‘PADAM v2’ - KESUKARAN MEMBERSIHKAN KESAN KOTORAN
PADA PAPAN PUTIH DI BILIK PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN (PdP)
1Jaafar Bin Jamian, 2Aida Suzana Binti Sukiam, 3Mohd Zahir Hafizi Bin Safian,
4Farzana Binti Hussin, 5Nurul Aishah Binti Salehudin, 6Siti Nor Wazna Binti Abdul
Hadi,7 Amran Bin Safar & 8Mohd Rizal Bin Mohamed@Mohd. Badri
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor
jaafar@kmtj.matrik.edu.my
Ringkasan Eksekutif
Projek ini dibangunkan oleh Kumpulan J-Avengers daripada Kolej Matrikulasi
Kejuruteraan Johor (KMKJ), Pontian Johor. Penyelidikan projek telah dijalankan
selama 12 bulan yang melibatkan bidang inovasi penyampaian perkhidmatan dalam
kategori inovasi penambahbaikan. Melalui beberapa sesi perbincangan dan analisis
masalah, kumpulan ini telah memilih isu papan putih kerana mempunyai tuntutan
paling tinggi dan signifikan. Papan putih di kebanyakan bilik PdP yang digunakan
sehari-hari kerap mengalami kekotoran. Dari Januari hingga Julai 2017, sebanyak 20
aduan berkaitan kerosakan dan ketidaksediaan papan putih telah dilaporkan.
Tempoh masa aduan diselesaikan adalah sekitar 1 hingga 3 hari bekerja. Malah untuk
kes tertentu, aduan terpaksa diselesaikan hanya pada cuti semester. Projek ini telah
menggunakan teknik Design Thinking yang terdiri daripada 5 proses iaitu (i) Empathy;
(ii) Define; (iii) Ideate, (iv) Prototype dan (v) Test. Ini adalah bertepatan dengan ciri
utama Design Thinking yang menggunakan pendekatan berkaitan dengan
penyelesaian masalah (solution based approach). Projek ini telah melibatkan
beberapa kategori responden yang melibatkan pihak pengurusan, teknikal dan
kumpulan pengguna. Kumpulan kami telah berjaya membangunkan alat pemadam
papan putih serbaguna iaitu PADAM v2 yang mempunyai pelbagai fungsi 5 dalam 1.
Fungsi-fungsi PADAM v2 termasuklah (i) Penyembur cecair pembersih; (ii) Pemadam;
(iii) Slot Pen Marker; (iv) Peranti Kawalan Slaid dan (v) Laser Pointer. Melalui analisis
maklum balas soal selidik, temubual dan pemerhatian, beberapa faedah PADAM v2
telah dikenalpasti iaitu dari segi (i) Penjimatan Masa dan Kos Operasi (ii) Peningkatan
Kualiti Produk (iii) Peningkatan Kualiti PdP; (iv) Penjimatan Kos dan (v)
Penambahbaikan Kaedah. Bertitik tolak dari manifestasi ini, pihak pengurusan kolej
amat menggalakkan penggunaan PADAM v2 bersesuaian dengan konsep
pembelajaran Abad ke-21. Malah ia juga selari dengan galakan kerajaan iaitu ke arah
bumi hijau dan mesra alam. PADAM v2 telah disebarluaskan penggunaannya di
sekolah-sekolah sekitar daerah Pontian. Melalui maklum balas penggunaan PADAM
v2, ianya sedia direplikasi untuk digunakan dari peringkat pra-sekolah sehingga kolej
dan universiti. Tambahan pula, PADAM v2 berupaya untuk digunakan di agensi-
agensi selain sektor pendidikan seperti pejabat-pejabat pentadbiran dan perusahaan.
Kata kunci: Pemadam, Design Thinking, Pelbagai guna, Pengajaran, Mesra alam
1.0 PENGENALAN
Cabaran pembelajaran abad ke-21 adalah amat besar dan memerlukan satu usaha
berterusan yang stabil dan berwawasan. Antara keperluan abad ke-21 adalah aras
pemikiran tinggi, sumbangan idea kendiri pelajar, teknologi terkini dan pantas. Kolej
Matrikulasi Kejuruteraan Johor di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang
mengendalikan pengajian pra-universiti dan kursus persediaan yang melibatkan
pelajar dewasa juga tidak ketinggalan daripada arus perubahan pembelajaran abad
ke-21 yang sarat dengan cabaran.
