42kolaborasi komuniti. Strategi inilah yang menjadi asas transformasi NILAM SK Dampirit, di mana seluruh warga sekolah menjadi agen perubahan digital.PUSAT SUMBER PENDIDIKAN YANG DIIDAMKAN Akses Digital MenyeluruhPusat sumber pendidikan yang diidamkan ialah pusat ilmu yang menyediakan akses digital secara menyeluruh bagi membolehkan murid dan guru mengakses bahan bacaan serta sumber rujukan pada setiap masa dan di mana sahaja. Melalui kemudahan capaian dalam talian, pengguna dapat meneroka sumber seperti buku digital, jurnal ilmiah, video pembelajaran dan infografik pendidikan menggunakan komputer atau peranti mudah alih dengan lebih mudah serta fleksibel. Keupayaan ini membuka ruang pembelajaran tanpa sempadan kerana ilmu dapat dicapai merentas masa, lokasi dan keadaan. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2023), akses digital menyeluruh merupakan asas kepada pembangunan pusat sumber abad kedua puluh satu yang inklusif, dinamik dan menyokong pembangunan literasi digital. Seiring dengan aspirasi Dasar Pendidikan Digital Malaysia yang dilancarkan pada tahun 2024, akses digital yang meluas akan menjadikan murid lebih berdikari, kreatif dan bermotivasi untuk meneroka ilmu secara kendiri, manakala sekolah berubah menjadi sebuah institusi pembelajaran digital yang progresif dan berpandangan jauh (KPM, 2024).Sistem Perekodan AutomatikSistem perekodan automatik merupakan ciri utama yang memberi nilai tambah kepada pusat sumber pendidikan digital. Sistem seperti iNi SKDK membolehkan data bacaan murid direkod, disimpan dan dianalisis secara automatik tanpa bergantung pada buku NILAM manual yang sering hilang atau rosak. Menurut Mohamad Rosman (2023), digitalisasi yang berteraskan automasi dapat meningkatkan ketepatan data, mengurangkan kesilapan manusia dan mempercepatkan proses pemantauan. Ciri ini bukan sahaja menjimatkan masa guru, tetapi turut mengurangkan bebanan pentadbiran dan memastikan rekod bacaan sentiasa kemas kini serta mudah diakses pada setiap masa. Impaknya ialah murid menjadi lebih bertanggungjawab dalam merekod bacaan mereka, manakala pemimpin sekolah dapat menilai perkembangan literasi dengan lebih tepat. Dalam konteks pengurusan pusat sumber moden, sistem automatik berfungsi sebagai nadi transformasi digital yang memastikan kecekapan, ketepatan dan ketelusan dalam penyampaian pendidikan.Integrasi Platform InteraktifPusat sumber digital yang efektif bukan sekadar menyediakan bahan bacaan, tetapi turut mengintegrasikan platform interaktif yang menjadikan pengalaman pembelajaran lebih
43menyeronokkan serta bermakna. Persekitaran ini menggabungkan gajet, permainan pendidikan, kuiz, cabaran bacaan digital dan elemen gamifikasi bagi meningkatkan keterlibatan murid. Ni, Chen dan Wang (2022) menyatakan bahawa teknologi interaktif meningkatkan motivasi dan keaktifan murid kerana ia memenuhi gaya pembelajaran pelbagai deria serta merangsang pemikiran kritis dan kreativiti. Melalui integrasi platform interaktif, murid bukan sahaja membaca tetapi juga berfikir, menilai, mengulas, mencipta dan meneroka idea baharu. Ini menjadikan pusat sumber bukan lagi ruang yang pasif, tetapi sebuah ekosistem pembelajaran aktif yang mendidik murid menjadi pengguna maklumat yang reflektif dan bertanggungjawab.Penglibatan Komuniti dan Ibu BapaPusat sumber digital yang cemerlang bergantung kepada penglibatan aktif ibu bapa dan komuniti dalam menyokong usaha literasi sekolah. Melalui sistem seperti iNi SKDK, ibu bapa dapat membantu merekod bacaan anak mereka dan memantau perkembangan literasi secara berterusan di rumah. UNESCO (2024) menegaskan bahawa pendidikan berkualiti bergantung pada sokongan komuniti secara menyeluruh kerana kerjasama antara rumah dan sekolah mengukuhkan pembelajaran sepanjang hayat. Penglibatan komuniti juga membuka peluang bagi sumbangan bahan bacaan digital, sesi perkongsian kepakaran, ceramah maya serta aktiviti literasi rentas komuniti. Kesannya, murid lebih bersemangat untuk membaca, merasa dihargai dan memahami bahawa pembelajaran mereka diraikan oleh masyarakat. Sekolah pula memperoleh nilai tambah dari segi imej, keyakinan dan hubungan dua hala yang positif. Sinergi ini menjadi kunci kejayaan literasi digital, selaras dengan pepatah bahawa “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”.Analisis Literasi dan Penilaian PintarAnalisis literasi dan penilaian pintar ialah ciri kritikal yang membolehkan guru dan pentadbir menilai kemajuan literasi murid secara berasaskan data. Melalui sistem yang menjana laporan automatik seperti jumlah bahan dibaca, tahap kefahaman dan minat murid terhadap genre tertentu, sekolah dapat menganalisis kekuatan serta kelemahan pembelajaran dengan lebih objektif. Kementerian Pendidikan Malaysia (2023) menyatakan bahawa penggunaan data dalam pengurusan meningkatkan keberkesanan intervensi akademik kerana keputusan dibuat berdasarkan bukti, bukan andaian. Dengan analisis ini, guru dapat merancang strategi bimbingan lebih tepat, manakala pentadbir dapat melaksanakan program NILAM yang lebih sistematik, tersusun dan berimpak tinggi. Peribahasa “ukur baju di badan sendiri” selaras dengan keperluan ini, kerana data membantu guru menyesuaikan kaedah pengajaran mengikut keperluan sebenar murid. Oleh itu, analisis pintar bukan sekadar alat pelaporan, tetapi instrumen utama yang mengubah pusat sumber menjadi pusat kepimpinan literasi digital.
44Gabungan kelima lima ciri ini menjadikan Pusat Sumber Pendidikan SK Dampirit Kudat sebuah hab ilmu yang hidup, bernafas dan bergerak seiring transformasi digital nasional. Pusat sumber bukan lagi sekadar rak buku, tetapi medan inovasi yang memupuk kreativiti, pemikiran aras tinggi dan kemahiran digital. Apabila teknologi, komuniti dan budaya ilmu dirangkul dalam satu ekosistem pembelajaran yang harmoni, sekolah luar bandar juga mampu berdiri megah sebagai peneraju pendidikan digital negara. Seperti kata pepatah, “kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya,” kejayaan transformasi ini membuktikan bahawa SK Dampirit Kudat bukan sahaja berubah, tetapi melangkah berani ke hadapan sebagai model kecemerlangan literasi digital di Malaysia.JALAN KE ARAH KEPIMPINAN CEMERLANG PUSAT SUMBER Isu Kekurangan Literasi Digital Guru dan MuridSalah satu cabaran utama dalam kepimpinan pusat sumber digital ialah tahap literasi digital guru dan murid yang masih rendah. Ramai warga sekolah belum menguasai kemahiran menggunakan platform digital seperti Rak Maya Ibnu Firnas dan iNi SKDK, menyebabkan peralihan daripada sistem manual kepada sistem digital berlaku secara perlahan. Kekangan ini memberi kesan langsung kepada keberkesanan aktiviti literasi yang memerlukan integrasi teknologi selaras dengan tuntutan pembelajaran abad kedua puluh satu. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2024), penguasaan literasi digital merupakan syarat asas kecemerlangan pusat sumber digital, manakala UNESCO (2024) menegaskan bahawa literasi digital perlu menjadi komponen teras pembangunan kapasiti sekolah.Untuk penambahbaikan, kepimpinan sekolah perlu melaksanakan latihan digital secara berfasa melalui bengkel literasi digital dan sesi bimbingan rakan sebaya. Pewujudan pasukan Mentor Digital terdiri daripada guru yang berkemahiran tinggi dalam teknologi juga dapat membantu meningkatkan keyakinan dan kemahiran warga sekolah. Pendekatan ini selaras dengan panduan Kementerian Pendidikan Malaysia (2023) yang menekankan kepentingan latihan berterusan bagi menyokong pelaksanaan pusat sumber digital yang cekap dan berdaya saing.Isu Infrastruktur ICT yang TerhadKekangan prasarana digital seperti capaian internet yang lemah, bilangan peranti yang terhad dan kelengkapan ICT yang tidak mencukupi merupakan cabaran besar kepada keberkesanan pusat sumber digital. Walaupun sistem digital telash bermula, penggunaannya tidak dapat dimaksimumkan kerana tidak semua ruang pembelajaran mempunyai capaian internet yang stabil. Kajian Mohamad Rosman (2023) menunjukkan bahawa akses peranti dan infrastruktur yang mencukupi merupakan faktor kritikal dalam memastikan penggunaan teknologi yang konsisten dalam pembelajaran.
45Sehubungan itu, sekolah perlu melaksanakan strategi penambahbaikan berasaskan sumber sedia ada seperti menambah baik capaian rangkaian internet melalui kolaborasi komuniti, sokongan PIBG atau sumbangan agensi swasta. Konsep perkongsian peranti digital atau stesen digital bergerak juga boleh diperkenalkan bagi memastikan murid dapat mengakses bahan bacaan digital mengikut giliran. Inisiatif ini bukan sahaja menjimatkan kos tetapi juga memupuk budaya kreatif dan inovatif dalam memanfaatkan kemudahan digital secara lestari. Pendekatan ini selari dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia (2024) yang menekankan keperluan infrastruktur berkualiti untuk memastikan transformasi digital berjaya dilaksanakan.Isu Pengurusan Data dan Pemantauan BacaanIsu seterusnya adalah pengurusan data bacaan yang tidak konsisten dan kurang sistematik. Sebelum pelaksanaan sistem digital, rekod bacaan sering hilang, tidak lengkap atau sukar dianalisis, manakala pemantauan literasi murid tidak dapat dilakukan secara menyeluruh. Sistem atas talian sedia ada sebelum ini kurang mesra pengguna, sehingga iNi SKDK diperkenalkan sebagai penyelesaian yang lebih sistematik. Kementerian Pendidikan Malaysia (2023) menjelaskan bahawa pengurusan data berasaskan digital membolehkan pemantauan akademik dilakukan secara tepat, objektif dan menyeluruh.Bagi mengatasi cabaran ini, sekolah boleh memperkenalkan sistem penilaian berasaskan data atau pemantauan berpandukan data dengan laporan automatik yang dijana oleh penyelaras pusat sumber. Data yang diperoleh boleh dianalisis melalui sesi komuniti pembelajaran profesional bagi menentukan strategi intervensi yang sesuai dengan kemampuan bacaan murid. Pendekatan ini mengubah pusat sumber daripada sekadar tempat bacaan kepada pusat analisis literasi yang menyokong pengajaran dan pembelajaran berasaskan bukti.Isu Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti yang Masih RendahCabaran lain dalam kepimpinan pusat sumber digital ialah tahap penglibatan ibu bapa dan komuniti yang masih rendah. Ramai ibu bapa belum memahami sepenuhnya peranan mereka dalam membantu merekod bacaan anak atau kepentingan sistem digital dalam pembelajaran. Hal ini menyebabkan usaha literasi lebih tertumpu di sekolah sahaja. UNESCO (2024) menegaskan bahawa pembelajaran yang berkesan memerlukan sokongan komuniti secara holistik kerana pembudayaan literasi adalah tanggungjawab bersama.Untuk meningkatkan penglibatan komuniti, sekolah perlu memperkukuh strategi komunikasi digital melalui sesi taklimat, demonstrasi penggunaan aplikasi NILAM digital dan promosi bahan bacaan dalam talian melalui platform seperti WhatsApp, Telegram dan media sosial rasmi sekolah. Pendekatan ini bukan sahaja memudahkan ibu bapa
46memahami rekod bacaan anak, malah mengeratkan hubungan antara sekolah dan rumah. Dengan kerjasama kukuh antara guru dan komuniti, budaya membaca dapat berkembang dalam semua persekitaran, bukan hanya di sekolah.Isu Ketahanan dan Pelestarian Inovasi DigitalCabaran terakhir ialah memastikan inovasi digital dapat kekal lestari dalam jangka panjang. Ramai sekolah mengalami masalah mengekalkan inisiatif selepas fasa pelaksanaan awal disebabkan kekangan masa, sumber dan pemantauan. Kajian Kementerian Pendidikan Malaysia (2023) menekankan bahawa kejayaan pusat sumber digital bergantung pada pelestarian inovasi, latihan berjadual dan penambahbaikan berterusan.Dalam hal ini, kepimpinan sekolah perlu merangka rancangan pelestarian jangka panjang seperti menaik taraf platform digital, menyediakan latihan tahunan kepada warga sekolah, serta memberi pengiktirafan kepada murid yang aktif dalam program NILAM digital. Sekolah juga boleh membentuk kerjasama strategik dengan Pejabat Pendidikan Daerah atau sekolah berhampiran bagi berkongsi bahan digital dan kepakaran pengurusan. Langkah ini bukan sahaja menjamin kelangsungan inovasi, tetapi menjadikan SK Dampirit Kudat terus unggul sebagai peneraju transformasi digital luar bandar.SAYA SEORANG PEMIMPIN PUSAT SUMBER PENDIDIKANPemodenan Sistem NILAM Melalui Transformasi DigitalPemodenan sistem NILAM merupakan tonggak utama transformasi Pusat Sumber SK Dampirit yang bermula dengan pelaksanaan penuh Rak Maya Ibnu Firnas dan sistem iNi SKDK. Pendekatan ini sejajar dengan keperluan pengurusan pusat sumber abad ke dua puluh satu seperti yang digariskan dalam Buku Panduan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Abad ke dua puluh satu yang menekankan kecekapan pengurusan, automasi rekod dan penyediaan akses pembelajaran digital yang meluas (Kementerian Pendidikan Malaysia 2023). Sistem digital ini menggantikan rekod manual yang sering hilang dan tidak konsisten. Melalui intervensi ini murid dapat membaca bahan maya dengan lebih mudah serta merekod bacaan secara automatik manakala guru dan ibu bapa boleh memantau perkembangan literasi melalui capaian dalam talian selaras dengan aspirasi Dasar Pendidikan Digital Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia 2024). Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan motivasi murid malah berjaya membina kemahiran digital serta menjadikan mereka lebih berdikari dalam mengurus pembelajaran. Pusat Sumber SK Dampirit seterusnya berkembang menjadi hab pembelajaran maya yang progresif dan relevan dengan keperluan pendidikan semasa.
