The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

HMV3033 KONFLIK DAN KESELAMATAN NEGARA DAN ANTARABANGSA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d089380, 2022-07-13 04:58:56

HMV3033 KONFLIK DAN KESELAMATAN NEGARA DAN ANTARABANGSA

HMV3033 KONFLIK DAN KESELAMATAN NEGARA DAN ANTARABANGSA

UNDANG-UNDANG
KEMANUSIAAN
ANTARABANGSA

ISI KANDUNGAN

01 konsep 1
02
03 UNDANG-UNDANG KEMANUSIAAN ANTARABANGSA
04
05 Peraturan asas dalam undang-undang 2-3
06 kemanusiaan antarabangsa

07 Nilai moral yang terkandung dalam 4-6
undang-undang kemanusiaan 7-9
antarabangsa

Kepentingan undang-undang
kemanusiaan antarabangsa

Kesan pengabaian undang-undang 10
kemanusiaan antarabangsa 11-12




AKTIVITI PENGUKUHAN 1

AKTIVITI PENGUKUHAN 2

AKTIVITI PENGUKUHAN 3

Rujukan 13

apa itu UUKA?

UUKA - UUKA dikesan daripada peraturan tamadun
UNDANG- purba dan agama dahulu kala. Peperangan
UNDANG sejak dari dahulu lagi telah dihadkan dengan
KEMANUSIAAN pengamalan prinsip dan adat tertentu yang
ANTARABANGSA diterima secara meluas.

UUKA melindungi Undang-undang
mereka yang tidak Kemanusiaan
terlibat, atau tidak lagi Antarabangsa (UUKA)
mengambil bahagian adalah peraturan yang
dalam peperangan, dan atas dasar
menghadkan cara dan kemanusiaan
kaedah peperangan. menentukan batasan
untuk menghadkan
UUKA? kesan-kesan konflik
bersenjata.

UUKA juga dikenali sebagai UUKA adalah
Undang-undang Peperangan sebahagian daripada
atau Undang-undang Konflik undang-undang
Bersenjata. antarabangsa awam.

Peraturan UUKA ini
terkandung dalam perjanjian atau
konvensyen dan juga sebahagian

daripada undang-undang
lazim yang diterima pakai oleh

semua negara

1

PERATURAN ASAS DALAM UNDANG-UNDANG
KEMANUSIAAN ANTARABANGSA

PERATURAN ASAS UUKA :

1.Pembatasan: Keinginan pihak-pihak yang bersengketa untuk mengguna pakai cara
(senjata) dan kaedah (contohnya taktik peperangan) bagi mencederakan musuh
adalah terbatas.

2.Penderitaan dan kemusnahan yang tidak wajar: Menyebabkan penderitaan atau
kemusnahan harta benda secara tidak wajar bagi memaksa musuh untuk menyerah,
adalah dilarang.

3.Perbezaan di antara sasaran ketenteraan dengan orang dan objek awam: Sebarang
serangan yang dikenakan secara khusus terhadap orang awam adalah dilarang. Hal
ini kerana, perlu dikenalpasti perbezaan diantara anggota/objek tentera dengan
anggota/objek awam yang tidak bersalah.

4.Pertimbangan: Cara dan kaedah peperangan yang digunakan haruslah sama rata
apabilal dibandingkan dengan kesan ketenteraan yang dijangkakan akan diperolehi
secara langsung.

5.Keperluan ketenteraan: Memberikan kebenaran penggunaan kaedah kekerasan
secara seimbang ketika konflik bersenjata untuk memaksa musuh menyerah. Ini
bukanlah satu alasan untuk berkelakuan tidak berperikemanusiaan atau sebarang
aktiviti yang dilarang oleh UUKA. Tetapi, keperluan ketenteraan diwajarkan bagi
langkah-langkah yang tidak dapat dielakkan dalam menjayakan misi mereka.