Pihak pengurusan kolej telah bersetuju dan amat menggalakkan pelaksanaan
projek PADAM v2 demi kelangsungan proses PdP tanpa sebarang gangguan dan
memberi impak yang besar terutama dari aspek kewangan. Pengurusan kolej melalui
surat penyeragaman bertarikh 21 Mac 2018 telah dipanjangkan kepada semua warga
kolej untuk penyeragaman pelaksanaan projek PADAM v2 di mana semua pensyarah
dibekalkan dengan alat ini. PADAM v2 mempunyai lima fungsi utama iaitu penyembur
cecair pembersih, pemadam papan putih, slot pen marker, peranti kawalan slaid dan
Laser Pointer.
1.1 AHLI KUMPULAN
Projek ini dikendalikan oleh 8 orang ahli kumpulan yang dilantik daripada
pelbagai latarbelakang jawatan. Berikut merupakan ahli kumpulan J-Avengers
yang bertanggungjawab melaksanakan projek ini :
Jadual 1.0: Ahli Kumpulan KIK
Bil. Nama Penuh No. KP Jawatan KIK-Tugas
Ketua
1 Jaafar Bin Jamian 770128-01-6759 PPP
Setiausaha
2 Farzana Binti Hussin 900606-01-5316 PPP Teknikal
Teknikal
3 Amran Bin Safar 681112-01-5407 KJS
Dokumentasi
4 Mohd Rizal Bin Mohamed Badri 770102-01-8377 PO Dokumentasi
Persembahan
@ Mohd Badri Persembahan
5 Siti Nor Wazna Binti Abdul Hadi 900326-03-6526 PPP
6 Aida Suzana Binti Sukiam 830902-04-5260 PTM
7 Mohd Zahir Hafizi Bin Safian 860822-23-6267 PPP
8 Nurul Aishah Binti Salehudin 921208-08-5266 PPP
2.0 SIGNIFIKASI PROJEK DAN PEMBUKTIAN
Bahagian ini menerangkan Pengenalan Jabatan dan Kaedah Pemilihan Projek dan
Analisis
2.1. PENGENALAN JABATAN
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor (KMKJ) merupakan agensi di bawah
Kementerian Pendidikan Johor. Jadual 2.0 menunjukkan pengenalan ringkas
KMKJ.
Jadual 2.0: Pengenalan KMKJ
Nama Organisasi Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor
Bidang tugas utama Menyediakan pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke
peringkat Ijazah di Universiti Awam/Swasta samada di
dalam mahupun di luar negara.
Piagam Pelanggan Peneraju Terunggul Pendidikan Matrikulasi Teknikal
Menjelang 2020
Visi Peneraju Terunggul Pendidikan Matrikulasi Teknikal
Menjelang 2020
Misi Menyediakan modal insan yang kreatif dan inovatif dalam
bidang sains dan teknologi dan professional serta kompetitif
secara glokal.
Teknikal Pengurusan
Pensyarah Pelajar
Rajah 2.0: Pelanggan dan Pemegang Taruh KMKJ
2.2. KAEDAH PEMILIHAN PROJEK DAN ANALISIS
Setelah menjalankan beberapa sesi brainstorming, beberapa masalah dan isu
di kolej telah dapat kenalpasti. Namun kumpulan kami telah memilih isu
pemadam papan putih sebagai projek KIK. Pemilihan ini adalah berdasarkan
analisis data yang dikumpul. Sepanjang pembangunan projek KIK ini, kami telah
mengaplikasikan kaedah Design Thinking. Penerangan lanjut mengenai kaedah
ini akan diterangkan pada bahagian 4.0.
2.2.1. RESPONDEN PROJEK
Beberapa temubual dan soal selidik untuk pengumpulan data telah dijalankan.
Jadual 2.1 menunjukkan responden yang terlibat di dalam pengumpulan data.
Responden terpilih kerana penglibatan mereka dalam menggunakan atau
menyelenggara papan putih serta kumpulan pengurusan yang
bertanggungjawab membuat keputusan.
Kumpulan Jadual 2.1: Kategori Responden Bilangan
Responden Responden Responden
Pengurusan
Pegawai Stor Operasi, 1
Teknikal Ketua Jabatan, Pengarah, PEK 1
Penolong Jurutera, Pembantu 3
Pengguna Pekerja Pembersihan
Pensyarah 15
Pelajar 50
2.2.2. ANALISIS PEMERHATIAN
Kami telah menjalankan sesi pemerhatian di beberapa lokasi yang
menempatkan papan putih (lihat Rajah 2.1).
Lapisan Putih telah kasar
Papan Putih Meleding
Kesan Marker Pen yang lama
dan tidak boleh dipadam
Rajah 2.1: Keadaan Papan Putih sedia ada
2.2.3. ANALISIS TEMUBUAL
Beberapa sesi temubual telah dijalankan bermula dari Januari sehingga Jun
2018. Hasil analisis temubual adalah seperti Jadual 2.2. Kami telah
memadankan luahan para responden dengan tema tertentu yang telah kami
kenalpasti iaitu Masa, Kualiti, Kos, Kaedah dan Tenaga.