47Gambar 1: Pelancaran Rak Maya Ibnu Firnas dan iNi-SKDKPemantapan Kemahiran Digital Guru dan Pengurusan PSSPemantapan kemahiran digital guru dilaksanakan secara berfasa melalui latihan literasi digital serta komuniti pembelajaran profesional. Latihan ini memberi pendedahan kepada guru tentang pengurusan data NILAM digital penggunaan Rak Maya dan teknik menganalisis pencapaian bacaan murid. Hasil kajian Rosman (2023) menunjukkan bahawa latihan digital yang berterusan meningkatkan keberkesanan pengurusan pusat sumber digital serta memastikan tahap penerimaan pengguna berada pada tahap optimum. Pembangunan organisasi sekolah turut diperkukuh melalui kolaborasi dan inovasi guru. Apabila guru celik digital mereka menjadi fasilitator literasi yang mampu membimbing murid menjadi pembaca aktif yang berfikiran kritis dan kreatif.Gambar 2: Penataran, bimbingan dan PLC pelaksanaan Rak Maya Ibnu Firnas dan iNiSKDKPenaiktarafan Kemudahan ICT dan Infrastruktur Pusat SumberLangkah ketiga menumpukan kepada keperluan penaiktarafan kemudahan ICT bagi menyokong kelancaran transformasi digital NILAM. Sekolah luar bandar seperti SK Dampirit berhadapan dengan kekangan capaian internet serta kekurangan peranti namun usaha penaiktarafan dilaksanakan secara kolaboratif melibatkan sokongan PIBG dan komuniti setempat. Usaha seperti penyediaan stesen digital bergerak peningkatan capaian internet dan pembinaan sudut bacaan maya dalam perpustakaan Ibnu Firnas telah memperkukuh ekosistem pembelajaran digital sekolah. UNESCO (2024) menegaskan bahawa kejayaan transformasi pendidikan digital sangat bergantung kepada kesediaan prasarana dan sokongan teknologi yang stabil. Langkah penaiktarafan ini memastikan murid dapat mengakses bahan bacaan digital dengan lebih inklusif
48manakala guru dapat menjalankan program literasi dengan lebih berkesan.Gambar 3: QR untuk diimbas boleh dilihat di mana sahaja di kawasan sekolahGambar 4: QR dan pautan untuk bacaan dan perekodan disebar luas dalam whatsapp PIBGGambar 5: Akses kendiri rak maya di perpustakaan, program membaca 10 minit setiap pagi dan hadiah bulanan untuk pembacaan yang meningkatPengayaan Program Galakan Membaca Maya dan FizikalUsaha pengayaan budaya membaca dilaksanakan melalui integrasi program maya dan fizikal seperti Baca Sepuluh Minit Sehari pertandingan bacaan digital kuiz e NILAM ulasan digital dan poster literasi maya. Pelaksanaan program interaktif ini meningkatkan
49minat dan keterlibatan murid terhadap aktiviti literasi. Kajian Ni, Chen dan Wang (2022) membuktikan bahawa penggunaan teknologi pembelajaran yang dirancang secara efektif meningkatkan motivasi dan konsistensi bacaan murid melalui pengalaman pembelajaran pelbagai deria. Program ini berjaya menjadikan literasi sebagai amalan harian yang menyeronokkan seterusnya mengukuhkan budaya membaca sekolah.Pemantauan Penilaian dan Pelestarian BerterusanPemantauan dan pelestarian program NILAM digital dilakukan melalui penilaian mingguan oleh Guru Besar Penolong Kanan Kurikulum dan Penyelaras Pusat Sumber. Laporan data bacaan murid dijana secara automatik melalui sistem iNi SKDK dan dibincangkan dalam komuniti pembelajaran profesional sebagai asas penambahbaikan. Pendekatan ini selaras dengan tuntutan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengutamakan kepimpinan berasaskan data dalam menilai keberkesanan program literasi digital. Sekolah turut merancang peluasan Rak Maya Ibnu Firnas ke sekolah sekitar Kudat bagi mewujudkan jaringan inovasi literasi digital luar bandar. Usaha ini membentuk organisasi sekolah belajar yang reflektif adaptif dan progresif serta melahirkan murid yang berkemahiran digital dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.Gambar 6 : Contoh analisis dalam iNi-SKDK yang boleh dipantau
50Lima strategi pembangunan ini memperlihatkan kepimpinan strategik Guru Besar SK Dampirit Kudat dalam memodenkan Pusat Sumber Sekolah secara sistematik dan berimpak tinggi. Melalui gabungan inovasi latihan penaiktarafan infrastruktur pengayaan budaya membaca dan pelestarian berterusan sekolah berjaya melahirkan murid yang celik digital bermotivasi serta berdaya fikir tinggi. Pendekatan ini selaras dengan aspirasi pendidikan abad ke dua puluh satu serta membuktikan bahawa sekolah luar bandar juga mampu menjadi model rujukan transformasi digital melalui sokongan komuniti dan kepimpinan sekolah yang progresif.RUMUSAN Pelaksanaan projek Rak Maya Ibnu Firnas dan iNi-SKDK di SK Dampirit Kudat telah membawa perubahan peningkatan amalan membaca dalam kalangan murid dan daripada sistem perekodan manual kepada sistem digital yang lebih tersusun dan efisien. Berdasarkan analisis pra dan pasca pelaksanaan didapati bahawa tahap minat membaca dalam kalangan murid meningkat dengan ketara di mana skor purata bacaan meningkat daripada 3.2 kepada 4.0 selepas pelaksanaan intervensi walau dalam masa yang singkat. Kejayaan ini membuktikan bahawa pendekatan digital mampu meningkatkan motivasi membaca murid. Hasil ini seiring dengan dapatan pengkaji terdahulu yang menyatakan bahawa penggunaan teknologi pendidikan yang disepadukan secara terancang dapat meningkatkan pencapaian literasi membaca dalam kalangan murid sekolah rendah apabila disertai dengan latihan dan strategi pengajaran yang sesuai (Ni et al., 2022).Faktor kejayaan utama projek ini ialah pelaksanaan secara berperingkat, yang bermula dengan latihan guru, percubaan rintis, dan pelaksanaan penuh. Penglibatan ibu bapa dan pelaksanaan perekodan turut memberi kesan positif terhadap pelaksanaan program ini. Dapatan ini selaras dengan pandangan Mohamad Rosman (2023) yang menjelaskan bahawa kejayaan pusat sumber digital bergantung kepada latihan berterusan, sokongan infrastruktur serta strategi pelestarian yang kukuh untuk memastikan keberkesanan dan penerimaan pengguna. Begitu juga dengan panduan Kementerian Pendidikan Malaysia (2023) yang menegaskan bahawa pelaksanaan pusat sumber digital perlu disertai dengan pengurusan data yang cekap dan penyertaan komuniti sekolah secara menyeluruh agar matlamat literasi abad ke-21 dapat dicapai dengan berkesan.Bagi memastikan kejayaan ini dapat diteruskan dan kekal berimpak, beberapa aktiviti pelestarian telah dirancang dan sedang dilaksanakan. Pertama, latihan literasi digital berfasa untuk guru dan murid diteruskan setiap tahun bagi memastikan semua warga sekolah kekal celik teknologi serta mampu memanfaatkan sistem digital secara optimum. Program mentor digital dalam kalangan guru dan murid turut diwujudkan bagi membimbing rakan-rakan lain yang kurang mahir menggunakan platform Rak Maya Ibnu Firnas dan iNi- SKDK. Kedua, laporan data bacaan digital akan dijana secara berkala untuk dibentangkan dalam mesyuarat komuniti pembelajaran profesional (PLC) supaya tindakan penambahbaikan dapat dibuat berdasarkan bukti dan data sebenar. Pendekatan ini menjadikan Pusat Sumber sebagai pusat analitik literasi sekolah yang
51sentiasa aktif menilai dan menambah baik program sedia ada.Ketiga, infrastruktur teknologi sekolah akan terus diperkukuh melalui peningkatan capaian internet, penyediaan peranti yang mencukupi, dan penyelenggaraan peralatan secara berkala. Usaha ini dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta komuniti setempat bagi memastikan kemudahan digital dapat digunakan oleh semua murid tanpa sekatan. Keempat, penglibatan ibu bapa dan komuniti setempat akan diperkasakan melalui perkongsian digital, kempen membaca, dan perkongsian bahan bacaan maya melalui saluran media sosial rasmi sekolah. Pendekatan ini dapat mewujudkan sinergi yang kukuh antara sekolah dan rumah dalam membudayakan amalan membaca.Akhir sekali, sekolah akan melaksanakan strategi peluasan koleksi digital dengan memperkenalkan bahan bacaan pelbagai genre mengikut tahap umur dan minat murid. Selain itu, program kolaboratif dengan sekolah-sekolah berhampiran di daerah Kudat akan diwujudkan bagi membentuk jaringan perkongsian bahan bacaan digital. Langkah ini bukan sahaja memperkaya sumber bacaan murid bahkan dapat meningkatkan prestasi bacaan mereka. Dengan transformasi ini membantu usaha SK Dampirit melahirkan generasi murid yang celik digital, kreatif, berfikiran kritikal dan bersedia menghadapi cabaran pembelajaran masa depan.RUJUKANKementerian Pendidikan Malaysia. (2023). Buku Panduan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Abad ke-21. Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Putrajaya.Kementerian Pendidikan Malaysia. (2024). Dasar Pendidikan Digital Malaysia. Bahagian Teknologi Pendidikan, Putrajaya.Ni, A., Chen, Q., & Wang, L. (2022). Effects of Educational Technology on Reading Achievement for K–12 Students: A Systematic Review and Meta-Analysis. Frontiers in Psychology, 13, 924312.Mohamad Rosman, M. R. (2023). Determinants and Impacts of Digital Library Engagement.International Journal of Information and Learning Technology, 40(3), 275–289.UNESCO. (2024). The Digital Transformation of Education: Policy, Practice, and Innovation.Paris: UNESCO Publishing
52‘SMART TEACHER DIGITAL’PEMANGKIN PUSAT SUMBER PEMBELAJARAN DIGITAL SKTMJOKOPURWANTO BIN JIMINSK Tanjung Manawali Banggi, Kudat, [email protected] Pembimbing: Pn. Hayati Binti Omar1. PENGENALANDalam era digitalisasi pendidikan masa kini, guru bukan sahaja berperanan sebagai penyampai ilmu, malah turut berfungsi sebagai fasilitator, pembimbing dan pengurus pembelajaran berasaskan teknologi. Oleh itu, kemunculan konsep ‘Smart Teacher Digital’ adalah satu langkah progresif untuk melahirkan pendidik yang lebih inovatif, berdaya saing dan selari dengan aspirasi pendidikan abad ke-21. ‘Smart Teacher Digital’ berperanan dalam menghubungkan guru dengan pelbagai sumber pembelajaran digital yang terkini, serta menyediakan peluang untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang lebih interaktif, kreatif dan efektif. Justeru, projek ini adalah selaras dengan matlamat mewujudkan Pusat Sumber Pembelajaran Digital (PSPD) yang bukan sahaja memudahkan capaian maklumat tetapi juga menjadi platform integrasi teknologi dalam pendidikan. Projek PSPD: Platform for Smart Teacher pula merupakan inisiatif untuk memperkasa warga pendidik dengan menyediakan akses kepada bahan digital, latihan kemahiran ICT, serta ruang kolaborasi maya. Platform ini diharap dapat membentuk komuniti guru yang mampu memanfaatkan teknologi sepenuhnya dalam PdP. Selain itu, PSPD berfungsi sebagai medium inovatif bagi menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat, serta meningkatkan tahap profesionalisme guru. Dengan adanya PSPD, guru dapat mengurus sumber digital secara sistematik, serta melaksanakan amalan pengajaran yang lebih efisien dan relevan dengan keperluan semasa.
53Latar Belakang SekolahLatar belakang sekolah turut memainkan peranan penting dalam memahami konteks projek ini. Sekolah Kebangsaan Tanjung Manawali Banggi terletak di Pulau Malawali, sebuah pulau kecil yang terpisah daripada Pulau Banggi, iaitu pulau terbesar di Malaysia. Lokasi sekolah berada pada koordinat X:117.2783, Y:7.088467. Akses ke sekolah ini memerlukan perjalanan menggunakan kenderaan laut. Dari Kudat ke Pulau Banggi, perjalanan dilakukan menggunakan feri dan mengambil masa satu setengah jam perjalanan, manakala dari Pulau Banggi ke Pulau Malawali, perjalanan perlu diteruskan dengan menggunakan bot selama lebih kurang satu jam. Faktor geografi ini memberikan cabaran tersendiri kepada warga sekolah. Sekolah ini dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) dan Sekolah Kelas Bercantum (SKB) kerana enrolmen murid kurang daripada 30 orang. Jumlah guru yang berkhidmat ialah 9 orang, dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir, 2 orang pengawal keselamatan serta 3 orang pekerja pembersihan. Jumlah murid pada masa ini ialah 27 orang. Dari segi infrastruktur, sekolah mempunyai 2 blok rumah guru (4 pintu), 1 blok bangunan sekolah, bilik gerakan, prasekolah dan pusat sumber. Menerima bekalan elektrik melalui sistem solar hibrid yang diselenggara oleh JKR, manakala sumber air utama diperoleh daripada tadahan air hujan dan perigi. Dalam usaha mencapai kepimpinan cemerlang pusat sumber di sekolah ini, pihak pentadbir sekolah telah memperkukuh pengurusan pusat sumber dengan memperkasakan jawatankuasa pusat sumber sekolah ke arah mewujudkan pusat sumber digital yang menarik, pelbagai guna dan kondusif dengan keadaan fizikal yang bersih, kemas, teratur dan ceria. Langkah pertama adalah dengan meningkatkan kemahiran guru dan staf dalam penguasaan aplikasi AI. Perkongsian dilaksanakan dalam kalangan guru bagi memastikan semua guru dan staf memperoleh ilmu dan pengetahuan dalam aplikasi AI yang releven dengan keperluan murid. Seterusnya guru dan staf juga diberikan tugasan menghasilkan buku cerita dan artikel untuk menambah koleksi bahan bacaan di pusat sumber sekolah. Melalui bahan bacaan yang dihasilkan tersebut hasilnya sangat memberangsangkan di mana murid-murid dapat meningkatkan prestasi NILAM mereka di peringkat sekolah. Terbukti murid lebih suka membaca buku digital daripada buku sebenar, kerana buku digital mengandungi ciri-ciri menarik dari segi warna dan ilustrasi serta sesuatu yang baharu bagi mereka. Perkara ini satu petanda baik bahawa prestasi NILAM di sekolah ini akan terus meningkat dari masa ke semasa. PENGALAMAN LEPASSaya memulakan khidmat sebagai guru di SRK Lok Yuk Sikuati pada 16 Ogos 1999, sebagai guru mata pelajaran Sains. Pada tahun 2002, saya telah dilantik sebagai Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah tersebut sehingga tahun 2014. Kemudian, saya berkhidmat di SK Nangka mulai tahun 2014 hingga 2018 sebagai Penolong Kanan
54Pentadbiran. Pada tahun 2018 hingga 2019, saya mengikuti kursus NPQEL di IAB Cawangan Sabah. Seterusnya, bermula 2 Januari 2019 hingga kini, saya ditempatkan sebagai Guru Besar di SK Tanjung Manawali Banggi yang merupakan sekolah kategori Pedalaman 3 (P3)Jadual 1Pencapaian dan Anugerah SK Tanjung Manawali (2019–2023)PUSAT SUMBER PEMBELAJARAN DIGITAL YANG DIIDAMKANPusat Sumber Pembelajaran Digital (PSPD) merupakan nadi utama dalam melahirkan warga sekolah yang berpengetahuan, celik teknologi, dan bersedia menghadapi cabaran abad ke-21. Dalam era Revolusi Industri 4.0, pusat sumber tidak lagi berfungsi hanya sebagai tempat simpanan bahan bacaan semata-mata, sebaliknya perlu bertransformasi kepada hab digital yang menyokong pembelajaran kendiri, kolaboratif, dan berterusan. Pusat sumber pembelajaran digital yang diidamkan ialah sebuah pusat yang bukan sahaja berfungsi sebagai tempat mendapatkan maklumat, malah menjadi nadi utama kepada pengajaran dan pembelajaran abad ke-21. Bagi memastikan keberkesanan dan kebermaknaan penggunaannya, terdapat beberapa ciri penting yang perlu diberi perhatian dalam mewujudkan pusat sumber digital yang ideal. Antara ciri tersebut termasuklah akses internet berkelajuan tinggi, koleksi digital yang komprehensif, ruang pembelajaran interaktif, sistem pengurusan digital yang efisien serta bimbingan literasi digital.Tahun PPencapaian / Anugerah2019 SK Tanjung Manawali mencapai seratus peratus lulus dalam UPSR.2020 Johan Pertandingan Bola Tampar Lelaki Bawah Dua Belas Tahun peringkat Daerah Kudat. - Seorang murid berjaya mewakili negeri Sabah ke peringkat kebangsaan.2021 Johan Pertandingan Bola Tampar Lelaki Bawah Dua Belas Tahun peringkat Daerah Kudat. - Seorang murid berjaya mewakili negeri Sabah ke peringkat kebangsaan.2022 Anugerah Pentaksiran Bilik Darjah Terbaik Tahap Satu peringkat Negeri Sabah.2023 Anugerah Sumoribou Sekolah Rendah Terbaik Daerah Kudat. - Guru Besar menerima Anugerah Ikon Pemimpin kategori Pemimpin Sekolah Rendah.
55i. Pusat Sumber Sebagai Pusat Meningkatkan Kompetensi GuruPusat sumber sekolah bukan sahaja berperanan menyediakan bahan rujukan untuk murid, malah berfungsi sebagai pusat meningkatkan kompetensi guru. Dalam era pendidikan abad ke-21 yang menekankan kemahiran teknologi, pedagogi kreatif dan pengetahuan yang sentiasa berkembang, guru memerlukan ruang sokongan yang mampu memperkukuh kemahiran mereka (Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM], 2019). Oleh itu, pusat sumber menjadi platform strategik untuk memastikan guru sentiasa relevan, berpengetahuan luas serta mampu melaksanakan pengajaran yang berkesan.Pertama, pusat sumber menyediakan akses kepada pelbagai sumber rujukan digital dan bercetak. Guru boleh menggunakan e-buku, jurnal akademik, pangkalan data ilmiah, serta bahan pengajaran terkini bagi meningkatkan pengetahuan dalam bidang masingmasing (Johnson et al., 2020). Akses kepada sumber yang berkualiti membolehkan guru memperkukuh isi kandungan pengajaran, menguasai perkembangan semasa dalam bidang pendidikan, dan menyesuaikan PdP dengan keperluan murid. Hal ini secara langsung meningkatkan profesionalisme serta kredibiliti guru dalam menyampaikan ilmu.Kedua, pusat sumber berfungsi sebagai tempat latihan dan pembangunan profesional berterusan. Pusat ini boleh menganjurkan bengkel literasi maklumat, kursus teknologi pendidikan, atau sesi perkongsian amalan terbaik dalam PdP. Dengan adanya kemudahan seperti ruang interaktif dan teknologi digital, guru dapat mempelajari kemahiran baharu, contohnya penggunaan aplikasi pembelajaran, teknik penyampaian kreatif dan strategi penilaian inovatif (Fullan & Quinn, 2016). Keupayaan guru memanfaatkan latihan ini akan meningkatkan keberkesanan mereka dalam mengendalikan bilik darjah.Ketiga, pusat sumber juga menyediakan ruang kolaborasi profesional. Guru boleh berkongsi idea, menghasilkan bahan pengajaran digital, atau membina modul bersama rakan sejawat dengan menggunakan kemudahan teknologi yang disediakan. Kolaborasi ini membina budaya kerja berpasukan, menggalakkan inovasi, dan memupuk semangat komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan guru (Darling-Hammond et al., 2017). Akhirnya, ia memberi impak positif terhadap kualiti pengajaran dan pencapaian murid.Kesimpulannya, pusat sumber berperanan penting sebagai pusat meningkatkan kompetensi guru melalui penyediaan sumber rujukan, penganjuran latihan profesional, serta pembinaan ruang kolaborasi. Keupayaan guru memanfaatkan kemudahan ini akan memastikan mereka sentiasa seiring dengan perubahan kurikulum, kemajuan teknologi, dan keperluan murid. Justeru, pusat sumber bukan sahaja menyokong pembelajaran murid , malah menjadi pemangkin utama dalam pembangunan profesionalisme guru secara berterusan (UNESCO, 2018).