2

Selain daripada itu, wujud juga peraturan-peraturan khusus yang mengawal
keadaan penahanan tawanan-tawanan perang, dan cara bagaimana orang awam
patut dilayan apabila mereka berada dalam bidang kuasa pihak musuh. Ini
termasuklah peruntukan makanan, tempat tinggal dan khidmat perubatan serta
hak untuk berutus khabar dengan keluarga mereka.


Undang-undang ini menentukan beberapa
simbol yang digunakan sebagai lambang

melindungi orang, tempat dan objek antaranya

adalah Palang Merah, Bulan Sabit Merah dan

simbol-simbol yang mengenalpasti hartabenda

warisan dan kelengkapan pertahanan awam.

Apakah had penggunaan senjata dan taktik
peperangan?




UUKA melarang segala cara dan kaedah peperangan dimana:

Gagal untuk membezakan diantara mereka yang mengambil bahagian dengan
mereka (seperti orang awam) yang tidak mengambil bahagian dalam
pertempuran, tujuannya adalah untuk melindungi masyarakat, individu dan
hartabenda awam
Menyebabkan kecederaan yang melampau atau kesengsaraan yang keterlaluan
Memberikan kemusnahan yang keterlaluan atau kesan jangkapanjang terhadap
alam sekitar.

Oleh itu, UUKA telah menghadkan atau mengharamkan penggunaan banyak jenis senjata,
termasuk peluru letupan, senjata kimia serta biologi, senjata laser yang boleh membutakan
dan periuk api.

3

Nilai moral yang terkandung dalam undang-undang
kemanusiaan antarabangsa

Terdapat nilai-nilai Moral yang terkandung dalam Undang-Undang Kemanusiaan
Antarabangsa kerana tindakan dan cara perlaksanaan UUKA ini yang banyak memberikan
kebaikan dan pertolongan kepada golongan yang perlu dilindungi menyebabkan wujudnya
pembentukan nilai Moral.

Antara nilai Moral yang 1. Kebebasan
terkandung dalam Undang- 2. Hormat
3. Bertanggungjawab
Undang Kemanusiaan 4. Rasional
Antarabangsa: 5. Keberanian

4

1. Kebebasan

Nilai kebebasan adalah bermaksud bebas melakukan sesuatu
tertakluk kepada peraturan dan undang-undang. Hal ini kerana,
masyarakat antarabangsa bebas untuk menjalani kehidupan dengan
sempurna tetapi mestilah tidak melanggar dan bertentangan dengan
Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa.

2. Hormat

Nilai hormat adalah bermaksud menghargai dan memuliakan seseorang
serta menghormati peraturan insitusi sosial. Hal ini kerana, ia berkait
rapat tentang sesebuah negara itu mestilah memastikan UUKA ini
dihormati bukan sahaja di negaranya tetapi mesti juga memastikan
bahawa UUKA dihormati di seluruh dunia agar sebarang pencabulan
terhadap UUKA ini tidak berlaku demi keamanan negara.

3. Bertanggungjawab

Nilai bertanggungjawab adalah bermaksud kesanggupan diri seseorang
untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan
sempurna. Hal ini kerana, sebagai masyarakat antarabangsa perlu adanya
sikap bertanggungjawab untuk mematuhi Undang-Undang Kemanusiaan
Antarabangsa agar sebarang kemusnahan alam sekitar dan juga
kesengsaraan akibat peperangan dapat dielakkan.

5

4. Rasional

Nilai rasional adalah bermaksud dapat berfikir berdasarkan alasan dan
bukti yang nyata dan akan mengambil tindakan berasaskan pertimbangan
yang wajar. Hal ini kerana, sebarang tindakan yang melibatkan
penyelesaian dalam konflik dapat diselesaikan melalui bukti dan alasan
yang kukuh berdasarkan tindakan yang rasional.

