The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Tanpa Nama, 2021-06-12 03:01:34

my R&D 2011

my R&D 2011

MENINGKATKAN KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AMALI FIZIK KEJURUTERAAN MELALUI AKTIVITI ‘BULL’S-EYE’
BERBANTUKAN PERISIAN ‘PHYS-LABWARE’

Oleh

Zahidi Bin Hashim
Sulaiman Bin Abd Rahman

Fauzia Binti Ismail

KOLEJ MATRIKULASI TEKNIKAL JOHOR

ABSTARK

Kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran
berasaskan permainan (pertandingan) berbantukan satu perisian komputer sebagai bahan bantu
mengajar dalam usaha meningkatkan lagi keberkesanan kelas amali fizik kejuruteraan (dari aspek
pengurusan masa, kemahiran proses sains & manipulatif, penglibatan aktif serta menarik minat &
motivasi pelajar) berbanding kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional (konvensional)
sedia ada yang dilihat bersifat terlalu manual. Sampel kajian terdiri daripada 54 orang pelajar aliran
teknikal semester 1 sesi 2011/2012, Kolej Matrikulasi Teknikal Johor (KMTJ). Seramai 27 orang
pelajar dari kumpulan praktikum E1P1/E2P5 dipilih sebagai kumpulan sasaran manakala
kumpulan kawalan terdiri daripada 27 orang pelajar dari kumpulan praktikum E2P8/E1P4. Tinjauan
awal berdasarkan pemerhatian dan soal selidik di dalam kelas amali mendapati sebilangan pelajar
tidak sempat untuk memperolehi nilai keputusan eksperimen di dalam kelas amali, memperolehi
nilai keputusan yang tidak begitu tepat berbanding nilai teori, tidak mampu mengenalpasti ralat-
ralat (errors) dengan jelas, serta kerjasama yang kurang professional dalam mengendalikan
eksperimen fizik. Akibatnya, suasana kelas menjadi kurang ceria dan pelajar-pelajar turut
menunjukkan minat dan motivasi yang sederhana. Satu tindakan telah dijalankan dengan
memperkenalkan aktiviti ‘Bull’s-eye’ iaitu satu bentuk program di mana aktiviti amali dijalankan
dalam bentuk ala-pertandingan secara berkumpulan. Mata dengan nilai tertentu akan diberikan
kepada kumpulan berdasarkan nilai peratus ketepatan (percentage of accuracy, POA) yang
diperolehi menerusi eksperimen yang dijalankan dan nilai keputusan keputusan eksperimen itu
sendiri. Mata yang diperolehi pula menjadi penentu kepada carta kedudukan kumpulan masing-
masing. Perisian ‘Phys-Labware’ digunakan untuk mengoptimumkan masa. Penilaian kajian dibuat
berdasarkan pemerhatian dan borang soal selidik pasca-aktiviti. Hasil pelaksanaan kajian tindakan
ini, terdapat peningkatan dari segi penjimatan masa yang amat ketara, keupayaan mengulangi
eksperimen untuk memperolehi nilai keputusan eksperimen yang lebih berkualiti disamping
peningkatan kemahiran proses sains terutama sekali dalam mengenalpasti ralat-ralat serta
kerjasama yang lebih professional di kalangan pelajar semasa menjalankan eksperimen. Melalui
persaingan yang sihat, suasana pembelajaran dilihat menjadi lebih menarik dan ceria. Program
akan berlangsung secara berterusan sepanjang semester 1 dan melibatkan beberapa lagi tajuk
eksperimen. Dengan ini minat dan motivasi pelajar untuk menjalankan eksperimen fizik dapat
dikekalkan secara berterusan.

Page | 1

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Kelas amali fizik kejuruteraan diwujudkan supaya pelajar dapat menjalankan eksperimen fizik. Secara teori,
melalui eksperimen pelajar akan memperolehi pemahaman yang lebih baik tentang konsep-konsep fizik yang
diajar semasa sesi kuliah dan tutorial selain membina dan memperkembangkan kemahiran proses sains dan
kemahiran manipulatif. Secara ringkas, kemahiran proses sains membolehkan pelajar memperoleh kemahiran
berfikir asas dan bersepadu dalam membuat inferens, mengawal pembolehubah, memerhati dan menjalankan
eksperimen (Rozita,2000 dalam Norwahidah, 2008). Kemahiran manipulatif pula merupakan kemahiran
psikomotor dalam penyiasatan sains yang membolehkan murid mengguna dan mengendalikan peralatan serta
bahan sains dengan betul dan selamat, menyimpan peralatan dan bahan sains dengan cara yang betul,
mematuhi arahan eksperimen dan membuat pemerhatian, perekodan serta pengukuran dengan betul (Abu
Hassan, 2003 dalam Norwahidah, 2008).

Kelazimannya di peringkat matrikulasi, dalam kelas amali, eksperimen fizik dijalankan untuk menentukan
(determine) suatu nilai pemalar fizik (constant) seperti nilai pecutan graviti, pekali geseran, indeks biasan,
panjang gelombang cahaya dan sebagainya.

Secara umumnya, melalui kaedah pengajaran tradisional (konvensional), aktiviti dalam kelas amali fizik
kejuruteraan adalah seperti cartalir berikut :

Taklimat ringkas

Demonstrasi penetapan dan pengendalian alat radas

Eksperimen berlangsung

Merekod data, melukis graf dan mengira nilai keputusan eksperimen

Melengkapkan laporan amali mengikut format ditetapkan.

Berdasarkan refleksi umum penyelidik semasa mengendalikan kelas amali, kaedah tradisional (konvensional) ini
mempunyai beberapa kelemahan yang mengurangkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran,
antaranya :

1.1 Memakan masa :
Keputusan eksperimen hanya diperolehi setelah graf dilukis dan dianalisis secara manual dan
bergantung kepada keupayaan, ketangkasan dan kemahiran pelajar.

1.2 Tiada peluang memperbaiki kualiti nilai keputusan eksperimen :
Sekiranya nilai keputusan eksperimen tidak begitu tepat berbanding nilai teori, pelajar tidak mempunyai
masa untuk mengulangi eksperimen bagi mengenalpasti dan memperbetulkan ralat-ralat yang
dilakukan. Akibatnya, hasil semakan penyelidik terhadap laporan amali, pelajar hanya meneka ralat-
ralat yang dilakukan.