Kumpulan Jadual 2.2: Analisis Temubual Tema
Responden Responden Petikan Temubual Masa
Pengguna
Pensyarah 1 “Saya akan ambil masa sekurang-kurangnya Kualiti
Teknikal Kualiti
Pensyarah 2 5 minit untuk memadam papan putih sebelum
Pensyarah 3 memulakan kelas” Kos
“… banyak kesan marker pen tidak boleh Masa
Penolong dipadamkan dengan bersih” Kaedah
Jurutera “Papan putih sediada banyak yang meleding”
“Adakala kami para pensyarah terpaksa
membeli pemadam sendiri”
“Penyelenggaraan papan putih terpaksa
dijalankan secara kerap”
“Kami pernah menggunakan thinner untuk
bersihkan papan putih tetapi menyebabkan
kerosakan”
Pengurusan Pembantu “Kami pernah juga tukar lapisan papan putih Kaedah
Operasi untuk menjimatkan kos” Kualiti
“Banyak aduan berkenaan papan putih yang Kualiti
Pekerja masih kotor”
Pembersihan Kaedah
Ketua “…Unit penyelenggaraan menggunakan Masa/
Jabatan 1 Tenaga
thinner untuk bersihkan papan putih. Jadi Masa/
Pegawai Stor Tenaga
liquor dah tiada, permukaan Nampak kasar Kaedah
dan kusam”
“…terdapat pensyarah yang menggunakan Kaedah
marker permanent…”
Kos
“Saya terpaksa mengangkat papan putih Kos
daripada tempat lain untuk menggantikan
papan putih kotor”
“Setiap kali cuti semester kami terpaksa
bergotong-royong membersihkan bilik-bilik
belajar”
“Ini adalah antara isu yang berpanjangan di
kolej dan sering dibangkitkan oleh para
pensyarah.”
“Pihak kolej perlu membelanjakan sejumlah
kos untuk mengatasi masalah ini. Adalah lebih
baik jika kumpulan ini dapat menemui kaedah
terbaik”
“Antara barang yang kerap dimohon oleh para
pensyarah adalah pemadam papan putih”
“UPP juga sering memohon thinner”
2.2.4. ANALISIS SOAL SELIDIK
Kami telah menjalankan kajian soal selidik berkaitan penggunaan pemadam
papan putih di kolej kepada 15 orang pensyarah KMKJ. Jadual 2.3
menunjukkan maklum balas berkaitan isu-isu yang dihadapi oleh para
pensyarah ketika menggunakan papan putih sewaktu PdP berlangsung.
Jadual 2.3 Analisis Soal Selidik (Responden: pensyarah)
Bil Item Min
1- Saya tidak pasti cara memadam papan putih dengan kesan marker 4.51
yang telah lama ditinggalkan.
2- Saya sering menghadapi masalah memadam papan putih 4.27
3- Papan putih tidak dipadam semasa saya masuk ke kelas. 3.89
4- Kadangkala saya tidak memadam papan putih selepas habis kelas. 3.59
5- Saya berpuas hati dengan kualiti pemadam papan putih yang 3.13
dibekalkan.
6- Saya akan berusaha memadam papan putih dengan kesan marker 2.40
walaupun telah lama ditinggalkan.
7- Saya sangat berpuas hati dengan tahap kebersihan papan putih. 2.47
8- Saya tidak perlu masa yang lama untuk memadam papan putih 2.13
sebelum memulakan kelas.
1-Sangat tidak setuju 2-Tidak Setuju 3-Neutral 4-Setuju 5-Sangat Setuju
Analisis menunjukkan bahawa kebanyakan para pensyarah tidak tahu
cara sebenar untuk memadam papan putih terutama apabila telah lama tidak
dipadam (min 4.51). Malah para pensyarah bersetuju bahawa mereka
memerlukan masa yang agak lama untuk memadam papan putih (min 2.13).
Soal selidik tahap kepuasan pelajar terhadap penggunaan papan putih
turut dijalankan. Soal selidik ini melibatkan seramai 50 pelajar KMKJ. Hasil
dapatan dari soal selidik adalah seperti dalam Rajah 2.2. Kebanyakan pelajar
bersetuju bahawa mereka tidak berpuas hati dengan kualiti papan putih sedia
ada (min 2.40) serta tahap kebersihan papan putih berada di tahap tidak
memuaskan (min 2.13).