5. Keberanian

Nilai keberanian adalah bermaksud kesanggupan untuk menghadapi
cabaran dengan yakin dan tabah. Masyarakat perlu ada nilai keberanian
dalam diri kerana sebarang pencabulan terhadap UUKA perlulah

dilaporkan sebagai contoh menyuarakan pendapat untuk membuat
laporan kepada pihak yang berkuasa dan membuat bantahan secara rasmi
kepada pihak yang berkenaan.

6

Kepentingan undang-undang kemanusiaan
antarabangsa

Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa ini
memainkan peranan yang amat penting dalam
memastikan sesuatu peperangan yang berlaku di negara
ataupun melibatkan dunia dapat dikawal daripada teruk.
Selain itu, mengelakkan orang awam yang tidak terlibat
peperangan daripada terkorban kerana fokus UUKA ini
juga adalah kepada golongan yang perlu dilindungi seperti
kanak-kanak, wanita, warga emas, tawanan perang dan
perlarian.
Oleh itu, terdapat kepentingan UUKA ini bagi kehidupan
masyarakat antarabangsa terutama sekali ketika
peperangan berlaku.

7

MENGAPAKAH UUKA PENTING?

1.Masyarakat berasa aman dan selamat
Manusia dapat hidup dengan aman
Rakyat bebas ke mana-mana sahaja tanpa
sebarang halangan

2. Hubungan dengan negara lain terus kukuh
Hubungan diplomatik dengan negara lain dapat
berjalan dengan baik
Mendapat sokongan dari segi bantuan dan kemoralan
dari negara lain

3. Mengekalkan ketamadunan dan warisan bangsa
Sejarah ketamadunan dapat dikongsi bersama
Ilmu dan ketamadunan dapat diwarisi oleh
generasi akan datang

8

4. Kanak-kanak dapat membesar dalam suasana
gembira dan sempurna
• Mendapat perlindungan sewajarnya untuk
perkembangan fizikal dan mental
• Mendapat pendidikan yang terbaik

5. Flora dan fauna terpelihara
Melestarikan alam semula jadi
Mengelak berlakunya kepupusan

9

Kesan pengabaian undang-undang
kemanusiaan antarabangsa



1.ALAM SEKITAR 2.EKONOMI NEGARA
MUSNAH TERJEJAS




Alam semula jadi akan musnah Hubungan dengan negara luar
disebabkan oleh kesan peperangan akan terjejas dari segi ekonomi

terhadap flora dan fauna disebabkan peperangan yang
berlaku

Kesan pengabaian undang-undang
kemanusiaan antarabangsa

3.KONFLIK BERTERUSAN 4. KEAMANAN DAN KEHARMONIAN

NEGARA TERGUGAT


Pengabaian UUKA ini akan
menyebabkan peperangan terus Negara akan terjejas dan begitu
berlaku dan menyebabkan orang juga dengan masyarakat yang
awam yang tidak terlibat perang sentiasa berasa kurang selamat
akan turut terbunuh dan tidak disebabkan tidak ada
perlindungan
mempunyai kebebasan untuk
hidup dengan aman

10

AKTIVITI PENGUKUHAN 1

Berdasarkan perkara di bawah, dapatkan
maklumat tentang perkara tersebut kemudian
bentangkan maklumat tersebut secara kreatif

• Peraturan asas dalam undang-undang
kemanusiaan antarabangsa.

• Kepentingan pengekalan undang-undang
kemanusiaan antarabangsa.

• Kesan pengabaian undang-undang kemanusiaan
antarabangsa.

AKTIVITI PENGUKUHAN 2

AKTIVITI THINK, PAIR AND SHARE

Secara berkumpulan, bincangkan
mengenai gambar tersebut dan jawab

soalan berikut:



1.Apa yang anda faham dari gambar
tersebut.

2.Apakah perasaan anda apabila
melihat gambar ini dan jelaskan.
3.Apakah kesan perbuatan tersebut
terhadap kehidupan masyarakat.




11

AKTIVITI PENGUKUHAN 3

Secara berkumpulan, baca dan fahami maklumat di bawah yang berkaitan
dengan undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Kemudian jawab soalan

yang diberikan

BILAKAH UUKA DIGUNA
PAKAI?