1.3 Tahap minat dan kesungguhan yang rendah :
Aktiviti eksperimen yang bersifat ‘biasa’ menyebabkan pelajar menjalankan eksperimen tanpa minat,
semangat dan kesungguhan yang tinggi sekalipun pelajar telah diminta untuk bersedia dengan
prosedur kerja (working procedure) dan laporan pra (pre-report). Akibatnya, hasil pemerhatian
penyelidik, masa yang panjang diambil untuk merekod data dan kemungkinan data yang diperoleh

Page | 2

kurang berkualiti disebabkan ralat yang dilakukan tanpa disedari. Suasana kelas amali juga tidak ceria.
Ada kalangan pelajar berbual-bual sambil menjalankan eksperimen.

1.4 Membuka ruang menangguh tugasan :
Kesan kesuntukan masa, ramai pelajar lebih gemar menangguhkan tugas melengkapkan laporan amali
dan memberi alasan ingin menyiapkan laporan amali dengan lebih tenang di asrama. Kesannya,
pensyarah tidak dapat membimbing mereka dan hasil semakan terhadap laporan amali yang dihantar,
lazimnya mereka hanya menyalin laporan amali rakan yang lain tanpa pemahaman yang kukuh.

1.5 Bersifat ‘ketinggalan zaman’ :
Pada pendapat penyelidik, di alaf baru ini seharusnya semua urusan boleh diselesaikan dengan lebih
pantas, mudah, interaktif dan berkesan. Kurangnya minat dan kesungguhan pelajar mungkin
disebabkan mereka merasakan eksperimen fizik ini bersifat klasik, tidak berubah dengan zaman dan
tiada cabaran.

Oleh yang demikian, pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dilihat kurang berkesan ini perlu dibuat
pemurnian dan penambahbaikan. Ini perlu bagi memastikan nilai penghayatan tentang keperluan menjalankan
eksperimen itu dapat disemai kepada pelajar dan akhirnya keberkesanan kelas amali ini akan dapat
dipertingkatkan. Menurut Abd.Rahim Abd. Rashid (2005), antara ciri-ciri pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan adalah penglibatan aktif pelajar, penggunaan masa yang optimum, suasana belajar yang menarik dan
membina minat pelajar.

Bagi tujuan tersebut, dalam kajian ini penyelidik telah memperkenalkan satu kaedah pengajaran dan
pembelajaran amali fizik kejuruteraan dalam bentuk aktiviti pertandingan (kaedah pengajaran & pembelajaran :
main sambil belajar) yang berasaskan ketepatan nilai dikenali aktiviti ‘BULL’S-EYE’ (seumpamamana
pertandingan memanah atau dart). Menurut Ee Ah Meng (2002), antara kebaikan strategi bermain sambil belajar
adalah pelajar berpeluang berfungsi sebagai ahli kumpulan yang aktif, seronok, tidak terlalu formal, mewujudkan
semangat bersaing dengan sihat dan mengembangkan kemahiran bersosial melalui interaksi dengan pelajar lain
selain kemahiran kritis, analitis dan kreatif selain dapat mengurangkan ketegangan fikiran.

Secara ringkas, dalam aktiviti ini satu nilai petunjuk dikenali ‘peratus ketepatan (percentage of accuracy)’
dijadikan nilai sasaran. Ianya melibatkan perbandingan nilai teori dan nilai keputusan eksperimen pelajar. Nilai
mata tertentu akan diberikan bergantung nilai peratus ketepatan yang diperolehi pelajar. Nilai mata ini akan
dikumpulkan bersama dengan nilai mata eksperimen-eksperimen yang lain sehingga akhir semester. Tiga (3)
kumpulan yang berjaya mengumpul jumlah niai mata tertinggi akan diisytiharkan sebagai pemenang pertama,
kedua dan ketiga pada akhir semester. Bagi memudahkan lagi urusan penentuan nilai peratus ketepatan ini,
satu perisian berasaskan MS Excel dikenali ‘PHYS-LABWARE’ digunakan.

2.0 Fokus Kajian

Dalam subjek Fizik Kejuruteraan, terdapat sebanyak lapan (8) eksperimen perlu dijalankan masing-masing bagi
semester 1 dan semester 2. Walaubagaimanapun penyelidik hanya memfokuskan kajian terhadap tiga (3) topik
berturutan dalam semester 1 yang melibatkan lukisan graf, iaitu tajuk Projectile Motion, Principle of Conservation
of Energy dan Simple . Bagi eksperimen Projectile motion, pelajar menjalankan eksperimen seperti biasa
menggunakan kaedah tradisional manakala bagi eksperimen Principel of Conservation of Energy dan Simple
Harmonic Motion, pelajar menjalankan eksperimen menggunakan pendekatan baru.

Page | 3

3.0 Objektif Kajian

3.1 Objektif Umum
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kebekesanan amali fizik kejuruteraan melalui
aktiviti permainan dikenali BULL’S-EYE berbantukan perisian computer PHYS-LABWARE.

3.2 Objektif Khusus Di akhir kajian ini diharapkan pelajar-pelajar akan dapat :
4. 2.1 Memperolehi keputusan eksperimen lebih pantas.
4.2.2 Memperolehi keputusan eksperimen lebih tepat berbanding nilai teori.
4.2.3 Menenetukan ralat-ralat eksperimen dan menjalankan langkah berjaga-jaga.
4.2.4 Meningkatkan minat dan penglibatan lebih aktif senasa menjalankan eksperimen.

4.0 Sampel Kajian

Kajian ini melibatkan 54 orang pelajar aliran teknikal Kolej Matrikulasi Teknikal Johor semester 1 sesi 2011/2012
terdiri daripada dua kumpulan praktikal, iaitu E1P1/E2P5 (27 orang) dan E1P4/E2P8 (27 orang). Pemilihan
pelajar adalah berdasarkan keputusan soal selidik kaedah tradisional (konvensional) yang tidak mempunyai
perbezaan ketara di antara dua kumpulan. Oleh itu, secara rawak E1P1/E2P5 telah dipilih sebagai kumpulan
sasaran dan E1P4/E2P8 pula dipilih sebagai kumpulan kawalan yang tidak terlibat dengan aktiviti
permainan/pertandingan ‘Bulls-eye’.