1-Sangat Tidak Setuju 2- Tidak Setuju 3 Neutral 4. Setuju 5- Sangat
Setuju
5.00 3.79
4.00 2.40 2.13
3.00
2.00
1.00
0.00
Kualiti Papan Putih Kebersihan Papan Putih Gangguan Masa PdP
Rajah 2.2: Tahap Kepuasan Pelajar terhadap Penggunaan Papan Putih
2.2.5. PERNYATAAN SASARAN KEBERHASILAN DAN IMPAK
Berdasarkan latar belakang masalah dan pembuktian yang telah dinyatakan
sebelum ini, kumpulan kami mensasarkan untuk:
• Membangunkan produk yang boleh memadam papan putih dengan
berkesan tanpa merosakkan papan putih.
• Membangunkan produk yang mempunyai ciri-ciri selamat, mudah
digunakan, mudah dibawa dan kos efektif.
3.0 TINDAKAN PENYELESAIAN
Bahagian ini mengandungi Strategi Penyelesaian Kreatif Termasuk Aplikasi
Penggunaan Tools, Penghasilan dan Pengujian Prototaip, Perakuan daripada Pihak
Bertauliah/Pihak Berkuasa dan Pelaksanaan Inovasi
3.1. STRATEGI PENYELESAIAN KREATIF TERMASUK APLIKASI
PENGGUNAAN TOOLS
PADAM ialah satu produk yang mempunyai pelbagai fungsi bagi memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Idea asal produk ini tercetus
daripada penggunaan pemadam papan putih di dalam bilik tutoran. Produk ini
menggabungkan 3 fungsi asas dan 2 fungsi tambahan. Berikut merupakan
fungsi-fungsi tersebut:
1. 2. 3. 4. Menjadi 5. Menjadi
Memadam Menyimpan Menyimpan laser peranti
papan putih pen marker cecair khas pointer kawalan
pemadam slaid
Rajah 3.0: Fungsi produk PADAM v2
Kaedah yang digunakan dalam menetapkan objektif dan sasaran projek
ini adalah dengan menggunakan Design Thinking. Design Thinking adalah satu
kaedah yang melibatkan pendekatan berkaitan dengan penyelesaian masalah
(solution based approach). Kaedah ini sangat bertepatan dengan projek ini di
mana ia berkaitan dengan keperluan manusia dan bagaimana untuk
menggunakan perkara yang maujud sebagai solusi.
Design Thinking mempunyai 5 peringkat untuk menyelesaikan masalah
yang kompleks di sekeliling kita. Peringkat yang pertama, ianya berkaitan
dengan pemahaman empati. Pemahaman empati ini adalah memahami
penglibatan manusia di dalam isu – isu yang terlibat. Ini juga melibatkan kajian
soal selidik dan temubual bersama pensyarah dan juga kumpulan responden
agar masalah yang dihadapi dapat diselami oleh kumpulan kami. Antara
kelebihan peringkat ini adalah menyingkirkan tanggapan ahli kumpulan kami
sendiri terhadap permasalahan.
Peringkat yang kedua pula mendefinisikan permasalahan yang didapati
daripada pengumpulan maklumat semasa peringkat pemahaman empati.
Masalah yang utama dapat dikenal pasti melalui penganalisaan dan sintesis
pemerhatian. Definisi masalah mestilah berpusatkan kepada manusia.
Seterusnya, peringkat yang ketiga adalah mengeluarkan idea yang sesuai bagi
mengatasi masalah tersebut. Para pengkaji boleh mula berfikir luar daripada
kotak untuk mengenalpasti idea baru untuk menyelesaikan masalah. Melalui
idea – idea ini, maka terhasillah peringkat yang keempat iaitu penghasilan
prototaip.
Prototaip tersebut digunakan untuk mengkaji keberkesanan solusi
kepada permasalahan yang didapati daripada peringkat ketiga. Prototaip –
prototaip ini sentiasa dimurnikan supaya dapat mencapai sasaran yang diingini.
Peringkat yang terakhir adalah berkaitan dengan penilaian kepada produk yang
telah berjaya dihasilkan. Semasa fasa ini, perubahan dan penambahbaikan
masih boleh dijalankan.
3.2 PENGHASILAN DAN PENGUJIAN PROTOTAIP
Analisa projek telah dijalankan menggunakan kaedah Design Thinking secara
sistematik bagi mengenal pasti masalah dan mengumpul data berkaitan projek
Padam.
3.2.1 EMPATI
Beberapa kajian telah dijalankan bersama pensyarah, pihak pengurusan dan
unit penyelenggaraan bagi mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi
oleh pihak ini.
Selepas berlangsungnya proses PdP, pensyarah mendapat papan putih
di dalam kelas tidak dapat dibersihkan dengan sempurna. Terdapat kesan-
kesan penggunaan pen marker yang ketara dan tidak dapat dihilangkan.