UUKA diguna pakai hanya ke atas konflik bersenjata; ia tidak merangkumi ketegangan atau
kekacauan dalaman seperti tindakan keganasan berasingan dan tidak berkaitan antara satu sama
lain.
Dalam konflik bersenjata antarabangsa dan bukan antarabangsa, semua pihak mesti mematuhi
peraturan-peraturan UUKA, yang mana membezakan kedua-dua jenis konflik tersebut.
Konflik bersenjata antarabangsa bermakna apabila sekurang-kurangnya dua buah negara terlibat.
Mereka terikat dengan rangkaian peraturan-peraturan yang luas, termasuk keempat-empat
Konvensyen Geneva dan Protokol Tambahan I.
Konflik bersenjata bukan antarabangsa atau perang saudara adalah terbatas dalam sempadan
sesebuah negara, yang melibatkan samada antara angkatan bersenjata dengan kumpulan
pemberontak bersenjata, atau kumpulan-kumpulan bersenjata berlawan sesama sendiri. Satu
rangkaian peraturan yang lebih terhad diguna pakai dalam konflik sedemikian. Peraturan tersebut
terkandung dalam Artikel 3 lazim kepada Konvensyen Geneva dan Protokol Tambahan II, yang mana
mempunyai skop yang lebih kecil. Terdapat juga undang-undang lazim yang diguna pakai kepada
konflik bersenjata bukan antarabangsa.

1. Bincangkan tentang bilakah UUKA ini diguna pakai.
2. Jelaskan perbezaan diantara konflik bersenjata antarabangsa
dan konflik bersenjata bukan antarabangsa.
3. Ramalkan kesan jika UUKA ini tidak dilaksanakan dengan baik
oleh negara-negara yang terlibat.

12

RUJUKAN

Berkowitz, (2005) Terrorism, the laws of war, and the constitution: Debating
the enemy combatant cases, Stanford. Hoover

ICRC (2011) What is the ICRC's role with respect to persons detained in the
fight against terrorism? https://www.icrc.org



Mohamad Nasrin Nasi, Zuliskandar Ramli, Sharifah Munirah Alatas, Azrul Azlan
Abdul Rahman & Muhammad Farhan Zulkifli. 2017. Undang-Undang

kemanusiaan antarabangsa dan perang terhadap keganasan: Suatu tinjauan
kritikal. Malaysian Journal of Society and Space 13 issue 4 (106-116). ISSN
2180-2491. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan

Malaysia.



Muhammad Fahmi Md Ramzana, Mohamad Zaidi Abdul Rahmana, Bharuddin Che Paa
& Nurfarhana Mohd Daud. 2020. Prinsip Kemanusiaan Dalam Undang-Undang

Antarabangsa Islam dan Relevansinya Dengan Undang-Undang Antarabangsa Masa
Kini. International Journal of Islamic and Civilizational Studies. vol. 7, no.2 (2020) pp.

93- 114.



Nurfaizatul Aisyah Ab Aziz. 2020. Peperangan Dan Konflik: Perbandingan Teori
Peperangandan Undang-Undang Moden Sertaetika Peperangan Dalam Baratdan
Islam. Jurnal Peradaban, Jil. 13, 46-72. Jabatan Neurosains, Pusat Pengajian Sains

Perubatan, Universiti Sains Malaysia, 16150 Kubang Kerian, Kelantan.



13

HMV3033
KONFLIK DAN KESELAMATAN NEGARA

DAN ANTARABANGSA

NAMA: AARON VINCENT
NO MATRIK: D20191089380
NAMA PENSYARAH: DR MARSHELAYANTI

MOHAMAD RAZALI
KUMPULAN KULIAH: A

HARI KULIAH: ISNIN
SEMESTER KULIAH: SEMESTER 2 SESI 2021/2022


Click to View FlipBook Version