5.0 Pelaksanaan Kajian

5.1 Tinjauan Masalah
Tinjauan terhadap masalah yang dikenalpasti dibuat sebelum tindakan sewajarnya dapat dilakukan. Ini
bagi membolehkan penyelidik memahami masalah yang wujud dengan lebih mendalam.

5.1.1 Pemerhatian umum
Dari pemerhatian dan pengamatan penyelidik sewaktu eksperimen berlangsung
mendapati :
5.1.1.1 Pelajar hadir ke kelas dalam keadaan tidak bersedia. Pelajar hanya duduk dan
menunggu arahan daripada pensyarah. Ada di kalangan pelajar yang hadir lewat
ke kelas. Ini menunjukkan tahap minat pelajar yang agak rendah terhadap
eksperimen fizik.
5.1.1.2 Pelajar mengambil masa yang lama untuk merekodkan data. Mereka berlengah-
lengah dan tidak begitu serius semasa menetapkan alat radas, menjalankan
eksperimen dan merekod data. Ada juga pelajar yang berbual-bual semasa
eksperimen berlangsung dan jarang kedengaran perbincangan berbentuk
teknikal. Ini boleh mengakibatkan berlakunya ralat yang mungkin mereka tidak
sedari dan akhirnya menjejaskan nilai keputusan eksperimen.
5.1.1.3 Pelajar tidak sempat untuk menyiapkan graf dan membuat pengiraan untuk
mendapatkan nilai keputusan eksperimen. Akibatnya ramai pelajar tidak sempat
memperolehi nilai eksperimen dan hanya mengharapkan dapat menyiapkannya
semasa pulang ke asrama.
5.1.1.4 Kurangnya minat dan kesungguhan pelajar menyebabkan suasana
pembelajaran amali fizik sedikit hambar, kurang nilai penghayatan dan objektif
eksperimen gagal dicapai di dalam kelas.

Page | 4

5.1.2 Laporan Amali
Hasil semakan penyelidik terhadap laporan amali mendapati :
5.1.2.1 Ada beberapa laporan amali yang serupa 100% dari segi pengiraan,
perbincangan dan kesimpulan sekalipun menggunakan lukisan graf yang
berbeza, senarai ralat yang tidak relevan dan sebagainya. Ini menunjukkan
pelajar-pelajar hanya menyalin laporan amali rakan-rakan tanpa perbincangan.
5.1.2.2 Ada juga pelajar yang memohon untuk menangguhkan tarikh penghantaran
laporan amali dengan pelbagai alasan.
5.1.2.3 Kebanyakan nilai keputusan amali adalah kurang tepat berbanding nilai teori dan
pelajar-pelajar tidak mengetahui apakah ralat yang telah mereka lakukan.

5.1.3 Soal Selidik
Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada pelajar selepas aktiviti eksperimen
bertajuk Projectile Motion untuk mengetahui maklumat terutama berkaitan pengurusan
masa, kemahiran proses ains dan manipulatif, penglibatan dalam kumpulan serta minat
dan motivasi terhadap aktiviti amali fizik. Instrument soal selidik dan dapatan soal selidik
kedua-dua kumpulan tersebut ditunjukkan dalam Lampiran 1, 2 dan 3.

5.2 Perancangan Tindakan Yang Dijalankan

5.2.1 ‘Working procedure‘

‘Working procedure’ (prosedur kerja) adalah satu prosedur yang dirancang untuk
mengetahui bagaimana nilai keputusan eksperimen boleh diperolehi. Arahan untuk
merancang prosedur ini juga secara rasmi ada dinyatakan di dalam buku panduan amali
(hanya tidak dinyatakan format khusus). Oleh itu, bagi peringkat unit fizik Kolej Matrikulasi
teknikal Johor, format penyediaan working procedure adalah seperti berikut :

5.2.1.1 Related physical equation :
Merupakan persamaan fizik berkaitan objektif eksperimen. Ianya boleh diperolehi
daripada teori manual amali topik berkaitan.

5.2.1.2 Graphical equation :
Merupakan persamaan bentuk graf yang akan dilukiskan. Bagi peringkat
matrikulasi, lazimnya graf berbentuk garis lurus (linear graph) dengan formula
umum y = mx + c digunakan. Pelajar hanya perlu suaikan persamaan fizik dalam
bentuk persamaan graf berpandukan arahan tajuk graf dalam prosedur manual
amali topik berkaitan.

5.2.1.3 Theoretical graph :
Merupakan bentuk graf secara teori sebagai panduan dan rujukan kepada
pelajar semasa melukis graf ekperimen topik berkaitan. Ianya juga memberikan
maklumat berkaitan kecerunan graf dan pintasan-y dengan nilai keputusan
eksperimen.

5.2.1.4 Table construction :
Merupakan perancangan jadual untuk merekodkan data-data cerapan bagi
membolehkan graf dapat diplotkan.

Page | 5

5.2.1.5 Calculation :
Merupakan langkah terakhir untuk memperolehi nilai keputusan eksperimen
(berdasarkan persamaan yang mengaitkan nilai keputusan eksperimen dengan

nilai kecerunan graf), nilai ketidakpastian nilai keputusan dan petunjuk ketepatan
nilai eksperimen berbanding nilai teori.

Penulisan ‘working procedure’ ini dilakukan di dalam buku ‘jotter’ pelajar masing-masing
dan seharusnya dirancang sendiri oleh pelajar atau hasil perbincangan dengan rakan-
rakan sebelum masuk ke kelas amali fizik. Pensyarah akan membincangkan semula

working procedure ini bersama-sama pelajar dalam sesi taklimat sebelum eksperimen
berlangsung supaya semua pelajar mempunyai prosedur kerja yang selaras. Contoh
borang working procedure ditunjukkan dalam Lampiran 4.