56ii. Koleksi Digital Yang KomprehensifKoleksi digital yang komprehensif merujuk kepada himpunan sumber pembelajaran dalam bentuk digital yang meliputi e-buku, jurnal elektronik, pangkalan data ilmiah, video pembelajaran, audio, modul interaktif, dan bahan multimedia lain (Johnson et al., 2020). Koleksi ini biasanya boleh diakses secara dalam talian melalui portal pusat sumber atau sistem pengurusan pembelajaran digital. Dengan adanya koleksi yang lengkap dan pelbagai, pusat sumber mampu memenuhi keperluan pembelajaran warga sekolah pada bila-bila masa dan di mana sahaja (UNESCO, 2018).Koleksi digital yang komprehensif amat penting kerana ia memberi akses kepada pelbagai sumber maklumat yang terkini, sahih, dan sesuai dengan tahap pengguna. Murid boleh menggunakan bahan tersebut untuk menyiapkan tugasan, membuat penyelidikan atau memperluas pengetahuan dalam sesuatu bidang (Ally, 2019). Guru pula dapat menjadikan koleksi ini sebagai rujukan untuk merancang strategi pengajaran yang lebih kreatif dan berasaskan fakta yang betul. Dengan demikian, koleksi digital berperanan sebagai jambatan ilmu yang menyokong amalan pembelajaran sepanjang hayat (KPM, 2019).Selain itu, koleksi digital yang menyeluruh memberi impak positif terhadap organisasi pendidikan. Ia menjimatkan masa dan kos kerana pengguna tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada bahan bercetak yang terhad. Sumber digital yang mudah dicapai juga membolehkan murid dan guru belajar secara kendiri mengikut masa, tempat, dan gaya pembelajaran masing-masing (Anderson & Rivera-Vargas, 2020). Keadaan ini sejajar dengan keperluan pembelajaran abad ke-21 yang menekankan fleksibiliti, akses terbuka, dan penggunaan teknologi dalam pendidikan.Kesimpulannya, koleksi digital yang komprehensif merupakan tonggak utama kepada kejayaan sesebuah pusat sumber moden. Ia bukan sahaja memperkayakan proses pengajaran dan pembelajaran, malah meningkatkan kualiti pendidikan secara keseluruhan. Dengan adanya koleksi ini, pusat sumber mampu melahirkan murid dan guru yang berpengetahuan luas, kreatif, serta bersedia menghadapi cabaran dunia digital masa kini.iii. Mempunyai Ruang Pembelajaran InteraktifRuang pembelajaran interaktif merujuk kepada kawasan fizikal atau maya yang direka untuk menggalakkan penglibatan aktif murid melalui teknologi, kolaborasi dan pendekatan pedagogi inovatif. Tidak seperti bilik darjah tradisional yang berpusatkan guru, ruang ini menekankan pembelajaran aktif dan penerokaan kendiri murid, selaras pandangan Oblinger (2006). Di Malaysia, usaha mewujudkan ekosistem pembelajaran interaktif diperkukuh melalui platform DELIMa yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM, 2020), membolehkan warga sekolah mengakses pelbagai
57aplikasi pembelajaran digital.Ruang interaktif meningkatkan keberkesanan PdP melalui penggunaan papan pintar, Chromebook, Google Classroom serta aplikasi kuiz digital seperti Kahoot! dan Quizizz yang menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan dan mudah difahami (Anderson & Rivera-Vargas, 2020). Selain memudahkan penerokaan konsep sukar, ruang ini turut memupuk kolaborasi melalui tugasan projek, bengkel maya dan penghasilan bahan multimedia menggunakan platform seperti DELIMa dan Microsoft Teams. Amalan ini seiring dengan keperluan pembelajaran abad ke-21 yang menekankan kemahiran komunikasi, kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritis (Partnership for 21st Century Learning, 2019).Dari sudut organisasi, ruang interaktif meningkatkan mutu pengajaran apabila guru dapat mempelbagaikan strategi PdP melalui Google Meet, Padlet dan aplikasi digital lain (Fullan & Langworthy, 2014). Ruang ini turut menyokong pembangunan profesional berterusan melalui latihan literasi digital, sekali gus memastikan pengajaran selari dengan kurikulum semasa. Secara keseluruhannya, ruang pembelajaran interaktif menjadi komponen penting pusat sumber moden kerana ia meningkatkan penglibatan murid, memperkasa kemahiran abad ke-21 dan menyokong transformasi pendidikan digital. Inisiatif KPM melalui DELIMa serta keperluan adaptasi Revolusi Industri 4.0 seperti disarankan UNESCO (2018) menjadikan ruang ini pemangkin utama pembelajaran inovatif di sekolah.iv. Sistem Pengurusan Digital Yang EfisienSistem pengurusan digital yang efisien merujuk kepada penggunaan teknologi automasi dan aplikasi khusus seperti OPAC dan SLiMS bagi mengurus operasi pusat sumber dengan lebih teratur dan mesra pengguna. Pendekatan ini memudahkan akses maklumat tanpa bergantung pada kaedah manual, selaras dengan saranan International Federation of Library Associations and Institutions (IFLA, 2018). Di Malaysia, banyak pusat sumber sekolah telah menggunakan sistem automasi ini bagi menyokong transformasi digital dan mempercepatkan carian serta pengurusan bahan.Dari sudut kecekapan, sistem digital mempercepat proses pencarian, peminjaman dan pemulangan bahan melalui kata kunci dalam OPAC tanpa perlu menyemak rak secara manual (Johnson et al., 2020). Automasi ini bukan sahaja menjimatkan masa tetapi meningkatkan pengalaman pengguna. Selain itu, sistem pengurusan digital membolehkan pustakawan dan guru media membuat pemantauan koleksi secara strategik. Melalui analisis data, mereka dapat mengenal pasti bahan yang kerap digunakan atau perlu diganti, seperti disarankan oleh Chowdhury (2016) mengenai kepentingan pengurusan koleksi berasaskan data.Dalam aspek pedagogi, integrasi sistem pusat sumber digital dengan platform DELIMa memberi fleksibiliti kepada guru dan murid untuk mengakses modul
58pembelajaran, jurnal atau bahan bacaan dari mana-mana lokasi dan pada bila-bila masa (KPM, 2020). Penggunaan bahan digital ini menyokong pembelajaran kendiri dan kemahiran abad ke-21 yang menekankan fleksibiliti serta penggunaan teknologi secara berkesan (UNESCO, 2018). Secara keseluruhannya, sistem pengurusan digital merupakan komponen penting pusat sumber moden kerana ia meningkatkan keberkesanan operasi, memperkasa PdP dan menjadikan pusat sumber sebagai nadi kecemerlangan pendidikan.v. Bimbingan Literasi DigitalBimbingan literasi digital merujuk kepada usaha melatih individu agar mampu mencari, menilai, menggunakan dan berkongsi maklumat digital secara berkesan dan beretika. Ia bukan sekadar kemahiran teknikal, tetapi melibatkan pemikiran kritis, keselamatan siber dan keupayaan mengesan maklumat palsu. UNESCO (2018) menegaskan bahawa literasi digital merupakan asas penting bagi melahirkan masyarakat berpengetahuan dalam era Revolusi Industri 4.0, justeru bimbingan sistematik diperlukan untuk memastikan guru dan murid benar-benar menguasainya.Melalui bimbingan literasi digital, murid dapat menilai maklumat dengan lebih tepat menggunakan kaedah seperti CRAAP (Head, 2013), sekali gus meningkatkan kualiti tugasan akademik dan budaya pembelajaran sepanjang hayat. Guru turut menerima manfaat besar apabila celik digital kerana mereka dapat merancang PdP yang lebih kreatif dan relevan melalui Google Classroom, Padlet atau Canva. Hal ini selari dengan Fullan dan Langworthy (2014) yang menekankan bahawa guru yang menguasai literasi digital lebih mudah mengintegrasikan teknologi ke dalam PdP. Inisiatif seperti DELIMa KPM serta bengkel keselamatan siber di sekolah menjadi platform penting untuk meningkatkan kemahiran digital warga sekolah.Pada peringkat organisasi, bimbingan literasi digital mewujudkan ekosistem pembelajaran yang aktif, kritis dan kolaboratif, selaras kemahiran abad ke-21 (Partnership for 21st Century Learning, 2019). Sekolah di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak, telah menjalankan bengkel DELIMa secara berfasa dengan sokongan Bahagian Teknologi Pendidikan bagi memaksimumkan penggunaan bahan digital. Kesedaran ini juga membantu mengurangkan risiko keselamatan siber, plagiarisme dan penyalahgunaan teknologi. Secara keseluruhan, bimbingan literasi digital perlu diperkukuh kerana ia memainkan peranan besar dalam memperkasa guru, membina murid yang beretika dan menyediakan sekolah menghadapi cabaran dunia digital (KPM, 2020)JALAN KE ARAH KEPIMPINAN CEMERLANG PUSAT SUMBERIsu 1: Kekurangan Infrastruktur TeknologiKekurangan infrastruktur teknologi merupakan antara cabaran terbesar dalam
59kepimpinan pusat sumber digital terutamanya di sekolah luar bandar. Kekangan seperti capaian internet yang lemah, peranti digital yang tidak mencukupi dan komputer yang terhad mengekang usaha mengoptimumkan penggunaan pusat sumber digital (Ahmad, 2020). Keadaan ini turut menjejaskan penggunaan sistem pengurusan digital, katalog dalam talian dan platform pembelajaran seperti DELIMa kerana guru serta murid tidak dapat mengakses sumber secara konsisten, terutamanya apabila sekolah bergantung pada jalur lebar satelit atau talian mudah alih yang tidak stabil (Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM], 2020).Akibatnya, jurang digital antara sekolah bandar dan luar bandar semakin melebar apabila guru di kawasan pedalaman terpaksa bergantung kepada kaedah tradisional. Situasi di SK Tanjung Manawali yang hanya mempunyai empat buah komputer riba menyebabkan murid terpaksa bergilir menggunakan peranti, sekali gus menjejaskan kesaksamaan akses pembelajaran digital serta motivasi murid untuk memanfaatkan pusat sumber digital (UNESCO, 2018). Kekangan ini menunjukkan bahawa teknologi bukan sekadar alat, tetapi asas kepada peluang pembelajaran yang adil dan inklusif.Bagi menangani cabaran ini, sekolah dan KPM perlu memperkukuh infrastruktur ICT melalui pemasangan internet berkelajuan tinggi dengan kerjasama syarikat telekomunikasi serta memaksimumkan peranti sedia ada melalui penggunaan makmal komputer berjadual atau skim pinjaman peranti. Selain itu, pemimpin sekolah perlu kreatif mendapatkan sokongan daripada komuniti, NGO atau PIBG bagi menambahbaik kemudahan digital (Rahman, 2019). Dengan penambahbaikan yang terancang, jurang digital dapat dikurangkan dan pusat sumber digital dapat berfungsi secara optimum untuk menyokong pembelajaran abad dua puluh satu.Isu 2: Tahap Literasi Digital Guru yang Tidak SekataTahap literasi digital guru yang tidak sekata menjadi cabaran utama dalam kepimpinan pusat sumber digital. Walaupun ada guru yang mahir menggunakan aplikasi pembelajaran digital, sebahagian besar masih kurang yakin dan bergantung pada kaedah tradisional, menyebabkan dasar pusat sumber digital sukar dilaksanakan secara seragam (Fullan & Langworthy, 2014). Kekangan ini turut menyebabkan guru kurang memanfaatkan platform seperti Google Classroom, Canva dan aplikasi kuiz interaktif, walaupun kemudahan digital telah disediakan sepenuhnya (Head, 2013).Di SK Tanjung Manawali, 40% guru masih berada dalam kategori kurang celik digital, mengakibatkan kualiti PdP menjadi tidak konsisten. Murid yang belajar di bawah guru celik digital menerima pendedahan teknologi yang lebih luas, manakala murid lain berisiko ketinggalan. Situasi ini menimbulkan ketidakseimbangan peluang pembelajaran dan berpotensi menjejaskan pencapaian keseluruhan sekolah, selaras kebimbangan global mengenai jurang kemahiran abad ke dua puluh satu (Partnership for 21st Century Learning, 2019).Untuk mengatasi cabaran ini, pihak sekolah perlu melaksanakan latihan literasi digital secara berterusan mengikut tahap kemahiran guru melalui bengkel DELIMa,
60OPAC dan aplikasi pendidikan digital. Amalan kolaboratif melalui Professional Learning Community turut membantu guru berkongsi kepakaran dan menyokong perkembangan rakan sejawat (KPM, 2020). Dengan latihan berfasa dan sokongan kepimpinan yang proaktif, perbezaan kemahiran ini dapat diseimbangkan, menjadikan projek “Smart Teacher Digital” sebagai inisiatif efektif dalam meningkatkan kompetensi digital semua guru.Isu 3: Kekangan Kewangan dan SumberKekangan kewangan merupakan salah satu cabaran terbesar dalam kepimpinan pusat sumber digital kerana penyelenggaraan sistem automasi, pembelian perisian berlesen, langganan jurnal digital dan pembaharuan peranti memerlukan kos yang tinggi. Tanpa peruntukan yang mencukupi, usaha transformasi digital sukar dijalankan secara menyeluruh (Chowdhury, 2016). Cabaran ini lebih ketara di sekolah luar bandar seperti SK Tanjung Manawali yang mempunyai peruntukan terhad, menyebabkan pemimpin pusat sumber bergantung kepada bahan percuma yang tidak semestinya berkualiti serta menghadkan penambahan koleksi digital (Johnson et al., 2020).Akibat kekangan kewangan, pusat sumber digital tidak dapat berkembang mengikut keperluan pembelajaran abad dua puluh satu. Guru dan murid hanya mampu mengakses bahan asas sedangkan bahan ilmiah yang lebih bernilai seperti jurnal berbayar tidak dapat diperoleh. Keadaan ini boleh menjejaskan usaha membina warga sekolah yang berpengetahuan luas dan kompetitif, seperti yang ditegaskan oleh IFLA (2018) mengenai keperluan akses kepada sumber berkualiti untuk melahirkan pelajar yang berdaya saing.Untuk menangani cabaran ini, sekolah perlu mempelbagaikan sumber kewangan melalui kerjasama dengan PIBG, NGO dan pihak swasta. SK Tanjung Manawali, misalnya, telah menjalinkan hubungan dengan pihak Rotary Club yang menyumbang tenaga dan bahan mentah bagi pembaikan bangunan pusat sumber, sementara permohonan juga dibuat kepada PPD Kudat untuk sokongan tambahan. Penggunaan sumber terbuka yang sahih turut menjadi alternatif berkesan, di samping inisiatif komuniti seperti program sumbangan dan CSR yang boleh membantu menampung keperluan digital (Rahman, 2019). Dengan strategi kewangan yang kreatif dan kolaboratif, pusat sumber digital masih dapat berfungsi secara efektif walaupun dengan peruntukan terhad.Isu 4: Sikap dan Motivasi Pengguna yang RendahSikap dan motivasi pengguna, khususnya murid, turut menjadi cabaran besar. Walaupun pusat sumber digital menyediakan pelbagai kemudahan, ada murid yang kurang berminat menggunakannya. Mereka lebih suka menggunakan media sosial untuk hiburan berbanding mengakses sumber digital untuk pembelajaran (Zurina & Fariza, 2021).Kecenderungan ini berpunca daripada kurangnya pendedahan tentang kepentingan
61pusat sumber digital. Ada juga murid yang menganggap penggunaan aplikasi pembelajaran lebih sukar berbanding carian maklumat di laman web biasa seperti Wikipedia. Hal ini menunjukkan wujud jurang antara penyediaan kemudahan dengan penggunaan sebenar (Head, 2013).Secara keseluruhan 60% warga sekolah mempunyai motivasi yang rendah terhadap penggunaan pusat sumber. Perkara ini mungkin disebabkan mereka tidak didedahkan kepada kepentingan dan kelebihan pusat sumber digital yang sebenarnya. Impaknya ialah pusat sumber digital menjadi kurang dimanfaatkan. Potensi untuk meningkatkan literasi maklumat dan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan murid terbantut. Dalam jangka panjang, sikap ini boleh melemahkan usaha membudayakan pembelajaran kendiri (UNESCO, 2018).Menangani cabaran ini, pihak sekolah mengambil inisiatif meningkatkan motivasi termasuk mengadakan pertandingan literasi digital, kuiz dalam talian, dan projek berasaskan penyelidikan yang mewajibkan murid menggunakan pusat sumber digital. Kesannya sangat memberangsangkan di mana semakin ramai warga sekolah mengunjungi pusat sumber. Guru juga perlu menekankan penggunaan bahan digital dalam tugasan agar murid terbiasa dengan sumber tersebut (KPM, 2020).Kesimpulannya, sikap dan motivasi pengguna yang rendah boleh melemahkan keberkesanan pusat sumber digital. Namun, melalui pendekatan kreatif, kolaboratif, dan berbentuk ganjaran, murid dapat digalakkan untuk memanfaatkan pusat sumber secara optimum.Isu 5: Isu Keselamatan Siber dan Etika DigitalKeselamatan siber dan etika digital menjadi cabaran utama dalam kepimpinan pusat sumber digital kerana risiko seperti kecurian data, serangan siber, plagiarisme dan penyebaran maklumat palsu semakin meningkat. Pemimpin pendidikan perlu memastikan penggunaan teknologi berlaku secara selamat dan beretika, sejajar amaran Livingstone (2016) mengenai bahaya pendedahan digital tanpa kawalan. Ramai murid masih belum memahami kepentingan keselamatan kata laluan dan hak cipta digital, manakala guru turut terdedah kepada isu plagiarisme apabila menggunakan bahan tanpa penilaian teliti (Head, 2013).Implikasi cabaran ini berpotensi menjejaskan reputasi sekolah dan boleh menimbulkan isu undang-undang jika berlaku pelanggaran hak cipta. Integriti akademik juga terjejas apabila murid terbiasa menyalin bahan tanpa analisis dan rujukan yang betul, seperti yang ditegaskan oleh Fullan dan Langworthy (2014) mengenai keperluan membina budaya digital yang beretika. Oleh itu, keselamatan siber bukan sekadar isu teknikal tetapi melibatkan pembentukan sikap, pengetahuan dan tanggungjawab dalam penggunaan teknologi.