Pensyarah juga memaklumkan bahawa terdapat sebahagian papan putih
dalam bilik tutoran meleding kesan daripada penggunaan thinner yang
berlebihan.
Selain itu, unit penyelenggaraan kolej juga turut terkesan dengan isu ini.
Beberapa bilik tutoran memerlukan penyelenggaraan papan putih agar PdP
dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Hasil aduan daripada pihak
pensyarah dan pelajar juga menyatakan kadangkala papan putih tidak
diselenggara dengan betul dan terlalu lama. Analisis Pengumpulan Data
diterangkan dengan lebih lanjut pada bahagian 2.0.
3.2.2 MENDEFINISI MASALAH
Daripada data ini, dapat dilihat bahawa kesukaran untuk membersihkan papan
putih adalah suatu masalah yang perlu ditangani. Justeru, ahli kumpulan kami
telah memulakan penyelidikan ke atas perkara ini.
Melalui hasil kajian yang dijalankan, didapati bahawa kos
penyelenggaraan papan putih dapat dikurangkan dengan memastikan setiap
papan putih di bilik tutoran sentiasa bersih. Masalah para pensyarah mungkin
terlupa membawa pen marker dan pemadam juga perlu diatasi dengan
mencipta suatu mekanisme yang sesuai dengan kapasiti para pensyarah.
Rungutan daripada pelajar tentang pembaziran masa bagi membersihkan
papan putih sewaktu permulaan kelas juga adalah saling berkait dengan
permasalahan di atas. Rekod penyelenggaraan bilik tutorial dari Januari hingga
Mei sahaja menunjukkan data yang berikut:
Jadual 3.0: Rekod Penyelenggaraan
Bil Tarikh Nama Pegawai Catatan
Selenggara
1 30/01/18 En Rahman bin Bujang Papan putih dipenuhi dengan habuk
marker.
2 18/02/18 Pn Salamah bt Rahim Terdapat tahi burung merpati pada kerusi
pensyarah di hadapan.
3 20/03/18 Pn Zainab binti Hj Md Habuk marker memenuhi ruang tempat
Diah letak pemadam di hadapan.
4 21/4/18 En Rahman bin Bujang Dakwat marker kekal mencemari papan
putih
5 22/05/18 En Sidik bin Awang Teh Dakwat marker yang telah lama dibiarkan
sepanjang cuti semester sukar untuk
dipadamkan
3.2.3 MENGELUARKAN IDEA
Melalui masalah – masalah ini kami memikirkan suatu bentuk produk yang
boleh dijadikan alat untuk mengatasinya. Sehubungan dengan itu, terhasillah
beberapa sumbang saran idea dan prototaip sebagai asas kepada penciptaan
PADAM v2. Pengkaji menggunakan kaedah Brainstorming bagi membantu
proses penjanaan idea. Berikut ialah dapatan daripada kaedah ini.
Kesan kotoran lama
tidak hilang
Menggun Papan
akan putih
marker meleding
pen kekal
Lapisan papan putih
kusam
Isu-isu Cadangan Penyelesaian
Lapisan papan putih yang kusam. Menggunakan cecair yang tidak
Papan putih meleding. menghakis.
Penggunaan permanent marker pen. Menyediakan slot pemegang marker pen
supaya tidak ada masalah tertinggal
Kesan marker pen lama yang tidak marker pen sehingga menggunakan apa-
hilang. apa sahaja yang ada.
Menggunakan cecair yang boleh
menghilangkan kesan.
Rajah 3.1: Brainstorming idea-idea dan Cadangan Penyelesaian
Berdasarkan proses Brainstorming di atas, kumpulan kami membuat
keputusan untuk menghasilkan produk Smart Duster yang mempunyai
pelbagai fungsi bagi menyelesaikan permasalahan ini.
3.2.4 PENGHASILAN PROTOTAIP
Terdapat 1 prototaip dan 2 versi produk yang berjaya dibangunkan. Berikut
merupakan prototaip yang telah di hasilkan:
Bahagian 1
Bahagian 2 Pandangan Sisi
Pandangan Atas
Rajah 3.2 Sudut Pandang Prototaip
Prototaip pertama ini mempunyai 2 komponen yang terdiri daripada botol
penyembur, dan span. Berikut merupakan keratan rentas bagi gambar rajah
diatas:
Rajah 3.3 Pandangan Rentas
PADAM v1 yang dihasilkan mempunyai 3 komponen yang terdiri daripada
tempat botol penyembur (bahagian 1), span (bahagian 2) dan tempat meletak
pen marker dan Laser Pointer (bahagian 3). Berikut merupakan PADAM v1
yang telah dibangunkan.