5.2.2 Perisian ‘Phys-Labware’

‘Phys-Labware’ (singkatan kepada Physics Laboratory Software) merupakan satu perisian
interaktif berasaskan MicrosoftExcel (boleh juga diakses melalui OpenOffice.org Cal)
yang dibangunkan sendiri oleh penyelidik dengan bantuan pensyarah-pensyarah fizik
KMTJ. Ianya bukan sahaja boleh digunakan oleh pensyarah dalam sesi test run, bahkan
kepada pelajar-pelajar sewaktu kelas amali sedang berlangsung.

Antara fungsi perisian ini termasuklah :
5.2.2.1 Menyediakan jadual data interaktif.
5.2.2.2 Menganalisis data mentah dan memplotkan graf secara automatik.
5.2.2.3 Mengira kecerunan graf dan memaparkan nilai keputusan eksperimen dan

peratus ketepatan secara automatik.
5.2.2.4 Menjadi sumber semakan apabila pelajar mendapatkan nilai keputusan

eksperimen secara manual semasa melengkapkan laporan amali.

Cara menggunakan perisian ini sangat mudah di mana pelajar hanya perlu mengisi jadual

cerapan dan perisian ini akan menguruskan langkah seterusnya. Contoh paparan skrin
perisian yang digunakan ditunjukkan dalam Lampiran 5. Dengan menggunakan perisian
interaktif ini masa yang diperlukan untuk memperolehi keputusan eksperimen dapat
dijimatkan, pelajar-pelajar masih berpeluang mengulangi eksperimen, mengenalpasti dan
mengatasi ralat-ralat yang wujud, mencerap semula data dan seterusnya menguji kembali
kesesuaian data baru mereka sehingga mendapat nilai keputusan eksperimen yang

paling berkualiti (peratus ketepatan yang tinggi) .

5.2.3 Aktiviti ‘Bull’s-Eye’

‘Bull’s-Eye’ merupakan istilah kepada aktiviti berbentuk pertandingan di mana peserta

(pelajar) bekerjasama dalam kumpulannya untuk memperolehi satu nilai percubaan (nilai
keputusan eksperimen) dan dibandingkan dengan satu nilai sasaran dan memperolehi
mata (point) tertentu dari hasil percubaannya.

Dalam aktiviti amali fizik, nilai sasaran adalah nilai peratus ketepatan (percentage of

accuracy) berdasarkan formula berikut :

( )Peratus ketepatan (POA) =
1− nilai teori − nilaikeputusaneksperimen x 100%
nilai teori

Page | 6

Contoh 1 :

Berikut adalah perbandingan nilai teori dan nilai keputusan eksperimen kumpulan A :

Nilai teori : pecutan graviti, g = 9.81 m s-2.

Nilai keputusan eksperimen : pecutan graviti, g = 9.52 m s-2.

( )Maka, peratus ketepatan (POA) =
1− 9.81− 9.52 x 100% = 97.0%
9.81

Ini bermakna, ketepatan nilai keputusan ekperimen yang dijalankan oleh kumpulan A
adalah 97% berbanding nilai teori. Lebih tinggi nilai peratus ini, lebih tepatlah keputusan
eksperimen yang diperolehi dan sebaliknya.

Berikut adalah jadual agihan nilai mata (point) berdasarkan nilai peratus ketepatan :

Peratus ketepatan Nilai mata Bull’s- Kedudukan nilai Nilai mata
(POA) eye (BE) peratus tertinggi kedudukan

95.0 – 100.0 20 Pertama 10
90.0 – 94.9 16 Kedua 8
85.0 – 89.9 12 Ketiga 6
80.0 – 84.9 10 Keempat 5
75.0 – 79.9 8 Kelima 4
70.0 – 74.9 6 Keenam 3
Ketujuh 2
65.0 – 69.9 5 Kelapan 1
60.0 – 64.9 4
55.0 – 59.9 3
50.0 – 54.9 2
0.0 – 49.9 1

Contoh 2 :
Daripada contoh 1, bedasarkan POA yang diperolehi (97.0%) maka kumpulan A
memperolehi nilai mata BE sebanyak 20 mata. Sekiranya nilai peratus ini paling tinggi
berbanding kumpulan-kumpulan lain, maka kumpulan A akan mengumpul mata

kedudukan sebanyak 10 mata. Secara keseluruhan, dalam eksperimen ini kumpulan A
berjaya mengumpul mata sebanyak 20 + 10 = 30 mata.

Oleh itu, nilai ketepatan adalah bergantung sepenuhnya kepada nilai keputusan
eksperimen yang mana ianya pula bergantung kepada kecekapan, kemahiran dan

kerjasama dalam kumpulan masing-masing. Dengan bantuan Phys-Labware masa untuk
memperolehi nilai keputusan eksperimen dapat dijimatkan dan pelajar berpeluang untuk
memperbaiki nilai keputusan eksperimen dengan cara mengulangi semula eksperimen
tersebut. Dengan beberapa ulangan eksperimen juga, pelajar akan dapat mengetahui /
meramalkan ralat-ralat yang wujud dan seterusnya memperbaiki kualiti nilai keputusan
eksperimennya.

Mata nilai yang diperolehi ini akan digabungkan dengan mata nilai yang akan diperolehi
dalam eksperimen-eksperimen akan datang. Pemenang tempat pertama hingga ketiga
akan ditentukan berdasarkan jumlah mata nilai tertinggi. Dengan kaedah pengumpulan
mata nilai diharapkan pelajar-pelajar dapat mengekalkan motivasi dan minat untuk

menjalani eksperimen-eksprimen fizik.

Page | 7

Secara ringkas, aliran aktiviti ‘Bull’s-Eye’ dalam kelas amali fizik adalah sepertimana
cartalir berikut :

Mula

Eksperimen dijalankan dalam kumpulan

Ukuran dibuat dan data cerapan diisi
(menggunakan perisian ‘Phys-Labware)

Nilai keputusan eksperimen
& nilai peratus ketepatan diperolehi

Nilai mata diketahui

Y Ulang?

T

Melukis graf & Mengira nilai keputusan
(secara manual)

Melengkapkan laporan amali

Tamat

Pelajar-pelajar dikehendaki mengulangi eksperimen sekurang-kurangnya sebanyak dua
(2) kali supaya mereka boleh memperolehi nilai peratus ketepatan yang terbaik dan
secara tidak langsung dapat mengkaji ralat-ralat yang dilakukan.