62Bagi menangani cabaran ini, Unit Pusat Sumber menganjurkan bengkel keselamatan siber, kesedaran hak cipta dan latihan penggunaan aplikasi anti plagiarisme dengan penglibatan guru, murid dan PIBG. Sekolah turut membangunkan dasar etika digital serta melatih murid untuk mempraktikkannya. Kerjasama dengan agensi seperti CyberSecurity Malaysia dan bimbingan melalui garis panduan KPM (2020) membantu memperkukuh literasi keselamatan digital warga sekolah. Dengan dasar jelas dan latihan berterusan, pusat sumber dapat berfungsi sebagai ruang pembelajaran yang selamat dan beretika.SAYA SEORANG PEMIMPIN PUSAT SUMBER PEMBELAJARAN DIGITALSebagai guru besar saya telah memilih menggunakan konsep POLC (Planning, Organizing, Leading, Controling) ke arah membangunkan projek ‘Smart Teacher Digital’ Pemangkin Pusat Sumber Pembelajaran Digital di Sekolah Kebangsaan Tanjung Manawali Banggi, Kudat. Sabah.1. Planning (Perancangan)Fasa ini melibatkan penetapan matlamat, objektif, dan strategi untuk mencapai visi pusat sumber digital dan peningkatan kemahiran AI guru.Jadual 1 Konsep POLC (Planning, Organizing, Leading, Controling) ke arah membangunkan projek ‘Smart Teacher Digital’ Pemangkin Pusat Sumber Pembelajaran Digital di Sekolah Kebangsaan Tanjung Manawali Banggi, Kudat. Sabah.Langkah Huraian Aktiviti Utama Output (Hasil)P1: Penetapan Visi & MatlamatMenentukan matlamat jangka pendek (6 bulan) dan jangka panjang (2 tahun).Matlamat Utama:1. 90% guru mahir mengintegrasikan sekurang-kurangnya 2 aplikasi AI dalam PDP (Pengajaran dan Pembelajaran) menjelang akhir tahun 20252. 100% guru menghasilkan sekurangkurangnya 5 buah buku cerita/ artikel untuk bacaan murid dalam rak digital spusat sumber sekolah3. Prestasi NILAM sekolah meningkat menjelang akhir tahun 2025Visi :Pusat Sumber Pembelajaran Digital mesra NILAMMisi :Guru celik digital pemangkin pusat sumber pembelajaran digital dan peningkatan prestasi NILAM sekolahP2: Analisis Keperluan (Needs Analysis)Menilai tahap kemahiran digital dan pengetahuan AI sedia ada guru (pra-ujian/soal selidik).Mengenal pasti jurang kemahiran dan aplikasi AI yang paling relevan untuk mata pelajaran yang diajar.30% guru mahir digital70% guru kurang mahir digitalSenarai Aplikasi AI Utama yang akan difokuskan: Chatbot untuk bahan, Penjana Imej untuk visual, Gemini storybook, Canva, Chat GPT
63P3: Penyediaan Pelan Strategik1. Merangka kurikulum latihan (modul, tempoh, kekerapan)2. Mengenal pasti sumber kewangan/fizikal yang diperlukan (perkakasan, perisian, yuran kursus)3. Menetapkan penunjuk prestasi utama (KPI).PInTAS :Pelan Intervensi Transformasi Projek ‘Smart Teacher Digital’ Pemangkin Pusat Sumber Pembelajaran Digital SKTM2. Organizing (Pengorganisasian)Fasa ini adalah tentang menstrukturkan kerja, mengagihkan sumber, dan menubuhkan pasukan yang bertanggungjawab.Jadual 2 Konsep POLC (Planning, Organizing, Leading, Controling) ke arah membangunkan projek ‘Smart Teacher Digital’ Pemangkin Pusat Sumber Pembelajaran Digital di Sekolah Kebangsaan Tanjung Manawali Banggi, Kudat. Sabah.Langkah Huraian Aktiviti Utama Output (Hasil)O1: Penubuhan Jawatankuasa ProjekMelantik Ketua Projek, Setiausaha, dan Ketua Modul/Latihan. Melibatkan wakil guru dari setiap panitia sebagai 'Duta Digital' (Digital Ambassador).Carta Organisasi Induk Sumber SKTMCarta Organisasi Projek dengan Peranan dan Tanggungjawab yang jelas.O2: Pengagihan SumberMemastikan bilik sumber (pusat sumber digital) dilengkapi dengan infrastruktur yang diperlukan (Wi-Fi stabil, komputer, dsb.). Menyusun bahan latihan mengikut modul dan tahap kemahiran yang dianalisis dalam P2.StarLinkRak buku digital SKTMWeb pusat sumber SKTMO3: Penjadualan & KoordinasiMenyusun jadual latihan/bengkel secara terperinci yang tidak mengganggu jadual PDP utama. Memastikan semua guru mengetahui masa, tempat, dan objektif setiap sesi.Jadual Latihan Induk (Master Training Schedule).3. Leading (Kepimpinan)Fasa ini berfokus pada memotivasi, berkomunikasi, dan membimbing guru-guru untuk mencapai matlamat projek.Jadual 3 Konsep POLC (Planning, Organizing, Leading, Controling) ke arah membangunkan projek ‘Smart Teacher Digital’ Pemangkin Pusat Sumber Pembelajaran Digital di Sekolah Kebangsaan Tanjung Manawali Banggi, Kudat. Sabah.
64Langkah Huraian Aktiviti Utama Output (Hasil)L1: Komunikasi Berkesan1. Menganjurkan majlis pelancaran untuk mewujudkan semangat dan pemilikan projek.2. Sentiasa berkomunikasi tentang kemajuan, kejayaan kecil (quick wins)3. Menjelaskan faedah jangka panjang kepada guru.Sesi Taklimat yang Konsisten.L2: Motivasi dan Pembangunan1. Memberi galakan dan pengiktirafan kepada guru yang menunjukkan peningkatan ketara atau menghasilkan inovasi PDP menggunakan AI (cth: Sijil Pencapaian2. Anugerah Guru Digital Terbaik).3. Menyediakan mentor (Duta Digital) untuk membantu rakan sekerja yang masih bergelumang.Mekanisme Pengiktirafan Program Mentorship.L3: Pengambilan KeputusanPemimpin projek perlu bersedia membuat keputusan segera apabila cabaran muncul (cth: kegagalan peralatan, aplikasi AI baharu muncul, perubahan jadual).Rekod Keputusan Penting dan Tindakan Pembetulan.4. Controlling (Kawalan)Fasa ini memastikan bahawa aktiviti berjalan mengikut pelan dan mengambil tindakan pembetulan jika terdapat sisihan.Jadual 4 Konsep POLC (Planning, Organizing, Leading, Controlling) ke arah membangunkan projek ‘Smart Teacher Digital’ Pemangkin Pusat Sumber Pembelajaran Digital di Sekolah Kebangsaan Tanjung Manawali Banggi, Kudat. Sabah.Langkah Huraian Aktiviti Utama Output (Hasil)C1: Pengukuran Prestasi (Monitoring)1. Mengukur kemajuan guru berdasarkan KPI (cth: Kehadiran latihan, skor ujian pasca, kekerapan integrasi AI dalam RPH - Rancangan Pengajaran Harian).2. Mengumpul maklum balas berkala dari guru tentang keberkesanan latihan.Laporan Kemajuan penguasaan guru dalam aplikasi AIC2: Perbandingan dan PenilaianMembandingkan prestasi sebenar dengan sasaran yang ditetapkan dalam fasa Perancangan (P1). Mengenal pasti di mana projek berjalan lancar dan di mana berlaku kelewatan atau isu.Laporan Penilaian Modul Latihan (Course Evaluation Report).C3: Tindakan Pembetulan (Corrective Action)Jika prestasi di bawah sasaran, ambil tindakan. Contoh: Mengubah suai modul latihan, menambah sesi bimbingan individu, atau menggantikan perkakasan yang rosak. Mengdokumentasikan pembelajaran dari kegagalan.Pelan Tindakan Pembetulan (Corrective Action Plan).
65C4: Penutupan dan PelaporanDi akhir projek, menyediakan laporan lengkap, meraikan kejayaan, dan menyediakan pelan penambahbaikan berterusan (sustainability plan).Laporan Penilaian Projek Akhir dan Sesi Perkongsian Amalan Terbaik.Modul Latihan AI: 'Smart Teacher Digital'Modul-modul ini direka untuk membolehkan guru menggunakan AI bukan sahaja untuk mencipta bahan, tetapi juga untuk merancang, melaksanakan, dan menilai PDP yang lebih berkesan.Tahap 1: Asas (AI Literacy & Pengenalan Alat)Objektif: Guru memahami konsep AI asas dan boleh menggunakan sekurangkurangnya satu alat AI untuk tugasan ringkas.Jadual 5 Modul Latihan AI: 'Smart Teacher Digital' Asas (AI Literacy & Pengenalan Alat) ke arah membangunkan projek ‘Smart Teacher Digital’ Pemangkin Pusat Sumber Pembelajaran Digital di Sekolah Kebangsaan Tanjung Manawali Banggi, Kudat. Sabah.Modul Fokus Utama Aplikasi/Alat CadanganOutput GuruM1.1: Konsep Asas AI dan EtikaMemahami apa itu AI, Pembelajaran Mesin (Machine Learning), dan perbezaan antara AI Generatif. Perbincangan mengenai hak cipta, bias, dan penggunaan beretika dalam konteks pendidikan.Perbincangan Kumpulan.Sesi Taklimat Etika dan Garis Panduan Penggunaan AI.M1.2: Pengenalan kepada Chatbot AI (Gemini)Pengenalan mendalam kepada Gemini: Bagaimana untuk menulis arahan yang berkesan (prompt engineering). Menggunakan Gemini untuk meringkaskan teks kurikulum yang panjang, menjana idea kuiz, atau mencadangkan aktiviti icebreaking.Google Gemini, ChatGPT5 Prompts Berkesan untuk Persediaan PDP menggunakan Gemini.M1.3: Penciptaan Visual AsasMenggunakan AI untuk menghasilkan imej atau grafik yang sesuai dengan topik pelajaran dalam masa yang singkat. Fokus pada penyesuaian visual untuk murid yang berbeza.Designer, Canva MagicMedia3 Imej Berkualiti Tinggi yang Dihasilkan AI untuk Bahan Bantu Mengajar.Tahap 2: Menengah (Integrasi Kurikulum & Kreativiti)Objektif: Guru mahir mengintegrasikan pelbagai alat AI untuk menjana bahan PDP yang inovatif dan berbeza.Jadual 6 Modul Latihan AI: 'Smart Teacher Digital' Menengah (Integrasi Kurikulum & Kreativiti) ke arah membangunkan projek ‘Smart Teacher Digital’ Pemangkin Pusat
66Sumber Pembelajaran Digital di Sekolah Kebangsaan Tanjung Manawali Banggi, Kudat. Sabah.Modul Fokus Utama Aplikasi/Alat CadanganOutput GuruM2.1: GeminiBookstory –Personalisasi Bahan BacaanFokus utama: Gemini untuk Naratif. Menggunakan Gemini untuk menjana cerita ringkas (short stories) atau senario sejarah yang disesuaikan dengan latar belakang atau minat murid (cth: cerita dongeng matematik). Ini membantu dalam pembezaan.Google Gemini1 'Gemini Bookstory' yang Dipersonalisasi untuk kumpulan murid tertentu.M2.2: AI untuk Penilaian & Maklum BalasMenggunakan AI untuk menjana soalan aras tinggi (Higher Order Thinking Skills -HOTS). Menggunakan alat AI untuk menganalisis respons murid dan memberi maklum balas yang segera dan spesifik.Quizizz AI, Formative, Google Forms (addons)Satu Set Soalan HOTS yang Dijana AI dengan Skema Pemarkahan.M2.3: Video & Audio yang Dijana AIMencipta klip video ringkas atau klip audio (podcast mini) untuk pembelajaran. Menukar teks menjadi suara (text-tospeech) untuk murid yang mempunyai masalah membaca.Synthesia, ElevenLabs, Veed.ioKlip Video/Audio Berdurasi 3 Minit tentang Topik Sukar.Tahap 3: Lanjutan (Inovasi & Pembangunan Profesional)Objektif: Guru boleh memimpin inisiatif AI, menyelesaikan masalah kompleks, dan menggunakan AI untuk pembangunan profesional berterusan.Jadual 7 Modul Latihan AI: 'Smart Teacher Digital' Lanjutan (Inovasi & Pembangunan Profesional) ke arah membangunkan projek ‘Smart Teacher Digital’ Pemangkin Pusat Sumber Pembelajaran Digital di Sekolah Kebangsaan Tanjung Manawali Banggi, Kudat. Sabah.Modul Fokus Utama Aplikasi/Alat CadanganOutput GuruM3.1: AI Sebagai Pembantu Perancangan Jangka PanjangMenggunakan Gemini untuk merangka Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) atau Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang selaras dengan DSKP dan merangkumi elemen pembezaan.Google Gemini, Tools PerancanganRPH/RPT untuk satu unit pelajaran yang diperincikan oleh AI.M3.2: Automasi Tugasan PentadbiranMenggunakan AI untuk menyusun data gred murid, menjana surat panggilan mesyuarat automatik, atau mengatur jadual aktiviti menggunakan alat berasaskan AI.Google Sheets/Excel AI functions, Zapier, Tools Automasi EmelSistem Automasi Ringkas (cth: Menjana Mesej Ibu Bapa dari Senarai Gred).