Bahagian 1
Bahagian 2
Pandangan Sisi Bahagian
3
Rajah 3.4 PADAM v1
PADAM v2 ialah versi terakhir bagi yang dihasilkan merangkumi semua
aspek yang telah diperbaiki. Ia masih mempunyai 3 komponen yang terdiri
daripada tempat botol penyembur (bahagian 1), span (bahagian 2) dan tempat
meletak pen marker dan Laser Pointer (bahagian 3). Walaubagaimanapun
versi yang terakhir menggunakan material yang berbeza dan lebih baik
berbanding PADAM v2.
Rajah 3.7: Pandangan Atas
Rajah 3.5 PADAM v2
3.2.5 PENGUJIAN PROTOTAIP
Berikut merupakan hasil pengujian setiap prototaip yang telah dihasilkan.
Jadual 3.2:Rekod hasil pengujian prototaip
Versi Fungsi Kelemahan Penambahbaikan
Prototaip 1
PADAM v1 Pemadam + Spray (Air) Air tidak boleh - Mencari solusi cecair
PADAM v2 memadamkan kesan yang boleh
lama dan permanent memadamkan kesan
marker lama dan permanent
marker
Pemadam + Spray - Thinner - Mencari solusi cecair
(Thinner) + Slot pen merosakkan
marker + Slot Laser papan putih yang boleh
Pointer + Peranti
Kawalan Slaid - Saiz tidak kondusif memadamkan kesan
untuk dibawa.
lama dan permanent
- Material produk
tidak kukuh marker tanpa
merosakkan
permukaan papan
putih
- Merekabentuk dengan
saiz yang sesuai.
Pemadam + Spray - Menggunakan cecair
(Cecair Micro Clear) +
Slot pen marker + Slot yang selamat
Laser Pointer + Peranti
Kawalan Slaid - Direkabentuk dengan
size yang sesuai.
- Dibangun
menggunakan material
lebih kukuh.
3.3 PERAKUAN DARIPADA PIHAK BERTAULIAH/PIHAK BERKUASA
Hasil daripada PADAM v2, pengkaji telah memohon pemfailan paten secara
atas talian melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). Rujuk lampiran
untuk boring permohonan tersebut.
3.4 PELAKSANAAN INOVASI
Pihak pengurusan KMKJ bersama kumpulan kami telah bersepakat untuk
menyeragamkan penggunaan PADAM v2 di KMKJ. Para pensyarah telah
dibekalkan dengan satu produk untuk digunakan semasa berlangsungnya PdP.
4.0 KEBERHASILAN PROJEK
Bahagian ini menerangkan Keberhasilan Projek dan Pembuktian dan Impak Projek
dan Pembuktian.
4.1. KEBERHASILAN PROJEK DAN PEMBUKTIAN
Melalui pembangunan produk dari prototaip sehingga PADAM v2, beberapa
faedah yang signifikan telah dikenalasti. Jadual 4.0 menunjukkan faedah-faedah
PADAM v2
Jadual 4.0: Faedah-faedah PADAM
Faedah Pencapaian PADAM v2
Masa
- 5-10 minit masa pensyarah di awal PdP dapat dijimatkan.
Tidak melibatkan PO bertugas dan Pekerja Pembersihan.
Kualiti Masa penyelenggaraan dapat dikurangkan oleh pekerja pembersihan
Produk dan PO bertugas dari 1 hari kepada 5 minit.
Kualiti PdP 100% papan putih yang dibersihkan dengan PADAM v2
Cecair PADAM v2 yang digunakan tidak merosakkan permukaan
Kos papan putih sedia ada.
100% Pensyarah yang menggunakan PADAM v2 berpuas hati
Kaedah kerana PADAM v2 mudah digunakan dan memberikan hasil yang
baik
o Pelajar juga berpuas hati kerana tiada masa menunggu.
o Kos PADAM v2 adalah lebih mahal sebanyak % berbanding
pemadam sedia ada kerana PADAM v2 diintegrasikan dengan
pelbagai fungsi yang lain.
Kos penyelenggaraan dapat dikurangkan
PADAM v2 datang bersama pelbagai fungsi
Kaedah cecair yang selamat digunakan
Slot marker disediakan supaya tiada isu tertinggal marker
Nilai Tambah:
Peranti kawalan slaid
Laser Pointer
4.1.1. PENJIMATAN KOS OPERASI DAN MASA
Rajah 4.0 menunjukkan perbandingan proses kerja antara proses kerja
sebelum menggunakan PADAM v2 dan selepas penggunaan PADAM v2.