5.3 Pelaksanaan Tindakan Yang Dijalankan

5.3.1 Pembahagian Kumpulan dan arahan penyediaan pra-laporan dan working procedure.
Pelajar-pelajar kumpulan sasaran diagihkan kepada lapan (8) kumpulan di mana setaip
kumpulan terdiri daripada 3 – 4 ahli. Setiap kumpulan melantik ketua kumpulan masing-
masing. Pra-laporan merupakan laporan amali fizik yang hanya mengandungi kulit muka
hadapan, objektif eksperimen, teori, senarai alat radas dan prosedur amali yang dituliskan
dalam bentuk ayat pasif. Pelajar juga boleh menyediakan working procedure secara
sendiri atau berbincang dengan ahli kumpulannya. Dengan penyediaan pra-laporan dan
working procedure ini secara tidak langsung membuatkan pelajar membaca dan
menyelidikan buku panduan amali dan akhirnya menjadikan pelajar dalam keadaan
bersedia untuk menjalankan eksperimen.

5.3.2 Arahan Penggunaan ‘Phys-Labware’
Pensyarah akan membawa komputer riba (telah diinstall perisian Phys-labware) ke dalam
kelas amali. Pensyarah akan menerangkan bagaimana cara penggunaan perisian
tersebut menerusi skrin putih. Dengan diawasi pensyarah, pelajar-pelajar hanya perlu
mengisi data ukuran sahaja ke dalam jadual (diwarnakan biru) yang dibekalkan oleh

Page | 8

perisian dan hasilnya (nilai keputusan eksperimen dan peratus ketepatan) akan
dipaparkan secara automatik oleh komputer.

5.3.3 Pelaksanaan Aktiviti Amali
Dalam pelaksanaan aktiviti amali, pensyarah akan memberikan taklimat ringkas tentang
working procedure dan demonstasi penggunaan alat. Pelajar seterusnya menjalankan
amali dalam kumpulan masing-masing dan merekodkan data mentah di dalam buku jotter
individu dan ke dalam perisian komputer dengan diawasi oleh pensyarah.

5.3.4 Carta ‘Ranking’
Apabila memperolehi nilai keputusan eksperimen dan peratus ketepatan, pelajar akan
mengetahui jumlah mata diperolehi serta kedudukan semasa dalam carta ‘ranking’ yang
dipaparkan di layar putih di hadapan kelas. Jika pelajar mengulangi eksperimen, data
baru akan dimasukkan ke dalam perisian. Jumlah mata baru dan kedudukan baru akan
diperolehi. Jika jumlah mata baru lebih rendah maka jumlah mata lama akan dikekalkan.

Di akhir aktiviti, pensyarah akan memaparkan dan mengisytihar carta kedudukan semasa
setiap kumpulan dan mengharap agar pelajar dapat meningkatkan mata untuk
eksperimen akan datang. Daripada carta ini pelajar-pelajar tahu di mana kedudukan
terkini kumpulan mereka dan ini akan dapat meningkatkan motivasi mereka untuk
menjalani eksperimen fizik akan datang. Contoh paparan carta ditunjukkan dalam
Lampiran 6.

Disebabkan pelajar mengulangi eksperimen, maka mereka mempunyai lebih daripada
satu jadual data mentah. Melalui perbandingan di antara nilai data-data ini pelajar boleh
berbincang dalam kumpulannya dan meramalkan ralat-ralat yang mungkin mereka
lakukan semasa menjalani kesperimen.

Pelajar seterusnya akan memplotkan graf dan akhirnya membuat pengiraan nilai
keputusan eksperimen dan peratus ketepatan secara manual. Di sini pelajar boleh
menggunakan nilai keputusan eksperimen dan peratus ketepatan yang dipaparkan oleh
komputer sebagai semakan. Ini bagi memastikan graf yang mereka lukis dan nilai-nilai
yang mereka kira adalah betul.

5.3.5 Pemerhatian dan soal selidik pasca-aktiviti.
Sepanjang ekperimen berlangsung penyelidik membuat pemantauan tentang cara
pelajar-pelajar menjalani eksperimen. Di akhir program (melibatkan eksperimen
Conservation of energy dan Simple harmonic motion), penyelidik mengedarkan semula
instrument soal selidik untuk diisi sekali lagi oleh setiap pelajar dalam kumpulan sasaran
dan kumpulan kawalan.

Page | 9

6.0 Dapatan Kajian

6.1 Pemerhatian

6.1.1 Secara ringkas, hasil pemerhatian terhadap cara pelajar-pelajar kumpulan kawalan
menjalani eksperimen adalah seperti berikut :
6.1.1.1 Masih ada pelajar hadir ke kelas dalam keadaan tidak bersedia. Pelajar hanya
duduk dan menunggu arahan daripada pensyarah.
6.1.1.2 Pelajar masih mengambil masa yang lama untuk merekodkan data. Mereka
berlengah-lengah dan tidak begitu serius semasa menetapkan alat radas,
menjalankan eksperimen dan merekod data. Masih ada juga pelajar yang
berbual-bual semasa eksperimen berlangsung.
6.1.1.3 Pelajar masih tidak sempat untuk menyiapkan graf dan membuat pengiraan
untuk mendapatkan nilai keputusan eksperimen. Akibatnya ramai pelajar tidak
sempat memperolehi nilai eksperimen dan hanya mengharapkan dapat
menyiapkannya semasa pulang ke asrama.

6.1.2 Hasil semakan penyelidik terhadap laporan amali pelajar-pelajar kawalan mendapati :
6.1.2.1 Masih ada beberapa laporan amali yang serupa dari segi pengiraan,
perbincangan dan kesimpulan sekalipun menggunakan lukisan graf yang
berbeza, senarai ralat yang tidak relevan dan sebagainya. Ini menunjukkan
masih ada pelajar-pelajar hanya menyalin laporan amali rakan-rakan tanpa
perbincangan.
6.1.2.2 Kebanyakan nilai keputusan amali adalah kurang tepat berbanding nilai teori dan
pelajar-pelajar tidak mengetahui apakah ralat yang telah mereka lakukan.