67M3.3: Inovasi & Perkongsian Amalan TerbaikSesi pembentangan oleh guru-guru yang telah berjaya mengintegrasikan AI. Menganalisis trend AI baharu dan merangka pelan penambahbaikan pusat sumber digital secara berterusan.Platform Perkongsian (cth: Google Classroom)Pelan Tindakan Berterusan untuk Pembangunan Profesional dalam AI.Cadangan Pelaksanaan (Di bawah Organizing, O2):1. Kaedah Latihan: Amalkan hands-on workshop (bengkel praktikal) berbanding ceramah. Setiap sesi perlu berakhir dengan output konkrit yang boleh digunakan guru pada keesokan harinya (seperti yang dinyatakan dalam jadual).2. Mentor/Jurulatih: Gunakan 'Duta Digital' (dari Tahap 1) untuk menjadi fasilitator bagi guru lain, mewujudkan ekosistem pembelajaran peer-to-peer. Pelan Tindakan Komprehensif (P3) Projek 'Smart Teacher Digital'Matlamat Utama (6 Bulan): 80% guru mencapai tahap kemahiran AI Tahap 2 (Menengah) dan mengintegrasikan AI dalam sekurang-kurangnya satu unit pelajaran.Jadual 8:Cadangan Pelaksanaan (Di bawah Organizing, O2)Fasa POLC Langkah KunciTempoh Aktiviti Utama Sumber/Jawatankuasa BertanggungjawabKPI / SasaranPLANNING (P)P1-P3 (Kemas Kini)Bulan 1*Perolehan Dana/Kelulusan Rasmi. *Penilaian Pra-Projek (Soal Selidik Kemahiran Awal). *Pembelian langganan perisian/perkakasan asas (cth: Peningkatan Jalur Lebar Wi-Fi, Langganan Gemini/Platform Pro).Jawatankuasa Induk, Penyelaras ICT.100% Guru Melengkapkan Soal Selidik Awal.ORGANIZING (O)O1-O3 (Setup)Bulan 1*Penubuhan Rasmi Jawatankuasa Projek & Pelantikan 5 'Duta Digital'. * Penyediaan Pusat Sumber Digital (Pemasangan Stesen Kerja, Papan Pintar). *Peringatan & Penyebaran Jadual Latihan.Jawatankuasa Projek, Duta Digital.Pusat Sumber Digital Siap Sepenuhnya (100% Peralatan Berfungsi).
68LEADING (L) L1 (Motivasi) Minggu 5Majlis Pelancaran Projek 'Smart Teacher Digital'. Sesi taklimat yang memberi penekanan pada Faedah AI (Mengurangkan Beban Kerja, Meningkatkan Kualiti PDP).Pentadbiran Sekolah, Ketua Projek.Kehadiran 100% Guru di Majlis Pelancaran.LATIHAN Tahap 1: Asas (M1.1-M1.3)Bulan 2* Bengkel M1.1: Konsep AI & Etika. * Bengkel M1.2: Penggunaan Gemini (Hands-on).* Bengkel M1.3: Penciptaan Visual Asas.Ketua Modul Latihan, Duta Digital.90% Guru Menggunakan Gemini untuk 5 prompts mudah.LATIHAN Tahap 2: Menengah (M2.1-M2.3)Bulan 3-4* Bengkel M2.1: Gemini Bookstory (Fokus pada Penyesuaian Naratif/Senario). * Bengkel M2.2: AI untuk Penilaian & Maklum Balas. * Latihan Klinikal (Coaching) oleh Duta Digital.Ketua Modul Latihan, Duta Digital.Setiap guru menghasilkan 1 'Gemini Bookstory' untuk unit pelajaran.CONTROLLING (C)C1-C2 (MidTerm Review)Bulan 4* Ujian Pasca Latihan 1: Mengukur penguasaan kemahiran Tahap 1 & 2. * Pemantauan RPH (Semakan integrasi AI). * Sesi Maklum Balas Kumpulan Fokus Guru.Ketua Projek, Jawatankuasa Projek.Min Skor Ujian Pasca adalah 80%.LATIHAN Tahap 3: Lanjutan (M3.1-M3.3)Bulan 5* Bengkel M3.1: AI untuk Perancangan Jangka Panjang (RPT). * Bengkel M3.2: Automasi Tugasan Pentadbiran. * Bengkel M3.3: Inovasi & Perkongsian Amalan Terbaik.Ketua Projek, Pakar Jemputan (jika ada).5 Guru Sukarela Membentangkan Inovasi AI mereka.
69CONTROLLING (C)C3-C4 (Final Review)Bulan 6* Ujian Pasca Latihan 2 (Akhir Fasa). * Pelaporan Akhir: Perbandingan KPI (Sasaran 80%) vs. Prestasi Sebenar. * Anugerah 'Guru Digital Cemerlang' untuk Pengiktirafan.Jawatankuasa Projek.80% Guru Mencapai Penunjuk Kemahiran yang ditetapkan.Penunjuk Prestasi Utama (KPI) Jangka Pendek:1. Kehadiran Latihan: 95% kehadiran dalam semua sesi latihan berjadual.2. Integrasi RPH: Setiap guru merekodkan penggunaan AI (cth: penggunaan Gemini Bookstory, penjanaan soalan kuiz AI) dalam sekurang-kurangnya 3 RPH dalam tempoh 6 bulan.3. Tahap Kemahiran: Min skor ujian pasca 80%RUMUSANSecara keseluruhannya, pembangunan Pusat Sumber Pembelajaran Digital (PSPD) merupakan satu usaha strategik ke arah melahirkan sekolah yang progresif, berdaya saing dan selari dengan kehendak pendidikan abad ke-21. Melalui ciri-ciri pusat sumber idaman, pelan intervensi serta kepimpinan yang cemerlang, guru besar atau pengetua dapat memperkukuh literasi digital, meningkatkan akses maklumat tanpa sempadan, serta membudayakan pembelajaran kolaboratif dalam kalangan guru dan murid. Selain itu, pelbagai isu dan cabaran yang wujud seperti kekangan infrastruktur, tahap literasi digital yang berbeza, dan pengurusan pusat sumber yang kurang efisien dapat ditangani dengan strategi yang sistematik dan inovatif. Justeru, PSPD bukan sahaja menjadi nadi penggerak kecemerlangan akademik, tetapi juga wadah pembentukan modal insan yang holistik, kreatif, serta berdaya saing dalam dunia digital yang semakin mencabar. Oleh yang demikian saya sangat yakin dengan meningkatnya kompetensi literasi AI dalam kalangan guru akan memberi impak yang positif dan sangat besar kepada pewujudan Pusat Sumber Pembelajaran Digital yang realistik yang akan bertindak sebagai pemangkin kecemerlangan murid dalam akademik. Di samping itu penghasilan buku-buku digital oleh guru dan warga sekolah juga secara langsung akan meningkatkan prestasi NILAM di sekolah ini. Hasilnya penerapan budaya membaca dalam kalangan warga sekolah dan komuniti pasti akan tercapai.
70RUJUKANAbdul Razak, A., & Noraini, I. (2020). Kepimpinan pendidikan dalam era digital. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Chung, P. W. H., & Teo, T. (2021). Digital literacy and learning motivation in schools: A systematic review. Journal of Education and e-Learning Research, 8(4), 456–465. https://doi.org/10.20448/journal.509.2021.84.456.465Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.Mohd Yusof, H., & Siti Hajar, A. (2019). Pengurusan pusat sumber sekolah dalam memperkasakan pembelajaran abad ke-21. Jurnal Pengurusan Pendidikan Malaysia, 31(2), 45–59.Yusri, B., & Hamidah, J. (2022). ICT integration in teaching and learning: Challenges and leadership strategies. International Journal of Academic Research in Progressive Education and Development, 11(1), 112–125. https://doi.org/10.6007/IJARPED/v11-i1/12345International Federation of Library Associations and Institutions (IFLA). (2017). IFLA library reference model: A conceptual model for bibliographic information. IFLA.Mishra, P., & Koehler, M. J. (2006). Technological pedagogical content knowledge: A framework for teacher knowledge. Teachers College Record, 108(6), 1017–1054. https://doi.org/10.1111/j.1467-9620.2006.00684.xVygotsky, L. S. (1978). Mind in society: The development of higher psychological processes. Harvard University Press.Fullan, M., & Quinn, J. (2016). Coherence: The right drivers in action for schools, districts, and systems. Corwin Press.Anderson, T., & Rivera-Vargas, P. (2020). A critical look at educational technology from a distance education perspective. Digital Education Review, 37(1), 208–229.Anderson, T., & Rivera-Vargas, P. (2020). A critical look at educational technology from a distance education perspective. Digital Education Review, 37(1), 208–229.Fullan, M., & Langworthy, M. (2014). A rich seam: How new pedagogies find deep learning. Pearson.Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa). Putrajaya: KPM.Chowdhury, G. (2016). Digital libraries and information access: Research perspectives. Facet Publishing.IFLA. (2018). Guidelines for library services to children aged 0–18. International Federation of Library Associations and Institutions.
71AINSPIRE ME @SKePATKAMSIAH BINTI CHACHOSK Pata [email protected] Pembimbing : Dr Anniliza Binti Mohd IsaPENGENALANAINSPIRE ME@SKePAT merupakan gabungan unik tiga elemen AINS (Analisis Indeks Nilai Sumber), Inspire (Inspirasi) dan Me (Diri Saya) yang menggambarkan aspirasi Sekolah Kebangsaan Pata (SKePAT) dalam melahirkan murid yang terinspirasi melalui budaya pembacaan digital. Ia membawa maksud “Saya diinspirasikan melalui AINS”, selaras dengan matlamat sekolah untuk memperkasa pembelajaran bermakna berpaksikan teknologi. Program ini menjadi simbol perubahan landskap pendidikan di SK Pata, apabila Pusat Sumber Sekolahberevolusi daripada sekadar ruang bacaan tradisional kepada hab pembelajaran digital dinamik berkonsepkan maya seperti Rak Maya, ROBLOX-PataXplore LibraryLand dan sistem pelaporan digital AINS yang interaktif.Sejak mula bertugas sebagai Guru Besar SK Pata pada tahun 2023, saya menyaksikan bagaimana sekolah kecil dengan 81 orang murid, 15 orang guru dan 3 kakitangan bukan mengajar ini memiliki potensi besar untuk menjadi peneraju inovasi digital di kawasan Kudat. Walaupun bersaiz kecil, semangat dan komitmen warga sekolah amat luar biasa. Dengan kekuatan komuniti sekolah yang rapat dan budaya kerja kolaboratif, setiap inisiatif yang dirancang mudah diterjemahkan menjadi
72tindakan berimpak tinggi. Justeru, AINSPIRE ME@SKePAT dilahirkan sebagai satu gerakan transformasi digital yang menggabungkan literasi bacaan, kemahiran ICT dan pembelajaran bermakna di bawah satu payung besar Pusat Sumber Digital SK Pata.Namun, di sebalik semangat itu, realitinya menunjukkan isu utama perekodan AINS yang rendah dalam kalangan murid. Dapatan analisis pada pertengahan tahun 2025 menunjukkan hanya 225 rekod bacaan direkodkan dalam sistem, jauh daripada sasaran tahunan. Kekangan peranti, bahan digital yang terhad dan minat membaca yang menurun menjadi cabaran utama dalam memupuk budaya pembacaan digital. Maka, program AINSPIRE ME@SKePAT digerakkan bukan sekadar sebagai aktiviti, tetapi sebagai manifestasi perubahan budaya dan pemikiran mengubah pembelajaran daripada berasaskan buku semata-mata kepada pembelajaran digital yang menyeronokkan dan penuh makna.Berlandaskan visi untuk “Melonjakkan budaya pembelajaran bermakna melalui inovasi digital yang menginspirasi setiap minda murid SK Pata”, dan misi untuk memperkasa literasi digital, mentransformasi pusat sumber, serta melahirkan generasi celik maklumat dan berdaya saing, SK Pata kini berdiri sebagai sekolah kecil yang berjiwa besar. Melalui inisiatif ini, setiap murid diberi peluang menjadi wira digital yang menggabungkan kreativiti, teknologi dan minat membaca. Seperti semboyan yang menjadi nadi program ini.PENGALAMAN LEPASKejayaan sesebuah sekolah bukan hanya diukur melalui pencapaian akademik, tetapi juga melalui keupayaan kepimpinan dan warga sekolahnya dalam mencipta perubahan yang memberi impak kepada kemenjadian murid. Sebagai Guru Besar SK Pata, saya berbangga kerana telah berjaya membawa sekolah ini ke satu tahap yang membanggakan apabila SK Pata muncul sebagai penerima Anugerah Emas bagi RIA Project: Road to Ideal Attitudes dalam Program PRiMe 2025 Peringkat Daerah Kudat. Sekolah ini bukan sahaja berjaya mewakili Daerah Kudat, malah turut meraih tempat ke-5 di peringkat Negeri Sabah dan turut meraih Angerah Emas, mengatasi pelbagai sekolah lain yang mempunyai sumber dan saiz lebih besar. Kejayaan ini membuktikan bahawa dengan semangat kepimpinan yang berwawasan, pengurusan strategik dan kerjasama berpasukan, sekolah kecil juga mampu mencipta impak besar dalam dunia pendidikan digital dan nilai sahsiah murid.Kejayaan tersebut bukan hadir secara kebetulan, tetapi hasil daripada pengurusan berfokus kepada kolaborasi, inovasi dan penggerakan sumber manusia secara menyeluruh. Saya memastikan setiap guru diberikan peranan dan kepercayaan untuk menyumbang idea, manakala warga sekolah pula digerakkan secara berstruktur mengikut potensi masing-masing. Sebagai Guru Besar, saya
73berperanan sebagai pendorong, pembimbing, peneraju dan pemangkin kemenjadian Pusat Sumber Sekolah, dengan memberi inspirasi kepada guru untuk menjadikan setiap program bukan sekadar aktiviti, tetapi sebagai satu peluang membina nilai, kemahiran dan pemikiran aras tinggi dalam kalangan murid. Pendekatan kepimpinan ini berjaya menzahirkan budaya kerja positif yang mencerminkan semangat “Satu Hati, Satu Tujuan” di bawah panji kecemerlangan SK Pata.Selain kejayaan dalam PRiMe 2025, SK Pata turut mencipta sejarah apabila menyertai Pertandingan Inovasi Innoteach untuk Program STEM Marvel peringkat Negeri Sabah pada tahun yang sama dan berjaya mendapat Anugerah Emas. Kejayaan ini memperkukuh imej sekolah sebagai institusi inovatif dan progresif dalam memupuk budaya STEM yang menyeronokkan, berimpak dan relevan dengan abad ke-21. Ia juga memperlihatkan bahawa murid SK Pata bukan sahaja dilatih untuk berfikir secara kritikal dan kreatif, tetapi juga untuk berinovasi dan berkolaborasi sejajar dengan visi sekolah iaitu “Melonjakkan budaya pembelajaran bermakna melalui inovasi digital yang menginspirasi setiap minda murid SK Pata” serta misi sekolah untuk memperkasa literasi digital, membentuk generasi celik maklumat dan membudayakan pembelajaran bermakna dalam kalangan murid.Melangkah ke hadapan, pelestarian kejayaan ini akan diteruskan melalui pemantapan Pusat Sumber Digital SK Pata sebagai hab pembelajaran maya, yang berfungsi bukan sahaja untuk aktiviti bacaan tetapi juga sebagai ruang kolaboratif pembelajaran digital. Pelbagai inisiatif seperti AINSPIRE ME@SKePAT, Rak Maya, PataXplore LibraryLand, dan program literasi digital bersepadu akan diteruskan dan diperluas agar menjadi budaya berterusan di sekolah. Pelestarian ini juga akan melibatkan pengupayaan guru sebagai pemimpin instruksional digital, serta pembangunan kemahiran abad ke-21 murid supaya mereka menjadi generasi yang bukan sahaja berilmu, tetapi berdaya saing, berakhlak dan berperibadi unggul.CIRI PUSAT SUMBER DIGITAL YANG DIIDAMKANPusat Sumber Berasaskan Teknologi InteraktifPusat Sumber Digital yang diidamkan perlu berasaskan teknologi interaktif yang menggabungkan pelantar maya seperti Rak Maya, ROBLOX-PataXplore LibraryLand, dan sistem QR Code yang menghubungkan bahan bacaan dengan kandungan digital. Integrasi teknologi ini menjadikan proses pembelajaran lebih menarik, menyeronokkan dan bersifat dua hala antara murid dan bahan pembelajaran. Melalui pendekatan ini, murid tidak lagi menjadi pembaca pasif tetapi pengguna aktif yang meneroka dan mengawal perjalanan pembelajaran mereka sendiri. Aktiviti seperti QR Hunt@Pata dan MySPataReadsPlus memperkenalkan elemen gamifikasi dalam pembelajaran, sejajar dengan strategi pembelajaran digital interaktif yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (2024) dalam
74Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Digital 2024 - 2030. Impaknya, murid menjadi lebih kreatif, berfikiran kritikal dan berdaya cipta, serta berupaya menyesuaikan diri dengan dunia pembelajaran abad ke-21 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2024).Koleksi Digital yang Komprehensif dan Mudah AksesSebuah pusat sumber digital yang ideal harus memiliki koleksi bahan digital yang luas, pelbagai dan mudah diakses oleh semua warga sekolah. Koleksi ini merangkumi e-buku, jurnal ilmiah, video pendidikan, infografik, bahan audio-visual dan sumber multimedia interaktif yang boleh dicapai pada bila-bila masa melalui portal dalam talian sekolah. Ciri ini penting kerana ia menyediakan akses ilmu tanpa batasan tempat dan masa, membolehkan murid belajar secara kendiri dan mengikut minat mereka sendiri. UNESCO (2023) menegaskan bahawa pengurusan sumber digital perlu menekankan akses terbuka, keterangkuman dan kesaksamaan bagi membentuk masyarakat pembelajar sepanjang hayat. Pendekatan ini bukan sahaja memperluas peluang pembelajaran tetapi juga memupuk budaya membaca secara maya yang menyokong pembelajaran bermakna (meaningful learning). Impaknya, murid akan menjadi pembelajar sepanjang hayat yang celik maklumat dan kritikal dalam menilai sumber digital (UNESCO, 2023).Ruang Pembelajaran Kolaboratif dan MayaPusat sumber digital masa kini tidak lagi sekadar ruang membaca, tetapi berfungsi sebagai ruang pembelajaran kolaboratif dan maya yang memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan murid dan guru. Ruang ini boleh berbentuk fizikal seperti DigiHub@Pata yang dilengkapi komputer dan paparan pintar, atau maya seperti Google Classroom dan Roblox Education. Pendekatan ini menepati panduan OECD (2024) yang menekankan pentingnya pembelajaran berasaskan kolaborasi digital untuk meningkatkan kemahiran komunikasi, penyelesaian masalah dan inovasi dalam kalangan murid. Di SK Pata, ruang kolaboratif ini menyokong pembelajaran berasaskan projek (Project-Based Learning) dan aktiviti kumpulan yang merangsang kemahiran insaniah murid seperti kepimpinan, empati dan kerja berpasukan. Impaknya, murid akan lebih yakin, berani menyuarakan pandangan dan bersedia berperanan sebagai warganegara digital global (OECD, 2024).Sistem Perekodan dan Analisis Bacaan Digital (AINS)Salah satu ciri utama Pusat Sumber Digital yang efektif ialah sistem perekodan dan analisis bacaan digital (AINS) yang sistematik dan berasaskan data. Melalui sistem ini, semua aktiviti bacaan murid direkod dan dianalisis menggunakan borang digital, QR Code atau platform Rak Maya sekolah. Kaedah ini membolehkan guru memantau perkembangan literasi bacaan murid secara terperinci serta merancang intervensi
