu zuhur atas sebab
musafir.
4) Penggantian
Kesukaran bagi melakukan sesuatu ibadat atau kerja boleh diganti dengan sesuatu yang
lain. Contohnya bertayammum untuk mengantikan wuduk.
5) Penangguhan atau melewatkan
Pengangguhan boleh dibuat dalam melaksanakan ibadat apabila ia diperlukan untuk
mengelakkan kesukaran. Contohnya melaksanakan solat zuhur dalam waktu asar atas
sebab bermusafir.

DALIL MENGENAI KESUKARAN MENJADI SEBAB KEPADA
KEMUDAHAN DAN KERINGANAN

Antara sandaran daripada al-Quran sebagaimana firmanNya:

‫َو ِإس َما ِعيل ال َبي ِت ِم َن القَ َوا ِع َد إِب َرا ِهيم َيرفَع َو ِإذ‬

Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama dengan anaknya
Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu.

HURAIAN DALIL DARIPADA AL- QURAN

mengenai kaedah fiqh kesukaran menjadi sebab kepada keringanan :

Nabi Ibrahim Al-Khalil a.s telah pergi ke Mekah untuk menunaikan perintah Allah s.w.t
supaya membina Baitullah (Kaabah).
Beliau berkata kepada anaknya Ismail a.s: Sesungguhnya Allah telah memerintahkan aku
dengan satu perkara, lalu Nabi Ismail a.s berkata: Lakukanlah apa yang telah
diperintahkan Allah kepada kamu. Nabi Ibrahim a.s bertanya: Adakah kamu akan
menolongku? Nabi Ismail a.s menjawab:
Aku akan menolongmu, lalu beliau berkata:Sesungguhnya Allah memerintahkan aku supaya
membina sebuah rumah (Kaabah) di sana, sambil mengisyaratkan ke arah timbunan tanah
yang lebih tinggi dari kawasan sekitarnya.
Mereka berdua mendirikan tapak asas Baitullah di kawasan tersebut, dimana Nabi Ismail a.s
mengangkut ketulan-ketulan batu manakala Nabi Ibrahim a.s membinanya.
Apabila binaan tersebut telah tinggi, Nabi Ismail a.s membawa sebuah batu dan
meletakkannya di samping Nabi Ibrahim a.s. Beliau berdiri di atas batu tersebut semasa
meneruskan pembinaan manakala Nabi Ismail a.s menghulurkan ketulan batu.

BERDASARKAN DALIL AL-SUNNAH

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak membangkitkan aku
menyusahkan dan membawa kesusahan, tetapi mengutusku sebagai pembimbing
yang mempermudahkan." (Riwayat Aisyah r.ha.)

HURAIAN DALIL BERDASARKAN AL-SUNNAH DI ATAS

Hadis tersebut menjelaskan ketinggian agama Islam, perundangannya yang mudah dan
Allah S.W.T telah menghilangkan kesusahan daripada umat ini. Hadis menunjukkan
kebimbangan Rasulullah S.A.W jika berlaku kersukaran ke atas umatnya.

5 CONTOH APLIKASI KAEDAH FIQH DALAM BIDANG
PELANCONGAN DAN HOSPITALITI

1.Seseorang yang melancong ke sesuatu tempat dengan niat yang baik dibenarkan untuk
melaksanakan solat jamak dan qasar kerana bersama musafir tersebut adanya kesukaran.

2.Musafir juga dibenarkan untuk berbuka puasa dan mengantikannya pada hari yang lain.

3.Keharusan meninggalkan solat Jumaat bagi orang bermusafir dengan syarat tertentu.

4. Musafir yang pergi melancong ke negara lain diharuskan untuk makan di kedai makan
orang islam walaupun tidak melambangkan logo halal.

5. Musafir yang tinggal di hotel negara lain diharuskan untuk melakukan solat walaupun
tiada petunjuk arah kiblat dengan menyakini solat diterima Allah S.W.T

RUMUSAN

Syariat Islam tidak mentakrifkan kepada manusia sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh
mereka dan sesuatu yang boleh menjatuhkan mereka ke dalam kesusahan atau dengan
sesuatu yang tidak bertepatan dan serasi dengan naluri serta tabiat mereka.

Masyaqqah atau kesukaran yang akan menjadi sebab kepada keringanan dan
dipermudahkan berdasarkan kaedah ini (masyaqqah tajlibu al-taisir) ialah masyaqqah yang
melampaui had biasa dan tidak mampu ditanggung oleh manusia pada kebiasaannya,
bahkan boleh memudaratkan diri seseorang dan menghalangnya dari melakukan kerja amal
yang berguna. Mempermudah, meringan, dan mengambil kira segala keadaan tersebut
adalah menjadi matlamat dan tujuan syarak daripada Allah yang Maha Bijaksana.
Kesukaran (musyaqqah) yang diperolehi oleh seseorang mukallaf adalah menjadi sebab
yang syar’ie lagi sahih untuk meringankannya dengan mana-mana cara sekalipun.

Ada kecualian dari kaedah tersebut di atas, misalnya, wanita yang sedang menstruasi yang
meragukan, apakah sudah berhenti atau belum. Maka ia perlu mandi wajib untuk solat.
Contoh lain, apabila orang ragu, apakah yang keluar itu mani atau madzi. Maka ia wajib
mandi wajib. Padahal ia ragu, yang keluar itu mani yang mewajibkan mandi atau madzi yang
tidak mewajibkan mandi. Contoh lain, baju seseorang terkena najis, tetapi ia tidak tahu
bahagian mana yang terkena najis. Maka ia wajib mencuci baju seluruhnya.

Rumusannya, walaupun terdapat pelbagai kesukaran dan kesulitan yang berlaku dalam
kehidupan seharian manusia sama ada dalam menunaikan dan melaksanakan perintah
Allah S.W.T, maka tetap akan ditemui cara-cara yang sesuai dan bertepatan dengan
kaedah-kaedah dalam syariat islam.

Apabila seseorang itu mengalami kesukaran dan kesulitan, dan ia melaksanakan syariat
seperti kaedah-kaedah yang dianjurkan oleh islam maka ia akan memberi kelongaran dan
kemudahan terhadap mereka. Seseorang itu tidak akan merasa terbeban dengan
permasalahan yang dihadapi malah dapat melakukan urusan dengan mudah.

LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version