6.1.3 Hasil pemerhatian terhadap cara pelajar-pelajar kumpulan sasaran menjalani eksperimen
pula adalah seperti berikut :
6.1.3.1 Pelajar hadir ke kelas dalam keadaan lebih bersedia. Mungkin disebabkan
motivasi untuk mendapatkan dan mengetahui kedudukan mereka dalam carta
‘ranking’ pada eksperimen kali ini.
6.1.3.2 Dengan bantuan perisian Phys-Labware, masa untuk merekodkan data,
menentukan nilai keputusan eksperimen dan peratus ketepatan adalah lebih
pantas bahkan mereka mampu untuk mengulangi semula eksperimen beberapa
kali bagi memperbaiki nilai-nilai eksperimen mereka.
6.1.3.3 Pelajar-pelajar tidak lagi berlengah-lengah dan lebih serius semasa menetapkan
alat radas, menjalankan eksperimen dan merekod data. Perbincangan berbentuk
teknikal juga sudah mula kedengaran.
6.1.3.4 Ada segelintir pelajar yang sempat untuk menyiapkan graf dan membuat
pengiraan untuk mendapatkan nilai keputusan eksperimen secara manual dan
membandingkannya dengan nilai yang diperolehi daripada perisian dan
benbincang dengan pensyarah.

6.1.4 Hasil semakan penyelidik terhadap laporan amali pelajar-pelajar sasaran mendapati :
6.1.4.1 Walaupun masih ada beberapa laporan amali yang serupa dari segi pengiraan,
perbincangan dan kesimpulan namun daripada senarai ralat yang relevan,
penyelidik menganggapkannya adalah hasil perbincangan bersama.
6.1.4.2 Kebanyakan nilai keputusan amali adalah tepat berbanding nilai teori. Ini
menunjukkan pelajar-pelajar lebih peka terhadap ralat yang wujud semasa
menjalani eksperimen.

Page | 10

6.2 Soal selidik pasca-aktiviti

Borang soal selidik yang sama diedarkan kepada pelajar selepas aktiviti eksperimen bertajuk Simple
Harmonic Motion untuk mengetahui maklumat terutama berkaitan pengurusan masa, kemahiran proses
ains dan manipulatif, penglibatan dalam kumpulan serta minat dan motivasi terhadap aktiviti amali fizik.
Dapatan soal selidik kedua-dua kumpulan tersebut ditunjukkan dalam Lampiran 1, 2 dan 3.

7.0 Refleksi Kajian Keseluruhan

Secara keseluruhannya, aktiviti ‘Bull’s-Eye’ berbantukan bahan bantu mengajar ‘Phys-Labware’ ini sedikit
sebanyak memberikan impak lebih positif dalam meningkatkan keberkesanan pengendalian amali fizik di dalam
makmal jika dibandingkan dengan kaedah tradisional (konvensional).

Aktiviti ‘Bull’s-Eye’ ini memberikan alternatif kepada pensyarah dalam mempelbagaikan kaedah pengajarannya
serta memberikan pendedahan kepada pelajar tentang kemajuan teknologi masa kini dalam menyelesaikan
sesuatu urusan dengan lebih mudah. Secara tidak langsung melalui aktiviti ini juga, nilai etika dan
profesionalisme pelajar terhadap cara bekerja juga dapat dipertingkatkan disamping memberi kesedaran tentang
kepentingan bekerja dalam pasukan.

8.0 Cadangan Kajian Seterusnya

Walaupun secara keseluruhannya penyelidik berpuas hati dengan aktivti Bull’s-eye ini, beberapa batasan kajian
boleh diperbaiki. Antaranya :

8.1 Bilangan komputer riba yang terhad perlu ditambah bagi mengelakkan kesesakan semasa mengisi
data mentah ke dalam perisian komputer.

8.2 Kekangan masa untuk menjayakan aktiviti ini sepenuhnya. Ada kalanya pelajar-pelajar lewat sampai ke
kelas kerana kelewatan pensyarah waktu sebelumnya untuk melepaskan pelajar keluar. Masa untuk
memberikan taklimat dan mendemonstasikan alat radas juga perlu diambil kira bergantung kepada
topik eksperimen.

8.3 Pensyarah perlu mengeluarkan sedikit bajet untuk menyediakan ganjaran kepada para pemenang.
8.4 Kekurangan buku-buku rujukan di perpustakaan memaksa penyelidik mendapatkan sumber maklumat

secara atas talian dan meminjam petikan tulisan kertas kajian daripada seminar-seminar
pembentangan kertas kajian yang lepas.

Walaubagaimanapun, aktiviti dan bahan bantu mengajar ini sesuai untuk diteruskan untuk semua topik amali
bagi semester 1 dan semester dua kerana kebanyakan eksperimen fizik memang melibatkan lukisan graf.

Page | 11

9.0 Rujukan
Abd. Rahim Abd. Rashid, 2005. Profesionalisme Keguruan : Prospek dan Cabaran, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa & Pustaka.
Ee Ah Meng, 2002. Pedagogi III, Edisi Kedua, Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti.
Khalid Johari, 2003. Penyelidikan dalam Pendidikan : Konsep & Prosedur, Petaling Jaya : Pearson.
Norwahidah Binti Wahab, 2008. Tahap Penguasaan Kemahiran Manipulatif Dan Hubungannya Dengan
Pencapaian Akademik Pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Tesis Sarjana Muda Sains
serta Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Manual Amali Fizik TF015 & TF025, Bahagian Matrikulasi, Kementerian Palajaran Malaysia.
http://www.scribd.com/doc/21963760/Nota-Kaedah-Dan-Teknik-Pengajaran.

Page | 12

Lampiran 1 :

BORANG SOAL SELIDIK
KAJIAN TINDAKANPENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN KMTJ

SESI 2011/2012

BAHAGIAN A : Latarbelakang Responden
Arahan : Tandakan (√) di tempat yang disediakan.