75bersasar berdasarkan analisis data sebenar. Kementerian Pendidikan Malaysia (2024) menekankan bahawa kepimpinan sekolah abad ke-21 harus menggunakan data dan teknologi digital sebagai alat membuat keputusan bagi memperkukuh pengurusan pembelajaran. Di SK Pata, cadangan pembangunan Dashboard AINSPIRE akan meningkatkan keberkesanan pemantauan bacaan murid serta mendorong amalan reflektif dalam kalangan guru. Impaknya, murid menjadi lebih berdisiplin, bertanggungjawab dan bermotivasi untuk membaca kerana setiap usaha mereka diiktiraf secara digital (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2024).Kepimpinan Digital dan Literasi MaklumatCiri terakhir yang melengkapkan Pusat Sumber Digital idaman ialah kepimpinan digital dan literasi maklumat yang kukuh dalam kalangan guru dan murid. Pusat sumber perlu berperanan sebagai tapak latihan kepimpinan digital, di mana guru bertindak sebagai fasilitator dan murid pula sebagai peneraju mini projek teknologi sekolah. Pendekatan ini menekankan pembentukan warga sekolah yang beretika, bertanggungjawab dan produktif dalam penggunaan teknologi, seperti yang disarankan oleh Partnership for 21st Century Learning (P21, 2023). Melalui program seperti Guru Duta Digital SK Pata dan Kelab Inovator PSS, guru serta murid diasah dengan kemahiran mencipta kandungan digital, menyelesaikan masalah dan mengurus maklumat secara berhemah. Hal ini juga selari dengan prinsip UNESCO (2023) bahawa pendidikan digital mesti membentuk murid sebagai pencipta dan bukan sekadar pengguna maklumat. Impaknya, sekolah akan melahirkan generasi pemimpin digital yang yakin, berinovasi dan mampu bersaing secara global (P21, 2023; UNESCO, 2023).JALAN KE ARAH KEPIMPINAN CEMERLANG PUSAT SUMBERIsu Perekodan Aktiviti Bacaan AINS yang RendahSalah satu cabaran utama dalam kepimpinan Pusat Sumber Digital ialah tahap perekodan AINS yang rendah dalam kalangan murid. Berdasarkan dapatan analisis, hanya 225 aktiviti bacaan direkodkan dalam tempoh Mei hingga Jun 2025, jauh daripada sasaran tahunan sekolah. Faktor penyumbang termasuk kurangnya kefahaman murid terhadap fungsi sistem AINS, tahap literasi digital yang berbeza, serta kekangan masa guru dalam memantau rekod bacaan. Sebagai pemimpin pendidikan, pendekatan yang diambil ialah memperkenalkan program AINSPIRE ME@SKePAT yang memberi pendedahan, taklimat, dan latihan berstruktur kepada murid serta guru melalui aktiviti seperti DigiRACK SmartRead Hub dan kempen “1 Hari 1 Bacaan.” Penambahbaikan dicadangkan termasuk menambah fungsi automatik laporan AINS melalui kod QR, serta memperkenalkan pengiktirafan digital (digital badges) bagi murid aktif agar lebih bermotivasi. Langkah ini dijangka meningkatkan jumlah perekodan AINS kepada 10200 rekod menjelang Disember
762025, sekali gus menanam budaya pembacaan digital yang konsisten.Isu Kekurangan Bahan Digital dan Koleksi Bercetak UsangCabaran kedua ialah keterbatasan bahan bacaan digital dan bahan bercetak yang sudah usang, di mana lebih 60% koleksi buku melebihi lima tahun dan hanya 15 bahan digital aktif tersedia dalam Rak Maya. Keadaan ini menyukarkan pelaksanaan pembelajaran bermakna berasaskan teknologi. Sebagai pemimpin sekolah, tindakan diambil dengan mengemaskini dan memperkayakan koleksi bahan bercetak dan digital secara berperingkat, termasuk memperuntukkan bajet khas melalui sokongan PIBG dan kerjasama IAB Cawangan Sabah. Penambahbaikan masa hadapan ialah dengan mengadakan langganan sumber bacaan digital berlesen seperti e-NILAM dan Google Books Education, serta melatih guru untuk menghasilkan bahan bacaan digital interaktif sendiri. Inisiatif ini akan memastikan Pusat Sumber Digital kekal relevan, terkini dan menyokong keperluan kurikulum semasa.Isu Kekurangan Peralatan ICT dan Akses Internet StabilPusat Sumber SK Pata hanya memiliki 12 unit komputer riba dan capaian internet yang terhad, menyebabkan murid tidak dapat menggunakan sepenuhnya potensi platform digital seperti Rak Maya dan PataXplore LibraryLand. Kekurangan infrastruktur ini menjadi cabaran besar dalam memastikan pelaksanaan pembelajaran digital berjalan lancar. Bagi mengatasi isu ini, kepimpinan sekolah telah mengambil inisiatif bekerjasama dengan Pasukan ICT Kudat (PTIS3) dan PIBG untuk menaik taraf peralatan digital serta menambah akses Wi-Fi sekolah. Hasilnya, bilangan peranti meningkat kepada 21 unit. Cadangan penambahbaikan ialah memperkenalkan program perkongsian teknologi komuniti (TechShare@Pata), di mana ibu bapa dan rakan strategik menyumbang atau meminjamkan peranti lama yang boleh digunakan semula. Usaha ini bukan sahaja menambah keupayaan digital sekolah tetapi juga menggalakkan penglibatan komuniti dalam pelestarian teknologi pendidikan.Isu Tahap Penglibatan Guru dan Literasi Digital Tidak SeimbangCabaran seterusnya ialah ketidakseimbangan tahap literasi digital dan penglibatan guru dalam pengurusan Pusat Sumber Digital. Sesetengah guru masih selesa dengan kaedah tradisional dan kurang yakin menggunakan platform maya. Sebagai pemimpin pendidikan, tindakan diambil melalui sesi latihan dalaman, PLC Zon Matunggong, dan bimbingan berfasa agar semua guru dapat menguasai kemahiran penggunaan Rak Maya, AINS, dan ROBLOX LibraryLand. Cadangan penambahbaikan ialah menubuhkan kumpulan “Guru Duta Digital SK Pata” yang berperanan sebagai mentor rakan sebaya, membantu guru lain dalam penggunaan
77teknologi secara berterusan. Langkah ini akan mewujudkan ekosistem pembelajaran profesional yang dinamik serta memperkukuh budaya kolaboratif dan inovatif dalam organisasi sekolah.Isu Kelestarian dan Pemantauan Pelaksanaan ProgramCabaran terakhir ialah memastikan kesinambungan dan kelestarian projek digital agar tidak berhenti selepas fasa pelaksanaan. Isu ini penting kerana tanpa sistem pemantauan berterusan, keberkesanan program sukar diukur. Sebagai pemimpin, langkah diambil dengan mewujudkan sistem pemantauan berjadual menggunakan instrumen seperti OPPM (One Page Project Management) dan checklist audit Pusat Sumber Digital. Setiap aktiviti direkod melalui laporan bergambar, eviden digital dan data perekodan AINS untuk dianalisis semula setiap tahun. Cadangan penambahbaikan ialah mengintegrasikan pemantauan digital berasaskan Dashboard AINSPIRE, yang membolehkan guru besar dan penyelaras memantau data bacaan dan penggunaan sumber secara masa nyata. Langkah pelestarian ini memastikan projek tidak hanya bersifat jangka pendek tetapi terus berkembang sebagai ekosistem pembelajaran digital yang mampan dan berimpak tinggi.SAYA SEORANG PEMIMPIN PUSAT SUMBER PENDIDIKANSebagai seorang Pemimpin Pusat Sumber Pendidikan, saya memikul amanah yang melangkau tugas mengurus buku dan ruang pembelajaran. Tanggungjawab ini menuntut saya membina sebuah ekosistem ilmu yang hidup, relevan dan berdaya saing. Dalam era digital yang sentiasa berubah, saya bukan sekadar penjaga sumber, tetapi peneraju inovasi yang memastikan setiap murid memperoleh akses kepada ilmu, teknologi dan pengalaman pembelajaran yang berkualiti. Oleh sebab itu, berdasarkan cabaran dan ciri-ciri Pusat Sumber Idaman yang telah dibincangkan , berikut adalah beberapa perancangan yang boleh diambil untuk memajukan Pusat Sumber Pendidikan di sekolah.Pemerkasaan Literasi Digital melalui Program AINSPIRE ME@SKePATPerancangan pertama melibatkan pelaksanaan program AINSPIRE ME@SKePAT, yang dirangka bagi memperkukuh budaya pembelajaran bermakna melalui bacaan digital. Program ini memperkenalkan pelantar seperti Rak Maya dan ROBLOXPataXplore LibraryLand untuk menarik minat murid membaca secara interaktif. Melalui aktiviti seperti DigiRACK SmartRead Hub dan Kempen 1 Hari 1 Bacaan, murid digalakkan merekod aktiviti bacaan mereka dalam sistem AINS atau Borang Transit AINS secara konsisten. Usaha ini bukan sekadar meningkatkan jumlah perekodan daripada 225 kepada 3897 rekod menjelang Disember 2025, tetapi turut membentuk murid yang berfikiran kritikal, kreatif, dan reflektif terhadap bahan bacaan digital. Dari segi kepimpinan, guru besar berperanan sebagai peneraju dan
78pembimbing, memastikan setiap guru memainkan peranan dalam membimbing murid menggunakan teknologi dengan beretika dan produktif. Menurut Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Digital KPM (2024–2030), pendekatan ini selaras dengan objektif nasional untuk membangunkan murid yang celik digital dan mampu bersaing di peringkat global (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2024).Transformasi digital melalui pelaksanaan AINS telah membawa perubahan besar terhadap budaya pembacaan dan pengurusan data literasi murid di SK Pata. Berdasarkan rekod sistem, bilangan perekodan AINS meningkat secara sangat signifikan daripada dua ratus dua puluh lima rekod antara bulan Mei hingga Jun kepada 3897 rekod menjelang bulan Disember. Lonjakan besar ini menunjukkan peningkatan penglibatan murid dalam aktiviti literasi digital selaras dengan aspirasi Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Digital yang menekankan penggunaan sistem digital sebagai pemangkin kepada budaya pembelajaran sepanjang hayat (Kementerian Pendidikan Malaysia 2024).Pengiktirafan melalui sistem bintang turut menunjukkan perkembangan positif terhadap pencapaian membaca murid. Dua orang murid berjaya mencapai tahap tiga bintang, manakala lima orang mencapai tahap dua bintang dan lima orang memperoleh satu bintang daripada keseluruhan enam puluh tiga orang murid. Peningkatan ini membuktikan bahawa pelaksanaan AINS berjaya mewujudkan budaya membaca yang lebih tersusun, bermotivasi dan berfokus kepada perkembangan individu. UNESCO menegaskan bahawa sistem penilaian membaca yang progresif dan berasaskan data membantu membina motivasi dalaman murid untuk terus meningkatkan tahap literasi mereka (UNESCO 2023).Selain itu, peratus murid yang aktif merekod bacaan sekurang kurangnya sekali seminggu turut meningkat ketara daripada 40% kepada 90%. Pencapaian ini menunjukkan bahawa platform digital berjaya menarik minat murid untuk membaca secara konsisten serta membiasakan mereka dengan amalan literasi berjadual. Penglibatan murid yang tinggi ini selaras dengan pandangan OECD yang menyatakan bahawa penggunaan teknologi secara strategik dapat meningkatkan keterlibatan murid dalam pembelajaran dan memperkukuh perkembangan literasi abad ke dua puluh satu (OECD 2024).Pusat Sumber SK Pata juga memperkaya pengalaman literasi murid melalui sekurang kurangnya lima program digital berimpak tinggi seperti DigiRack Hub, Satu Hari Satu Bacaan, QR Hunt Pata dan Roblox PataXplore LibraryLand. Program program ini bukan sahaja menjadikan aktiviti membaca lebih menyeronokkan tetapi turut membina kemahiran digital melalui penerokaan dunia maya dan gamifikasi. Keberkesanan pendekatan ini turut disokong oleh pandangan Fullan dan Quinn yang menekankan bahawa pembelajaran berkualiti memerlukan gabungan teknologi,
79kreativiti dan pengalaman sebenar yang membina koheren dalam ekosistem pendidikan (Fullan dan Quinn 2022).Semua dapatan ini disahkan melalui rekod sistem AINS, borang transit bacaan digital, laporan aktiviti literasi serta bukti bergambar dan log kehadiran murid yang menunjukkan peningkatan penyertaan secara konsisten. Pusat Sumber Digital SK Pata (2025) turut menegaskan bahawa peningkatan luar biasa dalam jumlah perekodan bacaan adalah hasil langsung daripada pelaksanaan strategi digital yang dirancang secara sistematik melalui intervensi pusat sumber. Data ini memperlihatkan peningkatan sebanyak 1700% dalam jumlah rekod bacaan murid, sekali gus membuktikan bahawa penerapan teknologi bukan sahaja memperkemas proses perekodan tetapi juga meningkatkan motivasi murid untuk membaca dan mengukuhkan kemahiran celik digital mereka. Kejayaan ini merupakan bukti bahawapendekatan digital yang tersusun mampu mengubah budaya literasi sekolah dengan cara yang lebih progresif dan berimpak tinggi.Pengayaan Koleksi Bahan Bercetak dan Digital Relevan dengan Kurikulum SemasaPerancangan kedua tertumpu kepada peningkatan kualiti dan kuantiti koleksi bahan Pusat Sumber, khususnya dalam bentuk digital. Berdasarkan dapatan awal, hanya 40% bahan sedia ada relevan dengan kurikulum terkini dan 60% bahan bercetak berusia lebih lima tahun. Justeru, intervensi dilakukan melalui perancangan penambahan sekurang-kurangnya 30 bahan digital baharu setiap tahun, di samping melupuskan bahan usang dan menggantikannya dengan bahan yang lebih selaras dengan keperluan semasa. Inisiatif ini turut menggalakkan penghasilan bahan digital interaktif oleh guru, termasuk e-buku dan infografik pembelajaran, yang disimpan dalam Rak Maya sekolah. Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan keberkesanan pengajaran, tetapi juga memperkayakan pengalaman pembelajaran murid melalui kandungan pelbagai medium. Hal ini seiring dengan saranan UNESCO (2023) bahawa pengurusan sumber digital perlu memberi keutamaan kepada kandungan yang kontekstual, terbuka dan mudah diakses bagi membina masyarakat pembelajar sepanjang hayat (UNESCO, 2023).Transformasi pusat sumber digital turut memberi impak besar terhadap pengurusan bahan bacaan, khususnya melalui peningkatan koleksi digital yang lebih relevan dan berkualiti. Berdasarkan inventori pusat sumber sekolah, jumlah bahan digital dalam Rak Maya meningkat secara drastik daripada lima belas bahan kepada lebih seratus dua puluh bahan digital aktif. Peningkatan ini membuktikan keberkesanan strategi penyediaan sumber pembelajaran yang lebih pelbagai, terbuka dan aksesibel kepada murid. Pendekatan ini selaras dengan aspirasi Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Digital yang menekankan keperluan menyediakan bahan pembelajaran digital yang komprehensif bagi menyokong keperluan pedagogi semasa
80(Kementerian Pendidikan Malaysia 2024).Selain itu, peratusan bahan bercetak terkini yang selaras dengan kurikulum turut meningkat dengan ketara. Sebelum intervensi, hanya empat puluh peratus bahan bercetak berada dalam kategori terkini, namun selepas penambahbaikan koleksi, sebanyak sembilan puluh peratus bahan bacaan telah dikemas kini selaras dengan sukatan pelajaran semasa. Kejayaan ini selari dengan laporan UNESCO yang menegaskan bahawa akses kepada bahan pengajaran berkualiti merupakan faktor penting dalam memastikan kesaksamaan peluang pendidikan dan meningkatkan literasi murid (UNESCO 2023).Pengurusan koleksi digital juga diperkukuh melalui inisiatif pengumpulan Rak Maya seluruh negara menggunakan platform MySPataReadsPlus. Sekurang kurangnya empat belas Rak Maya daripada sekolah jaringan seluruh Malaysia berjaya dihimpunkan dan dikongsi sebagai rujukan silang. Usaha ini menunjukkan peningkatan kolaborasi antara sekolah serta memantapkan jaringan pembelajaran digital yang lebih luas. Perkembangan ini seiring dengan panduan OECD yang menekankan bahawa jaringan perkongsian sumber dan kolaborasi antara institusi pendidikan mampu mempercepat penerapan budaya membaca berfokus digital (OECD 2024).Semua dapatan ini disokong oleh bukti kukuh melalui senarai inventori pusat sumber sebelum dan selepas intervensi, log kemas kini Rak Maya yang disimpan dalam sistem digital sekolah, gambar bahan baharu termasuk lesen langganan digital, serta rekod audit bahan yang dilaksanakan oleh Guru Perpustakaan dan Media. Peningkatan koleksi digital ini juga mencerminkan keberkesanan perancangan pusat sumber seperti yang digariskan dalam Pelan Intervensi Pusat Sumber Digital SK Pata yang menekankan penyediaan sumber berkualiti sebagai pemangkin utama kepada literasi digital murid (Pusat Sumber Digital SK Pata 2025).Secara keseluruhannya, peningkatan ketara dalam koleksi bahan digital serta pengemaskinian sumber bercetak yang lebih relevan bukan sahaja memperkukuh ekosistem pembelajaran, malah menjadikan pusat sumber sebagai pusat ilmu yang hidup, responsif dan selaras dengan keperluan pendidikan abad ke dua puluh satu. Perkembangan ini membuktikan bahawa penyelarasan sumber yang efektif merupakan komponen penting dalam membina koheren pendidikan yang mampan seperti yang ditegaskan oleh Fullan dan Quinn (2022). Indikator peningkatan turut menunjukkan bahawa kuantiti dan kualiti koleksi bahan sama ada digital atau bercetak semakin bertambah baik dan lebih terkini, manakala sumber bacaan yang disediakan menjadi semakin menarik serta relevan untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran guru.