Keadaan Papan Putih Kotor
SEBELUM PADAM v2 DENGAN
PADAM v2
KES 1 KES 2 KES 3 KES 4 Tiada Aduan
Log Aduan Log Aduan
Tidak Buat Log Aduan
Aduan
Tunggu PO/ Tidak Gunakan Tunggu PO PO/ Pekerja Pensyarah
Pekerja Papan Putih ambil papan Pembersihan/ memadam
papan putih
Pembersihan putih dari UPP akan menggunakan
membersihkan tempat lain membuat kerja
PADAM
selenggara
pada cuti
semester
30 minit (jika Tiada masa 40-45 minit Gotong royong 0-5 minit
boleh dipadam) menunggu. Semasa cuti
semester.
Rajah 4.0: Carta Alir Penjimatan Kos Operasi dan Masa
4.1.2. KEPUASAN HATI PELANGGAN
Jadual 4.1 menunjukkan tahap kepuasan pengguna dalam menggunakan
PADAM v2.
Jadual 4.1: Analisis Soal Selidik Tahap Kepuasan Penggunaan PADAM
Bil Item Min Faedah
1- Masa yang diambil untuk memadamkan papan putih 4.80 Penjimatan
menggunakan PADAM adalah lebih singkat berbanding Masa
pemadam biasa.
2- Papan putih yang dipadam menggunkaan PADAM adalah 4.95 Kualiti
lebih bersih berbanding memadam dengan pemadam Produk
biasa.
3- Saiz PADAM adalah kondusif untuk dibawa dan Kualiti
digunakan. Produk
4- Fungsi lain yang terdapat pada PADAM sangat 4.13 Kualiti
membantu saya dalam PdP. Produk
5- Cecair yang digunakan dalam PADAM adalah selamat. 4.25 Kualiti
Produk
6- Secara keseluruhan, saya sangat berpuas hati dengan 4.77
PADAM.
1-Sa1n- gat tidak setuju 2-Tidak Setuju 3-Neutral 4-Setuju 5-Sangat Setuju
4.1.3. SUMBANGAN KEPADA PENCAPAIAN OBJEKTIF ORGANISASI
Faedah-faedah yang diperolehi melalui pembangunan PADAM v2 adalah selari
dengan visi dan misi KMKJ. Faedah utama PADAM v2 menyumbang kepada
penggunaan masa Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) yang lebih efektif dan
optimum. Ini secara tidak langsung, mampu memperkasakan kecemerlangan
kolej sekaligus menjadikan KMKJ Peneraju Terunggul Pendidikan Matrikulasi
Teknikal Menjelang 2020
J-Avengers sentiasa komited dalam mencari penyelesaian terhadap isu-isu
terutamanya yang berkaitan dengan PdP. Ini sejajar dengan misi KMKJ yang
beriltizam menyediakan modal insan yang kreatif dan inovatif dalam bidang sains
dan teknologi dan professional serta kompetitif secara glokal
4.1.4. NILAI TAMBAH PADAM v2
Walaupun hasrat pembangunan PADAM v2 adalah untuk memadam kesan
kotoran pada papan putih. Namun, kumpulan membangunkan produk dengan
tambahan fungsi tambahan sebagai nilai tambah kepada PADAM v2 (rujuk Jadual
4.2)
Material Jadual 4.2: Nilai Tambah PADAM v2 √
Material pemegang PADAM v2 Ringan √
Cecair diperbuat daripada kayu pain yang √
pembersih berkualiti tinggi dan ringan Tidak Mudah √
memudahkan mobiliti penggunaanya Pecah
PADAM v2 menggunakan cecair Bebas Bahan
pembersih akues dan penyahgris kimia aktif
yang boleh terbiodegradasi. Ianya Biodegradasi
adalah 100% berasaskan bahan aktif
Rekabentuk tumbuh-tumbuhan. Selain itu, ia juga Mampu √
tidak bertoksik, tidak mudah terbakar membersih
dan mesra alam menjadikan ianya pelbagai √
sangat selamat digunakan. kotoran √
PADAM v2 direkabentuk dengan ciri- Mudah
ciri kompak yang mempunyai Dibawa
pelbagai fungsi tetapi tetap selesa Saiz Kompak
dipegang dan mudah dibawa.
4.2. IMPAK PROJEK DAN PEMBUKTIAN
Bahagian ini menerangkan penilaian impak dan pembuktian serta faedah
sampingan (luar jangka) yang terhasil dari pembangunan PADAM v2.
4.2.1. PENILAIAN IMPAK DAN PEMBUKTIAN
Impak PADAM v2 kepada agensi iaitu KMKJ, Kementerian, Komuniti dan
seterusnya kepada alam sekitar dan peringkat global adalah seperti Rajah 4.1.
- Mengurangkan eksploitasi sumber alam sekitar yang
menjadi punca bencana alam dan pencemaran.