1. Jantina : a) Lelaki 
2. Agama b) Perempuan 

: a) Islam 

b) Budha 

c) Kristian 

d) Lain-lain (nyatakan : ………………………)

3. Bangsa : a) Melayu 

b) Cina 

c) India 

d) Bumiputera/lain-lain 

Page | 13

BAHAGIAN B :

Arahan umum :
Sila tandakan (√) pada ruang yang disediakan dengan jujur dan ikhlas untuk menggambarkan sejauh mana anda bersetuju

dengan kenyataan yang diberikan. Terima kasih di atas kerjasama anda.

Arahan : Tandakan (√) samada YA atau TIDAK

1. Pengurusan masa.

Bil Item Soalan YA TIDAK
1 Adakah anda berjaya memperolehi nilai keputusan eksperimen?
2 Adakah anda berpeluang untuk mengulangi eksperimen?

3 Adakah nilai keputusan eksperimen anda tepat atau hampir tepat (POA ≥ 90%)?

Arahan : Tandakan (√) diruang yang disediakan. Skala yang digunakan adalah :
1 = Sangat tidak setuju, 2 = Tidak setuju, 3 = Tidak pasti, 4 = Setuju, 5 = Sangat setuju.

2. Kemahiran proses sains. 1234 5

Bil Item Soalan
4 Saya sedar anda telah melakukan beberapa ralat sewaktu eksperimen.
5 Saya mengetahui ralat-ralat yang wujud atau telah dilakukan.
6 Saya yakin semua ralat-ralat telah cuba diatasi.

3. Kemahiran manipulatif.

Bil Item Soalan 1234 5

7 Saya tahu bagaimana untuk menetap dan menggunakan alat radas yang
dibekalkan.

8 Saya tahu bagaimana untuk mencerap bacaan daripada alat radas.

9 Saya yakin bacaan yang direkodkan adalah betul.

4. Penglibatan dalam kumpulan.

Bil Item Soalan 1 2 3 4 5

10 Saya melakukan perbincangan teknikal secara professional dengan rakan
sekumpulan untuk mengenalpasti ralat-ralat.

11 Saya melakukan perbincangan teknikal secara professional dengan rakan
sekumpulan tentang penetapan dan pengendalian alat-alat radas.

12 Saya bekerjasama dalam kumpulan dengan tekun dan bersungguh-sungguh
sepanjang eksperimen berlangsung.

5. Minat dan motivasi.

Bil Item Soalan 1234 5

13 Saya rasa aktiviti amali pada kali ini menarik dan menyeronokkan.

14 Saya rasa minat untuk menjalankan eksperimen fizik bertambah.

15 Saya bersemangat untuk menjalankan eksperimen fizik bagi tajuk akan
datang.

Page | 14

Lampiran 2 (a) :

Dapatan soal selidik kumpulan kawalan sebelum dan selepas aktiviti Bull-eye dijalankan.

PENGURUSAN MASA

Bil Item Soalan Sebelum Selepas

YA TIDAK YA TIDAK

Bil. Pelajar (Peratus)

1 Adakah anda berjaya memperolehi nilai keputusan eksperimen? 10 (37) 17 (63) 6 (22) 21 (78)

2 Adakah anda berpeluang untuk mengulangi eksperimen? 0 (0) 27 (100) 0 (0) 27 (100)

3 Adakah nilai keputusan eksperimen anda tepat atau hampir tepat 3 (11) 24 (89) 3 (11) 24 (89)
(POA ≥ 90%)?

KEMAHIRAN PROSES SAINS

Bil Item Soalan Sebelum Selepas

1234512345

Bilangan Pelajar

4 Saya sedar anda telah melakukan beberapa ralat sewaktu 0 0 3 12 12 0 0 5 17 5
eksperimen.

5 Saya mengetahui ralat-ralat yang wujud atau telah dilakukan. 0 0 12 10 5 0 0 11 13 3
0 0 18 7 2 0 0 15 8 4
6 Saya yakin semua ralat-ralat telah cuba diatasi.
3.83 3.77
Min

KEMAHIRAN MANIPULATIF

Bil Item Soalan Sebelum Selepas

1 2 3 4 5 12 3 4 5

Bilangan Pelajar

7 Saya tahu bagaimana untuk menetap dan menggunakan alat 0 0 0 7 20 0 0 0 4 23
radas yang dibekalkan.

8 Saya tahu bagaimana untuk mencerap bacaan daripada alat 0 0 0 10 17 0 0 0 11 16
radas.
0 0 6 16 5 0 0 3 16 8
9 Saya yakin bacaan yang direkodkan adalah betul. 4.44 4.54

Min

PENGLIBATAN DALAM KUMPULAN

Bil Item Soalan Sebelum Selepas

1 2 3 4 5 12 3 4 5

Bilangan Pelajar

10 Saya melakukan perbincangan teknikal secara professional 0 0 17 6 4 0 0 15 6 6
dengan rakan sekumpulan untuk mengenalpasti ralat-ralat.

Saya melakukan perbincangan teknikal secara professional

11 dengan rakan sekumpulan tentang penetapan dan 0 3 15 4 5 0 3 12 5 7

pengendalian alat-alat radas.

12 Saya bekerjasama dalam kumpulan dengan tekun dan 0 0 6 11 10 0 0 5 10 12
bersungguh-sungguh sepanjang eksperimen berlangsung. 3.69 3.84

Min

Page | 15

MINAT DAN MOTIVASI

Bil Item Soalan Sebelum Selepas

1 2 3 4 5 12 3 4 5

Bilangan Pelajar

13 Saya rasa aktiviti amali pada kali ini menarik dan 0 0 13 13 1 0 5 10 12 0
menyeronokkan.

14 Saya rasa minat untuk menjalankan eksperimen fizik 0 0 15 12 0 0 0 16 11 0
bertambah.

15 Saya bersemangat untuk menjalankan eksperimen fizik bagi 0 2 18 6 1 0 1 18 6 2
tajuk akan datang. 3.41 3.33

Min

Lampiran 2 (b) :

Dapatan soal selidik kumpulan sasaran sebelum dan selepas aktiviti Bull-eye dijalankan.