81Pembangunan Infrastruktur Digital dan Akses Teknologi SekolahCabaran terbesar yang dihadapi ialah kekurangan peralatan digital dan akses internet stabil, di mana hanya 12 unit komputer riba digunakan oleh murid di Pusat Sumber. Maka, perancangan ketiga menekankan naik taraf kemudahan ICT dan capaian internet bagi memastikan Pusat Sumber Digital berfungsi secara optimum. Melalui kolaborasi dengan Pasukan ICT Kudat (PTIS3) dan PIBG, sekolah berjaya menambah bilangan peranti kepada 34 unit serta memperluas jaringan Wi-Fi di sekitar kawasan sekolah. Di bawah cadangan pelestarian, sekolah turut merancang melaksanakan inisiatif “TechShare@Pata”, di mana komuniti setempat dan ibu bapa dapat menyumbang peranti lama untuk diguna semula oleh murid. Dengan peningkatan infrastruktur ini, murid bukan sahaja dapat mengakses bahan digital dengan mudah, malah berpeluang membangunkan kemahiran ICT, kolaborasi dan komunikasi global, sebagaimana digariskan dalam Digital Education Policy Framework (OECD, 2024) yang menekankan pembelajaran saksama dan inklusif melalui digitalisasi pendidikan.Peningkatan akses digital di Pusat Sumber SK Pata menunjukkan perubahan yang amat signifikan hasil pelaksanaan intervensi berfasa dan perancangan strategik sekolah. Berdasarkan audit ICT sekolah, bilangan peranti teknologi yang berfungsi di pusat sumber meningkat daripada 12 unit kepada 21 unit aktif. Pertambahan lebih 150% ini membuka peluang pembelajaran yang lebih luas kepada murid sekaligus memudahkan pelaksanaan aktiviti bacaan digital dan pengayaan literasi berasaskan teknologi. Perkembangan ini selari dengan garis panduan Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Digital yang menekankan keperluan peningkatan infrastruktur digital sebagai asas pembelajaran abad ke dua puluh satu yang inklusif dan berdaya saing (Kementerian Pendidikan Malaysia 2024).Tahap capaian internet turut mengalami lonjakan yang sangat ketara melalui penyelenggaraan dan penaiktarafan rangkaian sekolah. Purata kelajuan internet meningkat daripada lima megabit sesaat kepada 300 megabit sesaat sekaligus mengubah landskap penggunaan teknologi di sekolah. Peningkatan ini membuktikan bahawa pelaburan dalam infrastruktur digital mampu memperkukuh keseluruhan ekosistem pembelajaran. UNESCO menegaskan bahawa akses internet yang stabil dan berkualiti merupakan komponen asas dalam memastikan pelaksanaan pendidikan digital berlaku secara saksama dan menyeluruh (UNESCO 2023).Impak intervensi ini dapat dilihat dengan jelas melalui peningkatan penggunaan peranti dalam kalangan murid. Sekurang kurangnya 70% murid tahap dua kini aktif menggunakan peranti semasa aktiviti bacaan digital. Data penggunaan peranti dan bukti bergambar menunjukkan bahawa murid dapat mengakses bahan maya dengan lebih mudah dan cepat. Perubahan ini menyokong dapatan OECD
82yang menekankan bahawa infrastruktur digital yang kukuh membolehkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara lebih inklusif serta responsif kepada keperluan murid (OECD 2024).Secara keseluruhannya, peningkatan akses digital melebihi 150% membuktikan bahawa transformasi yang dilaksanakan bukan sekadar meperbaiki kemudahan fizikal tetapi turut meningkatkan keberkesanan pelaksamnaan aktiviti digital di dalam dan luar bilik darjah. Kemajuan ini seiring dengan pandangan Fullan dan Quinn yang menegaskan bahawa pemerkasaan ekosistem digital memerlukan keselarasan antara teknologi, manusia dan proses untuk menghasilkan impak pembelajaran yang mampan serta bermakna (Fullan dan Quinn 2022). Kejayaan ini juga selaras dengan hala tuju intervensi yang digariskan dalam Pelan Intervensi Pusat Sumber Digital SK Pata yang menekankan pembangunan prasarana dan akses digital sebagai pemangkin utama kepada pembelajaran masa kini (Pusat Sumber Digital SK Pata 2025).Pembangunan Profesional Guru melalui PLC Digital dan Kepimpinan Berasaskan DataPerancangan keempat memberi tumpuan kepada pembangunan kapasiti guru melalui kepimpinan berasaskan data. Guru Besar menubuhkan Komuniti Pembelajaran Profesional Digital Zon Matunggong bagi melatih guru dalam literasi maklumat, analisis AINS dan inovasi digital. Pendekatan ini membantu guru menggunakan data bacaan murid untuk merancang intervensi literasi yang lebih bersasar. Cadangan tambahan seperti kumpulan Guru Duta Digital SK Pata turut memperkukuh bimbingan rakan sebaya. Pendekatan ini selari dengan dapatan Fullan dan Quinn (2022) yang menegaskan bahawa kejayaan transformasi digital bergantung kepada kapasiti guru yang adaptif, reflektif dan kolaboratif.Pelaksanaan latihan digital secara berstruktur melalui komuniti pembelajaran profesional menunjukkan perkembangan yang signifikan. Bilangan guru yang mengikuti latihan meningkat daripada lima orang kepada lima belas orang, sekali gus menggambarkan budaya pembelajaran profesional yang semakin kukuh selaras aspirasi Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Digital (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2024). Empat sesi PLC Digital Zon Matunggong berjaya dilaksanakan setiap tahun, menunjukkan komitmen berterusan guru meningkatkan kemahiran ICT melalui perkongsian amalan dan bimbingan rakan sekerja. Skor min kemahiran ICT guru turut meningkat daripada 3.2 kepada 4.5, selaras penegasan UNESCO (2023) bahawa pembangunan kapasiti guru merupakan asas kepada ekosistem pendidikan digital yang kukuh.Indikator keberhasilan menunjukkan seratus peratus guru mampu
83melaksanakan PdP digital di bilik darjah, manakala penubuhan Guru Duta Digital SK Pata mengukuhkan struktur sokongan dalaman sekolah. Pencapaian ini membuktikan bahawa transformasi digital memerlukan kepimpinan pembelajaran yang holistik, budaya kolaborasi serta latihan profesional berterusan (Fullan & Quinn, 2022). Perkembangan ini turut seiring dengan kerangka OECD (2024) yang menekankan kepentingan pembelajaran digital yang inklusif dan saksama. Secara keseluruhan, intervensi digital yang dirancang telah berjaya meningkatkan kompetensi guru serta memperkukuh pelaksanaan pelan intervensi pusat sumber digital sekolah seperti digariskan dalam Pelan Intervensi Pusat Sumber Digital SK Pata (2025).Pelestarian dan Pemantapan Sistem Pemantauan Digital Pusat SumberPerancangan terakhir memberi fokus kepada kelestarian projek digital agar keberhasilan tidak hanya bersifat jangka pendek. Pusat Sumber Digital SK Pata melaksanakan sistem pemantauan One Page Project Management (OPPM) untuk menilai kemajuan aktiviti, penggunaan bahan serta rekod bacaan murid. Cadangan penambahbaikan termasuk pembangunan Dashboard AINSPIRE, iaitu sistem pemantauan masa nyata yang menjejak data bacaan murid dan capaian Rak Maya. Pendekatan berasaskan data ini mewujudkan budaya refleksi dan penambahbaikan berterusan, selaras prinsip kepimpinan pendidikan digital yang digariskan dalam Malaysia Digital Education Blueprint 2024–2030 (KPM, 2024).Pelaksanaan OPPM telah meningkatkan ketelusan dan keberkesanan pemantauan melalui laporan kemajuan berkala serta analisis bulanan AINS. Cadangan penggunaan Dashboard AINSPIRE yang mampu mencapai ketepatan data sehingga lapan puluh peratus dijangka memperkukuh keupayaan sekolah membuat keputusan berasaskan keperluan sebenar murid. Hal ini selari dengan dapatan OECD (2024) yang menekankan bahawa ekosistem pendidikan digital yang mampan bergantung pada data sahih untuk memacu tindakan bersasar. Berdasarkan analisis ini, sekurang kurangnya dua intervensi literasi dilaksanakan setiap tahun bagi menangani jurang pembacaan dengan lebih sistematik.Keberkesanan pemantauan ini disokong oleh laporan OPPM, minit mesyuarat, eviden literasi dan audit pusat sumber yang menunjukkan peningkatan konsisten dalam operasi digital sekolah. Penemuan ini selaras pandangan UNESCO (2023) bahawa pemantauan berasaskan data meningkatkan kualiti pembelajaran serta memastikan intervensi memberi kesan nyata kepada murid. Laporan Pusat Sumber Digital SK Pata (2025) turut memperincikan bagaimana sistem pemantauan ini mengukuhkan budaya literasi digital sekolah, seiring prinsip koheren pendidikan oleh Fullan dan Quinn (2022) bahawa pemantauan bersepadu mampu menghasilkan perubahan mampan. Secara keseluruhan, pendekatan sistematik ini menjadikan program bacaan digital berkembang daripada sebuah projek kepada budaya pembelajaran hidup yang disokong teknologi bermakna, selaras aspirasi Pelan
84Strategik Transformasi Pendidikan Digital (KPM, 2024).Jadual 1: Data Peningkatan Keseluruhan Berdasarkan PerancanganPerancangan Data Asas (TOV)Sasaran (ETR) Jenis Data Sumber EvidenLiterasi Digital (AINSPIRE)225 rekod bacaan0 Bintang3897 rekod bacaan12 murid mendapat sekurangkurangnya 1 bintang.( 3 Bintang -2 orang, 2 Bintang- 5 orang, 1 Bintang – 5 orangPerekodan AINSLaporan AINS & borang transitKoleksi Digital 15 bahan digital120 bahan digital Audit bahan & Rak MayaLog Rak Maya & senarai koleksiInfrastruktur ICT12 peranti 21 peranti Senarai inventoriAudit ICT & laporan PTIS3PLC Guru Digital5 guru terlatih15 guru terlatih Kehadiran latihan & skor kemahiranLaporan PLC & borang refleksiPemantauan OPPMTiada sistem digitalDashboard aktif Laporan pemantauanLaporan OPPM & data AINSData di atas berfungsi sebagai penunjuk keberhasilan (Key Performance Indicators) dalam menilai sejauh mana pembangunan Pusat Sumber Digital SK Pata mencapai matlamat transformasi digital sekolah. Gabungan data kuantitatif (bilangan, peratusan, rekod bacaan) dan data kualitatif (maklum balas guru/murid, laporan PLC) akan memberikan gambaran holistik tentang kejayaan projek. Apabila data ini dibandingkan sebelum dan selepas intervensi, ia bukan sahaja menunjukkan peningkatan numerik tetapi juga kemajuan budaya organisasi, tahap kepimpinan digital dan kemenjadian murid. RUMUSANBerdasarkan lima perancangan dan intervensi yang telah dirangka, dapat dirumuskan bahawa kepimpinan digital di SK Pata memperlihatkan hala tuju yang jelas, sistematik dan sejajar dengan aspirasi pendidikan abad ke-21. Pendekatan yang dilaksanakan bukan sahaja merangkumi pembangunan infrastruktur dan perluasan akses kepada sumber digital, tetapi turut menekankan pemupukan literasi maklumat, pembudayaan inovasi dan pengukuhan pedagogi berasaskan teknologi.
85Pelaksanaan inisiatif secara berfasa dan berasaskan data membuktikan keupayaan sekolah mentransformasikan Pusat Sumber Pendidikan kepada Pusat Sumber Digital yang berperanan sebagai pusat penyebaran ilmu, ruang kolaboratif dan pemacu pembelajaran aktif. Melalui sokongan rakan strategik, penglibatan komuniti setempat serta kepakaran guru, intervensi yang dijalankan berjaya mewujudkan ekosistem pembelajaran holistik yang menyokong pembangunan kompetensi digital murid selari dengan kerangka kompetensi global.Hasil intervensi ini turut menunjukkan peningkatan keberkesanan PdP, penguasaan literasi digital murid, serta perubahan positif dalam budaya pembelajaran sekolah. Murid bukan sahaja memperlihatkan peningkatan keupayaan mengakses, menilai dan menggunakan maklumat digital, tetapi juga menunjukkan perkembangan dari aspek sahsiah, etika penggunaan teknologi dan kemahiran berfikir aras tinggi.Keseluruhannya, pendekatan bersepadu ini menempatkan SK Pata sebagai model amalan terbaik dalam transformasi pusat sumber di sekolah luar bandar, khususnya dalam konteks digitalisasi pendidikan di Sabah. Usaha ini membuktikan bahawa transformasi digital yang dirancang secara strategik, disokong oleh kepimpinan berwawasan dan kolaborasi pelbagai pihak, mampu menghasilkan impak signifikan terhadap kualiti pembelajaran serta pembangunan modal insan generasi masa depan.RUJUKANFullan, M., & Quinn, J. (2022). Coherence: The right drivers in action for schools, districts, and systems. Corwin Press.Kementerian Pendidikan Malaysia. (2024). Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Digital 2024–2030. KPM.OECD. (2024). Digital education policy framework: Fostering inclusive and equitable learning. OECD Publishing.Pusat Sumber Digital SK Pata. (2025). Kertas kerja Program AINSPIRE ME@SKePAT dan Pelan Intervensi Pusat Sumber Digital SK Pata. Kudat, Sabah.UNESCO. (2023). Reimagining our futures together: A new social contract for education. UNESCO Publishing.
