08JANUARI 2024 / 7.20PAGI-8.15PAGI Pelancaran Kempen Hentikan Buli dan Gangguan Seksual KOLEJ TINGKATAN ENAM SRI ISTANA ISNIN DATARAN PERHIMPUNAN KTESI
Program ini merupakan anjuran Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha menyebarluaskan info berkaitan natijah perlakuan buli dan gangguan seksual dalam kalangan pelajar ke arah amalan gaya hidup penyayang dan saling menghormati antara satu sama lain. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius berhubung isu buli dan gangguan seksual yang melibatkan muridmurid di institusi pendidikan bawah KPM. KPM sentiasa proaktif dalam menangani kes buli dan gangguan seksual di semua institusi pendidikan bawah KPM bagi menjamin ekosistem selamat untuk guru, murid dan seluruh warga institusi pendidikan. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi memastikan penguatkuasaan peraturan sedia ada dilaksanakan dengan baik. PENGENALAN RASIONAL Program ini dirancang untuk memberi bimbingan dan kesedaran kepada para pelajar tentang bahaya gejala buli terhadap mental dan fizikal, selain mendidik pelajar agar mempunyai jati diri untuk tidak terlibat dengan salah laku buli. OBJEKTIF 1 Membimbing pelajar agar tahu dan faham akan kesan buli dan gangguan seksual ini. 2 Memupuk kesedaran pelajar untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengatakan TIDAK kepada buli dan gangguan seksual. 3 Menggalakkan para pelajar membuat aduan sekiranya mengetahui dan mengalami masalah buli dan gangguan seksual. 4 Memperkasakan Duta Sahsiah Pelajar sebagai agen penyampai maklumat mengenai kempen hentikan buli dan gangguan seksual.
JAWATANKUASA Pengerusi : Pn Zainon bt M. Yusof @ Ali (Pengetua) Naib Pengerusi : Pn Hjh Lailiah bt Ismam (Pen. Kanan HEM) : Pn Norliza bt Mohd Noh (Pen. Kanan Pentadbiran) : En Abd Jalil b Hassan (Pen. Kanan Kokurikulum) Setiausaha : Pn Harlina bt Manan Bendahari : Pn Fauzana bt Sarjono Penyelaras : Pn Noraizan bt Mohd Noh AJK Pelaksana Sambutan : Ketua-Ketua Jabatan Bacaan Doa : En Amirin Sofi b Mustafa Pelajar Pengacara Majlis : En Rajamokan a/l Ramaiah Pelajar Seranta dan : Pn Rosniza bt Karim @ Zakaria Publisiti Cik Norzihah bt Man Buku Program : Pn Nurfaizah bt Hassan Teks Ucapan : Pn Roslina bt Ishkandar Pn Suzana bt Radwan Siaraya /Teknikal : En Nurul Hisham b Zakaria Persiapan Tempat : Pn Pramala a/p Arumugam MPTE Disiplin : En Ang Chin Joo En Arulsamy a/l Arokiaswami Pn Nor ‘Aishah bt Yeop Zahari Fotografi : En Mohd Yusof b Che Hassan Laporan Kempen : Pn Harlina bt Manan Jamuan : Pn Wan Muliza bt Wan Morad Persembahan Pelajar : Pn Asmawati bt Selamat Pelajar
TENTATIF PENGHARGAAN 7.20 pagi - Ketibaan para tetamu 7.30 pagi - Alu-aluan pengerusi majlis - Nyanyian Lagu Negaraku - Nyanyian Lagu Negeri Selangor - Nyanyian Lagu KTESI - Ikrar Rukun Negara - Bacaan Doa - Ucapan Pengetua - Ucapan Perasmian Pelancaran Kempen Hentikan Buli dan Gangguan Seksual - Deklamasi Sajak - Sesi Fotografi - Jamuan - Bersurai Pengerusi & Seluruh Jawatankuasa PELANCARAN KEMPEN HENTIKAN BULI DAN GANGGUAN SEKSUAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KOLEJ TINGKATAN ENAM SRI ISTANA TAHUN 2024 merakam setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada BARISAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH BARISAN PENTADBIR dan GURU-GURU DAN WARGA KOLEJ TINGKATAN ENAM SRI ISTANA yang memberi sokongan, sumbangan dan kerjasama bagi menjayakan majlis ini.