PENGURUSAN MASA

Bil Item Soalan Sebelum Selepas

YA TIDAK YA TIDAK

Bil. Pelajar (Peratus)

1 Adakah anda berjaya memperolehi nilai keputusan eksperimen? 9 (33) 18 (67) 27 (100) 0 (0)

2 Adakah anda berpeluang untuk mengulangi eksperimen? 0 (0) 27 (100) 27 (100) 0 (0)

3 Adakah nilai keputusan eksperimen anda tepat atau hampir tepat 4 (15) 23 (85) 18 (67) 9 (33)
(POA ≥ 90%)?

KEMAHIRAN PROSES SAINS

Bil Item Soalan Sebelum Selepas

1234512345

Bilangan Pelajar

4 Saya sedar anda telah melakukan beberapa ralat sewaktu 0 0 2 10 15 0 0 0 10 17
eksperimen.

5 Saya mengetahui ralat-ralat yang wujud atau telah dilakukan. 0 0 13 8 6 0 0 3 14 10
0 0 18 9 0 0 0 5 15 7
6 Saya yakin semua ralat-ralat telah cuba diatasi.
3.85 4.32
Min

KEMAHIRAN MANIPULATIF

Bil Item Soalan Sebelum Selepas

1 2 3 4 5 12 3 4 5

Bilangan Pelajar

7 Saya tahu bagaimana untuk menetap dan menggunakan alat 0 0 0 5 22 0 0 0 2 25
radas yang dibekalkan.

8 Saya tahu bagaimana untuk mencerap bacaan daripada alat 0 0 0 8 19 0 0 0 7 20
radas.
0 0 4 16 7 0 0 3 18 6
9 Saya yakin bacaan yang direkodkan adalah betul. 4.54 4.59

Min

Page | 16

PENGLIBATAN DALAM KUMPULAN

Bil Item Soalan Sebelum Selepas

1 2 3 4 5 12 3 4 5

Bilangan Pelajar

10 Saya melakukan perbincangan teknikal secara professional 0 4 14 5 4 0 0 4 13 10
dengan rakan sekumpulan untuk mengenalpasti ralat-ralat.

Saya melakukan perbincangan teknikal secara professional

11 dengan rakan sekumpulan tentang penetapan dan 0 3 17 3 4 0 0 6 12 9

pengendalian alat-alat radas.

12 Saya bekerjasama dalam kumpulan dengan tekun dan 0 0 7 10 10 0 0 2 12 13
bersungguh-sungguh sepanjang eksperimen berlangsung. 3.58 4.25

Min

MINAT DAN MOTIVASI

Bil Item Soalan Sebelum Selepas

1 2 3 4 5 12 3 4 5

Bilangan Pelajar

13 Saya rasa aktiviti amali pada kali ini menarik dan 0 0 14 11 2 0 0 1 16 10
menyeronokkan.

14 Saya rasa minat untuk menjalankan eksperimen fizik 0 0 14 12 1 0 0 0 16 11
bertambah.

15 Saya bersemangat untuk menjalankan eksperimen fizik bagi 0 2 17 7 1 0 0 3 20 4
tajuk akan datang. 3.44 4.26

Min

Page | 17

Lampiran 3 :
Graf dapatan soal selidik kedua-dua kumpulan kawalan dan sasaran sebelum dan selepas aktiviti Bull-eye
dijalankan.

Page | 18

Lampiran 4 :
Contoh borang working procedure yang telah lengkap diisi.

Page | 19

Lampiran 5 :
Contoh paparan skrin menentuan nilai keputusan eksperimen dan peratus ketepatan bagi eksperimen Principle of
Conservation of Energy menggunakan perisian Phys-Labware.

Page | 20

Lampiran 6 :

Contoh paparan carta ‘ranking’ selepas aktiviti dalam eksperimen Principle of Conservation of Energy.

Group Result, Teoretical, POA No. Point Point Prior New Grand Prior New
(%) Total Rank Rank
g/eo g/eo of 1 2 Total Total
(s-2) (s-2) Trial (POA) (%) Point Point 1
2
Syed 122.63 123.67 99.2 2 20 10 0 30 30 N/A 3
4
Maryam 118.36 119.63 98.9 3 20 8 0 28 28 N/A 5
8
Amirul 63.73 63.75 98.8 2 20 6 0 26 26 N/A 6
7
Nabilah 57.93 60.93 95.1 3 20 5 0 25 25 N/A

Nadia 107.95 115.08 93.8 3 16 4 0 20 20 N/A

Andreas 110.83 97.13 85.9 2 12 1 0 12 12 N/A

Nazamil 47.13 52.54 89.7 3 12 3 0 15 15 N/A

Sallehudin 71.99 81.72 88.1 2 12 2 0 14 14 N/A

Contoh paparan carta ‘ranking’ selepas aktiviti dalam eksperimen Simple Harmonic Motion.

Group Result, Teoretical, POA No. Point Point Prior New Grand Prior New
g g (%) of 1 2 Total Total Total Rank Rank

(ms-2) (ms-2) Trial (POA) (%) Point Point 4
2
Syed 8.63 87.9 3 12 2 30 14 44 1 3
1
Maryam 8.94 91.1 3 16 4 28 20 48 2 5
7,8
Amirul 10.62 91.7 3 16 5 26 21 47 3 6
7,8
Nabilah 9.51 9.81 97.0 3 20 10 25 30 55 4
Nadia 9.07 92.5 2 16 6 20 22 42 5

Andreas 8.76 89.3 3 12 3 12 15 27 8

Nazamil 9.12 93.0 2 16 8 15 24 39 6

Sallehudin 8.58 87.5 2 12 1 14 13 27 7

Catatan :
1. POA = Percentage of accuracy.
2. New Rank adalah berdasarkan New Total Point tertinggi.
3. New Total Point adalah hasil tambah Point dan Prior Total Point.

4. Prior Total Point adalah nilai jumlah mata sehingga eksperimen terdahulu.
5. Point adalah mata yang diperolehi berdasarkan percentage of accuracy (POA).
6. No. of Trial adalah bilangan percubaan (bilangan ulangan eksperimen dijalankan).
7. Result adalah nilai keputusan eksperimen (dibandingkan dengan nilai teori untuk menentukan POA).

Page | 21


Click to View FlipBook Version