86MEMACU DIGITALISASI PSPD DI PINGGIRAN: NARATIF PEMIMPIN PENDIDIKAN SK BALAMBANGANABDUL BAASITH IMAM GOYSK Balambangan Banggi, [email protected] Pembimbing : Puan Hilena Binti IchuPENGENALANEra Revolusi Industri Keempat (IR 4.0) menuntut anjakan paradigma yang signifikan dalam setiap sektor, dan digitalisasi telah menjadi pemangkin utama kepada kemajuan global. Dalam konteks pendidikan, keperluan untuk mengadaptasi dan mengintegrasikan teknologi bukan lagi pilihan, tetapi satu kemestian untuk melahirkan modal insan yang kompeten dan berdaya saing di abad ke-21. Justeru, sistem pendidikan Malaysia, melalui inisiatif seperti DELIMa dan pendigitalan kurikulum, giat menekankan kepentingan literasi digital (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2021).Pusat Sumber Sekolah (PSS), atau kini dikenali sebagai Pusat Sumber Pembelajaran Digital (PSPD), merupakan nadi ekosistem pembelajaran di sekolah. Ia bukan sahaja berfungsi sebagai pusat akses ilmu dan maklumat, tetapi juga sebagai hab teknologi yang kritikal untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bermakna. Namun, cabaran dalam mendigitalkan PSPD menjadi lebih rumit apabila dilihat dalam konteks sekolah pedalaman atau pulau terpencil, kajian menunjukkan bahawa masyarakat luar bandar, khususnya di Sabah, masih menghadapi kekangan fizikal dalam capaian internet yang stabil. (Karimon et al,. 2023).SK Balambangan Banggi, Kudat, Sabah adalah sebuah sekolah yang terletak di kawasan pulau dengan cabaran geografi dan infrastruktur yang unik. Berdasarkan carian maklumat awam dan konteks sekolah pedalaman/pulau di Sabah, sekolah ini lazimnya berhadapan dengan isu kritikal seperti keterbatasan akses internet yang stabil, bekalan elektrik yang tidak konsisten, serta latar belakang sosioekonomi dan tahap pendidikan ibu bapa yang pelbagai. Keadaan ini secara langsung menyekat
87usaha digitalisasi PSPD, menjadikannya satu keperluan yang mendesak bagi pemimpin sekolah untuk merangka intervensi yang kreatif dan berkesan.Penulisan ini bertujuan untuk menghuraikan secara holistik dan profesional visi serta langkah-langkah yang diambil oleh penulis sebagai pemimpin pendidikan untuk melonjakkan PSPD SK Balambangan Banggi ke arah kecemerlangan digital. Ia akan mendalami bagaimana pemimpin sekolah dapat mengubah cabaran capaian digital menjadi pendorong inovasi dan kesetaraan pendidikan. Sebagai contoh, salah satu strategi yang akan diguna pakai ialah penyertaan komuniti setempat dalam program literasi digital kerana kajian di Sabah menunjukkan bahawa faktor motivasi murid pedalaman untuk mengakses internet boleh diperkukuh dengan menyumbang kepada peluang penggunaan teknologi di peringkat keluarga dan sekolah (Surianshah, 2021).PENGALAMAN LEPASKerjaya saya sebagai pendidik bermula pada tahun 2009, dengan penempatan awal di sekolah pedalaman dan sekolah kurang murid (SKM). Penempatan ini membentuk corak kepimpinan yang unik, kerana bilangan murid yang kecil menuntut saya memikul pelbagai tanggungjawab melangkaui tugas pengajaran biasa termasuk pentadbiran murid, kokurikulum, dan pemantauan penyelenggaraan bilik darjah.Pengalaman ini berfungsi sebagai platform pembelajaran berstruktur, di mana pelbagai jawatan yang saya sandang memberi peluang saya menangani isu kompleks yang merangkumi pedagogi dan pengurusan organisasi. Proses ini membantu membina kemahiran kepimpinan saya secara sistematik, yang akhirnya membawa kepada pelantikan sebagai Penolong Kanan Pentadbiran (PKP). Dalam kapasiti ini, saya bertanggungjawab memantau operasi keseluruhan pusat sumber sekolah, sekaligus mengenal pasti cabaran sebenar dalam usaha mendigitalkan kemudahan tersebut. Strategi yang dibangunkan berasaskan pengalaman praktikal memastikan transformasi digital dapat disesuaikan dengan konteks sekolah pedalaman.Cabaran dalam proses digitalisasi di sekolah pedalaman, terutama di kawasan pulau adalah signifikan. Ketidakstabilan internet dan bekalan elektrik yang tidak menentu menjadi halangan utama. Walaupun motivasi untuk menggunakan teknologi tinggi, realiti infrastruktur memaksa penangguhan beberapa inisiatif. Namun, situasi ini memupuk kepimpinan kreatif dan daya penyelesaian masalah, yang amat diperlukan dalam konteks sekolah luar bandar (Johari et al.,2020)Komitmen terhadap transformasi digital dibuktikan melalui beberapa pengiktirafan. Saya dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebanyak dua kali dan diberi pengiktirafan sebagai Pekerja Contoh pada Februari 2022 oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Penganugerahan ini menekankan bahawa usaha saya dalam menyokong pentadbiran, kurikulum, dan operasi PSPD memberi impak yang signifikan dan berkualiti.
88Pelantikan sebagai Guru Besar pada tahun 2024 menandakan puncak baharu dalam kepimpinan. Dengan pengalaman luas dan pengiktirafan berterusan, digitalisasi penuh PSPD menjadi agenda utama pentadbiran. Walaupun cabaran infrastruktur masih wujud, matlamat jelas: memastikan semua murid mendapat manfaat daripada transformasi digital. Pengalaman ini menegaskan bahawa kepimpinan digital memerlukan bukan sahaja kompetensi teknologi yang mantap, tetapi juga visi strategik untuk membawa sekolah pedalaman ke era pembelajaran moden (Hamzah, Omar, & Radzi, 2024).PUSAT SUMBER YANG DIINGINKANVisi kepimpinan dalam melonjakkan mutu pendidikan di SK Balambangan Banggi bermula dengan aspirasi jelas terhadap Pusat Sumber Pembelajaran Digital (PSPD) yang ideal. PSPD yang diidamkan bukan sekadar tempat penyimpanan buku, tetapi merupakan hab inovasi yang aktif mengatasi kekangan geografi dan infrastruktur sekolah pedalaman. PSPD ideal ini perlu memberi penekanan kepada ekuiti akses, kerelevanan kandungan, dan pemupukan budaya kolaboratif di samping pengurusan aset yang cekap, selaras dengan falsafah Lean Management dalam persekitaran yang serba terhad.Infrastruktur Digital HibridIni bukanlah sekadar membekalkan peranti, tetapi merupakan penyediaan rangkaian infrastruktur yang menggabungkan kemudahan capaian internet (apabila tersedia) dan penyelesaian luar talian (offline) secara terancang, bagi memastikan ketersediaan sumber tanpa bergantung sepenuhnya kepada talian internet yang tidak stabil (Nurul & Kamarul, 2022). Pendekatan hibrid ini adalah kritikal untuk menjamin ekuiti akses pendidikan digital, terutamanya apabila gangguan bekalan elektrik atau talian internet adalah rutin. Dengan adanya Pelayan Repositori Lokal (PRL) yang berfungsi sebagai Digital Blackbox, proses PdP dapat berjalan secara berterusan (Business Continuity), kerana guru dan murid masih boleh mengakses repositori sumber tempatan yang dimuat turun. Impaknya ialah mengurangkan jurang digital dan meminimumkan gangguan waktu pembelajaran. Cabaran utama kekangan sumber tenaga dan kestabilan peranti di kawasan lembap hanya dapat diatasi dengan melengkapkan PSPD dengan penyelesaian tenaga alternatif dan perisian pengurusan PSS luar talian bagi memastikan kelestarian.Repositori Sumber Pembelajaran Tempatan (RSPT)Selain penyelesaian teknologi, PSPD mesti mempunyai Repositori Sumber Pembelajaran Tempatan (RSPT). Koleksi digital berstruktur ini perlu dibangunkan sendiri oleh warga sekolah dan bersifat kontekstual dengan persekitaran,
89sosiobudaya, dan keperluan akademik spesifik murid tempatan. Kekurangan kerelevanan dalam bahan digital sedia ada KPM seringkali menjadi penghalang engagement murid. RSPT berupaya menangani masalah kerelevanan dengan memupuk guru untuk membina kandungan tempatan, misalnya, video pembelajaran Sains yang menggunakan contoh hidupan marin di pulau Banggi. Usaha ini bukan sahaja meningkatkan kualiti PdP yang berpusatkan murid (child-centered learning), malah memperkasa profesionalisme guru dalam literasi digital dan reka bentuk kurikulum (Kamaluddin & Husnin, 2022). Keperluan mendesak adalah untuk menyediakan templat dan bengkel yang berfokus kepada rapid content creation yang berkonsepkan low-cost/no-cost bagi memudahkan guru menghasilkan RSPT yang berkualiti tinggi.Hab Kolaborasi Co-Working & Co-LearningSeterusnya, dari sudut budaya organisasi, PSPD yang diidamkan harus berfungsi sebagai Hab Kolaborasi Co-Working & Co-Learning. Ruang PSPD ini perlu direka bentuk secara fizikal dan maya (contohnya, menggunakan saluran komunikasi digital) untuk memudahkan interaksi, perkongsian pengetahuan dan pembangunan profesional secara berkumpulan antara guru dan murid. Hab ini amat penting untuk mengubah budaya kerja guru dan mengurangkan isolasi profesional yang sering berlaku di sekolah kurang murid (SKM), dengan menggalakkan amalan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) secara tidak formal (Khan, Razak, & Kenayathulla, 2021). Bagi murid pula, ruang ini menyediakan persekitaran kondusif untuk projek berasaskan pasukan dan pengembangan pemikiran kritis. Cabaran utama adalah mengubah persepsi tradisional PSPD sebagai tempat yang “senyap”, tetapi ini boleh diatasi dengan penstrukturan semula susun atur kepada zon fleksibel dan pelaburan minimum dalam perabot modular serta stesen pengecasan multi-peranti untuk menyokong penggunaan digital (Romly & Ishak, 2021).Pengurusan Aset Digital Berprinsip (PADaB)Dalam aspek pentadbiran dan sumber, PSPD perlu melaksanakan Pengurusan Aset Digital Berprinsip (PADaB), iaitu sistem pengurusan aset yang sistematik dan berpusatkan data bagi memantau penggunaan, menyelenggara peralatan, dan menganalisis keberkesanan sumber (Amalia & Yasin, 2023). Di sekolah yang mempunyai sumber yang sangat terhad, memaksimumkan penggunaan aset sedia ada adalah keutamaan mutlak. Data penggunaan membolehkan pemimpin membuat keputusan berdasarkan bukti (evidence-based decision-making) dan memastikan setiap peralatan digital diselenggarakan secara berkala untuk memanjangkan kitaran hayat. PADaB ini penting untuk peningkatan kecekapan operasi PSS dan ketelusan perbelanjaan, justeru keperluan untuk mengimplementasi Sistem Pengurusan Aset Online Pintar (SPAOP) yang menggunakan kod QR adalah kritikal.Rangkaian Sokongan Komuniti Digital (RSKD)
90Akhir sekali, dalam konteks sokongan luar, PSPD idaman perlu mempunyai Rangkaian Sokongan Komuniti Digital (RSKD). RSKD adalah mekanisme berstruktur yang menghubungkan PSPD dengan ibu bapa, komuniti, dan agensi luar untuk mendapatkan sokongan dan maklum balas. Ini merupakan strategi penting untuk mengatasi isu sokongan ibu bapa yang terhad, terutamanya di kawasan dengan latar belakang pendidikan rendah. RSKD berfungsi sebagai pusat pemindahan ilmu kepada komuniti, yang terbukti dapat meningkatkan penglibatan ibu bapa (parental engagement) dan memberi kesan positif terhadap motivasi dan prestasi murid (Lo & Yasin, 2022). Oleh itu, penglibatan aktif melalui platform komunikasi yang mudah diakses adalah satu keperluan kritikal bagi memastikan komuniti melihat PSPD sebagai aset bersama.JALAN KE ARAH KEPEMIMPINAN CEMERLANG PUSAT SUMBERKecemerlangan kepimpinan PSPD digital di SK Balambangan Banggi memerlukan keupayaan untuk mengenal pasti isu secara kritis dan menawarkan cadangan penambahbaikan yang berilmiah dan lestari. Sebagai pemimpin pendidikan, saya melihat cabaran ini sebagai peluang untuk membina daya tahan organisasi.Isu: Sokongan Ibu Bapa yang Terhad (Latar Belakang Sosioekonomi)Isu & Cabaran: Majoriti ibu bapa di kawasan Balambangan mempunyai latar belakang sosioekonomi yang rendah dan tahap pendidikan formal yang terhad, terutamanya di kawasan pulau. Ini bukan disebabkan sikap tidak prihatin, tetapi lebih kepada kekangan ekonomi dan literasi digital yang menyebabkan mereka tidak dapat menyokong pembelajaran digital anak-anak di rumah.Cadangan Penambahbaikan: Melaksanakan Program Duta Digital Keluarga (PDDK). Program ini melibatkan latihan intensif kepada sekumpulan kecil murid (sebagai Duta) yang kemudiannya dilatih menggunakan aplikasi mudah alih asas contohnya cara mengakses sumber RSPT, cara menggunakan Google Classroom yang diakses luar talian. Duta ini akan bertindak sebagai agen perubahan untuk mengajar kemahiran digital asas kepada keluarga mereka. Pendekatan ini adalah beretika dan menghormati status ibu bapa, kerana pembelajaran datang dari anak-anak mereka sendiri, menjadikannya lebih mudah diterima. (Rujukan: Community of Practice dalam Pembelajaran Dewasa).Hubungan dengan PSPD Idaman: PDDK adalah komponen kritikal dalam merealisasikan Rangkaian Sokongan Komuniti Digital (RSKD). Dengan meningkatkan literasi digital ibu bapa melalui perantaraan murid, kita membina jambatan sokongan yang kukuh antara rumah dan PSPD, seterusnya menjadikan PSPD sebagai hab ilmu untuk seluruh komuniti.
91Isu: Kekangan Geografi dan Logistik InfrastrukturIsu & Cabaran: Kedudukan SK Balambangan Banggi yang terpencil di pulau menyulitkan logistik penyelenggaraan dan perolehan alatan digital. Apabila peralatan teknikal rosak, ia mengambil masa yang panjang dan kos yang tinggi untuk diangkut, dibaiki, atau diganti, menyebabkan aset PSPD terbiar dan melumpuhkan perkhidmatan digital.Cadangan Penambahbaikan: Mewujudkan Sistem Penyelenggaraan Jaringan Pintar (SPJP). SPJP menekankan kepada tiga aspek iaitu pencegahan (latihan asas troubleshooting kepada guru/murid), pemantauan berterusan (real-time melalui PADaB), dan kerjasama strategik dengan agensi luar seperti syarikat telekomunikasi tempatan atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Latihan asas teknikal ini membantu Guru Penyelaras PSPD membuat pembaikan kecil, meminimumkan kebergantungan kepada juruteknik luar, selaras dengan konsep daya upaya tempatan (local resilience).Hubungan dengan PSPD Idaman: SPJP secara langsung menyokong Infrastruktur Digital Hibrid (No. I) dan Pengurusan Aset Digital Berprinsip (PADaB) (No. IV). Ia memastikan aset PSPD sentiasa berfungsi dan kerosakan dapat ditangani secara proaktif, menjadikan pelaburan digital berbaloi.Isu: Pola dan Mindset Guru Terhadap Penggunaan TeknologiIsu & Cabaran: Terdapat segelintir guru senior yang selesa dengan kaedah PdP tradisional (chalk and talk) dan menunjukkan penolakan terhadap integrasi teknologi, melihat teknologi sebagai beban pentadbiran tambahan daripada alat pedagogi yang berkesan. Mindset ini menghambat potensi penuh PSPD.Cadangan Penambahbaikan: Mengimplementasikan Model Pembangunan Profesional Berdasarkan Keperluan (MPPBK), bukan pendekatan one-size-fits-all. MPPBK berfokus pada penyelesaian masalah guru; contohnya, guru Sejarah dilatih menggunakan sumber arkib digital dalam RSPT, manakala guru Bahasa dilatih membina e-kuiz interaktif. Konsep Buddy System turut diperkenalkan antara guru muda (Pakar Teknologi) dan guru senior (Pakar Kandungan) untuk kolaborasi dan pembelajaran bersama. Pendekatan ini mengubah teknologi daripada beban kepada alat pemudah cara yang relevan (Zhou et al., 2023).Hubungan dengan PSPD Idaman: MPPBK adalah motor kepada budaya Hab Kolaborasi Co-Working & Co-Learning (No. III). Apabila guru bekerjasama dalam suasana yang santai dan berfokus, kemahiran digital berkembang secara organik, menjadikan PSS tempat latihan profesional yang berkesan.