- Mempraktik amalan pengurusan lestari bagi memelihara
- alam sekitar.
- Mengurangkan penyakit berpunca daripada air tercemar
- Meningkatkan tahap kesihatan penduduk dunia.
- Menyahut seruan kerajaan KEMPEN BUMI HIJAU bermula pada
tahun 2005.
- Membantu usaha menggunakan sumber alam secara lestari.
- Mengurangkan kesan negatif kepada flora dan fauna.
- Mendidik komuniti menghargai sumber alam dan menggunakan
sumber alam secara berhikmah.
- Mesra kepada semua pengguna
- Meningkatkan kecekapan pengurusan.
- Kurang kos pengurusan.
- Penggunaan SMART DUSTER dalam
pembelajaran abad 21
Rajah 4.1: Impak PADAM v2
4.2.2. FAEDAH SAMPINGAN (LUAR JANGKA)
Objektif utama pembangunan PADAM v2 adalah membersihkan papan putih
dengan bersih dan selamat. Namun, sepanjang proses pembangunan, kumpulan
kami menemui fungsi lain yang mampu memberikan nilai tambah kepada PADAM
v2. Nilai tambah ini, mampu menyelesaikan beberapa isu lain dalam PdP.
Antaranya ialah PADAM v2 mampu mengurangkan risiko pensyarah tertinggal
marker pen yang menyebabkan mereka menggunakan alat tulis yang kurang
sesuai untuk kegunaan PdP.
5.0 POTENSI PENGEMBANGAN INOVASI
Fasa Pengembangan Projek merupakan satu langkah proaktif bagi mengoptimumkan
potensi projek KIK, iaitu kesinambungan kepada kejayaan fasa pertama dan fasa
kedua. Fasa Pengembangan Projek ini terdiri daripada tiga (3) elemen, iaitu:
a. Pengkomersialan; Produk PADAM v2 ini mempunyai nilai komersial yang
sangat tinggi dimana ianya boleh dipasarkan di seluruh institusi pendidikan
peringkat rendah, menengah dan tinggi. Produk ini sering digunakan oleh
guru-guru, pensyarah dan penceramah. Keperluan untuk menaiktaraf alat
PADAM v2 ini sangat kritikal dimana ianya digunakan setiap hari setiap
masa.
b. Replikasi; Produk PADAM v2 ini amat mudah untuk dihasilkan dengan
jumlah kuantiti yang banyak. Alatan atau komponen yang digunakan untuk
menghasilkan produk ini amat sinonim dan mudah diperolehi seperti
pemadam, pen marker, Laser Pointer dan sebagainya. Untuk menghasilkan
satu unit PADAM v2 ini hanya mengambil masa kurang 2 hari bergantung
kepada permintaan dan sumber logistik.
c. Pertandingan Inovasi; Kumpulan ini telah menyertai pertandingan Inovasi
peringkat kolej awal tahun 2018 dan mendapat tempat pertama serta terpilih
untuk dihantar ke peringkat kebangsaan dan Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2018.
6.0 RUJUKAN
Akhter, S., Saha, A., Koushik, M. R. P., Asaduzzaman, M., Shorna, R. I., &
Ahmed, M. M. Automatic Whiteboard Cleaner Using Microcontroller Based
Rack and Pinion Mechanism.
Beckman, S. L., & Barry, M. (2007). Innovation as a learning process: Embedding
design thinking. California management review, 50(1), 25-56.
Brown, D. W. (2003). U.S. Patent Application No. 29/154,067
Brown, T., & Wyatt, J. (2010). Design thinking for social innovation. Development
Outreach, 12(1), 29-43.
Ceemakurthy, V. K., & Bogyam, V. S. (2018). Design and Development of Board
Cleaning System. International Journal of Advance Research, Ideas and
Innovations in Technology, 4(1), 426-429.
Fasko, D. (2001). Education and Creativity. Creativity Research Journal, 13(3-
4), 317–327. doi:10.1207/S15326934CRJ1334_09
Glinski, P. (2012). Design Thinking And The Facilitation Process. Collaborative
Design Workshop. NSW, Australia
Graeber, A, (2012). Practical PBL Series: Design An Instructional Unit In Seven
Phases Edutopia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025.
Mathur, P., Chougule, B. T., Nangare, R. R., & Rohokale, M. S. (2015). Duster
Detaching Mechanism For Automated Motorized Whiteboard. Journal
Impact Factor, 6(4), 126-133.
Owen, C. L. (2006). Design thinking: Driving innovation. The Business Process
Management Institute
Said, M. M. M., & Yunos, N. (2008). Peranan guru dalam memupuk kreativiti
pelajar. Jurnal Pengajian Umum, 9, 57– 72.